Friday, November 17, 2017

Sambutan Hari Pelajar Antarabangsa, International Students Day


Sambutan Hari Pelajar Antarabangsa, International Students Day disambut pada 17 November setiap tahun bagi meraikan golongan pelajar, manakala beberapa universiti meraikannya pada tarikh berlainan bagi meraikan multiculturalism buat pelajar-pelajar mereka yang datang dari laur negara.

Sambutan Hari Pelajar Antarabangsa, International Students Day

Sejarah sambutan Hari Pelajar Antarabangsa ini adalah bagi memperingati kejadian pembunuhan oleh Nazi Jerman yang telah menyerbu universiti Prague, Czechoslovakia pada tahun 1939, selepas demonstrasi terhadap pembunuhan Jan Opletal dan pekerja Václav Sedláček serta menentang penjajahan Jerman di Czechoslovakia.

Pada ketika itu, Czechoslovakia tidak lagi wujud, kerana telah dipecahkan oleh Nazi Jerman ke Protektorat Bohemia dan Moravia dan Republik Slovak dengan kerajaan fasis boneka.

Pada akhir 1939 pihak berkuasa Nazi di Protektorat Bohemia dan Moravia menindas demonstrasi di Prague yang diadakan oleh pelajar Fakulti Perubatan Universiti Charles.

Demonstrasi itu diadakan pada 28 Oktober untuk memperingati ulang tahun kemerdekaan Republik Czechoslovakia (1918).

Dalam demonstrasi ini pelajar Jan Opletal ditembak dan mati akibat kecederaan pada 11 November.

Pada 15 November, mayatnya diusung untuk dibawa dari Prague ke rumahnya di Moravia. Perarakan pengebumiannya dihadiri beribu-ribu pelajar, yang mengubah acara ini menjadi demonstrasi anti-Nazi.

Walau bagaimanapun, ini menyebabkan langkah-langkah drastik diambil oleh Nazi. Semua institusi pengajian tinggi Czech telah ditutup, lebih daripada 1,200 pelajar ditangkap dan dihantar ke kem tahanan dan sembilan pelajar dan profesor telah dibunuh tanpa perbicaraan pada 17 November.

Disebabkan ini, 17 November dipilih sebagai Hari Pelajar Antarabangsa.

Ahli-ahli sejarah membuat spekulasi bahawa Nazi pada mulanya memberi kebenaran untuk proses pengebumian, namun bertukar menjadi ganas, menggunakannya sebagai alasan untuk menutup universiti dan menyingkirkan penentang anti-fasis.

Selamat menyambut Hari Pelajar Antarabangsa.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon