Friday, October 13, 2017

5 Negara Paling Aman Dan Selamat Di Dunia


Kejadian pembunuhan etnik Rohingya yang sangat dahsyat oleh kumpulan Buddha Myanmar di wilayah Rakhine membuatkan kita meragui tahap keselamatan sesebuah negara yang boleh menjadi huru-hara dalam sekelip mata.

Menurut indeks keamanan global (GPI), Myanmar merupakan antara negara yang tidak selamat di kedudukan 104 dengan skor 2.179.

Berikut kami ingin kongsikan 5 negara yang paling selamat di atas muka bumi berdasarkan indeks keamanan global.

Nota: GPI merupakan pengukur tahap keselamatan sesebuah negara dan dihasilkan melalui perundingan dengan panel pakar perdamaian antarabangsa dari institut keamanan dengan data yang dikumpul dan disusun oleh Unit Perisikan Ekonomi.

1. Iceland

Iceland

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Iceland merupakan negara paling selamat di dunia, dengan reputasi yang sangat mengagumkan, dengan berada di tangga pertama senarai ini untuk 10 tahun berturut-turut.

Dengan skor indeks keamanan global yang tersangat rendah iaitu 1.111, Iceland mempunyai kadar kes bunuh yang sangat rendah dan jumlah banduan yang sangat kecil.

Selain itu, sebagai negara kepulauan, ia membuatkan Iceland tidak mempunyai masalah dengan mana-mana negara kerana ia tidak mempunyai sempadan.

2. New Zealand

New Zealand

Merupakan destinasi percutian yang sangat menarik dan mempesonakan, New Zealand juga adalah negara ke-2 paling selamat di dunia pada tahun 2017.

Anda pasti akan lebih terkejut melihatkan keindahan pantai-pantai di New Zealand daripada melihatkan konflik dalaman dan keganasan di New Zealand, membuatkan skor indeks keamanan global oleh New Zealand sangat rendah iaitu 1.241 pada tahun 2017.

Negara pulau ini berada di tangga ke-4 untuk 3 tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2016, namun menjadi semakin selamat menjelang tahun 2017 menurut kiraan indeks keamanan global, iaitu 1.241.

3. Portugal

Portugal

Portugal, antara negara yang mempunyai istana tercantik di Eropah, juga merupakan negara ke-3 paling selamat di dunia.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Portugal merupakan sebuah negara yang aman dan tenteram dengan indeks keamanan global Portugal amat rendah iaitu 1.258.

Jadi apa tunggu lagi, tempah tiket dan bercuti di Portugal sekarang!

4. Austria

Austria

Austria berada di tangga ke-4 negara paling selamat di dunia dengan markah indeks keamanan global 1.265.

Pengimportan senjata api yang rendah dan pilihanraya yang aman menyumbang kepada indeks yang rendah tersebut.

Ia juga merupakan tempias daripada berjiran dengan negara yang juga mempunyai indeks keamanan global yang rendah iaitu Jerman dan Republik Czech.

Namun, kedudukan ini merupakan penurunan 1 anak tangga daripada tahun 2016 yang mana Austria di tangga ke-3.

5. Denmark

Denmark

Selain dikatakan sebagai negara paling gembira dan bahagia di dunia, Denmark juga merupakan antara negara paling selamat di dunia berada di tangga ke-5 dunia dengan GPI 1.337.

Kes jenayah di Denmark tersangatlah rendah dan menduduki tangga ke-2 negara paling selamat selamat 5 tahun berturut-turut dari tahun 2012 hingga 2016.

Namun, terdapat kes yang membuatkan Denmark jatuh ke tangga ke-5 tahun 2017 akibat konflik kecil dengan Kanada berkenaan pulau yang tidak berpenghuni iaitu Pulau Hans.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Bandar Paling Bahaya Diseluruh Dunia 2016

sumber: iluminasi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon