Saturday, September 16, 2017

Sambutan Hari Ozon Antarabangsa, International Day for the Preservation of the Ozone Layer


Sambutan Hari Tindakan Lapisan Ozon Antarabangsa, International Day for the Preservation of the Ozone Layer, disambut pada 16 September setiap tahun oleh semua negara yang meratifikasi Protokol Montreal Mengenai Bahan Pemusnah Lapisan Ozon.

Ozon

Di Malaysia, sasaran untuk menghentikan penggunaan bahan kimia hidroklorofluorokarbon (HCFC) menjelang 2030 sebagai‎ usaha untuk memulihkan masalah penipisan ozon.

Penggunaan HCFC dalam negara kini ialah sebanyak 7,500 tan metrik setahun dengan kebanyakannya digunakan sebagai bahan pengembang dalam pembuatan busa seperti tilam dan kusyen, selain bahan pendingin dalam penyaman udara, bahan pemadam api dan pencuci dalam industri.

Pemulihan lapisan ozon amat penting kerana ia dijangka dapat mencegah dua juta kes kanser kulit di seluruh dunia selain mengelakkan kesan buruk terhadap tanaman, hidupan liar, perikanan dan bahan binaan.

Penghapusan penggunaan HCFC dibuat secara berperingkat mulai 2013 dengan pembekuan import pada peringkat asas berdasarkan penggunaan pada 2009 dan 2010.

Malaysia turut menyediakan Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC fasa satu dan menerusinya, 17 syarikat berjaya melaksanakan projek pertukaran teknologi mesra ozon melalui peruntukan US$8.3 juta yang diperoleh daripada Protokol Montreal Mengenai Bahan Pemusnah Lapisan Ozon.

Penghapusan mutlak HCFC akan membolehkan teknologi mesra ozon digunakan sebagai alternatif di samping meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga serta menyumbang ke arah pembangunan 'Green Economy'.

Selamat menyambut Hari Ozon Antarabangsa.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon