Thursday, September 21, 2017

Sambutan Hari Keamanan Antarabangsa, International Day of Peace

Loading...

Sambutan Hari Keamanan Antarabangsa, International Day of Peace, disambut pada 21 September setiap tahun sebagai satu peringatan betapa keamanan yang dikecapi perlu dihargai oleh generasi turun temurun.

International Day of Peace

Hari Keamanan Antarabangsa yang disambut setiap tahun telah diisytiharkan oleh PBB sebagai hari gencatan senjata, tanpa pertempuran atau peperangan.

Keamanan yang dinikmati khususnya di negara Malaysia hari ini juga perlu dipelihara sebaiknya bagi mengekalkan suasana hidup aman damai dan harmoni.

Dunia pada hari ini menyaksikan berlakunya konflik di merata tempat, menjadikan kita hidup dalam dunia yang penuh dengan keganasan.

Keadaan pelarian mahupun migran sudah cukup untuk menjelaskan tentang ancaman keselamatan yang dihadapi golongan ini di negara sendiri sehingga terpaksa melarikan diri dari tanah air mereka sendiri.

Keamanan bukan menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan semata-mata, tetapi masyarakat sebenarnya turut memainkan peranan lebih besar mengekalkan keamanan sejagat.

Mengambil contoh tragedi yang menimpa komuniti Rohingya yang ditindas di Myanmar, rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana mampu hidup bersama dengan mengamalkan kepercayaan agama masing-masing tanpa sebarang masalah.

Bertindaklah dalam menjaga keamanan, aktif dalam gerakan-gerakan bersifat keamanan dan jangan hanya menjadi pemerhati semata-mata.

Pelbagai program akan diadakan sempena Sambutan Hari Keamanan Sedunia, antaranya sesi perkongsian ilmu berkenaan isu-isu keamanan sejagat, sesi forum terbuka, bacaan sajak serta persembahan nyanyian dan muzik oleh pelajar FKSW.

Selamat menyambut hari Sambutan Hari Keamanan Antarabangsa.

BACA INI JUGA:

sumber: ums

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon