Sunday, April 16, 2017

Sambutan Hari Hemofilia Sedunia, World Hemophilia Day

Sambutan Hari Hemofilia Sedunia, World Hemophilia Day disambut pada setiap 17 April setiap tahun oleh organisasi World Federation of Hemophilia (WFH) yang ditubuhkan pada tahun 1963.

World Hemophilia Day

Organisasi yang bukan berasaskan keuntungan (non-profit) ini menjalankan pelbagai program dengan tujuan mengumpul dana bagi menyokong kajian tentang penyakit hemofilia di seluruh dunia.

Tanggal 17 April sendiri diambil sempena tarikh kelahiran pengasasnya, Frank Schnabel, yang juga seorang penghidap penyakit Hemofilia.

WFH bukan hanya fokus kepada masalah penyakit Hemofilia, tetapi juga tertumpu kepada penyakit kelainan genetik yang lain.

Apa itu Penyakit Hemofilia?

Hemofilia adalah sejenis penyakit yang mengakibatkan darah seseorang tidak boleh membeku secara normal.

Jika berlaku luka yang dalam keadaan biasa, darah akan berhenti mengalir selepas beberapa saat kerana darah boleh membeku dengan sendirinya melainkan luka tersebut terlalu besar.

Namun, bagi orang yang menghidap penyakit hemofilia, darah akan terus mengalir jika berlaku luka, malah tanpa kecederaan pun pendarahan boleh berlaku dengan sendiri, contohnya di bahagian gusi.

Ini menjadikan pesakit Hemofilia sangat berisiko kehilangan darah dengan banyak, yang boleh membawa maut jika tidak mendapat sebarang bantuan.

Penyakit Hemofilia diwarisi melalui keturunan dan mendapat julukan “The Royal Disease” kerana Ratu Victoria juga merupakan seorang pembawa (carier) Hemofilia.

Selamat menyambut Hari Hemofilia.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon

Loading...