Friday, December 01, 2017

Sambutan Hari AIDS Sedunia, World AIDS Day

Loading...

Sambutan Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun untuk memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV, yang mula diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1988.

Hari AIDS Sedunia

Konsep sambutan Hari AIDS Sedunia bermula pada tahun 1988 dalam Sidang Kemuncak Menteri-Menteri Kesihatan Sedunia untuk Program Pencegahan AIDS.

Semenjak tahun itu, Hari AIDS Sedunia disambut di seluruh dunia dengan membawa slogan dan tema yang berbeza hampir setiap tahun.

Sambutan Hari AIDS Sedunia juga adalah bagi memperingati mangsa-mangsa yang telah terkorban akibat HIV/AIDS.

AIDS telah meragut lebih 25 juta nyawa sejak tahun 1981 hingga 2007, sementara kira-kira 33.2 juta orang di seluruh dunia menghidapi HIV pada tahun 2007, menjadikan AIDS sebagai antara wabak penyakit yang paling dahsyat dalam catatan sejarah manusia.

Sungguhpun rawatan antiretroviral semakin mudah didapati di merata dunia, wabak AIDS tetap mengorbankan kira-kira 2 juta nyawa pada tahun 2007, yang mana 270,000 daripadanya adalah kanak-kanak.

Objektif sambutan

HIV disebarkan melalui hubungan terus melalui darah atau cecair badan yang mempunyai virus tersebut seperti darah, sperma, cecair vagina dan susu badan.

Oleh itu, jangkitan boleh berlaku melalui hubungan seks, pemindahan darah tercemar, cucukan jarum tercemar (sengaja atau tidak) atau dari ibu kepada anak semasa mengandung, kelahiran atau penyusuan badan.

Walaupun kini terdapat rawatan untuk HIV dan AIDS yang boleh memperlahankan perkembangan penyakit ini, vaksin atau ubat untuk menyembuhkan sepenuhnya penyakit ini masih belum dapat dihasilkan.

Pencegahan pula masih menjadi langkah pilihan utama untuk mengawal penyebaran HIV dan penularan AIDS.

Antara objektif utama sambutan Hari AIDS Sedunia adalah untuk memupuk kesedaran dalam masyarakat pelbagai peringkat mengenai keperluan memainkan peranan sebagai pemimpin di peringkat masing-masing dalam usaha untuk menangani pandemik AIDS.

Selain itu, ia juga bagi meningkatkan penglibatan dan sokongan pemimpin dan ketua masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan kawalan HIV/AIDS di dalam dan luar negara.

Sambutan ini juga membantu mengingatkan para pemimpin terbabit mengenai janji-janji yang perlu ditunaikan dalam meningkatkan dan meneruskan usaha mengawal penularan HIV dan AIDS.

Bagaimanapun, sambutan Hari AIDS Sedunia setiap tahun tetap menekankan penglibatan orang ramai dan menggalakkan penyertaan anggota masyarakat supaya bersama-sama bertanggungjawab dalam usaha mencegah dan mengawal penyebaran penyakit HIV/AIDS.

Satu keperluan

Sambutan Hari AIDS Sedunia diadakan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan pemahaman, serta kemahiran masyarakat mencegah HIV/AIDS.

Kempen Hari AIDS Sedunia diiktiraf sebagai salah satu daripada peristiwa penting dalam memperingati segala usaha, pengorbanan dan sumbangan yang dicurah oleh sektor awam, pertubuhan-pertubuhan berkaitan dan orang perseorangan yang terlibat dalam usaha pencegahan dan pengawalan wabak AIDS.

Di negara kita, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) mengatur pelbagai aktiviti sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia.

Ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti sambutan yang telah dirancang dan dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Aktiviti sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sempena kempen sambutan Hari AIDS Sedunia tahun ini ialah:
  • Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan dan Negeri.
  • Seminar berkaitan Kepemimpinan di peringkat agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu dalam menangani HIV/AIDS.
  • Larian AIDS oleh Persatuan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) dengan kerjasama Kelab PROSTAR Malaysia.
  • Aktiviti pendidikan kesihatan di kemudahan kesihatan dan hospital kerajaan.
  • Aktiviti pendidikan kesihatan melalui media massa.
  • Makluman melalui laman web dan edaran bahan-bahan bercetak kepada orang ramai.

Tema Sambutan Hari AIDS Sedunia

Tema sambutan Hari AIDS Sedunia adalah berbeza-beza yang diberikan WHO berkaitan dengan kumpulan sasaran dan hala tuju tertentu dalam usaha menentang penularan HIV dan AIDS bagi tahun tersebut.

Tema sambutan Hari AIDS Sedunia ini diharap dapat membantu menggalakkan usaha kepemimpinan serta melahirkan jaguh menentang AIDS di setiap sektor dan peringkat masyarakat di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Tema
  • 1988: Communication
  • 1989: Youth
  • 1990: Women and AIDS
  • 1991: Sharing the Challenge
  • 1992: Community Commitment
  • 1993: Act
  • 1994: AIDS and the Family
  • 1995: Shared Rights, Shared Responsibilities
  • 1996: One World. One Hope
  • 1997: Children Living in a World with AIDS
  • 1998: Force for Change: World AIDS Campaign With Young People
  • 1999: Listen, Learn, Live: World AIDS Campaign with Children & Young People
  • 2000: AIDS: Men Make a Difference
  • 2001: I care. Do you?
  • 2002: Stigma and Discrimination
  • 2003: Stigma and Discrimination
  • 2004: Women, Girls, HIV and AIDS
  • 2005: Stop AIDS. Keep the Promise
  • 2006: Stop AIDS. Keep the Promise - Accountability
  • 2007: Stop AIDS. Keep the Promise - Leadership
  • 2008: Stop AIDS. Keep the Promise - Lead - Empower - Deliver
  • 2009-2010: Universal Access and Human Rights
  • 2011-2015: Getting to zero: zero new HIV infections. Zero discrimination. Zero AIDS related deaths
  • 2016: The life-cycle approach to HIV
  • 2017: Increasing Impact through Transparency, Accountability, and Partnerships

Selamat menyambut Hari AIDS Sedunia.

BACA INI JUGA: Daun Ajaib Rerama Hijau Penawar Kanser Dan Penyakit Kronik!

sumber: wikipedia | utusan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon