Friday, July 10, 2020

Perbezaan Barah (Kanser) Dan Tumor

Perbezaan Barah (Kanser) Dan Tumor

Barah atau kanser merupakan klasifikasi penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar secara diluar kawalan, pencerobohan dan pemusnahan tisu biologi dan metastasia dan ketiga-tiga ciri-ciri barah ini berbeza daripada tumor bukan barah, yang merupakan penyebaran terhad dan bukan metastasia.

Sel kanser

Kebanyakan barah menyebabkan tumor, akan tetapi seperti leukemia, sesetengah barah tidak dan bidang perubatan yang menjalankan penyelidikan, diagnosis, rawatan dan pencegahan barah dikenali sebagai onkologi.

PERBEZAAN

Istilah tumor dan kanser sering digunakan secara bebas tanpa mengikut disiplin maksud asalnya dan walaupun nampak serupa, sebenarnya ada perbezaan dari maksudnya.

Tumor ialah istilah umum bagi ketumbuhan

Perkataan tumor berasal dari bahasa Latin yang membawa maksud to swell atau bengkak atau ketumbuhan.

Dalam ilmu perubatan, tumor berlaku apabila terdapat perkembangan sel tertentu dalam tubuh di luar kawalan.

Setiap sel mempunyai kapasiti untuk berkembang biak, kecuali sel jantung dan otak dan perkembangan tersebut dikawal oleh faktor tertentu.

Apabila diperlukan, bilangan sel tertentu akan bertambah dan berhenti jika tidak diperlukan.

Bagaimana Tumor Terhasil?

Sebagai contoh, apabila kulit luka sel kulit di bahagian tersebut akan mati lalu tubuh akan menghantar isyarat agar sel kulit baru dihasilkan untuk menggantikan sel mati.

Apabila bilangan sel diganti sudah mencukupi, isyarat untuk berhenti pula dihantar.

Malangnya, tumor berlaku apabila sel berkembang biak tanpa kawalan atau keperluan sehingga terkumpul dan menghasilkan ketumbuhan. Ia berlaku disebabkan mutasi pada DNA sel terbabit dan setiap sel berpotensi membentuk tumor.

Terdapat Dua Jenis Tumor: Malignan dan Benigna

Apa itu Kanser

1. Malignan (Barah, Kanser)

Malignan mempunyai potensi untuk menembusi membran dasar (basement membrane) yang memisahkan antara sel dan struktur di bawahnya.

Kesannya, sel malignan tersebut boleh merebak (metastasise) ke bahagian lain, paling kerap paru-paru, tulang, hati dan otak. Kebiasaannya, tumor sudah berada di tahap lanjut apabila sudah merebak.

Selain malignan, kanser/barah juga merujuk kepada maksud yang sama.

2. Benigna (Tumor)

Benigna pula tidak boleh menembusi membran dasar dan tidak merebak ke bahagian lain dan kurang berbahaya berbanding malignan.

Simptom dan komplikasi mungkin berlaku disebabkan fizikal tumor tersebut yang menghimpit struktur di sekelilingnya.

Kesimpulan

Jadi, apabila bercakap tentang kanser atau barah, ia membawa maksud malignan, manakala benigna adalah tumor, istilah yang lebih umum bagi ketumbuhan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: majalahsains

Thursday, July 09, 2020

Bahaya Makan Roti 'Expired', Mampu Mengundang Maut!

Bahaya Makan Roti 'Expired', Mampu Mengundang Maut!

Pernahkah anda membeli sebuku roti di kedai atau supermarket, kemudian anda makan sedikit sahaja dan selepas beberapa hari, lebihan kepingan roti yang masih banyak telah berkulat, namun hanya pada sebahagian kecil roti?

Roti berkulat

Kebanyakan dari kita sudah pasti akan membuang bahagian yang tercemar dan memakan yang selebihnya, tetapi tahukah anda, tindakan ini sebenarnya berbahaya buat diri anda sendiri?

Fahami Mekanisme Kulat

Sebenarnya, tidak pernah wujud bahagian 'bersih' pada roti yang berkulat, kerana kulat (bahasa sebenarnya adalah mold) adalah sejenis fungus (kulat) seperti cendawan.

Seperti cendawan, kulat mempunyai 'topi' (bahagian atas) yang mudah dikesan dengan mata kasar.

Namun, akarnya yang tersembunyi, dikenali sebagai 'hyphae' sebenarnya adalah berbahaya buat manusia yang menghadamnya.

Hyphae membentuk sebuah rangkaian akar di dalam roti dan walaupun kelihatan bersih tidak berkulat pada permukaan, ianya masih tidak selamat untuk dimakan.

Bagaimana pula dengan kepingan roti daripada bungkusan yang sama, yang langsung tidak ditumbuhi kulat? Mungkin ianya lebih selamat untuk dimakan?

Tidak sama sekali! Ini kerana pada ketika kulat mula bercambah, mata kasar manusia hanya dapat melihat bahagian reproduksi kulat yang diberi nama sporangium.

Setiap sporangium akan membebaskan ribuan spora (benih pembiakan) yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.

Walaupun anda tidak dapat melihatnya, berkemungkinan besar roti yang kelihatan bersih dan selamat dimakan sebenarnya telah tercemar.

Persepsi Orang Ramai Terhadap Roti Berkulat

Namun, sudah pasti kita akan merasa seperti membazir untuk membuang kesemua kepingan roti yang 'selamat' dimakan.

Mungkin memakan roti yang mempunyai benih kulat tidak akan mengancam kesihatan dan nyawa kita? Atau mungkin sebaliknya?

"Aku selalu je makan, tak jadi ape pun. Over la kau ni." Ini antara persepsi kebanyakan daripada kita.

Walaupun begitu, sanggupkah anda mengambil risiko mengalami keracunan makanan yang akhirnya boleh membawa maut? Sanggupkah anda memperjudikan nyawa anda untuk sebuku roti?

Seperti cendawan, ada kulat yang tidak berbahaya, namun kebanyakan yang lain boleh mengancam nyawa manusia.

Terdapat beribu jenis spesis kulat, di mana sebahagian besar daripadanya tidak berbahaya kepada manusia.

Memandangkan terdapat banyak jenis kulat yang boleh tumbuh pada makanan, adalah mustahil untuk mengetahui sama ada makanan tersebut masih selamat untuk dimakan.

Jenis-Jenis Kulat

Sebagai contoh, cladosporium kadangkala boleh menyebabkan alahan, namun secara amnya tidak berbahaya.

Kulat seperti penicillium crustosum pula menghasilkan racun berbahaya yang dikenali sebagai mycotoxins.

Pada tahun 2005, sepasang suami isteri telah dimasukkan ke hospital selepas memakan sup dalam tin yang tercemar dengan jenis kulat ini. Mereka mengalami lemah otot yang serius, namun akhirnya berjaya sembuh.

Spesis kulat lain seperti rhizopus stolonifer pula boleh menyebabkan kesan kesihatan yang berbahaya dan kekal.

Anda mungkin pernah melihat kulat jenis ini, kerana ia biasanya tumbuh pada roti, dengan warna biru kehijauan dengan tompok hitam yang kabur.

Dalam sesetengah kes, kulat ini boleh menyebabkan jangkitan maut yang dikenali sebagai zygomycosis, keadaan di mana darah dalam saluran membeku dan akhirnya menyebabkan sel badan mati kerana kehausan oksigen.

Kulat jenis ini bukanlah ibarat bakteria, di mana sedikit haba sahaja sudah boleh membunuhnya. Haba yang tinggi belum tentu boleh menyahaktifkan mycotoxins.

Kesimpulan

Memandangkan anda tidak mempunyai sebarang klu jenis kulat apa yang tumbuh pada roti, tanya diri, adakah berbaloi risiko yang bakal anda ambil?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Friday, July 03, 2020

Penyakit Ekzema, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Penyakit Ekzema, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Ekzema adalah penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit, namun bukanlah penyakit yang berjangkit kepada orang lain dan tiada ubat penyembuh, tetapi ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan dan rawatan khusus jika bertambah teruk.

Penyakit Ekzema
Gambar hiasan.

Kerap kali kita mendengar masalah ekzema berlaku dikalangan kanak-kanak dengan kulit menjadi ruam merah, bengkak dan gatal berpanjangan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.

Bagaimanapun, jangan fikir masalah ini hanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak saja, sebaliknya orang dewasa juga boleh mengalaminya.

TANDA-TANDA EKZEMA

Kulit kering

Rasa kegatalan dan kemerahan pada bahagian yang tertentu. Kulit menjadi luka dan berair apabila digaru.

Kadang-kadang menimbulkan gelembung kecil berisi cecair di bawah permukaan kulit. Kulit menjadi tebal (lichenified), bersisik dan warnanya menjadi lebih gelap apabila kerap digaru.

Ekzema kelihatan seperti:
  • Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
  • Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
  • Bengkak kecil yang berair.

Siapa yang berisiko?

Kerap berlaku dalam kalangan ahli keluarga penghidap ekzema, asma dan allergic rhinitis (resdung). Ini menunjukkan pengaruh faktor genetik sebagai penyebab ekzema.

PUNCA EKZEMA

Penyebab:
  • Keturunan.
  • Buka alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus.
  • Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
  • Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
  • Infeksi virus.
  • Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
  • Lain lain jangkitan.
  • Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.

JENIS EKZEMA

Ada beberapa jenis ekzema dengan setiap jenisnya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Dianggarkan 1:20 orang dewasa menghidap atopic eczema.

Atopic eczema

Bahagian lipatan badan seperti pada lipatan lengan, belakang lutut dan tengkuk.
Sebirrheic eczema

Kulit kepala yang berkelemumur dan tompokan merah atau berair pada muka terutama dalam kalangan bayi.
Allergic contact dermatitis

Terjadi pada bahagian yang bersentuhan dengan bahan penyebab alahan. Contohnya, pada pergelangan tangan sekiranya seseorang alah kepada jam tangan (alahan kepada nikel), ketiak (alahan kepada pewangi dalam serbuk pencuci) dan sebagainya.
Dyhidrotic eczema

Bercirikan gelembung gatal berisi cecair di bawah permukaan kulit yang timbul di tangan dan kaki pesakit.
Discoid eczema

Bahagian lengan dan kaki, bercirikan plak berbentuk bulat yang gatal, tebal, merah, berair dan bersisik.
Statis Eczema

Pada bahagian kaki individu yang mengalami varicose veins, iaitu mempunyai salur darah vena yang timbul di kaki.
Jvenille Plantar Dermatoses

Pesakit mengalami kulit kering, bersisik dan merekah di tapak kaki sejak kanak-kanak atau remaja dan ia boleh berterusan hingga ke peringkat dewasa.
KESAN DAN RISIKO PENGHIDAP EKZEMA

Kegatalan adalah masalah utama penghidap ekzema sehingga pesakit menggaru kulit sampai terluka. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman, sekali gus menjadikan ekzema sukar dikawal walaupun pesakit meneruskan rawatan ubat sapuan seperti biasa.

Rasa gatal yang berterusan juga menjadikan seseorang tidak selesa, mengganggu tidur pada waktu malam dan merasa tertekan kerana tidak dapat menumpukan perhatian dan menjalankan aktiviti atau pekerjaan harian.

Sekiranya pesakit atau ibu bapa pesakit tidak faham mengenai penyakit atopic eczema, mereka sering merasa kecewa kerana penyakit ini berulang walaupun selepas mendapat rawatan.

LAKUKAN INI DI RUMAH:
  • Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
  • Elakkan mandi air panas/suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
  • Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
  • Elakkan dari fabrik yang kasar.
  • Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  • Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
  • Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

BAGAIMANA EKZEMA DIRAWAT SECARA PERUBATAN MODEN?

Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
  • Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
  • Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
  • Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
  • Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.

Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

Namun, ada juga disebutkan bahawa herba-herba seperti minyak zaitun, madu, aloe vera, minyak kelapa dan cuka epal dapat menyembuhkan penyakit ekzema ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Wednesday, July 01, 2020

Perubatan Kampo; Rawatan Berasaskan Herba Di Hospital Jepun

Perubatan Kampo; Rawatan Berasaskan Herba Di Hospital Jepun

Sesetengah kajian telah menunjukkan bahawa sebanyak 6 daripada setiap 10 orang pesakit kanser (60%) menggunakan ubat-ubatan herba sebagai salah satu terapi pelengkap dan alternatif di samping rawatan kanser konvensional.

Perubatan Kampo

Kajian pada pesakit kanser di UK pada tahun 2014 mendapati bahawa, kebanyakan pesakit menggunakan ubat-ubatan herba supaya mereka dapat berasa lebih berupaya mengawal dan mengambil tindakan terhadap kanser mereka.

Bolehkah perubatan herba membantu?

Perubatan herba menggunakan tumbuhan atau kombinasi ekstrak tumbuhan untuk merawat penyakit dan menggalakkan kesihatan.

Walaupun pengguna perubatan herba percaya bahawa kaedah rawatan ini kurang kesan sampingan, hakikatnya tumbuhan mempunyai bahan aktif yang berupaya menyebabkan kesan tertentu kepada individu. Oleh itu, pesakit kanser perlu berhati-hati dalam penggunaan ubatan herba.

Di samping itu, persoalan yang lebih penting daripada kesan sampingannya ialah, adakah perubatan herba memberikan kesan baik kepada pesakit kanser?

Kekangan utama dalam penggunaan mana-mana perubatan pelengkap dan alternatif (complementary and alternative medicines) ialah kekurangan kajian yang meyakinkan terhadap kesan penggunaannya.

Ini diburukkan lagi dengan lambakan produk komersial di pasaran yang mengandungi herba atau bahan alami lain dan diiklankan secara berlebihan sebagai 'berupaya merawat kanser', 'menyembuhkan kanser' dan 'mencegah kanser' tanpa bukti yang kukuh malah boleh memudaratkan pesakit.

Perubatan Kampo Merawat Kanser

Di Jepun yang sangat terkenal dengan ketelitian kajian sainsnya, perubatan herba dalam bentuk 'Perubatan Kampo' berjaya dikaji dengan baik dan diketengahkan dalam rawatan kanser.

Bahkan, hampir 70% daripada doktor perubatan moden di Jepun menetapkan perubatan Kampo kepada pesakit mereka untuk membantu merawat simptom-simptom kanser.

Perubatan Kampo adalah perubatan tradisional berasaskan herba dan bahan semulajadi berasal daripada China dan diolah di Jepun.

Perubatan Kampo menggunakan formulasi gabungan pelbagai bahan seperti kulit kayu manis, kulit kerang, halia dan kulit oren.

Pendekatan perubatan Kampo adalah untuk merawat dengan menekankan mekanisme pertahanan tubuh dan kekuatan penyembuhan semula jadi.

Dalam perubatan moden, tidak banyak penekanan diberikan untuk mengaktif dan menyuburkan fungsi tisu, sebaliknya fokus utama adalah untuk melawan atau menyingkirkan punca penyakit, cuma merawat dan bukan menyembuhkan penyakit.

Oleh itu, dalam rawatan kanser kemoterapi dan radioterapi berkesan membunuh sel-sel kanser, manakala perubatan Kampo membantu menangani kesan sampingan dengan cara meningkatkan keupayaan badan memulihkan diri.

Kesemua ubat-ubatan Kampo di Jepun dihasilkan oleh syarikat farmasi Jepun dan dikawal selia dengan ketat oleh agensi kerajaan.

Disebabkan kualiti dan keselamatan formulasi Kampo, kajian klinikal tentang keberkesanannya dapat dilakukan dengan lebih teratur.

Kesan penggunaan formulasi Kampo yang dilaporkan dalam kajian termasuklah mencegah kesan sampingan ubat anti kanser, mencegah sel kanser merebak dan membantu mengelakkan cachexia (penurunan berat badan dan otot) dalam pesakit kanser.

Keyakinan Terhadap Herba

Penggunaan perubatan Kampo secara meluas dalam sistem kesihatan di Jepun merupakan contoh integrasi perubatan moden dan tradisional yang mengagumkan.

Pesakit kanser di Jepun mempunyai akses kepada perubatan moden dan Kampo secara serentak apabila mereka mendapatkan rawatan di hospital biasa. Sistem insuran di Jepun turut mencakupi penggunaan perubatan Kampo.

Kajian sains sebagai kunci penerimaan

Pada tahun 2015, Professor Youyou Tu dari China dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang Fisiologi atau Perubatan kerana sumbangannya kepada kajian yang membawa kepada penemuan artemisinin, ubat antimalaria.

Kajian melalui manuskrip lama perubatan Cina tersebut membawa kepada penghasilan ubat yang telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa.

Jelasnya, perubatan herba bukanlah tidak diterima dalam dunia perubatan moden, sebaliknya memerlukan kajian teliti dan bukannya produk dengan dakwaan penyembuhan melampau tanpa sokongan kajian.

Di Malaysia, kajian mengenai perubatan tradisional masih lagi berada di tahap permulaan dan masih banyak manuskrip perubatan lama yang tidak diselenggara dan ditulis semula.

Terdapat tokoh seperti Dr Abdul Ghani Hussain, seorang doktor perubatan dengan minat mendalam pada herba yang mendokumentasikan kembali perubatan herba daripada manuskrip Melayu lama.

Meskipun masih jauh daripada hasil global, ia merupakan langkah ke arah yang betul agar kajian lanjut dapat dijalankan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hellodoktor

Bahaya Microsleep, Ketahui Punca Dan Cara Mencegahnya

Bahaya Microsleep, Ketahui Punca Dan Cara Mencegahnya

Microsleep merujuk kepada satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh beberapa saat, terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.

Apa itu Microsleep

Pernah tak anda mengalami situasi; sedang memandu dan tiba-tiba hilang tumpuan, atau mungkin anda terlelap dan apabila tersedar, kenderaan anda rapat dengan kereta hadapan, terhantuk stereng atau cermin tingkap kenderaan, atau mungkin anda dihon kerana memasuki lorong kenderaan sebelah? Jika anda pernah mengalaminya, keadaan itu dipanggil microsleep.

Kebiasaannya, individu yang mengalaminya tidak menyedari bahawa mereka telah tertidur dan masalah microsleep boleh mendatangkan bahaya apabila berlaku ketika sedang memandu atau sedang mengendalikan sesuatu jentera, yang berpotensi meningkatkan risiko kemalangan yang serius.

Simptom

Gejala microsleep agak sukar untuk dikenal pasti kerana anda mungkin sudah tertidur untuk menyedarinya.

Antara simptomnya adalah seperti:
  • Lambat bertindak balas terhadap sebarang maklumat.
  • Pandangan kosong, fikiran menerawang jauh.
  • Terjatuh sesuatu yang dipegang.
  • Kepala terlentuk.
  • Mata lambat berkedip.
  • Terkejut atau tersentak secara tiba-tiba (body jerk).
  • Sukar untuk mengingati apa yang berlaku 1 atau 2 minit lepas.

Masalah ini juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka.

Tanda amaran

Terdapat beberapa perkara yang anda lakukan ketika anda bakal menghadapi masalah microsleep adalah:
  • Tidak mampu atau terlalu sukar untuk memastikan mata sentiasa terbuka.
  • Menguap berlebihan atau kerap.
  • Tersentak secara tiba-tiba.
  • Mata berkelip lebih kerap dari biasa.

Tanda amaran ketika memandu:
  • Memandu keluar dari laluan atau lorong tanpa anda sedari dan secara berbahaya.
  • Berulang kali menguap.
  • Terlepas jalan keluar.
  • Kelopak mata memberat.

Apakah puncanya?

Microsleep biasanya disebabkan oleh rasa mengantuk yang teramat sangat dan digabungkan dengan tugas yang membosankan seperti memandu atau menonton televisyen. Semakin tinggi rasa mengantuk, semakan tinggi potensi untuk anda mengalaminya.

Kurang tidur, yang disebabkan masalah gangguan tidur seperti insomnia atau tidak mendapat kuantiti tidur yang mencukupi antara faktor utama.

Apabila kita dalam keadaan mengantuk, sebahagian otak kita sebenarnya mula tertidur walaupun secara fizikalnya kita masih terjaga namun hakikatnya otak kita tidak berfungsi sepenuhnya.

Langkah pencegahan

Cara yang paling berkesan untuk mencegah microsleep adalah dengan memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi pada waktu malam. Jumlah waktu tidur yang disyorkan untuk individu dewasa adalah antara 7 hingga 9 jam.

Lakukan beberapa perubahan dalam rutin harian juga dapat membantu memperbaiki kualiti tidur, seperti:
  • Elakkan pengambilan kafein dan alkohol terutama jika anda sudah letih.
  • Padam dan tutup lampu, televisyen, atau radio.
  • Hindari sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan.
  • Kekal suhu bilik pada tahap yang selesa.

Jika anda terlalu mengantuk pada waktu siang, ambil sedikit masa untuk tidur, pastikan ia tidak lebih 20 minit, biasanya dikenali sebagai tidur tengahari (power nap). Ia dapat membantu menjadikan diri anda lebih segar.

Elakkan tidur melebihi 30 minit melainkan anda merancang untuk berjaga pada waktu malam. Tidur pada waktu petang yang melebihi 30 minit akan membuatkan diri kita berasa lebih mengantuk dan lesu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: majalahsains

Tuesday, June 23, 2020

Apa Itu Penyakit Vertigo, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Apa Itu Penyakit Vertigo, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Vertigo ialah suatu keadaan di mana pesakit akan merasa tidak stabil, akan berasa pening seolah-olah rasa berpusing atau rasa seperti sekeliling berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan badan.

Penyakit Vertigo

Vertigo boleh terjadi akibat dari satu keadaan yang menjejaskan telinga dalam atau sebahagian daripada otak manusia yang melibatkan keseimbangan badan.

PUNCA VERTIGO

Vertigo kebiasaannya berpunca daripada masalah bahagian dalam telinga dan antara sebab yang boleh menjadi punca ialah:

1. BPPV (benign paroxysmal positional vertigo)

BPPV terjadi apabila ketulan kalsium (canaliths) bergumpal di bahagian telinga dalam (inner ear). Bahagian telinga dalam berfungsi untuk menghantar signal berkaitan pergerakan kepala dan badan ke otak.

Ia membantu untuk memberi keseimbangan badan kita. BPPV boleh berlaku tanpa sebab yang diketahui dan mungkin berkaitan dengan umur.

2. Meniere's disease

Penyakit Meniere's ialah suatu masalah bahagian telinga dalam yang berpunca daripada penghasilan cecair dan perubahan tekanan dalam telinga.

Hal ini boleh menyebabkan berlakunya vertigo berserta bunyi desingan di dalam telinga (tinnitus) dan hilang pendengaran.

3. Vestibular neuritis or labyrinthitis

Ini adalah satu masalah pada bahagian telinga dalam yang berhubungkait dengan jangkitan (kebiasannya virus). Jangkitan ini boleh menyebabkan keradangan pada saraf di bahagian telinga dalam yang penting untuk mengawal keseimbangan badan.

Dalam segelintir keadaan, vertigo mungkin berpunca daripada:
  • Kecederaan leher atau otak.
  • Masalah pada otak seperti ketumbuhan dalam otak atau strok.
  • Sesetengah ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kerosakan dalam telinga.
  • Migrain.

Simptom-simptom vertigo

Vertigo biasanya tercetus dengan perubahan kedudukan kepala kita. Apabila kita menggerakkan kepala, vertigo yang dialami akan menjadi semakin teruk.

Pesakit yang mengalami vertigo kebiasaannya akan mengadu berasa:
  • Rasa seperti berpusing.
  • Rasa seperti senget.
  • Rasa terawang-awangan.
  • Rasa tidak seimbang/mudah jatuh.
  • Rasa seperti ditarik ke satu arah.

Simptom-simptom lain termasuk:
  • Rasa loya.
  • Muntah.
  • Pergerakan bola mata yang tidak normal atau secara tiba-tiba (nistagmus).
  • Sakit kepala.
  • Berpeluh tanpa sebab.
  • Bunyi berdesing di dalam telinga atau hilang pendengaran.

Simptom-simptom ini boleh berlaku dalam beberapa minit atau jam atau lebih dan simptom ini akan berlaku secara berulang.

RAWATAN VERTIGO

Bagaimana Ahli fisioterapi boleh membantu pesakit Vertigo?

Ahli fisioterapi memainkan peranan yang penting untuk mempercepat pemulihan pesakit yang mengalami vertigo.

Ahli fisioterapi akan menjalankan penilaian untuk menentukan apa sebenarnya masalah yang dihadapi dan menentukan jenis rawatan yang akan diberi.

Tujuan rawatan fisioterapi adalah terdiri daripada:
  • Mengurangkan pening yang disebabkan pergerakan kepala (Shepard & Telian, 1993).
  • Meningkatkan kestabilan pandangan (Herdman, 2003).
  • Meningkatkan keseimbangan dan fungsi-fungsi berjalan (Krebs et al, 2003).
  • Meningkatkan kecergasan dan daya tahan.
  • Mengurangkan risiko jatuh (Hall et al, 2004).
  • Teknik posisi untuk BPPV.
  • Meningkatkan tahap aktiviti umum.

Apakah Perawatan Fisioterapi?

Rawatan fisioterapi adalah bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh pesakit.

Rawatan adalah melibatkan latihan :
  • Habituation.
  • Penyesuaian.
  • Keseimbangan.
  • Gaya berjalan.
  • Kekuatan otot.
  • Fleksibiliti.

Lain-lain rawatan adalah :
  • Teknik posisi canalith.
  • Pencegahan dari jatuh.
  • Pendidikan pesakit.

Ahli fisioterapi akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh untuk menentukan punca-punca lain yang boleh menyebabkan anda pening, rasa berpusing dan bagaimana ia boleh dirawat.

Selepas diagnosa ditentukan, selain penilaian pelan rawatan akan dirancang untuk memenuhi matlamat anda. Ahli fisioterapi akan membantu untuk memulihkan ketidakselesaan anda.

Diagnosis yang tepat tentang vertigo akan memberi kejayaan yang memberangsangkan dalam tempoh jangka masa yang pendek.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Thursday, June 18, 2020

Ketahui Bahaya Jika Tubuh Kurang Terdedah Kepada Cahaya Matahari

Ketahui Bahaya Jika Tubuh Kurang Terdedah Kepada Cahaya Matahari

Kita bertuah kerana tinggal di Malaysia yang mempunyai cahaya matahari sepanjang tahun. Sepatutnya masyarakat kita tiada masalah tentang pendedahan kepada cahaya matahari, tetapi kehidupan zaman sekarang yang mana kita lebih banyak berteduh di rumah, kereta dan pejabat menyebabkan majoriti masyarakat kita terutamanya kaum wanita mempunyai masalah kurang pendedahan kepada bahaya matahri.

Manfaat Cahaya Matahari

Kajian terbaru menunjukkan pendedahan yang secukupnya kepada cahaya matahri adalah penting kepada kesihatan dan akan membantu kita lebih sihat, hidup sihat lebih lama dan lebih gembira.

Ya, cahaya matahari boleh membuatkan kita lebih gembira kerana ia merangsang mood dan mengurangkan stres. Cahaya matahari juga membantu melindungi kita daripada pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung, asthma, kegemukan (obesiti), multiple sclerosis dan kekurangan Vitamin D yang boleh mengganggu syahwat (libido) dan meningkatkan mood.

Pendedahan kepada cahaya matahri akan membuatkan tubuh kita menghasilkan lebih bahan nitrik oksida (NO) yang akan membantu saluran darah mengekalkan keterbukaannya iaitu mengurangkan masalah penyempitan saluran darah. Ini akan melindungi sistem kardiovaskular dan mencegah penyakit serangan jantung dan strok.

Oleh itu pendedahan kepada cahaya matahri membantu seseorang mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular akibat masalah atherosklerosis.

Ia juga membantu meningkatkan paras serotonin iaitu neurotransmitter otak yang penting untuk meningkatkan mood gembira dan mengurangkan tekanan stres.

Baik Untuk Salur Darah

Menurut ahli sains di Karolinska Institutet, Sweden, masalah kurang pendedahan kepada cahaya matahari adalah sama risikonya kepada kesihatan seperti merokok.

Berdasarkan kajian mereka, seorang yang tidak merokok, tetapi tidak mendapat pendedahan kepada cahaya matahari secukupnya maka jangka hayat hidup yang sama seperti perokok yang mendapat pendedahan cahaya matahari yang cukup.

Seorang lagi ahli sains, iaitu Dr Richard Weller daripada Edinberg University telah mencadangkan bahawa nasihat untuk mendapatkan pendedahan cahaya matahari yang secukupnya adalah sangat penting terutama kepada warga tua yang lebih banyak duduk di rumah.

Pasukan kajian beliaulah yang telah membuat kajian dan cadangan bahawa pendedahan kepada cahaya matahari boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko strok dan serangan jantung.

Ini adalah kerana individu yang mempunyai pendedahan yang secukupnya kepada cahaya matahari akan menyebabkan saluran darah mengembang dan ini akan menyebabkan tekanan darah menurun.

Anti-radang

Saintis daripada Cambridge University pula mencadangkan bahawa pendedahan kepada cahaya matahari secukupnya akan mengubah kelakuan gen dalam sel dengan menunjukkan ekpressi gen 28% daripada susunan genetik dari musim ke musim.

Pengkaji melaporkan aktiviti anti keradangan gen meningkat semasa musim panas, oleh itu cahaya matahari adalah faktornya dan kajian ini menunjukkan pendedahan kepada cahaya matahari akan mengurangkan respon keradangan dalam tubuh.

Cahaya matahari akan membantu tubuh seseorang kekal kurus dan sihat berdasarkan kajian oleh pengkaji daripada Edinburg University dan Southampton University.

Ini adalah kerana kajian mereka menunjukkan radiasi cahaya ultraungu (UV) daripada cahaya matahari boleh menghalang perkembangan masalah obesiti dan penyakit diabetes mellitus jenis 2.

Mempengaruhi Kegembiraan

Manusia secara umumnya akan merasa lebih gembira apabila terdedah kepada cahaya matahari. Ini menurut kajian adalah kerana gelombang cahaya utama dalam cahaya matahari akan merangsang saraf mata atau retina yang mengawal kawalan waktu tubuh kita.

Oleh itu ia juga mengawal pengeluaran hormon dalam tubuh seperti melatonin yang mana jika ia tidak dirembeskan secukupnya oleh tubuh akan mengakibatkan seseorang mengalami masalah kemurungan dan susah hendak tidur dan untuk jangkamasa panjang boleh menyebabkan masalah penyakit degenerasi otak seperti penyakit Alzheimer dan penyakit Parkinson.

Mengurangkan risiko Kanser

Kajian ada menunjukkan seseorang yang berkulit cerah lebih mudah mendapat kanser kulit jika terdedah secara berpanjangan dan kerap kepada cahaya matahri yang terik.

Tetapi kajian epidemiologi juga menunjukkan masyarakat yang mempunyai pendedahan kepada cahaya matahari lebih lama akan mempunyai jangkahayat yang lebih lama walaupun kadar penyakit kanser kulit adalah lebih tinggi.

Mengelakkan pendedahan langsung kepada cahaya matahari dan menggunakan krim pelindung cahaya matahari (sunblock) boleh menjadi faktor risiko yang baru kepada penyakit jantung koronari.

Walau bagaimanapun, adalah tidak dicadangkan kita berjemur berjam-jam di bawah cahaya matahari terik. Penggunaan krim pelindung cahaya matahari sepatutnya digunakan bila perlu secara berkala sahaja kerana kita masih perlu didedahkan dengan cahaya matahari yang secukupnya.

Kita masih perlukan penghasilan Vitamin D yang secukupnya kerana ia penting untuk memastikan panjang 'telomere' sihat dalam sel.

Panjang telomere ini yang menentukan panjang umur seseorang individu berdasarkan kajian sains terkini.

Secara umumnya bolehlah kita katakan bahawa cahaya matahari merupakan asas penting kepada kesihatan dan juga ia boleh mengancam kesihatan jika kita terdedah kepada cahaya matahari yang terik terlalu lama. Keseimbangan yang sederhana itu penting untuk mendapatkan faedah kesihatan yang baik.

Kajian menunjukkan penyakit kanser kulit jenis 'Cutaneous Malignant Melanoma' adalah sejenis kanser kulit yang serius yang terjadi hampir tiga suku kes-kes kanser kulit yang menyebabkan kematian.

Kajian terbaharu menunjukkan, mengelakkan pendedahan kepada cahaya matahari akan mengurangkan risiko selar matahari (sunburn) tetapi ia akan meningkatkan risiko kanser kulit.

Pendedahan kepada cahaya matahari secara optima pada waktu diantara pukul 8am ke 10am akan memberikan pendedahan yang ideal dan lebih sihat.

Selepas pukul 11am sehingga 4pm di Malaysia, pendedahan kepada cahaya matahari terik adalah perlu di minimakan. Apabila waktu selepas zuhur, cahaya matahari akan ditapis oleh atmosfera yang mana UVB di tapis lebih banyak berbanding UVA.

Kajian menunjukkan UVA boleh merosakkan kulit dan menyebabkan kulit berkedut dan kelihatan tua. UVB pula adalah cahaya matahari yang penting untuk penghasilan Vitamin D dibawah kulit. Ia lebih banyak di waktu pagi sehingga ke sebelum tengahari yang panas terik.

Secara umumnya, dapatkanlah pendedahan kepada cahaya matahari secara optimum dengan mendedahkan kulit kita kepada cahaya matahari pagi seboleh yang mungkin untuk mendapat kesihatan yang terbaik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: drnorman

Wednesday, June 17, 2020

Apa Punca Stres Dan Bagaimana Cara Mengatasinya?

Apa Punca Stres Dan Bagaimana Cara Mengatasinya?

Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan, dikategorikan sebagai tekanan, bebanan, keletihan, panik, kebimbangan, tidak bermaya dan hilang semangat.

Apa Punca Stres

Apa yang perlu di buat apabila stres ialah cuba menanganinya, kerana ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan simptom-simptom yang tidak baik untuk tubuh badan kita.

Kebaikan Dan Keburukan Stres

Apabila tahap stres rendah, hasil kerja juga rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada kerja.

Apabila tahap stres berada di peringkat tinggi, seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stres.

Stres di peringkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu.

Dalam jangka masa panjang, stres yang teruk dan tidak dirawat boleh memberi kesan yang teruk kepada diri anda.

Anda perlu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini, sekiranya tidak, ia akan memberi kesan seperti, mudah keletihan dan cepat penat, kekecewaan dan hilang semangat (burn out).

PUNCA STRES

1. Stres Ancaman (survival)

Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi.

2. Stres dalam diri sendiri

Di mana anda adalah seorang yang mempunyai personaliti jenis A iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi.

5 harapan kesempurnaan yang tidak realistik oleh seseorang itu adalah:
  • Anda mengharapkan orang lain mengagumi dan menyayangi anda.
  • Anda menggagap diri anda kompeten setiap masa.
  • Anda mempercayai orang lain yang menyebabkan segala kegagalan anda.
  • Anda mengharapkan setiap kerja yang di hasilkan adalah sempurna yang dikehendaki oleh anda dan orang lain perlu mengikut kata-kata anda.
  • Anda mempercayai pengalaman buruk yang lepas akan mempengaruhi masa depan anda.

3. Stres persekitaran tempat kerja anda

Stres disebabkan persekitaran:
  • Ruang tempat kerja yang sempit.
  • Ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai.
  • Bising.
  • Kawasan yang kotor dan tidak selesa.
  • Pencemaran.
  • Pengurusan persekitaran yang tidak cekap.

Stres disebabkan bahan kimia dan pemakanan:
  • "Caffeine" boleh menyebabkan hormon stres dalam badan anda meningkat, sukar hendak tidur dan menyebabkan anda tidak selesa.
  • Peningkatan kandungan gula dalam darah dari pengambilan makanan yang manis dan coklat boleh memberi tenaga berlebihan kepada diri anda dalam masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi kandungan gula itu. Ia boleh memberi kesan ke atas penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan kadar gula yang tinggi.
  • Pengambilan garam yang berlebihan juga boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan anda mengalami stres disebabkan berlebihan bahan kimia.

4. Stres disebabkan Cara Hidup dan Pekerjaan

Faktor yang menyumbang kepada stres jenis ini ialah:
  • Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang.
  • Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman anda.
  • Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan oleh anda.
  • Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan.
  • Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa.
  • Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja.
  • Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang bersesuaian.
  • Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai.
  • Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda.
  • Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan dan peralatan.

Tekanan perkembangan kerjaya seperti:
  • Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap pekerjaan sekarang.
  • Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri.
  • Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang.
  • Tiada peluang kenaikan pangkat.
  • Tiada jaminan pekerjaan.

Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti:
  • Tekanan dari pihak atasan.
  • Campur tangan terhadap bidang tugas.
  • Tuntutan berlebihan daripada pelanggan.
  • Gangguan terhadap perancangan kerja.
  • Gangguan telefon.

Tekanan atas diri sendiri dan keluarga seperti:
  • Masalah kewangan.
  • Masalah hubungan dengan keluarga.
  • Penyakit yang dialami.
  • Perubahan hidup seperti kelahiran, kematian, perkahwinan dan perceraian.

INI ANTARA KESAN BURUK KEPADA KESIHATAN JIKA STRES TIDAK DIURUS DENGAN BAIK

1. Sistem imun menjadi lemah

Stres yang tidak dikawal boleh mengakibatkan sistem imun badan menjadi lemah, menyebabkan badan mudah dijangkiti penyakit.

Stres yang berpanjangan akan memperlahankan proses penyembuhan luka serta menyebabkan penyakit kulit yang teruk.

2. Penyakit Jantung (Kardiovaskular)

Stres boleh menyebabkan terganggunya sistem arteri di dalam badan kita. Ini berkait rapat dengan jantung, dan sekiranya tidak ditangani dengan baik, risiko untuk menghidapi denyutan jantung tidak normal, masalah darah beku, arteri mengeras, serangan jantung mengejut dan lain-lain penyakit pun akan meningkat, seterusnya boleh membawa kepada kehilangan nyawa.

Stres yang kronik boleh mengakibatkan arteri menjadi sempit, paras kolesterol meningkat ataupun strok.

3. Mengganggu Sistem Penghadaman

Stres yang kronik akan mengganggu sistem penghadaman kita dan kesannya, tubuh akan menghadapi simptom-simptom seperti makanan susah dihadam, mual, perut berangin, cirit-birit atau sembelit.

Sekiranya kita menghadapi simptom seperti ini, pastinya akan mengurangkan kualiti hidup kita dan keluarga.

4. Organ Pembiakan

Kurang subur (fertiliti rendah) juga boleh dikaitkan dengan stres. Bagi lelaki adalah masalah lemah tenaga batin, manakala bagi wanita akan mengalami masalah ketika hamil.

Stres menjadi lebih bahaya bagi wanita mengandung, kerana anak yang akan dilahirkan berisiko tinggi menghidapi penyakit asma dan alergik.

Pastinya anda tidak ingin bayi menghidapi penyakit walaupun hanya sekadar demam biasa.

Jadi, mulai sekarang anda semua perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya tidak dibebani stres.

5. Sistem Pernafasan Terjejas

Antara kesan diakibatkan oleh stres yang tidak terkawal adalah sistem penafasan anda akan terganggu, yang boleh mengakibatkan asma dan masalah paru-paru.

Semasa menghadapi stres, seseorang itu akan bernafas dengan cepat sehingga terasa seperti sesak nafas dan jika tidak diubati, keadaan ini akan mengakibatkan paru-paru mudah dijangkiti penyakit.

6. Penyakit Kulit

Jerawat tumbuh di muka juga salah satu simptom yang akan dialami oleh seseorang yang mengalami stres.

Sudah tentu bagi mereka yang pentingkan penampilan, dengan tumbuhnya jerawat di muka akan menyebabkan kurangnya keyakinan diri anda.

Bagi mereka yang menghidapi penyakit kurap, penyakit itu akan menjadi lebih teruk.

MENCEGAH STRES

Begitulah antara kesan-kesan buruk akibat stres yang jika tidak dicegah ataupun dirawat, akan memberi kesan negatif di dalam kehidupan anda dan keluarga.

Namun, masih ramai di antara kita yang kurang pendedahan tentang bahayanya stres di dalam kehidupan.

Sekiranya anda menghadapi simptom di atas, apa yang anda perlu buat ialah cuba untuk mengurus stres yang anda alami dengan berjumpa pakar kesihatan, amalkan cara hidup yang sihat dan cuba elakkan perkara atau suasana yang boleh menyebabkan anda stres.

Mungkin dengan sedikit usaha anda akan dapat mengurangkan stres di dalam kehidupan, walaupun kita tidak mampu lari dari stres kerana hidup ini tak lekang dari masalah.

Tetapi, apa yang kita mampu lakukan adalah belajar mengawal dan mengurangkan stres supaya tidak menjejaskan kualiti hidup kita bersama orang yang tersayang.

RAWAT STRES

Apa yang perlu dilakukan untuk mengurangkan stres adalah, anda perlu menerima kenyataan yang anda sedang mengalami stres dan berjumpalah dengan pakar dan dapatkan bantuan mereka.

Selain itu, jangan pendam perasaan anda berseorangan, lakukan perkara yang kita minat dan bergaullah dengan kawan-kawan yang positif.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saturday, June 13, 2020

5 Kesan Buruk 'Junk Food' Kepada Kesihatan Anda

5 Kesan Buruk 'Junk Food' Kepada Kesihatan Anda

Mengambil makanan tidak berkhasiat secara kerap dan dalam kuantiti yang banyak sememangnya telah terbukti boleh menyumbang kepada masalah-masalah kesihatan yang kronik pada jangka masa panjang.

Bahaya Junk Food

Malangnya di Malaysia, ketaksuban terhadap makanan-makanan tidak berkhasiat amatlah tidak difahami kerana kita telah tersenarai dalam rangking tertinggi sebagai rakyat paling berpenyakit seperti kencing manis, obesiti, penyakit jantung, buah pinggang dan beberapa penyakit lain.

Malah, terdapat kajian yang menunjukkan kesan negatif daripada pengambilan produk makanan yang tidak berkhasiat ini.

Obesiti

Selain disebabkan oleh individu yang tidak aktif dan masalah perubatan lain, obesiti boleh terjadi apabila mengamalkan pemakanan yang tidak sihat atau berkhasiat.

Makanan yang mengandungi jumlah lemak trans yang tinggi, lemak tepu dan gula yang berlebihan, akan menyumbang kepada peningkatan risiko obesiti.

Kesihatan jantung

Kualiti diet pemakanan yang anda amalkan akan mempunyai kesan signifikan terhadap kesihatan kardiovaskular anda.

Garam dan makanan berlemak boleh menjadi sangat memudaratkan apabila diambil secara kerap dan berlebihan.

Makanan tidak berkhasiat selalunya tinggi kandungan natrium, kolesterol dan gula yang boleh meningkatkan tekanan darah serta tahap kolesterol dan trigliserida, sejenis lemak (lipid) yang terdapat dalam darah.

Dari masa ke masa, tekanan darah tinggi dan tahap lipid yang tinggi boleh menimbulkan banyak tekanan pada hati, meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan penyakit arteri koronari.

Untuk mendapatkan kesihatan jantung maksimum, pastikan anda menghadkan pengambilan garam kepada 2,400 mg setiap hari.

Makanan lain yang tidak sihat dan harus dihindari antaranya termasuklah minuman berkarbonat, marjerin, daging tinggi kandungan lemak dan makanan bergoreng.

Penyakit kronik

Makanan tidak berkhasiat turut boleh menyumbang kepada peningkatan terhadap penyakit dan jangkitan kronik.

Pengambilan diet yang tidak sihat akan menyebabkan kekurangan nutrien dalam badan yang sekali gus tidak memenuhi keperluan kalori harian.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kekurangan nutrien yang paling bahaya adalah anemia yang disebabkan kekurangan zat besi, kekurangan vitamin A dan gangguan kekurangan iodin.

Diet pemakanan yang sihat membantu menghalang penyakit jantung, mencegah diabetes jenis 2, osteroporosis dan juga kanser.

Kesihatan mental

Pemakanan memainkan peranan penting kepada tahap kesihatan mental seseorang individu.

Mengambil terlalu banyak makanan ringan boleh memburukkan simptom penyakit mental seperti kemurungan dan kegelisahan.

Makanan manis dan mempunyai karbohidrat halus sangat berbahaya, kerana boleh menyebabkan peningkatan mendadak kepada tahap gula dalam darah.

Makanan seperti kentang, beras perang, oat dan karbohidrat kompleks lain adalah pilihan baik dan bijak untuk menjamin tahap kesihatan yang baik.

Pemilihan makanan tidak berkhasiat dan tabiat pemakanan tidak sihat boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit mental seperti Alzheimer.

Masalah usus

Mengambil makanan tidak berkhasiat boleh menyebabkan masalah kepada saluran pencernaan, memandangkan anda tidak mengambil serat makanan harian yang diperlukan oleh badan anda.

Lemak berlebihan dalam makanan yang anda makan akan memudaratkan saluran pencernaan.

Makan makanan yang tidak sihat akan meningkatkan risiko untuk mengalami perut kembung, cirit-birit atau sembelit.

Bagaimana menghindari tabiat ini?

Untuk melakukan perubahan dalam tabiat mengambil makanan tidak berkhasiat ini, terutamanya jika ia satu tabiat yang selalu diambil, pastinya ia sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Tetapi tidak mustahil.

Berikut adalah beberapa cara dan tips yang boleh membantu anda menukar tabiat kepada mengamalkan diet pemakanan yang lebih sihat dan berkhasiat:
  • Wujudkan jadual pemakanan yang boleh anda ikuti dan pastikan anda mengetahui cara bagaimana untuk menangani keinginan anda terhadap makanan tidak berkhasiat ini.
  • Kurangkan menonton televisyen dan jika anda ingin menonton televisyen pastikan anda tidak menonton sambil makan.
  • Tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Harapan yang tidak realistik akan cenderung membuatkan anda mudah berputus asa dan gagal.

Sebaiknya, perubahan yang ingin anda lakukan, pastikan ia dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak secara drastik.

Menitikberatkan soal apa yang anda makan, terutamanya buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin, serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Kerap melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, berlari atau berenang setiap hari, pastinya dapat membantu menjadikan badan lebih sihat.

Ia mampu meningkatkan sistem imun badan, serta mengurangkan risiko penyakit kronik seperti masalah berkaitan jantung dan kanser.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hellodoktor

Tuesday, June 09, 2020

Kisah Pandemik Selesema Sepanyol 1918 Yang Menjangkiti 500 Juta Manusia!

Kisah Pandemik Selesema Sepanyol 1918 Yang Menjangkiti 500 Juta Manusia!

Pandemik selesema Sepanyol yang berlaku pada tahun 1918 adalah wabak paling dahsyat dalam sejarah, menjangkiti kira-kira 500 juta orang di seluruh dunia iaitu kira-kira satu pertiga daripada penduduk Bumi pada ketika itu dan telah membunuh kira-kira 20 juta hingga 50 juta mangsa.

Selesema Sepanyol 1918

Selesema 1918 mula dikesan di Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa bahagian Asia sebelum berleluasa ke seluruh dunia.

Ketika itu tiada ubat atau vaksin yang berkesan untuk merawat selesema ini dan orang ramai hanya diarahkan untuk memakai topeng muka.

Sekolah, teater dan perniagaan ditutup manakala mayat bertimbunan di rumah mayat sebelum virus ini lenyap.

Apa itu selesema?

Influenza atau selesema adalah virus yang menyerang sistem pernafasan dan ia sangat mudah berjangkit.

Apabila seseorang yang dijangkiti batuk, bersin atau bercakap, titisan pernafasan dihasilkan dan dihantar ke udara, kemudiannya boleh dihirup oleh sesiapa sahaja yang berdekatan.

Selain itu, seseorang yang menyentuh sesuatu benda yang mempunyai virus ini dan kemudian menyentuh mulut, mata atau hidungnya boleh dijangkiti.

Wabak selesema berlaku setiap tahun dan berbeza dari segi bahaya, bergantung kepada bahagian jenis virus yang tersebar, juga boleh bermutasi dengan begitu pantas.

Selesema Sepanyol

Wabak influenza ini tidak terhad kepada Sepanyol dan ia sebenarnya bukanlah berasal dari Sepanyol.

Penyelidikan oleh Olson et al (2005), menunjukkan bahawa wabak itu berasal dari New York kerana bukti gelombang pra-pandemik virus ini di bandar tersebut.

Tetapi, ia dinamakan sedemikian kerana Sepanyol adalah negara neutral dalam Perang Dunia Pertama (1914-18), yang bermaksud ia bebas melaporkan tahap keterukan pandemik ini.

Manakala negara-negara yang terlibat dengan perang cuba menyembunyikan laporan tentang bagaimana influenza ini memberi kesan kepada penduduk mereka bagi mengekalkan semangat perang dan tidak kelihatan lemah di mata musuh.

Wabak selesema ini bermula di Hemisfera Utara pada musim bunga tahun 1918, tersebar dengan cepat dan akhirnya sampai ke seluruh pelusuk dunia, di mana satu epidemik berubah menjadi pandemik.

Gejala Selesema Sepanyol

Gelombang pertama pandemik 1918 berlaku pada bulan Mac 1918, ketika Perang Dunia Pertama sedang berlangsung.

Pesakit akan mengalami gejala selesema biasa seperti menggigil, demam dan keletihan, biasanya pulih selepas beberapa hari dan jumlah kematian yang dilaporkan adalah rendah.

Walaupun tidak diketahui di mana virus pertama muncul, ia merebak dengan pantas ke Eropah barat dan menjelang Julai, ia telah merebak ke Poland.

Gelombang pertama influenza ini agak sederhana. Walau bagaimanapun, pada musim panas, jenis penyakit yang lebih maut diiktiraf dan bentuk ini muncul sepenuhnya pada bulan Ogos 1918.

Individu yang dijangkiti meninggal dunia dalam masa beberapa jam atau hari selepas mengalami gejala, kulit mereka berubah menjadi biru dan paru-paru mereka dipenuhi dengan cecair yang menyebabkan mereka mati lemas.

Hanya dalam tempoh setahun pada 1918, jangka hayat purata di Amerika menurun sebanyak 12 tahun.

Kematian disebabkan Selesema Sepanyol 1918

Terdapat beberapa anggaran kematian yang disebabkan oleh pandemik dan yang tertinggi adalah seramai 50 juta orang.

Pada hari pertama, sebanyak 651 kematian dicatatkan, bertambah kepada 3,600 kematian menjelang 7 hari dan melonjak kepada 17,920 kematian hanya dalam masa sebulan.

Menjelang hari ke-100, seramai 770,760 nyawa telah terbunuh akibat wabak selesema dahsyat ini di seluruh dunia.

Wabak selesema ini berlaku di hampir setiap bahagian dunia yang didiami, bermula di pelabuhan, kemudian tersebar dari bandar ke bandar sepanjang laluan pengangkutan utama.

India dipercayai telah mengalami sekurang-kurangnya 12.5 juta kematian semasa pandemik ini.

Apa yang lebih menakutkan adalah, virus ini akhirnya samapi ke tempat yang sangat jauh seperti padang gurun Alaska, New Zealand dan Samoa yang terletak di tengah-tengah pulau Pasifik.

Kebanyakan kematian di seluruh dunia berlaku semasa gelombang kedua dan ketiga yang sangat dahsyat.

Melawan Selesema Sepanyol

Apabila selesema 1918 melanda, doktor dan saintis tidak pasti apa yang menyebabkannya atau bagaimana untuk merawatnya.

Tidak seperti hari ini, tiada vaksin, antivirals atau ubat-ubatan yang berkesan untuk merawat selesema ini.

Vaksin selesema berlesen pertama hanya muncul di Amerika Syarikat pada tahun 1940.

Pada dekad berikutnya, pengilang dapat menghasilkan vaksin secara rutin yang dapat membantu mengawal dan mencegah pandemik yang akan datang.

Malah, hospital-hospital di sesetengah kawasan mengalami kesesakan pesakit selesema sehinggakan sekolah-sekolah, rumah-rumah persendirian dan bangunan-bangunan lain terpaksa ditukar menjadi hospital sementara yang mana sebahagiannya dikendalikan oleh para pelajar perubatan.

Pegawai di sesetengah komuniti mengenakan kuarantin, memerintahkan rakyat mereka memakai topeng dan menutup tempat awam, termasuk sekolah, gereja dan teater.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan berjabat tangan dan tinggal di dalam rumah, perpustakaan menghentikan peminjaman buku dan peraturan melarang meludah diluluskan.

Menurut The New York Times, semasa pandemik ini, Boy Scouts di New York City mendekati orang yang meludah di jalan dan memberi mereka kad yang berbunyi, "Anda melanggar Kod Kebersihan."

Berakhirnya pandemik paling dahsyat

Menjelang musim panas tahun 1919, pandemik selesema dahsyat ini telah berakhir, dengan mereka yang dijangkiti sama ada mati atau tahap imun mereka menjadi semakin kuat.

Hampir 90 tahun kemudian iaitu pada tahun 2008, para penyelidik mengumumkan bahawa mereka telah menemui apa yang menyebabkan selesema 1918 sangat membunuh.

Jawapannya ada sekumpulan tiga gen membolehkan virus itu melemahkan tiub dan paru-paru bronkus mangsa dan memudahkan berlakunya radang paru-paru bakteria.

Sejak tahun 1918, terdapat beberapa pandemik influenza yang lain namun tidaklah sehebat Selesema Sepanyol ini.

Pandemik selesema dari 1957 hingga 1958 membunuh kira-kira 2 juta orang di seluruh dunia dan pandemik dari 1968 hingga 1969 membunuh kira-kira 1 juta orang.

Selesema Sepanyol vs Covid-19

Apabila membandingkan COVID-19 dengan selesema Sepanyol, terdapat beberapa perbezaan penting yang harus dipertimbangkan.

Kedua-duanya bukanlah penyakit yang sama dan virus yang menyebabkan penyakit ini sangat berbeza.

Virus yang menyebabkan COVID-19 adalah coronavirus, bukan virus influenza yang menyebabkan selesema Sepanyol dan pandemik influenza lain yang disebutkan di atas.

Kadar kematian dari segi kumpulan usia juga sangat berbeza. Selesema Sepanyol pada tahun 1918 tersangat bahaya terhadap bayi dan juga kanak-kanak.

Coronavirus yang baharu ini menyebabkan COVID-19 kelihatan seperti sangat berbahaya kepada warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik.

Pada tahun 1918, dunia hanya dihubungkan dengan landasan kereta api dan kapal pengangkut.

Hari ini, pesawat boleh membawa orang dan virus ke banyak penjuru dunia dalam masa yang sangat singkat. Perbezaan dalam sistem dan infrastruktur kesihatan juga penting.

Selesema Sepanyol melanda dunia pada zaman sebelum antibiotik dicipta dan banyak kematian tidak disebabkan oleh virus influenza itu sendiri tetapi oleh jangkitan bakteria sekunder.

Morens et al (2008) mendapati bahawa ketika selesema Sepanyol, "Kebanyakan kematian kemungkinan disebabkan secara langsung dari radang paru-paru bakteria sekunder yang disebabkan oleh bakteria saluran pernafasan atas yang biasa."

Dan bukan sekadar sistem kesihatan yang berbeza, tetapi juga keadaan kesihatan dan kehidupan penduduk global.

Pada tahun 1918, populasi dunia yang besar adalah sangat miskin di mana sebahagian besar penduduk kurang mendapat zat.

Di kebanyakan tempat di dunia, penduduknya hidup dalam keadaan yang sangat miskin dan sangat sesak, sanitasi yang kurang baik serta standard kebersihan yang rendah adalah perkara biasa.

Tambahan pula populasi di banyak bahagian dunia menjadi lemah disebabkan oleh perang global.

Sumber awam adalah sangat kecil dan banyak negara membelanjakan sebahagian besar sumber mereka untuk perang.

Walaupun sebahagian besar dunia lebih kaya dan sihat sekarang, kebimbangan hari ini juga adalah bahawa ia adalah orang termiskin yang akan menjadi golongan yang paling terkesan dengan wabak COVID-19.

Selesema Sepanyol mengingatkan kita betapa besarnya kesan pandemik, walaupun di negara-negara yang telah berjaya dalam meningkatkan kesihatan penduduk.

Patogen baru boleh menyebabkan kehancuran yang dahsyat dan mengakibatkan kematian berjuta-juta.

Oleh sebab itu, selesema Sepanyol telah digelar sebagai amaran dan sebagai motivasi untuk mempersiapkan diri untuk wabak lebih besar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: iluminasi

Thursday, June 04, 2020

15 Makanan Untuk Pesakit Darah Rendah

15 Makanan Untuk Pesakit Darah Rendah

Perubahan tekanan darah menjadi rendah secara tiba-tiba adalah sangat berbahaya kerana kesan apabila kepala berpinar dan pening boleh menyebabkan otak gagal menerima aliran darah yang mencukupi.

Makanan Pesakit Darah Rendah

Ramai berpendapat bahawa tekanan darah rendah terjadi disebabkan anda tidak suka makan atau tidak berapa makan banyak.

Itu boleh jadi sebabnya juga tetapi anda boleh makan makanan yang disarankan untuk mengatasi masalah darah rendah.

Apakah makanan untuk darah rendah yang boleh anda amalkan setiap hari? Jom kami kongsikan 15 jenis makanan untuk darah rendah wajib anda tahu.

1. Telur

Telur mempunyai vitamin B12 yang menjadikan anda kuat dan bertenaga. Sebagai pesakit tekanan darah rendah, telur adalah makanan utama penting untuk anda makan. Ia juga dapat mengurangkan anemia dan tekanan darah rendah anda.

2. Sayur Bayam

Bayam kaya vitamin E, asam folat, lutein dan natrium. Khasiat bayam adalah mencegah kerosakan sel, melawan radikal bebas dan bersifat antioksidan.

Sayur bayam juga menjadikan darah anda sihat dan badan lebih bertenaga. Amalkan sayur bayam seminggu 2 kali atau setiap hari, tiada masalah.

Anda boleh makan bayam hijau dan bayam merah. Khasiatnya juga lebih kurang sama dan sesuai sebagai makanan untuk darah rendah.

3. Delima

Perbanyakkan makan buah delima sama ada delima muda atau tua yang sudah merekah, kerana ia sangat antioksida dan mempunyai vitamin yang banyak.

Anda tidak akan letih, pening dan mudah pengsan lagi dengan pengambilan buah delima.

4. Daging Merah

Selain telur, daging merah adalah makanan kedua terbaik untuk darah rendah. Daging merah juga boleh mengatasi anemia dan meningkatkan tenaga.

Makanan untuk darah rendah terbaik ini boleh anda ambil dalam kuantiti yang secukupnya atau banyak asalkan tidak lemak berlebihan.

5. Seledri

Seledri adalah daun yang boleh anda tambah dalam masakan atau minuman, juga boleh dijadikan sebagai penambah rasa.

Kandungan natrium sebanyak 96 mg dan kaya dengan pelbagai vitamin dapat mengatasi masalah darah rendah.

Anda boleh mengamalkan seledri daun dan batangnya kerana keduanya sangat berkhasiat untuk diamalkan.

6. Lemon

Lemon bukanlah semata-mata penghapus lemak, tetapi juga dapat mengatasi darah rendah, juga kaya dengan vitamin C dan bersifat antioksidan.

Anda boleh menjadikan lemon sebagai jus ataupun boleh tambah dalam masakan yang bersesuaian.

Jika dimakan begitu sahaja, masam sangat rasanya. Darah anda akan lebih terkawal justeru dapat mengatasi tekanan darah rendah.

7. Madu

Apa kata anda amalkan makanan untuk darah rendah yang ringkas ini? Dengan 2 sudu madu setiap hari, tekanan darah rendah anda akan berkurangan.

Madu adalah makanan sunnah yang pastinya mempunyai khasiat terkuat untuk darah dan tenaga.

8. Ikan Bakar

Ikan bakar boleh mengatasi darah rendah jika anda sering memakannya. Pastikan ikan yang anda masak adalah ikan yang tidak menyebabkan gatal-gatal.

Gunakan ikan yang sering dimakan oleh mereka yang berpantang seperti ikan selar.

9. Hati Ayam

Makanan untuk darah tinggi yang boleh anda amalkan adalah hati ayam, kerana ia mengandungi vitamin B12 dan kaya dengan asam folat.

Banyak menu makanan yang boleh anda gunakan bagi hati ayam. Mungkin dengan resepi yang sedap, anda akan mudah untuk makan selalu.

10. Timun

Ramai yang tidak sangka bahawa timun boleh mengatasi darah rendah. Timun boleh dijadikan acar, kerabu, makan bersama nasi lemak, sebagai ulam-ulaman dan lain-lain lagi.

Untuk pengetahuan anda, timun mempunyai 96% air yang bakal menjadikan tubuh anda bertenaga, menguatkan imun tubuh dan mengatasi darah rendah.

11. Asparagus

Makanan untuk darah rendah seterusnya adalah asparagus, yang boleh dimakan dalam masakan sayur dan lauk-pauk yang lain.

Ia menjadi amalan masyarakat cina dalam masakan, penuh dengan asam folat yang membantu menguatkan tekanan darah.

12. Kismis

Kismis boleh dimakan begitu sahaja dan juga boleh direndam ke dalam air masak selama 10 hingga 20 minit.

Kismis yang direndam boleh dibiarkan semalaman dan boleh diminum pada keesokan pagi. Anda boleh lakukannya selama seminggu.

13. Tomato

Tomato sangat berkhasiat sehingga ada yang memakannya begitu sahaja sebagai ulam, kerana dengan kandungan air 94%, makanan untuk darah tinggi ini dapat mengawal tekanan darah rendah anda dengan mudah.

Untuk mengelakkan tekak terasa mual, anda boleh amalkan makan tomato digaul bersama dengan mayonis.

14. Zaitun

Anda boleh mencuba makan buah zaitun juga untuk mengatasi darah rendah, kerana ia adalah makanan yang penting untuk darah rendah.

15. Tembikai

Siapa yang tak kenal buah tembikai? Buah yang mengandungi air yang banyak ini adalah makanan untuk darah rendah dan mudah didapati.

Selain dapat mengatasi darah rendah, tembikai juga dapat melawan bakteria dan kuman dalam tubuh serta menghapuskan penyakit-penyakit lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bidadari

Wednesday, May 27, 2020

Kenapa Hormon Testosterone Penting Untuk Lelaki Dan 6 Jenis Makanan Untuk Meningkatkannya!

Kenapa Hormon Testosterone Penting Untuk Lelaki Dan 6 Jenis Makanan Untuk Meningkatkannya!

Testosterone ialah sejenis hormon lelaki yang dihasilkan oleh sel-sel Leydic di testis dari kumpulan Androgen dan merupakan HORMON SEKS utama lelaki, adalah penting untuk nafsu keinginan seksual, ketegangan zakar dan pancutan sperma.

Hormon Testosterone

Antara kepentingan tahap testosterone yang optimum adalah kerana peranannya yang penting dalam pembangunan tisu pembiakan seperti testis dan prostat, serta ia dapat menjaga kesihatan libido, meningkatkan pembinaan otot yang kuat dan kesihatan serta kekuatan tulang.

KENAPA HORMON TESTOSTERONE BEGITU PENTING KEPADA LELAKI?

Kerana melalui kajian yang dilakukan dalam tempoh 20 tahun di negara barat untuk menilai paras testosteron dan hubungkait dengan penyakit-penyakit yang boleh membawa kematian, mendapati bahawa lelaki yang mempunyai paras Testosteron yang rendah, 40% berisiko lebih tinggi untuk mati lebih awal berbanding mereka yang mempunyai paras testosteron normal tanpa mengira usia dan kandungan lemak badan.

APA AKAN BERLAKU KALAU TESTOSTERONE MENURUN?

Tahap Testosteron

Malangnya ramai juga antara kita yang kurang sedar yang kadar pengeluaran hormon semakin menurun apabila umur semakin meningkat setiap tahun sebaik saja memasuki usia 30 tahun.

Apa akan berlaku kalau hormon testosteron menurun?
  • Sentiasa lesu dan kurang stamina.
  • Sukar menumpukan perhatian.
  • Selalu tertekan, cepat marah dan gangguan tidur.
  • Peningkatan lemak dalam badan.
  • Kegemukan, perut mudah buncit dan boroi.
  • Risiko penyakit diabetes.
  • Masalah pada jantung.
  • Sakit sendi tulang.
  • Penurunan kepadatan mineral pada tulang.
  • Tidak bernafsu untuk seks.
  • Sukar mencapai orgasme & hilang ghairah seks.
  • Kurang daya tahan ketika bersama.
  • Gangguan ereksi zakar.

APA PUNCA TESTOSTERON MENURUN?

1. Obesiti

Obesiti atau berat badan berlebihan adalah antara puncanya.

Kajian dalam Clinical Endocrinology Journal mendapati, lelaki obes berumur 14-20 mempunyai testosterone 50% lebih rendah.
 
Bayangkan sekiranya mereka berumur antara 30-60 tahun. Berapa peratuslah yang tinggal.

2. Kurang Tidur

Dalam kajian lain mendapati, lelaki yang tidur kurang dari 5 jam, level testosteronenya menurun 15%. ​Lebih teruk lagi bagi mereka yang tidur di bawah 4 jam.

Menariknya setiap jam tambahan pada waktu tidur mampu meningkatkan testosterone sebanyak 15%.

Kalau tidur 6 jam, 15% hormon testosterone lebih tinggi. Kalau tidur 7 jam tambah lagi 15%.

3. Stres

Stres juga menurunkan tahap testosterone. Sebabnya apabila stres, hormone stres iaitu kortisol akan dikeluarkan. Lebih tinggi kortisol lebih rendah testosterone.

6 MAKANAN YANG TERBUKTI BOLEH MENINGKATKAN TESTOSTERON BADAN ANDA

Kebiasaannya, seseorang yang mempunyai kadar testosteron secara semulajadi cenderung mempunyai badan yang tegap dan kuat dan lebih berotot dari orang yang mempunyai kadar testosteron rendah.

Masalahnya bila usia kita menjangkau lewat 20an, kadar testosteron semulajadi kita mula menurun sedikit demi sedikit, menjadikan kita lemah, cenderung untuk menambah lemak, dan membuatkan kita susah untuk membina otot.

Terdapat suplemen dipasaran yang direka untuk membantu menambah kadar testosteron, namun sesetengah orang agak skeptikal samada suplemen itu betul-betul boleh membantu atau tidak.

Dan berita baiknya, samada anda semakin tua atau anda memang dilahirkan dengan kadar testosteron yang rendah, anda boleh menambah kadar testosteron anda hanya dengan memakan makanan yang betul.

Disini kita akan lihat 6 jenis makanan yang telah terbukti secara drastik boleh menambah kadar testosteron dalam secara semulajadi hanya dalam berberapa minggu.

1. UDANG

Udang adalah sajian terbaik untuk melonjakkan kadar hormon semulajadi dalam badan anda, khasnya testosteron. Salah satu sebab utamanya ialah kerana udang kaya dengan vitamin D, yang mana ia membantu mengisi semula testosteron. Vitamin D adalah nutrien penting untuk membantu badan menyerap mineral Kalsium.

Berberapa kajian yang dijalankan selama berberapa tahun bagaimanapun, mendedahkan kekurangan vitamin D banyak berkait rapat dengan kadar testosteron rendah.

Bukan itu sahaja, kajian juga mendapati individu yang mengambil makanan tinggi vitamin D juga menampakkan peningkatan kadar testosteron semulajadi selepas berberapa minggu.

Jadi, udang adalah sumber ideal kerana ia kaya dengan vitamin D, dan tambahan pula ia juga kaya dengan protein dan asid amino, juga berkait dengan pengeluaran testosteron.

2. TIRAM

Tiram dianggap sebagai afrodisiak semulajadi dan salah satu sebab utamanya kerana ia membantu menambah kadar testosteron, yang mana ia memainkan peranan penting terhadap libido dan kesihatan seksual dan fungsi.

Tiram kaya dengan berberapa jenis mineral termasuk selenium, magnesium dan zink, dimana kesemuanya didapati sangat berguna apabila kita memperkatakan tentang peningakatan testosteron secara semulajadi dalam badan. Ia juga kaya dengan protein dan asid amino.

3. PISANG

Pisang juga adalah salah satu sumber ideal kerana berberapa sebab tertentu. Pisang mengandungi apa yang dikenali sebagai enzim bromelain, potasium dan vitamin B. kesemua nutrien ini membantu meningkatkan testosteron dalam secara semulajadi.

4. TELUR ORGANIK

Meskipun banyak orang berkata tentang kuning telur dan kolestrol, mengatakan bahawa tidak boleh mengambil banyak setiap hari/minggu, 2-4 biji kuning telur sehari tidak akan memudaratkan langsung kadar kolestrol badan anda.

Malah, kajian terbaru mendapati kolestrol yang terdapat di dalam kuning telur boleh membantu merendahkan kadar kolestrol jahat (LDL) dalam badan anda.

Telur organik sangat baik bagi kadar testosteron kerana ianya kaya dengan protein dan didatangkan lengkap dengan segala profil asid amino, melebihi jumlah asid amino dari apa jua makanan lain (SUPERFOOD!).

Gabungan protein dan asid amino seperti yang kita tahu dapat melonjakkan kadar testosteron, ditambah pula dengan vitamin dan mineral yang cukup banyak dalam kuning telur (putih telur hanya mengandungi protein semata-mata), ianya memastikan meter RPM testosteron anda sentiasa berada pada red line!

5. DAGING MERAH KURANG LEMAK

Daging merah kurang lemak adalah salah satu makanan paling berkesan untuk meningkatkan kadar testosteron kerana bukan sahaj ianya tinggi protein dan asid amino, tetapi juga sejumlah besar mineral seperti zat besi dan zink, seperti yang mungkin anda sedia maklum, sangat bagus untuk menigkatkan kadar testosteron.

Bukan itu sahaja, zinc yang terkandung dalam daging merah adalah dalam bentuk mudah terserap oleh badan, membolehkan ia bertindak balas dalam badan.

6. HALIA

Kalau anda suka herba sebagai alternatif, ashwaganda dan halia adalah terbaik, kerana kajian mendapati ashwagandha dapat meningkatkan testosterone sebanyak 17% pada lelaki dan meningkatkan sperma sebanyak 167%.

Pada masa yang sama, ia menurunkan hormon stres iaitu kortisol sebanyak 25%.

Jadi, pastikan sekurang-kurangnya satu dari enam makanan ini ada dalam menu harian anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2


Sunday, May 24, 2020

Apa Itu Serotonin Dan Kaitannya Dengan Rasa Gembira, Kemurungan

Apa Itu Serotonin Dan Kaitannya Dengan Rasa Gembira, Kemurungan

Serotonin berfungsi sebagai neurotransmitter iaitu sejenis bahan kimia yang membantu menyampaikan isyarat dari satu kawasan otak ke kawasan yang lain dan walaupun serotonin dihasilkan di otak, di mana ia melakukan fungsi utamanya, kira-kira 90% daripada bekalan serotonin terdapat di saluran penghadaman dan platelet darah

Apa Itu Serotonin

Serotonin dihasilkan melalui suatu proses penukaran biokimia yang unik, bermula dengan tryptophan, blok bangunan kepada protein.

Tryptophan adalah asid amino penting yang terdapat dalam banyak makanan berasaskan protein dan protein pemakanan termasuk daging, tenusu, buah-buahan dan biji.

Indeks glisemik tinggi dan makanan beban glikemik juga meningkatkan kewujudan tryptophan.

Tahap tryptophan dalam darah ditentukan oleh keseimbangan antara pengambilan makanan, dan pemindahannya daripada plasma sebagai sebahagian daripada peranan penting dalam biosintesis protein.

Selain daripada peranannya dalam pembentukan protein, tryptophan adalah pelopor untuk beberapa metabolit, terutamanya kynurenine dan neurotransmitter, yang membentuk serotonin.

Sel yang membuat serotonin menggunakan tryptophan hydroxylase, sebuah reaktor kimia yang, apabila digabungkan dengan tryptophan, membentuk 5-hydroxytryptamine, atau dikenali sebagai serotonin.

Apakah peranan serotonin dalam kesihatan kita?

Sebagai neurotransmitter, serotonin membantu menyampaikan mesej dari satu kawasan otak kepada yang lain.

Oleh sebab pengedaran selnya yang meluas, ia dipercayai mempengaruhi pelbagai fungsi badan psikologi dan lain-lain.

Daripada kira-kira 40 juta sel otak, kebanyakannya dipengaruhi sama ada secara langsung atau tidak langsung oleh serotonin.

Ini termasuk sel otak yang berkaitan dengan mood, keinginan dan fungsi seksual, selera makan, tidur, ingatan dan pembelajaran, peraturan suhu, dan beberapa tingkah laku sosial.

Dari segi fungsi badan kita, serotonin juga boleh mempengaruhi fungsi sistem kardiovaskular, otot, dan pelbagai elemen dalam sistem endokrin.

Penyelidik juga mendapati bukti bahawa serotonin boleh memainkan peranan dalam mengawal selia pengeluaran susu dalam payudara, dan bahawa kecacatan dalam rangkaian serotonin mungkin menjadi penyebab utama SIDS (sindrom kematian bayi secara tiba-tiba).

Apakah hubungan antara serotonin dan kemurungan?

Terdapat ramai penyelidik yang percaya bahawa ketidakseimbangan dalam tahap serotonin boleh mempengaruhi mood dengan cara yang membawa kepada kemurungan.

Masalah yang mungkin termasuk pengeluaran sel otak rendah serotonin, kekurangan tapak reseptor yang dapat menerima serotonin yang dibuat, ketidakupayaan serotonin untuk mencapai tapak reseptor, atau kekurangan tryptophan, bahan kimia yang menghasilkan serotonin.

Jika mana-mana glitches biokimia berlaku, penyelidik percaya ia boleh membawa kepada kemurungan, serta gangguan obsesif-kompulsif, kebimbangan, panik dan bahkan kemarahan berlebihan.

Satu teori tentang bagaimana kemurungan dapat menumbuhkan penanda semula sel-sel otak, satu proses yang dipercayai oleh pengantara serotonin, dan berterusan sepanjang hidup kita.

Menurut Princeton neuroscientist Barry Jacobs, PhD, kemurungan mungkin berlaku apabila terdapat penekanan sel-sel otak baru dan tekanan itu adalah precipitator yang paling penting dalam kemurungan.

Beliau percaya bahawa ubat-ubatan antidepresan biasa yang dikenali sebagai SSRIs, yang direka untuk meningkatkan tahap serotonin, membantu memulakan pengeluaran sel-sel otak baru, yang seterusnya menyebabkan kemurungan meningkat.

Walaupun dipercayai bahawa kekurangan serotonin memainkan peranan kepada kemurungan, tidak ada cara untuk mengukur parasnya dalam otak manusia yang masih hidup.

Oleh itu, tidak ada kajian yang membuktikan bahawa tahap otak ini atau mana-mana neurotransmitter berkemungkinan rendah apabila kemurungan atau sebarang penyakit mental berkembang.

Tahap darah serotonin dapat diukur – dan telah terbukti lebih rendah pada orang yang mengalami kemurungan – tetapi penyelidik tidak mengetahui sama ada tahap darah mencerminkan tahap serotonin otak.

Ubat-ubatan antidepresan yang berfungsi pada tahap serotonin – SSRIs (inhibitor serotonin reuptive selektif) dan SNRI (serotonin dan norepinephrine reuptake inhibitors) – dipercayai mengurangkan simptom kemurungan.

Tetapi, bagaimana ianya berfungsi masih tidak dapat difahami sepenuhnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: rootofscience

Tuesday, April 28, 2020

Minyak Zaitun, Khasiat Dan Pantang Larang Penjagaannya

Minyak Zaitun, Khasiat Dan Pantang Larang Penjagaannya

Minyak zaitun telah digunakan sejak beribu tahun dahulu terutamanya di kawasan Mediterranean dan Asia Barat sebagai bahan asas masakan dan sangat sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat usia dan jantina.

Minyak Zaitun

Namun, penggunaan suhu yang tinggi ketika memasak boleh mengurangkan zat dan khasiat Minyak Zaitun.

Minyak zaitun akan hilang khasiatnya jika dimasak melebihi suhu 190 darjah selsius (c), bagi tujuan memasak, dan anda disarankan menggunakan suhu kurang daripada itu.

Minyak zaitun tidak sesuai untuk masakan 'deep fry' seperti menggoreng ikan dan ayam atau sajian berempah, misalnya kari dan rendang.

JENIS-JENIS MINYAK ZAITUN

Extra Virgin Olive Oil (EVOO)

Minyak zaitun paling berkhasiat adalah gred yang menjalani proses perahan pertama atau Extra Virgin Olive Oil (EVOO).

Perahan pertama ini bersifat antioksidan dan kaya polifenol, vitamin, asid lemak dan rasa terbaik, malah kadar asidnya kurang 0.8 peratus.

Harga EVOO ini adalah yang paling mahal dan sebaiknya diletakkan dalam botol kaca gelap untuk menjaga khasiatnya.

Virgin Olive Oil (VOO)

Kajian mendapati minyak zaitun perahan awal atau Virgin Olive Oil (VOO) juga mempunyai khasiat terbaik.

Minyak zaitun paling mahal diletakkan gas nitrogen di dalam botolnya bertujuan mengelak pengoksidaan hingga boleh menghilangkan polifenol antioksidannya.

VOO adalah gred kedua dengan kadar keasidan adalah di antara 0.8 hingga 2.2 peratus, lebih sesuai digunakan untuk memasak, harganya murah sedikit dan disimpan dalam botol gelap.

Minyak Zaitun Pomace dan Lampante

Bagi kategori minyak zaitun pomace dan lampante, hasil perahan buah sudah diekstrak minyaknya menggunakan bahan kimia.

Pilihan ini walaupun kualitinya tidak begitu baik berbanding EVOO dan VOO, namun boleh digunakan untuk memasak.

Bagi kategori ini, minyak berkenaan sesuai dijadikan bahan asas membuat sabun.

Anda disaran membeli minyak zaitun daripada pembekal diiktiraf bagi mengelak kekeliruan dari segi kualiti.

KUALITI MINYAK ZAITUN

Pada peringkat antarabangsa, kualiti minyak zaitun ditentukan badan akreditasi antarabangsa International Olive Oil Council (IOOC), berpangkalan di Sepanyol.

Cara Pengambilan Minyak Zaitun

Letak dalam sudu makan dan minum terus:
  • Minum satu sudu pagi dan satu sudu petang atau malam (boleh minum air selepasnya).
  • Letak sebagai dressing dalam salad atau ulam.
  • Renjis sedikit pada masakan seperti lauk, sayur-sayuran, telur dadar dan telur hancur.
  • Gunakan ketika memasak pada suhu rendah untuk menggoreng telur mahupun merenih sayur.

PERBEZAAN KHASIAT MINYAK ZAITUN DAN KELAPA DARA

Kandungan asid lemak utama

Minyak Zaitun:
  • Omega 9.
  • Asid Oleik.
  • Sifat anti radang.

Minyak kelapa dara:
  • Asid laurik.
  • Sifat anti radang.
  • Kandungan Antioksidan

Minyak zaitun:
  • Mengandungi hydroksitirosol, tirosil, oleocanthal, oleuropin.
  • Vitamin E.

Minyak kelapa dara:
  • Vitamin E, K dan choline.

KHASIAT DAN MANFAAT

Minyak zaitun:
  • Mengawal keradangan kronik.
  • Menurunkan kolesterol.
  • Menurunkan berat badan.
  • Mengurangkan risiko jantung, koronori, diabetes, kanser, alzheimer.
  • Baik untuk kesihatan kulit.
  • Awet muda.

Minyak kelapa dara:
  • Mengawal keradangan kronik.
  • Menurunkan kolesterol.
  • Menurunkan berat badan lebih baik berbanding minyak zaitun.
  • Sumber tenaga segera.
  • Mengurangkan risiko sakit jantung, koronori, hipertensi, diabetes dan nyanyuk.
  • Anti kulat.
  • Meningkatkan sistem imuniti tubuh.
  • Meningkatkan kesihatan kulit.
  • Cara Penggunaan

Minyak zaitun:
  • Minum terus sebagai salad dressing.
  • Boleh dimasak tetapi pada suhu rendah kurang 190 darjah selsius.

Minyak kelapa dara:
  • Boleh minum terus.
  • Sangat stabil pada suhu tinggi dan sesuai dimasak dengan kaedah sajian tempatan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian