Jumaat, Ogos 30, 2019

Khasiat Kunyit Hitam Memulih Kesihatan Tubuh Dan Mencegah Penyakit


Loading...

Kunyit hitam merupakan tumbuhan herba yang sangat berkhasiat kepada kesihatan manusia dan telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan secara tradisional bagi membantu mengatasi masalah kesihatan terutama berkaitan kanser, meningkatkan tenaga dan ubat kuat (viagra semula jadi), saraf dan membina otot.

Kunyit-Hitam
Kunyit Hitam.

Di Malaysia, terdapat dua jenis kunyit hitam yang mempunyai nilai  perubatan tradisional yang sangat tinggi dan amat sukar ditemui, juga di kategorikan sebagai tumbuhan rare dan digelar ginseng.

Kunyit Hitam adalah Curcuma Caesia, manakala Halia Hitam ialah Kaempferia Parviflora. Kedua-duanya mempunyai rizom yang seakan sama tetapi pokoknya sama sekali berbeza.

Banyak penerbitan jurnal antarabangsa juga memperakui bahawa kunyit hitam mempunyai 1,001 khasiat termasuk berpotensi dalam membantu mengawal kencing manis, mencegah atau merawat penyakit otot, memperbaiki fungsi otot serta mengawal berat badan.

KHASIAT KUNYIT HITAM

Pokok-Kunyit-Hitam
Kunyit Hitam.

Kunyit Hitam telah digunakan masyarakat silam ratusan tahun dahulu untuk merawat pelbagai jenis penyakit kronik.

Hasil kajian pihak MARDI mengenal pasti kunyit hitam mengandungi kandungan bioaktif fitokimia yang sangat unik dan sukar didapati di dalam tumbuhan lain iaitu methoxyflavon.

Bioaktif methoxyflavon sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu mengurangkan serta menghalang terjadinya pelbagai penyakit.

Kandungan bioaktif fitokimia semula jadi sangat bernilai tinggi dalam kunyit hitam, kerana bioaktif ini mampu membantu dan memulihkan kesihatan tubuh badan.

Kunyit Hitam juga mengandungi antioksidan yang sangat tinggi sehingga 86% di mana antioksidan sangat diperlukan oleh tubuh untuk menyahkan radikal bebas di dalam tubuh manusia.

Banyak kajian perubatan oleh pakar dari serata dunia telah dijalankan selama puluhan tahun dan ianya terbukti berkesan terhadap kesihatan dan juga masalah sakit kronik.

Malangnya, ia tidak dapat di komersialkan akibat kesukaran mendapatkan bahan mentah.

'KUNYIT HITAM'

Halia Hitam

Halia Hitam Kaempferia Parviflora
Halia Hitam (Kaempferia Parviflora).

Kaempferia Parviflora sebenarnya lebih dikenali dengan nama 'Halia Hitam' kerana perkataan Kampfea itu sendiri merujuk kepada keluarga 'Ginger' (Halia), dari keluarga halia atau cekur.

Kaempferia Parviflora mempunyai rizom bewarna purple tua kehitaman. Pokoknya lebih mirip kepada pokok cekur dan biasanya setinggi 0.5 meter, serta mempunyai bunga bewarna putih merah di dahan.

Kaempferia Parviflora (Halia hitam) berasal daripada Thailand, Burma dan Vietnam.

Kunyit Hitam

Kunyit Hitam Curcuma Caesia
Kunyit Hitam (Curcuma Caesia). Wikipedia.

Curcuma Caesia lebih tepat digelar Kunyit Hitam kerana perkatan Curcuma adalah merujuk kepada  keluarga 'Turmeric' (kunyit), adalah dari keluarga Kunyit.

Curcuma caesia lazimnya mempunyai rizom bewarna biru kehijauan.

Pokok Kunyit Hitam hampir sama dengan kunyit biasa, perbezaannya Curcuma Caesia mempunyai garisan hitam di daunnya. 

Pokok Curcuma Caesia biasanya setinggi 1 meter dan mempunyai bunga bewarna merah kehijauan.

Curcuma Caesia berasal dari India, China dan juga Timur Tengah seperti Turki. Di sesetengah negara, kunyit hitam diklasifikasikan sebagai tumbuhan terkawal akibat kepupusan.

JENIS-JENIS KUNYIT

Terdapat 4 jenis variasi kunyit iaitu kunyit kuning, kunyit hitam, kunyit putih dan kunyit merah dan mempunyai tempoh matang yang berbeza-beza di antara 190 hari hingga 285 hari (Mardi, 2005).

HIDANGAN KUNYIT HITAM

Kunyit-Hitam-Asli
Kunyit Hitam.

Selain boleh dijadikan sebagai bahan rempah ratus dalam masakan, kunyit hitam juga boleh direbus dan diminum setiap hari.

Maka cara membuat ramuannya:
  • Sediakan kunyit hitam 20 gram.
  • Setelah itu kunyit hitam dicuci hingga bersih dengan air bersih.
  • Rebus bersama 600 ml air sehingga mendidih.
  • Biarkan air rebusan dalam keadaan mendidih hingga air rebusan tinggal separuh.
  • Setelah itu saring dan suamkan.
  • Diminum tiga kali sehari (sekali minum setengah gelas).
  • Supaya rasanya tidak terlalu pahit, maka anda boleh menambahkan dua sudu teh madu sehingga lebih nikmat diminum.

CARA-CARA MENANAM KUNYIT HITAM

1. Dapatkan ibu kunyit. Senang dan cepat nak semai. Kalau tak ada ibu kunyit anak kunyit pun boleh juga cuma lambat sedikit ianya nak keluarkan tunas. Kadang kala memakan masa sampai 3 bulan.

2. Balut kunyit hitam dengan kertas yang sudah dilembabkan kemudian simpan di tempat gelap. Pastikan kertas yang membalutnya itu sentiasa lembab.

3. Selepas tunasnya keluar barulah kita boleh tanam di dalam pasu. Pastikan tanah berada hampir ke bibir pasu bagi mengelakkan takungan air.

4. Tanam dalam medium tanaman yang sesuai. Untuk mendapatkan isi kunyit yang besar, gunakan tanah yang longgar dan tak padat. Ada orang yang gunakan medium coco peat atau sabut kelapa. Memang gemuk isinya.

5. Pastikan juga tanah yang digunakan ada saliran air yang baik. Kalau tidak, isi kunyit akan jadi busuk dan reput.

6. Campuran tanah hitam, kompos dan pasir juga bagus untuk tanaman kunyit sebab salirannya baik disamping kompos membantu mengekalkan kelembapan pada rizom.

MANFAAT KUNYIT HITAM UNTUK KESIHATAN

Kanser dan Tumor

Dikatakan mampu mencegah dan merawat kanser dan keradangan. Kajian menunjukan active ingredient di dalam kunyit hitam mampu mengecutkan sel kanser dan tumor.

Penyakit Kronik

Di gunakan secara tradisional untuk merawat penyakit kronik seperti kencing manis, stroke, darah tinggi dan sebagainya.

Urat Saraf Dan Sendi

Active compound di dalam kunyit hitam membantu memulihkan peredaran darah dan merawat masalah urat, saraf/sendi seperti stroke, sakit lutut, pinggang dan sebagainya.

Antibody Booster

Sifat antibodi yang tinggi di dalam kunyit hitam mampu menaikan sistem immunisasi badan ke tahap maksimum.

Pengambilan kunyit hitam membuktikan kurangnya terkena penyakit-penyakit berjangkit dan digunakan secara tradisional sebagai kaedah alternatif bagi merawat penyakit STD seperti HIV, Siphilis, Ghonorhea dan sebagainya.

Pendarahan

Anti-inflamatory di dalam kunyit hitam terbukti dapat menghentikan pendarahan dan luka di dalam dan di luar tubuh.

Kunyit hitam mampu menyembuhkan pendarahan kronik dengan cepat, luka seperti pembedahan, kemalangan, bersalin, buasir kronik dan sebagainya.

Buasir

Kunyit hitam bersifat anti inflamantory yang mana sangat berkesan untuk merawat buasir kronik dari dalaman, terbukti dapat menghentikan pendarahan dan mengecutkan bengkak dan mengelakan dari terkena jangkitan akibat luka buasir.

Migraine Dan Stress Depression

Active compundnya mampu merawat migraine kronik dan juga membetulkan sistem saraf dan oksigen yang di hantar ke dalam otak.

Oleh sebab itu ia mampu mengawal peredaran darah dan oksigen dengan lancar dan baik serta mampu mengawal stress dan depression (tekanan perasaan).

Awet Muda

kandungan Antioksidan yang sangat tinggi yang terdapat di dalam kunyit hitam terbukti mampu menyahkan bendasing dan membebaskan diri dari radikal bebas dari tubuh dan ianya membantu tubuh kita agar sentiasa sihat dan segar sepanjang hari.

Untuk Kulit Wajah dan Tubuh

Khasiat dari mengamalkan kunyit hitam menjadikan kulit lebih halus, kerana active coumpound di dalam kunyit hitam terbukti dapat menghaluskan kulit dan membantu membersihkan atau menghilangkan kekusaman pada kulit dan menyembuhkan kulit bermasalah dari dalam.

Kunyit hitam juga mampu merawat radang pada kulit dan ruam dengan menggunakan bahan utama berupa ekstrak kunyit.

Penyakit Kelamin

Digunakan secara tradisional sebagai kaedah alternatif bagi merawat penyakit STD seperti HIV, Siphilis, Ghonorhea dan sebagainya.

Osteoartritis

Penyakit osteoartritis merupakan keadaan dimana tubuh mengalami rasa sakit di bahagian tulang dan sendi.

Kandungan di dalam kunyit hitam memliki fungsi seperti ibuprofen, yang bekerja untuk meredakan rasa sakit disebabkan osteoarthritis

Masalah Dalaman

Kunyit hitam bekerja secara dalaman. Ia mampu memperbaiki sitem urat dan saraf di dalam tubuh.

Pengambilan kunyit hitam juga mampu merawat masalah dalaman seperti lemah tenaga batin, serta masalah kekurangan hormon testosterone dan libido.

Menyuburkan Organ Pembiakan

Kandungan antioksidan yang ditemui didalam kunyit hitam memberikan khasiat untuk menyuburkan organ reproduksi sehingga menjadikan lelaki dan wanita lebih produktif, juga bermanfaat bagi kesihatan vagina dan zakar agar sentiasa sihat.

HARGA KUNYIT HITAM

Kunyit Hitam (Curcuma Caesia)

Harga pasaran dunia bagi Curcuma Caesia mencecah RM2,000 sekilo mentah, disebabkan permintaan yang tinggi dari serata dunia sedangkan bahan mentahnya sangat terhad dan dikawal kerana diklasifikasikan sebagai tumbuhan terkawal.

Antara negara pengeluar terbesar Kunyit Hitam adalah Taiwan dan India.

Halia Hitam (Kaempferia Parviflora)

Bagi Kaempferia Parviflora pula, harganya masih terkawal dan dianggarkan berharga RM400 sekilo.

Harganya lebih rendah dari Curcuma Caesia kerana Kaempferia Parviflora mudah didapati dan ramai pengusaha yang menanamnya secara komersial.

Negara pengeluar utama Halia Hitam adalah Thailand, Vietnam dan Myanmar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

Alhmdulillah tkasih atas perkongsian ilmu..sy dah tanam dn alhmdulillah tak smpai 3 Bulan dah bnyk tunas2 baru kluar..happy sgt.. tertanya2 juga daunnya boleh dmkn ke??

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon