Rabu, Oktober 03, 2018

10 Manfaat Vitamin E Untuk Kesihatan


Vitamin E adalah vitamin yang larut lemak, memainkan peranan penting sebagai antioksidan, juga membantu mencegah radikal bebas kepada lemak di dalam badan yang diperlukan untuk kesihatan.

Manfaat Vitamin E

Vitamin E sangat penting yang diperlukan bagi fungsi organ yang baik dan sangat berguna untuk melambatkan tanda-tanda penuaan.

Ia terkandung banyak dalam banyak makanan seperti minyak, kacang, produk tenusu, telur, buah buahan dan minyak zaitun. Juga terdapat dalam bentuk suplemen.

Vitamin E memberikan manfaat seperti merawat dan mencegah penyakit jantung dan salur darah seperti sakit dada, tekanan darah tinggi atau arteri yang tersumbat atau keras.

Mengambil makanan yang kaya dengan vitamin E memiliki banyak manfaat kesihatan.

1. Menyeimbangkan Kolestrol

Kolestrol ialah bahan yang wujud secara semula jadi, dihasilkan oleh hati dan diperlukan untuk fungsi sel dalam badan yang sihat, saraf dan hormon.

Apabila paras kolestrol berada dalam keadaan semula jadi, ia akan seimbang, normal dan sihat namun, apabila teroksida, ia akan menjadi berbahaya.

Kajian yang dilakukan telah menunjukkan bahawa Vitamin E bertindak sebagai antioksidan pelindung yang melawan pengoksidaan kolestrol.

Hal ini adalah disebabkan oleh vitamin E boleh melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas di dalam tubuh badan yang mana ia akan membawa kepada pengoksidaan kolestrol.

2. Melawan Radikal Bebas dan Mencegah Pembentukan Penyakit

Radikal bebas melawan dan memecahkan sel-sel sihat yang ada dalam tubuh badan anda dan semua ini boleh membawa kepada penyakit jantung dan kanser.

Molekul-molekul ini terbentuk secara semula jadi dalam tubuh dan ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk apabila dioksidakan.

Vitamin E merupakan antioksidan berkuasa yang memiliki keupayaan untuk mengurangkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas, melawan keradangan dan sekali gus membantu memperlahankan tanda-tanda penuaan selain membantu menyelesaian masalah kesihatan seperti penyakit jantung.

Kajian telah menunjukkan bahawa Vitamin E boleh meningkatkan keimunan dan dalam masa yang sama dapat membantu mencegah kedua-dua penyakit yang biasa dan juga penyakit yang serius daripada terbentuk.

3. Memperbaiki Kulit yang Rosak

Vitamin E membantu menguatkan dinding kapilari kulit serta meningkatkan kelembapan dan keanjalannya sekali gus bertindak sebagai nutrien anti penuaan kepada tubuh.

Kajian telah menunjukkan bahawa Vitamin E membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh badan dan kulit anda, mengekalkan kesihatan serta keremajaan kulit.

Semua sifat antioksidan juga bermanfaat apabila anda sering terdedah kepada asap rokok atau sinaran ultra unggu daripada matahari dan melindungi kulit daripada kanser kulit.

Pengambilan Vitamin E bersama Vitamin C dapat membantu melawan keradangan kulit selepas ia terdedah kepada sinar UV dan juga membantu untuk mengurangkan tanda-tanda jerawat dan ekzema.

Vitamin E juga membantu untuk proses penyembuhan kulit dan diserap oleh lapisan epidermis kulit dan boleh merawat kulit yang terbakar disebabkan sinaran matahari yang menjadi salah satu punca utama kepada gejala kanser kulit.

Disebabkan oleh Vitamin E ini mempercepatkan pembinaan sel, ia boleh merawat calar, jerawat dan kedutan kulit. Akhirnya, kulit anda akan menjadi kelihatan lebih sihat dan muda.

4. Menebalkan Rambut

Disebabkan oleh Vitamin E merupakan antioksidan yang berkuasa, ia membantu untuk mengurangkan punca-punca yang menyebabkan rambut anda rosak.

Ia juga berupaya untuk menyihatkan kulit rambut dan minyak yang mengandungi Vitamin E akan memberikan kelembapan kepada kulit yang akhirnya akan mencegah kulit kepala menjadi kering.

Minyak ini juga akan menjadikan rambut kelihatan lebih sihat dan segar.

Anda boleh titiskan beberapa titis minyak Vitamin E kepada rambut lebih-lebih lagi ketika ianya anda kering dan pucat.

5. Menyeimbangkan Hormon

Vitamin E boleh membantu dalam memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan sistem endokrin dan saraf.

Secara semula jadinya, ia membantu dalam mengekalkan keseimbangan hormon.

Antara simptom-simptom ketidakseimbangan hormon termasuklah PMS, berat badan berlebihan, alergi, jangkitan saluran kencing, perubahan kulit, gemuruh dan kepenatan.

Dengan memastikan hormon seimbang, anda akan mendapati bahawa adalah mudah untuk mengekalkan berat badan yang sihat, kitaran haid yang baik dan anda akan merasakan diri lebih bertenaga.

6. Membantu Menghadapi Simptom PMS

Pengambilan suplemen Vitamin E 2-3 hari sebelum dan 2-3 hari selepas waktu haid boleh mengurangkan kekejangan, gemuruh dan kelaparan kesan daripada PMS.

Vitamin E boleh mengurangkan kesakitan dan tempoh haid dan ia juga boleh juga mengurangkan kehilangan darah yang banyak.

Caranya dengan menyeimbangkan hormon-hormon secara semula jadi dan mengekalkan kitaran haid anda yang teratur.

7. Meningkatkan Penglihatan

Vitamin E boleh membantu mengurangkan risiko pereputan makular yang menjadi punca kepada kebutaan.

Sentiasa ingat, bahawa untuk membolehkan Vitamin E berkesan kepada penglihatan, ia mesti disertakan dengan pengambilan Vitamin C, Beta Karotina dan Zink.

Juga didapati bahawa apabila pengambilan Vitamin E dan A yang tinggi setiap hari, is berkesan merawat penglihatan bagi mereka yang menjalani pembedahan mata secara laser.

8. Membantu Pesakit Alzheimer’s

Vitamin E boleh memperlahankan masalah kehilangan ingatan daripada menjadi lebih teruk bagi mereka yang menghidapi penyakit Alzheimer’s tahap sederhana.

Ia juga boleh melambatkan hilangnya kebergantungan dan keperluan kepada bantuan.

Vitamin E apabila diambil dengan Vitamin C juga boleh mengurangkan risiko kepada beberapa bentuk penyakit dementia.

9. Memperelokkan Kesan Selepas Rawatan Perubatan

Vitamin E kadang-kadang digunakan untuk mengurangkan kesan sampingan selepas menjalani rawatan perubatan seperti radiasi dan dialisis.

Hal ini adalah disebabkan oleh Vitamin E yang merupakan satu bahan antioksidan yang berkuasa untuk melawan radikal-radikal bebas di dalam tubuh badan.

Ia digunakan untuk mengurangkan kesan sampingan daripada pengambilan dadah dalam proses perubatan tersebut yang menyebabkan keguguran rambut dan kerosakan paru-paru.

10. Meningkatkan Tenaga Fizikal dan Kekuatan Otot

Vitamin E boleh digunakan untuk meningkatkan kekuatan fizikal, meningkatkan tenaga dan mengurangkan tahap tekanan oksidatif terhadap otot ketika bersenam. Vitamin E juga boleh meningkatkan kekuatan otot.

Ia boleh menghilangkan kepenatan dengan cara melancarkan pengaliran darah dalam tubuh dan menguatkan dinding kapilari darah dan menyegarkan sel-sel.

Sumber Vitamin E

Berdasarkan kepada USDA, RDA bagi Vitamin E ialah 15 mg/sehari (22.5 IU). Anda disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin E 2-3 kali sehari.

1. Biji Bunga Matahari
1 cawan: 33.41 mg (220%)

2. Kacang Almond
1 cawan: 32.98 mg (218%)

3. Kacang Hazel
1 cawan: 20.29 mg (133%)

4. Mangga
1 biji mentah: 3.02 mg (20%)

5. Avocado
1 biji: 2.68 mg (18%)

6. Labu
1 cawan yang dimasak dan dipotong dadu: 2.64 mg (17%)

7. Brokoli
1 cawan yang dimasak: 2.4 (12%)

8. Bayam
½ cawan yang dimasak atau 2 cawan yang tidak dimasak: 1.9 mg (10%)

9. Kiwi
1 biji: 1.1 mg (6%)

10. Tomato
1 biji mentah: 0.7 (4%)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mrtengkuasmadi

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

2 comments

banyak v yang berkhasiat..wajib makan ..

Ramai ambil mudah lalu mengundang penyakit.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon