Monday, April 06, 2020

4 Cara Membunuh Virus Dengan Bahan Yang Mudah Dan Murah

4 Cara Membunuh Virus Dengan Bahan Yang Mudah Dan Murah

Virus adalah ejen kecil berjangkit yang hanya boleh berkembang biak di dalam sel organisma hidup dan boleh menjangkiti semua jenis organisma, dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bakteria dan arkea, juga merupakan sejenis parasit yang membiak dengan cara menawan sel-sel lain kerana tidak berupaya untuk membiak sendiri.

Cara Membunuh Virus
Gambar hiasan.

Istilah virus biasanya merujuk kepada zarah-zarah yang menjangkiti eukariot (organisma multisel dan organisma unisel) manakala istilah faj digunakan untuk zarah-zarah yang menyerang prokariot (bakteria dan organisma seperti bakteria).

Kebiasaannya, zarah-zarah ini membawa asid nukleik DNA mahupun RNA yang dilindungi dengan lapisan pelindung daripada protein atau gabungan protein-lipid.

Dalam artikel kali ini, kami akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk melakukan pembasmian kuman (virus) dirumah sebagai langkah berjaga-jaga.

1. Menggunakan sabun

Sabun ialah benda paling mudah kita dapati untuk melakukan pembersihan memandangkan rumah kita sentiasa mempunyai sabun.

Bancuh sabun dengan air kemudian sembur menggunakan penyembur pada permukaan yang ingin dibersihkan.

Mencuci tangan selama 15 saat boleh membunuh 90% kuman dan bakteria pada tangan anda (Hardvard, 2007).

2. Menggunakan alkohol

Cecair ini ialah cecair sama yang anda guna sebagai hand sanitizer. Kalau ada lebihan, masukkan ke dalam penyembur dan sembur disekeliling rumah.

Di farmasi juga ada dijual alkohol wipes iaitu tisu basah yang mengandungi kandungan alkohol.

Anda boleh lap pada tempat berkenaan untuk membunuh kuman dan bakteria.

Pastikan anda menggunakan sarung tangan semasa memegang alkohol wipes kerana pendedahan alkohol kepada kulit dalam kuantiti yang banyak adalah berbahaya.

Bukan sebab boleh terbakar seperti video yang tular, tetapi sifat alkohol yang boleh menyebabkan rengsaan dan kakisan pada kulit.

Alkohol cecair atau yang belum kering memanglah terbakar, bila sudah kering dan meresap ke kulit, ia tak lagi mudah terbakar.

3. Menggunakan Peluntur

Peluntur juga boleh digunakan. Nisbah bancuhan yang dicadangkan ialah 1/3 sudu atau penutup botol dengan lebih kurang 3.8 liter air (1 gelen).

Kalau di rumah ada penyembur saiz satu liter, campur dengan satu sudu teh.

Berhati-hati semasa menggunakan peluntur, kerana sifat peluntur boleh menyebabkan kakisan pada kulit dan berbahaya sekiranya masuk ke dalam mata.

4. Menggunakan Antiseptik

Jenama paling banyak di farmasi ialah Dettol. Sama seperti peluntur, nisbah bancuhan cecair dettol ialah 1 tudung untuk 400ml air.

Cecair antiseptik ialah cecair yang digunakan untuk mencuci luka supaya bakteria dan kuman tidak masuk ke dalam tubuh akibat luka terbuka.

Gunakan kain untuk mengelap bahagian permukaan yang disembur untuk cepat kering, tapi pastikan kain itu bersih dan cuci kain setiap kali anda lap suatu permukaan.

Jangan ulang guna kain sama tanpa dicuci, kerana ditakuti daripada anda mahu membasmi kuman, anda menyebarkan kuman itu ke tempat lain pula.

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Anda disyorkan supaya melakukan pembasmian kuman pada bahagian rumah yang kerap disentuh setiap hari.

Contohnya tombol pintu, meja makan, suis elektrik, telefon pintar dan papan kekunci, meja dan kepala paip.

Malah, menurut pakar kesihatan terdapat 257 bahan kimia yang terdapat dirumah boleh digunakan untuk melakukan pembasmian kuman.

Sebaiknya setiap kali kita pulang dari kerja atau keluar untuk membeli keperluan, pakaian yang dipakai terus dicuci dan mandi. Khuatir berlaku penyebaran virus tanpa kita sedar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Makanan Dan Minuman Probiotik Membantu Mengekalkan Sistem Imun Yang Sihat

Makanan Dan Minuman Probiotik Membantu Mengekalkan Sistem Imun Yang Sihat

Kesihatan penghadaman yang baik adalah penting untuk mengekalkan sistem imun tubuh yang sihat kerana sekitar 80% sistem imun badan kita terletak di usus dan ia adalah barisan pertahanan pertama tubuh dalam menentang jangkitan virus dan bakteria berbahaya.

Probiotik untuk Imun
Gambar hiasan.

Di Malaysia, penyakit berkaitan sistem penghadaman dicatatkan sebagai penyebab keempat kemasukan hospital di hospital swasta, penyebab ketujuh kemasukan hospital di hospital kerajaan dan penyebab keenam kematian di kedua-dua hospital kerajaan dan swasta.

Apa Itu Probiotik?

Probiotik adalah istilah yang digunakan untuk menamakan 'bakteria baik' yang membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang yang boleh ditemui dalam usus manusia.

Terdapat dua jenis probiotik yang utama iaitu dari lactobacillus dan bifidobacterium.

Dalam perubatan moden, jika seseorang mendapat jangkitan dari 'bakteria jahat' atau 'patogen', maka doktor akan memberikan ubat antibiotik.

Peranan probiotik adalah terbalik daripada antibiotik. Ia sendiri adalah bakteria, tetapi memberikan faedah kesihatan kepada yang mengambilnya.

Probiotik juga berperanan mengawal pembiakan bakteria jahat di dalam usus.

Dengan kehadiran probiotik yang secukupnya di dalam usus seseorang, maka ia akan membantu meningkatkan imun tubuh dengan merangsang sel-sel imun menghasilkan lebih banyak antibodi.

Bahaya Antibiotik Moden

Jika anda mengambil ubat antibiotik dari hospital atau klinik, maka sebahagan dari bakteria baik ini akan turut sama mati, dan perlu diganti semula untuk mengekalkan keseimbangan bakteria di dalam usus.

Disinilah peranan probiotik yang mengekalkan keseimbangan bakteria di dalam usus, kerana jika bakteria jahat membiak dengan banyak berbanding bakteria baik, ia akan mengakibatkan pelbagai masalah penghadaman dan lain-lain masalah kesihatan.

Makanan yang mengandungi Probiotik

Antara makanan kaya probiotik yang sepatutnya diamalkan dalam diet harian termasuklah produk makanan ditapai seperti minuman susu berkultur, tempe, kimchi, yogurt buatan sendiri (tairu), belacan, budu, jeruk, pulut tapai, bosou (makanan orang dusun Sabah) dan jenis makanan yang diperam.

Anda haruslah berterusan menambah bakteria baik dalam usus untuk mengekalkan mikrobiota usus yang seimbang.

Manfaat Probiotik

Probiotik memainkan pelbagai peranan dalam badan kita seperti membantu menghadam makanan yang tidak dapat diurai secara cekap, meningkatkan metabolisme badan dengan mengekstrak lebih banyak tenaga daripada nutrien makanan, menghasilkan vitamin B, menyingkirkan toksin dan membantu mengekalkan kesihatan usus.

Probiotik dan Keimunan

Probiotik adalah bakteria 'baik' yang membentuk sebahagian daripada mikroorganisma iaitu mikrobiota usus.

Keseimbangan antara bakteria 'baik' dan bakteria 'tidak baik' adalah penting untuk memastikan kesihatan usus dan sistem imun yang sempurna, tambahan amalan gaya hidup yang sihat.

Probiotik seperti Lactobacillus dan Bifidobacteria mampu membantu mengekalkan keseimbangan ini, kerana ia berpotensi memberi kesan positif kepada sistem imun untuk bertindak balas terhadap sebarang penyakit.

Bakteria baik mampu membantu sistem imun dengan membentuk halangan pada dinding usus (yang mencegah mikroorganisma yang tidak baik daripada menembusi halangan mukosal dengan mudah) dan juga memodulasi tindakan sistem imun terhadap ancaman luar.

KAJIAN

Kajian awal telah menunjukkan kesan probiotik pada sistem imun seseorang dan pengaruhnya dalam pengawalan penghasilan sitokin.

Sitokin adalah protein yang dirembes oleh sel badan, termasuk interferon (yang mencegah replikasi virus) dan interleukin (yang membantu mengawal tindakan imun tubuh).

Baik untuk sistem imun

Penyelidikan itu menunjukkan bahawa pengambilan minuman susu berkultur yang mengandungi Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei selama 30 hari membawa kepada pengurangan tahap keradangan yang tinggi di dalam badan.

Bagaimana Probiotik berpotensi memberi kesan kepada sistem imun?

Pertama, dengan mengaktifkan sel imun untuk mencegah sebarang jangkitan.

Kedua, probiotik juga berpotensi untuk membantu mencegah tindakan sistem imun yang berlebihan.

Dua mekanisme ini berpotensi menghalang penyakit seperti keradangan yang berlaku seperti penyakit usus radang (inflammatory bowel disease, IBD), alahan dan penyakit autoimun.

Terbukti

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bagaimana probiotik mengawal sistem imun kita dan seterusnya membawa kepada peningkatan imuniti terhadap penyakit yang disebabkan oleh sistem imun yang lemah atau tidak normal.

Kajian Global

Penyelidikan global ke atas probiotik dijalankan dan telah menunjukkan perkembangan positif antara probiotik dan sistem imuniti.

Di Eropah, satu kajian pada kanak-kanak di pusat penjagaan, menunjukkan pengambilan probiotik Lactobacillus secara berkala setiap hari menurunkan risiko jangkitan saluran pernafasan.

Satu kajian di Amerika dijalankan pada orang dewasa sihat yang menerima vaksinasi influenza disusuli dengan pengambilan probiotik Lactobacillus secara berkala menunjukkan peningkatan tindakan sistem imun berbanding dewasa sihat yang tidak mengambil probiotik.

Satu kajian di New Zealand pula menunjukkan pengambilan probiotik secara berkala membantu mengurangkan jangkamasa dan kekerapan jangkitan kuman di kalangan pemain ragbi elit.

Ini menunjukkan bahawa probiotik mampu membantu sistem imun kita menghadapi jangkitan, terutamanya yang tersebar menerusi membran mukosal, seperti virus influenza.

Ia boleh disimpulkan bahawa pengambilan probiotik Lactobacillus berpotensi dan memberikan faedah yang baik kepada sistem imun kita.

Kajian tempatan faedah Probiotik

Sekumpulan penyelidik PPUKM yang menyelidik keberkesanan pengambilan probiotik mendapati, pengambilan minuman susu kultur yang mengandungi strain Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei memberi kesan positif kepada tahap kesihatan di kalangan subjek tempatan.

Kajian itu mendapati subjek yang menghidapi sindrom usus rengsa sembelit menunjukkan perubahan yang ketara.

Selain itu, sejenis protein kecil yang dikesan dalam darah dan biasanya berkait rapat dengan penyakit kronik dan akut termasuk kanser, juga berkurang.

Mencegah Kanser

Kajian luar menunjukkan, probiotik boleh mencegah kerosakan DNA kepada sel-sel di dinding usus, oleh itu ia boleh mencegah kanser usus.

Kajian ini juga merumuskan pengambilan probiotik secara kerap akan meningkatkan paras anti oksidan dan membantu proses detoksifikasi di dalam usus yang akan mencegah kesan bahaya bahan karsinogen dalam makanan yang menyebabkan kanser.

Kajian PPUKM juga menemui penambahbaikan ketara dalam kesihatan penghadaman.

Antara buktinya:
  • Pengurangan masa transit dalam usus sehingga 33% (antara 5-15 jam) - masa diambil untuk makanan bergerak dari mulut melalui saluran penghadaman dan disingkirkan sebagai najis.
  • 96% responden dilaporkan mengalami penambahbaikan simptom sembelit yang signifikan.
  • 45% responden menghabiskan masa yang kurang di tandas.
  • 36% responden tidak perlu meneran banyak di tandas.
  • 31% responden mengeluarkan najis lebih lembut.

Pesakit Diabetes

Selain daripada kesihatan usus, kajian menunjukkan probiotik juga amat baik untuk pesakit diabetis.

Kajian selama 6 minggu kepada pesakit diabetis yang diberikan probiotik lactobacillus dan bifidobacterium mendapati paras gula berpuasa dan HbA1C yang lebih rendah berbanding pesakit yang tidak mengambil probiotik ini. Kajian ini diterbitkan dalam Journal of Nutrition pada tahun 2012.

Alergik yang teruk

Gangguan dan ketidakseimbangan diantara 'bakteria baik' (probiotik) dan 'bakteria jahat' (patogen) didalam usus akan menyebabkan gangguan dalam keseluruhan sistem imun tubuh yang akan mengakibatkan masalah allergi yang teruk berdasarkan laporan satu kajian yang terbitkan dalam Journal Nutrients pada tahun 2012.

Menurunkan Berat Badan

Probiotik juga boleh membantu menurunkan berat badan berdasarkan satu kajian yang dilaporkan dalam Journal Clinical Microbiology and Infection pada edisi April 2013.

Kajian ini menunjukkan, suplemen probiotik menyebabkan penurunan berat badan dan mengurangkan pengumpulan lemak dalam haiwan dan manusia.

Menurunkan Paras Kolesterol

Yang lebih menarik lagi adalah, kajian menunjukkan probiotik boleh menurunkan paras kolesterol LDL dan meningkatkan paras kolesterol baik HDL.

Disamping itu, kajian menunjukkan probiotik mengurangkan penyerapan kolesterol melalui usus dan mengurangkan keradangan atau 'inflamasi' dalam tubuh dan mencegah pembentukan plak kolesterol dalam saluran darah.

Berdasarkan faktor ini, maka saintis berpendapat probiotik juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Punca kekurangan Probiotik

Menurut kajian di Korea yang dilaporkan dalam Journal Gastroenterology pada tahun 2013, terdapat beberapa keadaan yang akan menyebabkan jumlah probiotik akan semakin berkurangan dan terganggu iaitu apabila kita bertambah usia dan mengambil pil antibiotik secara tidak terkawal.

Kajian lain yang dilaporkan dalam Journal Nutrient of Healthy Aging pada tahun 2013 menunjukkan makan makanan diproses dan gula yang berlebihan juga akan mengganggu jumlah probiotik dalam usus.

Gaya hidup sihat

Namun, pengambilan probiotik sahaja adalah tidak mencukupi untuk menjaga kesihatan usus kita.

Amalan seperti pemakanan sihat, senaman yang kerap, tidur yang mencukupi dan pengurusan stres yang baik juga adalah penting untuk memastikan tahap kesihatan usus yang optimal.

Gaya hidup sihat adalah amalan terbaik jika anda benar-benar mahu mengurangkan risiko penyakit dan memastikan kesihatan tidak terjejas.

Kesimpulan

Amalkanlah probiotik dalam pemakanan seharian dengan mengambil pelbagai jenis minuman susu kultur atau makanan tradisi yang kaya dengan probiotik seperti tempe, budu, cencalok, tempoyak, belacan dan sebagainya.

Insyaa Allah, kita akan mendapat kesihatan yang lebih baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Tuesday, March 17, 2020

Kenapa Imun Tubuh Kanak-kanak Lebih Kuat Menentang Covid-19 Berbanding Orang Dewasa?

Kenapa Imun Tubuh Kanak-kanak Lebih Kuat Menentang Covid-19 Berbanding Orang Dewasa?

Kes baharu Covid-19 sudah menjangkiti ratusan ribu individu diseluruh dunia, manakala jumlah kematian hampir mencecah angka ribu, kebanyakannya melibatkan golongan yang mempunyai sistem imun tubuh yang lemah.

Kanak-kanak imun covid-19

Namun, sedarkah anda golongan kanak-kanak hanya merangkumi kurang 1% daripada jumlah keseluruhan mereka yang telah disahkan positif Covid-19? Tiada satu pun kanak-kanak berusia di bawah 9 tahun dilaporkan mati akibat virus ini di China.

Perkara ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan dikalangan ahli akademik, bahkan kerisauan terhadap potensi mereka untuk menyebarkannya kepada individu lain tanpa pengetahuan mereka.

Terdapat 2 teori yang menerangkan sebab di sebalik peningkatan jumlah kes dalam kalangan orang dewasa dan bukannya kanak-kanak.

Risiko kematian pesakit Covid-19 meningkat mengikut usia

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) di China, dalam kalangan 44,672 pesakit, hanya 416 merupakan kes Covid-19 pada kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan ke bawah.

Jumlah tersebut merangkumi 0.9% daripada jumlah keseluruhan pesakit yang disahkan positif.

Memandangkan Covid-19 mempunyai tempoh pengeraman di antara 2 hingga 14 hari, sukar untuk kita tentukan jika kanak-kanak yang terdedah mempunyai jangkitan tersebut atau tidak.

Tambahan pula, terdapat individu yang dijangkiti oleh Covid-19 namun tidak menunjukkan sebarang simptom yang dalam situasi ini, penyebaran virus boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa disedari oleh pembawa virus.

Bagi individu berusia di antara 10 hingga 19 tahun, kes kematian Covid-19 pada kanak-kanak hanya melibatkan seorang daripada 549 kes yang didiagnosis.

Seperti jangkitan lain, kadar kematian bagi mereka yang dijangkiti meningkat mengikut usia individu, dengan mereka yang berusia 40 tahun ke bawah mempunyai kadar kematian kurang daripada 2%.

Apabila kita beralih kepada populasi yang berusia di antara 60 hingga 79 tahun, risiko kematian meningkat secara mendadak kepada 30%.

Konsepnya mudah sahaja. Semakin lemah sistem pertahanan badan seseorang itu, semakin berisikolah mereka untuk mendapat jangkitan serius Covid-19.

Persoalannya, mengapa Covid-19 pada kanak-kanak sukar berlaku walaupun mereka mempunyai sistem imun yang lemah? Mengapa mudah sangat jumlah kes positif dalam kalangan orang dewasa meningkat?

TEORI

Terdapat dua teori yang diusulkan oleh ahli akademik berkenaan dengan sebab kepada peningkatan jumlah orang dewasa yang mendapat jangkitan tersebut.

Teori 1 – Sistem imuniti semula jadi vs sistem imuniti penyesuaian

Sistem imuniti badan, secara mudahnya, boleh dibahagikan kepada 2.

Sistem imuniti semula jadi (innate immunity) menggunakan sel darah putih bagi membanteras kemasukan bakteria atau virus asing ke dalam badan.

Jika dibandingkan dengan sistem imuniti penyesuaian, ia dianggap sebagai satu sistem yang kurang efektif untuk melawan mikroorganisma berbahaya.

Sistem imuniti penyesuaian (adaptive immunity) merupakan sistem pertahanan badan yang dicipta berdasarkan pendedahan terhadap agen berbahaya.

Sebagai contoh, kemasukan virus ke dalam badan buat kali pertama menyebabkan terhasilnya antibodi spesifik kepada virus yang menyebabkan permasalahan tersebut.

Jika badan diserang oleh virus yang sama buat kali kedua, antibodi akan bertindak dengan pantas.

Apabila usia seseorang itu meningkat, sistem imuniti penyesuaian mereka lebih efisien berbanding dengan sistem imuniti semula jadi.

Ini berbeza dengan golongan kanak-kanak yang lebih bergantung kepada sistem imuniti semula jadi untuk membasmi kuman.

Mekanisme bagi kedua-dua sistem ini agak berbeza.

Oleh sebab Covid-19 merupakan virus baharu, penghasilan antibodi baharu akan mengambil masa yang agak lama. Kesannya, orang dewasa dan golongan tua lebih terdedah untuk mendapat jangkitan virus tersebut.

Bagi golongan kanak-kanak pula, hampir kesemua virus dianggap sebagai virus baharu. Sistem imuniti semula jadi akan bertindak ke atas semua jenis jangkitan dengan menghantar sel darah putih sebagai agen pembasmi kuman utama.

Kesannya, kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat jangkitan.

Teori 2 – Pembawa Covid-19 dalam diam

Oleh sebab kanak-kanak jarang mendapat jangkitan, mereka boleh menjadi perumah kepada virus korona sebelum menular kepada individu lain.

Virus Covid-19 (termasuk dengan subjenis lain) merupakan virus yang lazim menjangkiti kanak-kanak menyebabkan simptom selesema. Lebih parah lagi jika kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan sebarang simptom.

Ibu bapa tidak akan membawa anak-anak mereka untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya tiada tanda yang menunjukkan mereka dijangkiti, menjadikan mereka penyebar virus utama kepada orang dewasa terutamanya golongan berisiko tinggi.

Ini termasuklah orang tua, penghidap penyakit kronik dan mereka yang mengalami masalah sistem imun badan lemah.

Menurut Dr Malik Peiris, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dari Universiti Hong Kong, kanak-kanak masih boleh mempunyai jangkitan tersebut, namun mereka tidak sakit atau mengalami simptom berkaitan dengan jangkitan itu.

Oleh sebab perkara ini masih lagi baru, kajian lanjut perlu dijalankan bagi membuktikan keberkesanan kedua-dua teori yang dikemukakan.

Kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat jangkitan namun, mereka mampu menyebarkannya kepada individu lain sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.

Terapkan amalan mencuci tangan secara kerap dalam kalangan anak-anak anda dan pastikan mereka mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya disyaki mengalami jangkitan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Monday, March 16, 2020

Apa Itu 'Hand Sanitizer' Yang Di Gunakan Untuk Membunuh Kuman Berbahaya?

Apa Itu 'Hand Sanitizer' Yang Di Gunakan Untuk Membunuh Kuman Berbahaya?

Kuman di sini merujuk kepada mikroorganisma iaitu makhluk tersangat kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti bakteria, virus, fungi dan protozoa (biasa yang jahat iaitu boleh menyebabkan penyakit).

Apa Itu 'Hand Sanitiser'

Mari kita cuba ketahui, apa sebenarnya hand sanitizer ini dan apa fungsi serta bagaimana ia bertindak dalam membunuh kuman berbahaya yang terdapat disekeliling kita.

Apa itu 'hand sanitizer'?

Hand sanitizer adalah sejenis cecair, gel, buih yang secara amnya digunakan untuk mengurangkan kuman pada tangan. Pengunaannya menjadi popular sekitar tahun 1990an.

Terdapat dua jenis hand sanitizer iaitu yang berasaskan alkohol (alcohol-based) dan yang bukan berasaskan alkohol (non alcohol-based).

Apa bahan kimia aktif dalam 'hand sanitizer'?

1. Berasaskan Alkohol

Bahan kimia aktif dalam hand sanitiser berasaskan alkohol ialah campuran bahan-bahan kimia isopropanol (isopropyl alcohol), ethanol (ethyl alcohol), atau n-propanol.

Kandungan alkohol yang paling berkesan dalam membunuh kuman ialah 60-95%, seperti yang disarankan oleh Food and Drug Administration (FDA).

2. Bukan Berasaskan Alkohol

Untuk hand sanitiser yang bukan berasaskan alkohol pula mengandungi bahan kimia aktif seperti benzalkonium chloride atau triclosan.

Kandungan bahan kimia benzalkonium chloride yang dibenarkan ialah 0.1% sahaja, kerana pada dos yang tinggi, ianya boleh merengsa kulit dan menyebabkan iritasi kepada mata. Ianya juga berpotensi menggangu sistem pernafasan, pertahanan semulajadi badan dan saraf.

Bahan kimia aktif triclosan pula disarankan 2% dalam formulasi hand sanitizer namun, masih lagi kontroversi sehingga FDA telah menarik penggunaannya, kerana keupayaannya yang boleh mengganggu sistem endokrin (hormon) badan.

Pun begitu, ianya (dalam dos yang lebih rendah 0.10–1.00%) banyak digunakan dalam lebih daripada 2,000 produk seharian kita termasuklah sabun mandi, shampo, deodorant, ubat gigi, cecair pencuci mulut dan sebagainya.

Ianya dikatakan boleh menyumbang kepada masalah alam sekitar di mana dikuatiri berkumpul dalam air buangan seterusnya kembali dalam air minum kita.

Di sini saya senaraikan kebaikkan dan apa yang kita perlu tahu pasal hand sanitiser ini sebagai rujukan dalam membuat pertimbangan.

Apa yang baik tentang 'hand sanitiser':
  • Membunuh kuman dengan berkesan. Pun begitu pengguna harus memastikan kandungan alkohol adalah dalam julat 60-95% untuk memastikan keberkesanannya. Jika tidak, usaha hanya sia-sia.
  • Mudah diakses tanpa mengira tempat terutamanya semasa ketiadaan air.
  • Mudah diperolehi, murah, jangka hayat yang lama dan tahan lama.
  • Dengan harga mampu milik dan mudah diperolehi, sesiapa pun boleh menggunakannya.
  • Dengan pengunaan yang hanya sedikit dan jangka hayat yang lama (2-3 tahun) juga membuatkannya tahan lebih lama, tidak perlu dibeli berulangkali.

Apa yang kita perlu ambil tahu tentang 'hand sanitiser':
  • Sesetengah jenama tidak menepati kandungan minima (60%) yang disarankan oleh FDA. Maka ianya kurang berkesan.
  • Hanya berkesan membunuh kuman. Ianya tidak mampu menanggalkan racun perosak (pesticides), kotoran, gris, minyak, warna, habuk yang melekat pada tangan. Jelas, kegunaannya tidak mampu menggantikan fungsi sabun dan air sepenuhnya
  • Penggunaan yang terlalu KERAP akan membunuh semua jenis kuman yang penting untuk sistem pertahanan semulajadi badan.
  • Mudah meruap dan mudah terbakar, terutamanya yang mengandungi alkohol yang tinggi (lebih daripada 90%). Maka elakkan berdekatan dengan api, dan pastikan semasa pengunaan, ianya betul-betul telah kering pada tangan.
  • Mengeringkan kulit. Namun jenis gel kurang mengeringkan kulit jika dibandingkan dengan sabun yang bersifat antimicrobial. Sesetengah produk ditambah dengan bahan kimia glycerol untuk mengurangkan kulit kering.
  • Hand sanitiser hanya digalakkan sekiranya ketiadaan sabun dan air. Ini kerana hanya sabun dan air boleh membuang spora bakteria (seperti Clostridioides difficile), parasit (seperti Cryptosporidium) dan sesetengah virus (seperti norovirus).
  • 60-80% alkohol mampu membunuh hampir semua jenis bakteria termasuklah TB dan yang telah mempunyai kerintangan.
  • 90% alkohol pula boleh membunuh pelbagai jenis virus termasuk jenis enveloped (seperti virus influenza) . Namun tidak berkesan pada virus rabies.

Benarkah hand sanitizer membunuh bakteria baik di kulit?

Benar. Selain daripada kuman (aka bakteria,virus yang jahat), hand sanitizer juga akan membunuh bersama populasi bakteria baik yang terdapat secara semulajadi pada lapisan kulit kita.

Bakteria-bakteria baik ini hidup secara simbiotik dengan membantu dalam menjaga kesihatan kulit kita, yang menghasilkan enzim untuk menguraikan sel kulit mati pada kulit dan aktiviti ini menghasilkan minyak yang membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit.

Selain itu, bakteria-bakteria ini juga berfungsi sebagai benteng pertahanan terhadap serangan kuman jahat tadi.

Pun begitu, kajian juga membuktikan kesan ini hanya seketika, memandangkan bakteria-bakteria ini berada pada semua bahagian kulit kita, maka mereka mudah kembali berpopulasi setelah dibasuh dengan air.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: majalahsains

Sunday, March 15, 2020

Perbezaan Stres Dan Kemurungan

Perbezaan Stres Dan Kemurungan

Kemurungan telah menjadi suatu perkara yang serius kerana terlalu banyak kes yang melibatkan kematian disebabkan 'depression', dengan penyanyi terkenal seperti Avicii dan Chester Bennington, sebagai contoh; telah membunuh diri mereka akibat terlalu tertekan.

Stres Dan Kemurungan

Mungkin ramai antara kita yang tidak pasti sama ada diri sendiri hanyalah stres atau depression (kemurungan).

Jom kita lihat apa perbezaan antara stres dan depression:

STRES (Anxiety)

Stres adalah 'common' dimana perasaan yang anda akan alami apabila berada di bawah tekanan. Ia mungkin berkaitan dengan soal peribadi, trauma, kerja ataupun kewangan.

DEPRESSION (Kemurungan)

Kemurungan adalah isu yang lebih serius dan tekanan yang lebih teruk. Kebanyakan individu yang mengalami kemurungan akan memilih untuk berdiam diri atau memendam perasaan sendiri.

Punca Kemurungan
  • Keturunan.
  • Pekerjaan.
  • Persekitaran.
  • Ubat-ubatan.
  • Penyakit.
  • Corak pemikiran.
  • Stres.
  • Kehilangan orang yang disayangi.

Stres vs Depression

Stres (Tertekan):
  • Stres adalah disebabkan masalah dalam hidup manakala kemurungan boleh berlaku secara tiba tiba walaupun tiada masalah yang timbul.
  • Stres sentiasa berkaitan dengan masalah yang sedang dihadapi. Kemurungan pula boleh disebabkan perkara yang dipendam dan telah lama berlaku.
  • Stres boleh membuatkan seseorang depress atau anxiety dan depression membuatkan seseorang selalu mempunyai 'suicidal thoughts'.

Depression (kemurungan):
  • Depression adalah salah satu penyakit mental yang perlu dirawat segera.
  • Jika anda mempunyai simptom-simptom di atas, disarankan untuk merujuk doktor psikologi atau kaunselor.

Perbezaan

Bila menghadapi sesuatu situasi yang kita tak suka contohnya bergaduh dengan kawan, banyak hutang dan sebagainya kita akan rasa tertekan. Itu maksud perkataan STRESSED. Kita marah, sedih dan kadang kala mengamuk. Bila masalah tersebut selesai kita kembali ceria dan emosi menjadi stabil semula.

Dalam situasi depression yang sebenar, orang yang menghadapinya akan mengalami keadaan yang jauh bezanya berbanding orang yang stres tadi.

Orang depressed mengalami ANHEDONIA (hilang minat untuk buat apa saja perkara yang dia biasa buat, tak nak pergi sekolah kelas, tak nak jumpa kawan-kawan, tak nak keluar rumah, tak nak bangun tidur dan sebagainya).

INSOMNIA (gangguan tidur, sampai tak tidur berhari hari pun ada), turun atau naik berat badan dengan mendadak, gangguan selera makan, rasa diri tak berguna dan banyak lagi.

Dan paling menakutkan adalah keinginan untuk membunuh diri!

Bantu Mereka Dengan Hanya Memahami

Apabila kita faham depresi dari sudut klinikal kita akan faham kenapa pejuang depresi ini tidak suka dapat tuduhan kurang iman, jauh dari Allah, tinggal solat dan sebagainya.

Mereka solat dan sentiasa menangis memohon pertolongan Allah, sentiasa berzikir bahkan solat malam itu semua, mereka memang buat.

Sokong mereka dengan bertanya soalan yang sesuai, seperti bertanya, makan ubat belum? Ubat apa yang ambil? Biasa pergi dapatkan khidmat psikiatri dekat mana? Dosage ubat makin turun ke atau naik? Depresi jenis apa yang dia alami?

Bukannya dengan soalan seperti, kau mesti tak kuat iman kan? Kau mesti tak solat kan? Kau mesti lama tak baca al Quran kan? Kau mesti tak maafkan orang kan? Kau mesti suka bersangka buruk kan? Kau tak tengok orang lain lagi susah dari kau? Apakah ini semua.

Kenapa begitu judgemental dan tidak adil. Janganlah begitu. Otak pun organ manusia yang boleh sakit sama seperti organ lain.

Berlaku adil pada pejuang depresi. Harap dapat jelaslah perbezaanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Saturday, March 14, 2020

Maklumat Penyakit Polio Dan Imunisasi Pencegahan

Maklumat Penyakit Polio Dan Imunisasi Pencegahan

Polio adalah penyakit berjangkit disebabkan virus polio yang menyerang sistem saraf manusia dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal yang sekiranya kegagalan pernafasan berlaku, ia boleh membawa maut.

Apa itu Penyakit Polio

Imunisasi polio merupakan vaksin yang digunakan untuk melindungi tubuh dari gangguan poliomyelitis atau jangkitan polio yang sangat penting untuk mencegah penularan, kerana jika dibiarkan tanpa langkah pencegahan, polio boleh membahayakan dan mengancam nyawa pesakit.

Bagaimana Virus Polio Merebak?

Virus Polio menjangkiti manusia secara fekal-oral, yang mana virus dalam najis individu dijangkiti polio yang tidak dicuci sempurna, akan memasuki tubuh individu lain.

Tanda-tanda Dan Gejala Penyakit Polio

Kebanyakan orang yang dijangkiti virus polio tidak menunjukkan sebarang gejala. Hanya 1 daripada 4 orang dengan jangkitan virus polio akan mengalami gejala demam selesema. Gejala-gejala ini biasanya dialami selama dua (2) hingga lima (5) hari dan kemudian sembuh dengan sendiri tanpa sebarang komplikasi.

Walau bagaimanapun, sebilangan kecil kes akan mengalami gejala lebih serius akibat jangkitan pada otak dan saraf tunjang seperti:
  • Kebas
  • Meningitis iaitu keradangan pada selaput otak
  • Lumpuh
  • Kematian

Adakah Polio Boleh Dirawat?

Tidak. Tetapi polio boleh dicegah melalui imunisasi polio yang lengkap.

Siapa Yang Harus Menerima Imunisasi Polio?

Semua kanak-kanak berumur dibawah 13 tahun harus menerima imunisasi polio tanpa mengira status kewarganegaraan dan status imunisasi lampau.

Bagaimana Cara Pemberian Vaksin Polio?

Jenis vaksin polio yang diberi adalah dalam bentuk 2 titisan terus ke dalam mulut (oral).

Gabungan 2 vaksin polio terkini (bOPV dan mOPV) yang mana 2 dos setiap satu vaksin dengan jarak masa pemberian 2-4 minggu, maka jumlah dos lengkap adalah 4 dos kesemuanya.

Kenapa Imunisasi Polio Secara Oral?

Antibodi terhadap virus polio akan mula terhasil didalam perut dan sistem peredaran darah apabila vaksin ditelan lengkap.

Oleh itu, kanak-kanak yang menerima vaksin polio secara oral akan mendapat perlindungan berganda, iaitu pertahanan imun tubuh terhadap kuman polio didalam perut dan dalam peredaran darah.

Apa Yang Perlu Dilakukan Selepas Menerima Imunisasi Polio?
  • Kanak-kanak dilarang makan dan minum dalam tempoh 30 minit selepas menerima titisan vaksin polio.
  • Perlindungan penuh hanya boleh dicapai dengan 4 dos imunisasi lengkap.
  • Amalkan menggunakan tandas yang mempunyai sistem kumbahan yang sempurna.
  • Amalkan kebersihan dan amalan mencuci tangan dengan sempurna setiap masa, terutama selepas menggunakan tandas dan sebelum menyentuh makanan dan minuman.
  • Amalkan minum air yang telah dimasak sempurna dari sumber air terawat dan dinginkan, simpan ditempat yang bersih dan selamat.
  • Sekiranya ada reaksi alahan selepas imunisasi, sila segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Harga Vaksin Polio Di Klinik Swasta

Harga Vaksin Polio

Apakah Status Penyakit Polio di Malaysia?

Kes polio terakhir di Malaysia adalah pada tahun 1992. Sejak Oktober 2000, Malaysia bersama-sama dengan negara-negara Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region) telah diisytiharkan bebas daripada penyakit polio.

Walau bagaimanapun, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut, pada 6 Disember 2019, satu (1) kes telah disahkan dijangkiti virus polio.

Adakah Negara Kita Berisiko untuk Mendapat Jangkitan Virus Polio?

Ya. Negara kita berisiko untuk mendapat jangkitan virus polio kerana terdapat negara di dunia ini yang belum bebas dari penyakit polio.

Sekiranya terdapat pengembara yang dijangkiti virus polio dari negara terbabit masuk ke kawasan di negara ini yang ramai ahli masyarakatnya tidak mendapatkan imunisasi polio, maka risiko virus ini merebak adalah tinggi.

Penularan ini akan lebih mudah berlaku sekiranya kebersihan diri tidak dijaga dan persekitaran kotor.

Siapakah yang Berisiko Mendapat Penyakit Polio?

Individu yang tiada sejarah pelalian polio lengkap adalah berisiko dijangkiti virus polio jika;
  • Tidak membasuh tangan dengan sempurna selepas mengendalikan kes dijangkiti polio buang air besar termasuk selepas menukar lampinnya.
  • Tidak menggunakan bekalan air bersih.
  • Tidak menggunakan tandas dengan sempurna.
  • Mempunyai sistem imun yang rendah seperti pesakit yang sedang menjalani rawatan kemoterapi dan penerima organ.
  • Sejarah terkini perjalanan ke kawasan yang berlaku wabak polio.
  • Mengendalikan spesimen makmal virus polio.

Apakah nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang ramai untuk:
  • Memastikan anak-anak mendapatkan vaksinasi polio yang lengkap mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Membawa kanak-kanak yang cicir imunisasi ke fasiliti kesihatan yang terdekat.
  • Mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan yang terdekat sekiranya mengalami gejala AFP.
  • Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas keluar tandas dan selepas menukar lampin pakai buang serta menjaga kebersihan persekitaran.
  • Menyediakan makanan secara bersih dan selamat, termasuk membasuh ulam-ulaman atau sayur-sayuran yang dimakan mentah dengan air bersih, minum air yang telah dimasak serta memilih premis makanan yang bersih.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, March 11, 2020

Apa Itu Gliserin Dalam Produk Makanan Dan Kecantikan?

Apa Itu Gliserin Dalam Produk Makanan Dan Kecantikan?

Gliserin (glycerine, glycerin) adalah adalah sebatian organik yang merupakan komponan tidak berbau, tidak berwarna, likat dan manis serta rendah toksid, juga dikenali sebagai gliserol (glycerol), dihasilkan dengan memisahkan lemak dan minyak binatang atau sayuran.

Apa Itu Gliserin

Gliserin boleh diperolehi dari beberapa sumber dan haiwan adalah salah satu darinya, diperoleh melalui lemak yang biasa dijumpai dalam darah dan komponen utama tisu badan haiwan tersebut.

Kebiasaannya, gliserin bersumberkan haiwan lazim dirujuk sebagai gliserin daripada gliserol dan semestinyalah haiwan yang paling utama ialah babi dan lembu.

Selain itu, boleh juga didapati daripada tumbuhan-tumbuhan atau minyak sayuran antaranya zaitun, soya dan biji sawi.

Di Malaysia, gliserin kebiasaannya bersumberkan dari kelapa sawit dan dalam sesetengah kes, gliserin mungkin datang dari sumber sintetik hasil tindak balas kimia dengan petroleum, iaitu produk sampingan (byproduct), dalam penghasilan biodiesel.

Penghasilan biodiesel adalah proses menghasilkan biofuel (minyak biologi), bagi menggantikan minyak petroleum.

Disebabkan gliserin mempunyai manfaat yang besar kepada manusia, maka tidak peliklah ia digunakan dengan begitu meluas.

Fungsi Gliserin

Dalam industri farmaseutikal (perubatan), gliserin digunakan untuk meningkatkan kelancaran, sebagai bahan pelincir dan humectant (bahan penyerap kelembapan, mengelak produk menjadi kering).

Gliserin juga boleh didapati dalam produk seperti sirap ubat batuk, ubat titis mata, ubat kumur, ubat topikal untuk yis dan jangkitan bakteria dan lain-lain.

Oleh kerana gliserin bersifat menyerap kelembaran udara, mesra pada kulit, tidak iritasi kepada bayi, maka industri kosmetik memanfaatkannya dalam sekian banyak produk penjagaan diri.

Produk Yang Menggunakan Gliserin

Antara produk yang biasa menggunakan gliserin ialah masker (topeng muka), krim pelembab, krim pemerah pipi, losyen pencerah, bedak asas muka, penyegar kulit, syampu rambut, sabun, gel seks dan ubat gigi.

Bagi industri makanan pula, gliserin boleh digunakan sebagai pengemulsi dan gula rendah kalori; aiskrim, marjerin, makaroni, kek dan mentega kacang adalah antara yang mengandungi gliserin (emulsifier).

Selain itu, gliserin juga digunapakai dalam industri membuat sosej dengan tujuan melembutkan pembalut sosej. Penggunaannya adalah kerana sifatnya yang tidak beracun, melincir dan meruap di dalam udara.

Pastikan Ada Logo Halal

Oleh itu, adalah sangat penting untuk mendapatkan produk-produk yang telah disahkan status halal oleh pihak berautoriti.

Ini sangat penting untuk kita mengelakkan diri dalam terjerumus kepada yang syubhah apatah lagi haram.

VEGETABLE GLYCERIN

Gliserin tumbuhan

Vegetable glycerin (VG) adalah produk yang diekstrak daripada minyak sayuran, cecair tanpa warna dan tidak berbau, digunakan sebagai ramuan dalam produk seperti sabun, syampu, kosmetik, ubat gigi, krim pencukur, ubat-ubatan dan produk farmaseutikal.

VG digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam industri kosmetik untuk meningkatkan kesihatan kulit, kerana ianya selamat dan mesra alam.

Penggunaan Vegetable Glycerin (VG):

Kecantikan

Vegetable glycerin bermanfaat untuk melembutkan kulit, menjadikannya amat popular sebagai ramuan tambahan didalam pembuatan produk kosmetik.

Glycerine merupakan sumber semulajadi yang membantu kulit mengekalkan kelembapan dan itu adalah salah satu sebab mengapa pengeluar biasanya menambah Vegetable glycerin kepada formula losyen kulit mereka.

Makanan

Vegetable glycerin bukan sahaja bahan utama dalam kosmetik dan produk kebersihan yang lain, ia juga merupakan unsur yang boleh dimakan dan penting di dalam beberapa makanan.

Vegetable glycerin adalah salah satu bahan utama yang digunakan dalam diet rendah karbohidrat. Ia dikatakan mempunyai tekstur yang sempurna dan berminyak, menjadikannya satu kemestian bagi pengeluar produk makanan menggunakannya untuk memperbaiki tekstur makanan serta menjadikan makanan sentiasa lembap dan lembut.

Vegetable glycerin meningkatkan jangka hayat makanan, boleh mencairkan pewarna dan perasa makanan dan bertindak sebagai pengemulsi untuk menggabungkan komponen lemak dan bukan lemak, juga boleh bertindak sebagai pemanis dan merupakan bahan yang halal.

Kebiasaanya, pengeluar produk makanan akan melabelkan kandungan glycerine dalam produk mereka dengan kod E (huruf E adalah kod untuk bahan kimia yang digunakan sebagai additif makanan), contohnya: E1430 & E1441.

Mesra Alam

Kitar semula, dengan menggunakan peralatan cekap tenaga dan membeli produk organik adalah cara yang bijak untuk membantu alam sekitar dan Vegetable glycerin dianggap sebagai bahan yang mesra alam dalam produk semula jadi.

Manfaat terapeutik

Satu kajian yang dijalankan oleh Kolej Perubatan Georgia telah menunjukkan bahawa glycerin mempunyai manfaat terapeutik kepada kulit.

Selain daripada nilai kosmetik yang telah dikaji dan didapati tidak hanya membuat kulit kelihatan lebih baik, tetapi juga berfungsi lebih baik jika digunakan dengan cara yang betul.

Menurut penemuan oleh Wendy Bollag, Ph.D., glycerine bertindak dengan mempengaruhi tindakan eksotoksin D, enzim yang berperanan menggalakkan sel-sel kulit menjadi matang semasa peringkat penyembuhan.

Penyelidik mendakwa produk yang mengandungi glycerine berpotensi meningkatkan penyembuhan luka dan boleh memberi kesan positif kepada pesakit kulit seperti kanser kulit (non-melanoma) dan psoriasis (penyakit kulit yang kronik).

Dalam bentuk gel, gycerine adalah salah satu pilihan yang digunakan didalam krim, pil kapsul dan jeli kontraseptif.

Vegetable glycerin juga larut dalam air, oleh itu ianya juga digunakan didalam ubat titis mata dan telinga.

Vegetable glycerin juga merupakan unsur yang ditambah ke dalam ubat gigi, antiseptik mulut dan lain-lain produk penjagaan gigi kerana rasa manis dan likat, bertekstur halus dan lembut.

Kilang Gliserin Terbesar Dunia

Dan mungkin ramai diantara kita tidak tahu bahawa Malaysia mempunyai kilang pemprosesan glycerine terbesar didunia.

Kita patut berbangga kerana kilang ini menghasilkan glycerine berkualiti premium daripada sumber kelapa sawit yang mana produk ini dieksport dan digunakan di serata dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Monday, March 09, 2020

Apa Itu Personaliti Obsessif Kompulsif (OCD)?

Apa Itu Personaliti Obsessif Kompulsif (OCD)?

Personaliti Obsessif Kompulsif atau Kecelaruan Personaliti Obsessif Kompulsif, adalah sejenis kecelaruan personaliti yang dicirikan oleh sifat individu yang amat mementingkan ketelitian, kesempurnaan serta keinginan untuk mengawal persekitaran serta hubungan dan biasanya bermula pada peringkat awal dewasa serta lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.

Apa itu OCD

Ini agak mengejutkan kerana kita sentiasa beranggapan bahawa wanita lebih mementingkan ketelitian, perinician serta kesempurnaan.

Dari segi statistik, dianggarkan bahawa di antara 2.1 sehingga 7.9 peratus daripada populasi mengalami masalah kecelaruan personaliti obsessif kompulsif menjadikan ianya sebagai jenis kecelaruan personaliti yang paling kerap ditemui.

Pesakit OCD mempunyai simptom yang terbahagi kepada empat kategori iaitu kebersihan, keselamatan, kepercayaan (spiritual) dan susun atur (struktur), yang mana terdapat pesakit memiliki lebih daripada dua kategori berkenaan.

Adakah anda mempunyai kecelaruan personaliti Obsessif Kompulsif?

Ya. Jika anda adalah seseorang yang sentiasa mempunyai keinginan untuk mencapai kesempurnaan serta cenderung mengawal persekitaran dan hubungan dengan orang lain secara berterusan.

Anda juga perlu mempunyai lebih dari empat ciri-ciri yang disenaraikan di bawah:
  • Terlalu fokus tentang perincian, peraturan, senarai dan susunan sehinggakan terlepas pandang kepada objektif utama dalam sesuatu aktiviti.
  • Terlalu berusaha untuk mencapai kesempurnaan sehingga lambat menyiapkan sesuatu tugasan.
  • Terlalu mementingkan pekerjaan dan produktiviti sehinggakan mengabaikan masa untuk diri sendiri, keluarga atau teman-teman.
  • Sukar untuk membahagikan tugas kepada orang lain kerana bimbang orang lain tidak mampu mencapai tahap yang kita inginkan. Sekiranya tugas diberikan kepada orang lain, anda turut menyenaraikan secara terperinci apa yang anda harapkan mereka lakukan.
  • Terlampau berpegang kepada moral dan etika serta patuh kepada peraturan tanpa pengecualian.
  • Sukar untuk membuang barangan yang tidak lagi digunakan kerana memikirkan bahawa ia mungkin berguna di suatu hari.
  • Sukar untuk membelanjakan wang untuk diri sendiri atau orang lain kerana bimbang wang tersebut diperlukan untuk masa hadapan.
  • Tidak fleksibel.

Tetapi jika anda cuma mempunyai satu atau dua ciri sahaja, ini tidak dikira sebagai Kecelaruan Personaliti Obsessif Kompulsif, tetapi cuma mempunyai ciri-ciri (traits) personaliti tersebut.

Adakah ini satu masalah? Tidak jika ia tidak menjejaskan fungsi harian anda, malah ia dapat membantu menguruskan aktiviti harian dengan lancar.

Bagaimana pula jika anda memenuhi kriteria diagnosa tersebut? Terdapat rawatan seperti psikoterapi dan ubatan yang dapat membantu jika anda merasakan bahawa kecelaruan personaliti anda menjejaskan fungsi harian serta hubungan anda dengan orang lain.

Gejala penyakit OCD, seperti definisi penyakitnya adalah terdiri dari dua komponen iaitu Komponen Obsesif dan Kompulsif.

Komponen Obsesif (pemikiran):
  • Obsesif pemikiran adalah sentiasa terfikir tentang kebersihan.
  • Berulang kali memikirkan tentang keselamatan.
  • Was-was terhadap ingatan atau persepsi tentang sesuatu seperti tentang tutup suis seterika.
  • Kepatuhan yang jitu dan terlalu tegar terhadap sesuatu peraturan.
  • Terlalu mementingkan susunan dan simetri.
  • Pemikiran yang sering terpusatkan terhadap sesuatu tanpa boleh diganggu.

Komponen Kompulsif (tindakan):
  • Mencuci tangan berulang kali.
  • Mengecek kunci kereta dan rumah berulang kali.
  • Berulang melakukan hal yang sama seperti apabila menghitung sesuatu barang.
  • Sentiasa menyusun dan mengemas walhal baru sahaja selesai mengemas.
  • Hoarding ataupun sifat suka menimbunkan barang secara berlebihan dan enggan untuk membuang barangan yang sudah tidak diperlukan seperti contohnya baju yang telah lusuh.
  • Biasanya pesakit sering perlu meluahkan isi hati dikeranakan perasaan insecure yang kuat.
  • Mempunyai tabiat suka menyenaraikan sesuatu atau membuat checklist sebagai satu cara mengurangkan obsesif fikiran.

PENYAKIT OBSESSIF KOMPULSIF (OCD)

Masyarakat umum mengenalinya sebagai penyakit was-was kerana biasanya mereka yang mengalami penyakit tersebut seringkali mempunyai perasaan ragu-ragu sehinggakan melakukan tindakan yang sama berulang kali.

Kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa kadar sepanjang hayat (lifetime prevalence) untuk penyakit ini adalah dua atau tiga peratus dari populasi.

Kebanyakanya berlaku pada usia muda di mana dua per tiga daripadanya bermula sebelum usia 25 tahun manakala cuma 15 peratus sahaja yang bermula selepas usia 35 tahun.

Lelaki dan wanita mempunyai kadar yang sama untuk mendapat penyakit ini. Bagaimanapun, lelaki biasanya mendapat penyakit ini pada usia yang lebih muda serta mempunyai gejala yang lebih teruk berbanding wanita.

Pemikiran Obsessif dicirikan oleh kriteria tertentu, iaitu:
  • Pemikiran yang tidak rasional, imej atau idea yang berulang, tidak diingini serta mendatangkan rasa resah pada diri.
  • Individu mengenal pasti bahawa perkara tersebut adalah berasal dari fikirannya, tetapi tidak mampu mengawalnya.
  • Pemikiran ini adalah sangat menganggu sehinggakan individu tersebut melakukan tindakan kompulsif sebagai satu langkah untuk mengalihkan perhatian dari pemikiran tersebut.

Kompulsif secara ringkasnya adalah desakan untuk melakukan sesuatu yang akan meringankan rasa tidak selesa akibat pemikiran obsesif.

Contoh perlakuan kompulsif adalah seperti mencuci tangan berulang kali kerana beranggapan ia kotor atau memeriksa selak pintu berulang kali bagi memastikan ianya berada dalam keadaan terkunci.

Ada juga yang mengira sesuatu nombor berulang-ulang untuk memastikan bahawa bilangan yang dikehendaki adalah tepat dan menyimpan barang-barang yang tidak terpakai seperti surat khabar, bekas makanan atau baju-baju yang sudah buruk.

Ramai juga yang mengambil wuduk berulang kali kerana berasakan bahawa masih belum sempurna.

Penyakit Obsessif Kompulsif boleh menjejaskan mempunyai fungsi harian individu. Ini disebabkan individu tersebut didominasi oleh pemikiran atau obsessi yang mengganggu diikuti perbuatan kompulsif secara berulang-ulang untuk mengurangkan keresahan yang dialami.

Namun, perbuatan itu hanya berkesan untuk sementara waktu kerana obsesi ini akan kembali dan dia terpaksa mengulangi perbuatan yang menghilangkan keresahannya.

Disebabkan itu, ramai yang mengalami penyakit ini juga mempunyai kemurungan.

PENYEBAB OCD

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi untuk seseorang itu mendapat Penyakit Obsessif Kompulsif (OCD):

Genetik atau keturunan

Mereka yang mempunyai sejarah keluarga mempunyai penyakit ini adalah lebih berisiko.

Organik

Keabnormalan pada struktur otak serta fungsi otak atau jangkitan pada bahagian otak tertentu boleh mencetuskan gejala penyakit ini.

Personaliti

Mereka yang mempunyai Personaliti Obessi Kompulsif mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Trauma

Pengalaman trauma pada masa lampau seperti penderaan fizikal atau seksual.

Konflik atau tekanan

Mereka yang mengalami konflik atau tekanan yang berteusan dalam hidup.

DERITA DALAM DIAM PESAKIT OCD

Berada di dalam bilik air berjam-jam, melakukan sesuatu perkara berulang-ulang dan mengelak untuk berjabat tangan, memegang tombol pintu, butang lif atau meja makan.

Itu antara simptom yang sukar ditinggalkan oleh penghidap Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) sehingga ada antara mereka diberhentikan kerja, dibuang daripada institusi pengajian tinggi (IPT), selain bergaduh dengan ahli keluarga.

Penghidap OCD suka melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang kerana merasakan apa yang dilakukan sebelum itu tidak sempurna selain sentiasa merasa resah, tertekan dan cemas.

Setiap manusia mempunyai tahap kebersihan dan kerisauan sendiri namun bagi pesakit OCD, ia tidak boleh dikawal dan sangat melampau.

Kebanyakan pesakit OCD ini obses dengan aspek kebersihan dan keselamatan.

RAWATAN

Meskipun kebanyakan penderita OCD ini tahu mereka bermasalah, namun enggan mendapatkan rawatan awal kerana bimbang dilabel sebagai pesakit mental.

Terdapat rawatan psikoterapi, terapi tingkah laku serta ubatan yang dapat membantu untuk merawat penyakit ini.

Jika anda mengalami gejala-gejala penyakit ini, anda boleh mendapatkan rawatan di hospital yang menawarkan perkhidmatan psikiatri.

Rujukan kepada perkhidmatan psikiatri boleh dibuat oleh mana-mana klinik kesihatan atau klinik swasta yang berhampiran kerana rawatan serta pengesanan awal dapat membantu merawat penyakit ini dengan lebih berkesan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Sunday, March 08, 2020

Apa Itu Hipotensi, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Apa Itu Hipotensi, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Hipotensi atau darah rendah adalah suatu keadaan di mana bacaan tekanan darah di dalam arteri adalah lebih rendah daripada batas normal (90/60 mmHg), dan sukar dikesan kerana penyakit ini kadang-kala tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom darah rendah.

Apa Itu Hipotensi

Tekanan darah adalah keupayaan darah untuk menolak darah ke arah dinding pembuluh darah arteri ketika jantung mengepam darah, yang diukur sebagai tekanan sistolik dan diastolik.

Tekanan darah sistolik adalah tekanan yang diukur semasa jantung berdenyut, manakala tekanan diastolik adalah tekanan yang diukur semasa jantung sedang rehat.

Anda akan selalu melihat tekanan darah ditulis sebagai tekanan sistolik di bahagian atas dan tekanan diastolik di bawahnya, contoh 120/80 mmHg (mmHg maksudnya milimeter raksa – unit yang digunakan untuk mengukur tekanan darah)

Tekanan darah normal di kalangan orang dewasa lebih rendah dari 120/80 mmHg, manakala darah dikatakan rendah apabila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg.

Punca Tekanan Darah Rendah

Terdapat beberapa keadaan atau faktor-faktor yang menyebabkan tekanan darah jatuh di bawah paras normal, sehingga mendatangkan gejala-gejala seperti pening, pengsan atau keadaan yeng lebih teruk lagi iaitu 'shock'.

Terdapat banyak punca atau penyebab tekanan darah rendah, dan setiap punca perlu diselidik dengan lebih lanjut.

Antara puncanya ialah;
  • Kehilangan darah, pendarahan, anemia dan dehidrasi pada tahap parah.
  • Penyakit jantung, seperti lemah jantung dan kegagalan jantung (heart failure).
  • Penyakit sistem saraf, seperti "multiple system atrophy" dan“autonomic neuropathy".
  • Kesan sampingan ubat seperti bisoprolol dan captopril yang digunakan untuk merawat hipertensi.
  • Penyakit organ kelenjar seperti "Addison's disease", iaitu penyakit organ kelenjar (adrenal).
  • Jangkitan kuman yang parah, yang menyebabkan "septic shock".

Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah

Terdapat tiga jenis utama tekanan darah rendah:

1. Tekanan Darah Rendah 'Orthostatic'

Jenis tekanan darah rendah ini akan berlaku bila anda berubah posisi, bangun dari tidur atau duduk, yang akan menyebabkan anda berasa pening atau pengsan.

Ia terjadi apabila tubuh badan tidak dapat menyesuaikan tekanan pengaliran darah dengan cepat agar sesuai dengan kedudukan badan.

Keadaaan ini biasanya akan berlaku hanya sekejap, dari beberapa saat ke beberapa minit selepas anda berdiri.

2. Tekanan Darah Rendah 'Neurally Mediated' (NMH)

Keadaan ini berlaku apabila otak dan jantung tidak berkomunikasi antara satu sama lain dengan baik.

Sebagai contoh, apabila anda berdiri untuk jangkamasa yang panjang, darah mulai berkumpul di kaki, menyebabkan tekanan darah menurun.

Dalam NMH, badan akan keliru dan memberitahu otak bahawa tekanan darah tinggi dan sebagai tindakbalas, otak melambatkan kadar denyutan jantung.

Hal ini membuatkan penurunan tekanan darah yang lebih, menyebabkan pening kepala dan rasa hendak pitam.

3. Tekanan Darah Rendah Teruk berkaitan dengan 'Shock'

'Shock' adalah suatu keadaan yang boleh mengancam nyawa di mana tekanan darah turun begitu rendah sehingga otak, buah pinggang dan organ-organ penting yang lain tidak mendapat bekalan darah yang cukup.

JENIS-JENIS HIPOTENSI

Pelbagai jenis hipotensi ini mempunyai sebab-sebab yang berbeza.

Hipotensi Ortostatik

1. Nyahhidrasi

Ianya berlaku bila badan kehilangan air lebih dari yang diambil seperti berpeluh berlebihan semasa aktiviti fizikal, demam, muntah dan cirit-birit.

2. Keadaan panas atau tidak bergerak untuk beberapa ketika yang lama.

3. Ubat-ubatan

Setengah ubat-ubatan boleh meningkatkan risiko anda untuk hipotensi ortostatik termasuk:

i). Ubat merawat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung seperti:
  • Diuretics atau ubat kencing.
  • Calcium channel blockers.
  • Angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitors.
  • Angiotensin II receptor blockers.
  • Nitrates.
  • Beta blockers.

ii). Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat keadaan seperti kebimbangan, kemurungan, mati pucuk dan gangguan sistem saraf pusat (seperti penyakit Parkinson).

4. Bahan-bahan lain

Alkohol, barbiturat dan beberapa jenis ubat yang dibeli sendiri sekiranya diambil dengan ubat tekanan darah tinggi.

5. Hipotensi selepas makan (postprandial hypotension):
  • Hipotensi 'postprandial' ini akan terjadi selepas makan.
  • Hipotensi 'Neurally Mediated' (NMH).

NMH biasa berlaku di dalam keadaan berikut:
  • Berdiri untuk masa yang lama.
  • Kesakitan atau ketakutan yang amat sangat.
  • Hipotensi teruk berkaitan dengan 'Shock'.
  • 'Hypotensive shock' adalah satu keadaan kecemasan yang memerlukan rawatan dengan segera.

Hypotensive shock terdiri daripada:

1. 'Septic shock'
  • Ia boleh berlaku apabila bakteria memasuki aliran darah. Bakteria mengeluarkan toksin (racun) yang berbahaya dengan membawa kepada penurunan tekanan darah.

2. Hypovolemic shock

Kehilangan darah atau cecair dari badan boleh berlaku akibat daripada:
  • Pendarahan luaran yang teruk (contohnya dari luka parah atau cedera).
  • Pendarahan dalaman yang teruk (contohnya dari pembuluh darah yang pecah atau luka yang menyebabkan pendarahan dalam badan).
  • Kehilangan cecair badan dari luka terbakar yang teruk
  • Keradangan kelenjar pankreas yang teruk (organ yang menghasilkan enzim dan hormon seperti insulin).
  • Cirit-birit yang teruk.
  • Penyakit buah pinggang yang teruk.
  • Terlalu sering menggunakan diuretik

3. 'Cardiogenic shock'

Ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah disebabkan oleh serangan jantung, embolisme pulmonari atau aritmia (degupan jantung yang tidak teratur).

4. 'Vasodilatory shock'

Saluran arteri yang tiba-tiba meregang luas (vasodilatation) sehingga menurunkan tekanan darah.

Hal ini terjadi kerana:
  • Kecederaan kepala yang teruk.
  • Tindak balas kepada ubat-ubatan tertentu.
  • Kegagalan hati.
  • Keracunan.
  • Reaksi alergi yang teruk (dipanggil anafilaktik shock).

Siapa Yang Berisiko Mendapat Tekanan Darah Rendah?

Hipotensi boleh berlaku di kalangan individu dari pelbagai peringkat umur. Walau bagaimanapun, ada individu dalam kumpulan usia tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat tekanan darah rendah yang tertentu:
  • Orang tua lebih cenderung untuk mendapat hipotensi ortostatik selepas makan.
  • Kanak-kanak dan remaja lebih cenderung memiliki tekanan darah rendah 'neurally mediated'.
  • Orang-orang yang mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti ubat tekanan darah tinggi.
  • Orang-orang yang mempunyai gangguan sistem saraf pusat (seperti penyakit Parkinson).
  • Masalah hati.
  • Kurang bergerak (contohnya lumpuh) untuk tempoh masa yang lama.
  • Wanita hamil - Hipotensi semasa mengandung adalah perkara biasa dan akan pulih selepas bersalin.

Tanda-Tanda dan Gejala Tekanan Darah Rendah

Tanda-tanda dan gejala tekanan darah rendah bergantung kepada sebab terjadinya hipotensi.

Hipotensi ortostatik

Tanda-tanda dan gejala hipotensi ortostatik boleh berlaku dalam beberapa saat atau minit selepas anda bangun dari keadaan berbaring atau duduk.

Anda mungkin merasa bahawa anda akan pengsan, atau anda betul-betul pengsan. Tanda-tanda gejala termasuk:
  • Pening atau merasa pening.
  • Penglihatan kabur.
  • Kekeliruan.
  • Kelemahan.
  • Loya (perasaan sakit perut).
  • Hipotensi 'Neurally Mediated'.

Tanda-tanda dan gejala hipotensi 'neurally mediated' ini adalah sama dengan hipotensi ortostatik. Penurunan tekanan darah tidak berlaku lama dan sering hilang selepas duduk.

Hipotensi teruk berkaitan dengan 'Shock'

Pada peringkat awal, ia mungkin sukar untuk mengesan sebarang tanda-tanda atau gejala. Pada orang tua, gejala pertama mungkin hanya kekeliruan.

Jika keadaan 'shock' menjadi semakin teruk, seseorang itu tidak akan dapat duduk tanpa merasa pitam. Jika ini berlarutan, pesakit mungkin tidak sedar diri.

Tanda-tanda dan gejala-gejala yang lain adalah berbeza, bergantung kepada apa yang menyebabkan 'shock'.

Apabila isipadu darah menjadi rendah (dari kehilangan darah yang banyak, misalnya) atau jantung gagal mengepam darah, maka:
  • Kulit menjadi sejuk dan berpeluh. Ia akan kelihatan biru atau pucat. Jika ditekan, warna kembali normal dengan lebih perlahan daripada biasa.
  • Denyut nadi menjadi lemah dan pantas.
  • Pesakit akan mula bernafas dengan cepat.

Apabila berlaku vasodilatasi atau keregangan pembuluh darah (seperti dalam septik shock), seseorang merasa panas dan kulit menjadi merah pada awalnya.

Sekiranya berlarutan, 'shock' menjadi semakin teruk, kulit menjadi sejuk dan basah dan pesakit akan berasa tenat. Keadaan ini adalah suatu keadaan yang cemas dan mesti diberi perhatian serta merta.

Bagaimana Hipotensi dapat dikesan?

Hipotensi dapat dikesan berdasarkan sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal dan keputusan ujian-ujian yang akan dijalankan.

Doktor anda perlu mengetahui mengenai:
  • Jenis tekanan darah rendah yang anda hidap dan tahapnya.
  • Apa keadaan yang menyebabkan tekanan darah rendah.

Antara pemeriksaan dan ujian yang dilakukan ialah;
  • ECG
  • Ujian tekanan darah BP monitoring
  • Ujian darah
  • "Tilt table test"
  • "Valsalva maneuver"
  • "Stress test"
  • Ujian imej echo

Komplikasi Hipotensi

Bahaya tekanan darah rendah adalah;
  • Pengsan. Bagi orang yang lebih berumur, ini sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan keretakan tulang seperti tulang pinggul dan tulang tangan.
  • Hilang kesedaran. Ini sangat berbahaya terutamanya ketika memandu.
  • Bergantung pada penyebab, jika sakit jantung menyebabkan tekanan darah rendah, ini boleh menyebabkan organ lain tidak mendapat darah yang cukup, lalu boleh menyebabkan organ gagal berfungsi.
  • Boleh mengganggu mutu kehidupan seseorang.

Pakar-Pakar Yang Terlibat

Seorang doktor penjagaan primer atau pakar boleh mendiagnos dan merawat tekanan darah rendah.

Pakar-pakar lain yang mungkin juga terlibat adalah pakar jantung, pakar bedah, pakar buah pinggang, pakar otak dan sebagainya.

Bagaimana Hipotensi Dirawat?
  • Anda tidak memerlukan rawatan sekiranya tidak mempunyai apa-apa tanda dan gejala walaupun tekanan darah anda rendah.
  • Sekiranya anda merasa pening atau hampir pitam, anda sepatutnya terus duduk atau baring.
  • Letak kaki anda di paras yang sama dengan jantung atau duduk sambil meletak kepala di antara lutut.
  • Kalau masalah ini masih berkekalan, anda mesti segera berjumpa dengan doktor.

Amalan yang disyorkan untuk mengurangkan terjadinya keadaan hipotensi:
  • Minum banyak air sekiranya nyahhidrasi.
  • Menghadkan pengambilan alkohol.
  • Berdiri dengan perlahan.
  • Jangan silang kaki semasa duduk.
  • Elakkan berdiri terlampau lama pada satu tempat.
  • Tingkatkan pengambilan garam mengikut nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan karbohidrat sekiranya anda selalu pening selepas makan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Friday, March 06, 2020

Covid-19 Mampu Lumpuhkan Sistem Imun Tubuh, Virus Bermutasi Menjadi Lebih Berbahaya!

Covid-19 Mampu Lumpuhkan Sistem Imun Tubuh, Virus Bermutasi Menjadi Lebih Berbahaya!

Sejak wabak Coronavirus atau COVID-19 melanda seluruh dunia, penduduk global mula mengambil pelbagai langkah untuk mencegahnya namun begitu, tahukah anda bagaimana virus berbahaya ini menyerang manusia sehingga menyebabkan nyawa melayang?

COVID-19 berbahaya

Menurut laporan, COVID-19 boleh merosakkan buah pinggang dan menyerang sistem imunisasi dalam badan manusia selain kemampuannya merosakkan paru-paru, kerana kematian yang berlaku setakat ini akibat adalah disebabkan radang paru-paru.

COVID-19 ini juga melumpuhkan sistem imunisasi badan yang cuba menghalang jangkitan dan menimbulkan bengkak seterusnya menyebabkan seseorang itu sukar bernafas.

Sekiranya jangkitan berterusan, ia boleh menyebabkan kerosakan sistem perut, usus, jantung, hati dan buah pinggang, sehingga organ gagal berfungsi.

Pada masa yang sama, saintis memberi amaran bahawa Covid-19 boleh menjadi satu penyakit jangkitan yang tidak akan hilang dan menyebabkan ia seperti penyakit bermusim, seperti selsema dan sekumpulan saintis kini sedang mengkaji jenis-jenis sel yang diserang virus Covid-19.

Sistem imunisasi badan boleh menjadi teruk disebabkan Covid-19 sehingga mengganggu dan merosakkan kesihatan ketika cuba menghentikan virus ini.

Cegah Covid-19 dirumah

COVID-19 boleh menyerang secara terlampau sehingga menjadi hyperimmune dan bersedia untuk melakukan serangan besar yang sekali gus merosakkan tisu-tisu dalaman badan.

Malah, ia juga boleh merosakkan organ-organ dalaman sebaik sahaja virus ini tersebar dalam badan.

Kumpulan pengkaji juga menemui tanda-tanda pesakit Covid-19 mengalami kerosakan buah pinggang, namun ia masih di peringkat kajian.

Coronavirus Telah Bermutasi!

Coronavirus telah bermutasi kepada dua jenis, jenis pertama jauh lebih agresif, kata saintis pada penemuan terbaharu yang boleh menghalang kerja-kerja untuk membuat vaksin.

Penyelidik di Pusat Sains Kehidupan Universiti Peking dan Institut Pasteur dari Shanghai, mendapati virus itu telah berkembang menjadi dua keturunan – yang digelar jenis ‘L’ dan ‘S’.

Yang lebih tua jenis ‘S’ kelihatan lebih ringan dan kurang merebak, manakala jenis ‘L’ tersebar dengan cepat dan kini menyumbang sekitar 70 peratus kes, lapor Fortune.

Wabak jenis L diuji dengan kebanyakkannya ditemui di sekitar Wuhan – tempat di mana wabak ini bermula – tetapi para saintis mencatatkan bahawa kekerapan jangkitan bagi jenis L telah menurun sejak langkah-langkah pencegahan bermula awal tahun ini.

Mereka juga memberi amaran bahawa data yang mereka ada adalah ‘sangat terhad’ dan kajian lanjut yang lebih mendalam diperlukan bagi memahami evolusi COVID-19.

"Jenis L lebih lazim di peringkat awal wabak di Wuhan, kekerapan jenis L menurun selepas awal Januari 2020.

"Campur tangan manusia mungkin akan meletakkan lebih banyak tekanan kepada jenis L, yang mungkin akan jadi lebih agresif dan tersebar dengan lebih cepat."

Penyelidik menyatakan bahawa dua jenis yang berbeza ini akan menyerang dengan lebih banyak pada masa akan datang. Mereka menggesa komuniti saintis untuk bersatu bagi memerangi wabak tersebut.

"Penemuan ini amat menyokong keperluan untuk kajian segera, yang menggabungkan data genomik, data epidemiologi dan rekod simptom pesakit dengan penyakit coronavirus."

Dr Stephen Griffin, Profesor Madya di Universiti Leeds, berkata, "sukar untuk mengesahkan kajian seperti ini tanpa perbandingan secara langsung."

Beliau menambah, "apa yang dikatakan adalah bahawa selepas SARS-CoV2 menyerang manusia, wabak tersebut kemudian berkembang menjadi wabak yang lain."

Profesor Virologi Jonathan Ball juga memberi amaran bahawa evolusi wabak ini boleh menjejaskan pengeluaran vaksin, namun meminta kajian yang lebih terperinci dilakukan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Wednesday, March 04, 2020

Tanda-tanda Dan Simptom Jangkitan COVID-19

Tanda-tanda Dan Simptom Jangkitan COVID-19

Cara utama jangkitan COVID-19 pada manusia adalah penularan manusia ke manusia, yang biasanya terjadi melalui titisan pernafasan dari individu yang dijangkiti apabila mereka bersin dan batuk atau hanya dengan menghembuskan nafas.

Tanda dan Simptom COVID-19

Pegawai perubatan juga mengesahkan beberapa cara penularan, termasuk secara langsung, penularan melalui sentuhan dan penularan melalui aerosol.

Penularan melalui sentuhan dan aerosol terjadi apabila seseorang menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan pernafasan dan menyedut udara yang tercemar dengan titisan pernafasan.

Tanda-tanda Dan Simptom Dijangkiti COVID-19

COVID-19 mempunyai tempoh inkubasi antara 2 hingga 14 hari, punca ia amat sukar dikesan lebih awal.

Tanda awal dijangkiti COVID-19  adalah tanpa gejala atau beberapa gejala, atau mungkin demam, batuk, sesak nafas, rasa sakit pada otot dan keletihan, selanjutnya menjadi radang paru-paru dan sindrom kesusahan akut pernafasan.

Tempoh Jangkitan:
  • Hari ke 1: Pesakit akan mengalami demam yang disertai dengan rasa sakit pada otot dan alami batuk kering. Sebahagian dari pesakit akan alami diare (cirit birit) atau mula pada gejala awalnya.
  • Hari ke 5: Pesakit akan mula mengalami kesukaran bernafas. Lebih teruk lagi jika sudah agak berusia dan memiliki sejarah penyakit yang pernah dihidapi sebelumnya.
  • Hari ke 7: Menurut penelitian dari Universiti Wuhan (tempat pertama dikesan wabak ini), rata-rata pesakit akan mulia dirawat di Hospital pada hari ketujuh selepas mengalami tanda-tanda awal tadi.
  • Hari ke 8: Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit China (CCDC), sekitar 15 peratus orang yang mengalami gejala teruk akibat infeksi Covid-19, akan terkena sindrim gangguan pernafasan akut (ADRS). Penyakit ini akan menyerang akibat terkumpulnya cairan di bahagian paru-paru.
  • Hari ke 10: Umumnya bagi pesakit yang gejalanya kian teruk akan mengalami rasa sakit di perut dan keinginan untuk makan tiada berbanding mereka yang mengalami gejala tanda yang lebih ringan.
  • Hari ke 17: Rata-rata pesakit yang sembuh dari Covid-19 akan dikeluarkan dari hospital setelah dirawat selama dua minggu setengah.

Rawatan

Tiada vaksin ataupun rawatan yang efektif untuk penyakit COVID-19 setakat ini, dengan usaha yang biasanya terhad kepada pengurusan simptom dan langkah-langkah sokongan.

Penularan COVID-19 boleh dikurangkan dengan selalu mencuci tangan, mengamalkan kebersihan dengan baik, dan memakai topeng pembedahan.

Bagi umat Islam, sentiasa berwuduk adalah adalah sebagai langkah pencegahan terbaik.

Pencegahan COVID-19

Organisasi kesihatan global telah menerbitkan langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan peluang mendapat jangkitan COVID-19.

Cadangan adalah sama seperti yang telah diterbitkan untuk koronavirus lain termasuk: mencuci tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, tidak memegang mata, hidung, atau mulut dengan tangan yang tidak dibasuh dan mengamalkan kebersihan pernafasan yang baik.

Tips Elak Jangkitan COVID-19

Berikut perkongsian dari doktor perubatan mengenai cara terbaik bagi mengelak jangkitan virus COVID-19.

1. Amalkan kebersihan diri dan tangan

Pastikan tangan sentiasa dibasuh menggunakan air mengalir dan sabun bagi memastikan ia bersih dengan sempurna apabila:
  • Sebelum makan.
  • Selepas makan.
  • Sebelum memegang bayi.
  • Selepas bersin, batuk atau bersihkan hingus.
  • Selepas keluar dari bilik air.
  • Selepas memegang barang yang tercemar.
  • Semasa kendalikan makanan.
  • Sebelum dan selepas merawat luka.
  • Selepas membuang sampah.
  • Selepas memegang haiwan peliharaan.

2. Jauhi Kawasan Berisiko

Lindungi diri jika berada di kawasan yang berisiko tinggi dengan memakai topeng penutup hidung dan mulut.

Lebih penting lagi, jika bergejala, sentiasalah memakainya supaya tidak menjangkiti orang lain.

3. Makan Vitamin C

Kukuhkan imuniti badan dengan memastikan badan sentiasa mendapat bekalan vitamin C yang mencukupi setiap hari.

Pilihlah vitamin C dari sumber semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana mengandungi vitamin, air dan serat.

4. Cukup Rehat

Tingkatkan imuniti badan dengan cara yang mudah, murah dan ringkas iaitu tidur. Kajian menunjukkan tidur yang mencukupi iaitu tujuh hingga lapan jam bagi orang dewasa dan berkualiti terbukti boleh meningkatkan imuniti badan melawan kuman.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Tuesday, March 03, 2020

Apa itu Penyakit Arthritis, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Apa itu Penyakit Arthritis, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Rheumatoid Arthritis (RA) adalah penyakit radang sendi yang menyerang sesiapa sahaja, tanpa mengira usia atau jantina, dimana pesakit Arthritis akan mengalami rasa ngilu dan kaku pada sendi, kerap mengalami bengkak pada sendi jari-jari tangan dan kaki, terutamanya pada sebelah pagi dan gerakan sendi menjadi terbatas.

Apa itu Penyakit Arthritis

Arthritis yang bermaksud "radang sendi" adalah sejenis penyakit autoimun di mana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan keadaan ini memberi kesan kepada sendi, tisu-tisu yang mengelilingi sendi dan tisu perantaraan yang lain.

Gejala penyakit Arthritis boleh berlaku secara spontan dan secara tiba-tiba, berpunca daripada radang membran synovial yang menyelaputi sendi dan lebih kerap berlaku di kalangan wanita berusia antara 40-60 tahun.

Pesakit Arthritis yang tidak menerima rawatan optimum, berisiko mengalami komplikasi kerosakan sendi yang serius yang boleh mengakibatkan ketidakupayaan fizikal sehingga memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Penyakit Arthritis akan menjejaskan kualiti kehidupan dan keupayaan bekerja.

Punca Arthritis

Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi.

Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah:
  • Kerosakan Sendi.
  • Jangkitan kuman.
  • Penyakit yang diwarisi.
  • atau sebab-sebab lain.

Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah:
  • Osteoarthritis (OA).
  • Arthritis rheumatoid.
  • Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
  • Gout.

Osteoarthritis (OA):
  • Jenis yang paling lazim dihidapi.
  • Disebabkan oleh sendi yang telah haus akibat penggunaan.
  • Lebih kerap berlaku di kalangan warga tua.
  • Menjadi lebih sakit bila melakukan pergerakan.
  • Menjadi lebih sakit di penghujung hari.

Rheumatoid Arthritis (RA):
  • Lebih kerap dihidapi kaum wanita.
  • Disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri.
  • Menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi.
  • Kekejangan mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagi.
  • Sendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki.

Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman:
  • Arthritis jenis ini disebabkan oleh kuman.
  • Anda selalunya demam dan menggigil.
  • Selalunya menyerang satu sendi sahaja.

Gout:
  • Disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi.
  • Lazim menyerang kaum lelaki di pertengahan umur.
  • Lazim menyerang pangkal ibu jari kaki.

Tanda-Tanda Arthritis:
  • Sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang belakang di bahagian bawah).
  • Sendi bengkak.
  • Kekejangan sendi.
  • Susah untuk bergerak seperti biasa.
  • Sakit apabila bergerak.
  • Perubahan kepada sendi.
  • Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut.
  • Otot betis menjadi kecut bagi penghidap osteoarthritis lutut.
  • Sakit bila sekeliling sendi ditekan.

Berikut mungkin menambahkan risiko arthritis:
  • Peningkatan usia.
  • Badan terlalu gemuk: bagi penyakit osteoarthritis lutut.
  • Jika ada ahli keluarga yang mengidap peyakit arthritis: terutama sekali bagi osteoarthritis keseluruhan, gout ‘familial’.
  • Sendi yang terlebih fleksibel (‘hypermobile joints’).
  • Kecederaan berat contoh bersukan.
  • Mencangkung bagi osteoarthritis lutut.
  • Pekerjaan: Osteoarthritis lutut bagi pekeja buruh dan Osteoarthritis punggung bagi peladang.

Rawatan Arthritis
  • Boleh di ubati secara ubatan dan bukan ubatan untuk melegakan dan memulihkan fungsi sendi.
  • Di sesetengah kes, pembedahan diperlukan.

Penyakit Arthritis secara amnya dirawat dengan ubat DMARD (disease modifying anti-rheumatic drug), steroid dan NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs).

Ubat-ubat DMARD lama adalah methotrexate, sulfasalazine, hydroxychloroquine dan leflunomide.

Ubat steroid dan NSAID tidak elok digunakan untuk jangka masa yang panjang disebabkan mempunyai banyak kesan sampingan.

Steroid mengakibatkan kencing manis, osteoporosis dan darah tinggi. NSAID boleh merosakkan buah pinggang dan menyebabkan radang perut.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa ubat termaju dan amat berkesan dalam merawat penyakit sendi digelar "advanced therapies", merujuk kepada ubat biologik (dalam bentuk suntikan) dan ubat penghalang janus kinase.

Ubat-ubat baru ini walaupun mahal, ia dapat mengawal radang sendi dengan efektif dan menghalang kerosakan dan kacacatan sendi.

Kini, terdapat banyak pilihan ubat "advanced therapies" untuk memenuhi keperluan pesakit yang berbeza antara satu sama lain. Penyakit Arthritis lebih mudah dirawat pada peringkat awal.

Langkah-langkah menjaga kesihatan sendi:
  • Penghidap arthritis harus peka tentang penyakit mereka dan menambah pengetahuan mengenai penyakit tersebut.
  • Kurangkan berat badan.
  • Senaman sendi.
  • Menjalani program senaman yang membolehkan sendi bergerak dengan lebih lancar dan otot menjadi lebih kuat.
  • Selain dari senaman sendi, anda juga harus bersenam untuk kesihatan am contohnya berjalan, berbasikal atau berenang.

Perlindungan Sendi:
  • Anda harus melindungi sendi anda dari kerosakan selanjutnya.
  • Elakkan aktiviti yang menambahkan tekanan pada sendi.
  • Guna alat pembantu untuk mengurangkan tekanan pada sendi contohnya penarik zip dan alat bantu bagi bangun dari kerusi, tandas dan katil.
  • Bagi osteoathritis lutut, elakkan mencangkung dan duduk di atas lantai.
  • Apabila duduk di atas kerusi, pastikan kerusi itu di paras lutut dan tidak terlalu rendah. Gunakan kerusi yang ada pemegang tangan untuk membantu anda bangun dari kerusi.
  • Guna kasut yang boleh menyerap hentakan.

Penahan Sakit

Rawatan haba boleh melegakan sakit contohnya pek panas tetapi ini tidak boleh digunakan semasa sendi sedang mengalami radang.

Ubat-ubatan boleh diberi untuk disapu atau dimakan:
  • Ubat sapu contoh salicylate.
  • Penahan sakit contoh paracetamol.
  • Ubat anti- radang kerap diberi bagi meredakan sakit dan keradangan contoh bagi penyakit arthritis rheumatoid dan osteoarthritis.
  • Bagi kes yang teruk, ubat boleh disuntik terus ke sendi yang sakit.
  • Bagi arthritis rheumatoid, ubat-ubatan yang dipanggil ubat pengubah penyakit (’disease-modifying anti-rheumatic drugs) juga diberi awal untuk mengelakkan kecacatan.

Menangani Tekanan
  • Sakit sendi selalunya menyebabkan kekejangan otot dan tanda-tanda lain tekanan. Tekanan juga menentukan tahap kesakitan seseorang itu.
  • Kerap rehat dan bertenang boleh membantu.
  • Mengubah aktiviti anda untuk menyesuaikan diri dengan waktu sakit.
  • Seimbangkan rehat dan aktiviti.

Pembedahan

Jika rawatan perubatan gagal dan sakit berterusan, pembedahan adalah salah satu jalan penyelesaian.
Pembedahan yang sering dilakukan ialah pembedahan gantian sendi.

Pencegahan
  • Kurangkan berat badan bagi mengurangkan tekanan pada sendi.
  • Kerap bersenam kerana ia dapat membantu melancarkan pengaliran darah, memastikan tulang dan otot kita kuat. Ia juga membantu pergerakan sendi.
  • Seimbangkan rehat dan senaman dan elakkan dari menggagahkan diri untuk bersenam jika anda megalami kesakitan.
  • Makan makanan yang seimbang untuk mempunyai berat badan yang unggul dan mempunyai cukup zat.
  • Elakkan dari makan makanan yang kaya dengan purin contohnya makanan laut, daging jika anda mengidap gout.
  • Pelihara sendi anda, kurangkan tekanan pada sendi, gunakan mekanisma badan dan postur yang betul.
  • Ambil berat tentang kesakitan dan rehat jika penat.

Bagaimana ubat alternatif Arthritis selamat?

Berhati-hati dalam penggunaan ubatan alternatif kerana kandungan bahan aktif jarang diketahui. Mungkin ada interaksi dengan ubat-ubatan lain yang diambil dan ubatan alternatif. Ianya juga mungkin dicampur dengan bahan-bahan lain.

Masalah Pesakit Arthritis

Individu yang menghidap penyakit arthritis akan berdepan dengan pelbagai masalah dan antara masalah utama yang akan dihadapi pesakit adalah:

Masalah kesakitan yang berpanjangan

Penyakit arthritis akan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang berpanjangan serta memerlukan rawatan yang berterusan.

Masalah tekanan emosi dan kemerosotan kualiti hidup

Kesakitan berpanjangan yang dialami pesakit akan menyebabkan tekanan emosi dan ianya bakal mengubah rutin kehidupan harian pesakit. Keadaan ini secara langsung akan memberi kesan kepada kualiti kehidupan pesakit.

Masalah ekonomi

Kebanyakan pesakit arthritis terpaksa berhenti kerja kerana masalah kesakitan yang dialami serta pesakit juga perlu menjalani rawatan yang berpanjangan.

Kos menjalani rawatan

Pesakit akan berhadapan dengan masalah kewangan untuk membiayai kos rawatan. Antara kos yang terlibat seperti kos impaln, ubat-ubatan, pengangkutan untuk menjalani rawatan susulan, caj hospital, kos peralatan sokongan dan lain-lain lagi.

Sumber Bantuan Pesakit Arthritis

Sebagai usaha membantu pesakit, Pegawai Kerja Sosial Perubatan perlu mengetahui sumber-sumber bantuan yang ada di dalam komuniti dan antara sumber-sumber bantuan tersebut adalah:

Agensi Kerajaan:
  • Tabung Bantuan Perubatan (TBP).
  • Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Baitulmal.
  • Pusat Zakat.

Agensi Bukan Kerajaan:
  • Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM).
  • Sukarelawan.
  • Arthritis Foundation Malaysia.
  • Sumber-sumber pemberi bantuan lain.

Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Pesakit Arthritis:
  • Teh dan kopi yang kuat.
  • Daging.
  • Alkohol.
  • Coklat.
  • Garam.

Makanan Yang Sesuai Dimakan Pesakit Arthritis:
  • Ikan.
  • Minyak biji rami.
  • Sayuran oren dan buah-buahan kaya dengan antioksidan.
  • Almond.
  • Kacang hitam.

*Dilarang makan sayur terung, kentang, tomato dan lada.

Bersikap positif
  • Amalkan cara hidup sihat dan sentiasa bersikap positif.
  • Walaupun arthritis adalah sebab utama kecacatan bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas, ianya boleh dirawat dan anda boleh mengambil langkah untuk mengurangkan risiko mendapat arthritis.
  • Hidup sejahtera dan bahagikan tugas anda mengikut kepentingannya.
  • Menjadi ahli persatuan seperti Arthritis Foundation Malaysia dan Persatuan SLE Malaysia juga boleh membantu.
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2