Tuesday, May 02, 2017

Khasiat Dan Kebaikan Buah Tembikai Menyembuhkan Pelbagai Jenis Penyakit

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain sangat bernilai tinggi dalam perubatan.

Tembikai

Tembikai juga dikenali sebagai Citrullus vulgaris, amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Ibnu Abbas berkata, "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan. Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan membersihkan kulit."

Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda, "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."

Rasulullah SAW berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda, "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini."

Kemudian bangun Sayidina Ali bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan. Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.

Baginda bersabda, "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."

Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan buah tembikai. Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.

Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.

Tembikai juga sangat baik dimakan oleh pesakit yang menghidap Anemia kerana tembikai boleh membantu menambah sel darah merah.

Jus tembikai juga boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.

Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cara Mudah Menanam Tembikai Di Halaman, Tidak Perlu Kebun Berekar

sumber: virtualfriends

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Tembikai klu dimakan sejuk waktu panas2 mmg heaven... best :)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon