Monday, January 08, 2018

Kekurangan Nutrisi Bermula Pada Usia 40an Dan Kesan Buruknya Yang Anda Wajib Tahu


Kekurangan nutrien merupakan antara faktor utama mengapa golongan berusia 40 dan ke atas mengalami pelbagai perubahan fisiologi yang boleh menyebabkan penurunan kualiti kesihatan dan kehidupan.

Kekurangan Nutrisi Bermula Pada Usia 40an

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kekurangan nutrisi boleh dicegah dengan amalan pemakanan secara sihat dan mengambil penokok diet tertentu jika perlu.

Artikel ini akan menerangkan bagaimana keperluan nutrisi berubah dengan peningkatan usia (penuaan) termasuk kaedah untuk mengatasinya.

Penuaan terutama pada golongan separuh umur ke atas dikaitkan dengan pelbagai perubahan pada tubuh termasuk kehilangan otot (semakin berkurangan), kulit semakin nipis dan kekurangan asid perut.

Beberapa kajian misalnya telah menganggarkan bahawa 20 peratus golongan tua mengalami atrophic gastritis iaitu keradangan kronik yang berlaku dalam perut dan merosakkan sel-sel yang berfungsi membina asid perut.

Gastritis dikenali oleh orang ramai sebagai gastrik.

Paras asid perut rendah menyebabkan penyerapan pelbagai nutrien terganggu termasuk vitamin B12, kalsium, zat besi dan magnesium.

Cabaran tipikal lain yang dihadapi ketika mengalami penuaan ialah kurang mengambil makanan berkalori berpunca daripada mengurangkan makanan yang dikatakan menimbulkan dilema nutrisi.

Sebenarnya, golongan tua memerlukan nutrien yang mencukupi di sebalik meneruskan amalan mengurangkan makan makanan berkalori.

Makanan penuh

Mengambil pelbagai makanan terdiri daripada makanan penuh (whole foods) di samping mengambil penokok diet (dietary supplements) jika didapati perlu dikatakan dapat membantu anda memenuhi keperluan nutrien ketika mengalami penuaan.

Masalah lain yang biasa dialami ketika mengalami penuaan ialah keupayaan tubuh untuk mengenalpasti rasa lapar dan dahaga berkurangan.

Fenomena ini menyebabkan ramai golongan separuh umur ke atas mudah mengalami dehidrasi (kekurangan air) dan kehilangan berat badan drastik.

Apabila usia semakin meningkat kesan yang dialami menjadi bertambah buruk.

Berdasarkan ilmu nutrisi, keperluan kalori harian seseorang bergantung kepada tinggi, berat, jisim otot, paras aktiviti dan beberapa faktor lain.

Kurang bergerak dan aktiviti fizikal rendah dan kekurangan otot menyebabkan golongan tua hanya memerlukan kalori yang lebih rendah berbanding ketika usia muda untuk mempertahankan berat badan yang sesuai.

Jika anda masih mengambil kalori yang serupa setiap hari serupa seperti ketika usia muda maka anda berpotensi mengalami lemak berlebihan terutama di kawasan abdomen.

Kajian mendapati fenomena tersebut benar terutama pada wanita pasca menopos. Kekurangan paras estrogen pada tempoh tersebut menyebabkan pengumpulan lemak di bahagian abdomen berlaku.

Sungguhpun mereka memerlukan kalori yang lebih rendah namun daripada satu sisi mereka memerlukan beberapa jenis nutrien pada paras lebih tinggi berbanding golongan berusia muda.

Jadi golongan tua harus makan pelbagai jenis makanan penuh seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, susu, produk tenusu, telur, ayam dan daging.

Makanan tersebut dikatakan dapat membantu mencegah kekurangan nutrien di samping tidak menambah ukur lilit pinggang.

Makanan tersebut menyumbang pelbagai nutrien termasuk nutrien penting ketika mengalami penuaan iaitu protein, vitamin D, kalsium dan vitamin B12.

Punca

Terdapat pelbagai punca mengapa golongan tua kurang makan. Salah satu puncanya ialah kurang, hilang selera makan yang juga boleh disebabkan oleh pelbagai punca misalnya kesunyian dan stres kronik.

Selain itu, nutrien tidak seimbang, kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran dan mengambil ubat-ubatan moden secara tegar juga dipercayai sebagai punca.

Daripada perspektif perubatan alternatif kesemua punca tersebut boleh menyebabkan kesesakan hati (congested liver).

Fenomena ini dipercayai antara lain akan menyebabkan selera makan berkurangan, sakit kepala, lesu, sembelit dan sengal tubuh.

Selain mengurus stres dengan bijak (jika punca kesesakan hati ialah stres), kaedah untuk meredakan kesesakan hati ialah mengambil makanan atau suplemen yang membantu melancarkan pembinaan dan pengeluaran cecair hempedu.

Punca lain ialah sesetengah orang tua memang sengaja mengehadkan makan samada memang dijadikan kebiasaan sejak muda atau mula melakukannya ketika usia tua dengan alasan tertentu.

Sesetengahnya mungkin percaya bahawa makan melebihi had tertentu akan mudah menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai penyakit.

Kerosakan oksidatif

Memang benar apabila dikatakan makanan berlebihan yang dijadikan amalan jangka panjang boleh menyebabkan kerosakan oksidatif – kerosakan komponen sel berpunca daripada paras radikal bebas tinggi yang tidak dapat dikawal dengan sempurna oleh paras antioksidan yang tidak mencukupi (stres soksidatif).

Ia juga akan merosakkan kolagen yang dibina daripada protein yang menjadi gam antara sel-sel dan diperlukan sebagai matriks tulang - kolagen merupakan 90 peratus komponen organik, bantu menguatkan tulang.

Membran dan komponen mitokondria rosak akibat serangan radikal bebas misalnya dipercayai menyebabkan seseorang mengalami kelesuan kerana pemjanaan tenaga terganggu.

Kerosakan dinding dalam arteri jantung pula mengakibatkan pembentukan plak aterosklerosis.

Kerosakan sel-sel hati yang tidak diatasi boleh menyebabkan hepatitis dan hati gagal berfungsi. Radikal bebas tidak terkawal juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Hilang selera makan pada golongan separuh umur akan lambat laun menimbulkan masalah kesihatan. Jika tidak diatasi ia akan menyebabkan kehilangan berat badan dan kekurangan nutrien.

Kajian menunjukkan kurang selera makan dikaitkan dengan kemerosotan tahap kesihatan serta terdedah kepada risiko kematian yang lebih tinggi.

Kaedah mudah berdasarkan perpekstif perubatan alternatif bagi mengatasi kurang selera makan akan dicadangkan dalam artikel sambungan yang akan disiarkan minggu hadapan.

Sebab itulah mengapa protein, fiber, kalsium, vitamin D, vitamin B12 di samping beberapa nutrien lain harus dititikberatkan oleh golongan separuh umur dan ke atas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon