Sunday, July 29, 2018

Yarsagumba Herba Paling Mahal Di Dunia!

Yarsagumba Herba Paling Mahal Di Dunia!

Dolpa, sebuah daerah terpencil di barat Nepal dengan lembah-lembah yang curam tinggi dan beriklim kering merupakan salah satu daerah terkemuka bagi herba terkenal, Yarsagumba.

Yarsagumba Herba Yang Lebih Mahal Daripada Emas!

Setiap tahun pada bulan Mei dan Jun, ribuan penduduk akan datang ke Dolpa untuk menuai Yarsagumba.

Bagi keadaan yang lebih ekstrem, banyak sekolah di pedalaman Nepal lengang dan sesi persekolahan terpaksa dihentikan selepas para penduduknya keluar untuk menuai Yarsagumba.

Apa sebenarnya Yarsagumba?

Yarsagumba merupakan herba luar biasa yang tumbuh di padang rumput pada ketinggian melebihi 3,500 meter dari aras laut di kawasan pergunungan Himalaya iaitu di negara Nepal, Tibet, Bhutan dan India.

Sebelum musim hujan bermula, spora dari cendawan cordyceps menjangkiti kepala ulat beluncas yang tinggal di bawah tanah.

Kemudian secara beransur-ansur spora kulat itu akan tumbuh dalam badan ulat beluncas tersebut lalu membunuhnya dan ianya tumbuh sebagai herba yang dinamakan Yarsagumba.

Penduduk tempatan percaya Yarsagumba adalah ubat ajaib yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit bermula asma sehinggalah kanser.

Namun, salah satu khasiat Yarsagumba yang paling menonjol ialah ia dijadikan sebagai ubat kuat lelaki. Maka tidak hairanlah mengapa herba ini digelar viagra Himalaya.

Difahamkan, Yarsagumba mendapat permintaan tinggi di China dan negara Asia lain. Harganya boleh mencecah puluhan ribu ringgit untuk berat hanya beberapa gram.

Malah, tidak keterlaluan harga Yarsagumba lebih mahal daripada emas.

Menurut Karma Lama, penjual Yarsagumba, harga bagi satu kilogram Yarsagumba boleh mencecah sehingga AS$100,000 (RM406,014) di pasaran antarabangsa seperti di China, Korea Selatan, Thailand, Jepun, England dan Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Saturday, July 28, 2018

Saintis Berjaya Temui Tasik Bawah Tanah Di Marikh?

Saintis Berjaya Temui Tasik Bawah Tanah Di Marikh?

Para saintis berkata mereka telah berjaya menemui sesuatu yang kelihatan seperti sebuah tasik bawah tanah di Marikh, menandakan kali pertama air dijumpai di planet itu, lapor Agensi Maklumat Macedonia (MIA).

Saintis Berjaya Temui Tasik Bawah Tanah Di Marikh?
Imej yang dilakar oleh artis dari kapal angkasa Mars Express. -AP

Penemuan yang dilaporkan itu menimbulkan kemungkinan bahawa terdapat hidupan di planet tersebut.

Scott Hubbard, seorang profesor di Universiti Stanford yang juga pengarah program pertama Marikh NASA (Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika) pada tahun 2000, menyifatkan penemuan itu sebagai "begitu mengujakan," lapor Associated Press (AP).

Kajian itu, yang disiarkan dalam jurnal Sains, adalah berdasarkan isyarat radar selama tiga tahun dari kapal angkasa Mars Express milik Agensi Angkasa Lepas Eropah.

Data kajian mencadangkan kawasan takungan tasik garam seluas 12 batu di bawah ais itu terletak di kutub selatan planet tersebut.

Para penyelidik menghabiskan masa dua tahun meneliti data itu bagi memastikan bahawa apa yang mereka kesan adalah air dan bukan ais atau sesuatu yang lain, lapor AP.

Kirsten Siebach, seorang penyelidik dari Universiti Rice yang tidak mengambil bahagian dalam kajian itu, memberitahu AP bahawa cuaca yang sejuk dan kemasinan melampau bukanlah keadaan yang ideal untuk hidupan, namun mikrob mampu menyesuaikan diri dalam situasi yang sama di Bumi.

Pada 4 Mei, NASA telah melancarkan kenderaan pertamanya ke Marikh iaitu sebuah pesawat tanpa pemandu dinamakan InSight, yang akan meneroka planet merah itu dan menggerudi permukaannya.

Ia dijangka tiba di planet itu pada November 2018.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Saturday, July 21, 2018

Penyelam Temui Bangkai Kapal Bawa Jongkong Emas Bernilai AS$133 Bilion

Penyelam Temui Bangkai Kapal Bawa Jongkong Emas Bernilai AS$133 Bilion

Sekumpulan penyelam menemui bangkai kapal perang Rusia, Dmitrii Donskoi yang tenggelam bersama 5,500 kotak jongkong emas dan syiling pada 1905 di perairan kepulauan Ulleungdo, Korea Selatan.

Penyelam Temui Bangkai Kapal Bawa Jongkong Emas Bernilai AS$133 Bilion

Keseluruhan harta karun yang dibawa dalam kapal berkenaan dianggarkan bernilai AS$133 bilion.

Bangkai kapal yang rosak teruk itu dikesan di kedalaman 434 meter, kira-kira 1.3 kilometer dari Ulleungdo pada Ahad pagi.

Syarikat berpangkalan di Korea, Kumpulan Shinil telah beberapa tahun cuba mengesan kedudukan kapal itu bersama pakar dari Korea Selatan, China, Britain dan Kanada.

Operasi kali ini akhirnya berjaya mengesahkan bangkai itu adalah kapal yang dibina di St Petersburg dengan beratnya mencecah 5,800 tan.

Dmitrii Donskoi yang beroperasi di Laut Mediteranian tenggelam selepas bertembung dengan kapal Jepun.

Dalam kejadian itu, antara 60 hingga 591 kru kapal itu terkorban, manakala 120 yang lain cedera, sebelum Kapten Lebedev mengarahkan ia berlabuh di Ulleungdo.

Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan mereka diserang Jepun dan sejumlah besar kru telah ditawan, manakala Lebedev pula maut akibat mengalami kecederaan teruk.

Susulan penemuan itu, syarikat berkenaan sedang merancang untuk mengapungkan kapal berkenaan pada Oktober atau November ini.

"Malahan pihak kami juga mencapai kata sepakat dengan kerajaan Rusia untuk berkongsi harta karun yang ditemui dalam kapal itu kelak," kata syarikat itu.

Selain itu, 10 peratus daripada nilai barangan yang ditemui akan digunakan untuk projek pelancongan di Ulleungdo termasuk membina muzium sempena kapal dan kru yang terkorban.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Monday, July 09, 2018

Kronologi 13 Mangsa Pasukan Bola Sepak Thailand Yang Terperangkap Dalam Gua

Kronologi 13 Mangsa Pasukan Bola Sepak Thailand Yang Terperangkap Dalam Gua

Setelah sembilan hari pencarian, 12 remaja dan seorang jurulatih bola sepak yang terperangkap dalam gua akibat hujan lebat di Thailand akhirnya berjaya ditemui.

Kronologi 12 Remaja Dan Jurulatih Bola Sepak Thailand Yang Terperangkap Dalam Gua

Pasukan penyelamat gabungan Tentera Laut Thailand, Polis Federal Australia (AFP), 11 pakar penyelamat China, 32 tentera Amerika Syarikat, tiga penyelam dan seorang pakar gua dari Britain, juga pasukan penyelamat dari Myanmar dan Laos, berjaya menemui mereka di dalam Gua Tham Luang Nang Non, Thailand Utara, pada Isnin (2/7).

Kejadian ini berlaku apabila 12 remaja, ahli pasukan bola sepak Wild Boars dan jurulatih mereka memasuki Gua Tham Luang Nang Non, di Utara Thailand pada 23 Jun lalu.

Gua tersebut merupakan tempat yang sering dikunjungi pelancong, namun hanya boleh dimasuki sejauh satu kilometer.

Kerana alasan yang tidak diketahui, kanak-kanak ini dan jurulatih tersebut memberanikan diri untuk masuk lebih dalam ke gua tersebut dan mengabaikan papan tanda yang melarang pelancong untuk tidak masuk lebih jauh ketika musim hujan, yang biasanya bermula pada Julai.

Seorang penjaga taman nasional itu kemudiannya melaporkan kepada pihak berkuasa selepas menemui peralatan kanak-kanak tersebut dan jurulatihnya selepas taman tutup. CI

BERIKUT ADALAH KRONOLOGI 13 MANGSA YANG TERPERANGKAP DALAM GUA DI THAILAND:

23 Jun: 12 remaja dan seorang jurulatih memasuki Gua Tham Luang di Chiang Rai.

24 Jun: Pihak berkuasa menemui kesan tapak tangan dan tapak kaki.

25 Jun: Pencarian di gua dimulakan. Tentera Laut Thailand membuat kenyataan di Facebook bahawa mereka menemui jejak 12 remaja di dinding gua, namun masih belum menemui mereka.

Air yang membanjiri gua menyebabkan pasukan bola sepak tersebut terperangkap.

26 Jun: Tentera Laut Thailand memasang kem di sekitar gua dan terus melakukan pencarian. Dua hari kemudian, mereka menghentikan pencarian kerana hujan lebat dan operasi menyelamat terlalu berbahaya.

27 Jun: Tiga pakar penyelam British memasuki gua namun terpaksa berpatah balik akibat banjir.

28 Jun:  Pasukan dari China tiba di lokasi. Perdana Mentri Thailand, Prayut Chan-o-cha turut hadir ke lokasi pencarian di gua.

29 Jun: Pasukan dari Australia bergabung dengan penyelamat antarabangsa melakukan pencarian.

30 Jun: Penyelam berjaya melepasi air banjir di dalam gua, namun masih jauh dari lokasi kesemua mangsa.

1 Julai: Penyelam tiba di kawasan lebih dalam di dalam gua

2 Julai: Pasukan penyelamat berjaya menemui lokasi kedua belas kanak-kanak tersebut dan jurulatihnya.

Khabar yang disambut gembira semua orang, kerana semua remaja dan pelatihnya selamat.

Tentera Laut Thailand juga telah berkongsi video ketika ketika pasukan penyelamat menemui mereka.

"Ada berapa orang semua?" kata penyelamat tersebut.

"13 orang" jawab kanak-kanak tersebut.

"13 orang, bagus! Kami akan menyelamatkan kamu, ramai orang yang datang untuk menyelamatkan kamu."

"Sekarang hari apa?" tanya kanak-kanak tersebut.

"Isnin, kamu sudah terperangkap disini selama 10 hari, kamu semua benar-benar kuat, kami akan menyelamatkan kamu," jawab penyelamat tersebut.

Walaupun dengan penemuan tersebut, pasukan penyelamat masih belum dapat mengeluarkan 12 remaja tersebut dan julatihnya dari gua.

3 Julai: Bekalan makanan dan ubat-ubatan diberi kepada kesemua mangsa.

4 Julai: Mangsa diajar menggunakan topeng menyelam dan alat pernafasan.

5 Julai: Pihak berkuasa berdepan cabaran menyelamat lebih sukar.

6 Julai: Seorang penyelam lemas ketika operasi menyelamat.

7 Julai: Lebih 100 cerobong digerudi dari permukaan gua dalam usaha menyelamat.

DIAJAR BERENANG

Kronologi 12 Remaja Dan Jurulatih Bola Sepak Thailand Yang Terperangkap Dalam Gua

Laluan gua yang sempit dan dibanjiri air serta dipenuhi lengkok berbahaya, dengan hampir tiada jarak penglihatan adalah cabaran terbesar pasukan penyelamat bagi mengeluarkan kesemua 13 mangsa.

Operasi mengepam air keluar dari gua Tham Luang Nang Non dilakukan selama 24 jam namun ia menemui kesukaran berikutan hujan lebat berterusan.

Faktor waktu yang semakin menekan membuatkan penyelamat terpaksa mengajar kesemua mangsa bagaimana bernafas dengan peralatan menyelam dalam usaha untuk keluar dari gua.

Bagaimanapun, pakar penyelam memberi amaran, misi itu amat berbahaya, kerana tiada seorang pun remaja berkenaan boleh berenang atau pernah menggunakan peralatan menyelam dan laluan sempit gua amat berbahaya walaupun buat penyelam berpengalaman.

Ini terutamanya, laluan sempit yang dinaiki air setinggi 750 meter, di mana penyelam gua berpengalaman mengambil masa sekitar tiga jam untuk mengemudinya.

DIJEMPUT KE FINAL PIALA DUNIA

Lawatan ke Moscow untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia Fifa 2018 sedang menanti 12 pemain remaja dan jurulatih ini, jika mereka berjaya keluar dengan selamat dan berada dalam keadaan sihat untuk melakukan perjalanan.

Jemputan itu disampaikan oleh Presiden Fifa, Gianni Infantino melalui surat kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Jeneral Somyot Poonpanmoung.

Salinan surat itu disiarkan dalam Facebook FAT.

“Kami berharap, mereka dapat disatukan semula dengan keluarga masing-masing pada hari-hari yang akan datang dan tahap kesihatan mereka membolehkan mereka melakukan perjalanan, FIFA gembira untuk menjemput mereka sebagai tetamu kami untuk menyaksikan final Piala Dunia 2018 di Moscow,” demikian menurut Infantino dalam surat tersebut.

PENGUMPUL SARANG BURUNG BANTU MISI MENYELAMAT

Sekumpulan pengumpul sarang burung dari selatan Thailand menggunakan kepakaran memanjat mereka bagi mencari bukaan gua yang boleh dimasuki pasukan penyelamat untuk sampai kepada kesemua 13 mangsa yang terperangkap.

Mereka terdiri daripada lapan lelaki Muslim Thai berusia antara 20-an ke 50-an dari Pulau Libong di wilayah Trang, menjadikan sarang burung sebagai mata pencarian, kerja harian mereka termasuklah memanjat tebing curam dan meneroka gua.

"Seorang ahli kami menyaksikan misi menyelamat menerusi televisyen dan berfikir bagaimana kami dapat membantu?" kata ketua kumpulan terbabit, Abdulrawheep Khunraksa.

"Kami terfikir untuk menggunakan kemahiran kami bagi membantu operasi," katanya.

Dengan hanya berbekalkan tali, sarung tangan dan ilmu selok belok memanjat gunung, beberapa ahli kumpulan pengumpul sarang burung berkenaan memulakan pendakian curam bagi mencari jalan alternatif memasuki gua Tham Laung.

MENCARI LALUAN RAHSIA

Sementara itu, pasukan menyelamat juga sedang mencari jika terdapat cerobong atau lubang yang boleh dimasuki berbanding cuba membawa mangsa keluar menggunakan laluan air.

Walau bagaimanapun, pilihan paling selamat adalah mengeringkan air dalam gua bagi membolehkan mangsa merangkak sepanjang empat kilometer untuk keluar, namun, menurut pihak berkuasa, pilihan paling realistik adalah mengajar kanak-kanak itu menyelam berikutan ramalan hujan dan ribut yang bakal melanda.

Kesemua mangsa terpaksa berada lebih lama di dalam gua ketika pasukan penyelamat mempertimbangkan pelbagai pilihan bagi mengeluarkan mereka dengan selamat, satu proses yang mungkin mengambil masa beberapa minggu atau bulan.

PENYELAM MENINGGAL DUNIA KETIKA MENYELAMAT

Usaha menyelamat dan mengeluarkan 12 remaja lelaki bersama seorang jurulatih bola sepak di Thailand kini semakin mencabar selepas operasi itu dikejutkan dengan berita kematian seorang penyelam yang menyertai misi tersebut.

Bekas penyelam tentera laut berusia lingkungan 30-an, Saman Kunam dilaporkan meninggal dunia ketika dia dalam perjalanan keluar dari gua Tham Luang di wilayah Chiang Rai selepas mangsa menghantar tangki oksigen pada jam 2 pagi (waktu tempatan).

Saman pengsan selepas menempatkan tangki oksigen tersebut.

Rakan penyelam lain cuba menyelamatkannya, namun gagal. Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Secara keseluruhan, pasukan penyelam perlu menyelam kira-kira 12 jam dan setiap penyelam perlu membawa bekalan kira-kira tiga tangki oksigen untuk sampai ke lokasi mangsa.

EMPAT MANGSA BERJAYA DIKELUARKAN

Empat mangsa remaja yang terperangkap dalam gua Tham Luang di Chiang Rai, telah berjaya dikeluarkan pada Ahad dan disahkan oleh Narongsak Osottanakorn, bekas gabenor Chiang Rai yang juga merupakan ketua misi menyelamat operasi tersebut.

Menurut beliau, mangsa pertama yang dikeluarkan merupakan yang paling lemah antara 12 remaja yang terperangkap bersama jurulatih pasukan bola sepak mereka sejak 23 Jun lalu.

Misi SAR juga terpaksa ditangguhkan kerana pasukan penyelamat memerlukan sekurang-kurangnya 10 jam untuk membuat persiapan bagi operasi seterusnya.
Sebelum ini, media melaporkan enam mangsa berjaya dikeluarkan tetapi Narongsak mengesahkan hanya empat yang selamat dibawa keluar setakat ini.

Terdahulu, dua mangsa pertama dilaporkan dikeluarkan sekitar jam 6 petang waktu tempatan (7 petang waktu Malaysia).

Mangsa ketiga dilaporkan keluar dari gua tersebut pada jam 7.15 malam waktu tempatan manakala mangsa keempat dikeluarkan 30 minit kemudian.

'KAPAL SELAM MINI' SIAP DIUJI, SEDIA DIHANTAR

Kronologi 12 Remaja Dan Jurulatih Bola Sepak Thailand Yang Terperangkap Dalam Gua

Elon Musk berkongsi video ‘kapal selam mini’ yang dicadangkan pada Ahad bertujuan sebagai peranti dalam misi menyelamat mangsa yang terperangkap di gua Tham Luang.

Selepas empat mangsa berjaya dikeluarkan, Musk beberapa jam lalu berkongsi video ‘kapal selam’ kecil yang diuji di kolam renang dekat Los Angeles.

'Kapal selam' mini itu turut diuji untuk melalui kawasan yang sempit mengikut keperluannya dalam misi menyelamat mangsa di laluan mencabar di gua berkenaan.

Video berkenaan menunjukkan tiga individu berpakaian skuba sedang menguji ‘kapal selam’ berkenaan.

Tiub berkenaan mempunyai diameter sepanjang 31cm dengan berat ketika kering lebih kurang 40 kilogram, ia mudah untuk dibawa di kawasan separa berair dalam gua berkenaan, dengan rekaan yang tepat agar tidak menyebabkan laluan pada gua berkenaan tersumbat.

Elon Musk turut memberitahu 'kapal selam' mini berkenaan mengambil masa 17 jam untuk tiba di Thailand.

13 MANGSA GUA THAM LUANG BERJAYA DISELAMATKAN

Selepas detik mendebarkan selama 17 hari, kesemua lima mangsa terakhir yang terperangkap di dalam Gua Tham Luang, sejak 23 Jun lalu berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat.

Mangsa terakhir yang merupakan jurulatih pasukan bola sepak itu dibawa keluar kira-kira jam 6.50 petang waktu tempatan.

Ini menjadikan sejumlah 12 pelajar dan seorang jurulatih berjaya diselamatkan sejak operasi bersepadu dilancarkan.

Kelima-lima mangsa itu dilihat dibawa keluar menaiki pengusung dari gua tersebut dan dihantar ke hospital wilayah berdekatan.

JEMPUTAN MANCHESTER UNITED

Sementara itu, pasukan bola sepak England, Kelab Bola Sepak Manchester United atau lebih dikenali di seluruh dunia sebagai "Red Devils" juga berasa lega kerana mangsa terakhir daripada pasukan bola sepak Mu Pa berjaya dibawa keluar dengan selamat dari gua.

Pasukan itu dalam satu kenyataan menerusi laman Twitter juga menyampaikan jemputan kepada 13 pemain remaja itu dan jurulatih mereka ke Stadium Old Trafford.

"Kami ingin menjemput pasukan dari Kelab Bola Sepak Ma Pu dan anggota penyelamat ke Old Trafford pada musim akan datang ini," kata pasukan itu.

Melalui jemputan itu, Manchester United menjadi organisasi bola sepak kedua selepas FIFA yang juga menjemput pasukan itu dan jurulatih mereka menyaksikan Final Piala Dunia 2018 di Stadium Luzhniki di Moscow pada 15 Julai.

TERLEPAS KE PIALA DUNIA

Apabila ditanya sama ada mereka akan dibawa ke Rusia bagi menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia, remaja-remaja tersebut terlalu lemah untuk membuat perjalanan jauh dan hanya boleh menonton di kaca televisyen jika keadaan kesihatan mereka bertambah baik.

Tahniah!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, July 07, 2018

The Birds of America, Buku Ilustrasi Burung Bernilai AS$9.65 Juta!

The Birds of America, Buku Ilustrasi Burung Bernilai AS$9.65 Juta!

Edisi pertama buku tentang spesies burung di Amerika karya John James Audubon, The Birds of America, salah sebuah buku paling berharga dalam sejarah alam semula jadi, telah berjaya dilelong pada harga AS$9.65 juta (RM38.4 juta) dalam sebuah acara lelongan di New York pada Khamis (14/6/2018).

The Birds of America, Buku Ilustrasi Burung Bernilai AS$9.65 Juta!

Acara tersebut dikelolakan oleh firma terkemuka, Christie’s, lapor Reuters.

Buku dari kurun ke-19 itu mengandungi ilustrasi menarik, dengan menghimpunkan lebih daripada 400 lukisan tangan yang memaparkan ilustrasi 1,037 ekor burung.

Ia adalah salah satu daripada 13 set lengkap yang masih tinggal dan dimiliki dalam simpanan persendirian.

Christie's menyifatkan set tersebut sebagai ‘salinan terbaik yang ada dalam simpanan persendirian dan juga merupakan buku berwarna paling halus pernah dihasilkan’.

Salah satu muka surat buku 'Birds of America' yang ditunjukkan kepada media sempena acara lelongan.

Harga jutaan dolar itu dikatakan dibayar oleh seseorang yang tidak mahu dikenali. Ia adalah harga kedua tertinggi pernah dilelong bagi buku berkenaan.

Satu lagi salinan buku itu pernah dijual pada harga AS$10.27 juta (RM40.9 juta) pada 2010.

Buku The Birds of America kali pertama diterbitkan dalam bentuk siri antara tahun 1827 dan 1838, dan sekali gus mendokumentasikan misi Audubon yang meluangkan masa bertahun-tahun mengkaji spesies burung di Amerika Utara.

Audubon yang meninggal dunia pada 27Januari 1851 ialah seorang pakar kaji burung dan juga pelukis Amerika yang menghabiskan hayatnya dengan membuat penyelidikan mengenai pelbagai spesies burung.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Thursday, June 21, 2018

Arnab Ajaib Berwajah Beruang Di Pergunungan China

Arnab Ajaib Berwajah Beruang Di Pergunungan China

Imej tiga ekor ‘arnab ajaib’ yang memiliki muka seakan-akan beruang kecil berjaya dirakam menggunakan kamera infra merah di pergunungan sejuk di barat laut China.

Arnab Ajaib Berwajah Beruang Di Pergunungan China

Ili Pika, salah satu daripada spesies pika terancam yang mendiami pergunungan Tian Shan di Xinjiang hanya berukuran 20.32 sentimeter (sm) panjang daripada kepala hingga ekor dan lebih jarang ditemui berbanding panda.

Populasi mamalia berkenaan merosot hampir 70 peratus semenjak ia ditemui pada tahun 1983 dengan kurang daripada 1,000 ekor tinggal di habitat semula jadi iaitu celahan batu besar pada altitud 2,800 meter (m) hingga 4,000m.

Haiwan berkenaan mempunyai tiga jalur perang pada bahagian dahi dan sekeliling leher menjadikan ia berbeza daripada spesies pika yang lain dan menyebabkan sukarelawan yang menemuinya bersama ahli konservasi, Li Weidong memanggil mamalia itu ‘arnab ajaib’.

Ili Pika atau nama saintifiknya Ochotona iliensis merupakan spesies pika iaitu sejenis haiwan kecil berbulu yang tinggal di Asia, Eropah dan bahagian barat Amerika Utara.

Ili Pika tergolong dalam kumpulan haiwan yang sama seperti kelinci dan arnab, tetapi kelihatan lebih mirip kepada tikus belanda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Puan, Orang Utan Paling Tua Di Dunia Mati Di Zoo Australia

Puan, Orang Utan Paling Tua Di Dunia Mati Di Zoo Australia

Orang utan tertua di dunia yang dikenali sebagai Puan, berusia 62 tahun mati pada Isnin (18/6/2018) di Zoo Perth, Australia Barat, yang dilahirkan pada tahun 1956.

Puan, Orang Utan Paling Tua Di Dunia Mati Di Zoo Australia

Orang Utan Sumatra betina itu terpaksa melaluli proses eutanasia (dimatikan) selepas kesihatannya semakin merosot.

Para pengunjung dan kakitangan berkumpul dalam suasana suram serta memberikan penghormatan kepada penghuni Zoo yang telah menjadi antara tarikan utama sejak sekian lama itu.

"Orang Utan itu banyak menyumbang kepada koloni dan survival spesiesnya," kata penyelia Zoo Perth, Holly Thompson.

Semasa hayatnya, Puan memiliki 11 anak dan 54 keturunannya kini tersebar di seluruh hutan di dunia serta di Sumatera.

Ekoran itu, genetiknya menyumbang kira-kira 10 peratus daripada populasi Orang Utan di dunia.

'100,000 orang utan Borneo terbunuh dalam 16 tahun'

Sementara itu, Orang Utan, maskot pelancongan yang popular di Malaysia sebenarnya merupakan antara spesis haiwan beruk besar yang paling terancam di dunia.

Lebih 100,000 orang utan terbunuh di Borneo, dedah sebuah kajian, lapor BBC.

Agensi berita itu melaporkan para saintis yang menjalankan penyelidikan selama 16 tahun di pulau itu berkata angka itu cukup mengejutkan.

BBC melaporkan penebangan hutan akibat kegiatan pembalakan, kelapa sawit, perlombongan dan kilang kertas menjadi antara faktor utama.

Namun, kajian yang diterbitkan di jurnal Current Biology itu juga mendedahkan haiwan itu turut lenyap dari kawasan yang hutannya masih ada.

Ini menunjukkan sebahagian besar orang utan di kawasan itu telah dibunuh, kata penyelidik utama Maria Voigt dari Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology di Jerman, lapor BBC lagi.

Seorang lagi anggota pasukan penyelidik itu, Prof Serge Wich dari John Moores University, Liverpool UK, memberitahu BBC mereka tidak menjangkakan haiwan itu akan turut pupus di hutan sedia ada.

"Jadi, kajian ini mengesahkan pemburuan antara isu yang besar.

"Apabila haiwan ini berkonflik dengan manusia di celah-celah kawasan ladang, mereka akan kalah. Manusia akan membunuh haiwan ini.

"Ia mengejutkan dan tidak patut. Orang utan mungkin makan buah-buahan peladang tetapi mereka tidak berbahaya," kata Prof Wich, lapor BBC.

Beliau juga mendesak pihak berkuasa di Malaysia dan Indonesia untuk menangani isu pemburuan yang mensasarkan haiwan ini.

Para penyelidik terbabit juga menjangkakan penerokaan kawasan hutan sahaja akan melenyapkan kira-kira 45,000 orang utan bagi tempoh 35 tahun akan datang.

Dr Emma Keller daripada badan pemeliharaan haiwan liar WWF memberitahu BBC pihak pengguna perlu memberi tekanan kepada syarikat-syarikat pengeluar produk agar mendapatkan bekalan daripada perladangan yang mapan.

Emma merujuk kepada sistem pentauliahan yang dikenali sebagai Round Table on Sustainable Palm Oil (RSPO), yang mana piawaiannya sering dikemaskini.

"Matlamat besar sekarang untuk mengharamkan terus penebangan hutan," katanya dipetik BBC.

Larangan minyak sawit EU, lestari alam

Pada 17 Januari lalu, Parlimen Kesatuan Eropah (EU) meluluskan suatu resolusi bahawa hanya minyak sawit yang dihasilkan secara mapan dan lestari alam sahaja yang boleh masuk ke pasaran Eropah.

EU mendakwa kegiatan perladangan kelapa sawit boleh merosakkan alam sekitar.

Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), eksport minyak sawit ke Kesatuan Eropah (EU) dijangka merosot secara berperingkat, walaupun cadangan sekatan ke atas penggunaan minyak sawit dalam campuran biofuel oleh blok politik dan ekonomi itu hanya akan direalisasikan pada 2021.

Manakala itu, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan memohon kepada Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) supaya menjadi suara membantah sekatan import produk minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU) dalam masa terdekat.

Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata bantahan tersebut dilihat wajar dilakukan berikutan resolusi EU itu boleh menjejaskan pendapatan dan ekonomi kira-kira 650,000 anggota koperasi yang juga pekebun kecil kelapa sawit di negara Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mk1 | mk2

Saturday, May 26, 2018

Suami Cerai Isteri Selepas Bernikah 15 Minit Gara-gara Hantaran 100 Ribu!

Suami Cerai Isteri Selepas Bernikah 15 Minit Gara-gara Hantaran 100 Ribu!

Seorang lelaki di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), nekad menceraikan isterinya yang baharu dikahwininya selama 15 minit, selepas lelaki tersebut berasa 'terhina' dengan tuntutan hantaran oleh bapa mertuanya.

Suami Cerai Isteri Selepas Bernikah 15 Minit Gara-gara Hantaran 100 Ribu!
Gambar hiasan.

Ketika kejadian itu, pengantin lelaki tersebut menyerahkan hantaran 50,000 dirham (RM54,160) seperti yang dipersetujui kedua-dua belah pihak dan baki wang tersebut akan diberikan selepas majlis meraikan hari bahagia mereka.

Bagaimanapun, bapa pengantin perempuan tidak sabar dan terus mendesak supaya dia memberikan kesemua wang 100,000 dirham (RM108,320) tersebut.

Lelaki terbabit berasa terhina dengan perbuatan bapa mertuanya dan dia bertindak menceraikan wanita itu di hadapan seluruh keluarga dan rakan mereka.

Sebelum ini, perkahwinan terpendek dalam sejarah Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlangsung selama beberapa saat.

Kejadian pada 2012 itu berlaku apabila pengantin lelaki berang selepas bapa mertuanya meminta supaya anaknya dibenarkan untuk terus bekerja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Friday, May 25, 2018

Ujian Gigi Sahkan Adolf Hitler Meninggal Dunia Pada Tahun 1945

Ujian Gigi Sahkan Adolf Hitler Meninggal Dunia Pada Tahun 1945

Pemimpin Nazi, Adolf Hitler, disahkan meninggal dunia pada 1945 di Berlin kerana mengambil sianida dan ditembak, menurut penyelidik Perancis yang diberikan sebahagian gigi diktator itu yang disimpan di Moscow.

Hitler mati 1945

“Gigi itu asli, tiada keraguan lagi dan kajian kami menunjukkan Hitler meninggal dunia pada 1945.

“Kita boleh menghentikan semua teori konspirasi mengenai Hitler.

"Dia tidak melarikan diri ke Argentina dengan kapal selam, dia tidak berlindung dalam kubu di Antartika atau berada di bulan,” kata Profesor Philippe Charlier.

Kajian, yang dilakukan Charlier bersama-sama empat lagi penyelidik, disiarkan dalam majalah saintifik European Journal of Internal Medicine.

Analisis ke atas gigi Hitler yang buruk dan beberapa gigi palsu menunjukkan kandungan tartar putih dan tiada kesan serat daging kerana diktator itu cuma makan sayur-sayuran.

Pada Mac dan Julai 2017, perkhidmatan rahsia Russia, FSB dan arkib Russia membenarkan sepasukan penyelidik memeriksa tulang diktator itu, buat kali pertama sejak 1946.

Penyelidik Perancis memeriksa serpihan tengkorak yang menunjukkan lubang di sebelah kiri yang kemungkinan disebabkan peluru.

Saintis tidak dibenarkan mengambil contoh serpihan itu.

Jika kajian mengesahkan pandangan yang diterima secara umum bahawa Hitler meninggal dunia pada 30 April 1945, dalam kubunya di Berlin dengan kekasihnya, Eva Braun, ia juga menunjukkan punca sebenar kematian, kata Charlier.

“Kami tidak tahu sama ada dia menggunakan sianida untuk membunuh diri atau disebabkan peluru dalam kepala.

"Kemungkinan kedua-duanya,” kata Charlier lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Thursday, May 24, 2018

Israel Negara Pertama Serang Menggunakan Jet Pejuang F-35

Israel Negara Pertama Serang Menggunakan Jet Pejuang F-35

BAITULMAQDIS – Israel menjadi negara pertama menggunakan jet pejuang kalis radar F-35 buatan Amerika Syarikat (AS) dalam peperangan, kata ketua tentera udara negara itu, Amikam Norkin.

Israel Negara Pertama Serang Menggunakan Jet Pejuang F-35

“Kami menerbangkan F-35 di seluruh rantau Asia Barat dan melancarkan serangan di dua lokasi berbeza,” katanya dipetik media ketika berucap di hadapan ketua tentera udara dari 20 negara yang mengadakan persidangan di Israel.

Norkin juga menayangkan gambar sebuah F-35 milik rejim Israel yang berjaya terbang melintasi Beirut, Lubnan secara haram.

Dibina syarikat Lockheed Martin Corp., pesawat F-35 juga dikenali sebagai Pejuang Serangan Bersama dan di Israel ia dikenali dengan nama dalam bahasa Hebrew ‘Adir’ bermaksud berkuasa.

Israel adalah negara pertama di luar AS yang memiliki F-35.

Pada Disember 2016, Israel menerima dua pesawat pertamanya daripada 50 yang ditempah. Menurut media Israel, sembilan pesawat sudah diterima setakat ini.

Israel sebelum ini memberitahu ia melancarkan beberapa serangan udara di Syria terhadap kemudahan atau penghantaran senjata dari Iran kepada kumpulan Hezbollah di Lubnan.

Tentera udara Israel juga dipercayai melancarkan serangan terhadap kumpulan militan di wilayah Sinai di Mesir dan penyeludup senjata Hamas di Sudan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Tuesday, May 22, 2018

Pengemis Meninggal Dunia Tinggalkan RM4 Juta Dalam Akaun!

Pengemis Meninggal Dunia Tinggalkan RM4 Juta Dalam Akaun!

Seorang pengemis wanita berstatus orang kelainan upaya yang bergantung hidup menerusi sumbangan orang ramai di Lebanon disahkan meninggal dunia sebagai jutawan.

Pengemis Meninggal Dunia Tinggalkan RM4 Juta Dalam Akaun!

Polis tempatan terkejut selepas mendapati Fatima Othman, 52, berjaya mengumpul wang dengan begitu banyak ketika meminta sedekah di kawasan jalan raya sekitar bandar Beirut.

Mayat Fatima ditemui dalam sebuah kereta terbiar di daerah Barbir bersama dua beg mengandung wang tunai AS$3,300 (RM13,100).

Pemeriksaan lanjut menemui satu buku akaun simpanan sebuah bank Fatima mengandungi deposit wang terkumpul sebanyak AS$1.1 juta (RM4.3 juta).

Pengemis Meninggal Dunia Tinggalkan RM4 Juta Dalam Akaun!

Jurucakap polis, Joseph Musallem menyatakan, Fatima meninggal dunia akibat serangan jantung dan tidak disiasat sebagai kes kematian akibat perbuatan jenayah.

Fatima cacat selepas cedera ketika Perang Saudara Lebanon yang menyebabkan tangan dan kakinya kudung, menurut akhbar tempatan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Monday, May 21, 2018

Shivangi Pathak Wanita Termuda Tawan Puncak Gunung Everest

Shivangi Pathak Wanita Termuda Tawan Puncak Gunung Everest

Usianya yang baru saja mencecah 16 tahun membolehkan dirinya melakar sejarah selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia, Gunung Everest.

Shivangi Pathak Wanita Termuda Tawan Puncak Gunung Everest

Semangat yang ada dalam diri Shivangi Pathak ini sememangnya sesuatu yang boleh dibanggakan.

Anak kelahiran Hisar di Haryana yang terletak di utara India ini membuktikan kemampuannya apabila menjejakkan kaki ke Gunung Everest pada petang Khamis.

Kini remaja ini menjadi wanita termuda di dunia yang berjaya menawan puncak itu.

Menurut Pathak, kejayaan warga India, Arunima Sinha untuk mendaki puncak setinggi 8,839 meter memberi inspirasi untuk mencabar dirinya.

Beberapa pendaki dari pelbagai negara seperti Poland dan India serta sherpa masing-masing turut berjaya sampai ke puncak pada hari sama dan ianya diakui Thaneswar Guragai dari Seven Summit Treks.

Arunima Sinha

Shivangi Pathak Wanita Termuda Tawan Puncak Gunung Everest
Arunima Sinha.

Arunima Sinha, warga India yang kudung sebelah kaki muncul sebagai wanita pertama mendaki gunung Everest menggunakan kaki palsu.

Arunima Sinha dari utara Uttar Pradesh, sampai ke puncak gunung berketinggian 8,800 kaki itu bersama sekumpulan pendaki pada tahun 2013 lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Wednesday, May 16, 2018

Baju Besi Pertama 'Iron Man' Bernilai RM1.2 Juta Dicuri!

Baju Besi Pertama 'Iron Man' Bernilai RM1.2 Juta Dicuri!

Kostum watak ‘Iron Man’ berwarna merah dan emas yang dipakai aktor Hollywood, Robert Downey Jr dalam karya asal adiwira itu pada 2008 dilaporkan hilang dalam sebuah kemudahan simpanan, di Movie Prop Storage Pacoima, Los Angeles.

Baju Besi Pertama 'Iron Man' Bernilai RM1.2 Juta Dicuri!

Jurucakap polis Los Angeles, Christopher No ketika memberitahu AFP, pemilik gudang itu percaya kostum itu hilang dari kemudahan simpanan peralatan di Pacoima di utara pusat bandar Los Angeles antara Februari hingga 25 April 2018 lalu.

Insiden itu dianggap luar biasa dan pihak polis amat mengambil berat mengenai kejadian itu namun, setakat ini penyiasat tidak menemui sebarang petunjuk mengenai kes terbabit.

Baju zirah berkenaan dianggarkan bernilai USD325,000 (RM1.28 juta+-) dan tiada rancangan pihak produksi Marvel untuk menjual baju zirah ini kepada oang awam.

Disebabkan baju zirah ini adalah permulaan untuk karya MCU yang lain, ianya mempunyai nilai yang besar kepada para collector terutamanya.

Justeru itu, kemungkinan besar baju ini sedang dijual di pasaran gelap atau pun disimpan di satu lokasi peminat setia Marvel.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, May 07, 2018

Video Pesilat Maut Dalam Pertunjukan Ilmu Kebal

Video Pesilat Maut Dalam Pertunjukan Ilmu Kebal

Satu rakaman video memaparkan seorang pesilat remaja maut akibat digelek lori pikap ketika membuat persembahan dalam satu majlis telah tular di Indonesia.

Video Pesilat Maut Dalam Pertunjukan Ilmu Kebal

Kejadian itu sempat dirakam seorang pengunjung dan rakaman berdurasi 2 minit itu kini tular di media sosial Indonesia dan di Malaysia.

Berdasarkan laporan portal berita negara itu, Tribunnews, mangsa dari sekolah pondok Al Kholil di Berau, Kalimantan, membuat pertunjukan itu bersama lima rakan mereka pada majlis di sekolah berkenaan yang turut dihadiri datuk bandarnya.

Dalam pertunjukan itu, enam pesilat terbabit berbaring sebelum lori pikap menggilis mereka.

Sebaik pertunjukan selesai, empat pesilat segera bangun tetapi dua lagi dikenali sebagai Rangga dan Jodi didapati tidak sedarkan diri.

Dua pesilat itu dikejarkan ke hospital tetapi Rangga disahkan meninggal dunia ketika dirawat manakala Jodi pula dilaporkan cedera parah.

Sementara itu, polis Berau sedang menyiasat kes itu dan sudah mengambil keterangan enam individu termasuk jurulatih silat serta pihak pengurusan sekolah pondok berkenaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:


sumber: mynewshub


Thursday, May 03, 2018

Jasmine, Gadis Yang Menjual Dara Jatuh Cinta Dengan Pembeli!

Jasmine, Gadis Yang Menjual Dara Jatuh Cinta Dengan Pembeli!

Seorang gadis yang menggadai daranya pada harga RM5.4 juta semata-mata kerana mahu melancong dan membuka perniagaan sendiri, mengaku telah jatuh cinta kepada lelaki yang membelinya itu.

Jasmine, Gadis Yang Menjual Dara Jatuh Cinta Dengan Pembeli!

Jasmine, 20, dari Paris, Perancis pada mulanya mahu mengekalkan daranya sehinggalah dia berkahwin namun memutuskan untuk menerima tawaran tersebut kerana ditawarkan wang yang banyak.

Daranya dijual kepada seorang pakar perbankan Wall Street yang sudah berusia tapi bijak dan berjaya dari New York, Amerika Syarikat (AS).

Lelaki itu menewaskan pesaingnya dari Los Angeles, AS dan taikun hartanah dari Munich, Jerman.

Selepas melalui pengalaman seks itu, Jasmine berkata dia tidak menyesal dan kedua-duanya mula berdating serta menjalinkan hubungan romantik.

“Saya gembira kerana telah menjual dara saya dan bertemu dengan pelanggan saya.

"Saya sedikit gementar tapi akhirnya saya sukakan dia.

"Dia seorang yang budiman dan menjaga saya.

“Terlalu awal untuk bercakap mengenai cinta.

"Kami sukakan satu sama lain dan kita lihat sahaja apa yang akan berlaku,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:



sumber: mynewshub

Wednesday, May 02, 2018

Bongkah Batu Jingshan Diiktiraf Gunung Paling Rendah Di Dunia

Bongkah Batu Jingshan Diiktiraf Gunung Paling Rendah Di Dunia

Gunung Jingshan kelihatan tidak ubah seperti seketul batu besar biasa yang terletak di tengah-tengah padang terbiar dan tidak mempunyai apa-apa daya tarikan untuk tatapan pelancong.

Bongkah Batu Jingshan Diiktiraf Gunung Paling Rendah Di Dunia

Bagaimanapun, keunikan dan tarikan yang terdapat pada Gunung Jingshan tersebut adalah kerana ia merupakan satu-satunya objek seperti gunung yang terdapat di Shouguang.

Puncak gunung

Secara tidak langsung, Gunung Jingshan menjadi simbol popular di Shouguang sehingga berjaya menarik pelancong untuk melawatinya.

Menurut sumber masyarakat tempatan, batu besar itu telah wujud sejak ratusan tahun lalu dan tidak pernah dialihkan.

Walaupun bentuk gunung itu dilihat sekadar menyerupai seketul batu besar, namun dikatakan bahawa bahagian atas batu tersebut merupakan puncak gunung yang telah tenggelam ditelan bumi akibat bencana alam yang berlaku beratus-ratus tahun dahulu.

“Bahagian atas batu ini merupakan sebahagian kecil puncak gunung yang telah tenggelam di bawah tanah,” ujar Zheng Binhai, kurator muzium Shouguang Bo.

Ditanya tentang saiz sebenar Gunung Jingshan, Binhai bagaimanapun sukar untuk memberikan jawapan kerana tiada pihak yang pernah menjalankan kajian terperinci untuk membongkar kisah tentang batu tersebut.

Bagaimanapun, Binhai memberitahu, terdapat beberapa pihak pernah cuba untuk menggali batu tersebut untuk merungkai misteri batu itu yang dikatakan sebahagian daripada puncak gunung.

Ketika zaman pemerintahan Mao Zedong, ketua parti Komunis itu juga pernah mengarahkan seseorang untuk ditugaskan menggali batu itu bagi membuktikan bahawa ia sebenarnya bukanlah gunung seperti yang digembar-gemburkan tetapi hanyalah seketul batu bersaiz besar.

Usaha tersebut bagaimanapun dihentikan selepas kerja-kerja menggali dilakukan sedalam beberapa meter kerana tidak menemui apa-apa petunjuk yang menggambarkan batu tersebut adalah bahagian puncak gunung.

Pada tahun 1958, terdapat seorang individu juga cuba menggali batu tersebut bagi membuktikan kewujudan gunung yang didakwa tenggelam ditelan bumi, namun gagal.

Tarikan pelancong

Bongkah Batu Jingshan Diiktiraf Gunung Paling Rendah Di Dunia

Menurut laporan China.org, Gunung Jingshan mempunyai ketinggian mencecah 48 meter dan sebahagian besar struktur gunung tersebut berada di dalam perut bumi.

Namun begitu, batu misteri tersebut tetap dianggap sebagai gunung meskipun ia cuma memiliki ketinggia 0.6 meter dengan panjang 1.24 meter dan lebar 0.7 meter.

Lebih menarik, pendaki yang ingin memanjat gunung tersebut cuma memerlukan satu langkah sahaja untuk sampai ke puncak.

Bagi mengiktiraf keunikan Gunung Jingshan sebagai salah satu tarikan pelancongan, pihak berkuasa Shouguang telah menguatkuasakan larangan untuk melakukan sebarang kerja menggali di sekeliling batu tersebut termasuk larangan untuk membina apa jua struktur berdekatan dengannya.

“Tindakan itu demi untuk menjaga bentuk dan keaslian Gunung Jingshan daripada rosak selepas banyak pihak cuba membuktikan kewujudan gunung itu,” kata Binhai.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan gunung terendah di dunia itu telah tular di media sosial dan menarik perhatian ramai pelancong untuk mengunjunginya.

Bongkah batu setinggi 0.6 meter diiktiraf sebagai gunung paling rendah di dunia selepas didakwa ia sebenarnya sebahagian puncak Gunung Jingshan yang tenggelam ditelan bumi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Sunday, April 29, 2018

Pembunuh Dan Perogol Bersiri 'Golden State' Akhirnya Berjaya Ditangkap Selepas 40 Tahun!

Pembunuh Dan Perogol Bersiri 'Golden State' Akhirnya Berjaya Ditangkap Selepas 40 Tahun!

Seorang bekas anggota polis ditangkap dan didakwa terhadap empat tuduhan pembunuhan yang berkaitan dengan kes pembunuh bersiri 'Golden State', kata pihak berkuasa California dalam siri jenayah membabitkan puluhan kes rogol, pembunuhan di beberapa kawasan di California pada tahun 1970-an dan 1980-an.

Pembunuh Dan Perogol Bersiri 'Golden State' Akhirnya Berjaya Ditangkap Selepas 40 Tahun!

Suspek itu dikenal pasti oleh pihak berkuasa di satu sidang media di Sacramento sebagai Joseph James DeAngelo, 72, dalam satu kes yang menurut polis, akhirnya dapat diselesaikan oleh bukti DNA dua bulan setelah ia dikisahkan dalam buku bestseller "I'll Be Gone in the Dark".

Sheriff County Sacramento Scott Jones berkata buku itu membantu mendedahkan maklumat baru tetapi menambahkan, "tidak ada maklumat yang diambil dari buku itu yang secara langsung membawa kepada penangkapan tersebut."

Biro Penyiasatan Persekutuan sebelum ini mengatakan bahawa lelaki yang diburu dalam kes 40 tahun lalu itu berkaitan dengan 12 pembunuhan, 45 kes rogol dan lebih daripada 120 kes samun di sekitar Sacramento, kawasan Teluk di timur San Francisco dan dua daerah di California Selatan.

Suspek yang juga digelar oleh penyiasat sebagai "East Area Rapist" dan "Original Night Stalker, dianggap sebagai salah satu siri pembunuh yang paling prolifik di negara itu, kata FBI.

"Akhirnya, selepas bertahun-tahun, persoalan mengenai siapa yang melakukan jenayah dahsyat ini telah terjawab," kata Peguam Daerah Orange County Tony Rackauckas kepada wartawan.

DeAngelo tinggal di pinggir bandar Sacramento di Citrus Heights apabila ditangkap.

Dia di bawah pengawasan selama beberapa hari dan kelihatan "terkejut" apabila ditahan ketika dia keluar dari rumahnya, kata Jones.

Jones berkata DeAngelo adalah seorang anggota polis yang bertugas di dua jabatan polis California Utara semasa tahun 1970-an - Exeter dan Auburn.

Menurut Jones, DeAngelo telah dipecat dari pasukan di Auburn pada tahun 1979 selepas dituduh mencuri tukul dan satu tin ubat penghalau anjing di sebuah kedai.

Pihak berkuasa telah lama membuat spekulasi bahawa pembunuh mempunyai latar belakang ketenteraan atau badan penguatkuasaan undang-undang kerana kecekapannya menggunakan senjata api dan keupayaannya mengelak daripada ditangkap untuk begitu lama.

Jones mengakui beberapa jenayah terdahulu telah dilakukan semasa DeAngelo masih anggota polis dan sedang menyiasatnya.

Usaha untuk menangkap pembunuh itu dilakukan semula pada bulan Jun 2016, apabila FBI menawarkan ganjaran $50,000 untuk menangkap suspek, yang merayap masuk ke rumah pasangan pada waktu malam, mengikat dan merogol wanita sebelum membunuh mangsa.

Antara tahun 1976 dan 1978, dia melakukan siri rogol dan pembunuhan di kawasan Sacramento dan kemudian memusatkan serangannya di Teluk Timur sebelum beralih ke Ventura dan daerah Orange di selatan, demikian menurut FBI.

Dia telah didakwa di Sacramento County dengan dua tuduhan membunuh Brian Maggiore dan isterinya, Katie, pada Februari 1978 ketika bersiar-siar bersama anjing di mana mereka diburu dan dibunuh dalam apa yang menjadikannya kes pembunuhan pertama yang dikaitkan dengan siri awal kes rogol di Bay Timur.

Dua lagi tuduhan membunuh telah difailkan di Ventura County.

Kes siri jenayah itu diterokai secara intensif dalam buku, “I’ll Be Gone in the Dark".

Pengarangnya Michelle McNamara meninggal dunia pada tahun 2016, dan buku itu, yang menduduki senarai bestseller New York Times, disiapkan oleh seorang penulis yang diupah oleh suaminya, pelakon-pelawak Patton Oswalt.

Patton Oswalt terkenal di kalangan penonton televisyen sitkom popular CBS, "King of Queens.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Tuesday, April 24, 2018

Misteri Tragedi Kapal Selam HMS Affry

Misteri Tragedi Kapal Selam HMS Affry

Pada pukul 5 petang, 16 April 1951, HMS Affray yang merupakan salah sebuah daripada kapal selam kelas A, Tentera Laut Diraja British memulakan pelayaran dari Haslar Creek, Gosport berhampiran Portsmouth menuju ke perairan Selat Inggeris.

Misteri Tragedi Kapal Selam HMS Affry

Kapal selam berkenaan membawa seramai 75 kru pelbagai pangkat yang diketuai oleh Leftenan John Blackburn, 28, untuk menjalani latihan rutin.

Kira-kira pukul 9 malam, John Blackburn menghantar isyarat kepada pangkalan melaporkan kapal selam itu akan memulakan selaman pada pukul 9.15 malam.

Komander kapal selam berkenaan juga tidak perlu membuat sebarang hubungan dengan pangkalan sehingga keesokan harinya antara pukul 8 pagi hingga 10 pagi.

Bagaimanapun, hingga pukul 10.40 pagi hari berikutnya, tiada sebarang isyarat diterima daripada HMS Affray menyebabkan amaran kehilangan kapal selam itu dikeluarkan dan operasi mencari serta menyelamat di­lancarkan.

Pada pukul 1 petang, pihak tentera laut memaklumkan mengenai kejadian itu kepada keluarga kru, namun kebanyakan mereka telah pun mengetahui mengenai kehilangan kapal selam itu melalui radio.

Kod Morse

Misteri Tragedi Kapal Selam HMS Affry
Krew HMS Affry.

Maru Foster yang merupakan balu kepada Pegawai Pertama, Leftenan Derek Foster memberitahu, dia mengetahui kejadian itu ketika berada di rumahnya di Petersfield, Hampshire bersama anak lelakinya, David yang ketika itu berusia tiga tahun.

“Berita terkini pada masa itu mengatakan salah sebuah kapal selam kami telah hilang dan saya masih jelas mengingatinya.

“Tidak perlu beritahu saya kapal selam mana yang hilang, saya tahu ia adalah HMS Affray,” imbasnya.

Dalam pada itu, kesemua ahli keluarga kru kapal selam terbabit di seluruh negara berdoa agar anak, bapa dan adik-beradik mereka yang berada di dalam kapal itu selamat.

Pada pukul 9.55 malam 18 April, doa mereka seakan-akan dimakbulkan apabila sebuah kapal selam dan kapal melaporkan mendengar bunyi ketukan yang datang dari arah HMS Affray.

Bunyi yang didengari itu pada mulanya dipercayai merupakan mesej kod Morse yang diketuk pada badan kapal selam.

Ketika itu, anak kapal selam itu dijangka dapat hidup selama empat hari sebelum kehabisan oksigen dan pada masa itu masih ada lagi 48 jam bagi menyelamatkan mang­sa.

Bagaimanapun, harapan untuk melihat ada mangsa yang terselamat tidak menjadi kenyataan apabila kapal selam itu masih gagal ditemui pada pukul 7.45 malam, 19 April iaitu 69 jam selepas HMS Affray melakukan selaman terakhir.

Ketukan yang didengari sebelum ini sebenarnya datang daripada bunyi enjin kapal lain yang menyertai kumpulan penyelamat berkenaan.

Bangkai ditemui

Misteri Tragedi Kapal Selam HMS Affry

Setelah operasi mencari dijalankan secara berterusan, kapal selam itu akhirnya berjaya juga ditemui pada 14 Jun 1951, iaitu hampir dua bulan selepas kehilangannya apabila kapal HMS Loch Insh berjaya mengesan HMS Affray pada kedalaman 91 meter kira-kira 27 kilometer di barat laut Pulau Alderney.

Tiada mangsa terselamat dalam kejadian itu dan tidak diketahui mengapa tragedi itu berlaku.

Lembaga penyiasat juga gagal memberi penjelasan yang memuaskan dan misteri karamnya HMS Affray kekal sehingga hari ini.

Bangkai HMS Affray pada mulanya disangka akan dibawa naik dari dasar laut bagi membolehkan pemeriksaan teliti dilakukan untuk mencari punca ia karam selain membolehkan ahli keluarga mengebumikan anak kapal yang terkorban.

Namun, ahli keluarga mangsa kecewa apabila pihak tentera laut mengumumkan bahawa mereka tidak akan mengeluarkan bangkai kapal selam itu dengan memberi alasan kos yang tinggi dan bahaya.

Menurut Joy Cook, balu kepada Laskar Kanan George Cook, tentera laut seolah-olah tidak mahu bangkai kapal selam itu dikeluarkan.

“Adakah terdapat sesuatu yang tidak kena mengenai kapal selam itu sehingga mereka tidak mahu kami tahu?” soalnya.

Lembaga penyiasat yang ditubuhkan kemudian membuat kesimpulan bahawa snort mast iaitu saluran yang digunakan menyedut udara di permukaan laut pada HMS Affray telah pecah menyebabkan air membanjiri kapal selam itu.

Para penyelam mendapati Snort mast itu terpisah daripada badan kapal selam, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia pecah sebelum kapal selam itu tenggelam atau kesan perlanggaran dengan dasar laut.

Tanda tanya mengenai punca sebenar kapal selam British karam 67 tahun lalu masih belum terungkai.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rusia Lancar Kapal Selam Paling Hebat Dan Tercanggih Di Dunia!

sumber: kosmo

Saturday, April 21, 2018

Jepun Cipta Teknologi Kesan Kanser Melalui Air Kencing

Jepun Cipta Teknologi Kesan Kanser Melalui Air Kencing

Syarikat Jepun kini bersiap siaga untuk melaksanakan ujian pertama di dunia bagi mengesan kanser hanya menerusi sampel air kencing.

Hitachi cancer tech

Konglomerat kejuruteraan dan teknologi maklumat Hitachi telah membangunkan kaedah untuk mengesan kanser usus dan payudara melalui sampel air kencing tahun 2016 lalu.

Kaedah itu kini sedia untuk dikaji menerusi 250 sampel air kencing yang dikumpul untuk tujuan analisa, demikian menurut jurucakap Hitachi, Chiharu Odaira.

"Jika kaedah ini dapat dilaksanakan, ia akan lebih mudah untuk orang ramai menjalani ujian bagi mengesan kanser, di mana mereka tidak perlu lagi menjalani ujian darah untuk tujuan sama," katanya.

Kaedah yang dibangunkan ini juga bertujuan untuk mengesan kanser dalam kalangan kanak-kanak.

"Tentu sekali kaedah ini memudahkan ujian ke atas kanak-kanak," katanya.

Kajian itu akan bermula bulan April ini sehingga September 2018 dengan kerjasama Universiti Nagoya.

"Kami mensasarkan penggunaan teknologi ini menjelang 2020, walaupun ianya bergantung kepada beberapa aspek lain seperti kelulusan pihak berkuasa," kata Odaira.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Thursday, April 19, 2018

Pereka Belanda Cipta Mesin Bunuh Diri 'Sarco'

Pereka Belanda Cipta Mesin Bunuh Diri 'Sarco'

Sebuah mesin ‘pod bunuh diri’ yang membolehkan penggunanya menamatkan riwayat mereka sendiri dengan hanya menekan satu butang telah ditunjukkan kepada umum di sebuah ekspo kematian di Amsterdam pada 14 April 2018 lalu.

Pereka Belanda Cipta Mesin Bunuh Diri 'Sarco'

Diberi nama “Sarco”, singkatan kepada perkataan “sarcophogus” atau “keranda”, mesin dicipta daripada teknologi cetakan 3D oleh aktivis eutanasia Australia Phillip Nitschke dan pereka Belanda, Alexander Bannink, direka dengan keranda khas berserta palang yang mempunyai tabung berisi gas nitrogen.

“Individu yang ingin mati hanya perlu menekan butang (ini) dan kapsul ini akan serta-merta diisi dengan nitrogen.

"Dia akan berasa sedikit pening kepala dan kemudiannya hilang kesedaran secara drastik dan akhirnya mati,” kata Nitschke, yang telah diberikan jolokan “Dr. Kematian” atas usahanya untuk meluluskan eutanasia.

“Keranda “Sarco” ini merupakan alat yang menyediakan kaedah kematian terbaik kepada mereka yang berhajat untuk mati,” kata Nitschke lagi kepada AFP.

Para perekanya meletakkan model protaotaip itu untuk dipamerkan kepada umum, berserta sebuah set cermin mata realiti maya (virtual reality) untuk memberikan pelawat “meninjau” bagaimana rasanya duduk di dalam kapsul tersebut, sebelum menekan butang itu dengan segera.

Kata Nitschke, dia menyasarkan untuk membina pod pertama sebelum akhir tahun 2018.

Pereka Belanda Cipta Mesin Bunuh Diri 'Sarco'

Selepas itu, rekaan tersebut boleh dimuat turun melalui dalam talian oleh sesiapa sahaja yang inginkannya.

“Ini bermakna, sesiapa sahaja boleh memuat turun pelannya dan melakukan percetakan 3D untuk membina alat ini sendiri.”

“Sarco” menarik perhatian ramai pelawat yang hadir ke Ekspo Pengebumian Amsterdam, di mana trend terbaharu kematian seperti keranda biodegradasi dan keranda rod panas.

Macam-macam.
BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub