Monday, January 29, 2018

6 Khasiat Saffron Untuk Kesihatan, Herba Paling Mahal Di Dunia


Anda mungkin tertanya-tanya apa sebenarnya khasiat Saffron dalam bidang perubatan kerana ia merupakan salah satu daripada rempah ratus yang sangat berharga, paling mahal dan terkenal di seluruh dunia.

6 Khasiat Saffron Untuk Kesihatan, Herba Paling Mahal Di Dunia

Saffron merupakan salah satu herba yang banyak disebut di dalam hadis dan diamalkan di dalam perubatan Islam, eksperimen sedang dijalankan bagi membongkar potensi baru rempah serbaguna ini, yang telah terbukti mampu meransang kesihatan jantung, otak dan banyak lagi untuk sekian abad.

6 Khasiat Saffron Untuk Kesihatan

1. Meransang Kesihatan Kardiovaskular

Kajian baru-baru ini menunjukkan potensi yang tinggi bahawa unsur Saffron dapat meningkatkan sistem kardiovaskular yang sihat.

Protein kejutan haba (Heat shock proteins – HSPs) terutamanya HSP 27, 60 dan 70 ternyata sekali mempunyai kaitan dengan sindrom metabolik dan aterosklerosis, jadi para penyelidik ingin menyiasat kesan herba ini ke atas titer antibodi kepada HSP di kalangan pesakit dengan sindrom metabolik.

Paras protein kejutan haba 27, 60, 65 dan 70 disukat di dalam satu kajian yang diterbitkan di dalam Jurnal Perubatan Komplimentari dan Integratif semasa pengambilan suplemen, dengan 105 peserta disahkan menghidapi sindrom metabolik.

Peserta dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan dan diberikan sama ada 100 miligram sehari atau plasebo Saffron.

Selepas tiga bulan, antibodi kepada protein kejutan herba 27 dan 70 berkurang dengan banyak di dalam kumpulan Saffron.

2. Merawat Disfungsi Erektil

Disfungsi Erektil (ED) menjejaskan lebih daripada 150 juta lelaki di seluruh dunia.

Di dalam perubatan tradisional, Saffron digunakan sebagai afrodisiak, dengan unsur krosin yang dikenali kerana aktiviti afrodisiaknya.

Di dalam satu kajian rintis untuk menilai rawatan tradisional ini, 20 orang peserta lelaki dengan ED dinilai selama 10 hari.

Setiap pagi, peserta mengambil tablet mengandungi 200 miligram rempah tersebut.

Peserta menjalani ujian nokturnal tumesens penis dan soal selidik indeks antarabangsa fungsi erektil (IIEF-15) semasa permulaan pengambilan suplemen dan di penghujung hari ke-10.

Selepas 10 hari pengambilan suplemen, terdapat peningkatan statistik yang ketara di dalam hujung tumesens dan ketegangan dan juga dasar tumesens dan ketegangan.

Jumlah markah ILEF-15 lebih tinggi di kalangan peserta selepas diberikan suplemen herba ini.

Terdapat kesan yang positif ke atas fungsi seksual dengan peningkatan tempoh masa dan jumlah kejadian erektil berlaku di kalangan lelaki yang mengalami disfungsi erektil hanya selepas mengambilnya selama 10 hari.

Oleh itu, rempah Saffron Saffron juga mempunyai potensi sebagai rawatan semula jadi untuk masalah mati pucuk.

3. Mempunyai Potensi Kesan Anti kanser

Kanser dianggap sebagai penyebab kedua paling tinggi kematian di dunia dan Saffron sebagai tumbuhan perubatan diketahui mempunyai kemampuan anti kanser, menjadikan ia berpotensi menjadi ubat rawatan kanser.

Di dalam satu ujian klinikal secara rawak yang diterbitkan di dalam Jurnal Perubatan Herba Ibnu Sina, kesan Saffron terhadap tindakbalas rawatan di kalangan pesakit yang menghidap metastasis hati dinilai.

Tiga belas peserta yang menghidap metastasis hati dimasukkan di dalam kajian ini dan kemudian dibahagi kepada dua kumpulan berbeza. Kedua-dua kumpulan menerima regimen kimoterapi.

Peserta di dalam kumpulan 1 dirawati dengan kapsul Saffron (50miligram, dua kali sehari) semasa tempoh kimoterapi sementara kumpulan 2 menerima plasebo.

Jumlah diameter paling panjang dikira dan dibandingkan untuk kesemua lesi di dalam perbezaan imbasan CT kontras IV sebelum dan selepas rawatan.

Daripada 13 orang yang mengambil bahagian, enam mengundur diri dan tujuh meneruskannya hingga tamat.

Di dalam kumpulan yang dirawat dengan Saffron, dua peserta menunjukkan sebahagian tindakbalas penuh dan separa (50 peratus) manakala di dalam kumpulan plasebo, tiada tindakbalas kelihatan.

Juga berlaku dua kematian di dalam kumpulan plasebo dan satu di dalam kumpulan safron.

Kajian ini mencadangkan Saffron mungkin berguna kepada pesakit yang mengalami metastasis hati dan lain-lain kanser.

4. Mengurangkan Simptom PMS

Sindrom prahaid (PMS) merupakan sebahagian daripada masalah kesihatan yang biasa dilaporkan oleh wanita, menjejaskan 20 peratus hingga 40 peratus wanita di dalam usia reproduktif.

Saffron dianggap anti-kejang yang baik jadi penyelidik di Pusat Kajian Kesihatan Reproduktif Vali Asr, Universiti Sains Perubatan Tehran membuat penilaian sama ada ia boleh mengurangkan simptom PMS.

Wanita berusia 20-45 tahun dengan kitaran haid yang biasa dan mengalami simptom PMS untuk sekurang-kurangnya enam bulan layak untuk kajian tersebut.

Wanita dibahagikan secara rawak sama ada memasuki kumpulan A, yang menerima 15 miligram kapsul safron dua kali sehari waktu pagi dan malam atau kumpulan B, yang menerima kapsul plasebo dua kali sehari untuk untuk dua kitaran haid.

Wanita-wanita tersebut dinilai untuk simptom PMS menggunakan soal selidik Simptom Harian Pra-haid (PDS) dan Skala Kadar Kemurungan Hamilton (HAM-D) untuk wanita di dalam kumpulan safron berbanding simptom pra-rawatan mereka dan juga menunjukkan simptom berkurangan dengan ketara berbanding kumpulan plasebo.

5. Menggalakkan Rasa Kenyang dan Penurunan Berat

Di dalam satu kajian di Malaysia, penyelidik hendak mengkaji sifat rasa kenyang di dalam Saffron.

Peserta wanita diberikan kapsul kenyang dua kali sehari dan plasebo tidak aktif tanpa sebarang sekatan ke atas pengambilan makanan.

Selepas dua bulan, peserta yang menggunakan ekstrak Saffron melaporkan penurunan di dalam pengambilan kudapan dan hilang lebih banyak berat daripada kumpulan yang dikawal.

Para penyelidik mempuat kesimpulan bahawa herba ini boleh membantu merawat obesiti dengan menyekat selera dan menggalakkan penurunan berat badan.

6. Merawat Kebimbangan dan Kemurungan

Kemurungan adalah sejenis penyakit di dalam masyarakat hari ini dengan anggaran prevalens seumur hidup setinggi 21 peratus daripada populasi di sesetengah negara membangun.

Sebagai tumbuhan terapeutik, safron digunakan di dalam perubatan tradisional Parsi untuk merawat kemurungan dan penyelidik mahu menilai keberkesanan Saffron di dalam merawat kemurungan ringan hinggalah sederhana di dalam ujian klinikal selama enam minggu.

Tiga puluh orang pesakit luar dewasa yang melepasi temuduga klinikal untuk kemurungan mengambil bahagian di dalam ujian tersebut.

Peserta mempunyai markah garis dasar Skala Rating Hamilton untuk Kemurungan sekurang-kurangnya 18.

Di dalam ujian buta duaan, tengah tunggal ini, peserta dibahagikan secara rawak untuk mengambil kapsul Saffron (30 miligram sehari) di dalam kumpulan 1 atau satu kapsul anti-kemurungan imipramine (100 milligram sehari) di dalam kumpulan 2 di dalam kajian selama 6 minggu.

Saffron pada dos ini didapati sama berkesan seperti imipramine di dalam rawatan kemurungan ringan hinggalah yang sederhana.

Di dalam satu lagi penyelidikan yang diterbitkan oleh Jurnal Perubatan Komplimentari & Integratif, 60 orang peserta yang mengalami kebimbangan dan kemurungan di pilih secara rawak untuk menerima 50 miligram kapsul Saffron atau kapsul plasebo, dua kali sehari selama 12 minggu.

Soal Selidik Inventori Kemurungan Beck (BDI) dan Inventori Kebimbangan Beck (BAI) diguna pakai di garis dasar, enam dan 12 minggu selepas mula mengambil ubat.

54 peserta menamatkan ujian hasilnya, pengambilan Saffron sebagai supplemen memberikan kesan yang ketara ke atas markah BDI dan BAI berbanding plasebo sepanjang 12 minggu.

Nutrisi Saffron

Satu sudu besar safron (dua gram) mengandungi lebih kurang:
  • 6 kalori
  • 1.3 gram karbohidrat
  • 0.2 gram protin
  • 0.1 gram lemak
  • 0.1 gram fiber
  • 0.6 milligram mangan (28 peratus DV)
  • 1.6 milligrams vitamin C (3 peratus DV)
  • 5.3 milligrams magnesium (1 peratus DV)
  • 0.2 milligram zat besi (1 peratus DV)
  • 5 milligrams fosferus (1 peratus DV)
  • 34.5 milligrams potassium (1 peratus DV)

Cara Mengguna dan Memasak Saffron

Bahagian Saffron yang boleh dimakan ialah stigmanya, iaitu tangkai yang panjang, kurus, keemasan di dalam bunga.

Pembekal utama Eropah datangnya dari daerah La Mancha di Sepanyol. Pembekal Asia pula dari China (dipanggil safalan), Kashmir (kesar) dan Iran (zafran).

Menurut sejarah, Saffron boleh didapati di dalam bentuk kisar atau keseluruhan stigma (benang) dan lebih baik di dalam bentuk benang untuk kualiti yang tinggi dan rasanya.

Tidak terdapat sebarang pengganti untuk Saffron kerana harganya yang sangat mahal namun, pelbagai cubaan dilakukan untuk membuat bahan tiruannya.

Berhati-hati dengan rempah yang mempunyai warna yang hampir sama tetapi tidak mempunyai rasa dan murah yang dikenali sebagai safflower.

Saffron sangat berperisa dan beraroma, dengan rasa yang berempah, tajam dan sedikit pahit.

Benangnya digunakan di dalam masakan nasi dan juga sayur, daging, makanan laut, ayam itik dan makanan yang dibakar.

Saffron menambah perisa yang tajam, hampir rasa ubat dan warna oren kekuningan kepada masakan.

Saffron boleh didapati daripada pasar khas dan kerana nilainya yang tinggi, ia mungkin disimpan di bahagian yang lebih selamat.

Jadi, jika anda tidak menemuinya di atas rak, bertanyalah kepada pengurus kedai.

Saffron biasanya dijual secara pukal di dalam peti kayu atau dibungkus dengan kertas timah untuk melindunginya dari keadaan yang teruk seperti cahaya dan air.

Resepi Saffron

Herba Saffron yang enak ini boleh digunakan di dalam pelbagai resepi dan sudah pasti ia ramuan penting untuk resepi nasi Saffron.

Berikut adalah beberapa resepi lain untuk dicuba:
  • Nikmati semangkuk panas Sup Lobak Merah Halia Saffron
  • Masak sepinggan Ayam Panggang Lemon Meyer Saffron
  • Puaskan keinginan makanan manis anda dengan Puding Saffron Parsi.

Sejarah dan Fakta Menarik Tentang Saffron

Crocus sativus L. atau lebih dikenali sebagai Saffron, merupakan bahan mentah untuk salah satu dari rempah paling mahal di dunia dan ia telah digunakan selama beberapa abad.

Dukun Mesir menggunakannya untuk merawat sakit gastrousus dan di zaman Rom, Saffron digunakan untuk membantu menyembuh luka dan melegakan masalah terhadap saluran nafas atas.

Kebelakangan ini, Saffron digunakan sebagai anti-keradangan dan ejen anti kanser dan juga telah digunakan sebagai rawatan kecacatan kognitif.

Lain-lain kegunaan Saffron di dalam perubatan tradisional termasuklah abortifasien dan rawatan untuk asma, demam, selsema, bronkitis dan insomnia.

Di dalam perubatan rakyat dan Ayuverda, Saffron digunakan sebagai ekspektoran, sedatif, anti-asma, adaptogen, emenagog dan di dalam pelbagai penyediaan opioid untuk melegakan kesakitan semasa abad ke 16 hinggalah 19.

Rempah yang eksotik ini adalah rempah tempatan di Eropah Selatan dan hari ini ia diusahakan di banyak negara, kebanyakannya di Itali, Perancis, Sepanyol, Iran, Greece, Turki dan juga negeri India iaitu Kashmir dan Jammu.

Stigma yang kering itu sangat penting di dalam penghasilan kosmetik, farmaseutikal dan industri pewarna tekstil, seiring dengan bidang masakan.

Orang ramai akan menanam Saffron di seluruh Eropah, tetapi kos tenaga buruh yang sangat tinggi untuk menuainya dan hasil tuaian yang rendah untuk setiap pokok menyebabkan bekalannya rendah dari permintaan, namun bekalannya mencukupi dan membolehkan orang ramai memiliki kuantiti kecil rempah itu untuk majlis istimewa.

100,000 kuntum bunga Saffron yang dipetik dengan tangan diperlukan untuk menghasilkan satu kilo rempah kering.

Meskipun Saffron sukar tumbuh di Sweden, ramai penulis menceritakan rempah yang hebat ini telah lama digunakan semasa perayaan Sweden untuk menghasilkan roti ban Hari Lucia.

Banyak budaya lain mengangkatnya sebagai bahan untuk perubatan dan pemakanan, walaupun kebanyakan jarang dapat menggunakannya.

Greek Kuno menyatakan kekayaan tanpa batasan Tuhan mereka dengan menggambarkan Zeus memiliki sebuah katil daripada Saffron.

Saffron dinamakan “Darah Hercules” dan digunakan sebagai tangkal perlindungan serta setanggi untuk upacara keagamaan.

Kek Saffron dipersembahkan oleh orang Phoenicia sebagai menghormati Tuhan kesuburan Ashtoreth mereka dan juga bulan.

Di zaman kuno Mediterranean pula, Saffron dikaitkan dengan kekuatan, kesuburan, sensitiviti fizik dan sifat kelelakian.

Saffron merupakan ritual penyembuhan dan penyucian dan juga ubat pengasih yang popular.

Saffron disebut di dalam Kitab Zabur di dalam “Songs of Solomon”, bersama-sama dengan mirh, aloe, calamus dan kulit kayu manis, sebagai salah satu daripada rempah ratus yang paling berharga.

Saffron hanya boleh dituai oleh wanita berstatus tinggi, seperti paderi wanita, yang mengenakan pakaian diwarnakan dengan Saffron.

Orang Mesir akan mencampurkannya dengan madu dan orang Rom mencari Saffron untuk afrodisiak, dengan menaburkan ia di atas katil perkahwinan mereka.

Sepanjang sejarahnya, Saffron juga digunakan sebagai pencuci badan, sebagai narkotik, di dalam potpouri, alat solekan, sebagai anti kemurungan dan sudah pasti sebagai rempah untuk warna dan perisa bagi setiap hidangan tradisi.

Kesan Sampingan Saffron

Mencampurkan Saffron dengan herba atau suplemen lain dengan kemampuan hipotensif mungkin menambah risiko hipotensi.

Di antara herba dan suplemen ini termasuklah andrographis, casein peptida, cat’s claw, minyak ikan, CoQ10, L-arginine, stinging nettle, lycium dan theanine.

Mengambil lima gram boleh menyebabkan keracunan Saffron dan simptom termasuklah:
  • pigmentasi kuning kulit, sklera dan membran mukus (meniru penyakit kuning)
  • vertigo
  • muntah-muntah
  • cirit-birit berdarah
  • hematuria
  • pendarahan bibir, hidung, uterus dan kelopak mata
  • kekebasan
  • kegagalan uremik
  • purpura thrombosetopenik yang membawa kepada nekrosis hidung yang teruk

Terdapat juga laporan bahawa mengambil 10 gram Saffron boleh mengakibatkan keguguran, dengan dos maut di antara 12-20 gram.

Alahan akibat penyakit lelah dan rinokonjunktivitis turut dilaporkan dan tindak balas anafilaktik boleh berlaku di dalam beberapa minit setelah memakan makanan yang mengandungi safron.

Saffron juga tidak boleh digunakan oleh wanita mengandung.

Kesimpulan Tentang Saffron

Saffron dianggap sangat baik untuk mengurangkan simptom PMS, kemurungan, kebimbangan, dan membantu penurunan berat badan dan meningkatkan rasa kenyang.

Saffron boleh didapati secara komersil di kedai-kedai khas dan atas talian di dalam bentuk serbuk atau benang.

Saffron tidak patut diambil semasa mengandung dan haruslah diambil di dalam dos yang kecil seperti yang diarahkan dan tidak patut diambil untuk jangkamasa yang panjang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Bahan Yang Sangat Mahal Di Dunia

sumber: mrtengkuasmadi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon