Sunday, October 01, 2017

3 Tanggapan Buruk Terhadap Gelandangan Yang Tidak Benar

Loading...

Dalam konteks masyarakat moden, gelandangan lebih mudah difahami sebagai mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal dan hidup di merata tempat yang biasanya adalah tempat awam.

Gelandangan cantik

Sebenarnya, gelandangan tak ubah seperti pelarian, bezanya adalah pelarian menjadi gelandangan di negara orang, sedangkan gelandangan merempat di negara sendiri.

Persamaan mereka? kedua-duanya tidak bernasib baik.

Ia dilihatkan sebagai masalah kepada sesetengah masyarakat yang mengganggap gelandangan sebagai satu beban.

Namun, kita salah kerana mempunyai sikap terlalu kerap dan cepat menghukum yang tidak akan membawa apa-apa perubahan.

Cuba tanya diri kita apa yang kita sumbang bagi membantu dan mengubah situasi ini, selain daripada merungut dan menghukum golongan ini?

Kami ingin berkongsi 3 tanggapan buruk terhadap gelandangan yang tidak benar.

1. Gelandangan adalah jahat

Gelandangan jahat

Apabila melewati gelandangan di tepi jalan, ramai yang seakan-akan ingin mengelak daripada mereka. Tanggapan dalam fikiran kita adalah mereka ini jahat.

Ini sangatlah tidak benar. Mereka adalah manusia sama seperti kita, cuma tidak bernasib baik dan diuji dengan cara begitu.

Memang benar ada gelandangan yang bersikap agresif dan jahat kemungkinan kerana keterpaksaan hidup. Namun itu tidak memberi hak kepada kita untuk terus mengkonklusikan bahawa semua gelandangan adalah jahat.

Ramai di antara mereka yang mempunyai hati yang bersih, walaupun luarannya kelihatan tak terurus.

Ramai di antara mereka yang ringan tulang dan menghulurkan bantuan apa sahaja yang termampu jika ternampak seseorang dalam kesusahan.

Semakin kurang kepunyaan mereka, semakin luas pandangan mereka terhadap dunia dan ingin membantu, kerana mereka sedang merasakan kehidupan di bawah, sedangkan kita sedang hidup di atas ini tak tersedar.

Siapa tahu satu hari nanti kereta anda kehabisan minyak di tepi jalan dan tiada siapa yang membantu, datang gelandangan yang compang camping membantu anda menolak kereta? Bersihkan hati.

2. Gelandangan adalah pemalas

Gelandangan pemalas

Adakah anda memerhati setiap gerak-geri yang dilakukan oleh gelandangan selama 24 jam sehari? Jika tidak, bagaimana anda boleh menghukum bahawa mereka ini pemalas?

Mungkin ada segelintir yang pemalas, namun tidaklah adil jika kita ingin mengatakan semua gelandangan adalah pemalas.

Ramai gelandangan yang rajin bekerja, dan sanggup melakukan apa saja pekerjaan demi mendapatkan sesuap nasi bagi meneruskan hidup mereka.

Namun, disebabkan label yang diberikan kepada mereka ini, ramai gelandangan yang mahu bekerja, tidak diberikan peluang.

Antara faktor utama adalah mereka kelihatan kotor dan tidak terurus, malah ada yang mengatakan mereka tidak boleh dipercayai.

Namun, mereka tetap cuba mencari rezeki halal, termasuklah dengan mengutip botol dan tin-tin terbuang.

Jika anda berada di tempat mereka, sehelai sepinggang, apakah yang anda lakukan? Disebabkan tidak diberikan peluang bekerja ini yang memaksa mereka meminta-minta.

Kami percaya jika ruang diberikan kepada mereka, pasti ramai yang mahu untuk mengubah nasib sendiri. Tiada istilah gelandangan itu pemalas, cuma mereka tidak bernasib baik.

3. Gelandangan sendiri yang memilih hidup begitu

Gelandangan

Sebenar-benarnya adalah menjadi gelandangan bukanlah satu pilihan. Pernahkah anda berhenti dan bertanya kepada mereka, mengapa hidup mereka menjadi begini? Tiada siapa yang mahu hidup sebegitu.

Ramai di antara gelandangan-gelandangan ini terpaksa menempuhi hidup menyeksakan ini disebabkan faktor-faktor yang tidak diketahui umum yang terlalu cepat menghukum.

Ada di antara mereka yang mengalami masalah kesihatan dan mental yang tidak mendapat rawatan menyebabkan mereka berakhir di tepi jalan.

Warga emas yang dibiarkan oleh anak-anak serta keluarga terdekat juga menjadi mangsa kehidupan gelandangan. Adakah mereka memilih untuk hidup menderita? Tidak.

Namun, sikap lepas tangan ahli keluarga yang sebenarnya meletakkan mereka dalam situasi tanpa pilihan ini.

Lebih buruk lagi, ramai golongan wanita dan kanak-kanak terbiar di tepi jalan hidup merempat bukan atas pilihan mereka, namun menjadi mangsa penderaan domestik, kebanyakannya oleh mereka yang bergelar suami dan bapa.

Bagi menyelamatkan diri daripada didera dan diseksa, mereka ini melarikan diri ke mana sahaja yang mereka mampu.

Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang lain, itu tak mengapa.

Bagaimana mereka yang tidak dan tiada sumber kewangan? Kumpulan ini akan berakhir di bawah jambatan atau di celah-celah lorong.

Jadi, ia bukanlah satu pilihan tetapi adalah disebabkan tekanan yang berpunca daripada masalah diluar kawalan mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon