Saturday, March 31, 2018

Video Jet Pejuang F/A-18 Super Hornet AS Terserempak Kapal UFO!


"WOW, apa tu?" Video dan audio baharu yang disahkan menunjukkan juruterbang Tentera Laut AS didakwa bertembung dengan UFO tanpa sayap dan tidak berekor ketika mereka terbang dengan jet pejuang Boeing F/A-18 Super Hornet di sepanjang Pantai Timur pada tahun 2015.

Video Jet Pejuang F/A-18 Super Hornet AS Terserempak Kapal UFO!

"Apa benda itu?" seorang juruterbang dapat didengar berkata dalam video tersebut.

"Oh, tengok tu kawan! Tengok yang sedang terbang tu!" kata seorang lagi.

Menurut satu laporan di ABCNews.com, rakaman 35 saat itu yang dirakamkan oleh kamera infra merah di atas jet pejuang F/A-18 yang bergerak setinggi 25,000 kaki, dikeluarkan oleh 'To the Stars Academy of Arts and Science (TTSA), sebuah penyelidikan saintifik dan kumpulan media swasta pada Jumaat.

Ia diketuai oleh penasihat Jabatan Pertahanan AS dan NASA, Hal Puthoff, serta bekas pegawai Agensi Perisikan Pusat, James Semivan.

Jabatan Pertahanan enggan mengulas mengenai video itu.

Video Jet Pejuang F/A-18 Super Hornet AS Terserempak Kapal UFO!
FA-18 Super Hornet.

Video ini muncul selepas dua video lain tentang penampakan objek yang dikatakan UFO dilihat juruterbang Tentera Laut AS diterbitkan oleh The New York Times pada Disember 2017.

Dalam salah satu pertemuan itu, juruterbang David Fravor dan Komander Jim Slaight, yang terbang dari pantai California Selatan dengan F/A-18F Super Hornets, menggambarkan melihat objek berbentuk oval melayang di atas laut.

Apabila mereka terbang lebih rendah untuk melihatnya, Fravor berkata, "ia bergerak pantas seperti tiada apa yang saya lihat sebelum itu."

Fravor berkata dia bingung dengan apa yang dilihatnya dalam insiden itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri UFO Memburu Pesawat Udara


sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon