Friday, April 19, 2013

Beginilah Proses Lampu Tenaga Di Dada Iron Man Di Hasilkan


Bagi anda yang meminati filem aksi sains fiksyen berjudul "Iron Man", pasti anda tertanya-tanya bagaimana mereka membuat lampu tenaga di dada pelakonnya, Robert John Downey Jr di buat dan kelihatan sangat realistik. Kalau nak tahu jawapannya, meh usha kat bawah ni..

1. Mula-mula, lateks dituang pada bahagian dada untuk membuat dada palsu.


2. Lateks itu kemudian diratakan dengan ketebalan tertentu supaya prop lampu reaktor itu boleh ditanam di dadanya dan nampak realistik.


3. Kemudian, lateks tadi akan diwarnakan.


4. Dada palsu tadi kemudiannya akan disembur dengan air brush dengan warna tona yang sama dengan warna kulit sebenar dan butiran seperti puting dan parut akan ditambah.


5. Prop lampu reaktor tadi akan dimasukkan pada sarungnya. Pada asasnya, lateks tadi telah pun menjadi kulit palsu dan mereka hanya perlu membuat lubang pada bahagian tengah dadanya.


6. Kini, anda boleh lihat bagaimana realistiknya ia di dalam filem.


Tak sabar nak tunggu filem ketiga "Iron Man" yang akan mula ditayangkan di Malaysia pada 25 April 2013 nanti.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon