Friday, May 25, 2018

Ujian Gigi Sahkan Adolf Hitler Meninggal Dunia Pada Tahun 1945

Ujian Gigi Sahkan Adolf Hitler Meninggal Dunia Pada Tahun 1945

Pemimpin Nazi, Adolf Hitler, disahkan meninggal dunia pada 1945 di Berlin kerana mengambil sianida dan ditembak, menurut penyelidik Perancis yang diberikan sebahagian gigi diktator itu yang disimpan di Moscow.

Hitler mati 1945

“Gigi itu asli, tiada keraguan lagi dan kajian kami menunjukkan Hitler meninggal dunia pada 1945.

“Kita boleh menghentikan semua teori konspirasi mengenai Hitler.

"Dia tidak melarikan diri ke Argentina dengan kapal selam, dia tidak berlindung dalam kubu di Antartika atau berada di bulan,” kata Profesor Philippe Charlier.

Kajian, yang dilakukan Charlier bersama-sama empat lagi penyelidik, disiarkan dalam majalah saintifik European Journal of Internal Medicine.

Analisis ke atas gigi Hitler yang buruk dan beberapa gigi palsu menunjukkan kandungan tartar putih dan tiada kesan serat daging kerana diktator itu cuma makan sayur-sayuran.

Pada Mac dan Julai 2017, perkhidmatan rahsia Russia, FSB dan arkib Russia membenarkan sepasukan penyelidik memeriksa tulang diktator itu, buat kali pertama sejak 1946.

Penyelidik Perancis memeriksa serpihan tengkorak yang menunjukkan lubang di sebelah kiri yang kemungkinan disebabkan peluru.

Saintis tidak dibenarkan mengambil contoh serpihan itu.

Jika kajian mengesahkan pandangan yang diterima secara umum bahawa Hitler meninggal dunia pada 30 April 1945, dalam kubunya di Berlin dengan kekasihnya, Eva Braun, ia juga menunjukkan punca sebenar kematian, kata Charlier.

“Kami tidak tahu sama ada dia menggunakan sianida untuk membunuh diri atau disebabkan peluru dalam kepala.

"Kemungkinan kedua-duanya,” kata Charlier lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Saturday, September 13, 2014

Operasi Membunuh Hitler Yang Gagal

Operasi Membunuh Hitler Yang Gagal

Dalam sejarah memang terdapat banyak konspirasi dan komplot untuk membunuh pemimpin Nazi, Adolf Hitler.

Adolf-Hitler
Adolf Hitler.

Tidak kurang daripada 15 percubaan telah dilakukan dan yang paling hampir adalah usaha terakhir dalam komplot membunuh Hitler pada 20 Julai 1944.

Komplot itu sebenarnya dirancang selepas percubaan Mejar Jeneral Henning von Tresckow gagal pada 13 Mac 1943.

Beliau telah meletakkan bahan letupan yang disembunyikan dalam botol minuman keras di dalam kapal terbang yang dinaiki Hitler tetapi tidak meletup kerana masalah teknikal.

Plot 20 Julai adalah usaha terakhir pemberontak untuk menamatkan riwayat pemimpin diktator itu.

Mengikut perancangan, selepas membunuh Hitler mereka akan mengambil alih kuasa dengan mengaktifkan kod operasi sedia ada yang telah diubah.

Tresckow bersama-sama dengan Jeneral Friedrich Olbricht dan Kolonel Claus von Stauffenberg telah mengubah suai pelan tindakan yang dikenali sebagai Valkyrie dengan tujuan untuk menggunakan Askar Simpanan Jerman untuk mengambil alih bandar-bandar di Jerman dengan membubarkan kuasa dan menahan organisasi separa tentera, Schutzstaffel (SS) dan pasukan polis khas gerakan anti-Hitler, Geheime Staatspolizei (GESTAPO) yang berkhidmat untuk Parti Nazi.

GESTAPO
GESTAPO.

Akhirnya peluang yang ditunggu telah tiba apabila Hitler mengadakan persidangan tentera pada 20 Julai 1944 di pusat ketenteraan Hitler yang dikenali sebagai Wolf's Lair di Rastenburg, Poland.

Kolonel Claus von Stauffenberg adalah individu penting yang berperanan dalam melakukan percubaan membunuh Hitler dengan meletakkan bom semasa persidangan itu.

Kira-kira jam 12.30 tengah hari semasa persidangan baru bermula, Stauffenberg telah menggunakan bilik air di situ untuk mengaktifkan sebuah bom jangka di dalam begnya.

Hitler-Assassination
Keadaan bilik selepas letupan bom.

Setelah diaktifkan, dia mempunyai masa 10 hingga 15 minit untuk keluar dari bilik persidangan sebelum ia meletup.

Dia kemudiannya memasuki bilik persidangan dan dengan berhati-hati meletakkan beg tersebut di bawah meja persidangan.

Beberapa minit selepas itu, Stauffenberg menerima satu panggilan telefon yang telah dirancang dan meninggalkan bilik persidangan untuk menjawab panggilan tersebut dan terus bergegas keluar setelah meletakkan telefon.

Kolonel Claus von Stauffenberg
Kolonel Claus von Stauffenberg.

Sebaik sahaja Stauffenberg meninggalkan bangunan, satu letupan kuat telah meletus pada pukul 12.45 tengah hari.

Yakin bahawa Hitler telah terbunuh dalam letupan itu, Stauffenberg menghubungi Jeneral Olbricht untuk segera mengaktifkan operasi Valkyrie dan bergegas ke Berlin.

Olbricht kemudian menemui Komander Pasukan Askar Simpanan Jerman, Friedrich Fromm dan mengatakan bahawa Hitler telah terbunuh dan mendesak Fromm supaya menyertai mereka.

Fromm yang tidak percaya terus menghubungi Marsyal Lapangan, Wilhelm Keitel yang berada di Wolf's Lair untuk pengesahan dan diberitahu bahawa Hitler masih hidup.

Hitler terselamat dadripada letupan bom dan hanya mengalami beberapa luka terbakar dan luka kecil. Seramai empat orang pegawai terkorban manakala yang lain hanya mengalami kecederaan.

Friedrich Fromm
Friedrich Fromm.

Fromm menolak untuk memberikan kerjasama dan dia telah dikurung di sebuah bilik. Olbricht mengambil alih kuasa Fromm dan mengerahkan Askar Simpanan Jerman untuk menahan ahli SS, GESTAPO dan Pegawai Nazi. Dia juga mengeluarkan perintah untuk merampas pelbagai bangunan kerajaan di beberapa buah bandar.

Mejar Otto Ernst Remer, pegawai yang mengetuai Askar Simpanan Jerman telah datang ke ibu pejabat ketua propoganda parti Nazi, Joseph Goebbels, untuk menahannya. Tetapi Goebbels mempunyai berita lain untuk Remer.

Dia telah menghubungi Hitler dan memberikan telefon kepada Remer. Apabila mendengar suara Hitler, Remer menyedari bahawa Askar Simpanan Jerman telah ditipu dan dipergunakan untuk merampas kuasa daripada Hitler.

Selepas itu, operasi Valkyrie dihentikan serta-merta dan Hitler memerintahkan kesemua pemberontak ditangkap.

Pada pukul 1 pagi, 21 Julai 1944, suara Hitler kedengaran melalui gelombang udara radio dan beliau telah membuat pengumuman yang mengatakan bahawa telah berlaku percubaan pemberontak untuk membunuhnya dan dia terselamat.

Hitler-Assassination Failed
Pakaian Hitler koyak rabak.

Remer bersama Askar Simpanan Jerman pergi ke markas di Bendlerblock dan kemudian menahan kesemua mereka. Fromm yang ditahan oleh pemberontak telah dibebaskan dan dia kemudian mengarahkan hukuman mati dikenakan kepada Jeneral Friedrich Olbricht, Kolonel Albrecht von Mertz Quirnheim, Kolonel Claus von Stauffenberg dan beberapa Leftenan Werner von Haeften.

Stauffenberg bersama beberapa pegawai yang lain dihukum tembak pada masa itu juga. Seramai hampir 5,000 orang pemberontak telah diburu, diseksa dan dibunuh.

Ramai di antara ahli pemberontak telah dibicarakan di mahkamah dan menerima hukuman gantung dengan tali menggunakan piano yang disangkut di pencangkuk daging!

-Sentiasapanas.com

Wednesday, July 10, 2013

Adolf Hitler: Rahsia Besar Yang Disembunyikan

Adolf Hitler: Rahsia Besar Yang Disembunyikan

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada seorang lagi akan muncul sepertinya di zaman ini. Saya berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi.

Adolf Hitler Bunuh Yahudi

Maka saya katakan, "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. Lalu dia bertanya dari mana sumber tersebut saya perolehi? Saya menjawab sumberku dari TV.

Lalu dia berkata, "Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu, pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama, tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka telah melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Saya lantas meminta jawapan dari beliau.

Beliau menyambung: "Ada dua sebab:-

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rom dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rom telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua, bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat berjemaah untuk menyampaikan ucapan beliau.

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulama dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir.

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy.

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi.

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara saya untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta saya tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti.

Beliau tidak mahu saya mencampurkan bahan dari internet kerana saya bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Saya juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara:

1. Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud: Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi.

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

"Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suciku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpinku."

3. Hitler enggan meminum arak.

Ketika Hitler gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah, para doktor mencadangkan beliau minum arak (Beer) sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan, "Bagaimana anda ingin menyuruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah meminum arak sepanjang hayat beliau. Minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas.

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com