Saturday, April 08, 2017

Rusia Lancar Kapal Selam Paling Hebat Dan Tercanggih Di Dunia!


Kementerian Pertahanan Rusia telah melancarkan kapal selam tentera terbaharu, paling canggih dan hebat yang mampu membawa ratusan terpedo dan belayar dengan kepantasan 31 knot.

Kazan Submarine [2]

Kapal selam kelas Yasen bertenaga nuklear yang diberi nama Kazan itu dilengkapi pelbagai senjata moden termasuk 300 butir torpedo dan lapan peluru berpandu balistik Kalibr atau Oniks, menurut media tempatan.

Aset baharu dilancarkan di dermaga limbungan Sevmash, Severodvinsk, wilayah utara Rusia itu memang dibina khas untuk menghancurkan kapal selam musuh, kapal perang, pangkalan tentera laut dan sasaran strategik lain.

Dengan ukuran sepanjang 139 meter itu, kapal selam tersebut dilaporkan mampu mengangkut 90 orang kru dan dapat belayar 100 hari penuh di lautan selain berupaya menyelam hingga kedalaman 600 meter dari permukaan.

Enjin yang dipasang pada kapal selam ini boleh menghasilkan kuasa bersamaan dengan 43,000 tenaga kuda dan persenjataannya dikatakan mampu menembak sasaran tepat pada jarak jauh sehingga 2,400 kilometer.

Media antarabangsa melaporkan, pada majlis pelancaran kapal selam tersebut, Panglima Tentera Laut Rusia, Laksamana Vladimir Korolyov mendakwa, aset tersebut adalah yang paling moden di dunia ketika ini.

Kapal Selam Kazan

Beliau juga menegaskan, kapal selam ini sangat sukar dijejaki pihak tentera musuh kerana bunyi bising yang dihasilkan oleh enjin canggihnya itu sangat minimum untuk dikesan oleh mana-mana sistem sonar paling baharu.

Pelancuran ini bertepatan detik armada kapal selam Rusia mencatatkan tahap pelayaran yang tidak pernah dicapai sejak era Perang Dingin antara negara itu ketika dikenali sebagai Kesatuan Soviet dengan Amerika Syarikat (AS).

Tahun lalu, seluruh armada kapal selam Rusia mencatat keseluruhan 3,000 hari rondaan yang dianggap Korolyov sebagai sebuah pencapaian paling sempurna. Kapal selam ini dijangka digunakan pada tahun depan.

Pihak tentera laut Rusia berharap dapat memiliki tujuh buah kapal selam jenis ini menjelang 2023.

Rusia memiliki 27 buah kapal selam berkuasa nuklear berbanding AS 60 buah.

BACA INI JUGA: 10 Kapal Selam Terbaik Sewaktu Perang Dunia Kedua

sumber: mynewshub

1 comment

  1. sangat canggih dan terbaik dalam teknologi..

    semoga jangan disalah guna la pulak...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon