Friday, March 13, 2020

Penindasan 200 Tahun Terhadap Negara Dan Umat Islam

Penindasan 200 Tahun Terhadap Negara Dan Umat Islam

Sepanjang tempoh 200 tahun, dunia umat Islam telah diduduki, dijajahi, ditindas dan dizalimi oleh kuasa-kuasa bukan Islam. Rejim-rejim boneka yang diletakkan di dalam kerajaan Islam turut menindas umatnya sendiri dan masih melakukannya sehingga ke hari ini.

Islam ditindas

Kuasa-kuasa luar juga telah mewujudkan beberapa ideologi baru yang sangat asing kepada dunia Islam, seperti nasionalisme melampau, fasisme dan komunisme.

Mereka kemudiannya menggunakan golongan yang terpedaya dengan ideologi-ideologi tersebut untuk menjadi 'musuh dalam selimut' kepada masyarakat Islam.

Dasar Ideologi Permusuhan Terhadap Islam

Apabila kita menganalisis musuh-musuh dunia Islam, kita akan berjumpa dengan beberapa idea-idea asas:

1. Imperialisme Barat

Sebagai contoh, bangsa-bangsa kolonialis seperti Britain, Perancis dan Itali, telah melakukan penderaan yang sangat kejam ke atas umat Islam yang tinggal di negara-negara Islam yang mereka jajah, dan juga turut melakukan pembunuhan beramai-ramai.

2. Ekstrem-fasisme nasionalisme

Fasisme Itali, Israel dan kumpulan-kumpulan profasis yang menyebabkan tercetusnya perang saudara di dalam dunia Islam.

3. Komunisme

Kesatuan Soviet, China, Kemboja di bawah pemerintahan Khmer Rouge, komunis di Afghanistan dan pelbagai lagi kumpulan komunis di Timur Tengah.

Kajian yang lebih mendalam mendedahkan bahawa ketiga-tiga ideologi tersebut muncul pada abad kesembilan belas dan berkembang pada abad kedua puluh.

Nasionalisme ekstrem dan fasisme yang muncul daripada kebangkitan idea-idea tersebut merupakan ideologi-ideologi yang terbit secara menyeluruh pada abad kesembilan belas dan mula dipraktikkan dengan meluas pada abad kedua puluh.

Komunisme bermula daripada teori materialisme dialektikal yang diperkenalkan oleh Marx dan Engels pada abad kesembilan belas, walaupun regim komunis yang pertama masih belum ditubuhkan sehingga tahun 1917, di Rusia.

Seseorang boleh berkata bahawa hanya kolonialisme Barat yang bermula sejak awal-awal abad, walaupun kemudian ia dirangkumi oleh inisiatif ekonomi yang terbatas dan kemudian sekali lagi mendominasi posisi global dengan menggunakan asas-asas falsafah dan ideologinya pada abad kesembilan belas.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa musuh dunia Islam yang sebenarnya bukanlah sebuah kesatuan ataupun peradaban (misalnya peradaban Barat), tetapi adalah "ideologi-ideologi" yang telah menukarkan kesatuan-kesatuan atau peradaban-peradaban tersebut kepada penindas-penindas yang hauskan darah.

Ideologi-ideologi ini telah mendominasi sebahagian besar dunia pada abad kesembilan belas dan telah membawa kekejaman dan kezaliman ke mana-mana sahaja ia pergi.

Sebenarnya, ideologi-ideologi inilah yang menjajah, membahagi, merompak, memperhamba dan menyembelih umat Islam sedunia.

4. Islamofobia

Istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim yang sudah digunakan pada tahun 1980-an, tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001.

Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasi orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat.

Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama.

Kekejaman Berterusan Selama 200 Tahun Di Dalam Dunia Islam

Selama lebih dari setengah abad, umat Islam Palestin telah diusir dari kediaman mereka tanpa sebab, dibunuh dan dilakukan penderaan dan kekejaman, namun seluruh dunia diam membisu dalam menghadapi kuasa penjajah: Israel.

Tiada bangsa atau masyarakat tertentu yang menjadi musuh dunia Islam secara khusus, tetapi ia lebih kepada sebuah "ideologi" yang telah menukar bangsa dan masyarakat tersebut menjadi penindas.

Ideologi-ideologi ini mula mendominasi dunia secara meluas pada abad ke-19, dan ke mana sahaja ia pergi, pasti wujud senario kekejaman dan kezaliman dalam abad ke-20.

Apabila kita memerhatikan ketiga-tiga ideologi ini, kita dapat melihat di sebalik segala apa yang berlaku ialah peningkatan kepercayaan ateisme di Barat.

Setiap daripada mereka muncul apabila dunia Barat sudah tidak mahu lagi percaya kepada Tuhan dan agama, dan mula menerima fahaman golongan materialis sebagai cara hidup mereka.

Satu kebenaran penting yang mengesahkan hakikat ini ialah ideologi-ideologi ini telah diasaskan daripada teori evolusi Darwin, yang mana menggambarkan "asas saintifik ateisme" dan yang mana buat julung-julung kalinya falsafah ateis telah menjadi satu 'kebenaran saintifik', walhal hakikatnya tidak sama sekali.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, March 12, 2020

Tellygeram Awards: Pengikhtirafan Kepada Penggiat Filem Di Malaysia

Tellygeram Awards: Pengikhtirafan Kepada Penggiat Filem Di Malaysia

Tellygeram adalah indie channel yang ingin mengetengahkan satu konsep counter culture yang berusaha membuka pemikiran peminat tempatan untuk lebih menghargai unsur-unsur seni dan budaya, bermula dengan mengupas filem tempatan, antarabangsa, permasalahan industri dan gaya hidup.

Tellygeram Awards

Anugerah Tellygeram

Tellygeram Awards 2020 membuka peluang kepada semua filem tempatan yang pernah ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara sepanjang tahun 2019.

Anugerah yang julung kali diadakan ini akan ditayangkan pada 28 Mac 2020 pada tepat jam 9 malam (waktu tempatan dan 8 malam waktu Indonesia Barat) secara serentak melalui 15 saluran Youtube milik Youtuber tempatan dan Indonesia termasuklah saluran Youtube Tellygeram.

12 Kategori

Sebanyak dua belas kategori dipertandingkan iaitu; Filem Tempatan Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakonan Layar/Skrip Terbaik, Skor Muzik Terbaik, Trailer Terbaik, CameoTerbaik dan Filem Paling Jahanam.

Tellygeram Awards 2020 akan diadili oleh barisan juri yang terdiri daripada penerbit, pengarah, pelakon, wartawan hiburan, pengkritik filem yang terdiri daripada Youtuber dan blogger, serta penggiat-penggiat seni yang berpengalaman atau mempunyai kelulusan dalam bidang perfileman.

Biarpun digeruni pengarah-pengarah dan pelakon-pelakon filem kerana sering bersuara lantang dan memberikan komen-komen pedas apabila membuat ulasan filem, Tellygeram Awards 2020 mendapat sokongan nama-nama besar industri perfileman yang telah sudi menjadi penyampai anugerah bagi kategori-kategori yang dipertandingkan.

Antaranya, Ogy Dato' Ahmad Daud, Bront Palare, NamRon, Diana Danielle, Hairul Azril, Razaisyam Rashid, Pekin Ibrahim, Jasmine Suraya, Joel Soh, Prakash Murugiah, Usamah Zaid, pelopor irama Hip Hop iaitu kumpulan NICO G dan ramai lagi.

Tellygeram review

 'Siapa' Tellygeram?

Tellygeram telah didaftarkan pada tahun 2014 dan merupakan saluran Youtube pertama di Malaysia yang mengetengahkan ulasan filem dan drama bersiri terbitan tempatan mahupun antarabangsa sebagai kandungan utama.

Di samping itu juga, Tellygeram turut memaparkan isu-isu semasa industri filem dan temuramah khas menampilkan penggiat filem tempatan berkenaan perkembangan dan penambahbaikan mutu perfileman negara.

Ikuti laman sosial berikut bagi mendapatkan perkembangan terkini dan menonton ulasan filem daripada Tellygeram di:
  • Youtube: youtube.com/tellygeram
  • Instagram: instagram.com/tellygeram
  • Facebook: facebook.com/tellygeram
  • Twitter: twitter.com/tellygeram

Dimiliki dan dikendalikan secara usahasama oleh Mail dan Zaf, saluran Youtube Tellygeram mempunyai lebih 9,000 pengikut dan telah memuatnaik 500 video dengan jumlah tontonan tertinggi lebih setengah juta tontonan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

SBDJ Siri 135: Kayuh Perahu Dengan Tangan

SBDJ Siri 135: Kayuh Perahu Dengan Tangan

Rupa-rupanya dengan anggukkan kepala yang saya lakukan itu ternyata tidak memuaskan hati Datuk, lalu dia bertanya, "Kamu faham dengan apa yang tuan haji katakan tu, Tamar?"

Toyol jadi-jadian

"Saya faham tuk," suara saya meninggi sambil menjeling ke arah Haji Yatimi.

Dia tersenyum panjang. Mungkin dia berasa lucu dengan telatah saya itu.

"Kalau begitu, biar aku beredar sekarang," kata Haji Yatimi dengan wajah yang tenang.

Datuk agak terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Haji Yatimi itu.

"Sekarang?" Datuk minta kepastian.

"Iya, sebelum matahari terbit aku mesti meninggalkan tempat ini, kalau lambat macam-macam boleh terjadi," jelas Haji Yatimi.

Datuk tunduk membisu, tidak ada sebarang pertanyaan yang keluar dari mulutnya.

Saya renung ke dada langit, saya lihat ada kerdipan bintang yang kurang jelas di sebalik awan.

Langit tetap biru. Deru ombak terus menyanyi berbuih terapung dan terkandas di gigi pantai. Dalam kedinginan itu saya menarik nafas lalu mengubah pandangan, merenung dada laut yang berkabus.

"Masa datang ke sini tadi, ada kamu nampak apa-apa?" Haji Yatimi tatap seluruh wajah Datuk dengan sinar mata yang lembut.

Datuk telan air liur, dia merenung ke gigi pantai macam ada sesuatu yang difikirkannya.

"Ada apa-apa yang kamu nampak?" Ulang Haji Yatimi lagi.

"Macam biasalah, Haji."

"Apa yang kamu buat dengan semuanya tu?"

" Saya buat macam biasa, saya buat tak kisah," jawab Datuk dengan senyum.

Dialog antara Haji Yatimi dengan Datuk membuat hati saya menjadi resah. Macam ada sesuatu yang tidak kena saya rasakan.

Macam ada rahsia yang mahu mereka sembunyikan dari pengetahuan saya. Dan saya kira perbuatan mereka yang tidak mahu bercakap dengan jujur dan ikhlas itu, adalah perbuatan yang tidak baik.

Saya harus memprotes sikap itu, saya harus memaksa mereka dengan cara yang sopan untuk menerangkan keadaan yang sebenar pada saya.

Kalau saya tidak berterus-terang, perasaan saya akan tertekan dan saya akan sentiasa curiga dengan Haji Yatimi dan Datuk.

Saya harus bertindak demikian dan dalam masa yang pendek saya membuat keputusan yang amat berani dan mengejutkan.

"Oh, kalau begitu, tuk sudah tahu. Patutlah tuk tak cemas bila saya cakap tentang lembaga putih tadi," saya keluarkan apa yang ada di dalam hati saya. Datuk dan Haji Yatimi berpandangan.

"Kamu tak usah tahu tentang hal tu," nada Datuk seperti memujuk.

Haji Yatimi menggigit bibir, matanya tetap merenung ke arah laut lepas.

"Datuk mahu sembunyi rahsia dengan saya?"

Tidak ada jawapan yang saya terima dari Datuk.

"Ada pantang-larangnya yang membuat tuk mesti berahsia dengan saya. Tuk mesti terangkan, kalau tidak saya tak puas hati," saya mengugut secara terhormat.

Saya lihat Datuk berada dalam keadaan serba salah. Dua tiga kali Haji Yatimi meraba-raba pangkal lehernya. Dia tepuk bahu Datuk, seolah-olah suruh bertenang.

"Biar aku jawab boleh tak ,Tamar?" tanya Haji Yatimi.

"Saya tak kira siapa yang nak jawab."

"Baiklah Tamar, sebenarnya kami sendiri tak tahu dari mana lembaga tu datang. Setiap kali aku dengan Datuk kamu ke sini, lembaga tu tetap datang, naik pening kami memikirkannya. Akhirnya kami buat tak kisah," Haji Yatimi cuba membunuh keraguan yang bergayut di jantung hati saya.

"Walau macam mana pun, lembaga putih tu tak pernah mengganggu kami," sahut Datuk.

"Kami pun tak pernah mengusiknya, dia dan kita sama-sama menumpang di bumi Allah. Dia dengan jalannya dan kita dengan cara kita.

"Pokoknya, dia juga hamba Allah macam kita, masih ada batas, ada sempadan untuk dipelihara," Haji Yatimi memberi ceramah pendek yang tidak membosankan.

Datuk hanya melihat tanpa berkata apa-apa, bila melihat Haji Yatimi menukarkan serban hijau dengan serban putih.

Haji Yatimi berdiri tegak sambil memeluk tubuh, mukanya dihadapkan ke dada laut. Sepasang anak matanya merenung tajam ke arah ombak yang bergulung menuju pantai. Renungan Haji Yatimi bagaikan sampai ke dasar laut.

"Dengan izin Allah tidak ada bahaya menanti," perlahan-lahan Haji Yatimi alihkan pandangan ke wajah Datuk.

Saya lihat Datuk mengangguk. Haji Yatimi menadah kedua belah telapak tangannya ke langit. Dia berdoa memohon restu dari Allah.

Saya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada pergerakan Haji Yatimi, saya lebih senang melihat cahaya merah di kaki langit.

OMBAK

Cahaya merah bagaikan memukul permukaan ombak yang bergerak selari menuju pantai sambil membiaskan warna keemasan berkilau-kilauan di dada laut, keindahannya tidak dapat digambarkan.

Kalau saya seorang penyair mungkin keindahan itu dapat saya terapkan dalam bait-bait sajak.

Tetapi, apakan daya, saya bukan seorang seniman. Daya kreatif dan khayalan saya tidak sekuat mana.

"Bismillah..."

Bagaikan kilat saya melihat ke arah Haji Yatimi . Dia membuka langkah sulung menuju ke perahu. Dengan tenang dia meranduk air laut hingga hujung jubahnya diresapi air.

"Doakan perjalanan saya selamat."

Haji Yatimi terus duduk di tengah perahu. Datuk hulurkan batang nipah kepadanya.

"Terima kasih."

Dengan tenang Haji Yatimi menyambutnya. Dua tiga kali dia menguji dayung ke air.

"Rasanya kali ini dayung tak berguna untuk sepanjang perjalanan, saya nak gunakan sekejap saja," tutur Haji Yatimi sambil meletakkan kembali dayung atas perahu.

Mendengar cakap Haji Yatimi itu, Datuk terus anggukkan kepala. Tetapi, saya menarik nafas panjang kerana kata-kata yang dihamburkan oleh Haji Yatimi tidak logik.

Menurut Haji Yatimi dia akan menggunakan dayung tersebut untuk tempoh yang sekejap saja, selepas itu dia menggunakan apa untuk menggerakkan perahunya?

Ingin saya tanyakan hal itu kepadanya tetapi, hati terasa berat, mulut bagaikan terasa bisu.

"Saya nak gunakan dayung ni, bila dah dekat dengan pantai Sumatera. Masa di tengah laut dayung ni memang tidak ada manfaatnya," Haji Yatimi merenung dayung batang nipah, kemudian merenung ke arah Datuk.

"Jadi, tuan haji gunakan apa?" tanya Datuk.

"Saya gunakan ini," Haji Yatimi mengembangkan telapak tangannya ke arah Datuk.

Dada saya berdebar dan cemas, barangkali rakan karib Datuk ini mahu bergurau, fikir saya.

Kalau menggunakan telapak tangan sebagai dayung, alamat kawan karib Datuk mati kering di tengah Selat Melaka.

Dalam diam-diam hati kecil saya membuat andaian, lalu saya bayangkan sebuah perahu membawa mayat manusia terumbang-ambing di tengah laut. Lama-kelamaan mayat itu terus kering dan reput dalam perahu.

"Kalau janji aku dengan Allah belum tiba waktunya, aku tak akan mati di tengah laut."

Saya terkejut dengan kata-kata yang Haji Yatimi ungkapkan itu. Dia bagaikan mengetahui apa yang bergolak di dalam dada saya.

Lebih mendebarkan hati saya bila sepasang matanya di arahkan ke wajah saya.

"Minta tolong tolakkan perahu aku ke tengah sikit, hai orang muda," dengan senyum Haji Yatimi meminta bantuan saya.

Dan saya tidak keberatan melakukannya. Dengan segala daya saya dorong perahu. Tetapi, perahu tidak juga berganjak walaupun seinci. Tiga kali saya dorong, tiga kali saya mengalami kegagalan.

Hati saya jadi sakit, bila saya lihat Haji Yatimi mengetawakan saya dan Datuk tersenyum panjang. Haji Yatimi terus berdiri.

"Kamu tidak mulakan pekerjaan dengan bismillah, kamu tidak meminta pertolongan dari-NYA," tutur Haji Yatimi sambil membetulkan hujung serbannya yang terdampar atas sayap bahunya. Datuk terus anggukkan kepala.

"Mari kita sama-sama menolaknya," kata Datuk.

Kepalang gembira hati saya mendengar pengakuan Datuk itu. Serentak saya dan Datuk membaca Bismillah, dan terus menolak perahu. Hasilnya perahu bergerak ke kawasan air yang dalam.

Haji Yatimi tetap berdiri di tengah perahu sambil mengimbangi badannya agar tidak jatuh. Dia angkat tangan kanan separas bahu dihalakan ke haluan perahu.

Bila tangan kanannya itu digerakkan ke kanan, haluan perahu pun bergerak perlahan-lahan ke kanan lalu menghala ke tengah laut (ke Sumatera) angin yang bertiup menggerakkan serban dan jubahnya, sekali pandangan macam kain kapal layar.

"Doakan perjalananku selamat."

"Allah bersama Haji Yatimi, perjalanan haji semoga selamat. Sampaikan salam saya kepada sahabat dan keluarga haji di Solok," kata Datuk.

"Insya-Allah, selamat tinggal," suara Haji Yatimi lantang.

Saya lihat Haji Yatimi duduk di tengah perahu. Kedua belah telapak tangannya dijadikan dayung menguak ombak.

BUNYI

Pada saat itu juga saya terdengar bunyi desiran angin dari arah daratan menghala ke laut.

Haji Yatimi menguak air laut dengan kedua belah telapak tangannya, tiba-tiba saya lihat perahu meluncur dengan lajunya ke tengah laut lepas dan Haji Yatimi tidak lagi menguak air laut.

Dalam sekelip mata saja, Haji Yatimi dan perahu lesap dari penglihatan. Saya bagaikan tidak percaya dengan apa yang saya hadapi, dua tiga kali, kelopak mata saya gosok.

"Jangan terkejut dengan semuanya ni, semuanya terjadi dengan izin Allah, permintaannya diperkenankan Allah," Datuk terus menepuk bahu saya.

"Menakjubkan tuk."

"Itu perkara biasa, aku selalu melihatnya, itulah sebabnya aku ajak kamu ke sini, biar kamu lihat dengan mata kepala kamu, betapa hebatnya amalan yang dibuat oleh Haji Yatimi.

"Semuanya berpunca dari keikhlasan. Dia beramal dengan ikhlas. Dia mohon sesuatu pada Allah dengan ikhlas untuk kebaikan bukannya untuk kejahatan," lanjut Datuk lagi.

Dan saya tidak kuasa untuk memberi sebarang komen dengan apa yang Datuk ucapkan.

Datuk dan saya meninggalkan kawasan Teluk Senangin. Matahari mula menyebarkan sinarnya yang lembut kepada air lembut di hujung dedaun, sentuhan sinar matahari membangkitkan cahaya kemilau di hujung dedaun.

Beburung mula berterbangan sambil berkicau riang, bunyi suara ungka dan monyet kian perlahan.

Langkah Datuk kian rancak. Saya dongak ke langit melihat awan langit yang putih bersih.

"Tuk tak mandi embun?"

" Nanti sampai rumah, aku tukar pakaian lain,"

" Pakaian yang tuk pakai ni tak boleh mandi embun?"

"Ah, kamu ni banyak cakaplah Tamar."

Saya menelan air liur. Dan saya berazam tidak mahu bertanya apa-apa dengan Datuk sehingga sampai ke rumah.

Bagi menghilangkan rasa bosan, saya memperlahankan langkah hingga jarak saya dengan Datuk berada jauh.

Saya bersiul-siul kecil membawakan lagu yang cukup 'top' pada saat itu, lagu HITAM MANIS dendangan biduan R. Azmi.

Sayup-sayup saya terdengar bunyi suara orang bercakap dalam jumlah antara tiga hingga lima orang.

Datuk angkat tangan kanan memberi isyarat kepada saya supaya berhati-hati. Dari arah yang bertentangan muncul beberapa orang kampung yang dikepalai oleh Mat Upeh.

"Mahu ke mana kamu semua?" tanya Datuk.

"Kami nak ke Teluk Senangin," jawab Mat Upeh.

"Nak buat apa?"

"Nak menghantar Haji Yatimi ke Sumatera, kami bawa pisang, keladi dan beras huma untuk dibawa ke sana," jawab Shamsuddin Silong, keturunan dari Kampar, Sumatera, yang sudah lama bermastautin di kampung saya.

Datuk senyum dan ketawa panjang. Perbuatan Datuk itu, tentu saja mengejutkan kawan-kawan Mat Upeh.

"Kenapa ketawakan kami," tanya mereka serentak.

"Haji Yatimi bukan datang dengan tongkang, kalau dia datang dengan tongkang barangkali semua barang-barang yang hendak kamu berikan kepadanya boleh dibawa."

"Habis datang dengan siapa?" tanya mereka lagi.

"Dia datang dengan perahu kolek."

Mendengar kata-kata Datuk itu, kawan-kawan Mat Upeh berpandangan sama sendiri. Rasa kecewa terbayang di wajah mereka.

"Dia tahu kamu semua ni, nak bagi barang-barang kepadanya," risik Datuk lagi.

"Tidak, kalau kami berterus-terang nak bagi kepadanya, tentu dia menolak, bila kami dapat tahu dia nak bertolak ke Sumatera dari Teluk Senangin, kami pun buat rancangan mengejut ni," terang Shamsuddin.

"Sudahlah, lupakan semuanya. Bawalah barang-barang ni balik," tutur Datuk lalu meneruskan perjalanan.

Mat Upeh dan kawan-kawannya berpisah dengan saya dan Datuk. Masing-masing dengan haluan sendiri. Dan matahari kian meninggi, badan mula terasa panas dan berpeluh.

Sebaik saja kami sampai di rumah nenek sudah menanti dengan sarapan pagi. Tetapi Datuk tidak menjamah makanan dan minum air kopi.

Dia melakukan senaman dan mandi air embun . Bila semuanya itu selesai barulah dia bersarapan pagi.

AMANAH

Sudah sebulan lebih Haji Yatimi pulang ke Solok. Tidak ada khabar berita yang Datuk peroleh darinya. Hubungan kami dengannya bagaikan terputus.

Tetapi, apa yang saya lihat dan alami tetap menjadi rahsia diri. Tidak saya ceritakan kepada sesiapa pun. Demi menjaga amanah Datuk.

Masa terus berlalu, ingatan saya terhadap Haji Yatimi kian tumpul. Begitu juga apa yang diperlihatkan oleh Haji Yatimi di Pantai Teluk Senangin, makin kurang bermain di kotak fikiran saya.

Ada kalanya lupa terus. Mungkin semuanya ini, berpunca dari Datuk yang selalu mengingatkan saya supaya jangan taasub (fanatik) terhadap Haji Yatimi.

Kata Datuk, bila kita terlalu taasub pada seseorang, mungkin membawa kecelakaan pada diri sendiri.

Boleh menumpulkan mata hati dan fikiran, kerana kita terlalu memuja tokoh yang dikagumi.

Apa yang dibuatnya semua baik belaka. Sesungguhnya, Islam melarang perbuatan memuja seseorang.

"Perbuatan begitu termasuk dalam syirik kecil. Aku harap kamu tidak terjumlah dalam golongan tersebut," kata-kata yang diungkapkan oleh Datuk itu selalu bermain dalam tempurung kepala saya.

Jika ada kawan-kawan yang mula memperlihatkan unsur-unsur fanatik terhadap seseorang pemimpin atau tokoh masyarakat, kata-kata Datuk itu segera saya sampaikan kepada mereka.

Tidak semua kawan-kawan menelan begitu saja dengan apa yang saya tuturkan itu. Mereka berdebat dan berbahas.

Bagi mempertahankan kata-kata Datuk itu, saya terpaksa berhujah dengan mereka. Saya terpaksa membuat rujukan dengan membaca kitab, bertanya pada orang yang lebih pandai dalam selok-belok agama.

Kalau perlu, saya terpaksa mencari hadis sahih serta mencari tafsiran al-Quran.

Tanpa disedari, perbuatan saya bersama kawan-kawan yang suka berdebat dan berbahas untuk mencari kebenaran itu, menimbulkan minat yang sungguh tinggi dalam diri kami untuk mencari ilmu.

Biasanya, perdebatan kami lakukan di dalam masjid atau surau.

Kami mula jadi ulat buku terutama buku-buku agama dan falsafah Islam yang menyangkut bidang ekonomi, undang-undang dan sebagainya.

Kedai buku yang sering kami kunjungi ialah AL-ZAINIAH di bandar Taiping.

Pada masa itu, buku pengetahuan tentang Islam yang ditulis dalam bahasa Malaysia agak berkurangan. Malah boleh dikatakan tidak ada langsung.

Saya dan kawan-kawan terpaksa mencari buku terjemahan dalam bahasa Indonesia dan Inggeris.

Selalunya, bahasa Indonesia yang lebih kami utamakan, secara kebetulan di kalangan kami hanya beberapa orang saja yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Mereka itu terdiri dari para pelajar yang bakal menjadi mahasiswa Universiti Malaya (yang pada masa itu bertempat di Singapura) sebahagian dari kawan-kawan saya itu kini, ada yang menjadi orang politik, tokoh agama malah ada yang masih belajar di luar negara.

Hasil dari suka berdebat untuk mencari kebenaran dan rajin membaca buku pengetahuan, saya rasa minda saya makin luas dan matang.

Tidak suka bercakap sembarangan dan mendengar sembang atau borak kosong. Saya semakin menjauhkan diri dari majalah yang bercorak hiburan.

Saya lebih suka menghabiskan masa berjam-jam dalam bilik membaca buku agama dan pengetahuan.

Saya beruntung kali ini, nenek tidak begitu kisah sangat tentang diri saya. Nenek tidak peduli sama ada saya turun ke sungai melihat atau menahan lokah.

Nenek tidak ambil tahu sama ada saya pergi ke kaki gunung atau bukit melihat jerat pelanduk. Nenek tidak menegur saya, kalau saya pergi ke kebun pisang pada sebelah petang saja.

"Kamu sekarang jadi raja, bebas dan merdeka. Bila Datuk kamu balik, barulah kamu tahu untung nasib kamu," usik nenek di suatu petang, semasa dia melihat saya terbaring di katil sambil membaca buku.

SAMBUT

Usikan nenek itu saya sambut dengan senyum sinis yang panjang. Saya segera bangun dan terus letak buku atas tilam.

Tanpa dipelawa nenek terus duduk di sisi. Dengan cara bersahaja dia menatap wajah saya.

"Buku apa kau baca Tamar?"

"Buku tentang kejayaan dan kejatuhan para khalifah Islam."

"Tulisan orang putih?" biji mata nenek terbeliak merenung tulisan rumi di bahagian kulit belakang buku.

Saya menggigit bibir, sebuah penjelasan yang jitu harus dikhabarkan kepada nenek yang buta huruf.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 135/284

BACA: SBDJ Siri 134: Lembaga di Tepi Laut
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Pekeliling 'Larangan' Solat Jumaat Jika Berlaku Wabak Covid-19 Di Kawasan Anda

Pekeliling 'Larangan' Solat Jumaat Jika Berlaku Wabak Covid-19 Di Kawasan Anda

Kerisauan kemungkinan Covid-19 boleh tersebar luas jika ada individu dijangkiti disesuatu kawasan, menunaikan solat jemaah di masjid dan majlis keagamaan, akhirnya mendapat perhatian dari pihak berkuasa.

Covid-19 dan solat Jumaat

Namun begitu, situasi semasa penularan virus Covid-19 yang masih terkawal di negara ini tidak memerlukan solat Jumaat dihentikan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, solat yang diwajibkan kepada lelaki Muslim itu hendaklah diteruskan dengan beberapa perubahan dilakukan, antaranya memendekkan khutbah Jumaat.

Mereka yang mengalami gejala Covid-19 juga tidak perlu menghadiri solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit dan akan memudaratkan kepada orang lain.

Individu yang disahkan positif Covid-19 dibolehkan tidak mengerjakan solat Jumaat, tetapi diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing.

Orang ramai juga digalakkan untuk mengambil wuduk di rumah, manakala pengurusan masjid dan jemaah hendaklah menyediakan 'hand sanitizer' (cecair pembasmi kuman), penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan.

Solat Jumaat boleh digantikan dengan solat Zohor dalam keadaan wabak itu menjadi umum dan merebak secara tidak terkawal.

Hal itu hanya boleh dilakukan selepas memenuhi beberapa syarat iaitu larangan berkenaan status wabak dikeluarkan oleh pihak berautoriti seperti Kementerian Kesihatan.

Ia juga tertakluk kepada wabak itu sudah menunjukkan kesannya di tempat tersebut dan ramai individu yang telah disahkan positif Covid-19 dengan Kementerian Kesihatan telah menyemak dan memeriksa masjid atau surau Jumaat terlebih dahulu.

Peserta Ijtimak Tabligh Positif COVID-19

Pekeliling Solat Jumaat Covid-19
Pekeliling Solat Jumaat Covid-19.

Sementara itu, seorang warga emas warga tempatan berusia 60 tahun, disahkan positif COVID-19 selepas menghadiri 'ijtimak tabligh'’ di Masjid Seri Petaling, pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu, adalah kes ke-131 dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mula mempunyai gejala deman, batuk serta selesema pada 4 Mac 2020 lalu.

Ketika ini pesakit itu sudah diasingkan dalam wad isolasi dan sedang menerima rawatan, yang dikesan melalui survelan KKM adalah kes dalam kalangan 'severe acute respiratory infection' (SARI) dikesan dijangkiti COVID-19.

Satu siasatan teliti dilakukan terhadap pesakit ke-131 itu dan mendapati dia mempunyai sejarah menghadiri perjumpaan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling.

KKM menasihatkan mereka yang menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling dari 28 Februari hingga 1 Mac 2020 lalu segera menghubungi pejabat kesihatan daerah untuk membendung penularan jangkitan Covid-19.

Berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh itu membabitkan anggaran 10,000 orang dari beberapa negara termasuk Malaysia.

Maklumat itu adalah berdasarkan kes positif yang disahkan Covid-19 di Brunei melalui International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei yang memaklumkan kepada IHR FP Malaysia.

Pesakit pertama Covid-19 yang diuji positif di Brunei, telah menghadiri perhimpunan di sebuah masjid di Sri Petaling dan terbang pulang dengan penerbangan AirAsia melalui Miri, Sarawak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 2 | 1

7 Sifat Angkuh Cina Malaysia Di Bongkar Warga China

7 Sifat Angkuh Cina Malaysia Di Bongkar Warga China

Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari china tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Beliau mempunyai banyak pengalaman melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu.

The Chinese Dilemma

Menurutnya, orang Cina di Malaysialah (bukan semua) yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan.

Keberanian beliau membongkar kepincangan pemikiran masyarakat Cina Malaysia memberikan kita perspektif daripada ‘orang dalam’ tentang sikap dan mentaliti sebahagian daripada masyarakat Cina Malaysia.

Buku ini menerima kutukan teruk dalam komen-komen oleh mereka yang apa disebut didalam peribahasa Melayu 'siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya.

Dalam buku, The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:

1. Pengiktirafan Orang Cina

"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih, kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat.

"Tetapi, orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu.

"Mana-mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik."

2. Keangkuhan Orang Cina

"Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini.

Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini.

Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka.

Mana-mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina."

3. Perkauman Orang Cina

"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu.

Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial.

Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina.

"Sebab itu orang cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini.

"Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis."

4. Penghinaan Orang Cina

"Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu.

"Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun.

"Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana menganggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu.

"Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan tisu tandas, yang dianggap lebih bertamadun. "Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan orang putih’ kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera."

5. Sikap Negatif Orang Cina

"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka.

"Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang cina berniaga.

"Jadi, sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka.

"Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat."

6. Isu Tuan Rumah

"Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah, manakala orang Cina dan India sebenarnya hanyalah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat.

"Orang cina Malaysia sepatutnya malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah.

"Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar.

"Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar."

7. Orang Melayu Sebenarnya Sedang Dijajah Cina

"Tetapi, itulah keistimewaan orang Melayu. Mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan penyabar.

"Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat, sekarang mereka perlu bersusah payah untuk merampas dari orang Cina yang memegang ekonomi pula.

"Sepatutnya, orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia.

"Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman.

"Kami sendiri, orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis.

"Sebenarnya, jujur saya mengatakan orang cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu, mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh yang nyata."

Truth hurts

Seperti biasa, komentar yang diterima jelas lebih bersifat rasis dan ultra-kiasu, yang tidak dapat menerima kenyataan. Truth hurts - kebenaran itu sangat memedihkan.

Itulah yang dirasai oleh extremis, rasis dan pelampau perkauman yang membaca pendedahan dan pembongkaran oleh Ye Lin-Sheng ini!

Namun beberapa komentar profesional yang objektif melihat pendedahan ini sebagai satu keberanian yang wajar dibongkar!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: zul4kulim

King Coco Muncul Kembali, 'Tiba-tiba' Menang Jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai!

King Coco Muncul Kembali, 'Tiba-tiba' Menang Jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai!

King Coco atau Marshaira Ismail, 22, kembali menjadi bualan ramai selepas terlibat dalam politik menerusi parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebelum ini cukup terkenal di media sosial kerana bercakap dengan pelat mat saleh.

King Koko Srikandi Bersatu
Poster kempen pencalonan King Coco.

Penglibatan King Coco dalam politik mula dihidu 'peminat' selepas satu poster kempen bagi merebut jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai di Perak tersebar di media sosial.

Namun, hasil semakan di Facebook Bagan Serai Kampung HalamanKu mendapati, ibu kepada seorang anak itu sudah memenangi jawatan itu apabila memperolehi 62 undi dengan menewaskan dua calon lain.

Seperti biasa, netizen melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan berkenaan dan mula melahirkan pendapat masing-masing.

"Serius la dah menang? Ingat baru nak calon. Hahahhaa..

"King Coco buat come back. Harap dia jadi pemimpin yang kelakar.

"Level nak pilih ketua macam ni ke? Patut la politik Malaysia tidak berkembang," tulis yang lain di Twitter.

King Koko Srikandi Bagan Serai
Selepas keputusan diumumkan.

Kelihatan King Coco berbaju kurung merah pada sesi pengumuman keputusan pemilihan Bahagian Bagan Serai.

Sebelum ini, King Coco menjadi bualan ramai apabila mengakui mempunyai banyak darah campuran keturunan.

Coco juga sudah berkahwin pada 2017 ketika berusia 19 tahun dan kini mempunyai seorang anak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:


sumber: mstar

Wednesday, March 11, 2020

Ketahui Manfaat Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO

Ketahui Manfaat Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), dilancarkan Perkeso supaya setiap rakyat dapat dilindungi daripada sebarang bahaya dengan mencarum SKSPS serendah RM13.10 setiap bulan atau tidak sampai 50 sen setiap hari.

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)

Walaupun skim ini bukanlah suatu yang wajib, orang ramai digesa agar merebut peluang ini untuk manfaat diri sendiri selepas mencarum.

SKSPS akan diperluaskan melibatkan 19 sektor pekerjaan sendiri antaranya pertanian, pengangkutan, perniagaan online serta kesenian.

FAQ Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri [Akta 789]

Soalan: Apakah akta yang memberi perlindungan kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS)?

Jawapan: Akta ini dinamakan sebagai Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

Soalan: Apakah objektif utama Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) dilaksanakan?

Jawapan: Akta 789 diwujudkan untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri di dalam sektor tidak formal. PERKESO telah menguatkuasakan Akta 789 mulai 1 Jun 2017 dan buat permulaan, caruman di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) hanya melibatkan sektor pengangkutan penumpang seperti pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas.

Bagaimanapun, mulai 1 Januari 2020, SKSPS diperluaskan kepada 19 sektor tidak formal lain menjadikan 20 sektor secara keseluruhannya.

Soalan: Nyatakan 20 sektor tidak formal yang layak mendaftar dan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)?

Jawapan:
  • Pengangkutan Penumpang.
  • Perkhidmatan Premis Penginapan.
  • Pengangkutan dan Penghantaran Barangan atau Makanan.
  • Perniagaan Dalam Talian (Online).
  • Pertanian.
  • Perkhidmatan Berkaitan Teknologi Maklumat.
  • Penternakan dan Pengeluaran Ternakan.
  • Perkhidmatan Pengumpulan dan Pemprosesan Data.
  • Pengambilan Hasil Hutan.
  • Perkhidmatan Ejen.
  • Perikanan.
  • Perkhidmatan Profesional.
  • Penyediaan dan Penjualan Makanan.
  • Khidmat Sokongan Persendirian.
  • Aktiviti Pengilangan Produk .
  • Aktiviti Persembahan, Perfileman, Karya Seni dan Grafik.
  • Kerja-kerja Pembinaan .
  • Perkhidmatan Penjagaan, Perawatan dan Pemulihan Kesihatan.
  • Menjaja atau Berniaga.
  • Perkhidmatan Isi Rumah.

Soalan: Apakah syarat kelayakan OBS untuk mencarum di bawah Akta ini?

Jawapan: Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap tanpa mengira had umur dan Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mancari nafkah.

Soalan: Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendaftar?

Jawapan:
  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan lesen/kad pemandu/profil e-hailing/permit/sijil/perakuan pendaftaran perniagaan atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

Soalan: Bolehkah caruman OBS ini dibayar oleh orang lain?

Jawapan: Tiada halangan caruman bagi pihak OBS dibayar oleh orang lain asalkan dokumen yang diperlukan adalah lengkap.

Soalan: Bolehkah caruman yang dibayar dipindah milik kepada orang lain?

Jawapan: Tidak boleh dipindah milik.

Soalan: Ali telah mencarum selama 6 bulan di bawah pelan caruman RM157.20 setahun. Bolehkan Ali menukar pelan caruman kepada RM232.80 setahun pada bulan ketujuh?

Jawapan: Ali tidak boleh menukar pelan caruman kepada RM232.80 setahun, sebaliknya beliau hendaklah melengkapkan caruman selama 12 bulan di bawah pelan caruman RM157.20 setahun.

Selepas 12 bulan barulah beliau boleh menukar pelan caruman kepada RM232.80 setahun.

Soalan: Bagaimanakah kemalangan yang boleh dibuat tuntutan di bawah Akta ini?

Jawapan: Pencarum akan mendapat perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan Sendiri jika sesuatu kemalangan berlaku terbit daripada dan semasa menjalankan aktviti pekerjaan sendiri termasuk penyakit pekerjaan.

Soalan: Apakah faedah yang disediakan dibawah SKSPS?

Jawapan:
  • Faedah Perubatan.
  • Faedah Hilang Upaya Sementara.
  • Faedah Hilang Upaya Kekal.
  • Elaun Layanan Sentiasa.
  • Faedah Orang Tanggungan.
  • Faedah Pengurusan Mayat.
  • Kemudahan Pinjaman Pendidikan.
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani, Vokasional dan Program Return To Work (RTW).

Soalan: Apa faedah yang boleh diterima oleh pencarum sekiranya tiada kemalangan yang berlaku bagi tempoh caruman dibayar?

Jawapan: Tiada sebarang faedah boleh dibayar kerana perlindungan berasaskan kepada 'pooling of resources and sharing of risks'.

Soalan: Adakah caruman yang dibayar boleh dibuat bayaran balik?

Jawapan: Tidak boleh di bayar balik merujuk kepada seksyen 11(3) Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789).

Soalan: Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya OBS tidak membuat bayaran caruman secara berterusan?

Jawapan: Tiada perlindungan sekiranya tiada caruman.

Soalan: Bagaimana cara tuntutan faedah dan borang yang digunakan?

Jawapan: Tuntutan faedah hendaklah menggunakan Borang PS2 yang boleh diperolehi dari laman web PERKESO.

Borang PS2 hendaklah dikemukakan beserta dengan dokumen yang berkaitan seperti kad pengenalan, sijil cuti sakit asal, laporan polis dan sebagainya.

Borang PS2 beserta dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan kepada pejabat PERKESO berhampiran.

Soalan: Adakah pencarum masih boleh membuat tuntutan daripada syarikat insurans swasta sekiranya mempunyai perlindungan PERKESO?

Jawapan: Pencarum boleh membuat tuntutan kepada insurans swasta sekiranya mempunyai perlindungan SKSPS PERKESO.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: perkeso

Apa Itu Gliserin Dalam Produk Makanan Dan Kecantikan?

Apa Itu Gliserin Dalam Produk Makanan Dan Kecantikan?

Gliserin (glycerine, glycerin) adalah adalah sebatian organik yang merupakan komponan tidak berbau, tidak berwarna, likat dan manis serta rendah toksid, juga dikenali sebagai gliserol (glycerol), dihasilkan dengan memisahkan lemak dan minyak binatang atau sayuran.

Apa Itu Gliserin

Gliserin boleh diperolehi dari beberapa sumber dan haiwan adalah salah satu darinya, diperoleh melalui lemak yang biasa dijumpai dalam darah dan komponen utama tisu badan haiwan tersebut.

Kebiasaannya, gliserin bersumberkan haiwan lazim dirujuk sebagai gliserin daripada gliserol dan semestinyalah haiwan yang paling utama ialah babi dan lembu.

Selain itu, boleh juga didapati daripada tumbuhan-tumbuhan atau minyak sayuran antaranya zaitun, soya dan biji sawi.

Di Malaysia, gliserin kebiasaannya bersumberkan dari kelapa sawit dan dalam sesetengah kes, gliserin mungkin datang dari sumber sintetik hasil tindak balas kimia dengan petroleum, iaitu produk sampingan (byproduct), dalam penghasilan biodiesel.

Penghasilan biodiesel adalah proses menghasilkan biofuel (minyak biologi), bagi menggantikan minyak petroleum.

Disebabkan gliserin mempunyai manfaat yang besar kepada manusia, maka tidak peliklah ia digunakan dengan begitu meluas.

Fungsi Gliserin

Dalam industri farmaseutikal (perubatan), gliserin digunakan untuk meningkatkan kelancaran, sebagai bahan pelincir dan humectant (bahan penyerap kelembapan, mengelak produk menjadi kering).

Gliserin juga boleh didapati dalam produk seperti sirap ubat batuk, ubat titis mata, ubat kumur, ubat topikal untuk yis dan jangkitan bakteria dan lain-lain.

Oleh kerana gliserin bersifat menyerap kelembaran udara, mesra pada kulit, tidak iritasi kepada bayi, maka industri kosmetik memanfaatkannya dalam sekian banyak produk penjagaan diri.

Produk Yang Menggunakan Gliserin

Antara produk yang biasa menggunakan gliserin ialah masker (topeng muka), krim pelembab, krim pemerah pipi, losyen pencerah, bedak asas muka, penyegar kulit, syampu rambut, sabun, gel seks dan ubat gigi.

Bagi industri makanan pula, gliserin boleh digunakan sebagai pengemulsi dan gula rendah kalori; aiskrim, marjerin, makaroni, kek dan mentega kacang adalah antara yang mengandungi gliserin (emulsifier).

Selain itu, gliserin juga digunapakai dalam industri membuat sosej dengan tujuan melembutkan pembalut sosej. Penggunaannya adalah kerana sifatnya yang tidak beracun, melincir dan meruap di dalam udara.

Pastikan Ada Logo Halal

Oleh itu, adalah sangat penting untuk mendapatkan produk-produk yang telah disahkan status halal oleh pihak berautoriti.

Ini sangat penting untuk kita mengelakkan diri dalam terjerumus kepada yang syubhah apatah lagi haram.

VEGETABLE GLYCERIN

Gliserin tumbuhan

Vegetable glycerin (VG) adalah produk yang diekstrak daripada minyak sayuran, cecair tanpa warna dan tidak berbau, digunakan sebagai ramuan dalam produk seperti sabun, syampu, kosmetik, ubat gigi, krim pencukur, ubat-ubatan dan produk farmaseutikal.

VG digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam industri kosmetik untuk meningkatkan kesihatan kulit, kerana ianya selamat dan mesra alam.

Penggunaan Vegetable Glycerin (VG):

Kecantikan

Vegetable glycerin bermanfaat untuk melembutkan kulit, menjadikannya amat popular sebagai ramuan tambahan didalam pembuatan produk kosmetik.

Glycerine merupakan sumber semulajadi yang membantu kulit mengekalkan kelembapan dan itu adalah salah satu sebab mengapa pengeluar biasanya menambah Vegetable glycerin kepada formula losyen kulit mereka.

Makanan

Vegetable glycerin bukan sahaja bahan utama dalam kosmetik dan produk kebersihan yang lain, ia juga merupakan unsur yang boleh dimakan dan penting di dalam beberapa makanan.

Vegetable glycerin adalah salah satu bahan utama yang digunakan dalam diet rendah karbohidrat. Ia dikatakan mempunyai tekstur yang sempurna dan berminyak, menjadikannya satu kemestian bagi pengeluar produk makanan menggunakannya untuk memperbaiki tekstur makanan serta menjadikan makanan sentiasa lembap dan lembut.

Vegetable glycerin meningkatkan jangka hayat makanan, boleh mencairkan pewarna dan perasa makanan dan bertindak sebagai pengemulsi untuk menggabungkan komponen lemak dan bukan lemak, juga boleh bertindak sebagai pemanis dan merupakan bahan yang halal.

Kebiasaanya, pengeluar produk makanan akan melabelkan kandungan glycerine dalam produk mereka dengan kod E (huruf E adalah kod untuk bahan kimia yang digunakan sebagai additif makanan), contohnya: E1430 & E1441.

Mesra Alam

Kitar semula, dengan menggunakan peralatan cekap tenaga dan membeli produk organik adalah cara yang bijak untuk membantu alam sekitar dan Vegetable glycerin dianggap sebagai bahan yang mesra alam dalam produk semula jadi.

Manfaat terapeutik

Satu kajian yang dijalankan oleh Kolej Perubatan Georgia telah menunjukkan bahawa glycerin mempunyai manfaat terapeutik kepada kulit.

Selain daripada nilai kosmetik yang telah dikaji dan didapati tidak hanya membuat kulit kelihatan lebih baik, tetapi juga berfungsi lebih baik jika digunakan dengan cara yang betul.

Menurut penemuan oleh Wendy Bollag, Ph.D., glycerine bertindak dengan mempengaruhi tindakan eksotoksin D, enzim yang berperanan menggalakkan sel-sel kulit menjadi matang semasa peringkat penyembuhan.

Penyelidik mendakwa produk yang mengandungi glycerine berpotensi meningkatkan penyembuhan luka dan boleh memberi kesan positif kepada pesakit kulit seperti kanser kulit (non-melanoma) dan psoriasis (penyakit kulit yang kronik).

Dalam bentuk gel, gycerine adalah salah satu pilihan yang digunakan didalam krim, pil kapsul dan jeli kontraseptif.

Vegetable glycerin juga larut dalam air, oleh itu ianya juga digunakan didalam ubat titis mata dan telinga.

Vegetable glycerin juga merupakan unsur yang ditambah ke dalam ubat gigi, antiseptik mulut dan lain-lain produk penjagaan gigi kerana rasa manis dan likat, bertekstur halus dan lembut.

Kilang Gliserin Terbesar Dunia

Dan mungkin ramai diantara kita tidak tahu bahawa Malaysia mempunyai kilang pemprosesan glycerine terbesar didunia.

Kita patut berbangga kerana kilang ini menghasilkan glycerine berkualiti premium daripada sumber kelapa sawit yang mana produk ini dieksport dan digunakan di serata dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

SBDJ Siri 134: Lembaga di Tepi Laut

SBDJ Siri 134: Lembaga di Tepi Laut

"Yang kamu ambil, kayu arang atau buluh?" tanya nenek kepada saya.

"Kayu arang," jawab saya.

"Bukan urusan kamu untuk mengetahui semuanya ini, ini urusan aku," kata Datuk yang secara tiba-tiba memusingkan badannya ke arah saya dan nenek.

Toyol jadi-jadian

Dia bagaikan mengetahui dengan apa yang kami perkatakan. Saya dan nenek berpandangan.

Datuk kembali menghadapkan dada dan wajahnya ke halaman rumah. Kayu arang masih di tangannya. Dengan tenang Datuk mengangkat kayu arang melepasi kepalanya.

"Bukan di sini tempat untuk bergurau. Orang lain boleh diajak main-main. Dengan aku jangan dibuat begitu nanti buruk padahnya.

"Aku tak mencari musuh, pengikut kamu datang jumpa aku dengan niat untuk memisahkan diri dari kamu," tutur Datuk dan kayu arang terus dihumbankan keluar. Nenek menarik nafas lemah.

Saya menggigit bibir dan timbul persoalan dalam diri saya sendiri. Dengan siapa Datuk bercakap?

Di saat saya memikirkan perkara tersebut, terdengar suara menyebut nama Khoja Lisut sebanyak tiga kali berturut.

Semuanya itu kedengaran sayup-sayup, dituruti dengan ketukan di dinding rumah berkali-kali.

Datuk masih juga berdiri di ambang pintu, tidak mahu ambil peduli dengan apa yang didengarnya.

Sebaik saja bunyi ketukan berhenti, saya terdengar bunyi buah mangga muda berguguran ke bumi akibat pohonnya digoncang bertalu-talu.

Pada hemat saya, peristiwa aneh itu terjadi selama lebih kurang lima minit. Setelah itu suasana terasa sepi kembali.

"Iblis tu masih belum puas."

Datuk bergerak dari tempat dia berdiri. Daun pintu dirapatkan. Kunci dan selak dikenakan kembali.

Tiga kali Datuk menyapu mukanya dengan telapak tangan kanan. Dimulai dari hujung dagu membawa ke atas, hingga ke hujung dahi.

"Benda-benda yang macam itulah yang saya dengar waktu awak belum balik, kalaulah benda itu merupakan manusia atau binatang, saya tetak dengan golok," sambil berkata-kata nenek menggayakannya sekali.

Melihat telatah nenek itu, secara spontan saya teringatkan pelakon filem Normadiah yang bertarung dalam filem SEMERAH PADI.

Rupanya, saya tidak keseorangan dalam menghadapi kelucuan dari nenek itu. Buktinya, bila saya menoleh ke arah Datuk, dia tersenyum sinis.

"Sudahlah, memang iblis tidak mahu mengaku kalah, dia selalu mengusik dan menakut-nakutkan kita. Sudahlah," Datuk segera menarik tangan saya mengajak ke ruang dapur. Saya segera patuh dengan kemahuannya.

"Kenapa dia sebut nama Khoja Lisut tuk?"

"Itu menunjukkan yang iblis mahu menguasai Khoja Lisut, mahu memperdayakan Khoja Lisut supaya masuk ke dalam kekuasaannya, walaupun dia tahu Khoja Lisut sudah kembali ke pangkal jalan," demikian Datuk menjelaskan kepada saya. Penjelasan itu dapat saya terima.

HIDANGAN

Semasa menghadapi hidangan makanan, nenek mengulangi pertanyaan yang telah saya ajukan kepada Datuk.

Jawapannya, sama seperti apa yang Datuk ucapkan kepada saya sebentar tadi.

Nenek pun tidak mengemukakan soalan susulan. Tetapi, dari gerak-geri yang ditunjukkan oleh nenek dia tidak puas hati dengan apa yang Datuk tuturkan kepadanya.

"Tak puas hati dengan jawapan saya?" Datuk menduga.

"Tidak."

"Kenapa pula?"

"Jawapannya macam melepaskan batuk di tangga."

"Habis apalagi yang mahu saya terangkan, syaitan hanya berani pada orang yang takut."

"Hum..." suara nenek terkulum dan dia terus menyuapkan nasi ke mulutnya.

Suasana selanjutnya tidak diganggu oleh sebarang pertanyaan. Kami terus makan dengan tenang hingga selesai.

Sebenarnya, hati saya ingin mengetahui misteri yang terjadi secara terperinci. Tetapi, saya takut mengemukakan pertanyaan. Takut kena marah dan kena herdik.

Macam biasa, bila selesai makan masing-masing membawa diri. Nenek dengan tugasnya di dapur, saya berkubang dalam bilik membelek dan membaca novel-novel ringan dan majalah-majalah lama.

Datuk tetap dengan kegemarannya membaca kitab yang ada hubung kaitnya dengan hal-hal keagamaan hingga tertidur.

Bila terjaga waktu tengah malam, Datuk terus melakukan sembahyang tahajud dan akhirnya membaca Quran hingga menjelang waktu Subuh.

Mungkin kerana kekenyangan atau keletihan saya terus tertidur tanpa memadamkan lampu.

Tidur saya yang nyenyak itu berakhir, bila tubuh saya digoncang bertalu-talu. Perlahan-lahan saya bukakan kelopak mata.

"Kenapa tuk."

"Aku dah sembahyang Subuh, terlupa nak kejutkan kamu."

"Iya, saya bangun sekarang."

"Cepat mandi dan ambil wuduk," tutur Datuk bila melihat saya melangkah agak lambat menuju ke perigi.

Memang kalau boleh ingin saya meneruskan tidur. Bila sudah dikejutkan oleh Datuk memanglah mustahil untuk saya lanjutkan perbuatan itu.

Selalunya, saya menunggu Datuk sembahyang tetapi, kali ini Datuk terpaksa menunggu saya. Memang terasa lucu bila Datuk menunggu cucu.

Kerana menyedari diri dalam perhatian Datuk, terus saja saya berusaha dengan sebaik mungkin membetulkan pembacaan mengikut hukum tajwid.

Bila pembacaan saya tidak betul atau tidak lancar, Datuk segera menegur dengan cara yang paling sopan sekali.

Datuk batuk kecil berulang kali, bila perkara begitu terjadi fahamlah saya tujuan sebenar Datuk.

Terus terang saya katakan, apa yang Datuk lakukan itu kurang menyenangkan hati saya.

Setelah memberi salam, saya menarik nafas kelegaan. Tidak ada sebarang komen dari Datuk.

Saya pun membuat kesimpulan bahawa pembacaan saya betul, rukun sembahyang lengkap, tidak ada yang salah. Saya pun segera bangun.

"Nanti dulu, Tamar."

"Kenapa tuk?"

"Kenapa kamu tidak berdoa, Tamar?"

"Masa dah suntuk tuk, sebelum berdoa mesti berwirid, ini memakan masa tuk, saya tahu tuk nak pergi cepat."

"Satu tanggapan yang silap," kata Datuk dan saya terus kerutkan kening dalam suasana Subuh yang damai.

DETIK

Buat beberapa detik, saya dan Datuk tidak berkata apa-apa. Kami saling berpandangan dan saya tetap mengharapkan Datuk memberi alasan yang kukuh kenapa dia berkata demikian. Dua tiga kali saya lihat Datuk menggaru pangkal dagunya.

"Nabi Muhammad, pernah berkata berdoalah setelah sembahyang, ertinya setelah memberi salam kita boleh terus berdoa meminta berkat dari Allah yang Maha Besar," tutur Datuk dengan tenang.

"Tapi biasanya bila kita sembahyang berjemaah, kita berwirid dulu ikut Pak Imam sebelum berdoa," tanya saya.

"Perbuatan itu tidak salah, kalau tak mahu ikut Pak Imam berdoa pun tak mengapa, kita berdoa sendiri. Bila kita dah berjemaah eloklah ikut Pak Imam."

"Begitu," kata saya lemah.

"Macam kamu ni, kalau ada masa memang eloklah kamu berwirid sebelum berdoa, kerana tak cukup masa, kamu terus saja berdoa. Satu perkara yang mesti Tamar..." Datuk tidak meneruskan percakapannya, dia gosok pangkal hidungnya berkali-kali.

"Apa dia perkara yang tuk nak cakap dengan saya," soal saya tanpa sabar.

Hati saya semakin resah, Datuk buat tidak kisah dengan pertanyaan saya itu. Dia terus meraba-raba hujung dagunya pula.

"Apa dia tuk?" susul saya lagi.

"Oh, iya kita cakap fasal apa tadi Tamar?"

"Fasal doa tuk."

"Iya aku ingat sekarang. Begini Tamar, satu perkara yang mesti tu, maksudnya begini, sebaik-baiknya cuba amalkan selepas sembahyang terus berdoa. Itu perbuatan yang baik, tanda kita berterima kasih pada Allah," begitu lembut nada suara Datuk menuturkan kata nasihat.

"Saya cuba buat, apa yang tuk suruh," saya lahirkan sebuah ikrar di depannya.

Hasil yang saya perolehi, sebuah senyuman terpamer di kelopak bibir Datuk.

"Bagus Tamar," dengan manja Datuk menepuk bahu kanan saya berkali-kali. Gelombang ria beralun dalam danau hati saya.

"Engkau tahu Tamar," cetus Datuk lagi.

"Terlalu banyak nikmat yang kita terima dari Allah, tetapi terlalu sedikit tanda kesyukuran yang kita berikan kepada-Nya."

Saya anggukkan kepala, setuju dengan apa yang Datuk tuturkan. Dengan ekor mata saya jeling ke wajah Datuk. Ternyata wajah Datuk nampak hiba penuh keinsafan.

Melihat Datuk berkeadaan demikian, saya amat terharu. Buat beberapa ketika suasana terasa amat hening sekali.

Perlahan-lahan Datuk bangun lalu melangkah ke jendela. Daun jendela dibuka, Datuk melihat ke dada langit. Kemudian daun jendela dirapatkan kembali.

"Sekarang kita berangkat, Tamar."

Datuk segera masuk ke kamarnya dan keluar dengan pakaian serba hitam. Datuk membalut kepalanya dengan songkok putih.

"Nampaknya tuk mahu berjalan jauh?" tanya saya.

"Kenapa kamu bercakap begitu Tamar?"

"Biasanya, kalau dah pakai serba hitam, mesti ada sesuatu yang mahu tuk buat."

Pertanyaan yang saya ajukan itu membuat Datuk mengerutkan kening. Dia senyum panjang dengan sepasang mata tajamnya menyorot wajah saya.

"Aku tak pergi jauh, aku nak pergi ke Teluk Senangin, menunaikan janji aku dengan Haji Yatimi, memang sudah menjadi kebiasaan aku kalau ke Teluk Senangin mesti berpakaian begini, lebih-lebih lagi bila ada Haji Yatimi," Datuk memberi penjelasan.

Datuk tidak memberi peluang kepada saya untuk mengemukakan sebarang pertanyaan.

Dia menggesa saya supaya menukar pakaian dengan segera, sekiranya saya berhasrat mahu menemaninya ke Teluk Senangin.

Tergesa-gesa saya sarung seluar kuning ke tubuh. Rambut saya sikat tanpa membuat jambul di dahi.

"Sudah siap Tamar?"

"Sudah tuk."

"Beritahu nenek, kita nak pergi,"

Saya segera mendapatkan nenek. Bila saya mendekati Datuk semula saya lihat pintu sudah dibuka dan Datuk sudah pun berdiri di ambang pintu.

"Mari cepat."

Saya segera berlari ke arahnya lalu turun. Sebaik saja saya berada di halaman, sebelum memulakan langkah saya toleh ke arah pintu rumah. Saya lihat pintu itu tertutup sendiri.

Siapa yang menutupnya, barangkali nenek yang melakukannya, saya membuat kesimpulan sendiri.

PERJALANAN

Saya kepenatan, langkah Datuk cukup pantas. Saya harus mengimbangi langkahnya, kalau lambat saya terus ditinggalkan.

Akibat langkah yang pantas itu, rasa dingin Subuh bagaikan tidak terasa, seluruh tubuh saya berpeluh dengan cepat. Rasa mengantuk dan lesu terus hilang.

Sepanjang perjalanan itu, Datuk tidak bercakap, kecuali kalau ada sesuatu maklumat yang mahu disampaikan kepada saya.

Biasanya maklumat itu Datuk kesan menerusi keadaan alam sekeliling seperti bunyi deru angin, kicau burung dan bunyi geselan dedaun.

Andainya bunyi itu agak luar biasa, Datuk segera memperingatkan saya supaya berhati-hati.

Setelah melintasi sebuah bukit kecil dan belukar yang ditumbuhi pepohon renek, saya dan Datuk pun sampai ke kawasan pantai.

Deru ombak jelas kedengaran dan angin laut terasa menyentuh kulit muka, agas mula menggigit kulit tubuh yang terdedah.

Saya dan Datuk rapat ke gigi pantai. Serentak kami merenung ke arah sebuah teluk yang berada di bahagian utara pantai.

"Macam ada orang di situ, tuk."

"Iya, aku juga nampak begitu," nada suara Datuk agak lemah.

Matanya tidak berkedip melihat ke arah sekujur tubuh manusia yang berpakaian serba putih sambil memeluk tubuh. Wajahnya dihadapkan ke arah laut lepas.

Angin laut yang bertiup agak kencang membuat tubuh saya kedinginan.

"Kita ke situ Tamar."

Saya keberatan untuk memulakan langkah. Saya masih ragu-ragu apakah lembaga putih yang kelihatan samar-samar di hujung teluk itu manusia atau sebaliknya.

"Tuk yakin itu Haji Yatimi."

"Iya, aku yakin tapi..." Datuk tidak meneruskan kata-kata.

Dia agak keberatan untuk memulakan langkah pertama, dahinya nampak berkedut dan dari raut wajahnya, saya yakin Datuk sedang berperang dengan perasaannya sendiri.

Datuk renung muka saya sambil berkata, "Haji Yatimi jarang berpakaian serba putih. Ah! Walau macam mana pun mari kita tengok."

"Tapi tuk."

"Tak usah banyak tapi lagi, mari ikut aku. Kita bukan nak cari musuh. Kalau Haji Yatimi kita bersyukur pada Allah, kalau bukan kita minta maaf saja pada yang terbabit."

Saya masih keberatan, kaki terasa amat berat untuk mengatur langkah. Hati pula menggelabah tidak menentu.

Melihat saya tidak memperlihatkan sebarang reaksi, Datuk segera memegang pergelangan tangan kanan saya.

"Mari Tamar."

Saya tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan mengikut saja perintah dengan rela.

Bila Datuk sudah yakin yang saya tidak akan ke mana-mana, barulah pergelangan tangan saya dilepaskan.

Saya tidak dapat berjalan dengan pantas atas pasir pantai, sering kali kaki saya terpijak dahan dan ranting kering.

Ada kalanya saya tersasul memijak pasir pantai yang berair, akibatnya kaki dan selipar saya terbenam dalam pasir.

Kesukaran yang dihadapi terpaksa ditanggung sendiri. Tidak ada gunanya mengeluh atau mengadu kepada Datuk.

Dia bukan simpati dengan apa yang dialami, malah tanpa usul periksa dia terus mengherdik saya. Daripada kena tengking lebih baik tanggung susah.

Lebih kurang dalam jarak dua rantai mahu sampai ke kawasan teluk tersebut, saya dapati manusia yang berpakaian serba putih sudah ghaib entah ke mana.

"Tuk, benda tu dah hilang."

"Tidak, masih ada di situ."

"Saya tak nampak tuk," tutur saya cemas.

"Aku nampak dia masih di situ."

Saya terdiam dan menarik nafas panjang. Dua tiga kali saya gosok kelopak mata. Hasilnya tetap sama, manusia berpakaian serba putih memang tidak ada di situ. Ternyata penglihatan saya dengan Datuk berbeza.

"Tamar, kita tunggu di sini," kata Datuk.

"Baiklah tuk."

Saya terus duduk atas batang kelapa tumbang yang bahagian hujung pucuknya terendam dalam laut.

Di kaki langit, saya melihat ada warna kemerah-merahan yang membawa alamat, tidak lama lagi matahari akan muncul. Saya merenung ke tengah laut yang dikuasai kabus nipis.

"Orang tadi ke mana perginya tuk."

"Entah aku tak tahu, lagi pun bukan urusan kita nak mencarinya. Kita tak ada urusan dengannya, kalau dia nak berurusan dengan kita, dia datanglah jumpa kita."

"Hum..." kata saya pendek.

Saya jadi bingung dengan tindak-tanduk Datuk itu. Dia bercakap macam orang bodoh. Sebentar tadi dia mengatakan orang berpakaian putih itu ada di situ.

Tetapi, sekarang lain pula cakap, seolah-olah lembaga yang kelihatan berpakaian putih itu adalah makhluk asing.

Dengan tiba-tiba saya bulu tengkuk saya meremang. Saya jadi cemas dan takut.

KANAN

"Assalamualaikum..."

Saya segera menoleh ke kanan, ke arah suara itu datang. Apa yang saya lihat ialah sekujur tubuh Haji Yatimi berdiri di bahagian pangkal perdu kelapa yang tumbang.

Dia membalut tubuhnya dengan jubah warna hijau, serbannya juga berwarna hijau. Haji Yatimi menghadiahkan senyum kepada saya. Senyuman itu segera saya balas.

Haji Yatimi mengalihkan pandangannya ke arah Datuk. Mereka bertukar senyum, bersalaman dan berpelukan.

"Dah lama sampai?"

"Baru, ada kira-kira lima minit."

"Saya terlambat kali ini, selalunya saya menanti awak tetapi, kali ini terbalik pula, awak menanti saya," Haji Yatimi mengakhiri kata-katanya dengan ketawa kecil.

Datuk juga turut ketawa, saya masih lagi merenung ke arah ombak yang memukul pantai, iramanya amat menyenangkan hati saya.

Tiba-tiba saya terfikir, bagaimana Haji Yatimi mahu memijak bumi Pulau Sumatera, bagaimana dia mahu menyeberangi Selat Melaka tanpa kapal atau perahu.

Mungkin dia berenang? Itu perbuatan yang mustahil. Haji Yatimi pasti tidak mampu melawan ombak.

Barangkali Haji Yatimi mampu berjalan atas ombak? Macam-macam yang timbul dalam kotak fikiran saya.

"Tolong saya tolak perahu," kata Haji Yatimi kepada Datuk.

"Boleh, di mana awak sembunyikan perahu awak," soal Datuk dengan nada suara yang tenang.

"Di sana, mari ikut saya."

Datuk terus mengekori langkah Haji Yatimi menuju ke arah rumpun kecil.

Haji Yatimi dan Datuk segera menguak dedahan dan dedaunan rimbunan pepokok kecil. Mereka menarik perahu atas dada pasir dan akhirnya menolak ke laut.

Saya segera berlari mendekati perahu yang terumbang-ambing di main gelombang.

"Dengan perahu ni nak balik ke Solok," tanya saya kepada Haji Yatimi.

"Iya, kenapa Tamar."

Saya teliti perahu itu dari pelbagai sudut. Saya kurang percaya dan yakin dengan perahu sekecil itu, Haji Yatimi boleh menyeberangi Selat Melaka.

Lagipun keadaan papan perahu sudah lapuk, bila dipukul ombak kencang boleh pecah. Paling mengejutkan saya ialah pendayung perahu dibuat dari batang nipah.

"Dengan perahu ni nak balik ke Solok?" saya renung muka Haji Yatimi. Dia tersenyum dan terus menepuk bahu saya beberapa kali.

"Iya, kenapa Tamar."

"Saya tak yakin."

"Kamu ni, kenapa cepat bercakap macam tu, aku sudah berbelas kali berulang-alik dari Solok ke sini dengan perahu ni. Kalau sudah janji aku dengan Allah, mahu mati karam di laut, aku terima saja.

"Bukankah kita ni hamba-Nya, kita berusaha dengan sedaya upaya, yakin dengan kebesaran-Nya dan kepada-Nya kita minta tolong," begitu bersemangat Haji Yatimi menuturkan kata-kata kepada saya.

"Kau faham apa yang tuan haji katakan kepada kamu," susul Datuk sambil merenung batang hidung saya dengan tajam. Saya segera anggukkan kepala.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 134/284

BACA: SBDJ Siri 133: Rahsia Mula Ketara
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Aplikasi Ajaib Remini Ini Mampu 'Pulihkan' Gambar Kabur!

Aplikasi Ajaib Remini Ini Mampu 'Pulihkan' Gambar Kabur!

Setiap orang pasti ada saja gambar yang sangat sentimental buat mereka, lebih-lebih lagi gambar keluarga atau kenalan yang sudah bertahun lamanya, namun kualiti gambarnya yang sudah usang atau kabur membuatkan gambar tidak puas dilihat lebih-lebih lagi di zaman digital ini.

Remini photo enhancer

Namun kini, anda tak perlu lagi susah-payah mencari cara macamana nak terangkan gambar blur kerana ada sebuah aplikasi dinamakan Remini, menggunakan teknologi artificial intelligence (AI), mampu membuatkan gambar lama disunting kepada kualiti yang lebih jelas.

Tidak hanya tertakluk kepada gambar lama, sebarang gambar yang kabur juga mampu dinaikkan kualiti gambar melalui aplikasi ini.

Berikut merupakan antara gambar yang menjadi jelas selepas menggunakan aplikasi Remini.

Remini Apps
Remini-Blur

Menarik kan? Buat yang mahu mencuba, anda boleh muat turun aplikasi ini yang tersedia di Android dan iOS.

Memandangkan aplikasi ini memerlukan teknologi AI, anda mungkin perlu menunggu sehingga 24 jam untuk memproses gambar kerana jumlah pengguna yang semakin ramai menggunakannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket