Feb 24, 2016

Rahsia Kod Warna Pada Tiub Ubat Gigi?

Bertahun dulu ada tersebar, sekarang disebar lagi, kononnya kod warna merah, biru, hijau, hitam pada setiap ubat gigi melambangkan kandungan atau bahan asas yang digunakan dalam ubat gigi tersebut.

Rahsia+kod-warna-pada-ubat-gigi [2]

Benarkah warna ditiub ubat gigi mempunyai klu kandungan ubat gigi?

TIDAK BENAR. Kod warna itu memberi maksud lain yang tiada kena-mengena dengan kandungan ubat gigi tersebut.

Mungkin ada di antara anda pernah terjumpa dengan artikel yang mendakwa bahawa "kod warna" di bahagian bawah tiub ubat gigi itu memberitahu kandungan di dalam ubat gigi.

Mereka mendakwa bahawa jika tiub ubat gigi mempunyai warna:
  • MERAH: Bahan semula jadi + bahan kimia
  • BIRU: Bahan semula jadi + bahan ubatan
  • HIJAU: Bahan semula jadi sahaja
  • HITAM: Bahan kimia sahaja

Sebenarnya, tanda warna merah, biru, hijau, hitam berkotak seperti dalam gambar di atas ada pada produk lain juga seperti pada pencuci muka, perapi rambut atau apa sahaja produk dalam bekas tube sebegitu.

Jadi, adakah maklumat ini benar seperti yang disebarkan?

TIDAK BENAR. Kod warna itu langsung tidak memberi apa-apa maklumat tentang kandungan ubat gigi. Sebenarnya, warna-warna tersebut digunakan oleh mesin pemproses di kilang ubat gigi tersebut.

Rahsia+kod-warna-pada-ubat-gigi

Ia dipanggil "eye marks" atau "eye spots" yang digunakan oleh sistem kamera elektronik mesin pembungkusan yang moden. Ia memberi arahan untuk mesin tersebut untuk melakukan tugas-tugas spesifik seperti memotong, mengapit, membentuk tiub ubat gigi dan lain-lain.

Selain itu, ia boleh juga memberi arahan untuk mencetak sesetengah warna pada pembungkus barang. Jika tiada tanda eye marks seperti ini, mesin mungkin tersalah potong pembungkus kerana tiada 'tanda potong'.

Jika ada yang bertanya "kenapa setiap kod ubat gigi itu warnanya lain-lain?" Ini kerana setiap pengilang mempunyai cara penandaan yang tersendiri dan mungkin berbeza dengan jenama lain.

Tambahan pula, warna yang berlainan mungkin memberi maksud arahan yang berlainan.

Jika anda perhatikan, banyak lagi produk di sekeliling anda ada tanda-tanda seperti ini. Ia digunakan secara meluas baik pada tiub ubat gigi mahupun kotaknya.

Tambahan pula, mengapa pihak pengilang perlu bersusah-payah memberikan kod warna untuk memberitahu kandungan produk sedangkan mereka sudahpun menceritakan segala kandungannya di bahagian "isi kandungan" di kotak produk?

Itu lebih bermaklumat bagi kita berbanding untuk meneka apakah kandungan "bahan semula jadi", "bahan kimia" atau "bahan ubat-ubatan" itu kan.

BACA INI JUGA: Siapa Pencipta Kod Bar?

Sumber: Keindahanpengalaman/Sumarz

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Macam2 org nak buat utk timbulkan cerita palsu ni hhmmm...

sebenarnya betul tu... bukan eye spot... engineer and scientist is diferent... sekiranya sebagai eye spot... cara pembungkusan ubat gigi adalah sama.... kecuali eye spot untuk mesin meletakkan kandungan ubat gigi tersebut...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon