Saturday, January 13, 2018

Apa Itu Kolagen Dan Manfaatnya Untuk 'Keremajaan' Kulit


Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara kasar, 33 peratus dari protein dalam badan adalah protein kolagen dan 75% kulit terdiri dari kolagen.

Apa Itu Kolagen Dan Manfaatnya Untuk 'Keremajaan' Kulit

Fungsi kolagen adalah untuk menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Kolagen juga terdapat pada kornea, kanta mata, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum, tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfa.

Khasiat Kolagen Untuk Tubuh Badan

Kolagen berfungsi menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia, menyebabkan kulit menjadi berkedut.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari sumber Kolagen dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit.

Kolagen juga dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta kulit palsu.

Sumber Kolagen (Halal dan Tidak Halal)

Kolagen boleh diperolehi daripada banyak sumber, antaranya ialah:
  • Lembu (bovine) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand (biasanya dipakai sebagai sarung kapsul ubat-ubatan dan vitamin).
  • Babi (porcine origin).
  • Haiwan laut – contohnya ikan, gamat, sirip jerung.
  • Tumbuhan – contohnya kacang soya, buahan citrus.
  • Yak – produk dari China.
  • Manusia – plasenta (janin yang digugurkan).

Kolagen terbaik adalah dari sumber ikan laut dalam kerana mempunyai nilai protein yang tinggi dan jauh daripada pencemaran.

Namun, kolagen dari sumber laut berkemungkinan tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai alahan kepada makanan laut.

Kolagen Dalam Haiwan

Kolagen merupakan protein struktur utama di ruang luar sel dalam pelbagai tisu penghubung dalam badan haiwan. Protein ini paling banyak terdapat dalam mamalia di mana 25% hingga 35% dari seluruh kandungan protein badan merupakan kolagen yang berfungsi sebagai komponen utama tisu penghubung.

Kolagen tisu boleh bersifat tegar (tulang), mudah melentur (tendon) mahupun di tengah-tengah (tulang rawan) bergantung kepada kandungan mineralnya.

Kolagen kebanyakannya ditemui di tisu perantara seperti tendon, ligamen dan kulit dalam bentuk gentian halus yang memanjang.

Kandungan kolagen juga banyak pada kornea, tulang rawan, tulang, darah, usus, cakera intervertebral dan dentin di gigi.

Kolagen juga berfungsi sebagai komponen utama endomisium tisu-tisu otot. Ia terdiri daripada satu hingga dua peratus komponen tisu otot dan 6 peratus berat otot yang kuat.

Sel-sel fibroblast merupakan sumber kolagen yang kerap dikenalpasti.

Gelatin yang digunakan dalam makanan dan industri merupakan kolagen yang telah disingkirkan komponen airnya melalui hidrolisis.

Kolagen juga digunakan secara kerap dalam bidang perubatan dalam merawat masalah tulang dan kulit.

Asal-usul Kolagen

Perkataan "kolagen" berakar dari perkataan Bahasa Yunani "kolla" iaitu gam. Penamaan ini merujuk kepada pembuatan gam pada zaman dahulu kala di mana kulit dan tendon kuda direbus bagi menghasilkan gam haiwan.

Teknik pembuatan pelekat kolagen mula-mula dicetuskan masyarakat Mesir purba pada 4,000 tahun dahulu.

Orang Asli Amerika pula telah menggunakan gam haiwan pada busur-busur mereka 1,500 tahun yang lalu.

Kolagen biasanya akan berubah sifat menjadi gelatin, tetapi ia akan kekal jika ia berada di persekitaran yang kering.

Gam haiwan bersifat termoplastik, yakni ia akan melembut dengan sendirinya jika ia melaui pemanasan semula berbanding dengan pelekat sintetik yang diperbuat daripada plastik.

Ciri istimewa yang terdapat pada gam haiwan inilah yang menjadikan kegunaannya ideal untuk penghasilan alat-alat muzik yang halus seperti biola dan gitar.

Jenis-jenis Kolagen

Lima jenis kolagen yang paling biasa didapati adalah:
  • Jenis pertama: kulit, tendon, ligatur (ikatan) vaskular, organ-organ, tulang (sebagai komponen utama bahagian organik tetulang)
  • Jenis kedua: rawan (utama kolagen komponen rawan)
  • Jenis ketiga: retikulat (komponen utama serat retikulat), biasanya ditemui di samping kolagen jenis I.
  • Jenis keempat: membentuk basal lamina, epitelium-dihasilkan lapisan membran ruangan bawah tanah.
  • Jenis kelima: permukaan sel, rambut dan plasenta

Kolagen Dalam Bidang Perubatan

Pembedahan kosmetik

Kolagen kerap digunakan dalam pembedahan kosmetik sebagai bantuan penyembuhan untuk merawat mangsa-mangsa kebakaran, merawat pembinaan semula tetulang serta pelbagai kegunaan gigi, ortopedik, dan pembedahan yang lain.

Kedua-dua jenis kolagen manusia dan lembu digunakan sebagai pengisi kulit untuk merawat kedutan kulit dan penuaan.

Pembentukan semula tisu

Perancah kolagen digunakan dalam pembinaan semula tisu, sama ada kolagen itu dalam bentuk span, kepingan nipis mahupun gel.

Kolagen mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk pembinaan semula seperti struktur liangnya, kecenderungannya kepada air serta kestabilannya.

Perancah kolagen juga ideal untuk deposisi sel-sel, seperti osteoblas dan tanda-tanda dan setelah dimasukkan, pertumbuhan mampu untuk terus seperti biasa di jaringan.

Dalam pembedahan pembentukan semula

Kolagen banyak digunakan dalam menghasilkan bahan pengganti kulit buatan yang digunakan bagi merawat luka terbakar yang berat.

Bahan-bahan pengganti ini boleh diperolehi dari sumber berasaskan lembu, kuda, khinzir, bahkan juga manusia; dan kadangkalanya bahan-bahan sebegini digabungkan bersama silikon, glikosaminoglikan, fibroblast, faktor-faktor pertumbuhan dan sebagainya.

Kolagen juga dijual secara komersial dalam bentuk pil sebagai makanan tambahan bagi membantu pergerakan sendi.

Pengambilan kolagen secara oral tidak menjejaskan tisu penghubung dalam badan, melainkan melalui suplemen asid amino yang berasingan kerana protein diuraikan menjadi asid amino sebelum ia diserap ke dalam badan.

Kolagen juga sering kali digunakan dalam kajian saintifik untuk kultur sel, pengkajian tingkah laku sel serta interaksi sel dengan persekitaran.

Penjagaan luka

Kolagen adalah salah satu sumber utama badan manusia. Ia merupakan satu komponen tisu kulit yang membantu proses penyembuhan luka pada semua tahap.

Apabila kolagen disediakan untuk dasar luka, penutupan luka boleh berlaku lalu dapat mencegah pereputan luka yang boleh membawa kepada langkah yang lebih serius seperti amputasi.

Kolagen adalah produk semulajadi, justeru ia digunakan sebagai balutan luka semulajadi mempunya sifat-sifat yang tidak ada pada balutan luka buatan manusia.

Kolagen bersifat tahan bakteria, satu sifat penting dalam balutan luka. Sifat kolagen melawan jangkitan kuman secara semulajadi membantu memastikan luka dalam keadaan steril.

Apabila kolagen digunakan sebagai balutan luka kebakaran, tisu granulasi yang sihat dapat membentuk dengan lajunya di kawasan luka lalu luka akan menyembuh dengan cepat.

Ciri-ciri Kolagen

Kolagen merupakan protein struktur berserat yang berbeza fungsinya berbanding protein-protein globular sepertienzim.

Ia mempunyai kuat tegangan yang tinggi, justeru ia menjadi komponen utama fascia, rawan, ligamen, tendon, tulang dan kulit.

Komponen ini juga boleh didapati dalam bentuk hablur di dalam kornea dan kanta mata.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: beautydiet | wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon