Thursday, July 04, 2019

Gara-gara Wajah Mirip Messi, 23 Wanita Mengadu Ditiduri

Gara-gara Wajah Mirip Messi, 23 Wanita Mengadu Ditiduri

Dua tahun lalu, nasib Reza Parastesh berubah gara-gara gambarnya tular. Dia ialah seorang lelaki dari Iran yang kebetulan memiliki wajah mirip pemain bola sepak handalan dunia dan penyerang kontroversi Argentina, Lionel Messi.

Wajah Mirip Messi
Reza Parastesh.

Reza Paratesh diminta bapanya untuk bergambar bersama jersi Barcelona bernombor 10, sama seperti yang dikenakan pemain terbabit.

Dengan penampilan yang hampir sama, dia bergaya dengan aksi yang pernah dilakukan Messi, hasilnya 'ketampanan' Reza Paratesh segera mencuri perhatian ramai dan bermulalah langkah panjang untuk lelaki digelar Messi Celup itu.

Untuk membolehkan dia tampil selayaknya sebagai Messi, Reza Paratesh menyimpan jambang dan memotong rambut seperti dilakukan Messi.

Dengan kelebihan itu, dia menjadi penggoda ramai wanita di Iran dan setakat ini sekurang-kurangnya ada 23 wanita mengadu ditiduri Paratesh.

Semua wanita terbabit 'cair' gara-gara wajahnya yang saling tak tumpah dengan Messi cuma bezanya, Messi lincah beraksi di gelanggang bola sepak, manakala Reza Paratesh licik di gelanggang lain.

Dua tahun lalu, Reza Paratesh pernah ditangkap polis atas dakwaan mengganggu ketenteraman awam.

Wajah Mirip Ronaldo
Reza Alireza Lou.

Selain Reza Paratesh, Iran juga memiliki seorang lagi lelaki mirip pemain bola sepak handalan dunia, iaitu Cristiano Ronaldo.

Sensasi Reza Alireza Lou itu dikesan apabila agensi berita AFP merakam gambarnya semasa mengundi dalam pilihran raya umum negara terbabit pada 19 Mei 2017.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini


Wednesday, July 03, 2019

Hybristophilia, Wanita Yang Mencintai Perogol Dan Pembunuh Kejam

Hybristophilia, Wanita Yang Mencintai Perogol Dan Pembunuh Kejam

Ted Bundy merupakan seorang pembunuh bersiri sebenar dari Amerika Syarikat, yang menjadi punca mengapa anak gadis berasa sangat takut untuk keluar berseorangan, terutamanya pada waktu malam sekitar tahun 70-an.

Hybristophilia Wanita Yang Mencintai Perogol
Ted Bundy.

Theodore Bundy, bertanggungjawab ke atas sekurang-kurangnya 30 kes pembunuhan kejam dan pelbagai lagi kegiatan-kegiatan seksual aneh, contohnya seperti nekrofilia, iaitu kegiatan seksual atau perlakuan seks ke atas mayat mangsa pembunuhannya.

Setelah beberapa kali dapat mengelak dari ditangkap dan berjaya melarikan diri dari tahanan pihak berkuasa, Bundy akhirnya dipenjara, dibicarakan dan telah dikenakan hukuman mati di sebuah penjara di Florida.

Namun, yang menariknya tentang Ted Bundy ini, selain daripada profil psikologinya yang unik, adalah cara dia ‘mempersembahkan’ diri di khalayak ramai.

Dia memiliki wajah yang kacak dan juga seorang yang berpendidikan. Selain itu, dia digambarkan memiliki perwatakan menarik dan berkarisma.

Jauh tersasar daripada tanggapan orang ramai tentang pembunuh atau penjenayah itu secara umumnya, iaitu berkelakuan ganas, mempunyai perangai dan penampilan yang buruk.

Walau bagaimanapun, ahli kriminologi dan psikologi berpendapat bahawa, ciri-ciri yang dimiliki inilah yang membuatkan Ted Bundy sangat berbahaya.

Disebabkan oleh jenayah yang dilakukan Bundy ini sangat kejam, ia mencetus kemarahan orang awam pada waktu itu, dan memohon supaya dia dikenakan hukuman mati dengan kadar segera.

Tetapi, seperti kes-kes jenayah lain, sudah tentu ada sesi perbicaraan di mahkamah namun begitu, berlakunya ‘fenomena’ pelik semasa sesi perbicaraan Ted Bundy sedang berjalan.

Apa yang aneh ialah, terdapat golongan yang terdiri daripada wanita, muncul di mahkamah tersebut dan seperti memberikan sokongan moral, malah ada juga di antara wanita dan gadis, yang “confess” cinta mereka kepada si pembunuh itu, walaupun mengetahui bahawa Bundy didakwa atas kesalahan membunuh, merogol dan melakukan nekrofilia.

‘Kegilaan’ ini sampai pada satu tahap, di mana sebahagian daripada ruang di mahkamah ketika perbicaraan tersebut, dipenuhi oleh ‘kumpulan sorak’ Bundy yang akan melontarkan senyuman kepada pembunuh kejam itu, sama ada ketika dia berjalan ke tempat duduk atau berdiri untuk memberi keterangan.

Adakalanya, kumpulan wanita ini juga akan ketawa kecil seakan menggedik apabila Bundy memandang ke arah mereka.

Pada tahun 1980an, walaupun mempunyai teman wanita pada waktu itu yang dikenali dengan nama Elizabeth Kloepfer, Bundy akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin dengan rakan lama, seorang wanita bernama Carole Ann Boone.

Walau bagaimanapun, Bundy bukanlah satu-satunya penjenayah yang mempunyai ‘peminat’ dan ‘kekasih’ di luar penjara.

Pembunuh bersiri lain yang juga sangat terkenal seperti Jeffrey Dahmer, Charles Manson dan Richard Ramirez, seringkali menerima surat cinta daripada ramai wanita.

Malah, seperti Bundy, Richard Ramirez atau nama lain yang diberi oleh media yakni “Nightstalker”, turut mengahwini salah seorang daripada peminatnya.

Contoh lain ‘hubungan’ Hybristophilia adalah seperti berikut:

1. “Bolin the Butcher” atau nama sebenarnya iaitu Oscar Ray Bolin, yang bakal dikenakan hukuman mati setelah disabitkan kesalahan ke atas jenayah rogol dan menikam 3 orang gadis, telah mengahwini Rosalie Martinez, seorang wanita yang bekerja sebagai pekerja sosial.

Rosalia Martinez pada waktu itu sudah berkahwin, tetapi beliau yang mungkin angau cinta, sanggup meninggalkan suami dan 4 orang anak perempuannya untuk mengahwini Bolin.

2. Susan Atkins merupakan salah seorang daripada pembunuh, dalam keluarga pembunuh bersiri Manson.

Dia mengahwini bukan sekali, tetapi dua kali iaitu kepada lelaki yang dikenali dengan nama Donald Lee Laisure pada tahun 1981, namun ia bertahan selama beberapa bulan sahaja dan yang kedua pada tahun 1987 kepada James Whitehouse, juga merupakan peguam kepada Atkins.

Mereka berdua kekal sebagai pasangan sehingga kematian Atkins pada tahun 2009 akibat barah otak.

3. “The Hillside Stranglers” merupakan duo pembunuh bersiri yang juga sepupu kepada masing-masing iaitu Kenneth Bianchi dan Angelo Bruno Junior.

Mereka disabitkan kesalahan atas jenayah rogol dan membunuh 10 orang gadis pada lewat 70-an dan telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Namun, mereka menemui cinta masing-masing. Pada tahun 1986, Buono mengahwini Christine Kizuka, manakala Bianchi mengahwini Shirlee Book pada tahun 1989.

Shirlee Book turut dikhabarkan berbalas surat dengan beberapa penjenayah lain dan turut dilaporkan bahawa cintanya pernah ditolak oleh Ted Bundy.

Mengapa perkara ini terjadi?

Menurut beberapa ahli psikologi, kelakuan ini dikenali dengan terma Hybristophilia, sejenis paraphilia atau tarikan seksual yang menjurus seseorang itu untuk mempunyai satu bentuk kepuasan seksual yang kuat kepada individu yang telah melakukan jenayah berat seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya.

Contoh paraphilia atau tarikan seksual lain yang aneh dan taboo adalah pedofilia, iaitu tarikan seksual kepada kanak-kanak dan zoofilia, yakni tarikan seksual kepada haiwan.

(Perbezaan tangga umur bagi kategori pedofilia dan jenis haiwan bagi zoofilia, mempunyai terma berlainan).

Dan apabila menyebut tentang paraphilia ini, anda juga perlu faham bahawa ia bukanlah salah satu daripada pelbagai cara lain untuk mendapatkan kepuasan seksual.

Paraphilia itu lebih kepada satu-satunya cara, atau dalam erti kata lain, cara utama (“primary”) yang membuatkan anda terangsang secara seksual.

Sehingga ke hari ini, tiada lagi sebarang kajian empirikal yang konkrit tentang Hybristophilia dilaksanakan oleh pengkaji.

Dan apa yang dijelaskan ahli psikologi, hanyalah sekadar pemerhatian atau bukti anekdot tentang perkara yang MUNGKIN menjadi punca kepada kelakuan ini.

Logik dan Naluri

Walau bagaimanapun, terdapat penjelasan serta logik disebalik perkara yang tampak gila ini. Ia mungkin berpunca daripada ‘naluri’ untuk merasakan diri itu selamat dan berasa seperti dilindungi.

Cuba kita berfikir sejenak, contohnya dalam dunia haiwan, sang betina akan memilih pasangannya berdasarkan kebolehan si jantan itu memburu dan membunuh mangsanya.

Kekuatan fizikal dan keganasan (“ferocity”) itu sangat diperlukan untuk menjadi jantan alfa dalam kumpulan, justeru itu menjadi sebab mengapa dalam dunia haiwan, betina berasa tertarik dan akan memilih jantan yang kuat untuk mengawan.

Jika kita cuba mengaplikasikan logik ini ke dalam kelakuan manusia, mungkin boleh, contohnya dari segi memiliki paras rupa yang kacak dan berbadan ‘sado’.

Perlu difahamkan, logik ini bagaimanapun bukan terpakai untuk semua perkara dan sudah tentu ada batasannya. Iyalah, tertarik kepada seorang individu yang membunuh dan merogol individu lain? Gila apa.

Tetapi, kemungkinan bahawa, perasaan bahaya seseorang dan ketakutan yang tersembunyi di dalam sudut kecil hati, serta dibantu oleh penggunaan label “pemangsa” atau “predator’ ke atas pembunuh bersiri secara umumnya, seolah mencetuskan ‘naluri dalaman’ seseorang itu, untuk menganggap penjenayah berbahaya sebagai ‘pasangan ideal’.

Menurut pendapat pakar, terdapat beberapa sebab mengapa individu mempunyai tarikan kepada penjenayah berat.

Dan ia adalah seperti berikut:

1. Tertarik kerana penjenayah itu terkenal dan inginkan perhatian. Bak kata mat saleh, “At the center of attention”, sama ada dari media, keluarga, rakan dan sebagainya.

2. Tertarik kerana penjenayah itu dianggap seorang yang sangat berbahaya. Berasa “thrill” dan “adrenaline rush” bercinta dengan seorang pembunuh.

3. Tertarik kerana bentuk komunikasi dengan penjenayah, contohnya melalui surat itu lebih tinggi kemungkinannya untuk menerima balasan, daripada surat yang dihantarkan kepada penyanyi atau bintang filem.

4. Tertarik kerana percaya bahawa ‘subjek tarikan’ (penjenayah) itu, tidak bersalah dan ingin memberi sokongan moral serta ingin dilihat ‘selalu ada’ dengannya, macam dialog filem-filem cinta, “You were always there”.

5. Malah, ada pakar berpendapat bahawa wanita yang berhubung dengan penjenayah berat ini, dikatakan mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah dan mungkin pernah menerima penderaan fizikal atau seksual.

Sehubungan dengan itu, hubungan dengan penjenayah ini boleh diibaratkan sebagai satu bentuk ‘hubungan selamat’, kerana penjenayah tersebut berada dalam penjara dan tidak mungkin akan bebas serta curang kepada pasangan.

6. Selain itu, elemen narsisisme juga turut dikaitkan dengan hybristophilia, yakni dengan mempunyai delusi atau mendapatkan idea bahawa individu yang ganas dan mempunyai keinginan kuat untuk membunuh, ‘secara ajaib’ akan berubah, dan membuat pilihan untuk tidak menyakiti, malah ingin mempunyai hubungan dengan anda.

Sudah tentu ia membuatkan anda merasakan diri itu sedikit istimewa bukan?

Contoh ini, dapat disaksikan di dalam “premise” atau plot filem dan drama bersiri tentang cinta kepada Vampire atau pontianak seperti filem “Twilight” dan drama bersiri “True Blood”.

Iyalah, pontianak menghisap darah dan membunuh orang dengan mudah dibantu fizikal yang kuat tetapi bagi heroin, ada sesuatu yang dilihat menarik, dimiliki oleh vampire tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Madu Asli Di Pasaran Malaysia

Madu Asli Di Pasaran Malaysia

Disebabkan khasiat madu lebah yang sangat tinggi dan juga menjadi antara makanan sunnah terbaik, ia menjadi pilihan masyarakat sebagai makanan tambahan untuk kesihatan kerana umum tahu bahan pemanis yang terhasil dalam madu lebah banyak dijual dipasaran Malaysia dan sangat mudah didapati di mana-mana sahaja.

Madu Asli di Malaysia

Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa kebanyakan madu yang dijual dalam pasaran adalah madu tiruan yang boleh membahayakan kesihatan dan agak sukar untuk dibezakan dengan madu asli.

Madu tiruan berbahaya kerana mengandungi gula berlebihan dan kandungan hidroksimetilfurfural (HMF) yang tinggi.

Kesan daripada pengambilan gula dan HMF berlebihan boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia dengan risiko pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Bukan itu sahaja, dengan adanya madu tiruan dalam pasaran yang tidak terkawal disebabkan tiada penguatkuasaan, tindakan atau akta yang melindungi madu asli serta menghalang pembuatan madu tiruan, ia juga boleh merosakkan industri madu asli.

Melihat kesan negatif akibat penjualan madu tiruan yang berleluasa, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), telah menjalankan kajian mengesan ketulenan madu.

Usaha yang dijalankan oleh agensi itu merupakan salah satu platform untuk memulihkan kembali industri madu selain membuka peluang untuk menghasilkan teknologi yang dapat mengesan ketulenan dan kualiti madu di Malaysia.

Madu yang dihasilkan dari perut lebah adalah berasal dari sumber nektar atau air sap tumbuhan yang menjadi makanan lebah tersebut dan disimpan di dalam sarang sehingga ia matang.

Disebabkan proses penghasilan madu asli agak lambat selain memerlukan teknik khusus dan modal yang besar, ramai pengusaha madu mengambil jalan mudah meningkatkan bekalan madu mereka dengan mencampurkan madu asli bersama sirap sukrosa dan beberapa campuran lain.

Pelbagai kaedah tradisional juga telah digunakan untuk membezakan madu asli dan madu tiruan misalnya dengan menggunakan semut, telur dan sudu besi.

Walau bagaimanapun, kesemua kaedah tradisional itu bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.

Mengenali Madu Asli

Sehingga kini, hanya ujian makmal sahaja yang boleh memberikan ketepatan sehingga 99 peratus apabila ketulenan sesuatu jenis madu diukur dengan kehadiran enzim dalam madu tersebut.

Teknik yang dibangunkan ini adalah dengan mencampurkan madu herba terpilih dan dibiarkan dalam tempoh masa tertentu.

Madu seterusnya dianalisis menggunakan alat HPLC MS MS (high performance liquid chromatography mass spectrometry).

Jika madu tersebut tulen, ia boleh memecahkan bahan berkhasiat tertentu dalam herba terpilih dengan membentuk struktur yang lebih kecil kerana madu tulen mengandungi enzim.

Kehadiran bahan antioksidan seperti bahan fenolik dalam madu juga boleh dijadikan sebagai kayu pengukur ketulenan madu, kerana bahan ini hadir dalam bunga dan buah yang menjadi makanan utama lebah.

Jika madu ditambah dengan sumber gula lain, biasanya bahan fenolik ini akan diikat dengan gula yang ditambah dan ia akan berkurang atau tidak dapat dikesan lagi apabila diuji menggunakan HPLC MS MS tersebut.

MARDI juga sedang dalam usaha untuk membangunkan kaedah biasa yang lebih mudah dan murah untuk menentukan keaslian madu dan diharap dapat membantu pengusaha madu dan juga pengguna untuk membezakan madu asli dan juga tiruan.

Pihak berwajib juga perlu mewujudkan pensijilan khas atau hologram yang hanya dapat diperoleh daripada jabatan tertentu seperti MARDI sebelum meluluskan sesuatu jenama madu itu boleh dipasarkan.

Dalam pada itu, biasanya madu tulen berbau sedikit wangi dan kelat disebabkan kehadiran flavanoid dan asid fenolik.

Madu asli biasanya tidak dikerumuni semut jika masih segar selepas dituai, walau bagaimanapun, semut boleh datang jika bau wangi hilang tetapi cara ini belum dapat dibuktikan secara saintifik sebaliknya perlu diuji di makmal.

Persepsi salah orang ramai mengenai ketulenan madu:
  • Madu asli dikatakan mempunyai warna, rasa dan bau tertentu.
  • Madu yang asli tidak dihurungi semut.
  • Madu asli tidak beku dalam peti sejuk.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

5 Jenis Medical Check-Up Wajib Bagi Lelaki

5 Jenis Medical Check-Up Wajib Bagi Lelaki

Sebagai lelaki yang hidup di zaman moden ini, kesihatan diri perlulah diambil perhatian setara dengan perkara lain seperti keluarga, kerjaya dan kewangan, kerana tanpa kesihatan yang baik, anda tidak akan dapat menjalankan fungsi sebagai ketua keluarga, pekerja atau majikan yang cemerlang.

Medical Check-Up Wajib Lelaki

Berikut adalah 5 jenis pemeriksaan kesihatan yang wajib dan perlu dilakukan oleh lelaki sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

1. Tekanan Darah

Tekanan dengan hal keluarga, pekerjaan, keadaan lalu lintas dan kewangan boleh menaikkan atau menurunkan tekanan darah tanpa disedari.

Apabila tekanan darah bermasalah, ia akan membawa banyak lagi penyakit berangkai seperti serangan angin ahmar, pitam, serangan jantung atau kerosakan salur darah.

Jadi, sewajarnya anda melakukan pemeriksaan tekanan darah sebulan sekali.

2. Mata

Ramai menyangka pemeriksaan mata tidak perlu dilakukan sekiranya mata tidak mempunyai masalah.

Tetapi, ada pelbagai penyakit mata yang boleh menyebabkan kebutaaan seperti glaukoma.

Mengikut satu kajian, kira-kira 45 juta rakyat AS mengalami masalah mata akibat proses penuaan dan hanya kurang satu pertiga rakyatnya menjalani pemeriksaan mata secara berkala.

Ia boleh dilakukan pada usia 18 tahun dengan kekerapan satu hingga tiga tahun sekali mengikut lingkungan usia 18 hingga 61 tahun bergantung kepada saranan doktor.

Jadi, periksalah bermula sekarang agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

3. Kencing Manis

Bagi lelaki, penyakit kencing manis adalah musuh kesihatan yang berbahaya kerana ia boleh menyebabkan hilang nafsu seks atau mati pucuk.

Ia penting untuk mengenalpasti tahap gula dalam badan bagi mencari atau mengesahkan tanda-tanda penyakit kencing manis.

Namun, bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan lahir dari keturunan keluarga penghidap kencing manis, ujian darah ini perlu dilalui lebih awal.

Kekerapan menjalani ujian penyakit kencing manis adalah setiap tiga tahun bagi mereka yang normal.

4. Kolesterol

Pemeriksaan kolesterol boleh dilakukan seawal umur 20 tahun dengan kekerapan ujian setiap dua hingga ke lima tahun sekali bergantung kepada paras normal.

Kolesterol adalah sejenis lemak protein di dalam darah yang boleh menyebabkan masalah penyumbatan saluran darah jika berada di tahap tinggi.

Ada dua jenis kolesterol iaitu HDL atau High Density Lipoprotein dan LDL atau Low Density Lipoprotein.

Kolesterol baik membantu mengesan risiko serangan jantung dan strok manakala kolesterol jahat yang dianggap LDL merupakan penyumbang kepada sakit jantung.

Jika paras tidak normal, ujian perlu berulang setiap enam bulan atau mengikut arahan doktor untuk mengesan tahap kolesterol baik dan jahat di dalam badan.

5. Buah Zakar

Kanser buah zakar atau prostat boleh menyerang lelaki berusia semuda 15 hingga 34 tahun. 90 peratus dari pesakit kanser buah zakar boleh disembuhkan sekiranya dikesan pada peringkat permulaan.

Pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri dengan memegang buah zakar di antara ibu jari dan jari telunjuk, permukaan buah zakar perlu dirasai untuk mengesan sebarang bonjolan untuk mengesan kawasan yang menjadi keras atau pembesaran buah zakar.

Jika ada tanda-tanda itu, perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelakisihat

Vanessa Angel Di Penjara 5 Bulan Kes Pelacuran

Vanessa Angel Di Penjara 5 Bulan Kes Pelacuran

Artis Indonesia, Vanessa Angel dijatuhkan hukuman penjara lima bulan selepas didapati bersalah terlibat dalam kes pelacuran atas talian membabitkan bayaran sehingga Rp80 juta (kira-kira RM24 ribu) untuk sekali layanan.

Vanessa Angel Melacur
Vanessa Angel.

Hukuman itu dibacakan Ketua Majelis Hakim Surabaya, Dwi Purwadi pada persidangan di Pengadilan Negeri Surabaya, memetik laporan agensi berita Antara.

Vanessa, 27, bagaimanapun dibebaskan pada hujung bulan Jun 2019 kerana hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan pada 31 Januari.

Vanessa Angel ditahan di Surabaya selepas pihak polis mengesan berlakunya transaksi pembayaran untuk aktiviti itu.

“Terima kasih sahabat kunjungi ketika aku dikurung”

Vaneesa Angel yang dibebaskan pada Ahad (2/7/2019), menerusi Instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada individu di sekelilingnya yang banyak memberi sokongan.

"Terima kasih kepada semua sahabat-sahabatku yang mengunjungiku selama aku dikurung, dirampas kebebasanku selama lima bulan kerana kes yang menjeratku.

"Melebihi apa pun aku bersyukur masih ada kamu semua yang mahu membantu aku untuk lebih tabah dan jadi lebih baik," ujarnya.

Vaneesa ucap terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Pelakon tersebut memuat naik posting pertama selepas beberapa jam dibebaskan pada Ahad.

Pada 27 Jun lalu, sebuah mahkamah di Surabaya menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap aktres tersebut selepas didapati bersalah terbabit dalam pelacuran.

Bagaimanapun, menurut agensi berita Antara, Vanessa, 27, dibebaskan pada hujung bulan Jun iaitu Ahad kerana hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 31 Januari lalu.

Vanessa ditangkap polis bersama seorang bapa ayam ketika menunggu pelanggan di sebuah hotel di sini pada 5 Januari lalu.

Aktres itu bersama seorang lagi tertuduh dilaporkan terbabit aktiviti pelacuran dalam talian dengan bayaran hingga mencecah Rp80 juta (RM24,000).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

SBDJ Siri 84: Belah Perut Burung

SBDJ Siri 84: Belah Perut Burung

Terasa lucu sekali, bila nenek yang sudah tua itu, masih bertanya pada saya, kalau Datuk terpikat pada wanita lain atau bercerita mahu kahwin lain.

Toyol jadi-jadian

"Datuk tu baik, ke mana-mana dia tak pernah lupa dengan nenek, nama nenek selalu dipujinya di depan kawan-kawan," ujar saya pada nenek. Ia tersenyum.

Pipinya yang sudah berkedut kelihatan berpenyokong ke dalam dan bibirnya kelihatan seperti menajam, melindungi giginya yang sudah hampir separuh tercabut dari gusi.

"Kenapa nenek tanya macam tu?"

"Kamu tahu Tamar, orang lelaki kalau badannya sihat, sampai umur seratus tahun pun nafsu dan keinginannya tetap kuat," sanggah nenek.

Saya diam, tidak kuasa melawan cakapnya. Kalau dilawan mungkin boleh melukakan perasaannya.

Malam itu, hampir pukul dua belas baru saya masuk ke bilik tidur dan Datuk tetap dengan kegemarannya membaca Quran dan melakukan sembahyang sunat tengah malam sebelum masuk tidur.

Kali ini, saya dengan Datuk agak lama berada di kampung. Hampir enam bulan tidak ke mana-mana.

Datuk tetap dengan kegemarannya memburu binatang pada sebelah petang. Waktu pagi dihabiskan di kebun getahnya. Menanam anak-anak getah di celah pepohon getah yang sudah tua.

Menurut Datuk, bila anak-anak getah itu membesar dan boleh ditoreh. Pokok-pokok getah yang tua dan tidak mengeluarkan susu akan ditebang. Dalam seminggu cuma dua pagi saja saya menolong Datuk.

Saya ada tugas lain yang diberikan Datuk, saya disuruh mengurus kebun pisang. Menjual buah pisang dan menjual getah dari para penoreh di kebunnya adalah urusan saya. Saya kira taraf dengan seorang kerani.

Walaupun saya tidak dibayar gaji tetap tetapi, pada setiap bulan saya menerima wang antara tiga puluh hingga empat puluh sebulan, bergantung pada hasil penjualan getah dan pisang.

Dengan wang itu, saya boleh ke mana-mana dan berjaya membeli sebuah basikal lumba.

Saya berhasrat mahu menjadi seorang jaguh lumba basikal yang terkenal. Demi hasrat tersebut, pada setiap petang saya kayuh basikal keliling kampung, berlagak sebagai seorang juara.

Kawan-kawan rapat dan karib terus mengagumi dan memuji saya kerana berani kayuh basikal lumba dengan laju. Bila dipuji begitu, saya terasa yang diri saya ini memang benar-benar seorang juara.

Anehnya, kehebatan dan kebolehan saya setakat keliling kampung saja. Tidak berani masuk gelanggang. Mimpi untuk jadi juara tetap datang dalam tidur saya.

Datuk kurang senang melihat saya keliling kampung dengan basikal lumba, dia bimbang kalau perbuatan saya itu boleh menimbulkan fitnah atau mendorong saya mengusik anak dara kampung.

Bagi menghindar kejadian yang tidak diingini terjadi, Datuk mengesyorkan supaya saya mengikuti ilmu persilatan dengan seorang jaguh silat yang tinggal kira-kira sepuluh batu dari kampung kami.

Apa yang Datuk utarakan itu segera saya patuhi.

"Aku mahu kamu pergi ke tempat kamu belajar silat dengan basikal," kata Datuk dengan senyum. Terasa agak berat mahu kayuh basikal lumba ke tempat silat.

Belajar silat kira-kira pukul sembilan malam dan tamat kira-kira pukul sebelas atau dua belas kemudian, kayuh basikal sepuluh batu pulang ke rumah.

Bagaimana kalau sedang saya asyik kayuh basikal dalam gelap, tiba-tiba harimau muncul di tengah jalan.

Apa yang mesti saya lakukan? Menentangnya atau lari saja. Macam-macam yang saya fikirkan bila Datuk menyuruh saya kayuh basikal ke tempat belajar silat.

"Sulit tuk," saya membantah.

"Apa yang sulitnya Tamar," Datuk beliakkan biji mata.

"Jumpa gajah atau harimau tengah malam, hancur tulang-tulang saya dipatah-patahkannya."

"Kerana itu aku suruh kamu belajar silat, biar berani dan boleh mempertahankan diri bila diserang binatang atau manusia."

"Cara Datuk mengajar saya supaya jadi berani ganjil sekali," nada suara saya agak keras.

Datuk terus menggosok pangkal hidungnya berkali-kali sambil merenung basikal lumba yang saya sandarkan ke perdu pokok kelapa.

"Bagaimana kalau kau setuju aku belikan motosikal untuk kamu, asalkan kamu mahu belajar jadi manusia berani," satu peluang yang terbaik dari Datuk, tidak wajar dilepaskan begitu saja.

"Saya setuju tuk."

"Ada syaratnya Tamar."

"Syarat? Apa syaratnya tuk," saya terkejut.

"Mudah saja. Kau belajar dulu enam bulan, lepas itu baru aku belikan motosikal, itu pun bila kamu dah lulus ujian memandu." tersenyum simpul Datuk memandang ke arah saya.

Mudah sungguh ia mengeluarkan syarat tetapi, bebannya terasa amat berat sekali untuk saya laksanakan.

Setelah difikirkan dengan teliti dan masak-masak, saya terima dengan syarat yang diajukan pada saya. Senyum Datuk bertambah lebar.

Petang itu juga, Datuk membawa saya menemui guru silat. Melihat bentuk tubuhnya yang tegap, misai melintang dan penuh janggut serta jambang menghiasi wajah membuat saya gementar.

Saya membayangkan kalau pembukanya yang datang gagal saya tepis, pasti saya jatuh terlentang ke bumi.

Kalau hinggap dirusuk, sudah pasti tulang rusuk patah tetapi, kerana mahukan motosikal. Semua rintangan sanggup saya hadapi.

Tanpa diduga sedang asyik berborak di halaman rumah pendekar, secara mengejut pendekar melepaskan satu penumbuk kencang ke arah saya.

Kerana pernah belajar beberapa langkah silat tumbukan itu berhasil saya tepiskan.

"Dah tahu rupanya," puji pendekar sambil memintal misai lebatnya.

Telapak tangannya yang lebar itu terus menepuk bahu saya berkali-kali. Datuk tersenyum.

Datuk mana yang tidak merasa bangga bila cucu kesayangan dipuji di depan mata. Saya bersyukur pada Allah SWT kerana menghadiahkan kegembiraan padanya.

Setelah berbincang lebih kurang setengah jam. Kami pun meninggalkan rumah pendekar tersebut.

Dua hari kemudian, saya pun memulakan latihan. Saya berharap kali ini, Datuk tidak akan pergi ke mana-mana.

Biarlah Datuk duduk terus di kampung meneruskan kebiasaan yang diminatinya. Saya sudah bosan mahu mengikuti Datuk ke mana-mana.

Apa yang saya bimbangkan selama ini benar-benar terjadi. Ketika saya pulang dari belajar silat, saya terserempak dengan seekor harimau yang baring melintang di jalan raya.

Saya terus melakukan brek kecemasan. Saya tercampak atas tanah. Harimau yang terkejut terus bangun, membuka mulutnya lebar-lebar sambil menjilat tubuhnya dengan tenang.

Saya cuba bangun tetapi, saya rasakan sepasang tempurung lutut saya jadi lemah. Saya jadi lembik dan jatuh lagi.

Saya serahkan hidup atau mati saya pada keadaan. Entah macam mana, saya jadi berani dengan tiba-tiba.

Saya berhasil bangun dan mengangkat basikal lumba yang tersadai atas rumput. Harimau liar itu bergerak di depan saya.

Saya ikuti pergerakannya dengan teliti. Saya tentang matanya yang bersinar dalam gelap. Bila harimau bergerak ke arah saya. Saya undur perlahan-lahan basikal lumba saya jadikan benteng pertahanan.

Bila harimau itu menerkam ke arah saya terlebih dahulu terkena basikal lumba sebelum melakukan serangan ke atas saya.

Saya bersyukur bila harimau itu tidak menerkam ke arah saya. Harimau itu cuma mengaum panjang sebanyak dua kali. Kemudian masuk ke hutan di sebelah kanan.

Saya terus lompat atas basikal lumba dan mengayuhnya dengan laju tanpa menoleh ke belakang.

Apa yang saya alami tidak saya ceritakan pada Datuk. Biarlah peristiwa itu menjadi kenangan diri yang paling berharga buat saya.

DATANG

Suatu hari guru silat datang menemui Datuk. Saya jadi cemas kalau guru silat tersebut membawa berita yang kurang menyenangkan tentang diri saya pada Datuk. Saya terus mengintip perbualan mereka dari bawah rumah.

"Saya nak mengajak awak ke Permatang Pauh," terdengar suara guru silat.

"Ada apa di sana?" soal Datuk.

"Adik ipar saya sakit, isterinya, adik saya menulis surat minta saya balik tengok keadaan suaminya yang teruk."

"Kalau kamu mengajak aku ke sana untuk mengubatnya, aku minta maaf, aku tak pandai."

"Tidak terniat dalam hati, saya cuma nak ajak awak berjalan saja, adik ipar saya tu, sekarang ni diubat dan dijaga oleh bomoh, manalah tahu kalau awak nak berkenalan dengannya."

Mereka berhenti bercakap sebentar. Sama-sama menikmati, air kopi dan kuih yang dihidangkan.

Saya masih tidak mahu bergerak dari bawah rumah. Saya mahu mengikuti dan mendengar keputusan yang bakal diambil oleh Datuk. Saya yang berada di bawah rumah terus berdebar.

"Apa sakit adik ipar kamu tu?" Datuk minta penjelasan.

"Pada mulanya, dia demam, tidak berapa lama lepas itu, perutnya terus buncit macam orang mengandung, sudah puas dibawa berubat ke mana-mana tapi tak mahu hilang."

"Tak bawa ke hospital," soal Datuk lagi.

"Sudah, doktor sendiri tidak tahu apa jenis penyakit yang ditanggungnya."

"Berubat dengan bomoh tu, macam mana?"

"Menurut isterinya ada kurang sikit, bomoh tu memang handal, namanya terkenal di tempat saya hingga ke Selatan Siam."

"Kalau begitu aku ingin nak belajar darinya. Bila kamu nak balik ke Permatang Pauh."

"Dua hari lagi."

"Kalau aku dengan cucu aku pergi, tak menyusahkan diri kamu," tambah Datuk.

Saya yang berada di bawah rumah tergamam sejenak. Saya mengambil keputusan keluar dari bawah rumah. Naik ke atas rumah lalu berdiri di muka pintu.

Guru silat angkat tangan pada saya bersama segaris senyum yang memanjang. Saya juga angkat tangan.

"Tak jadi hal, rumah peninggalan orang tua saya besar, sekarang ni kosong, awak boleh duduk di situ.

"Setakat makan minum awak berdua selama dua tiga hari, kaum kerabat saya boleh tanggung," balas guru silat penuh semangat.

Datuk termenung. saya terus duduk di sisinya. Guru silat garu pangkal keningnya dua tiga kali.

"Biar kami bawa beras, ikan dan apa yang patut," dengan wajah selamba Datuk menuturkan kata-kata.

Guru silat gelengkan kepalanya dua tiga kali sambil tidak berkata.

"Untuk menyenangkan awak," balas Datuk.

"Susah dengan awak ni, selalu memikirkan tentang diri orang lain, tidak mahu menyusahkan orang lain dalam hidup awak," guru silat bersuara diakhiri dengan ketawa memanjang. Datuk hanya tersenyum saja.

Guru silat minta diri untuk pulang. Datuk dan saya menghantarnya hingga ke kaki tangga.

Terasa di hati ingin melarang Datuk supaya jangan pergi ke Permatang Pauh tetapi, apa yang ada dalam hati saya, tidak terdaya mahu saya luahkan. Takut kena marah.

BERANGKAT

Masa yang di janji pun tiba. Kami bertiga pun berangkat ke Permatang Pauh dengan menaiki bas. Sebelum sampai ke tempat yang dituju kami terpaksa singgah di beberapa buah bandar, bertukar bas.

Kami sampai di Permatang Pauh, kira-kira pukul dua petang. Kampung asal guru silat memang menarik. Dikelilingi sawah yang sayup mata memandang.

Saya terpesona melihat matahari petang yang memancarkan cahaya kekuningan ke atas bebuah padi yang sedang menguning emas.

Kali ini, saya merasa beruntung dan bertuah. Datuk tidak mengongkong kebebasan diri saya. Satu perubahan yang amat mengejutkan dari Datuk. Saya boleh pergi ke mana-mana dalam kawasan kampung guru silat.

Dua hari berada di tempat tersebut, saya sudah berkenalan dengan beberapa orang pemuda yang sebaya dengan saya di kampung itu.

Saya berkawan dengan Zubir, Usman dan Abdul Fatah. Mereka membawa saya melawat ke Bukit Bendera, Batu Feringhi dan beberapa tempat yang menarik.

Kadang-kadang mereka mengajak saya mandi laut di kawasan yang sekarang sudah didirikan hotel Rasa Sayang.

Sebelum itu, di sekitar kawasan tersebut terdapat perkampungan dan rumah orang Melayu. Secara kebetulan pula ayah saudara Zubir tinggal di tempat tersebut, menjadi nelayan pantai.

Semua yang saya alami itu, merupakan satu pengalaman baru dan membuat saya ingin tinggal lebih lama di tempat tersebut.

Abdul Fatah mencadangkan supaya saya bekerja di Pelabuhan Pulau Pinang seperti dirinya.

Cadangan itu saya tolak, tetapi Zubir berjanji untuk mencarikan saya pekerjaan di Kebun Bunga yang selalu menjadi tumpuan para pelancong kerana bunga dan monyetnya yang jinak.

Cadangan Zubir memang menarik hati saya. Harapan untuk memperoleh kerja tersebut amat cerah kerana abangnya menjadi pegawai dan diberi kuasa memilih orang untuk bekerja di tempat tersebut.

Jawapan saya pada cadangan itu, "Nanti aku fikirkan, kemudian aku beritahu kamu keputusannya."

"Bila aku boleh dapat tahu?"

"Biar aku balik dulu ke kampung, kemudian aku tulis surat pada kamu."

"Kalau begitu aku daftarkan nama kamu dulu."

"Ya, kalau baik apa yang kamu fikirkan patut," balasku.

Jawapan itu memberikan kegembiraan pada tiga sahabat baru. Awal-awal lagi mereka sudah bermuafakat untuk menyewa rumah di sebuah kampung Melayu yang letaknya tidak jauh dari Persiaran Gurney.

Kalau tidak silap saya, kampung itu disebut Kelawai. Kata mereka saya amat sesuai untuk tinggal di sebuah rumah sewa bersama mereka.

Kebebasan yang diberikan oleh Datuk itu, membuat saya tidak berminat untuk mengikuti Datuk pergi ke rumah adik ipar guru silat yang terlantar sakit. Hal itu kurang menyenangkan hati Datuk.

"Tamar, petang ni usah ke mana-mana ikut aku," ujar Datuk dengan tenang di tengah rumah peninggalan orang tua guru silat. Saya berhenti dari menyikat rambut dan terus termenung.

Saya dapat membayangkan kehampaan kawan-kawan, bila saya tidak dapat menyertai mereka perti ke Padang Kota seperti yang dijanjikan.

Saya terlepas peluang untuk berdiri di tepi feri sambil menikmati deru ombak dan melihat matahari hampir terbenam di permukaan laut seperti yang selalu kami lakukan ketika menyeberangi selat kecil yang memisahkan bumi Pulau Pinang dengan Tanah Besar.

"Saya dan janji dengan kawan tuk."

"Tuk nak ajak saya tengok orang sakit tu."

"Ya."

"Kalau begitu, biar saya beritahu kawan-kawan yang saya tak dapat pergi ke sana, nanti dia orang tertunggu-tunggu saya."

"Pergi cepat."

Saya terus menemui kawan-kawan. Ternyata mereka agak terkejut dengan berita yang saya sampaikan.

Akhirnya, mereka dapat menerimanya setelah saya terangkan keadaan yang sebenar.

Saya terharu bila mereka membatalkan hasrat yang sudah dirancang tanpa penyertaan saya. Kagum saya dengan semangat setia kawan yang diberikan itu.

LIHAT

Hasrat Datuk saya tunaikan. Ia gembira dan malam itu lebih kurang pukul sepuluh saya sudah pun berada di rumah adik ipar guru silat.

Terharu saya melihat seorang lelaki terlentang di lantai dengan perut yang membukit.

Di depan lelaki itu digantung tali belati yang diikat pada alang rumah. Bila lelaki itu mahu duduk ia terpaksa menggunakan tali belati itu sebagai tempat berpaut.

Satu pemandangan dan keadaan yang amat mengharukan perasaan saya. Bila lelaki itu sudah duduk, isterinya segera meletakkan tiga bantal di belakangnya untuk dijadikan tempat bersandar. Tanpa bantuan bantal dan tali tersebut, lelaki itu tidak mampu duduk.

Menurut isteri lelaki itu, suaminya jarang makan dan minum tetapi, perutnya tetap membesar.

Bercakap tidak boleh banyak, kalau bercakap suaminya akan mengalami sesak nafas dan penat ada kalanya terus pengsan.

"Sudah enam bulan lebih," kata bomoh yang merawat adik ipar guru silat pada Datuk.

Saya lihat Datuk anggukkan kepala kemudian terus bertanya.

"Bagaimana, ada harapan nak sembuh."

"Entahlah, saya cuma berusaha kalau diizinkan Allah sembuhlah dia," bomoh itu merendah diri.

"Dah lama awak berikhtiar?" tanya Datuk lagi.

"Baru lagi, perkara ini diberitahu pada saya dah lambat, kalau cepat, barangkali saya dapat berusaha lebih baik lagi." dengan tenang bomoh yang berusia lebih tua dari Datuk memberi penerangan.

Datuk termenung panjang. Kemudian merenung ke arah adik ipar guru silat yang terlentang. Datuk menarik nafas panjang.

Guru silat yang berada di sisinya terus membisu. Isteri suami malang menatap sayu ke arah suaminya.

"Minta maaf, masuk malam ni dah tiga malam saya ikut awak mengubat, orang sakit ni, macam mana kalau saya turut menolong awak," Datuk cuba memberikan khidmatnya. Bomoh yang duduk di sebelahnya terus tunduk.

Saya kira, permintaan Datuk tidak akan diperkenankan. Mana ada bomoh yang suka kerjanya diganggu atau mahu bekerjasama dengan orang lain.

"Boleh," satu jawapan yang amat mengejutkan dari si Bomoh.

Muka Datuk nampak berubah. Begitu juga dengan muka guru silat. Datuk segera bangun dan mendekati si sakit.

Datuk pegang tangan pesakit merasai denyut nadinya. Datuk kembali duduk di sisi bomoh. Buat beberapa minit, tidak ada percakapan yang terjadi di antara kami.

"Awak setuju tak, kalau saya katakan sakit orang ni memang teruk," Datuk renung muka bomoh.

Tiada jawapan yang Datuk terima dari bomoh tersebut. Cara mendadak saja bomoh bangun lalu duduk bersandar di dinding sambil melunjurkan sepasang kakinya. Songkok hitam diletakkan atas lantai.

"Tentulah teruk, kalau dah sampai hospital sendiri tak tahu nak buat apa," tiba-tiba saja bomoh tersebut bersuara.

Songkok atas lantai diambilnya lalu diletakkan atas kepalanya kembali. Datuk segera menghampirinya. Saya perhatikan Datuk memperlihatkan sikap mahu bersahabat dengannya.

"Apa pandangan tuk bomoh, saya memang jahil dalam hal macam ini," kata Datuk merendah diri.

Bomoh itu senyum. Dua tiga kali ia meraba bahagian tepi songkoknya.

"Awak memang sikit pun tak tahu?"

Bomoh itu bertanya lagi. Datuk anggukkan kepala.

"Hum, saya sangka awak tadi ada isi, berlagak macam orang pandai rupanya kosong," tambahnya lagi bersama senyum yang lebar. Datuk hanya diam sahaja.

"Kalau dah tak tahu apa-apa, jangan banyak cerita tengok saja apa yang aku buat," nada suara bomoh itu mula meninggi.

Ia terus memicit-micit pangkal pahanya. Guru silat yang duduk dekat Datuk tetap anggukkan kepala.

"Awak tahu, orang ni kena buatan manusia, dia disihir," tiba-tiba sahaja bomoh itu berdiri, sambil mengepal-ngepal penumbuk. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan dalam rumah.

"Kamu semua tahu puncanya?" tanya bomoh dengan suara keras biji matanya separuh terbuka. Kerana tidak ada sesiapa yang menjawab pertanyaannya, muka bomoh jadi merah.

Ia terus menjerit, "Kamu tahu puncanya?"

"Tak tahu," pekik Datuk.

Pekikan Datuk itu mengejutkan bomoh itu sendiri. Ia jadi tersentap. Tidak jegilkan biji mata. Tidak tunjuk wajah yang marah. Wajah dan gerakan tubuhnya serta-merta bertukar menjadi lembut dan sopan.

"Puncanya bukan apa-apa," bomoh tua memperkemaskan silanya.

Guru silat dan Datuk tumpukan perhatian ke arahnya.

"Puncanya, yang si sakit ni tak mahu dengar cakap dan nasihat orang. Itu saja sebabnya," sambung bomoh tua.

Biji matanya bulat menatap wajah Datuk.

Saya lihat guru silat renung ke arah Datuk.

Beberapa saat kemudian, guru silat terus merapati Datuk. Mereka berbisik. Entah apa yang mereka bisikkan saya sendiri pun tidak tahu.

Bomoh tua lunjurkan kaki kiri sambil menggaru pangkal telinganya berkali-kali.

"Kalau kamu tau sikit-sikit cara nak mengubatnya beritahu aku jangan sembunyi-sembunyi," kata-kata itu ditujukan untuk Datuk oleh bomoh tua.

Datuk seperti orang terkejut. Guru silat singgung pangkal paha Datuk dengan kepala lutut.

"Saya tak tahu, saya cuma nak tengok saja, kalau boleh saya nak tumpang belajar," balas Datuk dengan tenang. Bomoh tua tersenyum.

"Kalau begitu, kamu jadi pembantu aku, setuju?"

"Setuju," jawab Datuk tegas.

"Bagus, ke mari dekat aku."

Datuk bangun lalu mendekati bomoh tua. Bomoh tua bangun lalu memegang tangan Datuk erat-erat.

Datuk ditarik mendekati orang yang sakit. Mereka duduk bersimpuh menghadapi orang sakit.

SILAT

Tiba-tiba bomoh tua itu membuka silat. Menendang ke kiri dan ke kanan. Tendangan itu semuanya mengarah ke arah Datuk.

Cepat-cepat Datuk mengelak dan menepis dengan tangkasnya. Bomoh tua berhenti bersilat. Ia ketawa. Saya terasa macam ada sesuatu yang ganjil tentang cara bomoh tua itu mengubati orang.

"Maafkan aku, aku cuma menguji diri kamu," kata bomoh tua dengan wajah yang tenang.

Tetapi, Datuk tetap berwajah serius. Seolah-olah tidak dapat menerima dengan apa yang dilakukan oleh bomoh tua tersebut padanya.

"Bukan masanya untuk menguji, kita mengubat orang sakit," Datuk membantah.

Bomoh tua menarik wajah masam. Kurang senang dengan teguran Datuk itu. Guru silat di sebelah saya juga nampak resah.

"Habis sekarang masa untuk apa?" ia menyoal Datuk dengan nada suara yang keras. Datuk tetap bersikap tenang.

"Masa untuk mengubat orang," balas Datuk.

"Kamu bercakap perkara yang betul, tapi kamu harus tahu ini cara aku. Aku nak panggil roh Datuk nenek membantu," jawab bomoh tua.

"Cara yang salah, bertentangan dengan agama," tiba-tiba saja guru silat bersuara. Datuk nampak resah.

"Ini urusan aku, kau jangan campur," bomoh tua jadi marah.

Ia suruh Datuk bangun dan beredar ke tempat lain. Datuk patuh pada permintaannya.

Bomoh terus duduk bersila. Menabur kemenyan dalam tempat perasap. Kedua belah tangannya diletakkan atas kedua kepala lututnya.

Bomoh tua goyangkan badan ke kiri dan ke kanan. Tiba-tiba ia jatuh terlentang atas lantai, macam nangka masak gugur dari pokok. Ia bangun perlahan-lahan.

Ketika itu semua tingkap di rumah adik ipar guru silat terbuka sendiri. Langsir bergerak-gerak kencang ditolak angin.

Saya mula cemas..

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 84/284

BACA: SBDJ Siri 83: Bunuh Jembalang
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, July 02, 2019

Benarkah Hadis Islam Tak Benarkan Isytihar Harta?

Benarkah Hadis Islam Tak Benarkan Isytihar Harta?

Muslim dan bukan Muslim telah bertanya apakah benar dakwaan yang menyatakan Nabi SAW tidak membenarkan orang politik mengistiharkan harta? Bagi yang bukan Muslim mereka nampak semacam begitu kecewa jika demikian ajaran Islam.

Islam Larang Isytihar Harta

Saya rasa saya perlu berikan penjelasan tentang hal ini agar agama Islam tidak disalah faham sehingga memberikan imej yang salah terhadap Islam. Di sini saya ingin jelaskan hal ini pada nota-nota:

Nabi SAW sendiri dalam pentadbiran kerajaan baginda memastikan para petugas atau pegawai yang dilantik tidak memiliki harta atas salah guna kedudukan. Baginda menegur harta yang dimiliki oleh para petugas yang diperolehi dengan cara yang tidak betul. Ertinya, baginda memeriksa dakwaan harta yang mereka miliki.

Sabda Nabi SAW (bermaksud):

“Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak? Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari).

Dalam Islam, Muslim diwajibkan membayar zakat. Zakat yang wajib dibayar oleh Muslim membabitkan pelbagai harta; tanaman, ternakan, emas (wang) dan selainnya. Jumlah zakat wajib seseorang berdasarkan kadar harta yang dimiliki.

Bagi ternakan ada kiraannya, bagi emas ada kiraannya, bagi tanaman ada kiraannya, bagi galian ada kiraannya dan seterusnya. Lebih banyak harta, pasti lebih banyak kadar yang wajib dibayar.

Ulul amri (pemerintah) merupakan amil zakat yang berkewajipan memastikan mereka yang wajib membayar zakat, menunaikan tanggungjawab mereka.

Jika agama melarang Muslim mengistiharkan harta, pastilah Muslim tidak boleh membayar zakat kepada amil zakat kerana itu menyebabkan jumlah hartanya diketahui.

Maka, dakwaan bahawa Islam tidak membenarkan jumlah harta seseorang dimaklumkan kepada pihak pemerintah adalah batil dan tidak berasas.

Antara pendekatan memastikan integriti urus tadbir pemerintahan Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ialah memeriksa harta pegawai-pegawai yang dilantik dan mencatatkannya. Ini bagi mengawal supaya mereka tidak mengambil kesempatan mengumpul harta dengan cara yang salah melalui jawatan yang dipegang. Polisi ini telah lama dijalankan oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab dalam pentadbirannya.

Dalam al-Tabaqat al-Kubra oleh al-Imam Ibn Sa’d (meninggal 230H) dan juga dipetik oleh al-Imam al-Sayuti (meninggal 911H) dalam Tarikh al-Khulafa (bermaksud):

“Sesungguhnya ‘Umar apabila melantik pegawai, beliau mencacatkan hartanya.” (Tabaqat Ibn Sa’d 3/307 Beirut: Dar Sadir)

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) menyebut dalam karyanya tentang polisi ‘Umar tersebut dengan berkata:

“‘Umar memeriksa harta para pegawainya. Dia mengambil separuh harta mereka jika itu mereka perolehi melalui jawatan mereka yang bercampur dengan kedudukan istimewa mereka. Umar membahagikan harta itu kepada dua bahagian, separuh untuk mereka, separuh untuk kaum Muslimin (rakyat).” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Turuq al-Hukmiyyah, m.s 17)

Umar bin al-Khattab Isytihar Harta

Justeru itu al-Syeikh Dr ‘Ali Muhammad al-Sallabi menyebut dalam karyanya Umar bin al-Khattab:

“Umar itu menghitung (jumlah) harta para pegawai dan gabenor sebelum pelantikan. Ini bertujuan untuk mengira harta mereka yang bertambah selepas pelantikan yang tidak termasuk dalam penambahan yang munasabah.” (‘Ali Muhammad al-Sallabi, ‘Umar bin al-Khattab, ms 356)

Kemudian, kita hendaklah faham bahawa dalam soal pentadbiran, Islam itu sifatnya begitu luas. Apa sahaja yang membawa kemaslahatan kepada rakyat, diiktiraf sebagai politik atau urus tadbir yang selaras dengan syarak. Ini termasuklah soal pengistiharan harta.

Pemerintah berhak menentukan kaedah yang diyakini terbaik dalam memastikan integriti dan urus tadbir yang baik. Jangan kita jumud dan mempergunakan dalil-dalil agama sehingga menyempitkan ruang politik yang diluaskan oleh syarak.

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam hal ini:

“Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu, ‘Tiada siyasah melainkan apa yang menepati syarak’ iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul. Jika engkau maksudkan tiada siyasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga bererti menyalahkan para sahabah.

"Apabila zahirnya tanda-tanda keadilan dan wajahnya memancar sinar dalam apa jalan sekalipun, maka di situlah syariat Allah dan agama-Nya. Allah SWT itu lebih mengetahui, lebih bijaksana dan lebih adil untuk hanya membataskan jalan-jalan keadilan dan tanda-tanda serta alamat-alamatnya dengan sesuatu perkara (sahaja) kemudian menafikan (kewujudan keadilan) yang lebih nyata daripada itu, lebih kuat dalilnya, lebih jelas tandanya dan (mustahil) Allah tidak menerima dan mengambil kira kewujudannya serta menegakkan tuntutannya.

"Bahkan Allah SWT telah menjelaskan bahawa tujuan dia mensyariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) ialah untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hamba-Nya dan membolehkan manusia (hamba-hamba-Nya) menegakkan keadilan.

"Apa sahaja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu daripada (ajaran) agama ini, dan ia tidak menyanggahinya. Maka tidak boleh untuk dikatakan bahawa siyasah yang adil itu menyanggahi apa yang diungkapkan oleh syarak.

"Sebaliknya ia (siyasah yang adil) itu menepati syarak. Bahkan siyasah yang adil itu satu juzuk dari syarak.

"Kita menamakannya siyasah (politik) mengikut istilah mereka, padahal sebenarnya ia adalah keadilan Allah dan rasul-Nya yang zahir menerusi tanda-tanda dan bukti-bukti.” (Ibn Qaiyim al-Jauziyah, al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar’iyyah, 19-20. Beirut: Dar Ihya al-‘Ulum (tt).

Maksud sebenar hadis

Adapun hadis yang digunakan oleh pihak berkaitan (bermaksud):

“Bantulah menjayakan hajat-hajat dengan menyembunyikan (hajat-hajat tersebut) kerana setiap yang mempunyai nikmat itu didengki.”

Dari kedudukan hadis, secara paling ringkas hadis ini diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal, ‘Ali bin Abi Talib, Ibn ‘Abbas, Abi Burdah dan Abu Hurairah.

Hampir keseluruhan jalur periwayatan mempunyai ‘illah (penyakit yang mencacatkan kekuatan riwayat).

Al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 567H) menghukumnya sebagai palsu. Demikian al-Imam Ahmad (meninggal 241H) dan Yahya bin Ma’in (meninggal 233H). Al-Hafiz al-‘Iraqi (meninggal 806H) ketika mentakhrij hadis-hadis Ihya ‘Ulum al-Din mendaifkan sanad hadis ini.

Namun al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah telah menilai sahih sanad yang datang melalui Sahl bin ‘Abd al-Rahman al-Jurjani daripada Muhammad bin Mutarrif daripada Muhammad bin Munkadir daripada ‘Urwah bin al-Zubair daripada Abu Hurairah. (lihat: al-Silsilah al-Sahihah hadis 1453)

Dari segi maksud, hadis tersebut bukan seperti yang difahami oleh pihak berkaitan. Hadis ini menggalakkan menyembunyi perkara-perkara yang membawa kepada hasad dengki.

Namun, jika ada keperluan maka hajat serta nikmat boleh bahkan mungkin wajib didedahkan. Ini terutama kepada pihak yang mempunyai kepentingan. Jika tidak, maka pasti orang ramai akan mengelakkan membayar zakat harta atas alasan hadis ini.

Demikian juga, akan ada yang menyembunyikan perkahwinan kerana bimbang orang lain dengki, sedangkan Nabi SAW suruh mengiklankan nikah.

Demikian juga mungkin ada yang tidak mahu membayar cukai pendapatan, cukai jalan raya dan lain-lain kepada pemerintah atas alasan bimbang pihak lain tahu harta mereka. Ini semua tafsiran yang salah.

Diharapkan semua pihak tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama Nabi SAW dalam mencapai hasrat mereka. Islam akan disalah faham jika tidak berhati-hati menyandarkan hal-hal yang tidak tepat kepada Nabi SAW.

Wallahu a'lam.

***

Nota: Penulis adalah MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN, mufti Perlis.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Koleksi Topi Khas 'Naruto' Buat Peminat Anime

Koleksi Topi Khas 'Naruto' Buat Peminat Anime

Jenama topi terkemuka New Era kini membawa masuk koleksi khas mereka bersama anime Jepun, Naruto untuk pasaran Malaysia, yang akan menampilkan beberapa rekaan topi snapback dengan watak Naruto seperti Rock Lee dan Shikamaru Nara.

Topi Khas Naruto

Untuk gaya lebih minimalis, pilih sahaja topi dengan emblem besi berlogo Kampung Daun.

Pastinya, item paling menarik untuk koleksi ini adalah headband dengan logo Kampung Daun. Terus jadi ninja anda nanti.

Buat peminat setia Naruto, boleh terus ke cawangan New Era Mid Valley dan Imago Kota Kinabalu.

Mana tahu anda terbeli topi ini ketika mencuba.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Miley Cyrus Buat Kontroversi Lagi, Kali Ini Tayang Payudara!

Miley Cyrus Buat Kontroversi Lagi, Kali Ini Tayang Payudara!

Penyanyi popular, Miley Cyrus sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan payudaranya dan mempamer aksi mengghairahkan ketika membuat persembahan di satu festival muzik.

Miley Cyrus Tayang Payudara
Miley Cyrus.

Miley Cyrus, 26, kali pertama membuat persembahan di Pyramid Stage ketika Festival Glastonbury di Worthy Farm, Somerset, London.

Namun, penyanyi kontroversi itu memastikan persembahannya di festival muzik terkenal itu terus diingati.

Ketika persembahan, Miley Cyrus yang memakai baju putih jarang membuatkan penonton terkejut apabila sengaja menarik bajunya sekali gus mendedahkan separuh payudaranya.

Tidak cukup dengan itu, Miley Cyrus yang popular dengan siri drama Hannah Montana itu turut membuat beberapa aksi mengghairahkan termasuk meletakkan mikrofon di kemaluannya.

Miley Cyrus sebelum ini pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi dengan membuat persembahan berunsur lucah ketika di pentas.

Penyanyi itu juga berdepan ketagihan dadah dan dimasukkan ke pusat pemulihan.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Ahli Parlimen Kini Wajib Isytihar Harta

Ahli Parlimen Kini Wajib Isytihar Harta

Dewan Rakyat meluluskan usul rang undang-undang untuk mewajibkan setiap anggota parlimen mengisytiharkan jumlah harta masing-masing selepas tiada bantahan dibuat semasa pengundian, walaupun ada pembangkang bangkit berbahas untuk menolaknya.

Ahli Parlimen Wajib Isytihar Harta

Antara lain mereka mendakwa usul itu tidak selari dengan peraturan dewan, nanun selepas hampir lima jam dibahaskan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri membuat penggulungan sebelum Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof membuta undian suara.

Apabila Mohamad Ariff bertanya sama ada usul tersebut dipersetujui, kedengaran anggota parlimen menjeritkan: "Setuju!" sebagai tanda sokongan.

Bagaimanapun, tiada suara yang tidak bersetuju kedengaran apabila beliau bertanya kalau ada anggota Dewan Rakyat yang menolaknya.

"Tidak ada suara yang tidak bersetuju," kata beliau yang kemudian menangguhkan sidang.

Untuk rekod, undian yang berlangsung tidak dicatatkan secara individu kerana tiada permintaan kepada dewan agar ia dijalankan secara belah bahagi.

Pembangkang sebelumnya berkata, kerajaan tidak mempunyai kuasa undang-undang yang cukup untuk mewajibkan ahli parlimen mengisytiharkan harta.

Sementara Ahli Parlimen PAS Kota Bharu Takiyuddin Hassan dan beberapa ahli parlimen pembangkang lain berikrar untuk tidak mengisytiharkan harta meskipun usul itu diluluskan.

Dalam jawapan bertulisnya, Liew berkata langkah kerajaan selari dengan peruntukan di bawah Klausa 27 Peraturan Mesyuarat yang membenarkan usul itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Tambahnya, langkah berkenaan merupakan sebahagian usaha PH untuk membendung rasuah seperti yang dinyatakan dalam manifesto pilihan raya.

Liew juga berkata sejumlah 10 ahli parlimen PH yang menyertai gabungan itu baru-baru ini, selain Ahli Parlimen Sandakan yang baru Vivian Wong belum mengisytiharkan harta.

Jelas Liew, kerajaan mahu ahli parlimen mengisytiharkan harta setiap dua tahun.

Selepas usul itu diluluskan, ahli parlimen diberikan tempoh tiga bulan sehingga 1 Oktober 2019 untuk mengisytiharkan harta mereka.

Di bawah usul sama yang mula berkuat kuasa serta merta, ahli parlimen yang didapati membuat pengisytiharan palsu akan tertakluk di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 193 yang membawa penjara maksimum tiga tahun penjara dan denda sekiranya didapati bersalah.

Ahli parlimen yang gagal mengisytiharkan harta akan dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini