Saturday, January 06, 2018

Kekurangan Testosteron Punca Lelaki Sukar Ereksi


Testosteron merupakan hormon yang memainkan fungsi yang sangat penting dalam menentukan kesihatan dan kesejahteraan seseorang lelaki khususnya fungsi seks. Ia adalah hormon utama yang mengawal perkembangan ciri seksual lelaki dan fungsi pembiakan.

Testosteron Punca Lelaki Sukar Ereksi

Ini dapat dilihat dari segi keinginan seksual, kemampuan ereksi dan penghasilan matang.
Sindrom Kekurangan Testosteron (TDS) berlaku apabila testis iaitu organ seks lelaki yang menghasilkan sperma dan kelenjer adrenal tidak mengeluarkan hormon testosteron secukupnya.

Testosteron mempunyai fungsi penting dalam fungsi seksual seseorang lelaki.

Kekurangan hormon testosteron akan menjejaskan pembinaan tisu badan, metabolisme, fungsi hati dan kelenjar prostat.

Paras testosteron rendah akan menyebabkan lelaki sukar mengalami ereksi, ejakulasi lemah dan jumlah air mani juga berkurang.

Kekurangan hormon testosteron juga dipanggil Andropaus, suatu keadaan yang hampir sama dengan keadaan yang dihidapi oleh wanita iaitu Menapaus.

Lelaki Andropaus biasanya mengambil masa lebih lama untuk mengalami ereksi seterusnya.

Nafsu Seks Menurun

Paras testosteron pada tahap tertinggi adalah ketika lelaki berumur 30 tahun dan merosot perlahan-lahan apabila umur meningkat terutama diantara usia 40 hingga 60 tahun.

Menjelang umur 70 tahun, seorang lelaki dianggarkan kehilangan 35 peratus daripada paras testosteron aktif.

Kekurangan testosteron menyebabkan nafsu seks lelaki menurun dan mengalami kegagalan untuk berereksi.

Pada masa yang sama kekurangan testosteron akan mengakibatkan perubahan bentuk badan dan menjejaskan kesihatan.

Punca

Kajian mendapati ia berkait rapat dengan osteoporosis dan sindrom metabolik iaitu dua gangguan kesihatan yang meningkatkan risikp lelaki menghidap penyakit 'pembunuh senyap' seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

4 comments

  1. berumur sda ni SP..apapun kita mahukan sentiasa sihat..amalkan gaya hidup sihat dan merendah diri kepada Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu laitu Cikgu Etuza. Semakin berusia, semua faktor pun terpengaruh juga :(

      Delete
  2. dah semakin jrg beraksi di ranjang skrg ni. huhuhuhu...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon