Saturday, June 13, 2020

'Parti Apa Aku Dapat' Sindiran Sinis Tun Mahathir Kepada Rasuah 'Halal' Di Malaysia

'Parti Apa Aku Dapat' Sindiran Sinis Tun Mahathir Kepada Rasuah 'Halal' Di Malaysia

Di tengah perpecahan berterusan dalam BERSATU, bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad secara sinis mencetuskan idea untuk membentuk sebuah lagi parti berasaskan Melayu, yang  akan dinamakan "Parti Apa Aku Dapat" dan terbuka kepada semua orang Melayu yang belum diberi jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Pakatan Nasional Parti Apa Aku Dapat

Tun Mahathir dipercayai merujuk kepada dakwaan yang mengatakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menawarkan jawatan kepada anggota parlimen Umno bagi mendapatkan sokongan mereka.

"PARTI APA AKU DAPAT"

1. Saya bercadang untuk tubuh sebuah parti politik.

2. Banyak orang Melayu suka tubuh parti politik. Dahulu saya tubuh parti Pribumi Bersatu Malaysia. Sekarang parti sudah berpecah dua.

3. Sebab itu saya ingin tubuh satu lagi parti politik Melayu.

4. Nama parti ini ialah Parti AAD atau "Parti Apa Aku Dapat".
  • Tujuan: Memperkaya orang Melayu yang belum dapat.
  • Cara: Melantik sebagai pegawai dalam badan-badan yang akan ditubuh khusus untuk memenuhi hasrat memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka yang belum dapat dan yang ingin dapat banyak lagi.
  • Jemputan: Siapa yang belum dapat boleh buat permohonan
  • untuk jadi ahli, atau Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan dll.
  • Yuran: Tidak perlu.

Tulisan Tun Mahathir itu muncul berikutan spekulasi PH dan sekutunya kini mendapat sokongan lebih ramai anggota parlimen termasuk mereka yang berada dalam kerajaan.

Tun Mahathir dan lima yang lain baru-baru ini memfailkan tindakan mahkamah terhadap Muhyiddin dan tiga yang lain berhubung apa yang mereka dakwa sebagai pemecatan salah daripada parti itu.

Muhyiddin terperangkap dalam kontroversi selepas sebuah laman Facebook yang memihak kepada Tun Mahathir mengeluarkan siri rakaman audio yang dikatakan dirakam pada mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu pada 23 Feb 2020 lalu.

Dalam salah satu audio yang bocor, seorang individu yang suaranya mirip Muhyiddin didengar mengatakan bahawa anggota parlimen Umno boleh dipikat untuk menyertai Bersatu jika mereka ditawarkan jawatan menteri atau jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Setakat 21 Mei, dilaporkan 82.3 peratus daripada 113 anggota Parlimen PN dilantik dalam kabinet, menjadi timbalan menteri, dilantik dalam GLC mahupun diplomat khas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Tuesday, June 09, 2020

Musa Aman Bebas 46 Tuduhan Rasuah, Pengubahan Wang Haram

Musa Aman Bebas 46 Tuduhan Rasuah, Pengubahan Wang Haram

Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman bersyukur kerana telah diberikan keadilan(?) untuk membersihkan segala tuduhan yang dibuat ke atas dirinya berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Musa Aman bebas tuduhan rasuah, pengubahan wang haram

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Musa, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga, atas 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.

Musa berkata, permohonan bagi membatalkan pendakwaan yang telah difailkan awal tahun 2020 ini, telah dibuat secara teliti dengan disokong oleh keterangan serta dokumen bukti cukup jelas dan nyata yang tidak dapat dipertikaikan.

“Terima kasih kepada barisan peguam saya bersama pembantu mereka yang telah memberi perkhidmatan cukup baik dan berdedikasi sepanjang tempoh ini.

”Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan kepada badan pendakwaan dan badan kehakiman negara terutama mereka yang telah bertindak secara objektif, profesional, berkecuali dan tanpa prejudis dalam menilai fakta kes ini sejak dua tahun lalu,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Musa berkata apa yang telah berlaku terhadap diri dan keluarganya, biarpun dilihat terjadi kerana perbezaan politik, namun, beliau menganggap ia sebagai satu ujian serta dugaan buat mereka sekeluarga.

Pada prosiding mahkamah itu, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin melepas dan membebaskan Musa Aman daripada semua pertuduhan setelah Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid memberitahu mahkamah, pihak pendakwaan menarik balik semua pertuduhan dalam kedua-dua kes (rasuah dan pengubahan wang haram) yang dihadapi Musa.

Bagi kes rasuah, Musa, 69, yang diwakili Peguam Francis Ng Aik Guan, menghadapi 30 pertuduhan, sebagai ejen kerajaan negeri Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, telah secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri, suapan daripada lapan pemilik konsesi balak berjumlah AS$50.1 juta.

Beliau juga menghadapi 16 pertuduhan wang haram iaitu secara tidak langsung membabitkan diri dalam pengubahan wang haram daripada beberapa individu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Sunday, May 17, 2020

Gaji Menteri Ahli parlimen Malaysia RM55,000 Sebulan Tidak Termasuk Elaun Lumayan!

Gaji Menteri Ahli parlimen Malaysia RM55,000 Sebulan Tidak Termasuk Elaun Lumayan!

Kalau bukan kerana bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes kehilangan wang dari kediamannya, pasti ramai dari kita tidak akan tahu berapa sebenarnya gaji seorang menteri.

Syed Saddiq Gaji Menteri

Menurut Syed Saddiq, beliau telah memberi kerjasama kepada SPRM sejak kes tersebut mula disiasat hampir dua bulan dan beliau sendiri telah membuat laporan polis berhubung kehilangan berjumlah RM250,000.

Persoalan menarik yang beliau timbulkan adalah, mengapa ada keperluan untuk Menteri makan rasuah memandangkan gaji dan elaun seorang Menteri adalan sangat tinggi.

Gaji Dan Elaun Ahli Parlimen

Belum masuk one-off payments yang diterima, gaji Menteri yang juga Ahli Parlimen ialah RM55,000 sebulan.

Jumlah tersebut tidak termasuk bayaran yang diterima apabila Menteri balik ke kawasan mereka ataupun menghadiri program yang jauh dari pejabat kerana terdapat insentif tambahan.

Elaun Pinggan Mangkuk

Menurut Syed Saddiq lagi, ahli parlimen turut menerima elaun sekali bayar berjumlah RM42,000 untuk pinggan dan mangkuk dan elaun tahunan percutian sebanyak RM70,000.

Elaun Makan

Menteri Parlimen turut menerima elaun harian makan yang boleh dituntut sehingga RM180 kerana belanja makan tanpa mengira jumlah orang yang dibelanja.

Secara ringkasnya, Elaun Makan seorang menteri Parlimen adalah sebanyak RM65,700 setahun atau RM5,475 sebulan!

Elaun Kena Pecat

Katanya lagi, beliau turut menerima elaun pindah rumah sebanyak RM10,000 selain pembayaran sekali bayar sebanyak RM150,000 apabila diberhentikan sebagai Menteri.

"Sampai sekarang saya tidak faham mengapa ada keperluan untuk Menteri makan rasuah," katanya.

Menurut Syed Saddiq, beliau menceburi bidang politik untuk membersihkan politik, bukan untuk kedudukan dan kewangan.

Malah katanya, terdapat cubaan untuk mengaitkannya dengan kes rasuah suatu masa dahulu namun sampai sekarang tidak berjaya dibuktikan langsung.

Kesimpulannya, kini anda dah tahu berapa sebenarnya gaji seorang menteri.

Tetapi apa yang pelik adalah, ahli politik di Malaysia ramai yang kaya raya dan jika ada yang merasakan jumlah ini sangat lumayan, kita tetap tertanya-tanya, bagaimana mereka mampu mengumpul aset beratus juta ringgit dalam akaun peribadi?

Dan 'kejujuran' Syed Saddiq ini setelah sekian lama rakyat tertanya-tanya adalah contoh terbaik bahawa ahli politik itu benarnya satu, tapi bohong dan putar belitnya beribu.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiagazette

Tuesday, March 10, 2020

Fakta Senarai Menteri Kabinet Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin

Fakta Senarai Menteri Kabinet Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akhirnya mengumumkan barisan kabinet untuk bersama-sama pentadbirannya dan dalam sidang media memberitahu, jawatan timbalan perdana menteri tidak diwujudkan sebaliknya beliau melantik empat orang menteri kanan yang berfungsi membantu Perdana Menteri.

Menteri Perikatan Nasional

Menurut pengkritik, kabinet baharu Pakatan Nasional yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin jelas bertujuan memuaskan kehendak parti-parti yang menyertai usaha pakatan ini. Ianya kabinet di mana semua mendapat habuannya.

Berikut merupakan senarai kabinet baharu:

1. Perdana Menteri - Muhyiddin Yassin

2. Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Mohamed Azmin Ali
  • Timbalan Menteri: Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)

3. Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
  • Ismail Sabri Yaakob
  • Timbalan Menteri: Ikhmal Hisham Abdul Aziz

4. Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya
  • Fadillah Yusof
  • Timbalan Menteri: Shahruddin Md Salleh

5. Menteri Kanan - Menteri Pendidikan
  • Mohd Radzi Md Jidin
  • Timbalan Menteri I: Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
  • Timbalan Menteri II: Muslimin Yahaya

6. Menteri Kewangan
  • Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
  • Timbalan Menteri I: Abd. Rahim Bakeri
  • Timbalan Menteri II: Mohd Shahar Abdullah

7. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
  • Mustapa Mohamed
  • Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup

8. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
  • Mohd Redzuan Md Yusof
  • Timbalan Menteri: Mastura Yazid

9. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
  • Takiyuddin Hassan
  • Timbalan Menteri: Eddin Syazlee Shith

10. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
  • Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
  • Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary

11. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
  • Maximus Johnity Ongkili
  • Timbalan Menteri: Hanifah Hajar Taib

12. Menteri Pengangkutan
  • Wee Ka Siong
  • Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah

13. Menteri Alam Sekitar
  • Tuan Ibrahim Tuan Man
  • Timbalan Menteri: Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)

14. Menteri Sumber Manusia
  • Saravanan A/L Murugan
  • Timbalan Menteri: Awang Hashim

15. Menteri Wilayah Persekutuan
  • Annuar Musa
  • Timbalan Menteri: Santhara Kumar

16. Menteri Wanita dan Keluarga
  • Rina Mohd Harun
  • Timbalan Menteri: Siti Zailah Mohd Yusoff

17. Menteri Pengajian Tinggi
  • Noraini Ahmad
  • Timbalan Menteri: Mansor Othman

18. Menteri Tenaga dan Sumber Asli
  • Shamsul Anuar Nasarah
  • Timbalan Menteri: Ali Anak Biju

19. Menteri Dalam Negeri
  • Hamzah Zainuddin
  • Timbalan Menteri I: Ismail Mohamed Said
  • Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin

20. Menteri Kesihatan
  • Adham Baba
  • Timbalan Menteri I: Noor Azmi Ghazali
  • Timbalan Menteri II: Aaron Ago Dagang

21. Menteri Pertanian dan Industri Makanan
  • Ronald Kiandee
  • Timbalan Menteri I: Ahmad Hamzah
  • Timbalan Menteri II: Che Abdullah Mat Nawi

22. Menteri Pembangunan Luar Bandar
  • Abd Latiff Ahmad
  • Timbalan Menteri I: Abdul Rahman Mohamad
  • Timbalan Menteri II: Henry Sum Agong

23. Menteri Luar Negeri
  • Hishammuddin Tun Hussein
  • Timbalan Menteri: Kamaruddin Jaffar

24. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • Alexander Nanta Linggi
  • Timbalan Menteri: Rosol Wahid

25. Menteri Komunikasi dan Multimedia
  • Saifuddin Abdullah
  • Timbalan Menteri: Zahidi Zainul Abidin

26. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Zuraida Kamaruddin
  • Timbalan Menteri: Ismail Abd Mutalib

27. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Khairy Jamaluddin
  • Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim

28. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  • Wan Junaidi Tuanku Jaafar
  • Timbalan Menteri: Mas Ermieyati Samsudin

29. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
  • Mohd Khairuddin Aman Razali
  • Timbalan Menteri I: Wee Jeck Seng
  • Timbalan Menteri II: Willie anak Mongin

30. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
  • Nancy Shukri
  • Timbalan Menteri: Jeffrey G. Kitingan

31. Menteri Perpaduan Negara
  • Halimah Mohamed Sadique
  • Timbalan Menteri: Tiong King Sing

32. Menteri Belia dan Sukan
  • Reezal Merican Naina Merican
  • Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)

Mufti Wilayah Persekutuan Dilantik Menteri

Mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad Al-Bakri muncul sebagai mufti pertama di negara ini dilantik menganggotai barisan jemaah Kabinet.

Agamawan kelahiran Terengganu itu akan menganggotai barisan Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan barisan anggota Kabinet baharu di bawah pentadbiran beliau.

Menurut Muhyiddin, Zulkifli terlebih dahulu akan dilantik sebagai Senator bagi membolehkan beliau memegang jawatan itu.

FAKTA KABINET PAKATAN NASIONAL 2020

Selepas Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri ke 8 mengumumkan kabinet baru, pertanyaannya adalah, seberapa besar kabinet? Berapa ramai wanita? Siapa pemimpin besar yang tidak tersenarai?

Dipetik dari malaysiakini, kami ingin membantu anda mendapatkan jawapannya, jadi teruskan membaca.

Adakah kabinet ini lebih besar?

Ya. Kabinet Tun Mahathir Mohamad mempunyai 27 menteri, yang mana Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang dua portfolio dan melantik 26 timbalan menteri.

Kabinet Muhyiddin Yassin memiliki 32 portfolio dan perdana menteri telah melantik 38 timbalan menteri. Tujuh kementerian mempunyai dua timbalan menteri.

Siapa di kalangan kabinet bukan ahli politik?

Kerajaan baru PN telah melantik dua orang bukan ahli politik ke dalam barisan jemaah menteri, bekas CEO Kumpulan CIMB, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, 46 dan bekas mufti Wilayah Persekutuan Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 51. Mereka akan dilantik sebagai senator.

Tengku Zafrul berpengalaman luas selama 24 tahun dalam bidang industri kewangan, manakala Zulkifli pula dikenali dengan pendekatannya yang sederhana selama menjadi mufti sejak 2014.

Berapa kerusi mengikut parti?

Bersatu menguasai sebahagian besar jawatan kabinet dan timbalan menteri, walaupun berada di tangga kedua dari segi jumlah anggota parlimen penyokong kerajaan.

Bersatu mengawal 34 peratus jawatan dalam kabinet walaupun mempunyai hanya 26 peratus jumlah anggota parlimen.

Umno berada di kedudukan kedua dengan menguasai 28 peratus jawatan kabinet walaupun memiliki 35 peratus MP penyokong kerajaan.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) berada di tempat ketiga walaupun dari segi jumlah MP, ia sama dengan PAS.

Kedua-dua PAS dan GPS mempunyai 18 MP tetapi gabungan dari Sarawak itu mendapat empat jawatan menteri kabinet manakala PAS mempunyai tiga orang.

Keseluruhannya, Bersatu mempunyai 11 menteri, manakala Umno sembilan, empat GPS, PAS tiga, MCA dua, MIC satu dan PBS satu.

Bagi timbalan menteri, Bersatu akan mempunyai 14 orang, diikuti oleh Umno dengan sembilan timbalan menteri, PAS dan GPS pada masing-masing lima, MCA tiga, PBRS satu dan Star satu.

Pemimpin kanan parti manakah tidak dilantik sebagai menteri?

Kedua-dua Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan tidak dilantik ke dalam barisan jemaah menteri kerajaan PN.

Pemimpin Umno paling kanan yang dilantik ke dalam kabinet ialah Noraini Ahmad (menteri pendidikan tinggi).

Beliau ialah ketua Wanita Umno, yang pada tahun 2019 lepas, selepas pindaan perlembagaan parti telah dinaikkan setaraf dengan kedudukan timbalan presiden Umno.

Hanya satu daripada tiga naib presiden Umno yang dilantik ke dalam kerajaan PN.

Ismail Sabri Yaakob kini menjadi menteri pertahanan, manakala Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid tidak tersenarai ke dalam kabinet.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak termasuk dalam kerajaan baru tetapi timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai menteri alam sekitar.

Tidak mengejutkan apabila Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan MB Kelantan Mohd Amar Abdullah tidak dilantik kerana masing-masing sedang mentadbir kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, seorang lagi naib presiden PAS, Idris Ahmad, yang tidak memegang jawatan kepimpinan negeri, tidak dilantik ke dalam kabinet.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dilantik sebagai menteri di JPM yang bertanggungjawab terhadap urusan undang-undang dan hal ehwal parlimen, jawatan penting yang boleh mempengaruhi perubahan perundangan.

Presiden MIC, S Vigneswaran juga tidak termasuk dalam kabinet. Beliau kini merupakan Yang di-Pertua Dewan Negara. Timbalannya, M Saravanan telah dilantik sebagai menteri sumber manusia.

Bagi GPS pula, presiden PBB (Abang Johari Openg), PRS (James Masing) dan SUPP (Sim Kui Hian) difahamkan tidak termasuk ke dalam kabinet kerana mereka sudah menjadi sebahagian daripada kabinet Sarawak.

Pengecualian kepada Presiden PDP Tiong King Sing, yang dilantik sebagai timbalan menteri perpaduan negara.

Berapa nisbah wanita jadi menteri ahli kabinet, timbalan menteri?

Terdapat lima menteri kabinet wanita dan empat timbalan menteri. Jumlah ini tidak berubah sebagaimana kabinet sebelumnya.

Bagaimanapun, perlu diingatkan Dr Wan Azizah memegang dua jawatan kabinet pada masa itu dan dari segi nisbah sekarang terdapat lebih ramai lagi timbalan menteri.

Berapa banyak kem Azmin Ali dapat jawatan?

Bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, yang memainkan peranan penting dalam membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang baru, selepas merancang sekumpulan ahli parlimen untuk berpaling tadah kepada gabungan baru.

Termasuk Azmin, terdapat 10 MP yang meninggalkan PKR untuk menyertai Bersatu susulan "Langkah Sheraton."

Daripada kumpulan bekas anggota parlimen PKR ini, Rashid Hasnon merupakan satu-satunya MP yang tidak menjadi menteri kabinet atau timbalan menteri. Perlu diingatkan Rashid masih lagi timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Pelantikan kem Azmin adalah seperti berikut:

Menteri:
  • Azmin Ali
  • Saifuddin Abdullah
  • Zuraida Kamaruddin

Timbalan menteri:
  • Ali Biju
  • Jonathan Yassin
  • Kamaruddin Jaffar
  • Mansor Othman
  • Santhara Kumar
  • Willie Mongin

Berapa ramai menteri, timbalannya dari Sabah, Sarawak?

Terdapat empat menteri kabinet dari Sarawak dan dua dari Sabah. Ini menjadikan enam menteri dari Malaysia Timur, naik dari hanya empat ketika kabinet sebelumnya.

Jadi, pada masa ini, 18.75 peratus menteri kabinet berasal dari Malaysia Timur walaupun kira-kira 20 peratus MP yang menyokong Muhyiddin dari sini.

Adakah kementerian bubar? Adakah terdapat kementerian baru?

Paling ketara, tiada lagi jawatan timbalan perdana menteri di dalam kabinet buat masa ini. Walau bagaimanapun, Muhyiddin masih boleh menamakan timbalannya kemudian.

Muhyiddin juga telah menghapuskan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Jabatan Perdana Menteri dan menggantikannya dengan Kementerian Perpaduan Negara yang berdiri sendiri.

Empat kementerian pula sama ada dinamakan semula atau disatukan:
  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  • Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perbahan Iklim dan Alam Sekitar
  • Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli
  • Kementerian Industri Utama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, March 05, 2020

Aset Tengku Adnan Bernilai Hampir RM1 Bilion!

Aset Tengku Adnan Bernilai Hampir RM1 Bilion!

Selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk pengisytiharan asetnya didengar dalam prosiding secara tertutup, tanpa kehadiran orang awam atau pihak media, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu gagal mengawal perasaan di bilik perbicaraan.

Kekayaan Tengku Adnan

Ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim, dalam prosiding membela diri bagi tuduhan menerima RM2 juta daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong, Ahli Parlimen Putrajaya itu meninggikan suaranya apabila ditanya sama ada ayat dalam pernyataan saksinya pendapat peribadi.

"Apabila saya katakan saya tidak mahu mengisytiharkan diri saya, ia kerana di khalayak ramai, anda tahu mengapa. Sekarang saya menghadapi masalah. Selepas saya mendedahkan hampir satu bilion (aset), mereka akan mensensasikannya," katanya dengan suara yang tegang dan penuh emosi.

Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili bekas Setiausaha Agung UMNO itu kemudian mencelah dan meminta mahkamah berhenti rehat seketika untuk menenangkan Tengku Adnan.

Terdahulu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang mendengar perbicaraan itu dalam keputusannya terhadap pengisytiharan aset memutuskan bahawa untuk perbicaraan itu dijalankan secara adil, ia mesti dilakukan secara telus dan orang awam mempunyai hak untuk mendengar apa yang didengar di mahkamah dan melihat apa yang dilihat di mahkamah.

"Dengan cara ini orang awam dapat menghargai apa sahaja keputusan yang dibuat oleh mahkamah dan tidak tertanya-tanya dengan apa-apa keterangan yang disimpan rahsia," katanya sambil menambah bahawa Tengku Adnan gagal meyakinkan mahkamah bahawa ia untuk kepentingan keadilan atau menunjukkan sebab yang cukup dalam permohonannya.

"Sebaliknya, tertuduh bimbang asetnya dan keluarganya dimaklumkan secara terbuka. Beliau, antara lain, takut keselamatan keluarganya sekiranya butiran kekayaannya diketahui umum.

"Saya berpendapat bahawa untuk berbuat demikian sebenarnya akan bertentangan dengan kepentingan keadilan. Saya sedar hakikat bahawa tertuduh bekas menteri persekutuan dan kes ini mendapat liputan meluas. Perbicaraan ini bukan sahaja perlu dilakukan secara adil tetapi mesti dilihat secara adil," katanya.

Perbicaraan kemudian diteruskan dengan pemeriksaan utama oleh Hock Chuan dan Tengku Adnan, 69, berkata, beliau mengisytiharkan asetnya kepada tiga perdana menteri semasa beliau berkhidmat sejak menyertai Kabinet pada 2001, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya lanjut oleh Hock Chuan mengenai jumlah asetnya yang diisytihar kepada Dr Mahathir pada 2001, Tengku Adnan berkata, "Saya rasa ia melebihi RM900 juta."

Kepada soalan sama ada angka itu ialah RM938,643,566.16, bekas menteri itu menjawab, "Betul".

Dalam pembelaannya, Tengku Adnan berkata, beliau tidak mendapat manfaat daripada wang itu yang dimasukkan ke akaun syarikatnya, Tadmansori Holdings pada 2016 kerana ia adalah sumbangan politik untuk 2 pilihan raya kecil itu.

Dari Mana Ku Nan Punggah Kekayaan?

Mengulas mengenai kekayaan Ku Nan, Anwar Ibrahim berkata, "jika benar Perdana Menteri Muhyiddin Yasin berikrar untuk membersihkan jentera kerajaan" maka beliau perlu meminta penjelasan daripada semua pemimpin Umno yang didakwa memiliki kekayaan luar biasa.

"Tentang bagaimana wang begitu banyak dikumpul. Dipunggah dari mana, khazanah rakyat mana, tanah negeri mana, saham peruntukan bumiputera yang mana, barulah secara jujur kita boleh menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin ini adalah pejuang hakiki orang Melayu.

"Saya mohon rakyat membuka mata dan minda untuk menuntut perdana menteri yang baru memberi penjelasan yang saksama dan jangan hanya bergelut untuk memperoleh kuasa tapi tidak memikul amanah," katanya.

Anwar Ibrahim menyifatkan pendedahan itu sebagai "kejutan baru mengenai kekayaan luar biasa oleh pemimpin Umno."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Tuesday, February 25, 2020

Kronologi Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan Yang Anda Wajib Tahu

Kronologi Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan Yang Anda Wajib Tahu

Awal pagi Ahad 23 Februari 2020, satu pergerakan sulit telah digerakkan oleh kumpulan kartel Azmin Ali dalam membentuk kerajaan baharu bersama pasukan Muhyiddin Yassin, dengan sokongan Warisan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Muafakat Nasional (BN dan PAS).

Kejatuhan Pakatan Harapan

Hal ini berikutan, keselamatan Azmin Ali dan kumpulannya dalam kerajaan Pakatan Harapan tidak lagi dapat dijamin jika Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri menggantikan Tun Mahathir, yang telah didesak dengan agak agresif pada malam 21 Februari, oleh wakil kumpulan Anwar, DAP dan Amanah.

Atas langkah desperado, sebagai mana menurut Mujahid Yusof, Azmin dan sekutu-sekutunya dari parti lain menggerakkan proses rampasan kuasa dengan mensejajarkan elit politik yang tidak bersama dengan Anwar dan PH, dalam cubaan membentuk sebuah kerajaan baharu dengan pengumpulan sokongan majoriti ahli-ahli parlimen bersama pihak-pihak tadi.

Menjelang lewat petang, usaha ini nampaknya membuahkan hasil dengan pakatan-pakatan parti dan individu baharu ini, dikenali sebagai Perikatan atau Pakatan Nasional (PN), dipercayai mendapat majoriti sokongan ahli-ahli parlimen.

Lalu, segerombolan wakil-wakil PN yang berjaya mendapat akuan bersumpah (SD) majoriti ahli Dewan Rakyat telah mengadap Agong pada lewat petang itu namun, Tun Mahathir tidak pula bersama gerombolan itu ke Istana Negara.

Atas beberapa sebab, termasuk jumlah sokongan yang kurang jelas dan juga ketiadaan Mahathir dalam gerombolan itu, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tidak terus mengiktiraf PN sebagai kerajaan baharu.

Sebaliknya menitahkan supaya Tun Mahathir, Wan Azizah dan Anwar untuk datang menghadap bagi mendapatkan fakta pada hari keesokannya, iaitu pada 24 Februari 2020.

Kesempatan ini digunakan Anwar dan Lim Guan Eng untuk bertemu Tun Mahathir pada pagi 24 Februari 2020, dan apa yang mengejutkan mereka, Tun memberitahu mereka bahawa beliau tidak terlibat dengan gerakan ini.

Malah, beliau sendiri terkejut dan sangat tidak senang dengan perkembangan itu. Ini menjelaskan mengapa Tun Mahathir tidak ke istana pada malam sebelum.

Berkemungkinan besar beliau kecewa dengan langkah Azmin dan Muhyiddin dalam menggerakkan kudeta melalui kerjasama dengan Umno/BN, Tun Mahathir mengejutkan umum dengan mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai perdana menteri, seterusnya sebagai pengerusi Bersatu.

Namun, gerakan Azmin ini telah menyebabkan kerosakan besar kepada PH. Bersatu umum keluar PH, begitu jugalah sokongan Warisan dan kumpulan Azmin sendiri terhadap PH dan akibatnya, PH hanya tinggal 92 kerusi.

Lalu, PH bukan sahaja sebuah kerajaan interim untuk sementara waktu dengan dengan peletakan jawatan Tun Mahathir, tetapi juga adalah kerajaan minoriti. Meskipun perletakan jawatan Tun Mahathir membuka laluan kepada kumpulan Anwar ke tampuk kuasa, tetapi kumpulan itu nampaknya mengalami kesukaran untuk membuktikan sokongan majoriti kepada agong pada 24 Februari 2020.

Hal ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak stabil dan berisiko, dan mungkin juga tidak begitu berperlembagaan.

Ini berbeza dengan Tun Mahathir, yang kini mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk PH sendiri.

Beliau, agak jelas, masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen meskipun telah melepaskan jawatan.

Justeru, agong dengan penuh hikmah, menerima perletakkan jawatan Mahathir, tetapi melantik beliau menjadi perdana menteri interim, sementara perdana menteri yang baharu dilantik nanti.

Ini adalah penting untuk memberikan kestabilan dan keabsahan kepada kerajaan interim, yang dipercayai mempunyai majoriti dengan sokongan Tun Mahathir.

Ketua Setiausaha Negara, kemudiannya, mengumumkan agong memperkenan pembubaran kabinet semasa, termasuk kedudukan Wan Azizah sebagai timbalan perdana menteri, dan meletakkan pemerintahan sementara kepada perdana menteri interim.

Hal ini sekali gus, menamatkan pemerintahan PH di Putrajaya secara rasmi, dan membuka ruang untuk pergelutan merebut 'takhta' berterusan di kalangan elit politik negara.

Lewat malam 24 Februari, kesemua parti-parti utama negara mengadakan mesyuarat untuk merencana strategi, membina pakatan dan menarik sokongan parti-parti lain, dalam perebutan kuasa yang masih belum berkesudahan ini.

Apakah fungsi kerajaan interim ini?

Kerajaan interim adalah pemerintah sementara yang diperlukan dalam membentuk kesinambungan pentadbiran, kelancaran operasi kerajaan dan mengelakkan masalah kelompongan kuasa dalam proses peralihan pentadbiran atau kerajaan.

Ini bermakna, kerajaan interim ini menjadi pemegang amanah kerajaan semasa, sementara kerajaan baharu dilantik atau dipilih kelak.

Perdana menteri dan kabinet kerajaan interim (yang mungkin akan dilantik Tun Mahathir dalam masa terdekat) akan menjalankan tugas-tugas mereka secara atas amanah, tetapi bukan secara undang-undang atau atas mandat.

Ini bermakna, mereka tidak boleh membuat keputusan-keputusan besar untuk pihak kerajaan kerana status sementara.

Apa pula selepas ini?

Berdasarkan amalan perundangan kita, terdapat tiga pilihan.

Pertama, mana-mana ahli parlimen atau kumpulan yang dipercayai mengawal suara majoriti di Dewan Rakyat, boleh memohon perkenan untuk mengadap agong di istana dan menunjukkan bukti.

Dan jika dipercayai dan dipersetujui oleh YDPA, maka ahli parlimen itu boleh dipertimbang oleh agong untuk dilantik sebagai perdana menteri baharu.

Langkah kedua, yang lebih konvensional dan berperlembagaan adalah dengan membawa usul untuk menguji individu manakah yang memiliki suara terbanyak di Dewan Rakyat.

Kebetulan Dewan Rakyat dijangka bersidang pada awal Mac 2020 ini, dan proses ini boleh dilakukan di sana.

Sebaliknya YDPA juga boleh mengadakan persidangan tergempar parlimen untuk memutuskan hal ini dalam tempoh yang lebih awal, sekali gus mempercepatkan proses transisi.


Akhir sekali, YDPA juga atas kuasa perlembagaan yang ada pada baginda, boleh membubarkan parlimen, selepas berbincang dengan Perdana Menteri, bagi maksud mengadakan pilihan raya umum yang baharu.

Siapakah yang berpeluang tinggi menjadi perdana menteri Malaysia yang kelapan nanti?

Jika pemilihan perdana menteri baharu diputuskan oleh majoriti di istana atau di Dewan Rakyat, maka mana-mana individu atau kumpulan yang disokong Tun Mahathir mempunyai kebarangkalian tinggi untuk diangkat sebagai perdana menteri dan kerajaan baharu.

Jika Tun Mahathir menyokong PH, maka Anwar berkemungkinan besar akan menggantikan beliau.

Kalau beliau menyokong PN, kumpulan Muhyiddin dan Azmin mungkin mendapat tempat.

Tun Mahathir juga masih boleh mencalonkan diri sendiri, kerana beliau mempunyai sokongan yang besar dan kepercayaan terbanyak di parlimen, sama ada atas tiket PH, PN atau pakatan lain.

Pendek kata, buat masa ini, Tun Mahathir sangat berpengaruh sebagai king maker kepada bakal perdana menteri baharu nanti.

Beliau juga masih memegang tampuk pemerintahan yang mempunyai kuasa dominan, walaupun sebagai perdana menteri interim.

Malah, dengan pembubaran kabinet PH, kuasa eksekutif kini terpusat, buat sementara di tangan Tun Mahathir.

Kerana itu, kita boleh melihat, beberapa pihak dari pakatan yang berbeza cuba berpakat dengan Tun Mahathir kerana kedudukan dan pengaruh yang beliau ada.

Jika pilihan raya umum diadakan sebagai jalan keluar krisis kepimpinan semasa politik Malaysia, meskipun keputusan boleh menjadi lebih rencam, sekali lagi pengaruh Mahathir sebagai king maker perdana menteri Kelapan masih tidak boleh diketepikan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Tun Mahathir Perdana Menteri Ke 8, Aura Yang Sukar Ditandingi

Tun Mahathir Perdana Menteri Ke 8, Aura Yang Sukar Ditandingi

Akhirnya, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tun Mahathir sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatannya sebelum itu, tetapi kami melihatnya sebagai lantikan sebagai Perdana Menteri ke 8 Malaysia!

Perdana Menteri Ke 8

Cuba pembaca fikirkan situasi ini; hanya perdana menteri interim sahaja yang boleh mentadbir negara, walaupun tiada peruntukan khas di dalam Perlembagaan yang menentukan tempoh masa untuk seseorang itu menjadi perdana menteri interim!

Dan tanpa sebarang sokongan majoriti di Parlimen sekarang, siapa lagi yang mampu menyingkirkan Tun Mahathir daripada jawatan perdana menteri sehingga PRU 15 akan datang?

Berdasarkan kedudukannya sebagai perdana menteri interim, Tun Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri baharu dilantik dan Kabinet dibentuk.

Walaupun bergelar perdana menteri interim, Tun Mahathir terus mendapat sokongan padu daripada parti-parti politik, waima PH mahupun pembangkang juga telah menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan beliau.

Apa kata peguam negara?

Tiada Had Tempoh Perdana Menteri Interim!

Tiada had tempoh bagi jawatan perdana menteri interim, yang boleh memutuskan atas budi bicaranya untuk melantik menteri kabinet, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

Perdana menteri interim juga memiliki semua kuasa yang diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri, termasuklah (kuasa) untuk melantik atau tidak melantik anggota kabinet menurut budi bicaranya.

Kerana Dewan Rakyat bersidang dari 10 Mac 2020 ini, suatu usul undi percaya boleh digerakkan terhadap beliau atau sesiapa sahaja.

Oleh yang demikian, adalah salah untuk menyatakan tempoh Perdana Menteri interim hanya selama 10 hari atau waktu lain yang ditetapkan.

Pelantikan Perdana Menteri interim adalah mengikut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan walaupun tiada istilah itu dalam perlembagaan.

Dan satu lagi rekod menunggu untuk tercatat, iaitu Tun Mahathir akan menjadi Perdana Menteri sebanyak tiga kali, sekali gus melempar terus peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.

Apa pula kata Kartel Azmin Ali?

Kami gagalkan konspirasi singkir PM di tengah penggal!

Dalam suatu kenyataan bersama oleh team Azmin Ali, para anggota parlimen itu menjelaskan tindakan mereka bermaksud untuk menghalang konspirasi yang bertujuan menjadikan Tun Mahathir sebagai 'perdana menteri yang pincang' (lame duck) dengan memaksa peralihan kuasa pada pertengahan penggal mandat PRU.

"Justeru itu kami telah mengambil langkah proaktif untuk mengagalkan konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri di tengah-tengah penggal.

"Langkah yang kami lakukan adalah untuk menjamin keyakinan rakyat dan masyarakat pelabur terhadap kestabilan dan kelangsungan dasar-dasar kerajaan yang bertujuan untuk meningkat tahap sosioekonomi rakyat seperti yang terkandung Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

"Justeru itu kami menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan pihak yang melabel kami sebagai pengkhianat. Sebaliknya mereka yang berusaha untuk menjatuhkan perdana menteri ditengah penggal adalah pengkhianat sebenarnya kerana mereka lebih mementingkan agenda mengambil kuasa perdana menteri dari perlaksanaan dasar-dasar Kerajaan yang bertujuan memulihkan ekonomi serta meningkat kesejahteraan rakyat.

"Usaha kami terbukti benar bahawa pihak tersebut kini menyedar kesalahan yang mereka lakukan, lantaran itu kenyataan mereka menyokong Tun Mahathir Mohamad meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri hingga akhir penggal," jelas mereka.

Kenyataan terakhir ini merujuk kepada sokongan daripada Amanah dan DAP kepada Dr Mahathir untuk terus menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, sokongan dua parti ini tidak menyebut sehingga Mahathir menghabiskan penggal mandat PH.

Percaturan politik yang sangat bijak!

KERAJAAN MINORITI

Kelazimannya, apabila berlaku keretakan dalam parti pemerintah dan menyebabkan kerusi Ahli Parlimen menyokong kerajaan kurang daripada kerusi majoriti, situasi kerajaan berlaku ketika itu adalah kerajaan minoriti.

Senario ini pernah berlaku di Australia, United Kingdom dan beberapa negara lain namun situasi semasa di Malaysia adalah masalah perpecahan dalam parti kerajaan berlaku seiring peletakan jawatan Perdana Menteri.

Senario itu pastinya menyebabkan tiada tokoh dalam ahli Parlimen kerajaan mendapat majoriti jelas bagi menggantikan tempat Perdana Menteri.

Susulan itu Kabinet sedia ada lebih bersifat caretaker dan interim.

Parlimen Seimbang

Sementara itu, Parlimen tergantung adalah satu situasi di mana parti politik tertentu atau gabungan sedia ada (juga dikenali sebagai perikatan atau blok) tidak mempunyai majoriti mutlak dalam Parlimen atau badan perundangan lain.

Situasi ini juga dikenali sebagai parlimen seimbang, walaupun tidak lazim, atau tiada kawalan keseluruhan.

Dalam keadaan ini, tiada parti atau gabungan parti yang mempunyai mandat automatik untuk mengawal eksekutif - status yang biasanya dikenali dalam sistem parlimen sebagai "membentuk (sebuah) kerajaan".

Walau bagaimanapun, majoriti mutlak masih boleh diperoleh melalui pembentukan kerajaan gabungan yang baru, atau penambahan ahli bukan sekutu dalam gabungan yang sudah ada sebelumnya.

Namun, sebuah kerajaan minoriti mungkin dapat dibentuk dimana parti yang mempunyai ahli Parlimen teramai dibenarkan untuk membentuk kerajaan tanpa majoriti mutlak, dengan syarat ia mendapat sokongan dari ahli tidak bersekutu, seperti parti-parti kecil dan atau penggubal undang-undang bebas.

Tercapaikah Hasrat Menjadi Perdana Menteri Ke 9?

Sementara itu, cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri masih ada walaupun kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh ekoran keretakan yang berlaku dalam gabungan parti berkenaan.

Ini kerana Anwar yang dicanangkan sebagai pengganti Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri perlu mendapat sokongan majoriti daripada 222 orang Ahli Parlimen untuk dibuktikan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Penganalisis politik berpandangan bahawa tugas itu bukanlah satu kerja mudah, namun tidak mustahil buat Anwar mendapat sokongan sama seperti sokongan terhadap Dr Mahathir.

Mengambil contoh apa yang berlaku dalam PH, beliau menegaskan, tidak mustahil kejadian itu tidak akan berulang terhadap pakatan politik baharu yang memerintah negara.

Jadi, peluang berkenaan boleh dimiliki oleh Anwar untuk meraih sokongan supaya cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri terlaksana.

Semuanya berbalik kepada sokongan. Adakah Anwar mempunyai sokongan yang sama rata? Sokongan itu tidak semestinya padu tetapi sokongan majoriti mudah ahli dewan untuk melayakkan beliau menjadi Perdana Menteri.

Oleh kerana sistem kita ini ia melihat kepada nombor, kalau Anwar tidak dapat menunjukkan sokongan yang mencukupi, maka peluang untuk menjadi Perdana Menteri nampak semakin hari semakin suram.

Bagaimanapun, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), suasana politik semakin sukar diramal dan sering memberi kejutan kepada semua pihak.

Pakatan politik negara tidak menunjukkan mana-mana parti memiliki jumlah kedudukan kerusi yang dominan, khususnya pada pasca PRU14, tidak ada satu-satu parti yang begitu kuat.

Namun, aura Anwar masih belum cukup kuat untuk menandingi aura Tun Mahathir untuk diangkat menjadi Perdana Menteri meskipun mempunyai personaliti menarik.

Selepas Anwar mencuba dua kali pada 2008 dan 2013, kelihatannya dia tidak ada aura seperti Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri.

Malah, pada PRU12 dan PRU13 ketika Anwar mengetuai PR, pakatan itu dilihat tidak begitu kuat dan terpaksa menggunakan pengaruh Tun Mahathir, barulah PH menang dalam PRU14.

Anwar walaupun memiliki personaliti yang menarik, tetapi pemikiran, gaya, liberal dan moderat, beliau masih gagal menarik pengundi utama seperti Melayu.

Berbeza dengan Tun Mahathir yang tidak mempunyai gaya, karisma dan penampilan seperti Anwar, tapi memiliki karakter yang diyakini orang Melayu bahkan orang bukan Melayu juga.

Dan untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar perlu bergantung kepada cukup bilangan atau tidak di Dewan Rakyat, maka beliau boleh menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk beliau menunjukkan sokongan yang mencukupi.

Malangnya, berdasarkan kepada situasi terkini, adakah anda merasakan Anwar memiliki sokongan mencukupi untuk menjadi perdana menteri atau terpaksa memerhati dari sisi, perdana menteri ke 8, Tun Mahathir, memerintah sehingga ke akhir penggal?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, February 24, 2020

Maksud Perdana Menteri Interim

Maksud Perdana Menteri Interim

Dari segi bahasa undang-undang, interim bermaksud sementara, manakala dari segi Bahasa Melayu, ia bererti tidak rasmi, dan Perdana Menteri interim tidak memerlukan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Perdana Menteri Baharu Malaysia 2020

Seorang perdana menteri interim hanya menjalankan tugas untuk sementara waktu, tanpa boleh membuat sebarang keputusan membabitkan pentadbiran negara.

Bagaimanapun, pelantikannya diperlukan bagi menguruskan negara sekiranya timbul sebarang masalah.

Sebabnya, tanpa perdana menteri, bayangkan, siapa yang akan menguruskan andai kata berlaku sesuatu masalah negara, rusuhan dan sebagainya?

Dalam situasi cemas dan sebagainya, kita memerlukan seorang perdana menteri untuk menggerakkan jentera kerajaan. Itulah sebabnya diperlukan seorang perdana menteri interim.

Ini yang anda perlu tahu berkenaan apa itu Perdana Menteri Interim setakat ini:

1. Kabinet kerajaan pusat bubar secara automatik

Menurut pakar undang-undang, kabinet kerajaaan pusat secara automatiknya bubar sebaik sahaja Perdana Menteri meletak jawatan.

Bagaimanapun, peguam terkenal, Datuk N. Sivananthan berkata baginda boleh melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu atau menunggu keputusan pilihan raya umum jika diadakan.

2. Pelantikan Perdana Menteri Interim

Pada Isnin, Baginda telah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Malah selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan juga, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Parlimen, yang baginda berpendapat mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan rakyat.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Interim akan dibantu oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali bagi menjalankan pentadbiran negara, kata Presiden Majlis Peguam Negara, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor.

Ketua Setiausaha setiap kementerian pula, kata Abdul Fareed, berperanan menjalankan tanggungjawab dalam pentadbiran mengikut polisi sedia ada.

Pelantikan Perdana Menteri Interim adalah tertakluk kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong, jadi tempoh masanya tidak ada dan ia terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan tempoh masa pelantikan Dr Mahathir sebagai PM Interim.

Berdasarkan Perkara 43 Perlembagaan juga, Perdana Menteri Interim tidak tertakluk kepada parti tetapi mengikut Ahli Dewan Rakyat.

Perdana Menteri dipilih melalui seseorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat mandat ataupun kepercayaan kepada beliau. Ia juga mengikut budi bicara Yang Di-Pertuan Agong.

3. Bidang kuasa Perdana Menteri Interim

Perdana Menteri secara praktikalnya akan menggalas tanggungjawab kesemua menteri dengan bantuan Ketua Setiausaha Negara dan Setiausaha Kementerian sedia ada.

Selagi tiada seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberi mandat oleh ahli-ahli dewan yang lain, Yang di-Pertuan Agong juga berhak menyuarakan nasihat dan pendapatnya untuk menyelesaikan kemelut politik.

4. Pemilihan individu menggalas jawatan Perdana Menteri

Bagi pemilihan seseorang individu itu untuk menggalas jawatan Perdana Menteri, ia tertakluk kepada sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri.

Perdana Menteri boleh dipilih dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat yang mendapat mandat ataupun kepercayaan kepada beliau namun, ia juga masih mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

Pelantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri

Pelantikan seorang Menteri Besar dan Ketua Menteri juga tertakluk kepada bilangan sokongan Ahli Dewan kepada seseorang individu bagi menggalas jawatan tersebut dan ia tidak tertakluk kepada parti.

5. Pembubaran Parlimen & pelaksanaan pilihan raya

Bagi isu pembubaran Parlimen, kebiasaannya ia dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui nasihat Perdana Menteri.

Namun, dalam situasi ketiadaan Perdana Menteri dan kemelut politik yang bellum berakhir ketika ini, Yang di-Pertuan Agong berhak menggunakan inisiatifnya sendiri untuk membubarkan Parlimen.

KERAJAAN PERPADUAN BERI PERDANA MENTERI KUASA MUTLAK?

Bercakap dalam sebuah forum awam, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, mendedahkan bahawa PH mengetahui mengenai rancangan Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, selepas DAP memberi sokongan kepadanya sebelum itu.

Beliau berkata, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng telah bertemu Mahathir untuk meminta beliau terus menjadi perdana menteri Pakatan Harapan, tetapi kemudian diberitahu mengenai rancangan Mahathir untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Kata Kit Siang, PH tidak dapat menerima cadangan itu kerana perdana menteri akan mempunyai kuasa mutlak dan pihak yang menyebabkan tumbangnya PH mungkin memegang jawatan tinggi.

Kerajaan perpaduan yang terdiri daripada ahli parlimen terbaik dan paling bijak adalah idea yang baik, tetapi jika anda mempunyai kerajaan perpaduan, orang yang memusnahkan PH mungkin akan memegang kedudukan penting.

Jadi, bagaimana ia boleh berlaku? Bagaimanakah ada perpaduan nasional? Bagaimana ada perdamaian nasional?

KERAJAAN TERGANTUNG

Ketika ini, seluruh rakyat Malaysia sedang kebingungan dan tertanya-tanya dengan senario politik yang sedang bergolak dan tertanya-tanya siapakah bakal Perdana Menteri baharu yang akan menggantikan Tun Mahathir yang telah meletakkan jawatan.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebelum ini telah mengumumkan Bersatu keluar PH, begitu juga Azmin yang mengumumkan beliau dan 10 ahli parlimen PKR lain keluar dari parti serta meninggalkan PH bagi membentuk blok bebas di parlimen.

Dan tanpa ahli parlimen Bersatu yang memegang 26 kerusi dan Mohamed Azmin Ali serta 10 lagi ahli parlimen yang setia kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu, PH kini hanya mempunyai 102 kerusi. Bagaimanapun, langkah seterus PH untuk membentuk kerajaan masih tidak jelas.

Senario yang mungkin berlaku menunjukkan bahawa pakatan yang bakal ditubuhkan untuk menggantikan PH masih tidak mempunyai kerusi yang mencukupi untuk mendapat 112 majoriti daripada 222 kerusi parlimen.

Sebagai contoh, sekiranya Bersatu serta kumpulan Azmin berpakat dengan Umno dan PAS, mereka hanya mempunyai 94 kerusi.

Namun, sekiranya pakatan itu turut disertai parti-parti negeri dari Sabah dan Sarawak, pakatan itu akan mampu membentuk kerajaan baru dengan majoriti selesa yang memegang 126 kerusi.

Pakatan itu juga akan bertambah kukuh sekiranya tiga ahli parlimen dari MCA dan MIC turut serta, menjadikan jumlah kerusi mereka 129.

Bagaimanapun, senario itu dilihat sukar kerana ia memerlukan Gabungan Bersatu Sabah dan Gabungan Parti Sarawak bekerjasama dengan PAS, dan mengenepikan perbezaan ideologi mereka.

Tanpa PAS, pakatan itu cuma mempunyai 111 kerusi, satu kerusi kurang untuk membentuk majoriti.

Untuk menambah sokongan, pakatan itu juga boleh menarik ahli parlimen PKR lain, atau ahli parlimen Amanah, namun senario itu tidak dapat disimulasikan buat masa ini kerana belum ada petunjuk ia akan berlaku, juga dibuat dengan tanggapan tiada ahli DAP akan meninggalkan PH.

Apa terjadi jika tiada pihak peroleh majoriti?

Bubar Parlimen 2020

Simulasi ini menunjukkan kemungkinan "parlimen tergantung" kerana tiada parti atau gabungan parti yang mempunyai majoriti jelas di parlimen.

Sekiranya parti-parti yang terlibat tidak berunding dan mencapai persetujuan untuk membentuk pakatan, perdana menteri perlu menasihat Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen, bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.

Namun, Seri Paduka mungkin menggunakan budi bicaranya untuk menolak cadangan perdana menteri dan mengarahkan parti politik terus berunding dan mencapai persetujuan.

Dalam keadaan itu sekali pun, menurut Artikel 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Agong mempunyai hak membubarkan parlimen. Pilihan raya umum perlu menyusul.

'Kingmaker' Sabah, Sarawak kemuka syarat pada PH

Sejumlah 56 anggota parlimen dari Sabah dan Sarawak bersedia untuk memainkan peranan penentu 'king maker' dalam keadaan kerajaan Pakatan Harapan runtuh.

Sumber PH mendakwa kehadiran PAS dalam gabungan baru politik yang digerakkan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali mungkin menjadi penghalang.

Menurut sumber lagi, kedua-dua kumpulan MP itu telah menyatakan syarat kerjasama mereka dalam gabungan baru politik itu.

"Shafie Apdal tidak mahu Bersatu terlibat di Sabah yang merupakan tawaran yang lebih mudah untuk dicapai bersama Anwar.

"Apa yang lebih sukar untuk dirundingkan ialah Gabungan Parti Sarawak mahu kerusi timbalan perdana menteri dan lebih banyak hak di bawah perjanjian MA63.

"Mereka juga akan menggesa diwujudkan keadaan pembangkang sifar di Sarawak," kata sumber itu.

GPS mempunyai 18 MP, manakala parti Warisan pimpinan Shafie dan sekutu Upko mempunyai 10 MP. Jumlah MP ini membolehkan mereka mengemukakan tuntutan kepada kedua-dua belah pihak.

Pemimpin GPS, James Masing, yang mengetuai Parti Rakyat Sarawak ketika ditanya mengenai kerjasama dengan PAS berkata, "Saya fikir kita lebih selesa dengan PAS berbanding keangkuhan DAP."

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga telah menyerahkan peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Bersatu, yang mempunyai 26 anggota parlimen.

Terdahulu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan partinya keluar daripada PH.

Langkahnya diikuti oleh timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang mengetuai 10 orang MP keluar parti.

Dengan PH kehilngan 37 MP, kedua-dua gabungan pro Azmin dan Anwar cuba mendapatkan sokongan anggota parlimen dari Malaysia Timur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia!

Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia!

Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengesahkan Tun Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri, yang telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 tengahari, kata pejabatnya dalam satu kenyataan media.

Tun Mahathir Letak Jawatan PM

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa parti itu telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Punca Tun Mahathir Letak Jawatan

Tun Mahathir yang juga adalah pengerusi Bersatu dikatakan tidak bersetuju dengan keputusan itu dan mungkin menjadi punca kenapa Tun Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Susulan peletakan jawatan itu, beberapa sumber memperlihatkan kemungkinan dua senario berbeza berhubung keputusan Mahathir.

Sumber pertama mendakwa bahawa perdana menteri yang berusia 94 tahun itu muak (fed-up) dan kecewa dengan apa yang berlaku dalam tempoh 24 jam lalu.

"Dia begitu fed-up dengan pencaturan pemimpin partinya sendiri. Dia tidak bersetuju dengan langkah itu dari mula lagi, " kata sumber itu.

Manakala sumber lain memberitahu bahawa, Tun Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri Pakatan Harapan agar beliau boleh menjadi perdana menteri yang sah mewakili gabungan baru itu.

Jika ini benar, Mahathir akan menjadi perdana menteri kelapan Malaysia selepas berkhidmat sebagai perdana menteri keempat dari 1981 hingga 2003 dan perdana menteri ketujuh dari 10 Mei 2018 hingga 24 Feb 2020.

Menghadap Yang di-Pertuan Agong

Menurut sumber, Tun Mahathir dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 5 petang ini (24/2/2020).

Perkembangan ini susulan keputusan beberapa parti politik yang mengadakan mesyuarat masing-masing sejak pagi tadi dan semalam.

PKR Pecat Azmin!

Sementara itu, PKR dalam mesyuarat parti itu, memecat timbalan presidennya, Mohamed Azmin Ali dan naib presiden, Zuraida Kamaruddin sebagai ahli parti atas 'pengkhianatan terbuka' mereka.

Walau bagaimanapun, Azmin dan sepuluh anggota parlimen yang menyokongnya mengumumkan keluar parti dan membentuk blok bebas di parlimen.

Mereka adalah; Mohamed Azmin Ali (Gombak), Zuraida (Ampang), Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Mansor Othman (Nibong Tebal), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Tun Mahathir Khianati Anwar?

Sementara itu, Anwar Ibrahim berkata, beliau berpuas hati dengan pendirian Tun Mahathir selepas bertemu dengan perdana menteri itu.

Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan butiran perbincangan lanjutnya.

"Saya tak boleh sebut apa. Memadai kita jelas setakat itu, mesyuarat yang sangat baik.

"Dan saya terkesan dengan sikap dan pendirian beliau tentang perubahan dilakukan tidak tunduk kepada gerombolan yang mahu merampas kuasa tanpa menetap agenda perubahan," katanya.

Bagaimanapun, Anwar menolak idea akan berlaku perubahan kerajaan apabila ditanya pemberita.

Beliau sebaliknya berpendirian untuk tidak mengkhianati mandat yang diberikan rakyat pada pilihan raya umum lalu.

"Kita jangan mudah tunduk kepada gerombolan yang mahu mengkhianati amanah rakyat dalam pilihan raya yang lalu," katanya.

Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Bersatu

Tun Mahathir membuat satu lagi kejutan dengan meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu, diumumkan tidak lama selepas beliau disahkan berundur sebagai perdana menteri.

Ia juga dibuat selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu keluar daripada Pakatan Harapan.

"Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

"Surat tersebut telah dihantar kepada Ibu Pejabat Bersatu hari ini," menurut kenyataan Pejabat Pengerusi Bersatu.

Sebab peletakan jawatan itu tidak dinyatakan.

(akan dikemaskini)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, January 31, 2020

Apabila Zuhud Tetapi Tidak Amanah

Apabila Zuhud Tetapi Tidak Amanah

Heboh dalam media maya dan media cetak berkenaan Mercedes Benz dengan harga dikatakan sampai RM700,000 sebuah, bukan kerana iklan kereta mewah tersebut. Ia menjadi heboh kerana negeri yang mengalami masalah kewangan, yang MB dan exconya telah menukar kereta kerajaan dengan kereta mewah tersebut.

Zuhud dunia

Heboh, apabila kereta mewah itu ada kaitan dengan negeri yang sebelum ini tersebar berita kononnya ada masalah kewangan sehingga tanpa bantuan kerajaan pusat, perjalanan pentadbiran negeri akan terbantut.

Heboh, apabila kereta mewah itu ada kaitan dengan satu berita bahawa kerajaan pusat baru sahaja menghulur bantuan kewangan kepada negeri tersebut.

Mengaku Parti Islam?

Dalam media sosial agak ramai juga mengkritik tindakan kerajaan Kelantan yang kini diperintah oleh PAS. Mereka mula membandingkannya dengan kenderaan kerajaan di negeri-negeri lain.

Mereka mula mempersoalkan, kenapa negeri yang jauh lebih kaya dan punyai kemasukan kewangan negeri yang lebih tinggi seperti Selangor, MB dan exco kerajaan mereka menaiki kereta yang jauh lebih murah berbanding Mercedes Benz.

Semasa pemerintahan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, isu kenderaan mewah tidak kedengaran sangat. Pendekatan zuhud yang menjadi amalan harian beliau memberi kesan pada persepsi politik Kelantan.

Apatah lagi, Tuan Guru amat terkenal dengan kesederhanaan semenjak menjadi MB sehinggalah beliau meninggal dunia.

Antara dua MB

Namun, berbeza semenjak jawatan MB Kelantan bertukar tangan. Kritikan yang berasas sering kedengaran.

Bermula daripada kelemahan pentadbiran dan pengurusan kewangan sehingga kemewahan para pemimpin negeri.

Kenapa ini berlaku?

Pada kita, apabila wujud dua era pemerintahan, sudah pasti rakyat akan membuat perbandingan. Itu perkara biasa dan menjadi lumrah bagi kehidupan manusia.

Ini bukan sekadar pandang tilik rakyat dalam membandingkan antara era pemerintahan Nik Aziz dengan Ahmad Yakob, tetapi berlaku juga perbandingan antara era BN dan PH dalam pemerintahan di peringkat Pusat.

Pada era kerajaan pusat sendiri, polisi ekonomi yang diperkenalkan Tun Mahathir turut dibandingkan oleh rakyat dengan polisi ekonomi yang diperkenalkan Najib.

Walaupun ramai marah terhadap skandal 1MDB yang melibatkan Najib, tetapi dalam banyak polisi ekonomi, tidak sedikit rakyat yang lebih selesa dengan pendekatan ahli parlimen Pekan itu berbanding Mahathir.

Malah, tidak sedikit juga rakyat membandingkan antara pentadbiran Mahathir dalam PH yang seakan-akan gagal membawa keseimbangan kaum berbanding era pentadbiran Mahathir semasa menjadi perdana menteri keempat semasa dalam BN dulu.

Semenjak isu Mercedes Benz dengan harga dikatakan berharga sampai RM700,000 sebuah dan melibatkan pemimpin PAS Kelantan, sudah ramai pengamal media sosial membandingkan kepimpinan yang zuhud tanpa melihat apa anutan agama pemimpin terbabit.

Terkenal tak bermewah-mewah

Pada saat ini, agak ramai juga pengamal media sosial mula mengangkat semula kisah kezuhudan Sayidina Umar al-Khattab ketika menjadi khalifah Islam kedua, dan kisah cicit beliau, Umar Abdul Aziz yang menjadi khalifah pada era Umaiyyah.

Semua ini diangkat kerana mereka mahu membandingkan pemerintahan khalifah Islam terdahulu dengan pentadbiran PAS di Kelantan yang sejak sekian lama melaungkan slogan "Islam".

Dengan sebab slogan Islam yang dilaungkan oleh pemimpin PAS juga, ada pihak yang mula membandingkan pemimpin PAS dengan beberapa pemimpin bukan beragama Islam yang terkenal kerana tidak bermewah-mewah.

Jika dari Malaysia, sudah ada yang membandingkan pemimpin PAS dengan Dr Michael Jeyakumar Devaraj yang pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput yang "istiqamah" dengan Volvo buruknya semasa berkhidmat di Dewan Rakyat dulu.

Ada juga yang membandingkan pemimpin PAS dengan bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica, yang dikatakan sebagai pemimpin paling rendah diri dalam dunia moden.

Ketika Mujica bersara daripada politik pada 2015, BBC menggelarkannya sebagai "presiden paling miskin di dunia".

Dan dikatakan juga bahawa semasa bergelar presiden, Mujica mendermakan 90 peratus daripada gajinya setiap bulan, berjumlah RM46,560, untuk tujuan amal.

Perbandingan lain ialah antara pemimpin PAS dengan Mark Rutte yang merupakan Perdana Menteri Belanda yang sejak 2010 lagi hidup sederhana, dan masih tinggal di apartmen yang dibelinya setelah memperolehi sarjana muda sejarah dari Universiti Leiden pada 1992.

Dikatakan juga bahawa beliau hanya memiliki sebuah kereta terpakai Saab 93 yang dibelinya pada 1999, dan masih gemar mengayuh basikal dari kediamannya ke pejabat setiap hari.

Semua perbandingan ini keluar, tidak lain dan tidak bukan, kerana pemimpin PAS yang dahulunya melaungkan soal kezuhudan, kini kelihatan tidak lagi zuhud apabila menggunakan hujah agama untuk mengsakralkan kemewahan mereka; ketika memerintah negeri yang rakyatnya sedang mengalami masalah kemiskinan; apabila isu asasi seperti air masih tidak dapat selesaikan; apabila soal kebersihan masih membelenggu.

Walau bagaimanapun, ada hikmahnya berlaku kejadian sebegini.

Sedikit sebanyak, manusia - rakyat Malaysia khususnya - semakin faham bahawa soal kezuhudan tidak ada kaitan dengan apa-apa anutan agama seseorang.

Kita boleh saja menemui orang bukan Muslim yang zuhud dan memiliki sifat bertanggungjawab terhadap rakyatnya.

Dan boleh sahaja kita jumpa Muslim yang kuat solat dan berpuasa, tetapi tidak ada amanah dalam pekerjaannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Thursday, January 30, 2020

DAP Keluar Kerajaan Jika UEC Tidak Diiktiraf!

DAP Keluar Kerajaan Jika UEC Tidak Diiktiraf!

Timbalan setiausaha agung DAP, Nga Kor Ming, akhirnya mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan keras, bahawa parti itu akan keluar daripada kerajaan Pakatan Harapan jika Putrajaya enggan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

DAP Keluar PH

"Kita malah mencapai kesepakatan bahawa bahawa DAP tidak akan teragak-agak keluar dari kerajaan jika UEC tidak diiktiraf.

"Tidak kisah jika kita tiada lagi dalam gabungan parti pemerintah. Ini prinsip yang kita pegang," kata Nga kepada Oriental Daily.

Sebahagian daripada video wawancara itu turut dimuat naik ke atas talian.

PH, terutamanya DAP, dihentam masyarakat dan parti Cina atas alasan lambat dalam usaha memastikan kerajaan mengiktiraf UEC, seperti dinyatakan dalam manifesto 2018 PH.

Selain isu UEC, DAP juga dikritik tidak bersuara dalam banyak itu.

SOKONG DAP KELUAR PAKATAN

Sementara itu, Presiden gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya, menggesa seluruh rakyat untuk terus mendesak kerajaan agar tidak melayan nafsu parti tamak haloba, DAP yang mahu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Menurutnya, kenyataan Kor Ming itu sekali lagi menunjukkan keangkuhan DAP terhadap pimpinan gabungan parti pemerintah PH terutamanya kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Bahkan, kenyataan beliau juga seolah-olah mengugut semua pimpinan PH termasuk perdana menteri supaya akur dengan pandangan DAP.

Ini bukan kali pertama pimpinan DAP berlagak sombong sebegini tanpa menghormati pimpinan Majlis Presiden PH.

Sebab itulah dari awal lagi rakyat sering mengatakan bahawa kerajaan hari ini dikuasai oleh DAP. Keberanian membuat kenyataan seperti ini menunjukkan memang DAP mempunyai kuasa yang besar dalam PH.

Sikap sombong dan tidak mengendahkan perbincangan membuktikan bahawa DAP bukan sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan, keharmonian serta sensitiviti kaum lain.

Sebaliknya, mereka melambangkan sebuah parti yang hanya menimbulkan perpecahan dan harus ditolak oleh rakyat.

Rakyat sudah jelas akan kepincangan di dalam sistem UEC yang akhirnya akan menyebabkan pecah-belah tetapi DAP tidak mengambil kisah.

Rakyat perlu mendesak kerajaan terutama perdana menteri untuk terus menolak UEC dan membiarkan DAP keluar dari PH supaya dengan itu kerajaan baru boleh ditubuhkan dengan gabungan-gabungan parti lain, jika perlu.

Biar kita lihat, adakah DAP benar-benar akan keluar kerajaan?

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Thursday, January 23, 2020

Pantun Untuk Ahmad Maslan, Jika Ditakdirkan Masuk Penjara

Pantun Untuk Ahmad Maslan, Jika Ditakdirkan Masuk Penjara

Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM2 juta yang didakwa diterimanya daripada bekas PM, Najib Razak, selain gagal mengisytiharkan wang diterima kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada SPRM.

Ahmad Maslan 2 Juta

"Saya mengaku tidak bersalah ke atas dua tuduhan pengubahan wang haram dan kenyataan palsu.

"Saya dituduh menerima RM2 juta dan meminta saya membayar kompaun sebanyak RM5 juta, saya tak terima satu sen pun dan apa sebab saya kena bayar RM5 juta.

"Saya telah buat kenyataan sebelum ini di Dewan Rakyat mengenai cek yang berkaitan dan saya tidak menerima itu dan masih kekal kenyataan-kenyataan itu,” katanya kepada media.

Ahmad Maslan juga sempat mencipta sebuah pantun yang dikarangnya sendiri:

Panglima berani pantang kalah,
Badannya sasa kehitaman;
Saya ini tidak bersalah,
Jadi mangsa kezaliman.

Selama ini, Ahmad Maslan memang terkenal dengan bakat puisi yang sering dihantarnya di media sosial, selain kemahiran memasak.

Pada tahun 2015, Ahmad Maslan mengundang bidasan dari warga maya apabila dia berkongsi resipi hidangan nasi goreng tanpa GST dalam usaha mendidik rakyat supaya berjimat-cermat.

Selain Ahmad Maslan, bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad juga didakwa di mahkamah yang sama kerana gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib kepada LHDN.

Pantun Untuk Ahmad Maslan

Wartawan veteran A Kadir Jasin kemudiannya membalas pantun empat rangkap Ahmad Maslan yang mendakwa dirinya sebagai "mangsa kezaliman".

Kadir, dalam gurindam yang disiarkan di blognya, berkata, Ahmad Maslan selaku panglima berani, tidak perlu cemas jika dirinya tidak bersalah.

Berikut gurindam penuh nukilan Kadir:

Panglima berani usah gelabah
Belum dibicara, belum salah
Kalau tuan tidak buat jenayah
Penguasa zalim tentu kalah.

Dulu tuan sangatlah berani
Cakap besar satu negeri
Mengaku duit Najib yang bagi
Sebab tuan amat dipercayai.

Tuan sombong bukan kepalang
Cakap besar macam hulubalang
Semua musuh tuan ganyang
Pertahan Najib malam dan siang.

Tuan jawablah kepada mahkamah
Seandainya tuan tidak bersalah
Janganlah tuan berhati gundah
Segala tuduhan berjaya disanggah.

Tapi kalau tuan buat jenayah
Duit rakyat tuan belasah
Silalah tuan cari helah
Andai tidak ke penjaralah arah.

Jika takdir tuan masuk penjara
Jangan gundah, janganlah hiba
Kepakaran tuan amat berharga
Tuan masak, banduan semua gembira.

Selamat tuan membela diri
Pandai bertabuh pandailah menari
Jangan salahkan kepada bumi
Kalau rentak tidak menjadi.

Kadir mengakhiri tulisan dengan bahasa Jawa: "Manungsa mung ngunduh wohing pakarti."

Ia membawa maksud, "Kehidupan manusia baik dan buruk adalah akibat dari perbuatan manusia itu sendiri".

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Wednesday, January 08, 2020

Politik Penipu Dan Rakyat Yang Cerdik

Politik Penipu Dan Rakyat Yang Cerdik

Padan muka jugalah kepada PH atas kekalahan mereka di Semenyih tempoh hari dan jika kamu percaya kata-kata orang banyak, kekalahan itu berpunca daripada kegagalan PH menjalankan tanggungjawabnya sebagai kerajaan.

Tolak PH

Kamu kata kerajaan tidak menunaikan janji-janji dalam manifesto pilihan raya yang lalu. Hidup kamu masih derita sepertimana hidup di bawah kerajaan yang lalu. Tiada bahagia seperti yang diimpikan.

Setiap langkah adalah beban besar dan hanya kematianlah kerehatan yang didambakan daripada hidup dilukai janji manis pemimpin.

Tol tidak dihapuskan. BR1M berkurangan. Ladang sawit mahu ditukar kepada rumpun buluh. Pekerja dikurangkan. Elaun hapus. YB bermewah-mewahan. Harta kerajaan habis dijual, sedang mereka hanya sibuk berpolitik kotor sesama sendiri. Asyik mahu berebut jawatan dalam partai dan seribu macam kepandiran lain.

Justeru kamu menghukum mereka dengan memberikan undi kepada pembangkang.

Tidak sedikit mereka yang berasa terlalu gembira dengan keputusan itu. Mereka datang dari kedua belah pihak yakni penyokong kerajaan mahu pun pembangkang. Sekali lagi padan muka PH.

Bahkan, boleh dikatakan bahawa para perokok adalah antara manusia yang paling gembira dengan keputusan pilihan raya tersebut.

Bahawa pada saat ini, kerajaan PH sedang giat memburu 4 juta PEROKOK, melihat seolah-olah itulah kesalahan paling menjijikkan, terlupa diri mereka, AHLI POLITIK, yang kaya-raya, gila kuasa, sombong kepada rakyat, berbohong, penipu, menipu, terus menekan rakyat bawahan yang baru terlepas dari kerajaan PENYAMUN, rupanya tiada beza, cuma berlainan sebutan, mungkin layak digelar kerajaan penipu dan zalim.

Dendam mereka seperti berbalas. Kezaliman ke atas mereka seperti terbukti diadili oleh tuhan. Mereka adalah orang teraniaya yang doanya telah dimakbulkan.

PH Zalim

Kita nak kata apa? Para penagih rokok biasanya hilang rasional apabila mandat pilihan mereka diperhalang. Bunuh mak pun sanggup. Apalah sangat memberi undi kepada pihak lawan jika nak dibandingkan.

Apa yang gagal dilihat adalah bagaimana pengundi kini sudah faham tugas mereka. Mereka kini memahami betapa kuasa memilih dan membuang ada di tangan mereka.

Sedikit demi sedikit kita sedang melepaskan diri kita daripada belenggu kepartaian. Cahaya demokrasi dalam berpolitik mungkin mula menyinari kebodohan kita semua.

Sebahagian daripada kita sedar bahawa partai politik hanya mahukan kuasa untuk dijadikan modal berbangga. Mendabik dada konon telah mendapat kepercayaan rakyat apabila menang dan menuduh kita semua ini manusia dungu apabila partai mereka tewas.

Lihat saja bagaimana kita diperintah oleh hanya satu gagasan selama 60 tahun. Lihat pula bagaimana bangganya kumpulan yang memerintah dulu memperkotak-katikan kita semua.

Mereka bebas berbuat apa saja kerana mereka tahu betapa kita ini hanya perlu ditakut-takutkan dengan kemiskinan, dengan perpecahan.

Lalu kita disogok dengan perbagai cara demi mencapai matlamat kuasa yang diidamkan mereka.

Dituduhnya kita berpuak-puak, sedang mereka sibuk melaungkan hak kaum masing-masing.

Politik Straw

Kita diberi sedikit-sedikit supaya kita sentiasa meminta-minta, sedang mereka berjoli sakan tak ingat dunia.

Tidak ada politikus yang mengisytiharkan harta lalu untuk terbukti mereka adalah sederhana. Semuanya mewah tanpa perlu berbuat apa selain berjanji dan mencadangkan mimpi indah kepada kita.

Duduk sajer pun ada sepuluh juta! Baser.

Semua kita hendaknya menggunakan kuasa yang ada untuk mengajar politikus yang ada sekarang ini bahawa mereka ialah wakil rakyat. Bukannya wakil kerajaan.

Tugas mereka ialah untuk melindungi kita dan bukan partai wakilan mereka. Jika mereka makan suap, jika mereka gagal menjalankan tugas maka kitalah yang bertanggungjawab membuang mereka.

Bukan sokong membuta tuli hanya kerana mereka dari partai yang kita sokong.

Ini tidak, bila politikus jerit pasal membela kaum, kita pun naik semangat. Rasa macam Hang Tuah dan mahu segera bertengkolok dan berkeris. Pasang kekuda dan sedia bergasak dengan siapa saja yang kononnya mengambil hak kita.

Tertipu PH

Pemimpin partai jerit "Tuhan Maha Besar!" lalu kita pun sibuk mencari jaket pembunuh diri dan rela meletupkan siapa saja yang kita lihat sebagai anti-Islam, yang hina agama. Padahal awak, sembahyang pun culas.

Selagi tidak berasa diri itu miskin, selagi itulah tidak ke masjid. Apabila berdoa, mintak kaya dan mintak partai menang. Dalam kepala hanya ada itu: untuk diri sendiri dan partai. Orang lain semua biar miskin, biar mati kafir.

Jadilah pengundi yang cerdik. Jadilah rakyat yang bijak. Jangan selamanya kita diherdik. Jangan selamanya kita dipijak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Friday, October 11, 2019

Menghalalkan Dosa Adalah Ketakburan Terhadap Allah

Menghalalkan Dosa Adalah Ketakburan Terhadap Allah

Ketika semua manusia pernah melakukan kesalahan, perbuatan itu jauh lebih berdosa besar jika kesalahan terbabit dibuat dengan berselindung di sebalik agama, justeru, mana-mana manusia yang terlanjur melakukan dosa mesti mencontohi Nabi Adam AS dengan mengakui kesalahan tersebut dan tidak bertindak seperti Iblis.

Menghalalkan Dosa

Umat Islam wajar membezakan kesalahan yang dilakukan oleh Iblis dan Nabi Adam. Apabila Iblis melakukan kesalahan, dia mencari alasan untuk menghalalkan tindakan tersebut walaupun ia jelas melanggar perintah Allah.

Sebaliknya, Adam tidak berbuat demikian sebaliknya mengakui kesalahan lantas memohon keampunan.

Semua manusia pernah melakukan dosa namun ia bukan alasan untuk sesiapa menghalalkan perbuatan yang bercanggah dengan agama.

Menghalalkan dosa merupakan satu ketakburan di hadapan Allah. Justeru Allah melaknat Iblis dan menghukumnya sebagai kufur.

Mencuri

Mencuri merupakan dosa, tapi mencuri kemudian menggunakan nama Allah dan Islam untuk 'menghalalkan' perbuatan curi, itu jauh lebih besar dosanya.

Ia satu pendustaan menggunakan Allah dan agama-Nya, bahkan boleh membawa kerosakan akidah kerana menghalalkan apa yang haram di sisi Allah.

Rasuah merupakan dosa, tapi rasuah menggunakan nama Allah dan Islam untuk 'menghalalkan' perbuatan rasuah itu jauh lebih besar dosanya.

Demikianlah semua dosa yang Allah dan rasul-Nya haramkan, termasuklah berbohong dalam perkara yang tidak dibenarkan.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Sunday, August 11, 2019

Ahli Politik Adalah Pendusta

Ahli Politik Adalah Pendusta

Berpuluh-puluh kali diulangi bahawa politikus itu kerjanya ialah memuaskan nafsu mereka sendiri dan untuk puas mereka akan melakukan apa saja asalkan sampai ke puncak, namun bukanlah kami maksudkan bahawa mereka itu hanya memikirkan hal kelamin semata-mata.

Ahli Politik Adalah Pendusta

Apa yang mahu kami sampaikan ialah, mereka - politikus itu - adalah sekumpulan manusia yang sanggup melakukan apa saja untuk mencapai cita-cita untuk berkuasa.

Lalu kita dihiburkan dengan telatah tipu daya mereka setiap kali datangnya pilihan raya.

Mereka menjanjikan langit dan bersumpahkan bumi. Menganggap diri adalah Mahdi yang dijanjikan. Pada masa sama mereka menyebarkan dakyah bahawa sesiapa pun yang menentang adalah syaitan besar.

Pada masa tertentu mereka akan menangis bersimpati atas nasib malang yang menimpa kita, sepertinya kita dan mereka itu bersaudara.

Di ketika yang lain mereka akan bergembira bergelak bertepuk bertampar seolah-olah kita dan mereka membesar bersama.

Lakonan mereka adalah kerana mahukan kuasa, yang lazimnya tidak datang sendiri. Kuasa datang dengan laba dan justeru itu sajalah yang ada dalam fikiran mereka.

Setelah pilihan raya, yang kalah akan - untuk beberapa ketika - menjerit ke sana sini kerana menyangka mereka dianiaya, sementara yang lain diam meratapi nasib sambil menunggu pusingan pilihan raya yang akan datang.

Yang menang akan terjerit-jerit kesukaan seperti tanggungjawab yang diperolehi itu adalah hadiah daripada tuhan. Mereka mabuk kerasukan. Setelah bertenang mereka akan mula memasang jalan untuk memegang jawatan paling atas dalam pentadbiran.

Apa saja akan mereka lakukan. Jika cara murni tidak berkesan lalu cara busuklah yang akan mereka lakukan.

Malu tidak ada dalam kamus hidup mereka. Dibukanya semua untuk dilihat manusia. Dalam masa yang sama apa yang dilaungkan adalah keadilan.

Yang paling bodoh antara kita tentu saja yang memilih untuk berpihak secara mutlak. Berpihak tanpa syarat.

Kita pun ketawakan keaiban orang. Kita bergaduh sesama sendiri kerana mempertahankan kumpulan manusia hamis tadi. Bersoraklah kita yang menentang dan berasa malanglah kita yang menatang.

Biar perit tekak memberitahu kamu bahawa politikus ialah manusia jahat yang kerjanya mencari ruang untuk menonjolkan diri sendiri dan kamulah alat yang paling sesuai untuk dijadikan bidak dan tapak bagi menolak mereka ke atas.

Sampai bila kita mahu menjadi baghal yang ditunda? Taat seperti haiwan peliharaan. Manja kerana diberi makan, meminta-minta mahu disuapkan sentiasa dan tidak sedar bakal disembelih dan dagingnya dijual untuk laba.

Keluarlah dari kebodohan politik kepartian dan berdoalah agar tuhan menjauhkan kita semua daripada syaitan dan ahli politik yang berlawan, mahu menentukan nafsu siapa yang lebih tegang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini