Tuesday, January 19, 2016

Kenapa Rakyat Berhak Marah Ahmad Maslan?


Ahmad Maslan, tahukah mengapa rakyat marah dengan tuan? Jawapannya mudah; tuan mewakili kerajaan yang nampaknya tidak dapat menguruskan ekonomi negara dengan baik.

Ahmad Maslan Lucu

Bukan itu sahaja, tuan juga suka menggosok garam ke dalam luka, sentiasa memberi alasan dan membuat kenyataan yang tidak masuk akal.

Tuan meminta rakyat menyalahkan peniaga (kerana kenaikan harga mendadak) adalah contoh terkini yang tidak bernas.

Apa ini, perlukan kami boikot semua peniaga atau pun tunjuk perasaan di hadapan kedai dan pasar raya mereka?

Biar saya tanya tuan begini, apabila kerajaan tidak dapat menguruskan atau tidak dapat mengawal pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan betul, pihak mana yang sepatutnya dipersalahkan?

Apabila peniaga mengambil kesempatan untuk menikmati keuntungan yang tinggi, yang mana sepatutnya dipersalahkan?

Apabila ringgit menyusut nilainya dengan mendadak menyebabkan kenaikan harga import dan kos sara hidup, siapa sepatutnya dipersalahkan?

Apabila peniaga gagal membatalkan cukai jualan semasa mengenakan GST, siapa yang bersalah?

Bukankah tanggungjawab Jabatan Kastam Diraja dan unit GSTnya yang sepatutnya melaksanakan GST dengan lancar dan tersusun?

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) dan pegawai penguatkuasanya jika peniaga menjual barangan terlalu mahal?

Kelmarin, saya ternampak satu kilogram ikan kembong berharga RM18. Bolehkah tuan percaya?

Mudah untuk tuan menyalahkan peniaga apabila kos sara hidup meningkat. Akan tetapi, pernahkah tuan berfikir tentang fenomena inflasi yang tinggi, kekurangan, rantaian bekalan yang tidak cekap dan ketidaksempurnaan pasaran.

Bukankah semua ini fungsi kerajaan?

Untuk makluman, peniaga tidak ada peranan atau pengaruh dalam bekalan wang, nilai ringgit, pasaran yang tak cekap serta penyalahgunaan lain dalam sistem.

Sebagai seorang timbalan menteri yang mempunyai graf kumulatif tinggi, tuan sepatutnya melihat kos sara hidup rakyat selain daripada di peringkat runcit.

Untuk makluman, sebahagian besar keperluan negara adalah bergantung kepada import. Kelemahan berterusan nilai ringgit sudah pasti menjejaskan keupayaan Malaysia untuk mengimport barangan seterusnya dengan harga yang sama.

Pernahkah tuan terfikir tentang perkara ini, yang lebih teruk mungkin belum tiba lagi sekiranya nilai ringgit merosot lagi?

Saya berpendapat sudah tiba masanya untuk menghentikan “blame game”.

Sudah sampai masanya untuk Malaysia mencari penyelesaian lengkap ke atas masalah yang dihadapi. Jangan lagi tunggu lama-lama.

TK Chua ialah pembaca FMT.

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT.

BACA INI JUGA: Koleksi Lawak Isu #derma RM2.6 Bilion Najib

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon