Wednesday, August 02, 2017

Tun Mahathir Bongkar Rahsia Zahid Hamidi

Loading...

Tun Mahathir Mohamad menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai keturunannya.

Tun Mahathir

Menurut bekas perdana menteri itu, yang didedahkan oleh Ahmad Zahid itu berbeza daripada fakta sebenar.

“Saya terkejut dengan kenyataan Ahmad Zahid itu. Tak pernah ada sesiapa sentuh perkara ini, yang beri asal usul saya berbeza daripada yang diketahui umum.

“Ini adalah satu kenyataan yang cukup baik untuk kita tunjuk betapa Ahmad Zahid ini kaki pembohong kerana dia tak boleh tunjuk kad pengenalan yang dia kata warna biru itu,” katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook Bersatu.

Ahmad Zahid, pada penutup Umno Bahagian Kelana Jaya berkata, kad pengenalan asal Mahathir menunjukkan namanya ialah Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata, dokumen yang diberikan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepadanya itu membuktikan Mahathir hanya menggunakan orang Melayu.

Mahathir mendakwa, Ahmad Zahid mengkritik beliau setelah gagal meraih sokongan beliau untuk menjatuhkan Najib.

Zahid Mahu Jadi Perdana Menteri?

“Ahmad Zahid mesti ingat, apabila jadi timbalan perdana menteri, dia datang jumpa saya cuba nak dapat simpati.

"Saya kata kepadanya, kalau pun Najib letak jawatan, Ahmad Zahid kena tunggu siapa Umno nak gantikan Najib.

“Belum tentu Ahmad Zahid boleh ganti Najib. Bila tak boleh dapat, dia carilah jalan bohong macam ini. Saya malu ada orang macam ini dalam Kabinet Malaysia,” katanya.

Mahathir mencabar Ahmad Zahid menunjukkan bukti kad pengenalan birunya seperti didakwanya.

“Saya masih ingat kad yang pertama saya terima, ketika itu saya di universiti. Tapi kalau dia boleh tunjuk, saya nak tengoklah,” katanya.

‘Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’

Zahid Hamidi

Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun.

Menurutnya, ini berikutan susur galur keturunan Mahathir berasal dari India.

“Itulah sebabnya orang itu (Mahathir) kata Melayu mudah lupa, dia lupa dia dah 22 tahun. Saya tak sentuh peribadi.

“Tetapi ini IC (kad pengenalan) biru dia dulu, nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Ini dihantar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Patutlah dia kata kita mudah lupa, anak laki-laki Iskandar Kutty.

“Orang itulah yang perjuangkan agenda Melayu untuk menggunakan orang Melayu,” katanya ketika berucap di majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya,.

Sedutan video kenyataan Ahmad Zahid itu tular di media sosial.

Ketika Ahmad Zahid menyentuh isu keturunan Mahathir perwakilan diam.

Ada dalam kalangan mereka bertepuk beberapa minit selepas Ahmad Zahid berkata, Mahathir seolah-olah melupakan Umno setelah mendapat kepentingan daripada parti itu.

Sementara itu. dua laporan polis dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana menyalahgunakan kuasa di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Laporan dibuat Koordinator Deklarasi Rakyat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Ahli Jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah, Zulhazmi Shariff.

Khairuddin dalam satu kenyataan berkata, Ahmad Zahid dan Ketua Pengarah JPN tidak menghormati undang-undang seperti yang tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Sementara Zulhazmi pula berkata, tindakan Ahmad Zahid mendedahkan butiran peribadi Mahathir dalam satu program adalah tidak wajar dan berbahaya.

Dari Mana Wang Sebanyak RM230 Juta?

Sementara itu, dalam tulisan terbaru Tun Mahathir diblog beliau, chedet, turut menyentuh kisah lama pemilikan wang beratus juta Zahid Hamidi yang dipersoalkan sumbernya.

***

Kita boleh tahu kaum seseorang di Malaysia dengan nama mereka.

Bagi orang keturunan India yang beragama Hindu, masalah yang timbul ialah ramai mereka mempunyai nama yang sama. Di zaman British pekerja keturunan India dengan nama yang sama diberi nombor. Demikian “Maniam 1”, “Maniam 2” dan seterusnya.

Apabila Malaysia merdeka cara nombor ini dianggap menghina. Dengan itu nama bapa ditambah dan perkataan anak lelaki (a/l) atau anak perempuan (a/p) mengganti perkataan “bin” dan “binti” yang diguna dalam nama Melayu.

Orang India Muslim tidak perlu guna “a/l” atau “a/p” kerana nama mereka biasanya mempunyai dua perkataan dan jarang sama antara mereka.

Tidak ada orang keturunan India Muslim yang bernama “Sipolan a/l Sipolan”.

Nama seperti yang disebut oleh Zahid Hamidi tidak ada. Jika kad pengenalan lama itu menyebut nama yang dikatakan ialah nama saya dahulu, sila tunjuk kad itu untuk diperiksa oleh pakar akan kesahihan dakwaan Zahid.

Sebenarnya kad lama tidak pernah saya serah balik kepada pendaftar apabila kad baru dikeluar.

Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai Perdana Menteri apabila ia dilantik Ketua Pemuda UMNO.

Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta Ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas.

Jikalau ia boleh ingat, jelaslah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak.

BACA INI JUGA: Sejarah Politik Zahid Hamidi Yang Ramai Tak Tahu!

sumber: sh1 | sh2

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon