Monday, May 14, 2018

Tun Mahathir Perdana Menteri Paling Tua Di Dunia

Dalam catatan Guiness World Records, Morarji Desai yang mengetuai kerajaan India dari tahun 1977-1979 adalah individu paling tua ketika dilantik kali pertama sebagai Perdana Menteri. Beliau berusia 81 tahun ketika itu dan rekod dunia tersebut masih milik beliau.

Tun Mahathir Perdana Menteri Paling Tua Di Dunia

Di Amerika Syarikat (AS) yang sering mendakwa kerajaan demokrasi tertua dunia pula, Donald Trump adalah yang pa­ling tua dilantik sebagai Presiden iaitu pada usia 70 tahun dan 220 hari, mengatasi rekod dipegang Ronald Reagan (69 tahun) kira-kira tiga dekad sebelum itu.

Sebuah lagi negara rujukan demokrasi iaitu Britain, individu yang paling tua pernah mengangkat sumpah kali pertama sebagai Perdana Menteri negara itu ialah Lord Palmerston pada usia 70 tahun dan 109 hari iaitu pada tahun 1855.

Jika bukan menjadi Perdana Menteri kali pertama, rekod yang paling tua dipegang oleh William Gladstone yang menjadi Perdana Menteri Britain buat kali keempat pada 1892 dalam usia 82 tahun, dia kemudian melepaskan jawatan tersebut dua tahun kemudian.

Namun secara puratanya di Britain, usia Perdana Menteri negara itu adalah 53 tahun dan 87 hari manakala di AS, usia purata Presiden adalah 55 tahun dan 6 bulan dengan Reagan paling tua ketika melepaskan jawatannya pada usia 77 tahun.

Sebelum ini, ketua negara dan ketua kerajaan paling tua berada di tampuk pemerintahan adalah Robert Mugabe sebelum terpaksa meletak jawatan Presiden Zimbabwe pada usia 93 tahun.

Ini menjadikan ketua negara paling tua dipegang oleh Ratu Elizabeth II yang masih di atas takhta pada usia 91 tahun diikuti Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi, 90.

Di Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah individu pa­ling berusia ketika kali pertama mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri iaitu pada usia 64 tahun mengatasi rekod yang dipegang Tun Mahathir Mohamad sebelum itu.

Tun Mahathir dilahirkan pada 1925 iaitu setahun selepas Mugabe dan setahun sebelum Ratu Elizabeth II.

Kini, tanpa perlu mengelilingi dunia dengan kapal layar atau mendaki Everest, Tun Mahathir mencatat namanya dan Malaysia dalam rekod dunia dengan menjadi Perdana Menteri Ketujuh pada usianya 92 tahun.

Berikut adalah 11 fakta mengenai Dr Mahathir yang anda perlu ketahui:

1. Dilahirkan pada 10 Julai, 1925 di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

2. Anak bongsu daripada 9 adik-beradik kepada pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi.

3. Pertama kali menyertai kabinet pada pilihan raya ketiga pada 1964 sebagai Ahli Parlimen Kota Setar.

4. Pertama kali dilantik menjadi Perdana Menteri keempat ketika berumur 56 tahun pada 1981.

5. Membawa Malaysia keluar daripada Krisis Kewangan Asia 1997 semasa pemerintahan beliau.

6. Sekali lagi menjadi Perdana Menteri pada 2018 ketika berusia 92 tahun selepas meletak jawatan pada 2003.

7. Kembali ke Pejabat Perdana Menteri di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya selepas 15 tahun dan dinobatkan sebagai Perdana Menteri tertua di dunia.

8. Mengumumkan keluar dari UMNO pada tahun 2016 kerana tidak bersetuju dengan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.

9. Mempengerusi dan menubuhkan parti politik baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu (PPBM) pada 2017.

10. Mengetuai PPBM menyertai Pakatan Harapan bagi mengambil bahagian dalam pilihan raya ke-14.

11. Menjadi Perdana Menteri buat kali kedua dan ketua negara paling tua di dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani | utusan

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

3 comments

Asalam SP..memang bijak Tun Ma ..tahninia terus Sentiasa Panas.

Seklip mata Bn terkena sunami perubahan pru 14 2018

93 angka keramat, dipakai oleh marq marquez dalam moto gp

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon