Thursday, October 06, 2016

Fakta Kes Pegawai Jabatan Air Seleweng RM3 Bilion Di Sabah!


Pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyalahgunaan kuasa membabitkan pengagihan projek bernilai lebih RM3.3 bilion.

Rasuah JANS

Turut direman ketika dibawa ke Mahkamah Majistret, kira-kira pukul 2.30 petang ialah abang kepada timbalan pengarah yang bergelar Datuk berumur 55 tahun dan akauntan berusia 50 tahun.

Mereka ditahan berhubung kes penyalahgunaan kuasa bagi pelbagai tender projek pembinaan infrastruktur asas kerajaan Persekutuan yang bernilai lebih RM3.3 bilion di seluruh Sabah sejak tahun 2010.

Semalam, pengarah dan timbalan pengarah berumur 54 dan 51 tahun ditahan di pejabat masing-masing pada 9.15 pagi kerana disyaki salah guna kuasa dengan memonopoli dan memberi projek jabatan kepada sanak-saudara.

Siasatan awal SPRM mempercayai mereka mengumpul kekayaan melebihi RM50 juta, malah gambar memaparkan penemuan wang tunai di pejabat suspek menjadi viral menerusi media sosial.

Seramai 30 anggota SPRM bertungkus lumus selama 15 jam tanpa henti untuk mengira keseluruahn RM52 juta wang tunai berkenaan iaitu terbesar dalam sejarah suruhanjaya tersebut. -Mynewshub

SPRM Jaga Duit Tu Elok-Elok, Jangan Lesap Pula Ya..

Rasuah JANS

Jaga duit tu elok-elok SPRM. 114.2 juta nilainya. Kita pun tak pasti duit itu akan ke mana selepas dirampas SPRM. Dan seberapa lama ianya akan berada di dalam simpanan SPRM.

Masyarakat tidak hanya tertumpu kepada kes rasuah terbesar yang pernah SPRM uruskan setakat ini bahkan hala tuju wang tersebut juga.

Adakah ianya akan kembali kepada masyarakat memandangkan dari awal lagi ianya dah memang kerajaan pusat peruntukan untuk projek-projek berkaitan infrastruktur di Sabah.

Harapnya apa-apa perkara yang sepatutnya menjadi hak rakyat Sabah dikembalikan sepertimana yang telah dirancang sebaik-baiknya oleh kerajaan pusat.

Fakta Kes

1. Ini ialah kes pecah amanah membabitkan penyelewengan wang untuk projek infrastruktur yang bernilai 3.3 bilion di Sabah. Mereka dikatakan telah memonopoli kesemua projek berkaitan infrastruktur asas sejak tahun 2010 untuk diberikan kepada adik-beradik.

2. Kes membabitkan 2 individu utama dalam tangkapan dan siasatan awal SPRM. Iaitu Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah.

3. Nama Pengarah JANS itu ialah AG MOHD TAHIR BIN MOHD TALIB, 54 tahun. Berita tidak melaporkan nama dan menyiarkan wajah.

4. Nama Timbalan Pengarah JANS ialah TEO CHEE KONG, 51 tahun. TEO CHEE KONG dikatakan bekas JURUTERA di JANS kemudiannya dinaikkan pangkat dengan cara agak mendadak juga kepada Timbalan Pengarah selepas beberapa tahun bertugas.

5. Kemudiannya SPRM meneruskan tangkapan dan siasatan susulan kepada 2 orang kanan yang menjadi kepercayaan dua suspek utama kes. Seorangnya ialah akauntan yang berusia 50 tahun (tak disebut nama) dan seorang lagi ialah ABANG KANDUNG kepada Timbalan Pengarah JANS yang bergelar DATUK dan berusia 55 tahun.

6. SPRM telah menyerbu tiga lokasi utama bagi merampas barangan curian iaitu RUMAH SUSPEK, BANK DI MANA SUSPEK MENYIMPAN WANG DAN PEJABAT DI MANA SUSPEK BEKERJA.

7. Menurut SPRM;
  • Wang tunai lebih kurang RM75 juta yang melibatkan wang berjumlah RM45 juta daripada pengarah terbabit manakala selebihnya daripada timbalan pengarah tersebut.
  • SPRM juga telah menyita beberapa akaun milik Pengarah, Timbalan Pengarah dan seorang individu lain bergelar Datuk yang dianggarkan lebih kurang RM37 juta.
  • SPRM juga mempercayai mereka memiliki wang di beberapa buah bank di luar negara.
  • SPRM turut membuka satu daripada enam peti simpanan milik timbalan pengarah tersebut di beberapa bank yang mengandungi wang tunai RM2.5 juta. Selebihnya akan dibuka dengan bantuan bank dalam masa terdekat.
  • SPRM turut merampas 127 geran tanah.
  • 9 buah kenderaan mewah iaitu Range Rover, Audi, BMW, Ford Ranger, Mercedes Benz, Mazda, BMW, Lexus dan Volvo.
  • Jam tangan berjenama, barang-barang kemas serta 94 beg tangan berjenama mewah milik isteri-isteri suspek.

8. 75 juta (ialah wang tunai hasil rampasan dari Pengarah, Timbalan Pengarah, Ahli keluarga suspek) + 37 juta (wang dalam akaun bank syarikat) + 2.5 juta (wang tunai dari peti besi Timbalan Pengarah JANS) = RM 114.2 Juta keseluruhannya.

9. Susulan dari siasatan kes berkenaan, Ketua Menteri Sabah Musa Aman memaklumkan akan mengkaji semula proses pemberian tender bagi membendung amalan rasuah agar tidak berulang semula. ~Kah kah..

10. Untuk rekod, pada tahun 2011 satu laporan SPRM telah dibuat terhadap Timbalan Pengarah JANS tetapi tiada tindakan susulan diambil.

11. Untuk rekod, JANS telah memulakan Perkhidmatan Pengurusan Loji Rawatan Air (LRA) secara khidmat luar di Loji Rawatan Air Segaliud, Sandakan sehingga seluruh negeri Sabah. Laporan Audit Negara 2014 Siri 2, pernah melaporkan terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya termasuk peralatan yang rosak dan tidak dibaiki. Pelupusan peralatan, bahan kimia dan enapcemar juga tidak dibuat, serta pegawai kimia tidak mencukupi untuk memantau LRA yang dikendalikan kontraktor.

12. Selain menyalahgunakan dana yang disalurkan oleh kerajaan pusat, mereka juga turut menyeleweng dan pecah amanah membabitkan peruntukan kerajaan negeri.

Duit Haram

AG Tahir
Gambar hiasan. Adakah wajah ini mirip gambar pengarah tersebut?

Memang cerdik giler mereka berdua ni sampai terlepas selama hampir 6 tahun. Simpan pula duit kat tempat-tempat yang mudah ditemui macam tiada clue langsung bakal kena ambush.

Tapi pandai juga dorang sorok sebahagiannya di akaun luar negara. Ini mesti confident dapat hidup lama untuk belanjakan wang haram yang disorok tu kan.

Atau confident takan menjalani hukuman lama-lama?

Jahanam betul tahap confident penjenayah-penjenayah rasuah neh. Suwei. -Amenoworld

BACA INI JUGA: Rasuah Halal Dan Rasuah Haram Di Malaysia?



-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon