Sunday, October 07, 2018

Jika Bekas Menteri UMNO Ada RM2 Bilion, Bagaimana Dengan Menteri Yang Lain?


Meskipun kita barangkali harus terus mengingati tragedi malang helikopter terhempas yang mengakibatkan kematian Allahyarham Jamaluddin Jarjis bersama lima yang lain pada 2015 lalu, tetapi dengan adanya saman tuntutan faraid oleh ibunya sendiri, Aminah Abdulllah terhadap harta peninggalannya yang dikatakan berjumlah RM2.1 bilion, ramai di antara kita tentunya turut terkejut dengan jumlah kekayaan bekas menteri itu.

UMNO 2 bilion

Jika dulu ramai yang terkejut dan bersedih dengan kemalangan ngeri itu, kini jumlah kekayaannya pula yang membuatkan ramai terkejut sekali lagi.

Kekayaan Allahyarham Jamaluddin Jarjis yang terdedah berikutan saman oleh ibunya sendiri menjadikan beliau pemimpin UMNO kedua selepas Najib Razak yang diketahui umum mempunyai nilai kekayaan dalam jumlah bilion banyaknya.

Sebagaimana yang diketahui umum, Najib pernah mengakui menerima derma berjumlah RM2.6 bilion kononnya daripada kerabat Diraja Arab Saudi, tetapi penyiasat antarabangsa mendedahkan wang tersebut sebenarnya daripada dana 1MDB yang dilencongkan.

Soalan umum yang paling banyak tercetus hari ini tentunya ialah daripada mana dan bagaimana beliau mengumpul kekayaan sebanyak itu?

Adakah ketika menjadi menteri dahulu beliau pernah membuat perisytiharan harta yang sama banyaknya?

Bagaimana dengan Jabatan Hasil Dalam Negeri dan SPRM, adakah kedua-dua agensi itu tahu mengenai jumlah harta dan kekayaan Allahyarham Jamaluddin Jarjis sebelum ini?

Soalan lain yang sama pentingnya juga ialah jika Allahyarham Jamaluddin Jarjis ada kekayaan sebanyak itu, bagaimana pula dengan taraf kekayaan bekas-bekas menteri UMNO lain yang sejak 9 Mei lalu sudah kehilangan jawatan mereka?

Tidak mahukah Jabatan Hasil Dalam Negeri dan SPRM segera membuka banyak fail mulai sekarang?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: shahbudin

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon