Saturday, March 24, 2018

Bagaimana Sistem Pilihan Raya Di Malaysia Berlangsung?


Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat Malaysia) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri.

Sistem Pilihan Raya Di Malaysia

Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.

Pilihan raya umum Malaysia diadakan secara berkala bagi melantik wakil-wakil rakyat ini. Dan sekiranya berlaku kekosongan di antara tempoh pilihan raya umum, pilihan raya kecil boleh diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.

Sistem pemilihan yang biasa diamalkan boleh dikenal pasti mengikut kategori berikut:
  1. Sistem proportional
  2. Sistem mudah (simple first-past-the-post) atau single member territorial representation

Malaysia mengamalkan pemilihan sistem simple first-past- the-post yang menerusi sistem ini, calon yang menang ialah calon yang mendapat undi terbanyak (walaupun dengan kelebihan satu undi sahaja).

Sistem ini digunakan sejak pilihan raya umum pertama diadakan pada tahun 1959.

Undang-undang Pilihan Raya:
  • Perlembagaan Persekutuan.
  • Perlembagaan Negeri.
  • Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957.
  • Akta Pilihan Raya 1958.
  • Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
  • Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
  • Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
  • Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

Undang-undang Lain Berkaitan:
  • Akta Polis 1967.
  • Akta Pendaftaran Negara 1959.
  • Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
  • Akta Rahsia Rasmi 1972.
  • Kanun Keseksaan 1997.
  • Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • Undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan.

Elemen pilihan raya

Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-
  • Bahagian Pilihan Raya.
  • Pemilih.
  • Calon.
  • Proses Pilihan Raya.

SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
(Jumlah Pengundi dan Jumlah Kerusi)
  • PRU1 - 1959 - 2,171,097 - 104
  • PRU2 - 1964 - 2,763,077 - 126
  • PRU3 - 1969 - 3,843,782 - 128
  • PRU4 - 1974 - 4,132,032 - 154
  • PRU5 - 1978 - 5,059,689 -154
  • PRU6 - 1982 - 6,081,628 - 177
  • PRU7 - 1986 - 6,964,960 - 177
  • PRU8 - 1990 - 7,968,640 - 180
  • PRU9 - 1995 - 9,012,173 - 192
  • PRU10 - 1999 - 9,564,071 - 193
  • PRU11 - 2004 - 10,284,591 - 219
  • PRU12 - 2008 - 10,922,139 - 222
  • PRU13 - 2013 - 13,000,000 - 222

TERMA DAN ISTILAH
  • Bahagian pilihan raya.
  • Ejen pilihan raya.
  • Hakim pilihan raya.
  • Hari mengundi.
  • Pasukan penguat kuasa.
  • Pegawai pengurus.
  • Pilihan raya.
  • Tempoh berkempen.
  • Deposit.
  • Suruhanjaya Pilihan Raya.
  • Petisyen pilihan raya.
  • Penamaan calon.
  • Calon.
  • Ejen.
  • Pencadang.
  • Penyokong.
  • Dewan Rakyat.
  • Dewan Undangan Negeri.
  • Parlimen.
  • Kerusi, bahagian Parlimen/Dewan Undangan Negeri.
  • Daftar pemilih.
  • Daftar pemilih semasa.
  • Tempoh berkempen.
  • Permit/lesen yang diperlukan dalam kempen.
  • Pondok calon.
  • Barung.
  • Proses pengundian.
  • Membuang undi.
  • Mengundi.
  • Kertas undi.
  • Penindik.
  • Undi rosak.
  • Undi ditolak.
  • Kerani tempat mengundi.
  • Undi pos.
  • Pengiraan undi di tempat mengundi.
  • Pengiraan undi secara berkelompok.
  • Pengiraan semula.
  • Pusat penjumlahan.
  • Pusat penamaan calon.
  • Penjumlahan undi.
  • Penyata perbelanjaan pilihan raya.
  • Warta keputusan.
  • Hilang deposit.
  • Dakwat kekal.
  • Pengundian biasa melibatkan pemilih-pemilih biasa yang akan mengundi pada hari yang ditetapkan sebagai hari mengundi.
  • Pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta anggota Polis dan pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA).
  • Pengundian pos melibatkan pengundi tidak hadir.

Kelayakan Jadi Calon Dewan Rakyat:
  • Warganegara Malaysia.
  • 21 tahun ke atas pada hari penamaan calon.
  • Bermastautin tetap di Malaysia.
  • Tidak disahkan sebagai seorang tidak sempurna akal.
  • Bukan seorang muflis/bankrap, yang belum dilepaskan.
  • Bukan seorang pemegang “jawatan berpendapatan” (khususnya pegawai kerajaan).
  • Bukan seorang yang telah gagal untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya lepas.
  • Bukan orang yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan belum menerima pengampunan.
  • Telah tidak menjadi warganegara negara lain atau menikmati keistimewaan yang didapati oleh warganegara dalam mana-mana negara.

Kelayakan Jadi Calon Dun:
  • Warganegara Malaysia.
  • 21 tahun ke atas pada hari penamaan calon.
  • Bermastautin dalam negeri yang berkenaan.
  • Tidak disahkan sebagai seorang tidak sempurna akal.
  • Bukan seorang muflis/bankrap, yang belum dilepaskan.
  • Bukan seorang pemegang “jawatan berpendapatan” (khususnya pegawai kerajaan).
  • Bukan seorang yang telah gagal untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya lepas.
  • Bukan orang yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan belum menerima pengampunan.
  • Telah tidak menjadi warganegara negara lain atau menikmati keistimewaan yang didapati oleh warganegara dalam mana-mana negara.

Wang Deposit Pilihan Raya

Jumlah deposit seperti berikut:
  • RM10,000 untuk deposit calon Parlimen.
  • RM5,000 untuk deposit bahan kempen.

Parlimen
  • RM5,000 untuk deposit calon Dun.
  • RM3,000 untuk deposit bahan kempen Dun.

Persempadanan semula bahagian pilihan raya

Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri.

Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun.

Bagaimanapun, ia boleh ditangguhkan sekiranya terdapat peristiwa besar, seperti pilihan raya umum.

Pendaftaran pemilih

Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:-
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;
  • Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan
  • Tidak hilang kelayakan.

Hilang kelayakan

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika:-
  • Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
  • Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
  • Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
  • Telah memperoleh kerakyatan asing.

Semakan daftar pemilih

Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang.

Pengundi boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya.

Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan.

Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan.

Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.

Tempoh pilihan raya

Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal.

Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.

Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan.

Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Proses pilihan raya

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus.

Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.

Hari penamaan calon

Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus.

Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka.

Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.

Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan.

Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.

Pertaruhan

Pertaruhan berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon.

Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut.

Penggunaan simbol

Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan.

Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.

Kempen

Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002.

Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu.

Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.

Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya.

Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan petugas-petugas parti.

Hari mengundi

Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi yang secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya.

Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia.

Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi.

Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah.

Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:-
  • Tarikh mengundi;
  • Lokasi tempat mengundi;
  • Waktu mengundi di semua tempat mengundi;
  • Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.

Di petak mengundi, pengundi dikehendaki membuat satu tanda yang menunjukkan pilihan mereka pada setiap kertas undi.

Tanda ini, seperti tanda 'X', tanda semak ataupun titik, perlu dibuat pada lajur calon yang dipilih sahaja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Memahami Sistem Rumit Pilihan Raya Amerika Syarikat

sumber: sinarharian | wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon