Nov 9, 2016

Memahami Sistem Rumit Pilihan Raya Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat, terdapat 55 bendera kesemuanya mewakili setiap negeri atau wilayah di Amerika Syarikat dengan 50 negeri, tapi mengapa ada 55 bendera?

Pilihanraya Amerika Syarikat

Lima bendera lagi sebenarnya mewakili lima jajahan AS iaitu Guam, Puerto Rico, Virgin Islands, American Samoa dan Northern Mariana Island.

Namun, soalan ini tidak mungkin serumit soalan mengenai sistem pilihan raya Amerika Syarikat yang diakui sendiri oleh sarjana, wartawan dan aktivis politik di sini.

Sistem pilihan raya AS ini hanya difahami oleh segelintir orang sahaja di Amerika Syarikat.

Dalam sistem politik yang begitu kuat kepercayaan mereka kepada angka-angka yang disediakan oleh badan kaji selidik, rata-rata mereka memberi unjuran terhadap pertembungan sengit yang bakal berlaku antara calon Presiden.

Keunikan Sistem Electoral College Pilihan Raya Amerika

Presiden Amerika Syarikat dipilih bukan menerusi undi popular tetapi menerusi sistem pengundian mengikut negeri, diistilahkan sebagai Electoral College atau Kolej Pemilih (tiada kaitan dengan institusi pengajian tinggi).

Sistem ini diperkenalkan sebagai kompromi politik semasa awal pembentukan Amerika Syarikat pada kurun ke-18.

Negeri-negeri ditetapkan bilangan undi Pemilih berdasarkan bilangan penduduk dan dalam kebanyakan kes, sesiapa yang memenangi kerusi negeri akan memenangi kesemua undi Pemilih.

Calon yang meraih majoriti daripada 538 Pemilih atau 270 daripadanya akan menjadi presiden. Undi yang diperolehi di seluruh negara, tidak semestinya menggambarkan keputusan sebenar.

Seorang calon boleh meraih undi terbanyak tetapi masih gagal menjadi Presiden jika tidak meraih majoriti undi Pemilih.

Kelainan sistem Pemilih inilah yang berlaku kepada Naib Presiden Al Gore yang tewas di tangan George W. Bush pada tahun 2000. Al Gore yang dikenali di Malaysia kerana mengalakkan demonstrasi liar di jalanan pada 1998, meraih undi popular paling tinggi tetapi tewas.

Secara ringkasnya sistem Kolej Pemilih bermaksud setiap negeri memiliki tiga Pemilih presiden iaitu seorang bagi setiap anggota Kongres sama ada anggota Dewan Perwakilan (kerusi ditetapkan berdasarkan bilangan penduduk) dan dua lagi bagi setiap negeri (tanpa mengira bilangan penduduk) memiliki dua senator. Mereka ini dipilih melalui proses pilihan raya.

Sistem ini memastikan setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya tiga undi Pemilih. Daerah Columbia di mana terletaknya ibu negara Washington DC, memiliki tiga pemilih meski pun ia tidak memiliki perwakilan penuh kongres.

Sistem ini termaktub dalam Perlembagaan AS bagi menangani kebimbangan negeri-negeri kecil atau bersaiz besar tetapi tidak ramai penduduk, yang tidak mahu mereka dipinggirkan berbanding negeri lain yang besar bilangan penduduknya.

Jika anda masih tidak faham apa yang tertera di atas, jangan bimbang. Tidak ada kuiz selepas artikel ini. Kecuali jika anda berhasrat mencalonkan diri dalam pilihan raya AS 2016.

9 Negeri Yang Mampu Mempengaruhi Kemenangan Calon Presiden AS

Menurut 'kepercayaan' dalam istem pilihanraya Amerika Syarikat, kemenangan sentiasa diyakini hanya akan ditentukan oleh pengundi di sembilan negeri sahaja iaitu Ohio, Florida, New Hampshire, Nevada, North Carolina, Colorado, Virginia, Wisconsin dan Iowa.

Negeri-negeri ini diistilahkan sebagai Swing States bermaksud undi mereka belum mutlak milik sesiapa dan boleh bertukar pada bila-bila masa mengikut prestasi atau isu yang dikaitkan dengan seseorang calon.

Kebanyakan pemerhati politik juga berpendapat, sebanyak 41 negeri termasuk daerah Columbia, kecenderungan parti sudah diduga berdasarkan rekod pilihan raya yang lepas.

Negeri-negeri seperti Texas dan Alabama memang dikuasai Republikan dan dianggap sebagai konservatif manakala California dan New York adalah kubu kuat Demokrat iaitu liberal.

Isu-isu yang diketengahkan dalam kempen pilihanraya Amerika Syarikat sentiasa tertumpu pada soal ekonomi. Amerika Syarikat yang sedang berhempas-pulas untuk kembali kepada kekuatan asalnya selepas krisis kewangan 2008 yang tercetus sejak era pentadbiran Bush.

Pemulihan ekonomi semestinya menjadi matlamat utama setiap calon Presiden bagi memulihkan semula ekonomi Amerika Syarikat yang sedang tenat.

Isu lain adalah defisit besar yang ditanggung kerajaan Persekutuan, penjagaan kesihatan dan imigresen. Kesemua isu ini sangat genting di Florida.

Negeri Florida mempunyai bilangan penduduk berketurunan Latin Amerika yang besar dan setiap calon Presiden akan menerima sokongan berbentuk undi blok, berbanding masyarakat Cuba yang sekadar tertumpu d daerah Miami.

Jadi, isu pendatang haram merupakan isu yang sangat sensitif oleh pengundi Latin.

Florida juga merupakan negeri pilihan bagi pesara yang bergantung besar kepada sistem pencen Persekutuan, Social Security dan Medicare iaitu sistem kesihatan bagi warga berusia 65 tahun ke atas.

Pengundi sentiasa bimbang dengan sebarang cadangan calon Presiden yang mahu memotong defisit.

Isu-isu antarabangsa biasanya tidak akan mempengaruhi sentimen pengundi. -Utusan

Kenapa pilihanraya AS mengambil masa yang terlalu lama?

Untuk pengetahuan anda, bertanding untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat tidak sama seperti kebanyakan negara di dunia yang hanya mengambil masa beberapa bulan untuk berkempen sebelum pilihan raya.

Berikut adalah 6 perkara lain yang anda harus tahu tentang pilihan raya Amerika Syarikat.

1. MENGAPA MEMERLUKAN JANGKA MASA YANG PANJANG?

Dua parti utama di Amerika iaitu Parti Demokrat dan Parti Republikan akan memilih calon melalui satu pertandingan parti yang ditaja oleh parti masing-masing di setiap negeri dan wilayah Amerika Syarikat.

Mengikut tradisi, proses itu akan bermula di Iowa dan New Hampshire dan seterusnya diikuti dengan negeri-negeri lain dan ia telah pun bermula dari bulan Februari dan akan berakhir pada bulan Julai (5 bulan).

Walau bagaimanapun, proses perancangan kempen telah dimulakan setahun lebih awal oleh calon-calon yang bertanding.

Setelah setiap parti memilih calon masing-masing, mereka akan meluangkan waktu selebihnya untuk berkempen secara tungkus-lumus sehingga tiba waktu pilihanraya umum pada 8 November yang akan datang.

2. MENGAPA MEREKA HARUS BERBELANJA BESAR?

Pertama sekali, Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang besar dan luas. Tetapi, sebab utama mengapa mereka harus mempunyai modal yang besar adalah kerana jangka masa yang diperlukan terlalu panjang.

Di sana tiada had masa untuk berkempen. Sebagai contoh, Ted Cruz, calon parti Republikan, telah mula berkempen sejak bulan Mac 2015 lagi, kira-kira 20 bulan sebelum pilihan raya yang akan berlangsung pada 8 November tahun ini.

Tidak seperti yang telah ditetapkan di negara-negara lain, seseorang calon itu boleh berbelanja sebanyak mana sekali pun wang tanpa sebarang had.

Percaya atau tidak, kos kempen untuk menjadi Presiden boleh mencecah sehingga AS $1 bilion (RM 4,020,450,000), dan itu tidak lagi termasuk kos yang dibelanjakan untuk perkara lain.

3. “SUPER-TUESDAY”

Sebanyak 13 negeri dan wilayah akan mengadakan “primary“ dan “caucus“ pada hari Selasa pertama dalam bulan Mac, dan ini dikenali sebagai “Super Tuesday”.

4. APAKAH MAKSUD ‘PRIMARY’ DAN ‘CAUCUS’?

Parti mempunyai dua cara untuk mengumpul undian dari ahli mereka semasa memilih calon presiden, iaitu melalui “primary” dan “caucus”.

Primary: Ahli parti akan mengundi calon terbaik yang akan mewakili mereka di pilihan raya.

Caucus: Ahli parti akan memilih calon terbaik melalui beberapa siri perbincangan dan undian.

5. BILA KITA AKAN MENGETAHUI SIAPA YANG AKAN MENJADI CALON?

Pada kebiasannya, orang ramai akan mula mengetahui nama-nama calon menjelang akhir musim bunga, tetapi mereka belum lagi dipilih secara rasmi sehinggalah tibanya konvensyen parti kebangsaan pada musim panas.

6. ADAKAH CALON YANG MERAIH UNDI TERBANYAK AKAN MENANG?

Daripada memilih seorang presiden berdasarkan berapa banyak undian yang mereka terima, Founding Fathers (Pengasas Amerika Syarikat) telah menubuhkan satu ‘Kolej Pilihan Raya’ (Electoral College) yang sehingga kini digunakan dalam pilihan raya negara itu.

Setiap negeri akan mendapat jumlah pemilih dengan kadar yang sama dengan ahli Kongres dan Senator, oleh itu lebih besar sesebuah negeri itu, lebih banyak pemilih ia miliki.

Daripada semua negeri, hanya Maine dan Nebraska sahaja yang mengamalkan ‘sistem pemenang akan ambil semua’ (winner-takes-all-system) yang juga dikenali sebagai sistem majoriti.

Akhir sekali, mana-mana calon yang meraih 270 undian atau lebih di Electoral College maka dia akan menjadi pemenang sekali gus memegang jawatan sebagai presiden. -Toodiablog

BACA INI JUGA: Islam Diperangi Kerana Dolar Dan Minyak!

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon