Tuesday, June 13, 2017

Apa Bezanya Nazri Aziz Dan Ahmad Maslan?

Loading...

Nazri Aziz bukanlah dikenali sebagai menteri yang baik dalam barisan kabinet yang boleh diteladani atau memiliki ciri-ciri kepimpinan terpuji, tetapi lebih dicop sebagai menteri samseng, celupar, kasar dan selalu memandang rendah orang lain.

Nazri aziz hina Sarawak

Selalu kedengaran beliau membangga diri - "saya menteri, saya lebih besar daripada dia", "saya sudah 17 tahun menjadi menteri", "saya lebih lama jadi menteri berbanding dia", "saya menteri, dia cuma timbalan menteri", "dia tu budak mentah" dan macam-macam lagi ungkapan yang senada dengannya.

Dalam isu cukai pelancongan yang dipertikaikan oleh seorang menteri Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, Nazri sekali lagi dengan kasar membidas menteri berkenaan sebagai "menteri setahun jagung" sambil meneruskan kekasarannya, "jangan banyak cakaplah".

"Saya jadi menteri bukan setahun dua, banyak tahun dah. Dia menteri baru, menteri BN, janganlah tunjuk lagak sangat.

"Jumpa saya, awak tu menteri baru lagi, menteri setahun jagung. Jangan cakap banyaklah," demikian antara lontaran kata-kata yang keluar daripada mulut Nazri.

Malah, Nazri Aziz membidas seorang lagi menteri yang mempertahankan Menteri Sarawak yang dilabelnya sebagai Menteri Setahun Jagung.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, memuat naik tweet berikut:

“Datuk Karim mungkin baru sebagai Menteri Sarawak, tetapi dia sudah pasti ahli politik Sarawak berpengalaman dengan bertahun-tahun pengalaman sebagai YB yang dipilih.”

Bagaimanapun, Nazri menjawab, Rahman juga menteri ‘baru dan tidak berpengalaman’ dan tidak perlu campur tangan dalam pertelingkahannya dengan Karim.

“Dia (Rahman) adalah menteri baru. Beliau memegang satu jawatan dan ditukar kepada jawatan lain tidak lama kemudian. Jadi saya fikir lebih baik dia tidak terlibat dan biarkan saya selesaikan perkara ini dengan Karim,” katanya memetik laporan dari Free Malaysia Today.

“Dia tidak perlu menasihati menteri kanan dan saya tidak perlukan bantuannya. Lagipun dia dari Malaysia timur, dia tidak neutral,” katanya lagi.

Nasib baik Nazri belum berbalah dengan Zahid Hamidi yang sekarang menjadi Timbalan Perdana Menteri, jika tidak barangkali akan terpacul juga bidasannya, "jangan banyak cakaplah, saya lebih lama jadi menteri daripada awak."

Dengan sikap Nazri yang selalu berbangga dengan jawatan menteri atau senioritinya itu, beliau sebenarnya tidak jauh berbeza pun dengan Ahmad Maslan yang pernah menunjukkan pencapaian akademiknya sebelum ini berikutan beberapa kali didapati "tidak cerdik" dalam mengeluarkan kenyataan.

Apakah bezanya Ahmad Maslan yang gagal menjawab hujah dengan menunjukkan kelulusan akademiknya berbanding Nazri yang juga tidak mampu menjawab persoalan daripada seorang menteri negeri Sarawak, tetapi berbangga, "saya jadi menteri bukan setahun dua, awak tu baru setahun jagung."

Susulan kenyataan Nazri yang dianggap kasar, tidak wajar serta mencerminkan semangat BN oleh beberapa pemimpin Sarawak, kerajaan negeri dalam tindakan pantasnya kemudian bertindak menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia, berkuatkuasa serta-merta.

Meskipun alasan yang diberikan ialah kerana penyertaan dalam lembaga itu menyebabkan pertindihan tigas dan peranan dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak, hakikatnya kerajaan negeri pimpinan Abang Johari Abang Haji Openg jelas terguris hati dan terluka keculaparan Nazri.

Malah, Sabah turut mengumumkan tidak akan menyokong pelaksanaan Cukai Pelancongan yang jelas membebankan rakyat miskin.

Apa lagi tindak-balas Sabah dan Sarawak selepas ini?

Sedarkah Nazri jika tanpa sokongan daripada Sabah-Sarawak, beliau mungkin bukan berjawatan menteri ketika ini?

‘Cukai pelancongan bukti Umno tidak fahami Sabah, Sarawak’

Azis Jamman

Ketua Pemuda Parti Warisan Sabah (Warisan), Azis Jamman berkata pelaksanaan cukai pelancongan bukti Umno tidak memahami sensitiviti rakyat Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan cukai ini, kerajaan terlepas pandang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), menunjukkan ia tidak berniat untuk memenuhinya.

“Cukai pelancongan dilaksanakan tanpa mengambil pandangan kedua-dua negeri, seolah-olah Sabah dan Sarawak hanya penumpang yang mengikuti kehendak Umno dari Semenanjung,” kata beliau dalam kenyataan.

Katanya, cukai ini hanya menambah beban kepada Sabah dan Sarawak, yang sudah terjejas dengan penarikan balik subsidi dan GST.

Azis juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memberi “harapan palsu” kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz yang menyatakan hasil daripada cukai itu akan disalurkan kembali kepada negeri mengikut kutipan mereka, menunjukkan kerajaan mengamalkan pilih kasih.

“Mengapa sistem ini tidak digunakan pemimpin Umno dalam pengagihan semula hasil minyak kepada Sabah dan Sarawak sementara negeri-negeri di Semenanjung, kecuali Terengganu yang tidak menyumbang sebarang hasil minyak?

“Apabila raja Arab Saudi datang ke Malaysia, Najib menghantar pelaburan ke Johor yang tidak mempunyai minyak,” katanya.

Beliau berkata bekas timbalan menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan pernah mengatakan hasil GST akan dikembalikan kepada rakyat.

“Selepas 1 tahun, bukan sahaja kita tidak melihatnya, tetapi hasil GST digunakan untuk menyelesaikan hutang 1MDB.

“Sekarang Nazri menggunakan perkataan yang sama apabila menyatakan pendapatan (daripada cukai pelancongan) akan diberikan kepada rakyat. Bolehkah sekali lagi kita mempercayai Umno apabila ia melibatkan wang?”

Aziz juga berpendapat gabungan Barisan Nasional (BN) tidak boleh membentuk kerajaan tanpa penyertaan ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Katanya, pilihan raya umum (PRU-14) akan menjadi platform untuk Sabah dan Sarawak “bersatu dan mengajar Umno tentang hormat dan sensitiviti”.

BACA INI JUGA:

sumber: shahbudin | fmt


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon