Thursday, March 15, 2018

Sambutan Minggu Kesedaran Garam Sedunia

Sambutan Minggu Kesedaran Garam Sedunia

Sambutan Minggu Kesedaran Garam Sedunia, World Action On Salt and Health (WASH) disambut pada bulan Mac setiap tahun bagi mengingatkan kepada orang ramai supaya pengambilan garam tidak melebihi 5 gram sehari demi kebaikan kepada kesihatan masing-masing.

Minggu Kesedaran Garam Sedunia

Pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko kematian pramatang, boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi yang jika tidak terkawal akan menyebabkan penyakit jantung dan strok, seterusnya boleh menyebabkan kematian.

Menerusi kajian pada tahun 2015 (MySalt Study) di kalangan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan purata pengambilan garam adalah sebanyak 7.15 gram (atau 2.9 gram sodium) sehari.

Kajian ini adalah sebagai proksi yang menunjukkan tahap pengambilan garam dikalangan populasi rakyat Malaysia, hampir dua kali ganda berbanding saranan WHO iaitu lima gram garam sehari.

Kajian ini juga mendapati makanan bermasak seperti nasi goreng, telur dadar, nasi lemak, roti canai, mi goreng) serta sos dan perisa masakan merupakan penyumbang utama kepada pengambilan garam yang tinggi.

Malaysian Adults Nutrition Survey (MANS, 2014) juga mendapati kicap soya merupakan antara 10 makanan utama yang diambil oleh rakyat Malaysia setiap hari.

Banyak makanan di Malaysia mengandungi kandungan garam yang tinggi walaupun tidak berasa masin dan tidak sepatutnya berasa masin.

Salah satu strategi pengurangan garam yang dijalankan KKM adalah bekerjasama dengan industri makanan untuk reformulasi produk makanan bagi menurunkan kandungan garam dari pelbagai kategori termasuk mi segera, serbuk atau kiub perasa, sos, biskut, makanan ringan, daging beku, dressing, teh dan minuman 3 dalam 1 telah dikurangkan kandungan garam berbanding formulasi asal.


Walaupun jumlah dan kategori produk yang dikurangkan kandungan garam ini masih rendah berbanding jumlah produk makanan yang ada, namun usaha ini tidak mustahil dan perlu terus dipertingkatkan lagi.

Pihak industri makanan juga diminta untuk lebih proaktif dan tampil bekerjasama di dalam mereformulasi lebih banyak produk makanan mereka.

Usaha lebih agresif pihak industri adalah sangat penting bagi memastikan masyarakat mendapat lebih banyak pilihan makanan rendah garam sebagai pilihan lebih sihat dan seterusnya membantu mengurangkan pengambilan garam.

Masyarakat disarankan agar lebih peka terhadap pengambilan garam harian dengan mengambil langkah-langkah seperti kenali produk makanan yang tinggi garam dengan membaca label sebelum membeli makanan.

Minggu kesedaran garam sedunia

Makan di Luar, Kurang Masin, Pilihan Sihat
  • Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam atau masin seperti makanan ringan (contoh: kerepek dan keropok), makanan terproses (contoh: sosej, nugget, burger, mee segera) dan makanan segera.
  • Hadkan pengambilan makanan segera sebulan sekali.
  • Elak mencampurkan serbuk asam atau garam ke dalam buah-buahan anda. Nikmatilah rasa asli buah-buahan berkenaan.
  • Baca label makanan sebelum membeli makanan. Pilih makanan yang mempunyai label "dikurangkan garam", "rendah garam", "sangat rendah garam" atau "bebas garam" jika ada.
  • Belajar menikmati makanan tanpa penambahan garam, kicap atau sos.
  • Gunakan perencah asli dan rempah ratus sebagai pengganti garam seperti limau nipis, lada hitam, jintan manis dan sebagainya.
  • Elak menyediakan masakan dari makanan yang diawet atau diproses seperti ikan masin, telur masin, sayur masin, makanan dalam tin dan sebagainya.

Pilihlah makanan yang dilabelkan "kurang sodium", "rendah garam", "sangat rendah garam" atau "bebas garam" serta mengurangkan penggunaan kicap, sos, taucu, kiub dan serbuk perasa dalam penyediaan makanan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sambutan Hari Tidur Sedunia, World Sleep Day

Sambutan Hari Tidur Sedunia, World Sleep Day

Sambutan Hari Tidur Sedunia, World Sleep Day adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh World Sleep Day Committee of the World Association of Sleep Medicine (WASM) yang telah bermula sejak tahun 2008 lagi.

Sambutan Hari Tidur Sedunia

Ia bertujuan untuk meraikan manfaat tidur yang baik dan sihat serta untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu berkaitan beban masalah tidur dan kesannya dalam bidang perubatan, pendidikan dan aspek-aspek sosial.

Ia juga bertujuan meringankan beban masalah tidur pada masyarakat melalui pencegahan yang lebih baik dan pengurusan gangguan tidur.

Hari Tidur Sedunia diadakan setiap tahun pada hari Jumaat ketiga dalam bulan Mac (Kecuali Hari Tidur Sedunia Pertama yang telah diadakan pada 14 Mac 2008).

Acara sambutan melibatkan perbincangan dan pameran bahan pendidikan telah diadakan di seluruh dunia dan juga secara dalam talian.

MASALAH TIDUR, BERISIKO TERLIBAT KEMALANGAN

Sambutan hari tersebut bukanlah diraikan untuk mengajak orang tidur beramai-ramai pada hari itu, tetapi mahu membangkitkan kesedaran pentingnya tidur bagi setiap individu.

Ramai yang memandang remeh mengenai waktu tidur yang berkualiti, tempoh tidur yang cukup, tidur lewat dan 'melawan' tidur'.

Sedangkan penderitaan akibat daripada masalah tidur berpotensi menyumbang seseorang itu kepada pelbagai masalah termasuk risiko terlibat dalam kemalangan.

APAKAH MASALAH TIDUR?

Apakah sebenarnya yang diertikan daripada senario masalah tidur ini sehingga dilabelkan sebagai antara faktor berisiko terlibat kemalangan?

Tambahan pula, kalau dilihat atau ditafsir secara kasar akan perihal masalah tidur ini, ia seolah-olah menampakkannya hanya satu perkara atau situasi biasa bagi setiap manusia normal.

Lagipun tanyalah kepada sesiapa sahaja dan sudah pasti semua daripada kita pernah mengalami kesukaran atau kesulitan tidur pada sesuatu masa.

Ia merupakan suatu keadaan normal dan selalunya bersifat sementara, mungkin dipengaruhi perasaan terlalu gembira, sedih atau terlampau memikirkan sesuatu perkara sehingga menjejaskan rasa mengantuk individu itu.

Bagaimanapun, sekiranya kesukaran merasai nikmat rehat paling berharga dalam diri setiap manusia itu berpanjangan sehinggalah berbulan-bulan lamanya dan menjejaskan rutin harian, anda mungkin mengalami masalah tidur.

Masalah tidur atau dalam istilah Inggeris 'Sleep Disorder', ialah suatu keadaan seseorang itu mengalami kesukaran mendapatkan tidur berkualiti tidak seperti manusia normal.

Ini termasuk serangan rasa mengantuk pada waktu tidak sesuai, tempoh tidur berlebihan, gangguan pernafasan ketika tidur sehingga menyebabkan masa rehat seseorang itu terganggu kerana dia tidak dapat lena serta tingkah laku luar biasa yang bersangkut-paut dengan masalah tidur seperti mengigau, berjalan, bercakap dan sebagainya.

Masalah tidur ada pelbagai jenis antaranya, insomnia, narcolepsy, obstructive sleep apnea (OSA) dan parasomnia.

Tetapi, OSA yang merupakan gangguan dikenali melalui kelumpuhan saluran udara yang menghalang penafasan merupakan masalah tidur paling kerap ditemui.

APABILA TIADANYA RAWATAN AWAL

Bahaya dengan masalah tidur ini ialah apabila tiada langkah rawatan awal diambil kerana pelbagai implikasi bakal menghantui kehidupan seharian mereka termasuk tahap tumpuan terjejas ketika memandu.

Sememangnya tubuh badan dan minda segar merupakan kriteria atau syarat utama semasa pengendalian apa-apa sahaja jenis kenderaan di jalan raya.

Dan ini melibatkan pelbagai faktor seperti pengamalan kehidupan sihat dan antara yang penting mendapatkan tidur berkualiti kerana ia berfungsi mengembalikan tenaga anda secara optimum yang hilang selepas seharian bekerja.

Akan tetapi, timbul permasalahan apabila tidur anda kerap terganggu mungkin disebabkan gangguan pernafasan ataupun kesukaran tidur sehingga kelesuan keesokan harinya dan boleh mengundang bahaya apabila memandu.

Ini bukanlah perkara main-main kerana hanya dengan terlelap sekejap sahaja sudah boleh menyumbang kepada risiko kemalangan.

Walaupun tidak banyak kajian dilakukan di negara ini bagi menghubung kaitkan kecenderungan risiko kemalangan dengan masalah tidur, namun beberapa penyelidikan daripada negara luar mengesahkannya.

Berdasarkan jurnal antarabangsa 'Sleep Medicine Review' mengenai 'The Hazards and Prevention of Driving While Sleepy' (bahaya dan elakkan memandu ketika mengantuk) mendapati kira-kira 20 peratus daripada kemalangan kenderaan berkemungkinan disebabkan faktor mengantuk.

Ia diperkukuh lagi dengan data hasilan daripada jurnal antarabangsa 'Accident Analysis & Prevention' mengenai peranan pemandu mengantuk dalam sesuatu kemalangan, menunjukkan pemandu yang menghadapi masalah tidur mempunyai tujuh kali ganda berisiko mendapat kecederaan akibat kemalangan.

Ini membuktikan bahawa rawatan awal amat penting.

PRODUKTIVITI RENDAH

Rasa lesu, mudah berasa letih dan tidak dapat memberi tumpuan akibat daripada masalah tidur, bukanlah sekadar memberi kesan kepada proses pemanduan kenderaan sahaja malahan ia menular sehingga ke alam pekerjaan.

Kesukaran mendapatkan tidur berkualiti boleh menyebabkan pekerja tidak fokus, mengganggu pemikiran kognitif sekali gus menyumbang kepada penurunan produktiviti dan prestasi kerjayanya.

Selain itu, ia juga mengakibatkan peningkatan berat badan, kencing manis, serangan jantung, tekanan emosi dan pelbagai penyakit berbahaya lain.

Atas sebab itulah, kesedaran mengenai bahaya masalah tidur dalam kalangan masyarakat harus dipertingkatkan memandangkan hanya satu pertiga daripada mereka yang mengalaminya mendapatkan rawatan profesional.

Ramai masih memandang ringan masalah tidur ini kerana kita rasa ia hanya satu komponen biasa.

Walhal tidur ialah proses fisiologi manusia, proses biasa keperluan manusia seperti makan, tempat tinggal dan sebagainya.

Jadi, jika kita tidak memenuhi keperluan tidur ia boleh mengganggu implikasi dalam banyak sistem badan kita, disebabkan itulah kesedaran amat penting.

BERAPA JAM SEHARI?

Untuk mendapatkan tidur berkualiti, individu dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga tujuh jam sehari.

Menjadi masalah apabila gaya hidup sesetengah warga kota yang gemar 'menghidupkan malam mereka' sehingga mengganggu masa tidur, berisiko menghadapi masalah tidur.

Tidak terkecuali, mereka yang tidak tetap masa tidurnya juga boleh menjurus kepada rasa tidak segar pada keesokan harinya biarpun mendapat tidur yang mencukupi.

Mengapa?

Sebaiknya tidur dan bangun pada waktu sama setiap hari ini kerana, jam biologi kita telah ditetapkan sedemikian rupa dan sekiranya ia tidak dijadikan amalan, akan mencelarukan proses biologi badan.

Dan inilah yang membuatkan kita rasa tidak segar walaupun sudah tidur enam-tujuh jam sehari.

Disyorkan bagi mereka yang menghadapi kesukaran tidur supaya mengubah gaya hidup dengan memulakan pola tidur sihat.

Amalkan budaya menutup telefon apabila berada di ruang tidur, pastikan bilik tidur gelap dan sunyi.

Selain itu, elakkan daripada bersenam empat jam sebelum tidur, pengambilan kafein dan menjadikan bilik tidur sebagai tempat kerja.

Sekiranya masih lagi berlanjutan kesulitan tidur ini, berjumpalah pakar, kerana ia merupakan masalah yang boleh dirawat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: koding-kn

Saturday, February 17, 2018

Sambutan Hari Tenggiling Sedunia

Sambutan Hari Tenggiling Sedunia

Sambutan Hari Tenggiling Sedunia, World Pangolin Day disambut pada hari Sabtu ketiga bulan Februari setiap tahun oleh National Geography sejak tahun 2012 bertujuan untuk kempen kesedaran awam bagi pemuliharaan haiwan liar yang sedang diancam kepupusan ini.

World Pangolin Day

Tatkala banyak negara meraikan Hari Tenggiling Sedunia, ramai di antara kita yang masih tidak tahu betapa seriusnya ancaman yang dihadapi mamalia unik ini.

Dilaporkan lebih sejuta ekor tenggiling diperdagangkan secara haram seluruh dunia di antara tahun 2000 dan 2014, menjadikan haiwan itu antara mamalia yang paling tinggi diperdagangkan.

Menurut Dana Sedunia Alam Semula jadi (WWF), populasi tenggiling Asia telah merosot sehingga 80 peratus dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Punca utamanya adalah permintaan yang tinggi di China dan Vietnam, yang mana daging tenggiling dianggap sebagai makanan eksotik manakala sisik haiwan tersebut digunakan dalam ubat-ubatan tradisional.

Walaupun Konvensyen Tentang Perdagangan Antarabangsa Ke Atas Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES) ­telah meluluskan pengharaman penuh perdagangan tenggiling, masih terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menangkap dan menyeludup haiwan bersisik keras tersebut.

Tenggiling sebenarnya turut dilindungi sepenuhnya di Semenanjung Malaysia dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 menyediakan hukuman lebih tinggi bagi ­kesalahan melibatkan haiwan tersebut, iaitu denda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, haiwan tersebut tidak mendapat perlindungan yang sama di Sabah dan Sarawak dan mereka yang memburunya tanpa permit hanya boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara setahun.

Walaupun akta baharu menyediakan hukuman lebih berat berbanding Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 sebelum ini, ia seolah-olah tidak memberi kesan kepada sesetengah pemburu haram dan penyeludup.

Dewasa ini, penggunaan media sosial dan portal perdagangan hidupan liar secara haram telah menjadi ancaman yang lebih besar kepada spesies haiwan yang hampir pupus. Kemudahan teknologi yang ada pada masa ini juga memudahkan perdagangan haram haiwan yang dilindungi.

Amat mengejutkan apabila masih terdapat restoran yang menyediakan makanan eksotik seperti daging tenggiling walaupun negara kini mempunyai undang-undang yang menyeluruh dan hukuman yang tegas.

Dilaporkan, daging tenggiling boleh mencecah sehingga ke AS$300 atau lebih RM1,000, sekilogram di pasaran ­haram dan lebih malang lagi, tenggiling bukanlah satu-satunya haiwan liar yang terancam akibat aktiviti pemburuan ­haram dan penyeludupan.

Haiwan lain yang menjadi mangsa termasuk babi hutan, beruang, ular sawa, labi-labi, harimau belang, harimau dahan, kambing gurun, musang, keluang dan juga kura-kura.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mendedahkan bahawa haiwan ini ditangkap di kawasan dilindungi dan juga hutan simpan.

Berdasarkan rekod Perhilitan, jumlah kes yang disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar adalah sebanyak 354 kes pada 2012 manakala pada 2013 terdapat 788 kes; 2014 (1,157 kes); 2015 (1,371 kes) dan 2016 (1,329 kes).

Kes-kes tersebut termasuk memiliki haiwan liar yang dilindungi serta tidak mempunyai lesen untuk memiliki haiwan tertentu. Jabatan itu juga telah mendakwa 39 suspek pada 2012 manakala pada 2013 terdapat 47 suspek; 2014 (71 suspek); 2015 (130 suspek) dan 2016 (62 suspek).

Kita seharusnya mengambil langkah proaktif untuk menyekat jual-beli hidupan liar yang hampir pupus serta anggota badan mereka melalui undang-undang dan pe­nguatkuasaan yang lebih efektif di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Kesedaran awam yang lebih tinggi, penguatkuasaan undang-undang yang lebih baik serta keazaman politik amat diperlukan untuk menyekat perdagangan haram hidupan liar serta eksploitasi berlebihan sumber asli negara. Pihak berkuasa perlu memastikan tidak ada ruang yang tertinggal dalam usaha mengatasi masalah ini.

Kita tidak boleh bertolak ansur dengan kekejaman ter­hadap haiwan dalam apa jua bentuk kerana mereka juga berhak untuk mendiami dan berkongsi tempat tinggal bersama kita di bumi ciptaan Tuhan ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Tuesday, February 13, 2018

Sambutan Hari Radio Sedunia, World Radio Day

Sambutan Hari Radio Sedunia, World Radio Day

Sambutan Hari Radio Sedunia, World Radio Day disambut pada 13 Februari setiap tahun oleh UNESCO bagi memperingati sumbangan siaran radio walaupun menghadapi persaingan dengan teknologi lain.

Sambutan Hari Radio Sedunia, World Radio Day

Sambutan Hari Radio Sedunia mula disambut pada 3 November 2011, merupakan tanda untuk memperingati lahirnya United Nations Radio pada tahun 1946 susulan daripada cadangan Spanish Academi of Radio yang menganggap bahawa radio merupakan salah satu instrumen penting yang terlibat dalam perubahan sosial dunia.

Malaysia menjadi negara ketiga di dunia selepas Rusia dan Belanda yang mengadakan Hari Radio Malaysia bagi meraikan stesen radio yang bermula pada tahun 2009 lalu.

Radio masih lagi medium yang dinamik, reaktif dan menarik sesuai dengan perubahan di abad ke-21, masih segar dan terus disokong oleh peminat setia yang mendengar radio.

Sejarah Ringkas Radio

Sejarah awal komunikasi radio bermula pada awal tahun 1890-an, di mana Guglielmo Marconi, seorang warga Itali telah mencipta inovasi baru dari peralatan yang dicipta oleh Heinrich Herts yang meningkatkan jarak pancaran gelombang eletromagnetik serta mengisinya dengan informasi terhasil.

Kemudian, Marconi mencipta peralatan transmitter dan receiver yang mampu memindahkan informasi dari satu tempat ke tempat lain.

Pada tahun 1895, Marconi mengkombinasikan teori-teori sedia ada mengenai elektromagnetik dengan ideanya sendiri dan berjaya mengirimkan isyarat radio melalui udara dengan menggunakan gelombang elektromagnetik untuk mengirim kod dengan jangkauan jarak lebih dari 1.5 km.

Pada tahun 1901, radio penemuan Marconi telah mengirim kod menyeberangi lautan Atlantik dari tanah Inggeris ke Newfoundland.

Sehingga tahun 1912, Marconi telah mematenkan penemuan untuk menyempurnakan sistem radio ciptaannya.

Beliau mendapat anugerah nobel dalam bidang fizik dan dunia inovasi radio seterusnya mencatatkan nama sebagai orang pertama yang memperkenalkan radio.

Marconi menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1937.

Pada tahun 1933, Edwin Howard Armstrong memperkenalkan sistem radio FM (Frequency Modulation) yang telah mendominasi sistem radio dan digunakan sebagai komunikasi antara bumi dan angkasa oleh NASA.

Selamat menyambut Hari Radio Sedunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: cikilamenari

Sunday, February 04, 2018

Sambutan Hari Kanser Sedunia, World Cancer Day

Sambutan Hari Kanser Sedunia, World Cancer Day

Sambutan Hari Kanser Sedunia, World Cancer Day disambut pada 4 Februari setiap tahun bagi memperingati bahaya penyakit kanser dan beban berat yang terpaksa ditanggung pesakit diseluruh dunia.

Sambutan Hari Kanser Sedunia

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setiap tahun lebih 8.8 juta orang di seluruh dunia meninggal dunia disebabkan kanser terutamanya di negara yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Kebanyakan kes adalah pengesanan yang sudah terlambat, walaupun di negara maju menyebabkan kanser sukar diubati.

WHO mengarahkan agar semua pengamal perubatan berusaha untuk mengesan kanser pada tahap
lebih awal atau Carsinoma in Situ (CIS) dengan kaedah;

1. Memperbaiki kesedaran umum mengenai simtom-simtom kanser supaya mereka dapat mendapatkan khidmat nasihat lebih awal

2. Melabur untuk alat kelengkapan dan melatih pekerja perubatan untuk mengesan kanser lebih awal

3. Memastikan pesakit kanser dapat akses kepada rawatan termasuk penahan sakit tanpa memberikan kesukaran kewangan.

Di Malaysia, lebih 100 ribu rakyat menghidap kanser setiap tahun dan jalan untuk sembuh kembali adalah sukar (fizikal mahupun kewangan) termasuklah orang yang mereka sayang.

Wanita lebih ramai menghidap kanser mengikut statistik yang dikeluarkan oleh KKM.

Mereka dibebani beban kewangan kerana harga rawatan dan ubatan-ubatan yang tinggi. Untuk itu, adalah dinasihatkan untuk mengamalkan kehidupan yang sihat supaya dapat mencegah kanser dari berlaku.

Antara tips untuk mengelakkan kanser dari WHO;

Umum mengetahui, kos perubatan untuk penyakit kanser adalah sangat tinggi, bergantung kepada jenis.

Jika di hospital swasta, ianya boleh mencecah antara RM20 ribu hingga RM300 ribu. Ubatan-ubatan untuk penyakit kanser adalah sangat mahal.

Kerajaan juga dilaporkan akan menaikkan caj rawatan kanser kerana selama ini kerajaan memberikan subsidi, kerana tekanan ekonomi dan pendapatan yang susut, kenaikan untuk kos rawatan kanser di hospital kerajaan juga tidak dapat dielakkan.

Kerajaan sebelum ini tiada skim bayaran spesifik untuk rawatan kanser namun dengan penilaian semula ini, pesakit kanser perlu membayar maksima 20% daripada jumlah keseluruhan kos rawatan kanser di hospital kerajaan. Jika kosnya adalah RM100 ribu, pesakit perlu membayar RM20
ribu.
Selamat menyambut Hari Kanser Sedunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: azizulwmc

Thursday, February 01, 2018

Sambutan Hari Hijab Sedunia, World Hijab Day

Sambutan Hari Hijab Sedunia, World Hijab Day

Sambutan Hari Hijab Sedunia, World Hijab Day adalah acara tahunan cetusan idea Nazma Khan pada tahun 2013 dan disambut pada 1 Februari setiap tahun di 190 negara seluruh dunia bertujuan untuk menggalakkan wanita dari latar belakang dan agama berbeza untuk memakai dan merasai sendiri kehidupan berhijab.

Sambutan Hari Hijab Sedunia, World Hijab Day

Nazma Khan memperkenalkan Hari Hijab Sedunia selepas beliau dibuli dan menjadi mangsa diskriminasi kerana berhijab.

Menurut Nazma, kebanyakan orang menganggap hijab sebagai simbol penindasan dan dengan acara ini, Nazma berharap ia dapat mengubah fikiran orang bukan Islam tentang mengapa wanita Islam memilih untuk memakai hijab.

“Membesar di Bronx, NYC, saya mengalami pelbagai jenis diskriminasi disebabkan hijab saya,”

“Di sekolah menengah, saya dipanggil ‘Batman’ atau ‘ninja’.

"Apabila saya belajar di universiti selepas 9/11, saya dipanggil Osama bin laden atau pengganas. Ia sangat teruk.

"Saya berpendapat satu-satunya cara untuk menghentikan diskriminasi ini adalah dengan meminta rakan saudara perempuan kita untuk mengalami sendiri kehidupan berhijab.”

Dia tidak menyangka ideanya itu mendapat sokongan dari seluruh dunia, Nazma dihubungi oleh rakyat dari pelbagai negara termasuk UK, Australia, Perancis dan Jerman.

Sambutan Hari Hijab Sedunia turut mengetengahkan penyelesaian jangka panjang sikap toleransi dan diskriminasi terhadap wanita berhijab.

Sambutan seperti ini mampu memperkasakan wanita dalam sektor kerja selain diharapkan mampu memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai konsep berhijab.

Memakai tudung tidak akan menjadikan anda seorang Islam

Kempen ini memberi ruang kepada wanita bukan Islam untuk mencuba memakai tudung seperti wanita Islam selain mencipta kesedaran terhadap masyarakat seluruh dunia.

Kempen itu mampu memberikan kesedaran yang diperlukan dalam masyarakat demokratik tentang asas hak dan mendidik masyarakat tentang asal serta sebab berhijab ekoran beberapa negara telah mengharamkan pemakaian hijab.

Menurut laporan BBC, seorang pelajar dari Norwich di United Kingdom, Jess Rhodes, mengakui berhasrat untuk mencuba tudung tetapi masyarakat bukan Islam tidak melihat itu sebagai satu pilihan.

Lalu, apabila dia ditawarkan untuk memakainya oleh seorang kawan, Jess tidak melepaskan peluang.

“Dia jamin bahawa saya tak perlu menjadi Muslim dan ia hanya satu penghormatan. Walaupun jelas tudung dikaitkan dengan Islam, tapi saya fikir kenapa tidak (mencuba)?” katanya.

Ibu bapa Jess ragu-ragu dengan keputusan anaknya itu kerana bimbang diserang di jalanan.

Jess adalah salah seorang daripada ratusan wanita bukan Islam yang memakai tudung ketika ulang tahun Hari Hijab Sedunia yang pertama.

Melalui satu artikel yang dikongsi Chelsea Dusenbury, melalui Hari Hijab Sedunia pertama, dia menyedari soal diskriminasi yang dirasai oleh wanita Muslim di negaranya.

“1 Februari 2013, saya menyertai Hari Hijab Sedunia yang pertama, ketika itu hari Jumaat. Saya menaiki pengangkutan awam untuk ke kelas. Sementara menanti, saya memasuki sebuah restoran makanan segera yang popular kerana cuaca terlalu sejuk.

“Tak sampai dua minit saya duduk, pekerjanya mendekati saya dan tidak mengucapkan helo sebaliknya, ‘Maaf puan, tapi anda tidak boleh duduk di sini melainkan anda merancang untuk membeli,” ceritanya.

Sedangkan menurut Chelsea, setiap pagi dia akan memasuki restoran itu sementara menanti ketibaan pengangkutan awam untuk ke universiti dan tidak pernah diminta keluar.

Chelsea sempat berpesan kepada wanita bukan Islam yang mahu menyertai kempen itu agar menjaga tatasusila ketika memakai tudung kerana ketika bertudung, mereka menggambarkan wanita Muslim.

“Anda mungkin akan kelihatan sebagai Muslim, jadi pastikan anda tidak melakukan apa-apa yang menggambarkan Muslim atau Islam secara negatif.

“Bawa diri anda dengan kemuliaan dan maruah anda serta kakak atau adik anda. Pada penghujung hari, anda rasakan pengalaman anda. Biarkan pengalaman itu menjadi kesan kepada pemikiran dan perspektif anda,” katanya.

Melalui sebuah akaun Facebook ‘World Hijab Day’ juga, wanita-wanita dari seluruh dunia berkongsi pengalaman mereka ketika pertama kali memakai tudung.

Pelbagai kisah menarik hasil perkongsian itu termasuk sebahagian besar mereka merasakan dihormati dan tenang selepas mengenakan hijab.

Mrs Universe 2013, Carol Lee turut menyokong kempen itu dengan memakai hijab dengan berharap wanita tidak akan didiskriminasi ketika memakai tudung.

“Wanita tak sepatutnya dikritik atau dianggap berbeza hanya kerana mereka memilih untuk memakai hijab. Orang dari kepercayaan lain patut belajar untuk menghormati itu,” katanya yang dipetik dari laman Facebook Hari Hijab Sedunia.

Selamat menyambut Hari Hijab Sedunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: toodia | malaysianreview

Wednesday, January 31, 2018

Sambutan Hari Kanak-Kanak Jalanan, Street Children's Day

Sambutan Hari Kanak-Kanak Jalanan, Street Children's Day

Sambutan Hari Kanak-Kanak Jalanan, Street Children's Day disambut pada 31 Januari setiap tahun antara lain ingin meraikan kanak-kanak gelandangan.

Hari Kanak-Kanak Jalanan

Sambutan hari lahir kanak-kanak Jjalanan ini juga sebagai tanda penghargaan kepada kanak-kanak itu supaya mereka turut merasai sebagaimana anak-anak lain.

Sambutan hari lahir jalanan ini juga adalah program serampang dua mata iaitu untuk menambat hati kanak-kanak gelandangan ini supaya mengikuti kelas jalanan yang turut dianjurkan.

Ini adalah kaedah untuk menambat hati kanak-kanak dengan cara ini juga, mereka akan jadi mudah mesra dan mengikuti kelas jalanan yang dilaksanakan.

Selain sambutan hari lahir di jalanan, beberapa aktiviti lain antaranya pembelajaran di jalanan, pemberian selipar untuk gelandangan dan beberapa aktiviti lain.

Kebanyakan kanak-kanak jalanan ini berpelesiran di tepi jalan, kompleks beli belah dan bergaul dengan penagih dadah disebabkan kematian penjaga, lari dari rumah dan diabaikan penjaga.

Kanak-kanak jalanan ini perlu diselamatkan kerana jika dibiarkan, mereka akan terdedah eksploitasi dijadikan buruh, penyalahgunaan dadah, penderaan seksual, penjualan, perdagangan dan penculikan.

Selamat menyambut Hari Kanak-Kanak Jalanan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, January 28, 2018

Sambutan Hari Kusta Sedunia, World Leprosy Day

Sambutan Hari Kusta Sedunia, World Leprosy Day

Sambutan Hari Kusta Sedunia, World Leprosy Day disambut pada setiap hari Ahad terakhir bulan Januari setiap tahun bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa penyakit Kusta yang dahulunya sangat digeruni boleh disembuh dan dibasmi sepenuhnya.

Sambutan Hari Kusta Sedunia, World Leprosy Day

Sambutan Hari Kusta juga adalah untuk mengakui bahawa Kusta masih wujud walaupun pada kadar yang kecil dan ianya BOLEH diubati dan dicegah daripada merebak, melalui pendidikan kesihatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.

Stigma pesakit kusta yang dikaitkan dengan sikap malu untuk tampil mendapatkan rawatan menyukarkan aktiviti kawalan dan pencegahan dijalankan.

Apa Itu Penyakit Kusta

Suatu ketika dahulu, penyakit kusta yang melanda negara di serata dunia amat digeruni kerana kesannya kepada pesakit yang menyebabkan mereka mengalami kecacatan kekal, lumpuh, amputasi dan buta.

Kusta juga dikenali sebagai penyakit Hansen, sejenis penyakit berjangkit yang kronik disebabkan oleh kuman Mycobacterium leprae.

Bakteria ini boleh menjangkiti kulit dan saraf-saraf periferal serta tisu-tisu lain seperti mata, saluran pernafasan, selaput dalaman hidung dan testis.

Cara jangkitannya yang hanya melalui udara itu turut menggerunkan orang ramai malah, penyakit tertua di dunia yang direkodkan itu juga membawa stigma buruk yang sentiasa menghantui pesakit. Mereka merana berdepan dengan diskriminasi, kejian dan dipulau oleh ahli keluarga serta komuniti.

Hakikatnya, penyakit kusta bukanlah penyakit yang berjangkit secara agresif dan ia juga tidak diwarisi. Ia boleh diubati, malah kusta bukannya satu sumpahan dalam kehidupan seperti yang dianggapkan orang ramai.

Stigma ke atas penyakit dan pesakit kusta ini perlu diubah agar mereka dapat menerima rawatan dengan segera selain menjalani kehidupan seperti orang lain tanpa perlu diasingkan seperti zaman dahulu.

Pada zaman dulu, para pesakit kusta telah diasingkan dalam koloni kusta, seperti Pusat Kawalan Kusta Negara, Sungai Buloh dan Pusat Rawatan Kusta, Pulau Jerejak, Pulau Pinang. Tanda-tanda lesi kulit serta kecacatan akibat penyakit ini telah membawa stigma yang teruk kepada pesakit.

Kini, kusta boleh dirawat dengan berkesan dan pengasingan pesakit tidak diperlukan lagi. Pesakit kini boleh tinggal dengan ahli keluarga dan masyarakat ketika mereka menerima rawatan.

Ramai yang menganggap penyakit kusta sudah lupus kerana kurang mendengar cerita tentang penyakit tersebut, tetapi ia masih wujud di lebih daripada 100 negara termasuk Malaysia dengan sebanyak 300-350 kes baru didiagnosa setiap tahun.

Beribu-ribu individu di sekitar dunia telah dijangkiti penyakit kusta, kebanyakan kes kusta dikesan di negara-negara membangun.

Bilangan pesakit kusta telah menurun secara mendadak berikutan pengenalan multidrug therapy (MDT) yang berkesan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 1985.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Thursday, January 18, 2018

Sambutan Pesta Thaiponggal Kaum Tamil

Sambutan Pesta Thaiponggal Kaum Tamil

Hari Thaiponggal merupakan perayaan menuai yang diraikan secara meluas oleh orang Tamil di negeri Tamil Nadu, Sri Lanka dan di tempat-tempat di mana ramai terdapat kaum Tamil yang dirayakan serentak dengan perayaan Makara Sankranthi yang disambut diseluruh India.

Sambutan Pesta Thaiponggal Kaum Tamil

Pongal dalam bahasa Tamil bererti "melimpah-ruah." Minyak melimpah dalam belanga tanah liat melambangkan kekayaan harta benda bagi penghuni rumah.

Thaiponggal, dirayakan ketika masa menuai, secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta benda.

Ucapan "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" bererti "permulaan Thai membuka peluang baru" sering diucap berkait dengan perayaan hari Thaiponggal.

Perayaan ini biasanya dirayakan sekitar 13 Januari — 15 dalam kalender Gregorian, contohnya pada hari terakhir bulan Tamil takwim Tamil "Maargazhi" sehingga hari ketiga takwim Tamil.

Thaiponggal secara tradisi ditasbihkan kepada Dewa Matahari Surya. Kaum Tamil berterima kasih kepada Dewa Matahari bagi tuaian baik dan mengabadikan tuian pertama kepada 'Surya Mangalya'.

Perayaan ini menandakan permulaan bulan Thai Tamil, menandakan hari apabila Matahari dikatakan bergerak ke utara, menandakan permulaan Uttarayana, yang mewakili pergerakan matahari ke utara yang mana hari menjadi semakin panjang di tanah Tamil.

Thai Pongal jatuh pada Makara Sankranthi dirayakan seluruh India sebagai penuaian hari musim sejuk.

Ia juga mewakili solstice India apabila matahari dikatakan memasuki rumah ke-10 dalam Takwim India, contohnya Makara atau Capricorn.

Sejarah Thaiponggal

Perayaan Thaiponggal mungkin sudah disambut lebih 1,000 tahun sungguh pun sesetengah merasakan ia lebih dahulu daripada itu.

Bukti Epigrafik mencadangkan sambutan Puthiyeedu semasa tempoh Empayar Medieval Cholas. Ia dipercayai bahawa Puthiyeedu bererti tuaian pertama tahun itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sambutan Perayaan Vaisakhi Penganut Sikh

sumber: wikipedia

Monday, December 18, 2017

Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia, World Arabic Language Day

Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia, World Arabic Language Day

Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia, World Arabic Language Day disambut pada 18 Disember setiap tahun bersempena pemilihan bahasa itu oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebagai salah satu daripada bahasa rasmi pertubuhan dunia itu.

Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia, World Arabic Language Day

Hari Bahasa Arab Sedunia biasanya akan disambut meriah dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan bercerita, persembahan teater dan pertandingan deklamasi syair dalam bahasa Arab.

Sambutan ini diharap dapat menjadi platform bagi meningkatkan penguasaan bahasa Arab terutamanya di kalangan pelajar jurusan bahasa Arab seluruh Malaysia.

Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia ini sememangnya sangat menarik dan mampu memberi semangat serta motivasi kepada pelajar untuk mempelajari bahasa Arab dengan lebih mendalam.

Disamping itu juga, bahasa Arab sendiri mempunyai kedudukan yang hebat, bukan hanya sekadar bahasa sampingan tetapi ia merupakan bahasa yang mempunyai kedudukan yang tinggi dari segi agama, selain merupakan bahasa al-Quran dan bahasa pertuturan Rasullah SAW.

Bahasa Arab bukan hanya boleh dipelajari oleh orang Islam sahaja tetapi juga boleh dipelajari oleh bukan Muslim, kerana ia adalah bahasa komunikasi antarabangsa yang juga boleh digunakan bagi tujuan perniagaan atau pelancongan. [aa]

Bahasa rasmi PBB

Bahasa Rasmi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah enam bahasa yang digunakan pada pelbagai perjumpaan dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan yang ditulis dalam kesemua dokumen rasmi PBB.

Bahasa-bahasa tersebut adalah:
  1. Bahasa Arab
  2. Bahasa Cina (Mandarin)
  3. Bahasa Inggeris
  4. Bahasa Perancis
  5. Bahasa Rusia
  6. Bahasa Sepanyol

Bahasa-bahasa ini digunakan pada perjumpaan dalam pelbagai organ PBB, khususnya pada Perhimpunan Agung (Perkara 51 dalam Peraturan Prosedurnya) dan Majlis Keselamatan (Perkara 41 dalam Peraturan Prosedurnya).

Setiap perwakilan sesebuah negara boleh bertutur dalam mana-mana satu daripada enam bahasa ini atau mungkin bertutur dalam sebarang bahasa dengan menyediakan terjemahan kepada satu daripada enam bahasa-bahasa rasmi ini.

PBB menyediakan pengalihan bahasa serentak dari satu bahasa rasmi kepada lima bahasa rasmi yang lain.

Keenam-enam bahasa-bahasa ini juga digunakan untuk penyebaran dokumen-dokumen rasmi PBB. Sebelum dokumen tersedia dalam kesemua enam bahasa, ia tidak akan dicetakan.

Umumnya, teks dalam setiap dari enam bahasa adalah sama taraf penggunaannya. [w]

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, December 15, 2017

Sambutan Hari Kesusasteraan Esperanto (Zamenhof)

Sambutan Hari Kesusasteraan Esperanto (Zamenhof)

Sambutan Hari Zamenhof (Zamenhofa Tago dalam bahasa Esperanto), juga dikenali sebagai Hari Esperanto, disambut pada 15 Disember setiap tahun, iaitu hari lahir pencipta bahasa Esperanto, L. L. Zamenhof, merupakan hari kebesaran dalam kebudayaan Esperanto.

Sambutan Hari Kesusasteraan Esperanto (Zamenhof)

Sejarah sambutan Esperanto pada hari lahir Zamenhof's bermula pada 17 Disember 1878, apabila beliau memperkenalkan Lingwe uniwersala, iaitu versi pertama bagi bahasa antarabangsa ciptaannya, kepada sahabat handainya sempana hari lahirnya yang ke-19.

Menjelang tahun 1887, bahasa Esperanto telah berkembang menjadi apa yang kini dikenali sebagai Esperanto apabila beliau menerbitkan Unua Libro.

Sekitar hari sambutan Esperanto, ramai penutur Esperanto membeli sebuah buku Esperanto tambahan.

Juga terdapat perhimpunan dan jamuan Esperanto, khas di seluruh dunia untuk menyambut hari ini yang dimanfaatkan sebagai satu sebab bagi para Esperantis untuk berkumpul ketika musim perayaan.

Sesetengah penutur Esperanto yang tidak mahu terlebih menyanjung pencapaian seorang tokoh sahaja, bercadang agar 15 Disember dijadikan Hari Kesusasteraan Esperanto.

Oleh itu, mereka menggalakkan pertubuhan-pertubuhan Esperanto yang mengadakan pertemuan pada hari ini untuk mengadakan sesi ulasan buku atau deklamasi sajak dalam acara mereka ataupun mengumumkan penerbitan buku baru.

Di tahap individu, seseorang boleh membeli atau mula membaca buku baru atau sebagainya untuk meraikan kesusasteraan Esperanto.

Apa itu bahasa Esperanto?

Esperanto adalah bahasa yang dicipta untuk memudahkan komunikasi antar pelbagai bangsa di seluruh dunia.

Setelah lebih dari seratus tahun digunakan, bahasa Esperanto telah menjadi bahasa yang hidup dan mampu mengungkapakan secara penuh segala nuansa fikiran manusia.

Esperanto adalah bahasa antarbangsa yang neutral, kerana ia adalah milik semua orang dan membuat komunikasi antarbangsa tanpa adanya kecenderungan ke arah hegemoni budaya, politik, agama atau ekonomi sama sekali.

Siapapun yang belajar bahasa Esperanto memiliki kelebihan menikmati dua peradaban, yang berinteraksi dan saling memperkaya satu sama lain.

Yang pertama adalah peradaban dimana kita dilahirkan. Yang dipengaruhi tradisi masyarakat kita, moral dan kepercayaan, iaitu budaya kita sendiri.

Yang kedua diperoleh ketika kita secara sukarela memilih menjadi warga dunia melalui Esperanto. Lebih luas dari yang pertama sebab mengandungi “budaya dunia” dalam manifestasinya yang aneka warna.

Bangsa Esperantis

Mereka yang memilih “warga negara kedua” melalui Esperanto disebut bangsa Esperantis.

Mereka adalah orang yang tidak hanya tahu bahasa tersebut, tapi juga menggunakannya untuk berkomunikasi dengan Esperantis di negara-negara lain, dalam rangka menjalin hubungan dengan aneka budaya dan menjadi aktif dalam mempromosi dan membela gagasan bahasa antarabangsa.

Setelah kemunculan Esperanto, mereka yang telah mempelajarinya, mula merasa perlu berkumpul dalam satu kumpulan untuk mempraktikkan penggunaan bahasa Esperanto, membantu yang lain belajar dan mempromosikannya.

Dengan berlalunya waktu kumpulan itu berkembang ke negara lain dan kelompok baru pun terus muncul sehingga kini yang telah memiliki ratusan organisasi aktif di seluruh dunia.

Bersama dengan Esperantis, kelompok ini membentuk dunia Esperanto dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, dinamakan Gerakan Esperanto.

Bahasa Dunia

Dunia mempunyai masalah bahasa yang serius dan penyelesaian yang mudah, berguna, yang paling penting, adil adalah bahasa ESPERANTO!

Esperanto hanya mempunyai enam belas peraturan tatabahasa dan tidak ada pengecualian!

Malah, Esperanto dianggap lima kali lebih mudah untuk dipelajari dengan lebih mudah, kerana mereka memahami bagaimana bahasa berfungsi.

Pembelajaran Esperanto juga boleh meningkatkan Bahasa Inggeris anda!

Esperanto dituturkan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia, jadi anda boleh bertemu dengan orang di mana sahaja anda pergi tanpa sebarang masalah bahasa sama sekali.

Sebenarnya, agak sukar untuk memaksa orang lain untuk bercakap bahasa lain. Itulah sebabnya Esperanto sebagai 'bahasa kedua untuk semua'; bahasa yang orang lain dengan mudah belajar dan menggunakannya apabila orang lain tidak menggunakan bahasa yang sama.

Esperanto juga merupakan penyelesaian ideal untuk masalah bahasa di Parlimen Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di mana secara literal berbilion-bilion pound dibelanjakan untuk terjemahan setiap tahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Monday, December 11, 2017

Sambutan Hari Gunung Antarabangsa, International Mountain Day

Sambutan Hari Gunung Antarabangsa, International Mountain Day

Sambutan Hari Gunung Antarabangsa, International Mountain Day disambut pada 11 Disember setiap tahun sebagai galakan buat masyarakat antarabangsa akan kepentingan memelihara dan memastikan pembangunan mampan di kawasan pergunungan dan tanah tinggi terhadap kehidupan manusia.

Sambutan Hari Gunung Antarabangsa, International Mountain Day

Sambutan Hari Gunung Antarabangsa wajar dilihat sebagai satu peluang untuk mengekang aktiviti pembangunan di kawasan pergunungan dan tanah tinggi secara tidak terancang dan dapat memberi kesedaran dan membawa perubahan positif kepada gunung-gunung serta tanah tinggi di seluruh dunia.

Pergunungan dan tanah tinggi meliputi sekitar 27 peratus daripada permukaan daratan di muka bumi ini.

Oleh itu pertanian di pergunungan dilihat semakin penting kerana kekurangan tanah di lembah yang semakin dihimpit arus kemajuan.

Peluang ini bukan sahaja memberi rezeki dan kesejahteraan kepada 720 juta orang yang tinggal di pergunungan di seluruh dunia tetapi secara tidak langsung memberi faedah kepada berbilion manusia lain.

Kawasan pergunungan mampu memberikan hasil pertanian yang tinggi berikutan sumber air yang bersih, tanah yang subur serta suhu dan persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan.

Walau bagaimanapun gunung-gunung ini juga mempunyai risiko yang tinggi dimana ianya sangat sensitif terhadap sebarang perubahan iklim, penebangan hutan dan kemusnahan struktur yang mengakibatkan degradasi tanah dan bencana alam.

Kini, ianya menjadi satu cabaran yang besar dalam mempertingkatkan aktiviti pertanian di kawasan pergunungan kerana dalam membantu masyarakat untuk membasmi kemiskinan tetapi pada masa yang sama perlu prihatin terhadap degradasi ekosistem pergunungan yang rapuh.

Sambutan Hari Gunung Antarabangsa juga dapat memberi kesempatan untuk memperlihatkan realiti bagaimana keluarga petani di kawasan pergunungan yang kini sedang mengalami transformasi yang menggusarkan disebabkan oleh pertumbuhan penduduk, globalisasi ekonomi, masalah pemanasan global serta penghijrahan lelaki dan belia ke kawasan bandar.

Namun, perubahan ini juga telah mengubah aktiviti ekonomi penduduk setempatan. Masyarakat yang tinggal di kawasan pergunungan telah mempelbagaikan pendapatan mereka dengan aktiviti seperti pelancongan dan produk bernilai tinggi seperti kraftangan hasil dari sumber alam di pergunungan.

Ianya membuka peluang kemasukan pelaburan khusus untuk meningkatkan pertanian keluarga kepada bentuk perladangan berskala besar lalu meningkatkan keupayaan mereka untuk menjana pendapatan.

“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk.” (Surah al-Anbiya; 31)

Selamat menyambut Hari Gunung Antarabangsa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: relaksminda

Sunday, December 10, 2017

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia, Human Rights Day

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia, Human Rights Day

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia, Human Rights Day disambut pada 10 Disember setiap tahun di seluruh dunia demi meningkatkan hak asasi manusia sejagat untuk hidup dengan aman.

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia, Human Rights Day

Sesetengah manusia di dunia adalah di bawah ancaman hak asasi manusia (misalnya hak kepada kesamarataan) dan hari tersebut diisytiharkan untuk menyedarkan tentang hak kita dan bagi pihak yang hak mereka terancam.

Ada segelintir orang merasa berkuasa atas sebahagian orang lain dan menempatkan posisi mereka sebagai orang yang berkuasa, tetapi benarkah segelintir orang ini berhak untuk bersikap sewenang-wenangnya kepada orang lain? Bukankah kita sebagai manusia memiliki hak yang dinamakan hak asasi manusia?

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia lahir sebagai peringatan selepas tercetusnya perang dunia kedua yang mana selepas perang dunia kedua berlalu, pemimpin dunia telah berkumpul untuk merumuskan hak-hak asasi manusia secara universal untuk mencegah terjadinya tragedi kemanusiaan seperti perang dunia kedua.

Hasilnya adalah deklarasi universal hak-hak asasi manusia (Universal Declaration of Human Rights) yang kemudian diisytiharkan oleh PBB pada tanggal 10 Disember 1948.

Apakah Hak Asasi Manusia?

Hak asasi manusia adalah hak yang tidak boleh dipisahkan dan kebebasan yang layak bagi setiap insan sebagai seorang manusia. Hak-hak tersebut menjamin maruah dan harga diri insan manusia serta menggalakkan kebaikan insani.

Hak asasi manusia berbentuk sejagat, tidak boleh dipisahkan dan saling bergantung. Asas bagi setiap hak asasi manusia ialah kefahaman bahawa setiap insan manusia mempunyai maruah dan harga diri.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mendokumenkan hak-hak asasi manusia yang patut dimiliki oleh setiap insan manusia di dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) untuk memastikan maruah dan harga diri manusia adalah dihormati dan dilindungi.

Dan walaupun telah disambut oleh lebih 185 negara, dari hari ke hari kita masih mendengar berita peperangan, penindasan terhadap golongan minoriti, diskriminasi terhadap wanita dan banyak lagi.

Semoga dengan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia ini, hak-hak semua orang dapat dipertahakan diseluruh dunia demi kemanusiaan sejagat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, December 05, 2017

Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa, International Volunteer Day

Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa, International Volunteer Day

Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa, International Volunteer Day disambut pada 5 Disember setiap tahun merupakan sambutandi peringkat antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1985.

Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa, International Volunteer Day

Tujuannya Hari Sukarelawan disambut adalah untuk menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh sukarelawan dan untuk meningkatkan lagi kesedaran orang awam mengenai jasa dan sumbangan para sukarelawan kepada masyarakat.

Hari tersebut disambut oleh kebanyakan negara-negara di dunia.

Hari Sukarelawan Antarabangsa diraikan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, termasuk pengakap, Palang Merah dan lain-lain.

Ia juga diraikan dan disokong oleh Sukarelawan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Volunteers).

Sambutan Hari Sukarelawan juga disambut kerana menyedari kepentingan kerja-kerja sukarela di dalam membentuk sebuah masyarakat yang prihatin dan prihatin dan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan sukarelawan.

TUJUAN SAMBUTAN

Untuk menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh sukarelawan.

Untuk meningkatkan lagi kesedaran orang awam mengenai jasa dan sumbangan para sukarelawan kepada masyarakat.

Untuk meningkatkan lagi kefahaman masyarakat akan kepentingan kerja-kerja sukarela dan peranannya di dalam membentuk sebuah masyarakat yang prihatin dan prihatin.

Selamat menyambut Hari Sukarelawan Antarabangsa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: facebook

Sambutan Hari Tanah Sedunia, World Soil Day

Sambutan Hari Tanah Sedunia, World Soil Day

Sambutan Hari Tanah Sedunia, World Soil Day disambut pada 5 Disember setiap tahun untuk meraikan kepentingan tanah sebagai komponen penting dalam sistem semulajadi dan sebagai penyumbang penting kepada kesejahteraan manusia.

Sambutan Hari Tanah Sedunia, World Soil Day

Pada tahun 2002, Kesatuan Antarabangsa Sains Tanah (IUSS) membuat resolusi mencadangkan 5 Disember menjadi Hari Tanah Sedunia dan pada tahun 2015 juga diisytiharkan sebagai Tahun Tanah Antarabangsa dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran sebanyak mungkin mengenai tanah peranan yang besar dalam keselamatan makanan.

Tidak mengejutkan, setakat ini kebanyakannya masyarakat global yang terdiri daripada 60,000 atau lebih saintis tanah telah menjadi pihak yang merayakan hari ini.

Peluang kepada rakyat biasa bertukar-tukar kad 'Happy Soil Day' pada masa akan datang masih kekurangan sambutan, tetapi itu tidak bermakna kita tidak dapat belajar untuk menghargai peranan penting yang dimainkan oleh tanah dalam kehidupan kita.

Cara terbaik untuk meraikan hari Tanah Sedunia ialah dengan melakukan apa yang para saintis dunia lakukan: mendidik diri kita sendiri!

Jumlah besar kerosakan yang dilakukan ke atas planet ini setiap tahun masih lagi terkawal, tetapi kejahilan ramai dari kita masih tidak menyedari apabila kita merosakkannya, yang adakala tidak mampu dipulihkan.

Terdapat beberapa perkara boleh dilakukan oleh orang biasa yang dapat membantu tanah kita kekal dalam keadaan baik. Sebagai contoh, kita boleh mencipta kebun hujan.

Bagi anda yang mungkin tidak tahu apa itu kebun hujan, ia adalah kolam cetek di halaman atau taman, yang mana air hujan boleh mengalir masuk dan membantu mengurangkan hakisan tanah.

Bagi anda yang mungkin tidak tahu apa kebun hujan, ia adalah kemurungan cetek di halaman atau taman air hujan dengan mudah boleh mengalir masuk, yang membantu mengurangkan hakisan tanah.

Satu lagi cara mudah yang anda boleh lakukan untuk memulihkan tanah adalah dengan menggunakan tong hujan yang boleh diletakkan di mana ia dapat mengumpul air hujan yang mengalir di atap anda, yang kemudiannya boleh digunakan untuk menyiram tanaman.

Apa sahaja yang anda putuskan untuk lakukan, ingat bahawa walaupun usaha kecil boleh membawa perbezaan besar kepada Alam Semulajadi!

Selamat menyambut Hari Tanah Sedunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, December 03, 2017

Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa

Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa

Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa disambut pada 3 Disember setiap tahun oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sejak tahun 1992, yang dianjurkan oleh sukarelawan dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan.

Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa

Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa (OKU) mula disambut di Malaysia pada tahun 1981 sebagai Sambutan Orang Cacat Antarabangsa, bersama negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang lain.

Selaras dengan komitmen antarabangsa tersebut, bermula 3 Disember 1994, Malaysia turut mengadakan sambutan Hari OKU peringkat kebangsaan pada setiap tahun. Tarikh 3 Disember sememangnya merupakan hari yang cukup bermakna buat seluruh warga OKU di seluruh dunia.

Antara program dan aktiviti yang berlangsung sempena sambutan tersebut termasuklah pameran, persembahan warga OKU, penyampaian enam anugerah, iaitu anugerah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Cemerlang, Anugerah Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) OKU Cemerlang, Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Prihatin, Anugerah Majikan Prihatin, Anugerah Ibubapa Mithali OKU, Anugerah Khas OKU (Kategori Sukan, Usahawan dan Akademik).

Selaras dengan tema sambutan yang dipilih saban tahun, selain meningkatkan kesedaran tentang kepentingan masyarakat inklusif sebagai tanggungjawab bersama, ia turut menekankan penghormatan dan pengiktirafan terhadap kemampuan, potensi dan sumbangan OKU.

Di samping itu, sambutan juga adalah untuk mengetengahkan inisiatif kerajaan dalam memenuhi hak dan kepentingan OKU.

Selamat menyambut Hari Orang Kurang Upaya Sedunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wom