Tuesday, March 21, 2017

Sambutan Hari Down Syndrome Sedunia, World Down Syndrome Day

Sambutan Hari Down Syndrome Sedunia, World Down Syndrome Day atau Sindrom Down disambut pada setiap 21 Mac setiap tahun diseluruh dunia.

Down Syndrome

Pada hari ini, organisasi Down Syndrome di seluruh dunia mengadakan pelagai kegiatan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai Down Sindrom.

Tarikh 21 Mac dipilih sesuai dengan keunikan Down Syndrome dalam triplication (trisomy) dari 21 kromosom.

Idea ini awalnya diajukan oleh Stylianos E. Antonarakis, seorang doktor genetik dari University of Geneva Medical School.

Sambutan Hari Down Syndrome buat pertama kali diadakan pada 21 Mac 2006 di Geneva.

Pelancaran sambutan Hari Down Syndrome Sedunia juga dilancarkan pada 21 Mac 2006 di Singapura oleh Down Syndrome Association.

Kelainan yang kelihatan pada pertumbuhan fizikal dan mental ini pertama kali dikenal pasti pada tahun 1866 oleh Dr.John Longdon Down.

Kerana ciri-ciri yang kelihatan pelik, seperti tinggi badan yang relative pendek, kepala mengecil, hidung yang datar menyerupai orang Mongolia, maka pesakit Down Syndrome juga dikenali dengan Mongolisme.

Pada tahun 1970an, pakar dari Amerika Syarikat dan Eropah mengubah nama pada kelainan yang berlaku kepada pesakit tersebut dengan merujuk kepada penemu pertama kali sindrom ini dengan istilah Down Syndrome dan sehingga kini penyakit ini dikenali dengan istilah tersebut.

Gejala yang muncul akibat Down Syndrome bervariasi bermula dari tidak kelihatan sama sekali, sehinggalah muncul tanda-tanda khusus.

Pesakit Down Syndrome dengan tanda khas sangat mudah dikenali dengan adanya penampilan fizikal yang menonjol seperti bentuk kepala yang relatif kecil dari normal (microchephaly) dengan bahagian anteroposterior kepala mendatar.

Pada bahagian wajah biasanya tampak sela hidung yang datar, mulut yang mengecil dan lidah yang menonjol keluar (macroglossia).

Seringkali juga mata menjadi sepet dengan sudut bahagian tengah membentuk lipatan (epicanthal folds).

Tanda klinikal pada bahagian tubuh lain seperti tangan yang pendek termasuk ruas jari-jemari, serta jarak antara jari pertama dan kedua pada tangan mahupun kaki yang lebar.

Hari Down Syndrome Sedunia merupakan hari istimewa bagi mereka yang menghidapi Down Syndrome di seluruh dunia.

Hari yang disambut pada 21 Mac setiap tahun ini diraikan dengan pelbagai aktiviti dan acara bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap hak dan kesejahteraan kepada mereka yang mengalami penyakit Down Syndrome.

BACA INI JUGA:

sumber: malahayati

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.

#senarai bloglist hilang secara misteri. rakan blogger yang ada memasukkan blog ini dalam senarai bloglist, sila 'remove' blog ni ye. maaf diatas segala kesulitan.
EmoticonEmoticon