Wednesday, July 08, 2020

Jawatan Kosong Penyelia Dan Pembanci, Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2020

Jawatan Kosong Penyelia Dan Pembanci, Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2020

Permohonan untuk mengisi jawatan kosong sebagai Penyelia dan Pembanci Operasi Banci 2020 di Jabatan Perangkaan Malaysia kini dibuka secara atas talian dan boleh diakses di laman sesawang Banci 2020 www.mycensus.gov.my atau akses terus di mycensus.

Jawatan kosong Pembanci

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) berikut:

Penyelia:
  • Syarat kelayakan: (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/ Diploma/ Setaraf)
  • Tempoh Lantikan: 21 September – 31 Oktober 2020
  • Kadar Upah: RM72.00 sehari

Pembanci:
  • Syarat kelayakan: (Sijil Pelajaran Malaysia/ Setaraf)
  • Tempoh Lantikan: 1 – 24 Oktober 2020
  • Kadar Upah: RM54.00 sehari

Tarikh tutup Permohonan: 30 OGOS 2020

SYARAT LANTIKAN:
  • Kerakyatan: Warganegara Malaysia
  • Kelulusan Akademik:
    • Penyelia: Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Diploma/kelayakan yang setaraf dengannya.
    • Pembanci: Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Umur: Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Kriteria Tambahan:
    • Calon hendaklah biasa dengan kawasan tempatan dan boleh bertutur serta memahami bahasa komuniti setempat.
  • Pengangkutan:
    • Keutamaan kepada calon yang memiliki lesen memandu dan pengangkutan sendiri khususnya di kawasan luar bandar.
  • Kemahiran:
    • Berkemahiran mengendalikan aplikasi telefon pintar.
  • Kemudahan telefon mudah alih:
    • Calon mestilah mempunyai Telefon Pintar (Smart Phone) dengan syarat berikut:
      • Minimum Storage 250MB free space.
      • RAM 2GB.
      • Display Resolution 720p.
      • GPS: AGPS.
      • Connectivity: 3G HSPA 7.2MBit/s.
      • OS: iOS 12.4.5.
      • CPU: Apple A9.
      • Android: Android 7.0 (Nougat), 4 cores 1.4GHz equivalent.
      • (Keutamaan untuk yang mempunyai data plan).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, March 15, 2020

Tuntutan Insurans Pekerjaan (SIP) Jika Anda Hilang Kerja

Tuntutan Insurans Pekerjaan (SIP) Jika Anda Hilang Kerja

Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) adalah pelengkap jaringan keselamatan sosial yang bertindak membantu pekerja di Malaysia yang kehilangan pekerjaan, yang akan diberikan bantuan kewangan segera bagi menampung kehidupan, sementara mereka mencari pekerjaan baharu.

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri

Di samping itu, pekerja berkenaan juga akan diberikan bantuan perkhidmatan pekerjaan yang meliputi program kaunseling kerjaya, carian pekerjaan, pemadanan kerjaya (job matching), penempatan pekerjaan (job placement), kaunseling kerjaya dan latihan.

5 Faedah SIP

Pada dasarnya, caruman yang dibayar oleh majikan dan pekerja kepada PERKESO adalah caruman kepada solidarity fund.

Melalui caruman inilah semua pekerja yang mencarum berkongsi risiko sama tanpa mengira risiko kategori pekerjaan yang berbeza mengikut industri, yang dinamakan konsep Pooling of Resources, Sharing of Risk.

Daripada dana inilah, SIP melindungi pekerja yang kurang bernasib baik dengan bantuan berjumlah RM2,515 sehingga RM14,265.

Terdapat lima faedah kewangan di bawah SIP iaitu:
  1. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP): akan dibayar pada kadar 80 peratus, 50 peratus, 40 peratus dan 30 peratus, daripada gaji anggapan bagi tempoh tiga hingga enam bulan maksimum, berdasarkan kelayakan caruman.
  2. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA): dibayar sebagai satu insentif kepada mereka yang berjaya mendapat pekerjaan awal, iaitu sebelum tamat tempoh pembayaran EMP, sebanyak 25 peratus daripada baki EMP.
  3. Elaun Latihan (EL): dibayar sebagai duit poket minimum RM10 sehari dan maksimum RM20 sehari sepanjang tempoh menjalani latihan.
  4. Fi/Yuran Latihan (FL): diperuntukkan untuk mereka yang menjalani latihan, iaitu sebanyak maksimum RM4,000.
  5. Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB): dibayar kepada mereka yang mempunyai lebih daripada satu majikan dan kehilangan satu daripada pekerjaan dengan bayaran sama seperti faedah EMP dan dibayar secara pukal. Bagi situasi ini, pencarum tidak layak untuk mendapat EL dan FL.

SOALAN LAZIM SISTEM INSURANS PEKERJAAN

Soalan: Apakah syarat–syarat seorang pekerja layak diliputi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan?

Jawapan: Pekerja yang layak diliputi di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta SIP) adalah seperti berikut:
  • Semua pekerja yang bertaraf warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.
  • Berumur 18-60 tahun (Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum).
  • Bekerja dengan sektor swasta (Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP).
  • Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service).

Soalan: Saya telah kehilangan pekerjaan. Adakah saya layak untuk memohon tuntutan faedah SIP?

Jawapan: Semua permohonan tuntutan faedah SIP perlu memenuhi syarat-syarat berikut;
  • Membuat permohonan tuntutan faedah dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (loss of employment).
  • Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman iaitu caruman pekerja telah dicarum mengikut jadual caruman SIP dan mempunyai bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Soalan: Apakah kategori kehilangan pekerjaan yang boleh dibuat tuntutan?

Jawapan: Kategori kehilangan pekerjaan yang boleh dibuat tuntutan adalah seperti berikut:
  • Pembuangan kerja/pertindihan.
  • VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama).
  • Penutupan tempat kerja kerana bencana alam.
  • Bankrap atau penutupan tempat kerja.
  • Pembuangan kerja konstruktif.
  • Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja.
  • Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan.

Soalan: Apakah kategori kehilangan pekerjaan yang tidak boleh dibuat tuntutan?

Jawapan: Kategori kehilangan pekerjaan yang tidak dipertimbangkan tuntutan adalah seperti berikut :
  • Pembuangan akibat salah laku pekerja.
  • Peletakan jawatan sukarela oleh pekerja.
  • Persaraan.
  • Tempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkhidmatan).

Soalan: Bagaimanakah cara saya hendak membuat permohonan tuntutan faedah SIP sekiranya saya telah kehilangan pekerjaan?

Jawapan: Permohonan tuntutan faedah SIP boleh dibuat secara atas talian di Portal SIP ataupun hadir sendiri di mana-mana kaunter pejabat PERKESO yang berhampiran dengan anda.

LAMAN WEB SIP PERKESO LOGIN:

Soalan: Apakah dokumen sokongan yang diperlukan semasa permohonan tuntutan faedah SIP dikemukakan?

Jawapan: Setiap permohonan tuntutan faedah SIP perlulah mengemukakan dokumen penting iaitu menyertakan;
  • Salinan KPPN.
  • Bukti kehilangan pekerjaan, contohnya surat penamatan kerja.
  • Salinan maklumat akaun bank.
  • Slip gaji untuk 6 bulan sebelum tarikh kehilangan pekerjaan.

Selain itu, pemohon juga perlulah mengemukakan dokumen sokongan tambahan bagi tujuan melengkapkan tuntutan – tuntutan faedah yang diminta mengikut jenis tuntutan yang layak diterima.

Dokumen sokongan yang disertakan bagi semua jenis faedah adalah seperti jadual di bawah:

Dokumen SIP

Soalan: Bagaimanakah caranya mengemukakan dokumen bercetak semasa membuat permohonan secara atas talian?

Jawapan: Dokumen asal perlulah diimbas dan dimuatnaik ke Portal SIP dengan menggunakan pautan yang telah disediakan dalam borang permohonan secara atas talian.

Soalan: Bagaimanakah cara menyemak status permohonan yang telah didaftarkan melalui Portal SIP?

Jawapan: Semakan kes yang telah didaftarkan melalui Portal online boleh dibuat dengan menggunakan kes ID pengguna dan kata laluan dengan cara log masuk ke Portal SIP.

Soalan: Permohonan saya telah ditolak oleh Pegawai SIP disebabkan tidak layak. Adakah saya dibenarkan untuk membuat rayuan bagi kes sedemikian?

Jawapan: Sebarang kes permohonan SIP yang telah ditolak boleh membuat rayuan kepada Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) dengan mengemukakan borang permohonan ke alamat berikut:

Urus Setia, Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial, Tkt 11, Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur.

Soalan: Saya seorang pekerja yang pernah hilang pekerjaan dan menerima faedah SIP. Adakah saya layak untuk memohon faedah SIP untuk kali kedua?

Jawapan: Anda layak untuk membuat permohonan kali kedua sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan caruman yang ditetapkan.

Soalan: Berapakah jumlah bayaran faedah SIP yang saya layak untuk terima untuk Elaun Mencari Pekerjaan?

Jawapan: PERKESO menyediakan Faedah Elaun Mencari Pekerjaan yang dibayar berdasarkan purata gaji bulanan anggapan iaitu 80% pada bulan pertama, 50% pada bulan kedua, 40 % pada bulan ketiga dan 30% pada bulan kelima dan keenam.

Soalan: Sekiranya ada pertanyaan atau kemusykilan, bagaimanakah saya hendak menghubungi PERKESO?

Jawapan: Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan (CRM) di talian 1 300 22 8000 atau melalui emel eis@perkeso.gov.my

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Wednesday, March 11, 2020

Ketahui Manfaat Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO

Ketahui Manfaat Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), dilancarkan Perkeso supaya setiap rakyat dapat dilindungi daripada sebarang bahaya dengan mencarum SKSPS serendah RM13.10 setiap bulan atau tidak sampai 50 sen setiap hari.

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)

Walaupun skim ini bukanlah suatu yang wajib, orang ramai digesa agar merebut peluang ini untuk manfaat diri sendiri selepas mencarum.

SKSPS akan diperluaskan melibatkan 19 sektor pekerjaan sendiri antaranya pertanian, pengangkutan, perniagaan online serta kesenian.

FAQ Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri [Akta 789]

Soalan: Apakah akta yang memberi perlindungan kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS)?

Jawapan: Akta ini dinamakan sebagai Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

Soalan: Apakah objektif utama Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) dilaksanakan?

Jawapan: Akta 789 diwujudkan untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri di dalam sektor tidak formal. PERKESO telah menguatkuasakan Akta 789 mulai 1 Jun 2017 dan buat permulaan, caruman di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) hanya melibatkan sektor pengangkutan penumpang seperti pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas.

Bagaimanapun, mulai 1 Januari 2020, SKSPS diperluaskan kepada 19 sektor tidak formal lain menjadikan 20 sektor secara keseluruhannya.

Soalan: Nyatakan 20 sektor tidak formal yang layak mendaftar dan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)?

Jawapan:
  • Pengangkutan Penumpang.
  • Perkhidmatan Premis Penginapan.
  • Pengangkutan dan Penghantaran Barangan atau Makanan.
  • Perniagaan Dalam Talian (Online).
  • Pertanian.
  • Perkhidmatan Berkaitan Teknologi Maklumat.
  • Penternakan dan Pengeluaran Ternakan.
  • Perkhidmatan Pengumpulan dan Pemprosesan Data.
  • Pengambilan Hasil Hutan.
  • Perkhidmatan Ejen.
  • Perikanan.
  • Perkhidmatan Profesional.
  • Penyediaan dan Penjualan Makanan.
  • Khidmat Sokongan Persendirian.
  • Aktiviti Pengilangan Produk .
  • Aktiviti Persembahan, Perfileman, Karya Seni dan Grafik.
  • Kerja-kerja Pembinaan .
  • Perkhidmatan Penjagaan, Perawatan dan Pemulihan Kesihatan.
  • Menjaja atau Berniaga.
  • Perkhidmatan Isi Rumah.

Soalan: Apakah syarat kelayakan OBS untuk mencarum di bawah Akta ini?

Jawapan: Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap tanpa mengira had umur dan Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mancari nafkah.

Soalan: Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendaftar?

Jawapan:
  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan lesen/kad pemandu/profil e-hailing/permit/sijil/perakuan pendaftaran perniagaan atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

Soalan: Bolehkah caruman OBS ini dibayar oleh orang lain?

Jawapan: Tiada halangan caruman bagi pihak OBS dibayar oleh orang lain asalkan dokumen yang diperlukan adalah lengkap.

Soalan: Bolehkah caruman yang dibayar dipindah milik kepada orang lain?

Jawapan: Tidak boleh dipindah milik.

Soalan: Ali telah mencarum selama 6 bulan di bawah pelan caruman RM157.20 setahun. Bolehkan Ali menukar pelan caruman kepada RM232.80 setahun pada bulan ketujuh?

Jawapan: Ali tidak boleh menukar pelan caruman kepada RM232.80 setahun, sebaliknya beliau hendaklah melengkapkan caruman selama 12 bulan di bawah pelan caruman RM157.20 setahun.

Selepas 12 bulan barulah beliau boleh menukar pelan caruman kepada RM232.80 setahun.

Soalan: Bagaimanakah kemalangan yang boleh dibuat tuntutan di bawah Akta ini?

Jawapan: Pencarum akan mendapat perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan Sendiri jika sesuatu kemalangan berlaku terbit daripada dan semasa menjalankan aktviti pekerjaan sendiri termasuk penyakit pekerjaan.

Soalan: Apakah faedah yang disediakan dibawah SKSPS?

Jawapan:
  • Faedah Perubatan.
  • Faedah Hilang Upaya Sementara.
  • Faedah Hilang Upaya Kekal.
  • Elaun Layanan Sentiasa.
  • Faedah Orang Tanggungan.
  • Faedah Pengurusan Mayat.
  • Kemudahan Pinjaman Pendidikan.
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani, Vokasional dan Program Return To Work (RTW).

Soalan: Apa faedah yang boleh diterima oleh pencarum sekiranya tiada kemalangan yang berlaku bagi tempoh caruman dibayar?

Jawapan: Tiada sebarang faedah boleh dibayar kerana perlindungan berasaskan kepada 'pooling of resources and sharing of risks'.

Soalan: Adakah caruman yang dibayar boleh dibuat bayaran balik?

Jawapan: Tidak boleh di bayar balik merujuk kepada seksyen 11(3) Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789).

Soalan: Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya OBS tidak membuat bayaran caruman secara berterusan?

Jawapan: Tiada perlindungan sekiranya tiada caruman.

Soalan: Bagaimana cara tuntutan faedah dan borang yang digunakan?

Jawapan: Tuntutan faedah hendaklah menggunakan Borang PS2 yang boleh diperolehi dari laman web PERKESO.

Borang PS2 hendaklah dikemukakan beserta dengan dokumen yang berkaitan seperti kad pengenalan, sijil cuti sakit asal, laporan polis dan sebagainya.

Borang PS2 beserta dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan kepada pejabat PERKESO berhampiran.

Soalan: Adakah pencarum masih boleh membuat tuntutan daripada syarikat insurans swasta sekiranya mempunyai perlindungan PERKESO?

Jawapan: Pencarum boleh membuat tuntutan kepada insurans swasta sekiranya mempunyai perlindungan SKSPS PERKESO.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: perkeso

Thursday, February 06, 2020

Pembayaran GCR 75 Hari, Cuepacs Tuntut JPA Keluarkan Pekeliling

Pembayaran GCR 75 Hari, Cuepacs Tuntut JPA Keluarkan Pekeliling

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan menyegerakan penebusan awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari kepada kakitangan awam seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2020.

Pembayaran GCR 75 Hari

Presidennya, Adnan Mat berkata, berdasarkan pengumuman sebelum ini, penebusan ganjaran itu sepatutnya berkuat kuasa 1 Januari 2020 lalu.

GCR adalah ganjaran wang tunai yang diberi kepada anggota perkhidmatan awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

Belanjawan 2020 bagi perkhidmatan awam telah memperuntukkan penebusan awal GCR sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.

Perkara ini sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Januari 2020, namun sehingga kini tiada sebarang pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan penebusan awal GCR.

Cuepacs berharap agar pihak kerajaan melalui JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dapat mengambil tindakan segera terhadap perkara yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2020 bagi perkhidmatan awam demi kebajikan anggota berkenaan.

Pekeliling JPA Penebusan Cuti Rehat GCR 75 Hari

Penebusan awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai bagi penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun, memerlukan pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Pencen 1980.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan terbaharu memaklumkan, pindaan itu perlu diselesaikan terlebih dahulu agar pelaksanaannya teratur mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

Pengumuman penebusan awal GCR akan dikeluarkan dan dimaklumkan kepada umum melalui surat Pekeliling Perkhidmatan yang akan diedarkan kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dilaporkan meminta agar pekeliling mengenai penebusan awal GCR 75 hari oleh penjawat awam dikeluarkan secepat mungkin.

Pemberian ganjaran wang tunai (GCR) yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Pencen 1980 merupakan satu daripada faedah yang akan diberikan kepada penjawat awam apabila bersara.

Cara Pengiraan GCR 75 Hari

Cuti Rehat = 75 Hari
Gaji Kasar (Gaji+Elaun) = RM3814.14
@ Perkiraan = 1/30 x 75 Hari x 3814.14
Award wang tunai = RM9535.35

Tunai Janji

Dengan pembayaran GCR itu, kerajaan sebenarnya lebih untung kerana membayar penjawat awam dengan kadar bayaran gaji semasa bukannya gaji akhir perkhidmatan.

Berdasarkan pekeliling perkhidmatan awam, penjawat awam boleh menuntut sebanyak 150 hari GCR sepanjang tempoh berkhidmat selepas tamat perkhidmatan.

Dengan pemberian ganjaran GCR untuk 75 hari cuti ini bermakna, perkhidmatan penjawatan awam yang sudah 15 tahun berkhidmat, hanya menuntut baki 75 hari saja.

Berdasarkan maklumat, kebanyakan penjawatan awam yang berkhidmat lebih 15 tahun adalah kumpulan pekerja yang berusia 35 tahun dan ke atas. Dalam usia sebegitu, wang ganjaran ini sangat diperlukan bagi mengurangkan beban kakitangan awam.

GCR 150 Hari

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan kebenaran cuti rehat melebihi 150 hari bagi kakitangan awam boleh digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

Bermula 1 Januari 2018, kerajaan memutuskan cuti yang dikumpulkan bagi maksud ganjaran wang tunai melebihi 150 hari, maka cuti berkenaan boleh dimohon untuk digunakan pada tahun persaraan.

Melalui pekeliling yang dikeluarkan pada 2008, kerajaan memutuskan Gantian Cuti Rehat (GCR) yang boleh dikumpulkan oleh penjawat awam kekal 150 hari dan dibayar dengan wang tunai.

Berdasarkan peraturan sebelum ini, GCR yang dikumpul melebihi 150 hari tidak diambil kira untuk bayaran tunai apabila penjawat awam bersara.

Sebagai penambahbaikan, kerajaan bersetuju membenarkan GCR melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan iaitu 12 bulan sebelum tarikh persaraan kakitangan awam berkenaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Thursday, December 12, 2019

Kerjaya e-Sports Di Malaysia, Bagaimana Mahu Menjadi Pemain Game Profesional?

Kerjaya e-Sports Di Malaysia, Bagaimana Mahu Menjadi Pemain Game Profesional?

Tidak seperti mana-mana sukan popular yang lain, e-sukan (e-Sports) mempunyai kedudukan yang sangat unik dalam teknologi masa kini, yang membolehkannya merangsang pembangunan segmen lain dalam industri.

eSports Gamers

Dengan pemeliharaan e-sukan, industri lain seperti teknologi, pelancongan, sukan dan lain-lain akan menerima kesan positif dan meningkatkan nilai ekonomi sesebuah negara.

E-sukan juga boleh mewujudkan peluang pekerjaan baru yang menarik kepada golongan muda seperti peminat profesional permainan video, pengurus, jurulatih, pemasar, penganalisis, penganjur acara dan banyak lagi.

E-sukan mempunyai potensi yang luas dan ia bukan saja sekadar hobi, malah menjadi kerjaya dengan pendapatan lumayan yang sudah dibuktikan di peringkat antarabangsa.

BAGAIMANA MAHU MEMULAKAN KERJAYA e-SPORTS?

Persatuan e-Sports Malaysia (ESM)

Esports Malaysia (ESM) adalah badan pentadbir rasmi sukan elektronik di Malaysia, yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Sukan Malaysia dan merupakan ahli kepada Persekutuan e-Sukan Antarabangsa (International Esports Federation – IeSF).

Alamat;
  • Laman rasmi: http://esportsmalaysia.org/
  • Facebook: https://www.facebook.com/pg/persatuansukanelektronikmalaysia/

Email:
  • contact@esportsmalaysia.org
  • info@esportsmalaysia.org

Ahli Gabungan ESM;
  • Terengganu – (https://www.facebook.com/esmterengganu/)
  • Kedah – (https://www.facebook.com/esmkedah/)
  • Pulau Pinang – (https://www.facebook.com/pg/PersatuanSukanElektronikPulauPinang/)
  • Sarawak – (https://www.facebook.com/SarawakEsportsAssociation/)
  • Kuala Lumpur – (https://www.facebook.com/ESKLAssociation/)
  • Selangor – (https://www.facebook.com/EsportsSelangor/)
  • Perak – (https://www.facebook.com/esportsperakassociation/)
  • Sabah – (https://www.facebook.com/Sabahesportsassociation/)
  • Johor – (https://www.facebook.com/pg/esportsjohor/)
  • Perlis – (https://www.facebook.com/Persatuan-E-Sports-Perlis-271747143395575/)
  • Putrajaya – (https://www.facebook.com/eSportsPutrajaya/)

APU: AKADEMI e-SPORTS DI MALAYSIA

APU eSports Malaysia Academy, adalah sebuah akademi esport yang ditubuhkan Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) dengan kerjasama eSports Malaysia (eSM).

Permohonan untuk menyertai akademi ini telah dibuka untuk kemasukan, dengan empat buah game yang akan menjadi fokus, iaitu; Defense of the Ancients 2 (DotA 2), League of Legends (LoL), Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) dan FIFA 17.

Setiap game memiliki 3 tahap yang perlu dilalui, iaitu Level 1 (Beginner), Level 2 (Intermediate) dan Level 3 (Advanced), di mana setiap tahap mengambil masa 12 minggu untuk dihabiskan.

Pelajar boleh melangkau Level 1 dan Level 2 sekiranya memenuhi beberapa syarat tertentu.

Bermakna, sekiranya pelajar memulakan pengajian dari Level 1, masa yang diambil untuk menghabiskan pengajian ini adalah 9 bulan. Kelas pula hanya diadakan pada hujung minggu.

Umur minimum untuk memasuki akademi ini berbeza mengikut setiap game tersebut, di mana FIFA 17 adalah 10 tahun dan ke atas, LoL (13 tahun), DotA 2 (13 tahun) dan CSGO (17 tahun).

Semestinya, kanak-kanak di bawah 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga.

Anda boleh mengunjungi laman web rasmi APU eSports Malaysia Academy untuk mengetahui kemaskini terbaharu dan maklumat tentang yuran untuk kursus-kursus ini.

Secara kasarnya, terdapat 4 jenis yuran yang perlu dilangsaikan bagi menamatkan salah satu daripada 4 kursus video game yang disediakan, iaitu:
  • Yuran Pendaftaran – RM90 (untuk pelajar umum)/ RM50 (untuk pelajar sekolah menengah).
  • Yuran Kursus “Beginner Level” – RM780.
  • Yuran Kursus “Intermediate Level” – RM870.
  • Yuran Kursus “Advanced Level” – RM990.

Maka, apabila dicampurkan kesemuanya, yuran yang perlu dibayar oleh para pelajar adalah RM2730 bagi pelajar umum, dan RM2690 bagi pelajar sekolah menengah.

Berminat untuk menyertai akademi ini? Inginkan maklumat lanjut? Anda boleh terus layari laman web rasmi APU eSports Malaysia Academy.

Akademi ini dijangka akan menjadi sebuah institusi melatih dan menyediakan bakat-bakat eSports bukan sahaja dalam menyertai acara kompetitif, malah mengembangkan bilangan tenaga kerja yang akan memajukan industri eSports tanah air.

6 PEMAIN E-SPORT PALING KAYA DI MALAYSIA SEHINGGA TAHUN 2019

1. Yap “xNova” Jian Wei
  • Jumlah wang terkumpul: $USD1,813,469.54

Memulakan karier Dota 2 secara profesional dalam usia muda 16 tahun, Yap “xNova” Jian Wei mengorak langkah kanan dalam arena esports Dota 2 dengan menyertai Lowyat.Net Esports pada tahun 2015.

Sejak dari itu, dia sudah berganding bahu bersama ramai atlet Dota 2 popular untuk pelbagai pasukan profesional seperti Who2Bet, Mineski, WarriorsGaming.Unity dan bermain seketika dengan Clutch Gaming.

Tambahan pula, dia meluaskan lagi karier esports ke China untuk sertai LGD Gaming iaitu pasukan pertama dari negara China memenangi EPICENTER XL.

Pasukan LGD Gaming adalah pasukan dijemput untuk pertandingan Dota 2 terbesar The International 2018. xNova bermain sebagai role Support untuk pasukan LGD Gaming.

2. Zheng “MidOne” Yeik Nai
  • Jumlah wang terkumpul: $USD1,715,335.07

Meskipun Zheng “MidOne” Yeik Nai hanya memulakan karier profesional Dota 2 tiga tahun lalu, MidOne sudah digelar sebagai pemain Dota 2 utama di dunia selepas dia pernah mendapat kedudukan teratas berdasarkan match-making rating (MMR) iaitu sebanyak 9,155 dalam leaderboard Dota 2 untuk benua Eropah pada tahun lepas.

Ketika Fnatic membawa pulang tempat keempat di The International 2016, itu merupakan kemuncak utama dalam kariernya.

Prestasinya yang mengagumkan berjaya meletakkan dia bersama pasukan dari Eropah, Team Secret.

Penyertaan dia ke Team Secret menjadikannya sebagai atlet esports Malaysia pertama berpindah ke Eropah untuk bermain Dota 2 secara profesional.

Penglibatan MidOne sebagai role solo middle bersama Team Secret terbukti cemerlang. Team Secret meraih hadiah kemenangan tempat pertama USD$125,000 (RM30,641) untuk DreamLeague Season 9 dan juga dapat USD$120,000 (RM29,415) untuk tempat keempat bagi China Dota2 Supermajor.

Lebih-lebih lagi, Team Secret dijemput untuk bertanding di The International 2018 dan akan bertempur dengan 7 pasukan lain termasuk pasukan dari Asia Tenggara, Mineski.

3. Chai “Mushi” Yee Fung
  • Jumlah wang terkumpul: $USD1,022,901.97

Berusia 28 tahun, Chai Yee Fung atau nama lain “Mushi” yang cukup terkenal dalam kalangan komuniti Dota 2 di Malaysia. Mushi ialah atlet esports paling berjaya di Malaysia setakat ini.

Berasal dari Rawang, karier profesional Dota 2 bermula ketika dia menyertai pasukan Orange Esports pada tahun 2011.

Sepanjang penglibatannya dalam arena kompetitif Dota 2, penglibatan ke The International selalu berada dalam jangkauan Mushi apabila dia sudah bertanding dalam liga berprestij itu sebanyak tiga kali.

Pengalaman pertama The International bagi Mushi adalah memenangi tempat ketiga bersama Orange Esports pada tahun 2013. Setahun kemudian, dia memenangi tempat keempat bersama Team DK pada tahun 2014.

Mushi mengulang kembali kejayaan The International bersama Fnatic, membawa pulang hadiah USD$1.4 million (RM5.6 million) selepas mendapat tempat keempat di The International 2016.

4. Tue “Ah-fu” Soon Chuan
  • Jumlah wang terkumpul: $USD781,296.55

Dari seorang amateur ke atlet esports bertaraf dunia, peralihannya daripada pasukan WarriorsGaming.Unity ke pasukan negara China LGD.Forever Young benar membuahkan hasil apabila pasukan LGD.Forever Young berjaya menang tempat ketiga di The International 2017.

Dia bertukar menjadi jutawan segera bersama wang hadiah sebanyak USD$2.6 million (RM11.2 million) yang dikongsikan bersama ahli-ahli lain.

Selepas menyambut kemenangan gempak di The International 2017, Ah-fu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berehat dari arena Dota 2 dan mahu terus berusaha untuk The International 2018 tetapi pasukannya kalah kepada Invictus Gaming semasa peringkat kelayakan China.

Walau bagaimanapun, dia masih lagi mengasah kebolehannya bersama LGD.Forever sebagai role Support di China.

5. Wong “ChuaN” Hock Chuan
  • Jumlah wang terkumpul: $USD740,982.93

Semuanya bermula pada tahun 2009 apabila Wong “ChuaN” Hock Chuan cuba bermain Dota dek kerana kecederaan yang mengakibatkan dia berhenti bermain bola keranjang.

ChuaN ialah salah satu ikon atlet Dota dan Dota 2 yang sudah lama berkecimpung dalam arena pertandingan.

Dengan karier esports yang sudah mencecah hampir satu dekad, dia pernah bermain Dota bersama dengan pasukan seperti Kingsurf dan Aeon.

Kemudian, dia terbang ke China untuk menjadi atlet esports bagi pasukan Nirvana dan LGD serta pernah diserap ke Invictus Gaming bersama-sama ahli pasukan lain dari LGD.

Semasa dia menyertai Invictus Gaming, pasukannya menjadi salah satu pasukan paling digeruni di liga besar dan berprestij Dota 2.

Ini terbukti apabila Invictus Gaming pernah menjuarai liga The International 2012. Oleh sebab itu, dia merupakan satu-satunya orang Malaysia ketika ini membawa pulang trofi kemenangan pada tahun 2012 bersama Invictus Gaming.

Pada tahun 2015, ChuaN pernah menyertai Newbee tetapi akhirnya mengambil masa berehat selepas Newbie berkongsi tempat nombor 9 ke nombor 12 di The International 2016.

6. Chong “Ohaiyo” Xin Khoo
  • Jumlah wang terkumpul: $USD582,626.49

Chong “Ohaiyo” Xin Khoo merupakan antara pemain Dota 2 profesional disegani ramai dan dia memulakan kariernya di MUFC pada tahun 2012.

Pada tahun 2013, dia tergolong dalam satu program akademi Orange Esports Dota 2 sebelum diserap masuk ke dalam pasukan Orange bagi menggantikan Mushi buat sementara waktu.

Meskipun prestasi Orange tidak begitu memberangsangkan dalam liga-liga Dota 2 ketika itu, Orange berjaya memecah dari kemelesetan berkenaan dengan memenangi tempat ketiga di The International 2013.

Tahun 2016 adalah tahun paling bermakna bagi Ohaiyo apabila dia mengaut sebanyak USD$392,328 (RM1,596,127), hasil dari kemenangan tempat keeempat di The International 2016 bersama Fnatic.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2 | 3

Thursday, September 05, 2019

Skim Pencen Baharu Perkhidmatan Awam Bermula Tahun 2020?

Skim Pencen Baharu Perkhidmatan Awam Bermula Tahun 2020?

Mulai tahun depan (2020), lantikan baharu dalam perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat dibawah skim tetap dan berpencen sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambahbaik, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah.

Skim Pencen Baharu Perkhidmatan Awam

Beliau berkata langkah itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa khas pembaharuan perkhidmatan awam pada Oktober 2018 yang mahukan perkhidmatan awam dikecilkan secara berfasa dan berdasarkan keperluan, selain mengurangkan bebanan pencen yang kini mencecah RM28 bilion.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam 2019 di sini hari ini, Borhan berkata skim lantikan kontrak baharu itu, yang kini sedang diperhalusi, akan menawarkan gaji yang lebih menarik serta kebajikan, perlindungan dan jaminan yang lebih baik.

"Lantikan kontrak mungkin tidak menikmati kelebihan macam skim lantikan tetap dan berpencen sekarang seperti pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan namun faedah tersebut mungkin diterjemah dalam bentuk elaun lebih tinggi,” katanya.

Borhan berkata lantikan kontrak yang akan diperkenalkan lebih dinamik dan bersesuaian dengan generasi Y yang tidak begitu 'setia' dan memberi mereka opsyen untuk keluar daripada perkhidmatan awam dengan mudah selepas berkhidmat untuk tempoh tertentu.

Beliau menegaskan bahawa skim lantikan kontrak baharu itu juga tertakluk dibawah Akta Perkhidmatan Awam yang melindungi kepentingan penjawat awam, tidak kira berstatus tetap atau kontrak, bagi memastikan perkhidmatan mereka tidak ditamatkan dengan mudah jika tidak terbukti bersalah.

"Jadi tidak bolehlah seseorang itu dilantik secara kontrak hari ini dan esok dengan mudah perkhidmatannya boleh ditamatkan,” katanya.

Beliau berkata penjawat awam sedia ada mungkin diberi opsyen untuk beralih ke skim lantikan kontrak baharu itu.

Menurut Borhan, lantikan dalam perkhidmatan awam secara tidak tetap dan berpencen sebenarnya sudah wujud cuma tidak berskala besar, contohnya dalam perkhidmatan tentera terdapat lantikan jangka pendek yang tidak berpencen.

Borhan berkata penjimatan yang disasarkan berdasarkan skim lantikan kontrak untuk perkhidmatan awam itu ialah sebanyak RM5 bilion setahun.

Beliau berkata JPA akan membentangkan cadangan pakej skim perkhidmatan kontrak perkhidmatan awam dimana keputusan akan dibuat berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan.

Mengenai pengecilan saiz perkhidmatan awam, Borhan berkata kerajaan menetapkan pengurangan lima peratus untuk tempoh tiga tahun iaitu satu peratus tahun ini, dua peratus tahun depan dan dua peratus pada 2021.

"Bagi mengatasi pengecilan itu antara pendekatan yang akan diambil ialah penyumberan luar perkhidmatan, sistem kerajaan digital dan mana-mana jawatan yang kosong lebih dua tahun yang dilihat tidak ada keperluan untuk diisi maka jawatan itu akan dimansuhkan. Di situ akan berlaku pengecilan yang dimaksudkan," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bernama

Tuesday, August 27, 2019

47 Jenis Kerja Memberikan Pulangan Lumayan Yang Anda Boleh Lakukan

47 Jenis Kerja Memberikan Pulangan Lumayan Yang Anda Boleh Lakukan

Tahukah anda lebih separuh dari rakyat Malaysia menjana pendapatan dengan makan gaji. Antara tarikan yang paling menarik untuk bekerja makan gaji ialah menerima gaji setiap bulan sama ada melalui cek atau terus dikreditkan ke dalam akaun bank selagi mereka bekerja dengan syarikat tersebut.

Jenis kerja lumayan

Ini berbeza dengan orang yang berniaga yang mungkin mengalami kemelesetan bisnes yang seterusnya mengganggu pendapatan mereka.

Antara kelebihan makan gaji ialah dapat memperoleh gaji secara tetap setiap bulan, mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya, dapat menikmati kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai, berpeluang mendapat bonus tahunan, kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya.

Bagi mereka yang bekerja sendiri pula, mereka perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat membayar upah kepada diri mereka sendiri. Mungkin mereka tahu dan tidak tahu berapa upah yang mereka perlukan setiap bulan, ini kerana mereka bekerja untuk hidup.

Mereka tidak bergantung kepada majikan, mereka tidak bergantung kepada pekerja, mereka bergantung kepada diri sendiri.

Dan jika anda berminat untuk bekerja sendiri tanpa perlu terikat dengan orang lain, berikut adalah 38 jenis pekerjaan yang anda boleh lakukan.

1. Perniagaan ambil upah memasak

Cuba tanya jiran-jiran yang anda yang mahu tawaran anda untuk tolong masak. Tentu ada ramai yang mahu tawaran itu dengan harga berpatutan. Bermula daripada satu keluarga akan menjadi dua dan akhirnya akan jadi besar.

2. Perniagaan khidmat penghantaran

Ini satu lagi perniagaan yang cukup berpotensi tinggi. Perniagaan online tumbuh macam cendawan sekarang. Mereka tentu mahukan khidmat penghantaran.

Syarikat penghantaran besar juga nemerlukan syarikat kecil dan perseorangan untuk support aktiviti mereka.

Anda boleh mulakan dengan ambil sub dari syarikat besar tersebut secara persendirian. Lama-lama akan jadi besar.

3. Perniagaan khidmat mengurut

Kalau anda pandai mengurut, ini satu kemahiran yang ada permintaan tinggi. Kalau tak tahu boleh pergi belajar secara formal sampai pandai. Buat marketing melalui internet pasti akan ada saja pelanggan yang mahu datang.

4. Perniagaan khidmat baiki peralatan eletrik

Kalau kita perasan, kerja perkhidmatan membaiki peralatan elektrik ini dikuasai oleh pendatang Bangladesh dan Pakistan sekarang. Kerja ini bukannya sukar sangat tapi memang agak renyah.

Jika ada kemahiran, anda boleh jimatkan orang ramai untuk baiki peralatan daripada terpaksa beli peralatan baru. Lama-lama perniagaan itu akan membesar.

5. Perniagaan khidmat pest control

Sebenarnya ini satu perniagaan yang besar. Memerlukan banyak lesen sebelum anda layak menawarkan perkhidmatan pest control pada orang ramai.

Untuk dapatkan lesen sebenarnya mudah saja. Ambil peperiksaan Pesticide Applicator Licensed dan anda sudah sah menjadi pengamal makhluk perosak dengan menggunakan racun.

Mulakan dengan ambil pelanggan persendirian di rumah-rumah sekitar tempat anda tinggal.

6. Perniagaan khidmat potong rumput

Perniagaan ini juga sudah diambil alih oleh pendatang asing yang cari makan di negara kita terutamanya daripada Bangladesh. Mereka rajin dan jadikan perniagaan ini sebagai sumber pendapatan tambahan mereka.

Anda boleh mulakan dengan hanya membeli mesin potong rumput. Tawarkan perkhidmatan ini pada jiran-jiran anda. Lama-lama anda boleh rekrut pekerja bila pelanggan bertambah.

7. Perniagaan khidmat menjaga tanaman perhiasan

Ini juga satu perniagaan besar sebenarnya. Syarikat seperti Rent a Pot adalah syarikat antarabangsa yang menawarkan khidmat selenggara tanaman hiasan pejabat.

Anda boleh mula tawarkan khidmat memelihara tanaman hisan pada para jiran anda. Anda boleh juga sewa pokok pada mereka dan kerja selanggara anda yang lakukan setiap minggu.

Ini boleh menjadi besar bila pelanggan anda bertambah. Asalkan anda minta bercucuk tanam pokok perhiasan.

8. Perniagaan membaiki paip dan kebocoran rumah

Perniagaan ini sedikit demi sedikit telah diambil alih oleh para pendatang terutamanya dari Indonesia. Orang kita malas atau mungkin tak ada masa. Ramai usahawan berbangsa Cina yang buat duit dengan perniagaan ini sejak lama dulu.

Dengan jumlah perumahan yang sentiasa bertambah, ia meningkatkan permintaan. Anda boleh tawarkan pada jiran-jiran di sekeliling anda untuk selesaikan sebarang masalah paip dan kebocoran.

9. Perniagaan ubah suai rumah atau bangunan

Ini juga perniagaan yang telah diserang ole para pendatang samada dari Indonesia mahupun dari Bangladesh. Mereka tawarkan harga yang murah.

Tapi anda boleh dapatkan kerja ubahsuai rumah dengan kualiti dan jaminan yang bermutu tinggi. Pergi ke arah pasaran mewah supaya anda tidak perlu bersaing dengan pendatang dalam industri ini.

10. Perniagaan hiasan dalaman

Ini satu perniagaan yang dah lama bertapak. Permintaannya semakin tinggi apabila jumlah penduduk berpendapatan pertengahan semkain meningkat di negara kita.

Jika anda minat kerja hiasan dalaman, anda ada kelebihan untuk tawarkan pada pelanggan atau kenalan anda. Sasarkan pelanggan mewah dan jangan fokus pada pasaran yang ekonomi.

11. Perniagaan khidmat cuci rumah dan pejabat

Saya pernah bertemu dengan sekumpulan warga Arab yang berhijrah ke Sweden. Mereka memulakan perniagaan kecil dengan menawarkan khidmat cuci rumah dan pejabat di Sweden. Kini mereka semua jadi jutawan dengan kerja-kerja selenggaraan pejabat dan perumahan.

12. Perniagaan khidmat kemas rumah dan memasak

Ada lambakan pendatang asing dari Indonesia yang cekap dalam kerja-kerja kemas rumah dan memasak. Gunakan pembantu rumah yang anda ada untuk kembangkan tawaran kerja pada semua jiran anda. Bila pelanggan bertambah, tambah pembantu rumah anda.

13. Perniagaan khidmat hantar makanan

Pernahkah anda dengar satu syarikat Dawabbala dari India. Kerja mereka hanya hantar makanan yang diambil dari isteri di rumah pelanggan untuk dihantar pada suami mereka yang bertugas di pejabat.

Perniagaan ini dikagumi oleh dunia antarabangsa kerana ketepatan dan kecekapan mereka melaksanakan tugas. Kalau anda seorang penghantar surat, anda boleh lakukan tugasan ini dengan bermula dari kecil.

14. Perniagaan khidmat hantar budak sekolah

Ini perniagaan yang sangat mudah dan semua orang yang ada anak tahu kepentingannya. Jika anda ada anak yang gunakan perkhidmatan bas sekolah tentu anda tahu di mana kelemahan yang boleh diperbaiki.

Kelemahan itu adalah peluang dan sudah tentu orang lain juga mengharapkan ada pengusaha bas sekolah yang mampu selesaikan amsalah tersebut.

Beli satu van atau bas sekolah dan cari pemandu yang pencen yang mahu tambah pendapatan. Anda dah mulakan perniagaan ini…

15. Perniagaan khidmat hantar pekerja kilang

Kalau di negeri yang industri perkilangannya hebat, ada anyak peluang untuk perniagaan ini. Kawan saya di Pulau Pinang bermula dengan menggunakan sebuah van hantar pekerja kilang. Sekarang dia ada 30 buah bas dan 70 buah van kilang.

Semuanya dimulakan dari kecilan-kecilan dan akhirnya dia kaya raya walaupun kelulusannya hanya setakat tingkatan 3.

16. Perniagaan khidmat jaga kanak-kanak

Banyak kekecewaan di kalangan ibu bapa yang terpaksa hantar anak kecil mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak. Macam-macam kes ada berlaku sekarang, ada yang anak mereka diberikan pil pelali, anak mereka diikat dan didera dan macam-macam lagi.

Jika anda minat jaga anak kecil, anda lemah lembut penyabar, tawarkan perkhidmatan ini pada ibu bapa yang sedang risau di luar sana.

17. Perniagaan khidmat menjaga binatang peliharaan

Perniagaan ini mungkin sesuai hanya di pusat bandar. Bila orang bandar kesunyian, mereka bela binatang. Bila mereka kerja, binatang mereka perlu diawasi. Begitu juga bila mereka outstation perlu ada orang yang jaga binatang mereka.

Permintaan terhadap perkhidmatan ini secara profesional mula bertambah. Ia amat niche dan bukan semua orang mampu lakukannya.

Jika anda ada kemahiran, suka binatang dan tahu macam mana nak bela binatang dengan baik, boleh mulakan perniagaan ini.

18. Perniagaan khidmat potong atau trim pokok

Pokok magga depan rumah saya sentiasa besar dan rendang semula setiap kali dipotong. Bila jadi begitu, jiran-jiran tak suka sebab pokok terlalu besar dan rendang banyak keluarkan daun dan kotorkan rumah mereka.

Saya terpaksa umah pekerja Bangladesh untuk potong dan trim pokok mangga tersebut. Banyak lagi orang macam saya yang perlukan khidmat ini.

Ini satu peluang perniagaan parttime yang boleh dilakukan hanya pada waktu cuti. Mula secara kecil-kecilan dulu.

19. Perniagaan kumpul barang buangan kitar semula

Rasanya ramai dah mulakan perniagaan ini. Ramai warga India yang buat kerja ini dan ramai juga warga Bangladesh yang kaut melebihi seribu sebulan hanya dengan aktiviti kumpul barang terbuang.

Mungkin anda akan terkejut jika saya katakan bahawa industri kumpul barang kitaran semula ini lahirkan ramai jutawan!

20. Perniagaan baik pulih barang lama

Kalau anda ada Astro, anda tentu suka tengok bagaimana kumpulan pulihkan barang lama ini berikan perkhidmatan mereka pada pelanggan. Memang hebat dan pasarannya ada terutamanya dari mereka yang ada duit.

Negara kita ada ramai peminat barang antik dan lama, maknanya perniagaan ini boleh saja dimulakan jika anda ada minat dan kemahiran.

21. Perniagaan baik pulih barang antik

Ini macam kerja d atas juga, tapi lebih menjurus pada hasil koleksi yang mahal. Kalau barang lama pasarannya lebih luas, barang antik pasarannya lebih fokus.

Bukan semua orang suka barang antik untuk dibuat koleksi tapi pasaran itu tetap ada dan mewah sebenarnya.

Kawan saya beli barang antik, pulihkannya dan jula semula dengan harga berpuluh kali ganda dari asal.

22. Perniagaan khidmat guaman

Kalau anda lawyer, anda boleh buka perniagaan ini. Kalau anda ada pengalaman kerja di firma peguan, anda juga boleh mulakan perniagaan ini dengan gunakan lesen peguan yang bertauliah.

Tak perlu masuk mahkamah, anda hanya buat kerja beli rumah dan urusan berkenaan peguam sahaja, hasilnya agak mewah seenarnya.

23. Perniagaan sewa rumah atau sublet

Ramai jadi usahawan hartanah dengan mulakan bisnes ini secara kecil-kecilan. Terutamanya yang tak ada kerna seperti suri rumah, anda boleh jadi ajen pada tuan rumah kosong yang tinggal berjauhan dari rumahnya.

Ada ramai orang yang beli rumah tapi tak duduk sebab berpindah tempat kerja di luar kawasan. Hubungi mereka dan sewa rumah mereka.

Sewakan balik pada orang lain dan anda uruskan penyelenggaraan rumah tersebut. Bila ada modal beli dan sewakan…

24. Perniagaan jual barang lama

Kalau di atas tadi lebih kepada perkhidmatan baik pulih, kali ini lebih kepada trading. Anda beli dan hantar pada kewan yang tahu baik pulih barang lama. Bila dah ok, pasarkan pada siapa yang sudi membelinya. Buat blog atau gunakan FB.

Antara barang lama menarik untuk dijual adalah seperti perabut rumah atau pejabat. Ramai yang lebih suka berjimat terutamanya orang bujang atau keluarga yang susah.

25. Perniagaan jual barang antik

Sama juga dengan barang lama, tapi kali ini adalah barang antik. Barang lama murah, sebaliknya barang antik amat mahal. Jadi sasarannya adalah mereka yang kaya dan ada minta buat koleksi barang antik.

Pastikan anda tahu di mana boleh baiki barang antik. Hantar baiki dan pulihkan semula dan dalam pada itu cari pembeli. Sama juga, gunakan blog atau FB.

26. Perniagaan tuisyen budak sekolah

Ada ramai cikgu yang mula buat kelas tambahan atau tuisyen secara kecil-kecilan akhirnya berhenti kerja cikgu dan buat tuisyen sepenuh masa. Pendapatan jauh lebih tinggi daripada kerjaya cikgu.

Bukan cikgu juga boleh buat perniagaan ini. Asalkan anda belajar tinggi, boleh saja. Atau sediakan tempat dan cari cikgu untuk kerja dengan pusat tuisyen anda.

27. Perniagaan urus akaun syarikat

Ini kerja berkemahiran. Jika anda ada kelulusan akaun, pernah kerja atau sedang kerja dengan syarikat audit, anda boleh mulakan buat secara separuh masa jaga akaun syarikat kecil. Mulakan dengan satu syarikat dan tambah dan akhirnya boleh buat fulltime.

28. Perniagaan ajar orang masak

Jika anda suka masak, pandai masak dan ada kemahiran ajar orang masak. Buat kelas ajar memasak. Ramai orang kaya dengan ajar orang masak dan dia tak buka restoran pun.

Chef Li yang popular dengan buku jutawan senyap itu pun kerjanya ajar orang masak. Cari dapur, sewa dan pasarkan tawaran anda di FB. Perniagaan anda dah bermula. Boleh buat secara part time.

29. Perniagaan ajar orang menjahit

Sama seperti ajar orang masak, kalau anda ada kemahiran menjahit, ada kemahiran mengajar, maka boleh mulakan perniagaan ajar orang menjahit. Tak perlu ajar semua kemahiran menjahit dengan berbagai jenis pakaian.

Cari jenis pakaian apa yang anda paling mahir dan tawarkan mengajar bab itu saja. Lebih fokus dan mudah. Pasarkan di FB dan blog.

Sewa pusat menjahit pada hujung minggu dan perniagaan anda sudah bermula.

30. Perniagaan ajar orang berniaga

Ini juga satu jenis perniagaan yang besar pasarannya. Seeloknya anda ada kemahiran mengajar dan ada perniagaan yang terbukti mampu sara kehidupan anda. Ajar orang apa yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan kalau nak berniaga.

31. Perniagaan baik pulih perniagaan

Jika anda ada kerajinan dan daya analitikal yang tinggi. Dan ada juga ada ramai kenalan dari berbagai kemahiran dalam berbagai industri. Anda boleh buat tawaran untuk pulihkan perniagaan orang.

Biasanya taukeh akan sesat dan hilang arah di dalam perniagaannya sendiri. Bila ada orang luar membantu pulihkan perniagaannya, adalah lebih mudah kerana idea segar dan baru akan disuntik.

32. Perniagaan ajar orang bertani

Ramai juga yang sudah lemas hidup di bandar. Mereka ada tanah dan nak bertani, tapi tak ada ilmu. Jika anda ada kemahiran dan pengalaman bertani, ramai yang mahu belajar.

Pastikan ada sekali latihan praktikal dan pilih tanaman yang terbukti berjaya mampu jana wang. Ada seorang kawan yang tanam nangka madu dan pendapatan yang dijana sebulan tak kurang dari RM25 ribu!

33. Perniagaan ajar orang memimpin

Negara kita kekurangan mereka yang mampu memimpin dengan baik. Ramai yang teringin nak jadi pemimpin tapi tak tahu mana nak mula.

Di luar negara, ilmu kepimpinan mendapat permintaan tinggi dari mereka yang mahu melonjakkan kerjaya.

Jika anda ada kemahiran memberikan ceramah, memberi motivasi dan berpengalaman memimpin, boleh anjurkan tawaran kelas latihan samada secara berterusan atau sekali sekala.

34. Perniagaan ajar orang jaga kesihatan

Ini dah jadi satu perniagaan yang semakin popular. Ada ramai pembimbing kesihatan peribadi muncul untuk membimbing mereka yang mahu jaga dan kekalkan kesihatan.

Pastikan anda sendiri seorang yang sihat dan amalkan gaya hidup yang sihat. Diri anda sendiri boleh dijadikan sebagai testimoni kejayaan teknik jaga kesihatan yang anda amalkan.

35. Perniagaan ajar seni pertahanan diri

Saya suka tonton cerita Ip Man, bekas guru Bruce Lee yang mahir dalam seni Win Chun. Jika anda pandai seni silat atau mana-mana seni pertahankan diri lain, anda ada kelebihan untuk buka kelas secara kecil-kecialan.

36. Perniagaan ajar orang beli saham atau melabur

Ini dah ramai yang anjurkan. Ada banyak kelas yang mengajar orang ramai macam mana nak main saham dan jadi kaya.

Jika anda jadikan kaya sebagai daya tarikan, pastikan anda sendiri kaya dengan main saham. Jika tidak, cukup sekadar berikan ilmu penting asas bagaimana nak mula dan main saham. Tentu ramai yang mahu belajar.

37. Perniagaan ajar orang ilmu hartanah

Ini pun dah ramai yang anjurkan. Biasanya mereka yang dah buktikan diri mereka berjaya dengan ilmu hartanah dan jadi kaya akan mula anjurkan kelas hartanah.

Mereka mahu ajar teknik yang dah mereka amalkan dan terbukti berkesan. Dalam masa yang sama mereka mahu kembangkan lagi jaringan kenalan pemain hartanah. Jika anda ada ilmu tersebut, bolah buat kelas sambilan untuk mereka yang baru nak mula.

38. Perniagaan ajar orang menulis

Sejak dunia internet berkembang maju, semakin ramai orang yang ingin mengasah bakat menulis mereka. Banyak kegunaannya, terutamanya untuk kembangkan perniagaan menggunakan teknologi internet.

Ada juga yang teringin nak tulis buku, ada yang nak luahkan pemikiran agar dapat dikongsikan oleh orang lain dengan lebih ramai.

Jika anda cikgu atau ada pengalaman dalam dunia penulisan, boleh mula buat bisnes ajar orang menulis secara sambilan dan kecil-kecilan. Insyaallah ada sambutan.

39. Perniagaan ajar orang berkomunikasi

Tak guna otak bijak, tapi tak mampu sampaikan pada orang lain walaupun perkara yang asas. Ramai orang yang berjaya walaupun tak berapa hebat pencapaian akademiknya adalah kerana kebolehan berkomunikasi dengan baik.

Ramai pemimpin yang ada di atas juga banyak dibantu oleh kebolehan berkomunikasi. Ramai yang dah sedar kepentingannya dan jika anda ada kemahiran dalam bab ini, buka kelas dan ajarlah orang ramai. Tentu ramai yang mahu.

40. Perniagaan ajar orang berenang

Masa kecil dulu, hanya kanak-kanak nakal saja yang akan tahu berenang. Sebab mereka curi-curi mandi sungai. Sekarang, tak ada sungai dalam bandar. Kalau ada pun kotor.

Ramai yang tak ada kemahiran untuk berenang sedangkan ianya adalah senaman yang amat baik. Jika anda ada kemahiran ajar berenang, tawarkan saja pada jiran dan rakan. Ajar mereka dan anak-anak mereka secara peribadi setiap minggu. Ramai yang berminat nak belajar berenang.

41. Perniagaan ajar orang hias rumah

Sudah ramai yang jual barang perhiasan rumah. Ramai juga yang usahakan bisnes khidmat hias rumah.

Jika anda ada kemahiran dalam industri hiasan dalaman, buka saja kelas untuk ajar mereka samada surirumah atau individu pain yang nak ceburkan diri dalam dunia perhiasan dalaman. Sambil ajar hias rumah anda juga boleh jual produk yang berkaitan.

42. Perniagaan jual buku online

Anda tentu tahu tentang Amazon.com yang bermula hanya dengan idea untuk menjadikan internet sebagai platform menjual buku. Memang susah kalau nak lawan amazon yang dah bertukar menjadi raksaksa besar dalam dunia jualan berbagai produk.

Tapi masih ada ruang sebenarnya jika anda minat pada buku. Apatah lagi jika anda mampu menulis buku atau ada keupayaan kumpulkan buku lama dan pasarkannya di internet.

43. Perniagaan jual ebook online

Ini satu lagi peluang perniagaan yang masuk dalam kategori buku juga, tapi bukan secara cetakan. Ada usahawan yang jadikan perniagaan e-book ini sebagai perniagaan dengan memasarkan tajuk-tajuk penulisan menarik dalam bahasa melayu.

Saya dengar pendapatannya mencecah RM20 ribu sebulan hasil daripada jualan ebook sahaja. Jika anda ada masa belajarlah buat ebook dan jual sendiri secara online.

44. Perniagaan ajar orang baik pulih kenderaan

Perniagaan yang berhubung kait dengan ilmu selenggara peralatan ini memang ada potensi. Bukan saja untuk mereka yang minat nak baiki kenderaan mereka sendiri, malah juga untuk mereka yang nak dapatkan kerja dalam bidang baiki kenderaan ataupun nak buka bengkel kenderaan.

45. Perniagaan jual basikal

Sekarang amat mudah untuk anda beli basikal daripada negara China atau negara lain. Boleh order secara online, buat bayaran dan basikal akan dihantar pada anda.

Anda boleh cuba buat yang sama dengan gabungkan parts basikal berkualiti dari berbagai sumber, pasang sendiri sebagai prototype dan pasarkan melalui internet. Semua ini boleh berlaku dengan kemudahan teknologi dan rangkaian logistik yang hebat.

46. Perniagaan kedai runcit

Tak perlu nak cerita panjang tentang perniagaan ini. Ramai orang melayu dah pandai buka dan uruskan kedai runcit. Kalau ada modal RM10 ribu, anda boleh dapatkan barangan bernilai sekurang-kurangnya RM20 ribu sebagai permulaa untuk isi para di kedai runcit anda.

47. Perniagaan khidmat jaga orang tua

Ini satu masalah besar yang dihadapi oleh orang ramai dalam zaman ini. Kedua-dua tunggak utama keluarga iaitu suami isteri bekerja dan hampir semua orang sibuk dengan urusan dunia masing-masing.

Bila ibu tua di kampung semakin lemah, tak ada orang nak jaga dengan baik segala kebajikan makan dan minum ibu tua tersebut.

Jika anda jenis suka bela orang tua, ada kenal kawan-kawan yang begitu dan ada masa, tawarkan khidmat jaga orang tua macam sistem nursery kanak-kanak. Tapi bukan untuk kanak-kanak sebaliknya untuk orang tua. Ada faham? Buatlah!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, June 20, 2019

10 Pekerjaan Paling Tinggi Risiko Penyebab Kemurungan, Paling Teruk Menjadi Gila!

10 Pekerjaan Paling Tinggi Risiko Penyebab Kemurungan, Paling Teruk Menjadi Gila!

Ada beberapa kerjaya yang lebih berisiko menyebabkan manusia menghadapi tekanan perasaan. Menurut Dr. Deborah Legge, seorang kaunselor kesihatan mental dari Buffalo, Amerika Syarikat, ada beberapa aspek dalam setiap pekerjaan yang boleh menyumbang kepada kemurungan atau membuatkan penyakit itu bertambah buruk.

Kemurungan dalam kerja

Berikut adalah 10 bidang kerjaya (daripada 21 kategori utama kerjaya) di mana para pekerjanya mempunyai risiko dan kebarangkalian tinggi untuk menghadapi kemurungan.

1. Pekerja pusat penjagaan (warga emas/kanak-kanak)

Pekerja di rumah atau pusat penjagaan mengungguli carta di mana hampir 11% daripada mereka yang berkecimpung dalam bidang ini melaporkan menghadapi kemurungan yang kronik.

Dr. Christopher Willard iaitu seorang pakar psikologi klinikal dari Tufts University memberitahu, tugas harian mereka di tempat kerja termasuklah memberi makan, memandikan dan menjaga orang lain yang "tidak mampu mengucapkan rasa berterima kasih atau memberikan penghargaan disebabkan mereka terlalu tua atau terlalu muda."

Keadaan ini membuatkan seseorang sangat tertekan kerana tidak banyak peneguhan positif diterima dari persekitaran.

2. Pekerja khidmat makanan

Pelayan di restoran atau kedai makan kebiasaannya menerima gaji yang tidak begitu tinggi dan perlu bekerja dengan teruk sambil terpaksa melayani pelbagai kerenah pelanggan tanpa henti-henti. Dilaporkan sekitar 10% pekerja dalam sektor ini menghadapi kemurungan kronik.

Dr. Legge menyatakan yang kerjaya ini jarang menerima ucapan terima kasih. Hal ini mungkin disebabkan pelanggan sendiri mengharapkan pelayan mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Tidak dilupakan ada juga pelanggan yang selalu bersikap kasar dan biadap terhadap para pelayan.

Apabila anda menggunakan banyak tenaga semasa bekerja ditambah dengan tekanan emosi sedemikian, agak sukar untuk mempunyai tenaga positif dan motivasi dalam diri.

3. Pekerja sosial

Pekerja sosial perlu berhadapan dengan pelbagai masalah luar seperti kanak-kanak yang didera atau keluarga yang sedang menghadapi krisis.

Persekitaran yang sedia ada negatif itu ditambah buruk pula dengan kerenah birokrasi yang sering menyulitkan keadaan.

Ada sejenis budaya kerja yang menyatakan jika anda ingin melakukan sesuatu kerja dengan baik, anda perlu bekerja dengan keras dan sentiasa membuat pengorbanan.

Disebabkan pekerja sosial sering dikelilingi mereka yang kurang bernasib baik, ia agak sukar untuk berhati keras dengan tidak banyak berkorban.

Golongan ini kerap dan amat mudah mengalami sindrom burnout (keletihan fizikal, emosi dan mental) akibat menerima tekanan berunsur negatif secara berpanjangan.

4. Pekerja bidang penjagaan kesihatan

Kategori ini termasuklah doktor, jururawat, ahli terapi dan pelbagai profesion lain yang melibatkan golongan yang "sentiasa memberi khidmat" sehingga diri sendiri terabai.

Pekerja dalam sektor ini sering mempunyai waktu bertugas yang panjang dan tidak menentu. Adakalanya ke tandas pun tidak punya masa. Diselang-selikan pula dengan saat-saat genting di mana nyawa manusia lain berada dalam tangan mereka.

Kesimpulannya, tahap tekanan pekerja bidang penjagaan kesihatan adalah sangat tinggi. Mereka perlu berhadapan dengan pelbagai jenis sakit, trauma dan kematian. Tidak dilupakan mereka perlu berurusan dengan ahli keluarga pesakit yang meninggal dunia.

Kesemua faktor ini boleh menyumbang kepada kemurungan kerana ia boleh membuatkan minda mereka tertumpu kepada ruang lingkup pemikiran yang kecil bahawa dunia ini adalah suatu tempat yang sangat menyedihkan.

5. Karyawan (artis, penghibur, penulis)

Kerjaya dalam bidang ini kebiasaannya mempunyai pendapatan yang tidak tetap, masa kerja yang tidak menentu selain sering bersendirian mengasingkan diri daripada orang ramai.

Golongan kreatif seumpama ini juga mempunyai kadar gangguan mood yang tinggi iaitu sekitar 9% kes kemurungan yang dilaporkan.

Bagi orang lelaki, inilah kategori kerjaya yang membuatkan mereka berisiko tinggi untuk menghadapi episod kemurungan kronik.

Selama tempoh 25 tahun merawat pesakit dengan masalah kesihatan mental, Dr. Legge mendapati satu lagi penyakit yang sering terjadi pada penghibur dan artis adalah kecelaruan bipolar.

6. Perguruan

Beban kerja guru pada hari ini bukanlah seperti 20-30 tahun yang lalu. Guru kini bukan sahaja terlibat dalam sesi pembelajaran dan pengajaran semasa waktu sekolah, malah mereka juga perlu membawa pulang lambakan kerja untuk disiapkan di rumah selain terlibat dengan pelbagai rancangan serta aktiviti yang membabitkan pelajar.

Ditambah dengan ketiadaan bajet dari pihak atasan untuk menyediakan bahan pengajaran sewajarnya untuk anak-anak murid, mereka pula terpaksa berkorban wang poket sendiri semata-mata ingin melihat pelajar cemerlang dan berjaya.

Golongan akademik ini perlu berhadapan dengan pelbagai tekanan - melayani kerenah pelajar seramai 30-40 orang setiap kelas, memenuhi kehendak ibu bapa dan pada masa yang sama perlu mencapai sasaran serta standard yang ditetapkan pihak sekolah.

Tidak cukup dengan itu, apabila dibuka media sosial, dibaca pula pelbagai kecaman dan kata-kata kesat yang dilontarkan kepada mereka.

Hal-hal seperti ini boleh menyebabkan para guru sukar melakukan tugas mereka dengan sempurna sehinggakan terlupa apa tujuan utama mereka menyertai bidang kerjaya ini.

7. Pekerja sokongan pentadbiran

Pekerja dalam sektor ini boleh menderita akibat permintaan yang tinggi dan ketiadaan kawalan.

Mereka sering berada di barisan hadapan dan menerima pelbagai arahan dari semua arah serta dari semua peringkat. Walau bagaimanapun, mereka sendiri merupakan pekerja peringkat bawahan yang tidak mempunyai kuasa untuk 'menepis' atau 'mengawal' arahan-arahan ini.

Selain terpaksa melayan pelbagai kerenah manusia yang ingin berlagak seperti seorang bos, kerjaya dalam bidang ini juga kurang diberikan penghargaan atas segala tugas yang disempurnakan (walaupun tugas-tugas itu telah memudahkan hidup orang lain).

8. Pekerja pembinaan dan penyelenggaraan

Tiada siapa yang suka jika mereka hanya dipanggil apabila terjadi sesuatu masalah. Namun, itulah yang perlu dihadapi oleh pekerja penyelenggaraan hampir setiap hari.

Mereka juga perlu bekerja pada masa yang tidak menentu, tidak mengira musim atau cuti dan seringkali perlu bekerja malam.

Bayaran yang diterima juga kebiasaannya dilaporkan tidak setimpal kerana tugas mereka adalah 'membersihkan tahi' yang orang lain lakukan.

Kerjaya ini juga mempunyai kadar keluar masuk pekerja yang tinggi. Situasi pekerja saling silih berganti ini menyebabkan mereka sering terpinggir. Persekitaran tempat kerja seperti ini boleh membahayakan kesihatan mental seseorang.

9. Akauntan dan penasihat kewangan

Tekanan. Tekanan. Tekanan. Kebanyakan orang tidak suka menguruskan wang simpanan atau akaun pelaburan sendiri kerana ia melibatkan nombor dan pelbagai kemungkinan yang sukar dibaca.

Jadi, bolehkah anda bayangkan jika anda menguruskan akaun bernilai ribuan atau jutaan ringgit yang dimiliki orang lain?

Ia merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu digalas kerana melibatkan perihal kewangan orang lain dan pada masa yang sama ketiadaan kuasa untuk mengawal pasaran ekonomi.

Selain diselubungi rasa bersalah apabila klien mengalami kerugian, mereka mungkin terpaksa berhadapan dengan jeritan, cacian dan pelbagai ugutan.

10. Bidang jualan

Ramai jurujual yang memperolehi pendapatan mengikut komisyen. Ini bermakna, anda tidak tahu bilakah bayaran berikutnya akan dimasukkan ke akaun anda. Mereka perlu bergerak ke sana ke mari dan adakalanya terpaksa berjauhan dengan rumah, keluarga dan rakan-rakan.

Jika mereka bekerja sendiri, faedah yang diterima juga agak terhad. Apabila diambil kira kesemua faktor ini, suasana kerja dalam sektor jualan boleh menjadi punca kepada tercetusnya kemurungan.

Walau bagaimanapun, usah khuatir untuk memilih kerjaya-kerjaya ini jika anda berminat melakukannya atau cenderung ke arahnya.

Menurut Dr. Deborah, anda mampu mengawal kerjaya bertekanan tinggi ini jika anda sentiasa menjaga diri dengan baik dan cuba dapatkan bantuan yang sewajarnya.

Bagi pembaca yang sering berurusan dengan individu yang tergolong dalam kategori kerjaya ini, cubalah sesekali senyum dan ucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan.

Siapa tahu, anda mampu mengubah hidup mereka menjadi lebih baik.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Wednesday, June 19, 2019

10 Bidang Pekerjaan Paling Santai Dan Juga Amat Memenatkan

10 Bidang Pekerjaan Paling Santai Dan Juga Amat Memenatkan

Sering mengantuk ketika berada di tempat kerja? Keadaan ini pasti acap kali berlaku kepada anda, namun terdapat juga pekerjaan yang memaksa anda berkerja pada waktu malam sekali gus menjejaskan kualiti waktu tidur.

Bidang Pekerjaan paling seronok dan memenatkan

Mungkin anda juga tertanya-tanya jika bertukar kerjaya, adakah anda mampu tidur mencukupi sekali gus mengubah corak hidup anda kepada lebih baik?

Menurut satu kajian oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mungkin dapat membantu anda memburu pekerjaan baharu.

CDC dalam kajiannya merekodkan lebih daripada tujuh jam setiap malam untuk masa tidur adalah mencukupi bagi mengekalkan gaya hidup sihat, namun kurang dari tujuh jam dianggap adalah tidak mencukupi!

Secara keseluruhan, CDC mendapati, hampir 37 peratus orang dewasa melaporkan mereka tidur tiada berkualiti.

Justeru, apakah bidang pekerjaan yang mendorong kepada anda untuk mendapatkan rehat yang mencukupi termasuk tidur lena.

5 Bidang pekerjaan yang membuatkan ada cukup rehat iaitu:
  1. Pertanian, perikanan dan perhutanan (pertanian, nelayan, pekerja perhutanan dan pemuliharaan).
  2. Pendidikan, latihan dan perpustakaan (pustakawan, guru, aktivis).
  3. Perkhidmatan masyarakat dan sosial (kaunselor, pekerja agama, pekerja sosial).
  4. Kehidupan, sains fizikal dan sosial (saintis dan juruteknik sains).
  5. Komputer dan matematik (pakar komputer, pekerjaan sains matematik).

Jika anda salah seorang dari orang-orang yang tidak dapat cukup rehat, anda mungkin boleh mengelakkan bidang seperti di bawah.

5 Bidang pekerjaan yang membuatkan anda kurang tidur iaitu:
  1. Pengeluaran (pekerja percetakan, tukang kayu, pengendali tumbuhan).
  2. Penjagaan kesihatan (jururawat, pekerjaan terapi dan fizikal).
  3. Pengamal perubatan dan teknikal (ahli teknologi dan juruteknik kesihatan).
  4. Penyediaan makanan dan berkaitan makanan (tukang masak, pelayan).
  5. Perkhidmatan perlindungan (pegawai bomba, polis, pegawai penguat kuasa undang-undang).

Kajian berkenaan juga melaporkan, mereka yang kurang tidur kerana terikat kepada pekerjaan masing-masing secara tidak langsung mempengaruhi kesihatan mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Thursday, May 23, 2019

Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2018, Berkuatkuasa 1 Januari 2019

Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2018, Berkuatkuasa 1 Januari 2019

Semua majikan digesa mengambil berat dan mematuhi Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2018 yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2019, yang menetapkan sebanyak RM1,100 sebulan bagi pekerja yang dibayar kadar gaji bulanan dan RM5.29 sejam bagi pekerja yang dibayar gaji ikut jam.

Perintah Gaji Minimum

Bagi pekerja yang dibayar kadar gaji harian, kadar gaji minimum adalah ditetapkan berdasarkan bilangan hari bekerja dalam seminggu.

Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2018 mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2019 di seluruh Malaysia dan perintah tersebut memperuntukkan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara.

Sebelum ini, Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Perintah Gaji Mimimum turut dinikmati oleh pekerja asing yang bekerja di Malaysia.

Dengan penetapan gaji minimum sama rata seluruh negara ini, secara tidak langsung dapat merapatkan jurang sosio-ekonomi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

Cukupkah Gaji Minimum RM1,100?

Kedatangan 1 Januari 2019 lalu begitu amat bermakna bagi pekerja sektor swasta kolar biru atau gred bawahan kerana ia tarikh penguatkuasaan pelaksanaan gaji minimum RM1,100 sebulan atau RM5.29 sejam.

Ini kerana buat julung kalinya dalam sejarah negara pelaksanaan kadar gaji minimum seragam dikuatkuasakan di seluruh negara menjadi kenyataan.

Berdasarkan Survei Gaji dan Upah yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2017, seramai 7.05 juta orang atau 57.8 peratus daripada keseluruhan 12.21 juta orang penduduk bekerja warganegara adalah pekerja swasta.

Pekerja swasta ini merujuk kepada pekerja yang bekerja sekurang-kurangnya enam jam sehari atau sekurang-kurangnya 20 hari sebulan bagi pekerjaan biasa yang dilakukan secara tetap.

Maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan daripada 7.05 juta pekerja swasta ini, 18.1 peratus atau 1.28 juta orang merupakan penerima gaji dan upah di bawah RM1,100.

Jumlah ini tidak termasuk yang bekerja sendiri, pekerja keluarga tanpa gaji dan majikan.

Kurangkan bebanan

Bagi pekerja swasta, kenaikan kadar gaji yang diterima sebanyak RM100 itu mungkin dilihat kecil oleh sesetengah pihak, tetapi tidak buat golongan tenaga kerja bawahan seperti mereka.

Pelbagai faktor

Pada mulanya, penetapan gaji minimum menjadi polemik sebaik kerajaan PH mengumumkan pelarasan gaji minimum seragam di seluruh negara iaitu sebanyak RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuatkuasa 1 Jan 2019.

Jumlah itu dibantah sesetengah pihak kerana didakwa terlalu rendah dan menuntut kerajaan menilai kembali pelaksanaan kenaikan gaji selaras dengan keperluan semasa.

Akhirnya, penetapan kadar baharu kenaikan gaji minimum sebanyak RM1,100 diumumkan dan turut berkuatkuasa pada 1 Jan 2019.

Dalam hal ini, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mengakui, kerajaan menghadapi kesukaran menentukan gaji minimum yang tinggi memandangkan sebahagian besar kewangan negara digunakan untuk membayar hutang.

Beliau dipetik sebagai berkata, kerajaan pada masa ini tidak mampu untuk meningkatkan jumlah perbelanjaan memandangkan hutang yang ditanggung terlalu besar.

Namun demikian, kerajaan komited terhadap agenda yang dijanjikan dalam manifestonya iaitu menaikkan gaji minimum secara beransur-ansur kepada RM1,500 sebulan dalam tempoh penggal pertama pentadbiran atau lima tahun.

Keputusan untuk meningkatkan gaji pada kadar tersebut tidaklah bermakna untuk merendah-rendahkan sumbangan pekerja terutamanya golongan B40.

Kerajaan tidak akan menaikkan gaji minimum RM1,500 sekali gus, kerana jika dilakukan sedemikian akan menyusahkan syarikat swasta kerana pendapatan mereka akan berkurangan sehingga menyebabkan perniagaan tidak boleh beroperasi.

Dalam membuat keputusan ini, kerajaan perlu mengambil kira pelbagai faktor seperti menilai kedudukan keseluruhan ekonomi, kewangan negara, kemampuan majikan, kebajikan pekerja supaya peningkatan gaji itu adalah selaras dengan situasi ekonomi semasa negara.

Langkah wajar

Pensyarah ekonomi Universiti Malaya, Prof Dr Fatimah Kari berkata walaupun kenaikan itu dilihat agak rendah terutamanya dari segi kos sara hidup yang tinggi khususnya di bandar namun ia adalah langkah wajar berdasarkan iklim ekonomi sedia ada.

Pelaksanaan dasar gaji minimum adalah mendokong cita-cita menuju ke arah negara maju dengan menetapkan gaji lantai bagi semua pekerja di Malaysia. Dengan ini juga ia memartabatkan golongan pekerja.

Dasar skim gaji minimum adalah untuk memastikan keperluan asas seseorang pekerja dipenuhi seperti makanan, tempat tinggal selain perlindungan jangka masa panjang untuk kesejahteraan hari tua mereka dengan meningkatkan caruman KWSP, Perkeso dan kadar bayaran kerja lebih masa.

Dalam satu kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), semua caruman minimum majikan dan pekerja kepada KWSP akan diselaras mengikut Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2018 sebanyak RM1,100 bermula 1 Januari 2019.

Menerusi langkah itu, caruman minimum sebanyak RM264 dijangka diterima daripada setiap pekerja yang mendapat gaji bulanan, tertakluk kepada khidmat penuh selama sebulan.

Caruman minimum yang berbeza bagaimanapun akan membabitkan ahli yang menerima bayaran gaji pada asas mingguan, harian atau jam.

Sebanyak 1.64 juta atau 23 peratus daripada 7.11 juta ahli aktif KWSP mencarum kurang daripada gaji minimum semasa iaitu sebanyak RM1,000.

Pelarasan gaji minimum itu sepatutnya dapat membantu ahli KWSP mencapai jumlah simpanan mencukupi bagi tujuan persaraan selain dapat meningkatkan daya tahan kewangan mereka pada masa depan.

Statistik KWSP menunjukkan 64 peratus ahlinya yang mencapai usia 54 tahun memiliki simpanan kurang RM50,000 yang tidak setimpal dengan peningkatan kos sara hidup dan hutang isi rumah.

Tidak ada gulung tikar

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC) berkata, pihak Kongres menerima penetapan gaji minimum sebanyak RM1,100 itu berlandaskan janji kerajaan bahawa ia akan meningkat kepada RM1,500 dalam tempoh lima tahun.

Dalam konteks ini, MTUC bersetuju dan akan memantau perkara ini kerana kenaikan mendadak yang terlalu tinggi agak memudaratkan.

Kenaikan kadar gaji minimum turut akan meningkatkan kadar bayaran kerja lebih masa kepada pekerja dan menyebabkan syarikat lebih suka menggunakan pekerja sedia ada buat kerja lebih masa daripada ambil pekerja baharu.

Kenaikan bayaran kerja lebih masa membantu meningkatkan keupayaan daya beli seseorang pekerja namun, peningkatan gaji minimum secara mendadak menyebabkan tidak ada pekerja baharu diambil.

Rungutan sesetengah majikan yang mempertikaikan pemberian gaji minimum akan merugikan dan menyebabkan perniagaan gulung tikar, beliau berkata pelaksanaan sebelum ini membuktikan tidak ada satu syarikat pun yang terpaksa tutup operasi disebabkan penetapan gaji berkenaan.

Kajian mendapati ia mempunyai kesan langsung kepada peningkatan produktiviti pekerja kerana mereka rasa dihargai di mana pada jangka masa panjang menyumbang secara positif kepada keuntungan syarikat.

Selain berjaya menarik minat anak tempatan untuk menceburi pekerjaan yang sebelum ini banyak tertumpu pada pekerja asing.

Sejarah 2013 iaitu tahun pertama pelaksanaan gaji minimum di mana kenaikan kadarnya adalah sebanyak 100 peratus, tidak ada satu syarikat pun yang tutup atau gulung tikar disebabkan gaji minimum.

Majikan perlu faham apabila menubuhkan sesebuah syarikat, mereka sebenarnya tidak boleh mengambil untung 100 peratus yang bermakna, mereka mempunyai kewajipan untuk pembangunan tenaga kerja dan membangunkan teknologi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Saturday, April 27, 2019

CuepacsPA Tawar Insuran Perlindungan Maksimum RM440,000 Serendah RM6 Sebulan Untuk Penjawat Awam

CuepacsPA Tawar Insuran Perlindungan Maksimum RM440,000 Serendah RM6 Sebulan Untuk Penjawat Awam

MyCuepacsCare dengan kerjasama Zurich General Takaful Malaysia Bhd. (Zurich) menawarkan perlindungan takaful CuepacsPA mampu milik untuk semua penjawat awam di Malaysia, menawarkan perlindungan sehingga RM440,000 kepada penjawat awam sekiranya mereka terlibat dengan kemalangan.

CuepacsPA insuran nyawa penjawat awam

Perlindungan CuepacsPA adalah selaras dengan hasrat CUEPACS untuk memastikan setiap penjawat awam memiliki sekurang-kurangnya satu perlindungan takaful melalui pelancaran Program Mentakafulkan Penjawat Awam Melalui MyCuepacsCare oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

CuepacsPA menawarkan perlindungan maksimum sehingga RM440,000 dengan kadar sumbangan serendah RM6 dan RM12 sebulan.

Kemalangan tidak boleh dijangka, tetapi sebagai penjawat awam, mereka boleh merancang bagaimana untuk menghadapi kemalangan itu dengan perlindungan sewajarnya, demi meningkatkan kesejahteraan warga penjawat awam.

Berikut merupakan beberapa sebab CuepacsCare dan CuepacsPA merupakan pelan takaful terbaik untuk penjawat awam di Malaysia:

1. Caruman bulanan rendah dan mampu dimiliki

Sumbangan bulanan untuk CuepacsCare adalah pada kadar serendah RM32 untuk individu dan RM85 bagi pakej keluarga.

Melalui CuepacsCare, pemegang polisi dan ahli keluarga layak untuk mendapat rawatan penghospitalan dan pembedahan di lebih 70 hospital pakar swasta di seluruh negara.

Sumbangan bulanan untuk CuepacsPA pula adalah serendah RM6 dan RM12 sebulan bagi setiap pemohon dan pasangan.

CuepacsPA turut melindungi anak-anak pemohon dengan kadar caruman sekitar RM1.59 hingga RM6.36 bergantung kepada umur.

2. Perlindungan komprehensif dan lengkap

Pada kadar RM32 dan RM85 sebulan untuk CuepacsCare, setiap pencarum dan ahli keluarga boleh mendapatkan rawatan penghospitalan dan pembedahan di hospital pakar swasta.

Jumlah perlindungan yang diberikan ialah RM40,000 setahun untuk pelan individu dan RM60,000 untuk pelan keluarga.

Jenis rawatan pula meliputi kemalangan, pembedahan, rawatan dialisis buah pinggang, kanser dan penyakit.

Untuk CuepacsPA, setiap kematian akibat kemalangan sebagai penumpang di dalam kenderaan pengangkutan awam berlesen akan diberikan pampasan sehingga RM440,000 secara one-off.

Untuk kematian akibat pengangkutan sendiri, pampasan yang diberikan sehingga RM220,000. Untuk lain-lain kemalangan boleh rujuk kepada rajah berikut:

Keistimewaan CuepacsPA

3. Mudah disertai dan digunakan

CuepacsCare dan CuepacsPA amat mudah disertai oleh penjawat awam. Mereka boleh mendaftar secara online melalui laman www.cuepacscare.my/registration atau menerusi lebih 500 wakil pemasaran MyCuepacsCare di seluruh negara.

Selain itu, difahamkan terdapat lebih 300 wakil pemasaran di seluruh negara bagi memudahkan penjawat awam mendaftar.

Bayaran bulanan pula adalah secara potongan gaji melalui Biro Angkasa.

Cara penggunaan CuepacsCare pula amat mudah dengan hanya menunjukkan kad CuepacsCare semasa urusan kemasukan untuk mendapatkan surat jaminan.

Semasa urusan keluar, bil hospital akan ditanggung oleh CuepacsCare dan anda boleh pulang ke rumah dengan tenang.

Untuk bantuan dan maklumat lanjut, peserta CuepacsCare dan CuepacsPA boleh menghubungi CuepacsCare melalui laman web, www.cuepacscare.my

4. Lain-lain keistimewaan CuepacsCare dan CuepacsPA boleh rujuk pada rajah di bawah

CuepacsCare

Insuran Penjawat Awam
Insuran Penjawat Awam

CuepacsPA

Insuran Penjawat Awam
Insuran Penjawat Awam

Jadi, tunggu apa lagi. Sebagai penjawat awam, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Takaful CuepacsCare dan CuepacsPA.

Jika takaful ini dibuka kepada pekerja di sektor swasta, sudah tentu ia menjadi rebutan kerana keistimewaannya dan caruman yang mampu milik.

Penjawat awam yang mahu menyertai boleh mendaftar secara online melalui laman web www.cuepacscare.my/registration atau menerusi lebih 500 wakil pemasaran MyCuepacsCare di seluruh negara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub