Sunday, October 09, 2016

‘Burnout’ Adalah Kepenatan Melampau Hasil Rantaian Semua Stress Anda!


‘Burnout’ ialah satu sindrom psikologi di mana ianya melibatkan keletihan fizikal / emosi melampau yang boleh mengganggu prestasi di tempat kerja.

Stress

‘Burnout’ sebenarnya lebih teruk daripada ‘stress’. Saya kongsi ilustrasi di bawah untuk kita lihat peringkatnya (dapat daripada Google):

Stress -> more stress -> a lot of stress -> too much stress -> BURNOUT!

Berdasarkan instrumen ‘Maslach Burnout Inventory’ yang dibangunkan oleh ahli psikologi Christina Maslach, terdapat 6 faktor risiko yang membawa kepada ‘burnout’ iaitu:

1. ‘Workload’/beban kerja

Mempunyai terlalu banyak kerja dengan sumber yang sangat terhad (masa).

2. Kawalan

Terlalu ‘micromanage’ dan tidak mempunyai cukup pengaruh atau kepentingan dalam tugasan.

3. ‘Reward’/pengiktirafan

Gaji terlalu rendah, tidak diberi penghargaan atau tidak puas hati dengan pekerjaan.

4. Komuniti

Bekerja dalam persekitaran yang ‘terbiar’ beserta konflik atau tiada tolak-ansur.

5. Keadilan

Berlaku diskriminasi atau terdapat ‘favoritism’ dalam tempat kerja.

6. Nilai

Mengalami konflik berkaitan etika kerja ataupun terpaksa melakukan tugasan yang tidak bermakna/meaningless.

Antara kaedah yang boleh dilakukan apabila seseorang individu mengalami simptom ‘burnout’ ialah dengan bertukar kerjaya.

BACA INI JUGA:

Sumber: Thevocket

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon