Thursday, October 06, 2016

Pekerja Malaysia Dan Singapura ‘Paling Tidak Bahagia’ Di Asia!


Ternyata duit bukanlah segala-galanya, sekalipun tawaran gaji yang tinggi belum pasti menjamin kebahagian pekerja.

Najib tertekan
Gambar hiasan.

Sebab itulah selain dari menawarkan gaji yang tinggi, ramai majikan yang turut menawarkan pelbagai kelebihan lain kepada pekerjanya. Sudah pastinya demi kepentinggan perusahaan itu sendiri.

Berada di dalam kelompok negara Asia, negara manakah mempunyai pekerja yang paling bahagia?

Berdasarkan kaji selidik yang telah dibuat oleh JobStreet, nampaknya pekerja dari Malaysia dan Singapura paling tidak bahagia di Asia.

Kajian ini dilakukan meliputi 7 negara Asia dengan penerimaan respon seramai 67,000 orang.

Singapura berada di tangga yang pertama dengan jumlah point 5.09 diikuti Malaysia dengan kutipan mata sebanyak 5.22. Ini menjadikan Malaysia menduduki tangga ke 2 dalam carta pekerja paling tidak bahagia di Asia.

Filipina menduduki tempat yang baik sekaligus merupakan negara Asia yang mencatatkan rekod pekerja paling bahagia di Asia.

Di bawah ini senarai kedudukan hasil dari kaji selidik yang telah dilakukan.
  1. Filipina: 6.25
  2. Indonesia: 6.16
  3. Thailand: 5.74
  4. Hong Kong: 5.56
  5. Vietnam: 5.48
  6. Malaysia: 5.22
  7. Singapura: 5.09

Hal ini meliputi kajian atas ketidakpuashatian berdasarkan faktor seperti kepimpinan yang teruk, reputasi sesebuah syarikat, latihan tidak profesional, keselesaan di tempat kerja dan juga hubungan di antara rakan sekerja. Perkara ini biasanya berlaku di Malaysia, Singapura dan Hong Kong.

Tepuk dada tanya selera, adakah anda ketika ini sudah cukup bahagia dengan pekerjaan anda sekarang? Hanya anda yang tahu jawapannya.

Duit semata-mata tidak mampu membeli kebahagian, setuju? -TV | HR

Penjawat awam lingkungan umur 30-40 paling tertekan?

Penjawat awam dalam lingkungan umur 30 dan 40 tahun adalah golongan yang sering mendapatkan khidmat kaunseling bagi mengatasi masalah tekanan, kata Timbalan Pengarah Kanan Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Dr Abdul Jalil Hassan.

Katanya, tekanan yang dihadapi antaranya berpunca daripada masalah kewangan dengan kebanyakan kumpulan ini, baru membina keluarga, mempunyai zuriat, membeli rumah dan berhutang.

"Kebanyakan mereka yang datang mendapatkan khidmat kaunseling adalah secara sukarela dan ada juga yang dirujuk oleh ketua bahagian atau jabatan mereka," katanya.

Dr Abdul Jalil bagaimanapun berkata secara umumnya, masalah tekanan dalam kalangan penjawat awam masih stabil kerana faktor kedudukan ekonomi yang baik termasuk menerima gaji bulanan secara tetap.

Beliau turut berkongsi pandangan bahawa masalah tekanan dijangka menjadi penyakit nombor satu dunia menjelang 2020 yang seterusnya memberi kesan negatif kepada masyarakat jika tidak ditangani dengan baik.

Katanya masalah tekanan terdiri dua jenis iaitu 'eustress' dan 'distress'.

Eustress adalah tekanan bagi mencapai kejayaan, manakala distress adalah sesuatu tekanan yang perlu dikurangkan. -AA

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon