Selasa, Mac 27, 2018

10 Pekerjaan Yang Memerlukan Tahap IQ Tinggi


IQ adalah singkatan bagi intelligence quotient atau kecerdasan otak yang mengukur kepintaran individu dan skor atau nilai IQ dibuat berdasarkan ujian dan kebanyakan orang memperolehi markah antara 85 sehingga 115.

10 Pekerjaan Yang Memerlukan Tahap IQ Tinggi

Jika anda mendapat skor melebihi 125, anda mempunyai nilai IQ yang lebih tinggi daripada orang biasa walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa keputusan ujian-ujian ini tidaklah selalunya tepat.

Sesetengah kerjaya sememangnya memerlukan tahap IQ seseorang melebihi orang biasa yang bukan sekadar memerlukan pengambilan ujian IQ yang mudah dan memperolehi skor yang tinggi, namun kajian oleh University of Wisconsin mendapati mereka yang memiliki tahap IQ tinggi berkecenderungan memilih pekerjaan-pekerjaan berikut.

1. Ejen hartanah

Para profesional dalam bidang hartanah kebiasaannya lebih bijak daripada orang biasa, menurut kajian sumber artikel ini.

Seorang ejen hartanah perlu mempunyai pelbagai kemahiran, mereka perlu menjadi seorang jurujual, mempunyai ilmu berkaitan kewangan dan perbankan, mengetahui beberapa perkara berkaitan reka bentuk dan kejuruteraan selain faham selok-belok undang-undang yang berkaitan.

2. Pegawai kewangan

Jika anda menonton Bloomberg, membaca artikel atau apa-apa bahan bacaan berkaitan kewangan, anda mesti sukar memahami pelbagai jargon dan huraian yang digunakan.

Kerumitan dalam sektor kewangan inilah yang menyebabkan individu dengan kepintaran tinggi dan benar-benar bersemangat waja sahaja mampu menjejakkan kaki ke Wall Street.

3. Jurujual

Anda mungkin tidak menyangka jawatan ini termasuk dalam senarai walaupun sebenarnya anda tidaklah perlu menjadi terlalu pintar untuk memasuki bidang jualan.

Namun, apabila difikirkan, menjadi seorang jurujual yang hebat adalah lebih mudah sekiranya anda seorang yang bijak.

Anda boleh mengaplikasikan pelbagai strategi psikologi dan memahami produk dan perkhidmatan dengan lebih mendalam.

4. Profesional perisian dan IT

Di kebanyakan bandar besar, para pekerja syarikat teknologi seringkali memperolehi pendapatan yang lumayan kerana mereka perlu memiliki kepintaran yang luar biasa untuk menangani masalah yang dihadapi oleh syarikat seperti berfikir satu langkah ke hadapan dan sentiasa menepati kehendak pengguna.

5. Jurutera bahan dan reka bentuk

Seorang jurutera bahan dan reka bentuk perlu mempunyai pemahaman mendalam mengenai pelbagai subjek termasuklah sains dan matematik.

Bagi orang biasa, mereka mungkin tidak mampu untuk mencapai tahap kelayakan IQ yang diperlukan.

6. Saintis

Ahli sains merupakan suatu istilah yang amat melias untuk menggambarkan pelbagai jenis kerjaya.

Seorang saintis boleh bekerja dalam bidang kesihatan, teknologi atau apa jua bidang yang anda fikirkan.

Walau apa jua bidang yang diceburi, mereka memerlukan kepintaran untuk menyelesaikan masalah yang rumit dan memberi jalan penyelesaian yang logik.

7. Peguam

Pemikiran abstrak dan keupayaan untuk mengimbas kembali maklumat yang banyak pada satu-satu masa merupakan kriteria untuk menjadi seorang peguam yang baik.

Oleh sebab itulah bukan semua orang mampu untuk menceburi bidang ini dan peguam kebiasaannya merupakan golongan cerdik pandai.

Jika anda biasa menonton rancangan TV seperti Law and Order atau drama jenayah yang lain, anda pasti faham mengapa.

8. Jurutera elektrik

Seperti kebanyakan bidang yang memerlukan pengkhususan yang tinggi, seorang jurutera perlu belajar dengan lebih gigih dan berupaya berfikir secara abstrak yang bukan boleh dilakukan oleh semua orang.

Jadi, mereka yang berada dalam bidang kejuruteraan, terutama sekali jurutera elektrik, kebiasaannya mempunyai kepintaran yang lebih hebat daripada mereka dalam bidang lain.

9. Profesor kolej

Untuk menjadi seorang profesor, anda perlu memegang ijazah peringkat tinggi dan mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang.

Untuk mencapai tahap ini, seseorang perlu perlu menjadi pemikir dan mampu menyerap ilmu pengetahuan seperti span.

10. Doktor dan pakar bedah

Menjadi seorang doktor bermakna seseorang perlu menjalani kerja yang sangat mencabar dan memandangkan para doktor perlu mengambil masa bertahun-tahun pengajian sebelum memasuki alam pekerjaan, ia bermakna mereka memerlukan semangat yang lebih banyak dan kecerdasan yang lebih tinggi daripada biasa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Pekerjaan Dengan Gaji Tertinggi Di Malaysia

sumber: beautifulnaara

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

2 comments

Saya punya CGPA 3.51, skor 122!, jadi saya geniusla kan!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon