Wednesday, June 06, 2018

6 Bidang Pengajian Paling Ramai Graduan Menganggur di Malaysia


Tahukah anda graduan berkemahiran apa yang susah hendak mendapatkan peluang pekerjaan? Berikut adalah 6 bidang kemahiran yang graduannya sukar mendapatkan peluang pekerjaan, menurut laporan Kementerian Pengajian Tinggi.

1. Perakaunan

6 Bidang Pengajian Paling Ramai Graduan Menganggur di Malaysia

Jawatan Akauntan adalah satu bidang yang memerlukan kelulusan professional namun tidak memerlukan sumber pekerja yang ramai.

Memerlukan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang cekap, graduan perakaunan mempunyai kemahiran yang sangat spesifik jika dibandingkan dengan graduan-graduan lain seperti perbankan atau perniagaan.

Pendapatan seorang akauntan yang berkelayakan ACCA sebenarnya menarik namun persaingan yang sengit membuatkan ramai graduan akauntan tiada peluang pekerjaan.

2. Sains Sosial

6 Bidang Pengajian Paling Ramai Graduan Menganggur di Malaysia

Sains sosial meliputi pelbagai bidang seperti sejarah, komunikasi, geografi, sosiologi, hubungan antarabangsa dan hubungan industri sebagai contoh, namun permintaan untuk bidang-bidang ini semakin lama semakin menguncup.

Kekurangan keperluan pakar dalam bidang ini terutamanya pada sektor swasta menyukarkan graduan mendapat tempat dalam industri yang kini bergerak ke arah lebih mencari pakar-pakar yang mempunyai kemahiran praktikal.

3. Seni

6 Bidang Pengajian Paling Ramai Graduan Menganggur di Malaysia

Tidak ada perincian kursus tentang kemahiran seni mana yang dimaksudkan tetapi kami merasakan melihat keadaan ketika ini, kebanyakan graduan yang susah hendak mendapatkan peluang pekerjaan adalah graduan yang mengambil seni halus dan seni reka, yang melibatkan hasil pertukangan seperti tekstil, logam dan lain-lain.

Graduan yang keluar sebenarnya mempunyai kemahiran yang cukup tinggi tetapi dengan kemajuan teknologi yang semakin banyak menggantikan kemahiran tangan, persaingan ini nampaknya semakin tidak menguntungkan graduan-graduan.

4. Pengurusan Sumber Manusia

6 Bidang Pengajian Paling Ramai Graduan Menganggur di Malaysia

Kursus ini sebenarnya adalah satu cabang lain dalam ilmu perniagaan cuma bezanya difokuskan lebih kepada aspek komunikasi dan etika perniagaan.

Kita semua Jabatan Sumber Manusia atau HR Department adalah Jabatan yang bertindak menyelia dan menguruskan semua perkara tentang pekerja dari aspek pengambilan, gaji, disiplin, latihan sehinggalah menguruskan pemberhentian pekerja.

5. Sains Gunaan

6 Bidang Pengajian Paling Ramai Graduan Menganggur di Malaysia

Program Sains Gunaan sebenarnya cukup penting dalam pembangunan sesebuah negara kerana ini merangkumi 4 cabang penting dalam bidang penyelidikan iaitu biologi, kimia, geologi dan fizik.

Tidak ada penjelasan khusus dari KPT berkenaan mana satu cabang yang dimaksudkan terjejas teruk.

Bidang sains gunaan bergantung kepada cabang sains yang dipilih dan kebanyakan graduan yang terhasil dilatih untuk mempunyai kemahiran dalam bidang penyelidikan, yang mungkin kurang diperlukan dalam industri negara kita setakat ini.

6. Pengurusan perniagaan/Pengajian perniagaan

6 Bidang Pengajian Paling Ramai Graduan Menganggur di Malaysia

Kebanyakan kursus perniagaan bertujuan menghasilkan graduan yang arif tentang amalan perniagaan dan pentadbiran.

Graduan dilatih untuk menjadi pengurus, perunding, pentadbir atau mungkin juga usahawan yang professional.

Semasa melalui kursus, graduan telah pun disediakan ilmu dalam bidang pengurusan, perakaunan, kewangan, pemasaran, ekonomi, undang-undang dan pelbagai lagi cabang lain.

***

Sebagai maklumat tambahan, bukan sahaja di Malaysia mengalami masalah ini.

Di Australia juga, masalah graduan sains yang menamatkan pengajian tanpa mendapat peluang pekerjaan juga berlaku.

Di negara-negara United Kingdom juga dilaporkan, hampir 50 ribu graduan dalam pelbagai bidang terpaksa bekerja dalam bidang yang langsung tidak memerlukan kelulusan pendidikan tinggi, seperti pekerja kilang, penghantar barang dan pekerja am.

Daripada keseluruhan jumlah graduan pada tahun 2016, 14 ribu graduan langsung tidak bekerja.

Jelaslah, fenomena ini bukan sekadar berlaku di negara kita, tetapi juga di negara-negara lain.

Saya pasti KPT mempunyai idea untuk menangani permasalahan ini namun persoalannya, adakah pendidikan tinggi patut dibentuk oleh kehendak industri yang akan menempatkan graduan-graduan ini selepas tamat belajar atau pendidikan tinggi sepatutnya mencorakkan industri yang akan dibentuk dalam negara?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

1 comment

  1. Masalahnya sekarang bukan 6 bidang ni je, yang menyebabkan ramai Graduan mengganggur, bidang lain pun sama, setakat diploma & Ijazah dah terlalu ramai sekarang ni. pengalaman kerja pula tak de. Syarikat yang ambil tu dah bagitau awal-awal, selain kelulusan ni, apa lagi kemahiran yang ada untuk "dijual".
    Maksudnya syarikat mencari calon yang independent, ada bakat tertentu yang boleh membawa pulangan ataupun aset kepada Syarikat. Misal kata, ada calon A,Calon B yang hadir sekadar kelulusan degree, sahaja ianya bukan tiket untuk dapat kerja. Berbanding calon C juga hadir, juga mempunyai degree. Tapi yang membuatkan Calon C adalah unik diambil kerja, kerana beliau mungkin boleh bercakap 6 jenis bahasa, mempunyai lesen memandu semua jenis kenderaan, aktif dalam sukan dan pernah mewakili daerah, negeri juga seorang yang boleh sahaja diletakkan di mana-mana cawangan syarikat tersebut sama ada di dalam Negara ataupun luar negara. Secara tak langsung, Calon C akan diambil bekerja.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon