Thursday, April 26, 2018

NASA Temui Bulatan Misteri Di Artik

NASA Temui Bulatan Misteri Di Artik

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) meninggalkan tanda tanya kepada saintis seluruh dunia selepas menemui pembentukan bulatan misteri yang belum pernah dilihat di Laut Beaufort, Artik.

NASA Temui Bulatan Misteri Di Artik

Sebuah pesawat penyelidikan merakamkan imej bulatan aneh yang terletak 80 kilometer dari barat laut Sungai Mackenzie di Kanada dan dipercayai dihasilkan oleh anjing laut, ombak atau kapal selam.

Ketua Operasi IceBridge NASA, John Sonntag berkata, dia melihat kejadian itu buat pertama kali pada awal bulan April 2018 lalu dan masih belum dapat mengenal pasti tentangnya.

“Kami hanya melihatnya selama beberapa minit. Saya tidak pernah melihat kejadian ini di tempat lain,” katanya.

Saintis Pusat Data Salji dan Ais Kebangsaan, Walt Meier berkata, bulatan itu mungkin berpunca oleh gelombang air yang terhasil semasa anjing laut sedang naik ke permukaan ais.

Imej itu juga turut mendapat komen sesetengah pengguna di laman Twitter yang menyatakan ia berpunca daripada makhluk asing.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Wednesday, April 25, 2018

Rahsia Cara Nak Buat Bisnes Tudung Dan Untung Besar Walaupun Tanpa Premis!

Rahsia Cara Nak Buat Bisnes Tudung Dan Untung Besar Walaupun Tanpa Premis!

Nak mula buat bisnes tudung ni, tidaklah susah sangat! Kita boleh mula dengan modal beberapa ratus ringgit sahaja! Pulangannya juga agak cepat. Duit modal akan dapat dipusingkan dengan cepat! Lubuk jualan juga senang dijumpai.

Jutawan Dengan Jual Tudung

Bila kita buat bisnes tudung ni, banyak sangat kos yang dapat kita potong dan jimatkan! Sebabnya, bisnes tudung ini kita boleh buat dan mula dari rumah sahaja!

Penghantaran pun tak perlu pergi ke pejabat pos! Tetapi abang posmen yang datang sendiri ke rumah ambil barang! Dah jimat kos minyak dan masa disitu!

Dalam menjalankan bisnes tudung ni juga, tidak perlu gunakan model dan photoshot dalam studio yang memerlukan kos beratus, bahkan beribu ringgit untuk mengambil gambar setiap jenis tudung.

Cukup sekadar pelanggan yang jadi model menerusi feedback yang mereka hantar dan sekali-sekala, saya sendiri yang akan menjadi model. Ambil gambar pun guna handphone sahaja!

Tapi macamana? Ya. Ada caranya.

Bisnes Jimat Kos, Hanya Dari Rumah!

Orang yang pakai tudung pada zaman kini, sangat ramai malah, boleh dikatakan, majoriti wanita islam di Malaysia hari ini, memakai tudung.

Tidak seperti zaman 60-an dulu, zaman-zaman P.Ramlee, memang segelintir sahaja wanita yang memakai tudung.

Tapi hari ini, dari kanak-kanak, sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar kolej dan universiti, wanita bekerja dan wanita berumur, semuanya memakai tudung.

Dan apa yang lebih menarik lagi, golongan wanita berhijab ini akan terus membeli tudung walaupun mereka sudah mempunyai berpuluh dan beratus helai tudung.

Boleh dikatakan hampir setiap bulan, mereka akan membeli tudung baru, lebih-lebih lagi bagi golongan wanita yang kerap berada di luar rumah seperti wanita bekerja dan juga golongan pelajar.

Mereka ini tidak akan putus-putus membeli tudung sebabnya, setiap helai tudung yang dibeli, mempunyai nilai dan cirinya tersendiri yang berbeza dengan tudung yang lain, tambahan lagi, setiap helai tudung itu pula, hanya padan dipakai bersama beberapa helai baju sahaja.

Jadi, anda tidak perlu risau walaupun sudah ramai orang yang menjual tudung namun, orang yang membeli tudung juga sangat ramai.

Apa yang penting, anda perlu ada ilmu serta strategi yang tersendiri dan salah satu strategi yang boleh di gunakan ialah, dengan mempunyai "produk killer".

Macam mana kita nak tahu tudung mana yang akan menjadi produk killer?

Anda Berminat Nak Buat Bisnes Tudung Dan Untung Besar Walaupun Tanpa Premis!?

Senang je! Produk killer ini adalah tudung yang paling banyak jualan dia.

Selalunya, dalam masa 3 bulan kita buat bisnes tudung ni nanti, kita dah boleh tahu, mana satu produk killer dalam banyak-banyak jenis tudung yang kita jual.

Bila dah ada produk Killer, dah tak perlu promote sangat, sebab orang dah mula kenal dan tahu, mana nak beli tudung yang mereka sukai.

Tudung Jenama Sendiri!

Bila pelanggan dah mula ramai dan sudah ada modal, anda boleh buat tudung jenama sendiri. Bila kita ada jenama sendiri, boleh letak harga yang sedikit tinggi. Tapi, ikut kualiti kain jugalah.

Kalau kualiti kain tak best, pelanggan pun tak suka. Bila pelanggan tak suka, nanti pelanggan tak nak repeat order lagi, sendu pula sell selepas tu nanti huhu!

Rahsia Bisnes Tudung

Bila kita nak buat bisnes tudung ni, memang ada banyak juga benda yang perlu kita tahu.
  • Di mana nak cari supplier?
  • Apa tudung yang disukai oleh pasaran?
  • Kain jenis apa yang mahu digunakan?
  • Mana nak cari tukang jahit?
  • Berapa harga nak letak?
  • Macam mana nak ambil gambar yang menarik?
  • Kat mana nak jual?
  • Macam mana nak buat ayat iklan?
  • Macam mana nak tahu apa tudung yang pelanggan suka?
  • Dan macam-macam lagi perkara dan persoalan yang muncul!

Kami ingin berkongsi dengan anda 2 buah Ebook Rahsia Bisnes Tudung melalui pengalaman sebenar penjual tudung yang bermula dari bawah sehingga berjaya, bagaimana untuk bermula, dimana mencari supplier, cara mencari pelanggan, ambil gambar, buat ayat iklan dan pelbagai lagi pengalaman serta tips berkaitan bisnes tudung.

Anda akan diajar step-by-step, bagaimana cara membuat persediaan serta strategi di dalam menghasilkan keuntungan sebanyak RM15,000 sebulan.

Malah, mungkin lebih baik dan lebih banyak lagi keuntungan yang akan anda perolehi!

Ebook Kedua pula, akan memfokuskan kepada langkah-langkah menghasilkan tudung jenama sendiri!

Dalam ebook ini, 4 senarai utama yang perlu anda ketahui dan uruskan apabila mahu menghasilkan tudung jenama sendiri! Setiap perkara tersebut, akan dijelaskan secara terperinci.

Malah, maklumat supplier yang boleh anda gunakan apabila mahu menghasilkan tudung jenama sendiri.

Supplier-supplier ini adalah supplier yang boleh dipercayai malah, banyak juga jenama tudung besar seperti Neelofar Hijab, Calaqisya, Apple Scarf dan banyak lagi, turut menggunakan suplier ini.

In Sha' Allah, anda pasti mampu menjual beratus-ratus, bahkan beribu-ribu helai tudung kelak!

Anda Berminat Nak Buat Bisnes Tudung Dan Untung Besar Walaupun Tanpa Premis!?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

5 Negara Remaja Hilang Teruna dan Dara Pada Usia Muda

5 Negara Remaja Hilang Teruna dan Dara Pada Usia Muda

Bagi masyarakat yang tetap berpegang teguh kepada agama, hubungan seks sebelum perkahwinan merupakan sesuatu perbuatan yang tetap dielakkan tetapi bagi beberapa kelompok masyarakat dunia lain pula, mereka memandang perkara itu sebagai salah satu tuntutan manusia yang perlu dipenuhi, asalkan pihak yang terlibat memberikan persetujuan bersama.

5 Negara Remaja Hilang Teruna dan Dara Pada Usia Muda

Tahukah anda di negara mana masyarakatnya paling pantas melakukan hubungan seks ketika usia muda?

Berikut adalah 5 negara di dunia yang masyarakatnya tidak sabar-sabar menghadiahkan teruna dan dara mereka pada usia muda.

1. Iceland

Masyarakat Iceland adalah masyarakat paling cepat melakukan hubungan seks di dunia, dengan purata usia 15.6 tahun ketika melakukan seks kali pertama.

2. Denmark

Dinobatkan beberapa kali sebagai negara paling gembira di dunia, masyarakat Denmark secara majoritinya mengamalkan ajaran Kristian cabang Protestan sama seperti negara-negara Scandinavia lain.

Antara negara terbaik dalam mengawal selia jurang antara jantina dalam masyarakat mereka, masyarakat Denmark dilaporkan mengadakan hubungan seks kali pertama pada purata usia 16.1 tahun.

3. Sweden

Negara yang memberikan kita perabot IKEA ini majoritinya mengikut pegangan Lutheranism serupa dengan Finland dan Norway.

Bagaimanapun, jumlah pengikut Lutheranism di Sweden semakin lama semakin menurun sejak tahun 1970.

Sweden adalah antara negara di dunia yang membenarkan pelacuran tetapi menjadikan melanggan pelacuran sebagai satu jenayah dan sukar untuk mengerti apa tujuan sebenar undang-undang itu.

Mempunyai purata usia 16.2 tahun ketika pertama kali melakukan seks.

4. Finland dan Norway

Dua buah negara yang kerap dikagumi rakyat Malaysia berikutan kejayaan mereka membangunkan negara dari segi struktur masyarakat, dua negara ini secara majoritinya mengikut pegangan Lutheranism dalam agama Kristian.

Bagaimanapun, itu tetap tidak menghalang masyarakat dua negara ini mengamalkan hubungan seks pada usia muda dengan purata usia 16.5 tahun ketika melakukan hubungan seks kali pertama.

5. Israel

Rakyat negara Israel yang secara majoritinya menganut agama Judaism merupakan antara masyarakat dunia paling cepat melakukan hubungan seks, dengan purata usia 16.7 tahun ketika seks kali pertama.

Apa yang memelikkan, kesalahan zina dalam Judaism ada disebutkan dalam ajaran agama mereka dan hukumannya pula, agak mirip dengan hukuman penzina dalam ajaran Islam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Dylan McWilliams Lelaki Luar Biasa Yang Masih Hidup Selepas Di Patuk Ular, Diserang Beruang Dan Di Baham Jerung!

Dylan McWilliams Lelaki Luar Biasa Yang Masih Hidup Selepas Di Patuk Ular, Diserang Beruang Dan Di Baham Jerung!

Siapa sangka seorang lelaki yang sepatutnya telah mati selepas diserang beruang, jerung dan ular berbisa dengan teruk masih lagi terselamat dan hidup seperti biasa.


Seperti dilaporkan BBC News, Dylan McWilliams, 20, mengalami tiga tragedi besar dalam hidupnya apabila terpaksa berhadapan dengan haiwan-haiwan liar yang telah menyerangnya sehingga boleh membawa maut.

Dipatuk Orok-orok

Dylan McWilliams dipatuk ular

Kali pertama, individu dari Colorado, Amerika Syarikat itu berhadapan dengan ular orok-orok dalam satu pendakian di Utah semasa dia berumur 17 tahun.

Pada mulanya dia menyangka hanya sekadar tersepak pokok kaktus, namun jangkaannya meleset selepas mendapati kakinya telah dipatuk ular berbisa.

Walaupun panggilan bantuan dibuat tetapi, Dylan meminta untuk tidak menghantarnya ke hospital kerana dianggap hanya gigitan biasa sahaja.

Racun ular tersebut menyebabkan dia kesakitan selama beberapa hari sebelum pulih dalam tempoh yang agak lama.

Diserang Beruang Hitam

Dylan McWilliams digigit beruang

Kali kedua, Daylan telah diserang oleh seekor beruang hitam yang dianggarkan seberat 136 kilogram semasa dalam perkhemahan di Colorado pada Julai 2017.

Gara-gara tidur di luar khemah, kepala Daylan telah telah berada dalam mulut seekor beruang hitam dan beliau hanya menyedarinya apabila tersedar digigit.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 4 pagi itu seakan-akan sebagai satu pengakhiran kehidupan Dylan kerana dia sukar untuk bergerak apabila badannya sudah dikepit oleh beruang tersebut.

Mujur, dia sempat mencengkam mata beruang sehingga terlepas dari serangan beruang terbabit.

Kekecohan tersebut disedari oleh rakan-rakannya dan terus mendapatkan Dylan.

Serangan tersebut telah meninggalkan bekas luka dan rasa sakit yang berpanjangan di kepalanya.

Dua insiden besar yang telah berlaku terhadap Dylan tidak menghalang dirinya daripada terus mendekati haiwan dan melakukan aktivit-aktiviti lasak.

Dibaham Ikan Jerung

Dylan McWilliams dibaham jerung

Ketika Dylan berada di pulau Kauai, Hawai, dia telah diserang pula oleh jerung ganas di laut.

Kakinya telah dibaham seekor jerung yang berada di bawahnya dan beliau sempat menendang jerung tersebut sebelum berenang menuju daratan.

Semasa insiden tersebut, Dylan memberitahu, kakinya luka dan dibasahi darah akibat bergelut dengan jerung berkenaan.

Jerung harimau yang dijumpainya itu berukuran antara 6 hingga 8 kaki dan telah meninggalkan kesan gigitan di kaki Dylan yang memerlukan tujuh jahitan.

“Ia agak gila. Saya tidak mempunyai banyak peluang tetapi ia agak bernasib baik dalam situasi yang tidak baik,” katanya selepas terkena sarangan jerung berkenaan.

Selepas paramedik membantu merawat Dylan, ibu bapanya mengetahui hal terbabit dan risau akan keadaan anaknya itu namun dia berjaya menenangkan kedua-dua orang tuanya.

Ikhtiar Hidup

Antara faktor yang menyebabkan Dylan begitu lasak dan berjaya mengharungi keadaan-keadaan yang sukar dalam dirinya ialah datuknya pernah mengajar remaja tersebut teknik kelangsungan hidup sejak dia berumur tiga tahun.

Walaupun sudah berlaku tiga insiden yang membahayakan tetapi Dylan masih lagi ingin melakukan aktiviti lasak.

“Saya masih lagi akan pergi mendaki, menjejaki ular orok-orok dan akan berenang di lautan,” jelasnya.

Dia berharap agar insiden yang bahaya yang dilaluinya tidak akan menimpanya lagi namun tidak dinafikan apa-apa sahaja boleh berlaku pada dirinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Misteri Ikan Duyung Zimbabwe Mermaids

Misteri Ikan Duyung Zimbabwe Mermaids

Pembinaan empangan Gokwe dan Osbourne di Zimbabwe pada tahun 2012 banyak kali tergendala kerana pekerjanya mendakwa diganggu oleh ikan duyung yang marah tempat mereka dicerobohi.

Misteri Ikan Duyung Zimbabwe Mermaids
Gambar hiasan.

Mesin yang digunakan kerap diganggu menyebabkan pekerja percaya bahawa ia petanda buruk dan mereka berkeras untuk tidak meneruskan kerja-kerja pembinaan.

Kerajaan kemudiannya mengupah pekerja berkulit putih kerana menyangka mereka tidak akan percaya dengan kisah itu.

Namun, orang kulit putih juga mendakwa mereka diganggu dan enggan meneruskan kerja.

Di Zimbabwe, duyung dianggap makhluk yang jahat dan menakutkan.

Dikatakan bahawa ramai yang pernah melihat kewujudan ikan duyung terutama disekitar perairan berdekatan kawasan empangan.

Pernah terjadi dua remaja mati lemas dan orang yang dituduh adalah ikan duyung.

Dikatakan dua remaja lelaki itu berada berdekatan kawasan empangan apabila melihat seakan ikan besar di dalam air.

Mereka terjun untuk menangkap ikan itu yang rupa-rupanya ikan duyung.

Misteri Ikan Duyung Zimbabwe Mermaids
Gambar ikan duyung yang berjaya dirakam.

Kedua-dua remaja itu ditenggelamkan ke dalam air, dipercayai duyung itu hanya mahu bermain dengan mereka sebelum membawa mereka naik semula ke darat.

Namun, dalam masa yang sama, ibu bapa remaja yang datang ke situ kerana mahu menyelamatkan anak mereka dalam keadaan menangis.

Disebabkan tangisan itu, duyung itu menarik semula kedua remaja tersebut ke dalam air dan kali ini tidak lagi timbul.

Riwayat kedua-dua remaja itu tamat dan mayat mereka ditemui beberapa hari kemudian.

Masyarakat Zimbabwe percaya, jangan menangis depan duyung kerana itu tandanya anda meminta kematian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Ikan Duyung Active Pass Mermaid

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, April 24, 2018

5 Tempat Paling Mudah Mencari Jodoh

5 Tempat Paling Mudah Mencari Jodoh

Jodoh adalah antara topik perbualan hangat yang sentiasa diperkatakan terutamanya jika seseorang itu sudah meningkat usia.

5 Tempat Paling Mudah Mencari Jodoh
Gambar hiasan.

Walau bagaimana pun, mereka yang masih belum bertemu jodoh hendaklah sentiasa berfikiran positif dan tidak tertekan kerana setiap orang pasti ada jodohnya.

Dimana tempat terbaik untuk anda berpeluang ketemu jodoh? Kami kongsikan untuk anda.

1. Majlis Ilmu

Majlis ilmu adalah sebahagian daripada taman-taman syurga.

Perbanyakkanlah menghadiri majlis-majlis ilmu kerana di sana berkumpulnya orang yang baik-baik.

Ini juga dapat meningkatkan pergaulan anda dengan masyarakat dan seterusnya memudahkan anda untuk mencari jodoh.

Selain itu juga, doa orang yang menghadiri majlis ilmu juga adalah lebih baik.

Majlis ilmu juga dapat mendidik peribadi seseorang kepada yang lebih baik.

Orang yang baik akan lebih mudah menarik jodoh yang baik.

2. Kenduri kahwin

Salah satu tempat yang mengumpulkan ramai orang dan kenalan adalah semasa kenduri kahwin kawan atau saudara mara.

Di sinilah biasanya kawan-kawan sekolah atau saudara mara berkumpul dan berkenalan antara satu sama lain.

Saudara yang dekat dan saudara yang jauh datang untuk memenuhi jemputan.

Lelaki bujang dan perempuan bujang boleh menggunakan peluang ini bagi mencari jodoh mereka.

Sekiranya ingin mengenali seseorang dengan lebih dekat, boleh bertanya dengan saudara terdekat atau kawan dan anda boleh bermula untuk berkenal-kenalan. Tidak perlu malu.

3. Media Sosial

Zaman sekarang adalah zaman teknologi. Dunia kini hampir tiada sempadan.

Menggunakan teknologi untuk tujuan yang baik akan mendatangkan kebaikan, tetapi jika teknologi disalahguna, ianya boleh mendatangkan kemudaratan.

Salah satu teknologi yang boleh dimanfaatkan untuk mencari jodoh adalah media sosial seperti facebook dan lain-lain.

Menggunakan media sosial membolehkan kita mengenali seseorang yang jauh walaupun kita langsung tidak pernah berkenalan.

Mengenali lebih ramai orang akan meningkatkan lagi kebarangkalian anda untuk menemui jodoh anda.

Tetapi, perlu diingatkan bahawa batas pergaulan dalam media sosial adalah sangat penting.

Adalah penting untuk tidak memberikan maklumat diri anda terlalu terdedah untuk mengelakkan maklumat tersebut jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.

4. Persatuan atau sukarelawan

Mungkin ada yang terlibat dengan persatuan ataupun sukarelawan.

Apabila anda terlibat dalam persatuan atau sukarelawan sama ada di tempat belajar atau bekerja, anda pasti akan banyak bergaul dengan pelbagai jenis orang.

Berbanding dengan tempat kerja yang selalunya lebih formal, persatuan biasanya lebih santai dan lebih mudah untuk berkenalan dengan orang lain.

Tambahan lagi, jika inginkan pasangan yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama dengan anda, pilihlah orang yang sama-sama dalam persatuan.

5. Portal Jodoh Online

Satu lagi tempat yang sesuai untuk mencari jodoh adalah di laman web mencari jodoh.

Ia adalah tempat di mana berkumpulnya individu yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencari jodoh.

Salah satu laman web yang baik untuk mencari jodoh adalah di Baituljannah.

Ia adalah laman web mencari jodoh yang patuh syariah dan juga mementingkan privasi dan juga perlindungan maklumat peserta di laman web tersebut.

Jika anda sukar untuk mencari jodoh kerana kekangan masa, menggunakan laman web mencari jodoh adalah alternatif terbaik untuk anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cari Jodoh Anda Sendiri, Tidak Salah Perigi Mencari Timba

sumber: ikatansah

Suku Bajau Laut Mampu Menyelam Selama 13 Minit Sedalam 70 Meter Tanpa Oksigen!

Suku Bajau Laut Mampu Menyelam Selama 13 Minit Sedalam 70 Meter Tanpa Oksigen!

Masyarakat kaum Bajau dari Kepulauan Indonesia mampu menyelam sedalam 70 meter dan menahan nafas selama 13 minit di dalam laut tanpa bantuan peralatan khas kerana mereka memiliki limpa bersaiz besar, menurut penyelidik.

Suku Bajau Laut Mampu Menyelam Selama 13 Minit Sedalam 70 Meter Tanpa Oksigen!

Ketua Kumpulan Penyelidik dari Universiti Cambridge, Melissa Ilardo mendapati kaum Bajau mempunyai saiz limpa 50 peratus lebih besar daripada manusia normal.

Beliau membuat penemuan itu selepas menjalankan kajian selama beberapa bulan di Jaya Bakti, Indonesia selain mengambil sampel genetik dan melakukan imbasan ultrabunyi ke atas responden kaum Bajau.

“Tiada maklumat lengkap mengenai limpa manusia dari segi fisiologi dan genetik tetapi kami tahu anjing laut seperti spesies Weddell mempunyai limpa besar kerana melakukan selaman laut dalam,” katanya.

Suku Bajau Laut Mampu Menyelam Selama 13 Minit Sedalam 70 Meter Tanpa Oksigen!

Kajian beliau mendapati limpa suku Bajau adalah bersaiz besar secara semula jadi dan organ itu tidak mengembang atau membesar hasil tindak balas ketika melakukan selaman.

Limpa memainkan peranan penting sewaktu menyelam kerana organ itu membantu membebaskan sel darah merah mengandungi oksigen dalam aliran dalam tubuh seseorang penyelam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Gaji Lionel Messi €25,000 Seminit

Gaji Lionel Messi €25,000 Seminit

Lionel Messi mengatasi Cristiano Ronaldo sebagai penerima pendapatan tertinggi dalam bola sepak dunia 2018, manakala Jose Mourinho mengungguli carta pengurus, demikian menurut majalah France Football.

Gaji Lionel Messi €25,000 Seminit

Penyerang kelab Barcelona itu berada jauh di hadapan pada musim ini dengan pendapatan €126 juta (RM600 juta) termasuk gaji, bonus dan perolehan iklan, manakala pesaingnya daripada kelab Real Madrid menjana pendapatan €94 juta (RM447.7 juta).

Pada musim lalu, Ronaldo mendahului dengan pendapatan €87.5 juta(RM416.7 juta) diikuti €76.9 juta (RM366.2 juta) yang diterima Messi.

Berdasarkan angka terbaharu itu, Messi menerima bayaran €25,000 (RM119,073) seminit ketika beraksi untuk La Liga, Liga Juara-Juara, Piala Raja Sepanyol, Piala Kelab Dunia dan empat kali penampilan antarabangsa untuk Argentina sepanjang musim ini, dengan tanggapan dia akan bermain dalam semua baki lima perlawanan Barcelona nanti.

Dua pemain itu diikuti bintang Paris Saint-Germain, Neymar di tempat ketiga dengan pendapatan €81.5 juta (RM389.6 juta).

Dalam kalangan jurulatih pula, Mourinho yang menguruskan kelab Manchester United kekal nombor satu dengan gaji €26 juta (RM124.3 juta).

Pengurus pasukan bola sepak China, Marcello Lippi berada di tangga kedua dengan gaji €23 juta (RM109.9 juta), diikuti pengurus kelab Atletico Madrid, Diego Simeone di tempat ketiga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo


Apa Sebenarnya Revolusi Perindustrian 4.0?

Apa Sebenarnya Revolusi Perindustrian 4.0?

Sejarah Revolusi Perindustrian bermula di Great Britain dengan kebanyakan inovasi teknologi awal berasal daripada British melalui perkembangan perdagangan dan kebangkitan perniagaan yang menjadi penyebab utama Revolusi Perindustrian.

Apa Sebenarnya Revolusi Perindustrian 4.0?

Revolusi Perindustrian menandakan titik perubahan utama dalam sejarah di mana hampir setiap aspek kehidupan seharian dipengaruhi olehnya.

Penggunaan terawal yang termaktub dalam istilah "Revolusi Perindustrian" ditemui pada penulisan oleh Louis-Guillaume Otto dalam surat bertarikh 6 Julai 1799.

Apa punca industri berubah?

REVOLUSI INDUSTRI PERTAMA

Tenaga daripada punca air dan teknologi wap telah membawa kepada industri buatan secara mekanikal.

REVOLUSI INDUSTRI KEDUA

Tenaga Elektrik telah membawa kepada perusahaan besar-besaran secara elektrikal.

REVOLUSI INDUSTRI KETIGA

Kemunculan Industri Digital telah membawa kepada penggunaan internet.

Teknologi-teknologi baru juga ditemui untuk menggantikan sumber tenaga-tenaga lama yang semakin berkurangan sumbernya seperti petroleum.

REVOLUSI INDUSTRI KEEMPAT (4.0)

Penggunaan data secara Globalisasi, wujudnya penggunaan telefon mudah alih bertaraf “Super”, pembinaan robot-robot bijak, pemanduan kereta secara kendiri, Teknologi Neuro-Teknologi Otak dan pembaikan Genetik.

Pada tahun 2017, perkataan Revolusi Perindustrian ke-4 menjadi perkataan yang disebut-sebut dalam kalangan bijak-pandai teknologi dunia.

Jadi, apa itu Revolusi Perindustrian ke-4?

Sebenarnya, apabila Industri Digital menjadi matang, tanpa disangka-sangka manusia di dunia mendapatkan kumpulan-kumpulan data besar yang tersedia di tangan.

Gabungan data besar, teknologi fizikal dan analisis, telah berjaya membentuk sebuah gangguan terhadap industri tenaga.

Gangguan yang terbentuk ini telah membina semula cara bagaimana kita seharusnya bekerja, mengaitkan sesuatu, cara berkomunikasi dan cara belajar.

Dengan adanya gangguan ini, maka terjadilah revolusi terhadap industri tenaga.

Walaupun ramai orang melihat Revolusi Perindustrian ke-4 sebagai ancaman pekerjaan kepada manusia, tetapi hakikatnya jika kita perhatikan, ia menawarkan potensi terbaik dalam perkembangan teknologi berdaya maju, seperti:

a. Mendedahkan semua orang kepada cabaran

Sebelum kemunculan revolusi ini (4.0) interaksi manusia adalah antara manusia dan manusia, tetapi selepas kemunculannya, kaedah interaksi mengubah kepada interaksi antara manusia kepada mesin.

b. Ia berlaku secara global

Revolusi 3.0 Digital World membolehkan ramai orang mencapai banyak perkara melalui perkhidmatan internet.

c. Industri tenaga akan mencapai titik kritikal tidak lama lagi, di mana Artificial Intelligence akan mengambil-alih fungsi manusia

Contohnya:

Business Insider Malaysia menerbitkan sebuah artikel yang diterbitkan pada 1 Disember 2016.

Artikel tersebut bertajuk "21 Titik Teknologi Titipan yang Kita Akan Kita Capai Menjelang tahun 2030".

Artikel ini memberi kita beberapa pandangan sejauh mana teknologi dapat mencapai 'titik tertinggi' dalam teknologi:

1. 90% penduduk akan mempunyai simpanan data tanpa had pada 2018.

2. Robot farmasi pertama akan tiba di Amerika Syarikat pada tahun 2021.

3. 1 trilion sensor akan disambungkan ke internet menjelang tahun 2022.

4. 10% penduduk dunia akan memakai pakaian yang disambungkan kepada internet menjelang tahun 2022.

5. Kereta pertama yang dicetak melalui teknologi 3D akan dikeluarkan pada tahun 2022.

6. Telefon mudah alih yang pertama dapat ditanam dalam badan manusia akan menjadi komersial pada tahun 2025.

7. Kerajaan akan menggantikan kaedah banci dengan teknologi data besar (Big Data) menjelang tahun 2023.

8. 10% cermin mata akan disambungkan kepada internet pada tahun 2023.

9. 80% orang di dunia akan mempunyai kehadiran digital dalam talian menjelang 2023.

10. Kerajaan akan mengutip cukai buat kali pertama melalui rantaian blok (blockchain) pada tahun 2023.

11. 90% daripada penduduk global akan mempunyai superkomputer di dalam poket mereka menjelang tahun 2023.

12. Akses ke internet akan menjadi hak asas menjelang tahun 2024.

13. Pemindahan pertama hati yang dicetak melalui sistem 3D akan berlaku pada tahun 2024.

14. Menjelang 2024, lebih daripada 50% trafik internet adalah dari peralatan dan peranti.

15. 5% daripada produk pengguna akan dicetak dengan sistem 3D.

16. 30% audit korporat akan dilakukan oleh robot bijak-pandai menjelang tahun 2025.

17. Secara global, lebih banyak perjalanan akan dibuat menggunakan program perkongsian kereta daripada kereta milik persendirian pada tahun 2025.

18. Kereta tanpa pemandu akan mengambil alih 10% daripada jumlah semua kereta yang berada di Amerika Syarikat pada tahun 2026.

19. Robot bijak-pandai (Artificial Intelligence) pertama akan menyertai lembaga pengarah korporat pada tahun 2026.

20. Bandar pertama yang mempunyai lebih daripada 50,000 orang dan tiada satu lampu isyarat pun yang akan mengawal lalu-lintas, akan muncul pada tahun 2026.

21. Menjelang 2027, 10% daripada keluaran dalam negara kasar global akan disimpan menggunakan teknologi blockchain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kepentingan e-Dagang Dalam Perniagaan

sumber: majalah

Misteri Tragedi Kapal Selam HMS Affry

Misteri Tragedi Kapal Selam HMS Affry

Pada pukul 5 petang, 16 April 1951, HMS Affray yang merupakan salah sebuah daripada kapal selam kelas A, Tentera Laut Diraja British memulakan pelayaran dari Haslar Creek, Gosport berhampiran Portsmouth menuju ke perairan Selat Inggeris.

Misteri Tragedi Kapal Selam HMS Affry

Kapal selam berkenaan membawa seramai 75 kru pelbagai pangkat yang diketuai oleh Leftenan John Blackburn, 28, untuk menjalani latihan rutin.

Kira-kira pukul 9 malam, John Blackburn menghantar isyarat kepada pangkalan melaporkan kapal selam itu akan memulakan selaman pada pukul 9.15 malam.

Komander kapal selam berkenaan juga tidak perlu membuat sebarang hubungan dengan pangkalan sehingga keesokan harinya antara pukul 8 pagi hingga 10 pagi.

Bagaimanapun, hingga pukul 10.40 pagi hari berikutnya, tiada sebarang isyarat diterima daripada HMS Affray menyebabkan amaran kehilangan kapal selam itu dikeluarkan dan operasi mencari serta menyelamat di­lancarkan.

Pada pukul 1 petang, pihak tentera laut memaklumkan mengenai kejadian itu kepada keluarga kru, namun kebanyakan mereka telah pun mengetahui mengenai kehilangan kapal selam itu melalui radio.

Kod Morse

Misteri Tragedi Kapal Selam HMS Affry
Krew HMS Affry.

Maru Foster yang merupakan balu kepada Pegawai Pertama, Leftenan Derek Foster memberitahu, dia mengetahui kejadian itu ketika berada di rumahnya di Petersfield, Hampshire bersama anak lelakinya, David yang ketika itu berusia tiga tahun.

“Berita terkini pada masa itu mengatakan salah sebuah kapal selam kami telah hilang dan saya masih jelas mengingatinya.

“Tidak perlu beritahu saya kapal selam mana yang hilang, saya tahu ia adalah HMS Affray,” imbasnya.

Dalam pada itu, kesemua ahli keluarga kru kapal selam terbabit di seluruh negara berdoa agar anak, bapa dan adik-beradik mereka yang berada di dalam kapal itu selamat.

Pada pukul 9.55 malam 18 April, doa mereka seakan-akan dimakbulkan apabila sebuah kapal selam dan kapal melaporkan mendengar bunyi ketukan yang datang dari arah HMS Affray.

Bunyi yang didengari itu pada mulanya dipercayai merupakan mesej kod Morse yang diketuk pada badan kapal selam.

Ketika itu, anak kapal selam itu dijangka dapat hidup selama empat hari sebelum kehabisan oksigen dan pada masa itu masih ada lagi 48 jam bagi menyelamatkan mang­sa.

Bagaimanapun, harapan untuk melihat ada mangsa yang terselamat tidak menjadi kenyataan apabila kapal selam itu masih gagal ditemui pada pukul 7.45 malam, 19 April iaitu 69 jam selepas HMS Affray melakukan selaman terakhir.

Ketukan yang didengari sebelum ini sebenarnya datang daripada bunyi enjin kapal lain yang menyertai kumpulan penyelamat berkenaan.

Bangkai ditemui

Misteri Tragedi Kapal Selam HMS Affry

Setelah operasi mencari dijalankan secara berterusan, kapal selam itu akhirnya berjaya juga ditemui pada 14 Jun 1951, iaitu hampir dua bulan selepas kehilangannya apabila kapal HMS Loch Insh berjaya mengesan HMS Affray pada kedalaman 91 meter kira-kira 27 kilometer di barat laut Pulau Alderney.

Tiada mangsa terselamat dalam kejadian itu dan tidak diketahui mengapa tragedi itu berlaku.

Lembaga penyiasat juga gagal memberi penjelasan yang memuaskan dan misteri karamnya HMS Affray kekal sehingga hari ini.

Bangkai HMS Affray pada mulanya disangka akan dibawa naik dari dasar laut bagi membolehkan pemeriksaan teliti dilakukan untuk mencari punca ia karam selain membolehkan ahli keluarga mengebumikan anak kapal yang terkorban.

Namun, ahli keluarga mangsa kecewa apabila pihak tentera laut mengumumkan bahawa mereka tidak akan mengeluarkan bangkai kapal selam itu dengan memberi alasan kos yang tinggi dan bahaya.

Menurut Joy Cook, balu kepada Laskar Kanan George Cook, tentera laut seolah-olah tidak mahu bangkai kapal selam itu dikeluarkan.

“Adakah terdapat sesuatu yang tidak kena mengenai kapal selam itu sehingga mereka tidak mahu kami tahu?” soalnya.

Lembaga penyiasat yang ditubuhkan kemudian membuat kesimpulan bahawa snort mast iaitu saluran yang digunakan menyedut udara di permukaan laut pada HMS Affray telah pecah menyebabkan air membanjiri kapal selam itu.

Para penyelam mendapati Snort mast itu terpisah daripada badan kapal selam, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia pecah sebelum kapal selam itu tenggelam atau kesan perlanggaran dengan dasar laut.

Tanda tanya mengenai punca sebenar kapal selam British karam 67 tahun lalu masih belum terungkai.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rusia Lancar Kapal Selam Paling Hebat Dan Tercanggih Di Dunia!

sumber: kosmo