Sunday, September 03, 2017

Kepentingan e-Dagang Dalam Perniagaan


Sememangnya penggunaan konsep e-dagang masa kini amat penting dalam urusan perniagaan dengan pelbagai kepentingan yang diperolehi daripada konsep e-dagang.

Kepentingan e-Dagang

Salah satunya adalah dapat melakukan hubungan terus dengan pelanggan yang dalam hal ini, gologonagn peniaga khususnya dapat berhubung terus dengan pelanggan bukan sekadar menerima maklum balas secara terus, tetapi urusan berkenaan tidak perlu melibatkan pihak ketiga kerana segalanya cepat dilakukan hanya melalui talian terus (online).

Dengan demikan dapat membaiki segala kelemahan melalui pihak ketiga dengan segera. E-dagang juga membantu dalam memudahkan iklan dan melakukan promosi.

Hal ini bererti sekiranya terdapat sebarang perubahan pada bentuk pengiklanan, harga mahupun mempromosi perkhidmatan dan barangan baru, ia mudah disesuaikan mengiktu keadaan semasa yang pelanggan inginkan.

Selain itu, aspek paling penting dalam penggunaan e-dagang ini adalah menjimatkan kos. Dengan menggunakan e-dagang, sebarang kos sewaan, insuran kawalan mahupun kos-kos lain tidak perlu dilakukan termasuklah menjimatkan kos penyimpanan dan transaksi pemindahan barangan atau perkhidmatan.

Kaedah e-dagang ini juga memberi kebaikan kerana semua syarikat-syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan mempunyai satu rangkaian yang sama.

Dengan cara tersebut, sebarang urusan pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan secepat mungkin tanpa mengisi borang kertas.

Tidak cukup dengan itu, e-dagang turut memberi kelebihan dan penting dalam meluaskan pasaran sesuatu perniagaan.

Hal ini, dibuktikan melalui e-dagang sebarang aktiviti atau urusan pemasaran mampu diperluaskan dan dilakukan dengan mudah serta menjimatkan.

Apabila melibatkan penggunaan internet umumnya, melalui konsep ini, peniaga berpeluang mengiklankan dan memasarkan barangan dan juga perkhidmatan tanpa mengira sempadan.

Para usahawan khususnya dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan kadar lebih pantas, tepat dan efisyen melalui e-mel, SMS (sistem pesanan ringkas) dan pelbagai medium lain.

Di samping itu, kualiti perkhidmatan syarikat kepada pelanggan juga dapat ditingkatkan sekiranya e-dagang ini membantu dalam mengintegrasikan semua bahagian apabila melakukan transaksi perniagaan.

Misalnya, apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi e-dagang, tempahan tersebut dengan segera dapat dihantar ke beberapa bahagian dalaman berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistic dan bahagian pembuatan.

Dengan demikian, pengkoordinasian dalaman berupaya memenuhi pesan tersebut akan menjadi lebih efisyen. Tambahan lagi, teknologi yang wujud hari ini membantu jualan syarikat dengan membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi bagi memaparkan dan mempromosi jualan serta menghantar pesan dan maklumat pelanggan ke pejabat dengan cepat.

Alat-alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan syarikat untuk menerima dan menghantar barangan serta menyediakan perkhidmatan yang mana mewujudkan kelebihan daya saing dalam industri perniagaan khususnya.

Kepentingan kepada syarikat yang menjalankan perniagaan, pembentangan produk boleh dilakukan pada bila-bila masa dan segala informasi boleh disimpan di dalam komputer atau laptop.

Secara umumnya dapat dilihat dengan wujudnya teknologi yang diaplikasi ke dalam konsep e-dagang, sesuatu proses perniagaan itu akan mendapat pulangan yang tinggi dan memberikan kepentingan kepada dunia perniagaan masa ini.

Ditambah pula dengan anjakan paradigma globalisasi berjaya mewujudkan perhubungan dunia yang rapat serta menjadikan ekonomi di dunia sebagai sistem yang bergantungan antara satu sama lain.

Penggunaan e-dagang secara global

Perkembangan pesat teknologi maklumat masa ini membawa konsep e-dagang ini seiring maju bersama.

Setiap aktiviti e-dagang yang berlangsung di seluruh dunia dictatkan masa, waktu dan lokasi berlakunya urus niaga.

Kebanyakkan kajian-kajian yang dliakukan, tempat-tempat berlakunya urus niaga e-dagang ini adalah di rumah, pejabat, kafe siber dan lain-lain.

Dalam pada itu, tempat lain yang berlakunya e-dagan ini adalah di bank dan kedai makan yang mana mendapat liputan untuk mengakses internet.

Secara umumnya dapat dilihat perkembangan perniagaan atas talian ini disebabkan perkembangan jaringan internet yang meluas.

Internet telah membawa pelbagai perubahan terutamanya dalam bidang perniagaan atas talian seperti e-dagang.

Apabila berlakunya peningkatan kemajuan dan peningkatan infrastruktur dalam sistem komunikasi, penggunaan e-dagang tealah berkembang pesat seperti cendawan tumbuh dek hujan’.

Dapat dilihat pengguna merasakan keselesaan dan lebih gemar membeli dan melakukan pembelian atas talian khususnya produk atau barangan terkini.

Tambahan lagi, peniaga-peniaga kini juga mengemar perniagaan dan perdagangan secara global. Dengan terdapatnya akses internet para pedagang dapat melakukan transaksi seperti urusan perbincangan, perundingan dan tawar-menawar serta pembelian secara talian.

Kesannya, sekaligus berupaya menjimatkan masa, kos dan memberi kesan kepada peningkatan perniagaan secara global.

Banyak aktiviti perniagaan dan perdagangan juga dapat dijalankan sama ada di dalam atau luar negara.

Tambahan pula, hubungan perniagaan kemasyarakatan sesame peniaga turut terjalin. Di Malaysia, hanya 28 peratus daripada keselurhuan syarikat perusahaan kecil sederhana menggunakan e-dagang berbanding negara lain.

Negatifnya, tidak banyak syarikat perniagaan berminat menjalankan konsep e-dagang. Segelintir pedagang dan peniaga membuat tanggapan bahawa e-dagang hanya memakan masa dan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi.

Walau demikian, bagi generasi muda mereka mengambil kesempatan dengan menjalankan perniagaan atas talian ini di atas minat yang tinggi.

Secara tidak langsung dapat melihat bahawa generasi muda ini yang pastinya akan terus memperluaskan penggunaan e-dagang secara global bukan sahaja di dunia tetapi seluruh dunia.

Kenapa Perlu Beralih Kepada e-Dagang?

Bagi negara Malaysia, terdapat pelbagai faktor pendorong yang menyebabkan kepada penggunaan e-dagang ini.

Faktor-faktor tersebut seperti pelaksanaannya yang mudah, akibat pengaruh sosial, kos, kepercayaan dan keselamatan.

Pertama sekali adalah berkaitan mudah pelaksanaan konsep e-dagang ini. Hal ini dapat dilihat melalui keinginan seseorang yang berkeinginan membeli sesuatu secara ata talian.

Disebabkan mudah, itu yang menjadi faktor kepada pembelian barangan oleh individu secara atas talian. Hal ini, dapat kita lihat kini, pelbagai perniagaan yang wujud secara online dilakukan melalui aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, wechat dan aplikasi lain.

Dalam pada itu, dapat melihat penggunaan tersebut sekaligus menunjukkan bahawa seseorang pengguna akan mengenal pasti atau mencuba sesebuah aplikasi yang telah dieseiakan sama ada aplikasi itu mudah digunakan atau sebaliknya.

Sudah pastinya, aspek tersebut mempengaruhi seseorang pengguna untuk terus mencuba atau menggunakan sistem tersebut.

Selain itu, berkaitan pengaruh sosial pula adalah berkaitan keinginan seseorang pengguna itu dalam menggunakan dan mencuba sesebuah aplikasi baru seperti e-dagang ini.

Hal ini terbukti apabila di dalam laman sosial sekiranya seseorang penggunan telah mencuba dan berpuas hati di atas sesuatu laman sesawang berkaitan jual beli barang, pengguna tersebut kebiasaannya akan menyaran rakan-rakan lain atau orang terdekat yang berminat turut mencuba dan menggunakan aplikasi yang sama.

Kos juga menjadi antara faktor menyumbang kepada e-dagang. Dapat dilihat para pengguna seringkali membandingkan harga-harga barangan yang ditawarkan sebelum membuat keputusan membelinya.

Pengguna sememangnya menitikberatkan kos pembelian semasa menggunakan pembelian secara talian ini.

Harga yang berpatutan kebiasaannya akan menjadi pilihan pertama termasuklah kualiti semasa membuat pembelian.

Dalam aspek lain, dari segi penyediaan kewangan oleh pihak kerajaan juga berupaya mewujudkan hubungan erat antara pihak kerajaan dengan pihak swasta atau badan persendirian.

Walaupun terdapat kekangan dan cabaran dari segi kos untuk pelaksanaan e-dagang ini, ia mampu diharungi dan mematangkan pihak yang terlibat kerana pelbagai manfaat diperoleh melalui sistem e-dagang ini kepada ekonomi dan sosial negara.

Di samping itu, salah satu faktor mendorong kepada penggunaan e-dagang ini ialah kepercayaan penggunaan e-dagang.

Faktor ini merupakan asas dalam perniagaan atas talian. Kepercayaan pengguna terhadap sesebuah laman sesawang ini berupaya meningkatkan tahap keyakinan pengguna bagi melakukan transaksi atau urusan pembelian berkonsepkan e-dagang ini.

Berkaitan faktor kepercayaan ini, dapat kita mengetahui tahap keyakinan dan kepercayaan seseorang pengguna dalam menggunakan aplikasi sedia ada masa ini.

Faktor seterusnya adalah faktor keselamatan yang merupakan faktor terpenting dalam menjalankan urusan yang melibatkan urusan perpindahan transaksi seperti urusan pembelia secara atas talian.

Pemeblian tersebut tidak kira sama ada secara perpindahan kredit ataupun menerusi kad kredit. Hal ini kerana penggunaan transaksi seperti ini berupaya memungkinkan berlakunya pencerobohan.

Antara pencerobohan yang boleh berlaku seperti kecurian kata laluan, spam, percubaan mencerobohi data atau maklumat serta pengodaman.

Akhir sekali, faktor lain yang mendorong penggunaan e-dagang ini adalah yang mana pihak bertanggungjawab dan badan-badan NGO khususnya wajar memikirkan pendekatan dinamik dalam memastikan masyarakat boleh menerima dan menggunakan sistem e-dagang dalam urusan kerja masing-masing.

Perlu diketahui juga bahawa penerimaan terhadap sesuatu teknologi juga sangat bergantung kepada peranan yang dimainkan dalam penyelesaian sesuatu kerumitan yang dihadapi selama ini.

Namun demikian, berdasarkan kajian yang mana telah membuktikan bahawa penggunaan e-dagang dapat ditingkatkan pada tahap yang luar biasa sekiranya memperkembangkan sistem e-dagang secara menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hafizmustafar123

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon