Selasa, Mac 27, 2018

Pertandingan Ratu Cantik Wanita Albinno Di Zimbabwe


Sithembiso Mutukura dinobatkan sebagai Ratu Albinno Zimbabwe 2018 dalam pertandingan ratu cantik yang buat julung kalinya di Harare, ibu negara itu.

Pertandingan Ratu Cantik Wanita Albinno Di Zimbabwe

Mirror UK melaporkan Sithembiso menewaskan 12 peserta lain yang menghidap albino, menerusi pertandingan yang diadakan untuk mengubah stigma terhadap keadaan kulit Albino.

Selain mahkota kemenangan, gadis berusia 22 tahun itu menerima sejambak bunga.

Memetik laporan USA Today, Sithembiso berharap kemenangannya dapat memberi inspirasi kepada penghidap albino untuk terus menjalani kehidupan.

"Kita mesti terus memperjuangkan hak-hak kita dan saya berharap kemenangan ini akan memperkasakan gadis-gadis albino.

"Saya telah melalui banyak pengalaman, tetapi saya mahu orang yang hidup dengan albino menjadi berani dan bertahan dalam kehidupan mereka," katanya yang merupakan seorang pelajar.

Zimbabwe mengikuti jejak langkah Kenya dengan mengadakan pertandingan ratu cantik untuk penghidap albino.

Dilaporkan penghidap albino menjadi mangsa diskriminasi dan serangan di beberapa negara Afrika.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon