Wednesday, April 25, 2018

Dylan McWilliams Lelaki Luar Biasa Yang Masih Hidup Selepas Di Patuk Ular, Diserang Beruang Dan Di Baham Jerung!

Siapa sangka seorang lelaki yang sepatutnya telah mati selepas diserang beruang, jerung dan ular berbisa dengan teruk masih lagi terselamat dan hidup seperti biasa.


Seperti dilaporkan BBC News, Dylan McWilliams, 20, mengalami tiga tragedi besar dalam hidupnya apabila terpaksa berhadapan dengan haiwan-haiwan liar yang telah menyerangnya sehingga boleh membawa maut.

Dipatuk Orok-orok

Dylan McWilliams dipatuk ular

Kali pertama, individu dari Colorado, Amerika Syarikat itu berhadapan dengan ular orok-orok dalam satu pendakian di Utah semasa dia berumur 17 tahun.

Pada mulanya dia menyangka hanya sekadar tersepak pokok kaktus, namun jangkaannya meleset selepas mendapati kakinya telah dipatuk ular berbisa.

Walaupun panggilan bantuan dibuat tetapi, Dylan meminta untuk tidak menghantarnya ke hospital kerana dianggap hanya gigitan biasa sahaja.

Racun ular tersebut menyebabkan dia kesakitan selama beberapa hari sebelum pulih dalam tempoh yang agak lama.

Diserang Beruang Hitam

Dylan McWilliams digigit beruang

Kali kedua, Daylan telah diserang oleh seekor beruang hitam yang dianggarkan seberat 136 kilogram semasa dalam perkhemahan di Colorado pada Julai 2017.

Gara-gara tidur di luar khemah, kepala Daylan telah telah berada dalam mulut seekor beruang hitam dan beliau hanya menyedarinya apabila tersedar digigit.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 4 pagi itu seakan-akan sebagai satu pengakhiran kehidupan Dylan kerana dia sukar untuk bergerak apabila badannya sudah dikepit oleh beruang tersebut.

Mujur, dia sempat mencengkam mata beruang sehingga terlepas dari serangan beruang terbabit.

Kekecohan tersebut disedari oleh rakan-rakannya dan terus mendapatkan Dylan.

Serangan tersebut telah meninggalkan bekas luka dan rasa sakit yang berpanjangan di kepalanya.

Dua insiden besar yang telah berlaku terhadap Dylan tidak menghalang dirinya daripada terus mendekati haiwan dan melakukan aktivit-aktiviti lasak.

Dibaham Ikan Jerung

Dylan McWilliams dibaham jerung

Ketika Dylan berada di pulau Kauai, Hawai, dia telah diserang pula oleh jerung ganas di laut.

Kakinya telah dibaham seekor jerung yang berada di bawahnya dan beliau sempat menendang jerung tersebut sebelum berenang menuju daratan.

Semasa insiden tersebut, Dylan memberitahu, kakinya luka dan dibasahi darah akibat bergelut dengan jerung berkenaan.

Jerung harimau yang dijumpainya itu berukuran antara 6 hingga 8 kaki dan telah meninggalkan kesan gigitan di kaki Dylan yang memerlukan tujuh jahitan.

“Ia agak gila. Saya tidak mempunyai banyak peluang tetapi ia agak bernasib baik dalam situasi yang tidak baik,” katanya selepas terkena sarangan jerung berkenaan.

Selepas paramedik membantu merawat Dylan, ibu bapanya mengetahui hal terbabit dan risau akan keadaan anaknya itu namun dia berjaya menenangkan kedua-dua orang tuanya.

Ikhtiar Hidup

Antara faktor yang menyebabkan Dylan begitu lasak dan berjaya mengharungi keadaan-keadaan yang sukar dalam dirinya ialah datuknya pernah mengajar remaja tersebut teknik kelangsungan hidup sejak dia berumur tiga tahun.

Walaupun sudah berlaku tiga insiden yang membahayakan tetapi Dylan masih lagi ingin melakukan aktiviti lasak.

“Saya masih lagi akan pergi mendaki, menjejaki ular orok-orok dan akan berenang di lautan,” jelasnya.

Dia berharap agar insiden yang bahaya yang dilaluinya tidak akan menimpanya lagi namun tidak dinafikan apa-apa sahaja boleh berlaku pada dirinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon