Tuesday, July 18, 2017

Senarai Affiliate Terbaik Dan Lumayan Di Malaysia 2017

Memiliki blog atau tidak, berkecimpung dalam dunia maya untuk menjana pendapatan dengan internet melalui program affiliate adalah salah satu cara terbaik mencari duit secara online dengan agak mudah.

Senarai Affiliate Terbaik Di Malaysia 2017

Bagi anda yang belum mengenali apa itu affilaite, ia adalah salah satu cara mencari dan menjana duit secara online dengan mempromosi dan memasarkan produk melalui link affiliate khas (hanya copy dan paste) yang diberikan oleh pihak penganjur, dimana mereka mencari dan menawarkan komisen yang berpatutan kepada ahli affilite (anda) yang berjaya menghasilkan jualan melalui produk mereka.

Berapa yuran untuk menyertai program Affiliate?

Percuma. Anda boleh mendaftar secara percuma tanpa perlu membayar sesen pun. Program Affiliate dijamin 100% percuma, malah anda yang akan dibayar jika berjaya menghasilkan jualan melalui link affiliate yang anda share.

Berapa komisen sebagai agen Affiliate?

Bergantung kepada program affilite yang anda sertai. Ada pihak menawarkan komisen sehingga 70%, 50%, 40%.

Sebagai contoh laman web A menawarkan 50% komisen untuk produk bernilai RM100.00 maka anda akan mendapat komisen RM50.00 untuk setiap produk yang anda berjaya jual. Ingat, anda hanya share link affiliate dan jika ada pembeli, barulah anda dibayar komisen.

Itu baru satu produk, bagaimana pula jika anda berjaya menghasilkan 10 jualan! Lumayan kan.. :)

Apa sebenarnya produk-produk yang dijual melalui program affiliate ini?

Banyak jenis program Affiliate yang anda boleh sertai asalkan ia menawarkan komisen yang berpatutan dan bergantung kepada kesesuaian anda sendiri. Nak join semua pun boleh.

Produk affiliate yang dipasarkan ada 2 jenis;

1. Produk Digital

Jenis barangan yang boleh dilihat tapi tidak dapat disentuh melalui pancaindera dan hanya boleh di install melalui komputer, laptop, telefon dan sebagainya.

Contoh barangan untuk produk ini ialah seperti sofware, audio, ebook (e-book), mp3 dan sebagai.

2.Produk Fizikal

Jenis barangan yang boleh disentuh, dilihat, dimakan, keras, lembut, berat, ringan dan juga boleh dipakai.

Contoh produk fizikal ini adalah seperti Al-Quran Digital, DVD, CD, pendrive, buku, baju, seluar, beg kulit dan sebagainya.

Bagaimana dan dimana hendak mempromosikan produk-produk tersebut?

Ada empat cara asas untuk anda mempromosikan link affiliate;

1. Blog atau Laman Web

Lakukan pemasaran affiliate anda menggunakan blog, tidak kisahlah jika melalui blogspot atau pun wordpress kerana ianya percuma dan menjimatkan kos.

Rasanya ada banyak lagi laman web percuma diluar sana, cuma anda kenalah rajin untuk membuat carian.

Buat artikel dan posting mengenai tawaran anda melalui blog dan pastikan juga artikel anda mudah untuk difahami kemudian letakkan link affiliate dibeberapa perenggan artikel.

2. Media sosial

Contohnya seperti Facebook, Twitter, googgle plus, pintrest, instagram dan banyak lagi.

Kongsikan sesuatu yang mampu menimbulkan minat dan kelebihan produk tersebut secara ringkas kepada rakan-rakan dan follower anda.

3. Video

Contohnya seperti Youtube, Vimeo, Animoto dan sebagainya. Buat video anda sendiri atau kongsikan video-video viral dan upload melalui youtube atau sebagainya, kemudian share pula video ini melalui blog, facebook, twitter dan sebagainya.

4. Email

Promosikan produk affiliate melalui email kepada rakan-rakan anda. Pastikan juga anda tidak menghantar secara kerap, kerana anda akan dicop sebagai spammer. Lakukan dengan cermat dan berkala, mungkin seminggu sekali.

Jadi, anda berminat dengan program affiliate dan tidak sabar nak mencubanya?

Dibawah ini adalah senarai program affilaite terbaik di Malaysia dan membayar komisen yang mahal untuk anda sertainya.

1. NiagaFB

Dengan sistem affiliate binari unik NiagaFB, anda hanya perlu mempromosikan eBook Rahsia Pemasaran Facebook.

Jika menyertai NiagaFB, anda juga akan mendapat ahli baru yang dilimpahkan dari upline!

Anda juga mempunyai 'advantage' untuk menerima komisen matching walaupun kurang aktif mempromosikan ebook NiagaFB.

Daftar sebagai affiliate di NiagaFB.com.

2. Tudung Si Comel

Platform affiliate Tudung Si Comel sememangnya adalah yang terbaik buat masa ini di Malaysia untuk anda mempromosikan tudung kanak-kanak secara online melalui sistem affiliate.

Tudung Si Comel menyediakan pelbagai jenis tudung termasuk tudung sekolah untuk kanak-kanak berumur 17 tahun ke bawah, termasuklah baby yang baru berusia 3 tahun ke bawah.

Selain permintaan tinggi ibu bapa terhadap pakaian muslimah seperti jubah, telekung, baju sekolah dan aksesori untuk kanak-kanak, harga yang ditawarkan juga tersangatlah murah dan berkualiti.

Daftar sebagai affiliate di Tudungsicomel.com.

3. Sweet Muslimah

Satu lagi platform affiliate pakaian muslimah yang anda wajib sertai kerana rekod pembayaran dan jualan dari program ini yang tidak pernah mengecewakan.

Sweet Muslimah merupakan peneraju pasaran baju muslimah terbesar di Malaysia dan produk Sweet Muslimah adalah asli yang diimport terus dari kilang.

Matlamat Sweet Muslimah adalah untuk menyediakan baju muslimah yang berkualiti dan terbaik untuk muslimah di Malaysia.

Sama seperti Tudung Si Comel, selepas mendaftar, copy dan paste link affiliate, kongsikan di blog atau laman sosial dan apabila pengguna internet klik link tersebut, mereka akan dibawa ke laman web SweetMuslimah dan apabila pembeli tersebut membuat pesanan dan pembayaran, anda akan mendapat 10% komisyen.

Tiada sebarang kos untuk anda menjadi agen affiliate dan tiada sebarang komitmen.

Daftar sebagai affiliate di Sweetmuslimah.com.

4. Book Cafe (Bconline)

Laman web ini sebenarnya telah beroperasi sejak tahun 2007 lagi khusus untuk para pencinta buku.

Selepas mendaftar anda akan dibekalkan dengan link affiliate dan bahan promosi untuk membantu anda mempromosikan produk-produk buku yang dijual dilaman web bookcafe (bconline).

Pelanggan yang berminat akan klik pada link tersebut dan perlu membuat pembelian di Bookcafe dalam masa 30 hari dari tarikh link diklik.

Ahli affiliate kemudiannya akan mendapat 5-7% komisen dari nilai pembelian di Bookcafe.

Ramai yang suka membaca di Malaysia dan kini tugas anda untuk memudahkan pencarian mereka melalui link affiliate yang akan anda kongsikan. Mudah kan?

Daftar sebagai affiliate di Bconline.com (Book Cafe).

5. Klikjer

Platform affiliate Klikjer adalah website yang disediakan oleh seorang IM terkemuka Malaysia yang dikenali sebagai Shuth. Tak kenal Shuth? Dialah pengasas WangCyber.com. Forum IM tersohor di Malaysia.

Klikjer sangat mudah untuk digunakan. Anda dapat melihat produk produk yang tersedia untuk dipasarkan melalui pautan “Produk”. Pada ketika ini, ada hampir 20 buah produk digital yang boleh anda pasarkan dari Klikjer.

Klikjer turut menyediakan bahan bahan berupa gambar yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan produk produk pilihan anda.

Terdapat pelbagai banner gambar dalam bermacam saiz untuk anda letakkan di dalam laman web anda bagi tujuan promosi.

Daftar sebagai affiliate di Klikjer.com.

6. Aztetic

Aztetic.my adalah salah satu program yang menyediakan khidmat Software as a Service (SaaS) untuk membina kedai online bagi menjual pelbagai produk fizikal dan digital. Pasaran sasaran Aztetic sebenarnya adalah para pemilik produk.

Aztetic menyediakan platform yang mudah bagi pemilik produk memantau jualan. Antara tarikan buat pemilik produk adalah sistem affiliate yang siap terbina yang boleh terus digunakan oleh para pelanggan Aztetic.

Kekurangan paling ketara adalah ketiadaan ruang niaga (marketplace) di mana para affiliate boleh melihat kesemua produk yang boleh di promosikan.

Untuk mengetahui produk apa yang ada, affiliate perlu dapatkan link kedai dari pemilik kedai itu sendiri.

Namun, walaupun tanpa adanya ruang niaga (marketplace), ada satu cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan senarai produk yang dijual menggunakan sistem Aztetic ini, caranya – gunakan Google.

Pergi ke website google dan gunakan kata carian “site:aztetic.my” (tanpa pembuka/penutup kata) dan anda akan diberikan senarai subdomain yang wujud dalam domain aztetic. Semua kedai dalam Aztetic menggunakan URL subdomain.aztetic.my.

Daftar sebagai affiliate di Aztetic.my.

7. OnPay

Onpay secara amnya menyediakan khidmat yang sama seperti Aztetic. Pasaran sasarannya adalah para pemilik produk digital.

Onpay menyediakan ruangan marketplace yang menyenaraikan kesemua produk yang boleh dipromosikan sebagai affiliate yang boleh didapati dihalaman depan website Onpay.

Daftar sebagai affiliate di Onpay.my.

***

Ini hanyalah sebahagian yang anda boleh bermula. Semoga berjaya.

BACA INI JUGA: Panduan Belajar Buat Blog Cara Paling Mudah

sumber: API | HR

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon