Selasa, April 24, 2018

Suku Bajau Laut Mampu Menyelam Selama 13 Minit Sedalam 70 Meter Tanpa Oksigen!


Masyarakat kaum Bajau dari Kepulauan Indonesia mampu menyelam sedalam 70 meter dan menahan nafas selama 13 minit di dalam laut tanpa bantuan peralatan khas kerana mereka memiliki limpa bersaiz besar, menurut penyelidik.

Suku Bajau Laut Mampu Menyelam Selama 13 Minit Sedalam 70 Meter Tanpa Oksigen!

Ketua Kumpulan Penyelidik dari Universiti Cambridge, Melissa Ilardo mendapati kaum Bajau mempunyai saiz limpa 50 peratus lebih besar daripada manusia normal.

Beliau membuat penemuan itu selepas menjalankan kajian selama beberapa bulan di Jaya Bakti, Indonesia selain mengambil sampel genetik dan melakukan imbasan ultrabunyi ke atas responden kaum Bajau.

“Tiada maklumat lengkap mengenai limpa manusia dari segi fisiologi dan genetik tetapi kami tahu anjing laut seperti spesies Weddell mempunyai limpa besar kerana melakukan selaman laut dalam,” katanya.

Suku Bajau Laut Mampu Menyelam Selama 13 Minit Sedalam 70 Meter Tanpa Oksigen!

Kajian beliau mendapati limpa suku Bajau adalah bersaiz besar secara semula jadi dan organ itu tidak mengembang atau membesar hasil tindak balas ketika melakukan selaman.

Limpa memainkan peranan penting sewaktu menyelam kerana organ itu membantu membebaskan sel darah merah mengandungi oksigen dalam aliran dalam tubuh seseorang penyelam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon