Thursday, January 25, 2018

Misteri Ikan Duyung Active Pass Mermaid

Active Pass, sebuah kawasan laluan pemisah selat berdekatan Pulau Mayne, Galiano dan Gulf di wilayah British Columbia di Kanada.


Misteri Ikan Duyung Active Pass Mermaid
Gambar ikan duyung yang diambil pada tahun 1967.

Pada bulan Jun 1967, penumpang yang menaiki feri dilaluan ini dikejutkan apabila melihat duyung yang duduk di atas batu.

Duyung itu digambarkan berambut perang dan mempunyai ekor seakan ikan lumba-lumba, sedang duduk di batu itu sambil menikmati ikan salmonnya.

Duyung itu dilihat sekali lagi pada minggu berikutnya dan kisah ini turut dilaporkan dalam akhbar tempatan.

Sebuah syarikat menawarkan ganjaran 25,000 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap ikan duyung tersebut.

Malangnya, tiada sesiapa melihat kelibat duyung tersebut selepas itu.

Adakah duyung Active Pass ini benar-benar wujud, kerana beberapa tahun kemudian, kawasan ini dihebohkan dengan kisah ikan duyung palsu untuk menarik kedatangan pelancong.

Walau bagaimanapun, kisah ikan duyung pada tahun 1967 itu masih diperkatakan sehingga kini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Ikan Duyung 'The Kaaiman'

-SENTIASAPANAS.COM

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon