Saturday, December 30, 2017

Misteri Ikan Duyung 'The Kaaiman'

Di Afrika Selatan, ikan duyung tidak dianggap mitos kerana mereka sememangnya percaya dengan kewujudan makhluk separuh manusia itu dan ikan duyung dipanggil 'Kaaiman'.

Misteri Ikan Duyung The Kaaiman

Kai terakhir Kaaiman dilaporkan dilihat pada tahun 2008 di daerah Swellendam.

Daniel Cupido bersama rakan-rakannya yang sedang berkhemah di sungai Buffelsjags di perkampungan Suurbraak, Swellendam.

Lebih kurang pukul 11.30 malam, Daniel terdengar bunyi percikan air yang kuat diiringi suara pelik.

Daniel kemudiannya turun ke sungai dan melihat kelibat seorang wanita di dalam air.

Ketika cuba menghampiri, Daniel terhenti apabila wanita itu menoleh. Matanya merah bercahaya. Kulitnya putih dan rambutnya hitam panjang.

Bahkan, beberapa rakan Daniel yang lain turut melihat kelibat duyung itu sebelum ia terjun dan menghilang ke dalam air.

Sebelum itu, kali terakhir kelibat Kaaiman dilaporkan adalah 15 tahun lalu.

Orang-orang tua disini selalu berpesan kepada anak-anak mereka supaya berhati-hati apabila melihat Kaaiman kerana mereka percaya, makhluk ini mampu menenggelamkan mangsanya melalui tipu daya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ikan Terbesar Yang Pernah Ditangkap Manusia

-SENTIASAPANAS.COM

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon