Thursday, August 24, 2017

Hooliganisme, Samseng Bola Sepak Yang Ditubuhkan Khusus Untuk Menyerang Penyokong Lawan!


Samseng atau istilah hooliganisme bola sepak bukan satu perkara asing dalam bola sepak kerana ia biasanya melibatkan konflik termasuk pertempuran atau serangan antara kumpulan-kumpulan penyokong kelab bola sepak atau pasukan kebangsaan.

Hooligan

Di kebanyakan negara Eropah seperti England dan Poland, kumpulan samseng bola sepak ini dikenali sebagai firms atau hooligan iaitu organisasi penyokong yang ditubuhkan bagi tujuan khusus untuk menakut dan menyerang penyokong pasukan-pasukan lain.

Di sebahagian negara Eropah seperti Itali dan Turki, Afrika dan Asia pula, ia dikenali sebagai ultras iaitu daripada bahasa Itali, oltre yang membawa maksud berlebih-lebihan.

Di Amerika Latin pula, kumpulan ini dikenali sebagai Barra Brava dan Torcida organizada.

Hooliganisme ini sebernanya kumpulan penyokong fanatik yang terlalu taksub akan pasukan bola sepak yang diminati.

Kumpulan ini sering merusuh dan melakukan kekacauan sekiranya pasukan yang disokong kalah dalam perlawanan bola sepak.

Keganasan ini bukan berlaku secara spontan tetapi telah diatur dan didalangi oleh organisasi-organisasi penyokong ini.

Antara tindakan ganas yang dilakukan oleh mereka ialah menyerang penyokong pasukan lawan, memusnahkan kedai, kereta dan pelbagai bentuk vandalisme harta benda.

Namun, mereka ini bukanlah kumpulan gengster yang terlibat dalam aktiviti jenayah seperti mengedar dadah, merompak dan sebagainya tetapi lebih kepada gengster dalam sukan bola sepak.

Setiap kelab bola sepak mempunyai organisasi penyokong fanatik mereka sendiri.

Antara yang popular ialah dari kelab Liga Inggeris;
  • Arsenal (Gooners, The Hard).
  • Aston Villa (Steamers, C-Crew, Villa Hardcore, Villa Youth).
  • Birmingham City (Zulus, Zulu's Warriors, Zulu's Army).
  • Derby County (Derby Lunatic Fringe).
  • Chelsea (Headhunters).
  • Everton (County Road Cutters).
  • Liverpool (The Urchins).
  • Leeds United (Leeds Service Crew).
  • Middlesbrough (Middlesbrough Frontline).
  • Newcastle United (Gremlins, Newcastle Mainline Express NME).
  • Manchester United (Red Army).
  • Portsmouth (6.57 Crew).
  • Tottenham Hotspur (Yid Army).
  • West Ham United (Inter City Firms (ICF).

Eropah

Gejala hooliganisme ini dipercayai berasal dari United Kingdom (UK) yang mana Hooliganisme dalam bola sepak moden pertama dilaporkan berlaku di England pada 1880-an.

Ketika itu, kumpulan penyokong menakutkan kejiranan, menyerang pengadil, penyokong dan pemain pasukan lawan.

Sejak 1960-an, UK terkenal di seluruh dunia dengan samseng bola sepak dan sering kali dianggap sebagai penyakit orang Inggeris.

Tahun 1970-an menyaksikan kemunculan firms yang menyokong kelab masing-masing di England dan serata Eropah.

Selain England yang terkenal dengan organisasi-organisasi samseng bola sepaknya, masalah tersebut turut mengancam negara-negara Eropah lain terutama Jerman, Itali dan Poland dari 1960-an hingga 1990-an.

Namun, ia kini sudah tidak seganas dahulu selepas kerajaan negara-negara berkenaan mengambil tindakan tegas memerangi keganasan berkaitan bola sepak.

Semua kelab bola sepak dari liga utama hingga liga bawahan mempunyai organisasi penyokong fanatik seperti ini.

Selain England, Jerman, Itali dan Poland, negara-negara Eropah yang terkenal dengan hooliganisme ialah;
  • Belgium
  • Bosnia dan Herzegovina
  • Croatia
  • Republik Czech
  • Denmark
  • Finland
  • Perancis
  • Hungary
  • Israel
  • Belanda
  • Ireland
  • Norway
  • Portugal
  • Rusia
  • Scotland
  • Serbia
  • Slovakia
  • Sweden
  • Wales

Asia

Keganasan dalam bola sepak merupakan perkara yang baharu di Asia, berikutan pengaruh yang dibawa oleh firms dan ultras dari bola sepak Eropah.

Di Asia, kumpulan penyokong fanatik bola sepak ini memilih untuk meniru gaya ultras namun, masalah samseng bola sepak tidak berlaku di Jepun dan kalau ada pun terpencil.

Di negara-negara Asia lain pun, masalah samseng bola sepak ini tidak serius dan merupakan perkara baharu akiabt mengimport budaya dari Eropah.

Di China misalnya, hooliganisme dalam bola sepak banyak berpunca daripada tuduhan pengadil yang korup dan dakwaan persatuan bola sepak yang terlibat dalam skandal mengatur perlawanan.

Dalam satu perlawanan antara Shaanxi Guoli dan Chengdu Winiu di Xi'an, penyokong bola sepak bertempur dengan polis mengakibatkan lapan orang ditahan.

Pada Mac 2002 pula, beratus peminat bola sepak merusuh dalam perlawanan antara Shaanxi Guoli dan Qingdao Yizhong kerana peminat mengesyaki keputusan perlawanan itu telah diatur.

Di Bangladesh pula, 100 orang cedera selepas beribu peminat bola sepak mengamuk dan menceroboh kawasan padang selepas pengadil tidak memberikan sepakan penalti dalam perlawanna Liga B antara Mohammedan Sporting Club dan Rahmatganj Sporting Club di Stadium Nasional Bangabandhu.

Di negara-negara Arab yang bergolak seperti Syria, keganasan dalam bola sepak banyak berpunca daripada sentimen politik.

Pada 12 Mac 2004, 25 terbunuh dan beratus-beratus cedera dalam pertempuran antara penyokong Arab bertempur dengan Kurdish dari kelab bola sepak lawan.

Malaysia

Ultras Malaya

Di Malaysia, kumpulan penyokong fanatik yang dominan ialah organisasi ultras. Ketika mula ditubuhkan pada tahun 2007, Ultras Malaya kurang dikenali, namun kini semakin popular dalam kalangan peminat bola sepak tempatan dan rantau Asia Tenggara.

Ekoran itu, banyak penyokong menubuhkan organisasi ultras untuk menyokong pasukan bola sepak negeri.

Kesemua organisasi ultras ini bernaung di bawah panji Ultras Malaya.

Antara organisasi ultras penyokong pasukan negeri ialah;
  • Boy of Straits (JDT dan JFA).
  • Ultras Kedah (Kedah FA).
  • Ultras Sel (Selangor FA dan PKNS FC).
  • Silver State (Perak FA).
  • Ultras Panthers (Penang FA).
  • Ultras Nogori9 (Negeri Sembilan FA).
  • Ultras Tranung (Terengganu FA).
  • Elephant Army (Pahang FA).
  • Ultras Taming Sari (Melaka FA).
  • North Borneo Ultras (Sabah FA).
  • The Red Mania (Kelantan FA).
  • Brigate Gialloblu Perlis (Perlis FA).
  • Kuala Lumpur Ultras (Kuala Lumpur FA.
  • Gallore Buceros (Sarawak FA).

Walaupun ultras dominan di negara ini, terdapat juga firms seperti Inter Johor Firms (IJF) yang dituduh punca insiden penyokong Vietnam dipukul selepas perlawanan Malaysia tewas 1-2 kepada pasukan Vietnam dalam separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2014 di Stadium Shah Alam.

Pada 30 Ogos 2014, kira-kira 2,000 penyokong Sarawak merusuh di Stadium Negeri di Petra Jaya sehingga mengakibatkan tujuh buah kenderaan polis rosak termasuk satu daripadanya musnah terbakar selain lima anggota polis tercedera.

Kejadian itu berlaku sebalik tamat perlawanan bola sepak antara Sarawak dan Perak yang berakhir dengan keputusan seri 1-1, sekaligus menyaksikan pasukan Ngap Sayot tersingkir dalam saingan Piala Malaysia 2014.

Malah, dalam satu kejadian terbaharu selepas perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Myanmar yang dimenangi Malaysia 3-1 ketika sukan SEA 2017, dua orang penyokong Myanmar dipercayai dibelasah dengan teruk oleh penyokong fanatik Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon