Sunday, January 19, 2020

Kisah Benar Derita Mihrigul Tursun, Wanita Uighur Yang Diseksa Komunis China

Kisah Benar Derita Mihrigul Tursun, Wanita Uighur Yang Diseksa Komunis China

Manga terbitan Tomomi Shimizu, seorang artis Jepun berusia 50 tahun, yang menceritakan kisah penderitaan Mihrigul Tursun, seorang wanita Uighur yang ditahan dan diseksa di China telah tular di media sosial.

Derita Mihrigul Tursun

Manga tersebut yang dimuat naik di laman web rasmi milik Shimizu telah dilihat lebih 3.3 juta kali, manakala tweet beliau pula menerima lebih 88.4k ulang kicau dan 88.3k tanda suka ketika artikel ini ditulis.

Impak yang dibawa oleh manga berjudul 'What Has Happened To Me' ini terlalu besar sehingga ia dipetik oleh penunjuk perasaan pro-demokrasi di jalan-jalan di Hong Kong dan mendapat maklum balas dari Amerika Syarikat ke Eropah, dari Rusia ke Taiwan.

Manga tersebut menceritakan kisah Mihrigul Tursun, 30, yang mendakwa salah seorang daripada tiga anaknya maut ketika dia ditahan di salah satu kem di Xinjiang antara tahun 2015 dan 2017.

Walaupun Shimizu dan Tursun tidak pernah saling berhubung antara satu sama lain, artis Jepun itu terinspirasi selepas mendengar tentang penindasan etnik Uighur dan kemudian mendengar kisah penderitaan Tursun.

"Saya fikir, Apa yang saya boleh buat? Saya mula melukis kartun sejak 20 tahun lalu, dan berkata, saya boleh buat manga," kata Shimizu yang dipetik dari The Washington Post.

Menurut Shimizu lagi, dia mahu orang awam mengetahui dan memikirkan tentang masalah yang dihadapi umat Islam Uighur di China kerana ia bukan tentang 'sesetengah orang miskin di negara yang jauh'.

"Saya mahu orang ramai melihat ini sebagai isu yang berkaitan dengan Jepun," kata Shimizu.

"Orang-orang Uighur ini juga hidup seperti biasa, sama seperti kita."

Komunis China dilaporkan telah memenjarakan sekurang-kurangnya 1 juta masyarakat Uighur di kem pendidikan semula di rantau Xinjiang barat.

Pengasingan massa ini dilihat oleh China sebagai perang terhadap ekstremisme, tetapi ia telah dikecam secara meluas sebagai percubaan untuk menghapuskan sama sekali etnik Uighur dan Islam, serta menggantikannya dengan pengabdian kepada Presiden Xi Jinping dan Parti Komunis.

Hasil karya Shimizu mengenai Mihrigul Tursun ini telah menarik perhatian jutaan orang bukan hanya di Jepun tetapi di seluruh dunia.

Keluarga Mihrigul Tursun

Menyedari jangkauannya, Shimizu berkata bahawa dia ingin meningkatkan kesedaran orang awam terhadap tindakan yang dikenakan ke atas Uighur, salah satu etnik minoriti di China daripada 55 yang lain.

"Saya rasa saya harus menghasilkan karya tentang isu ini, dan saya cuba menceritkannya dalam bentuk yang ringkas dan mudah difahami."

"Menulis kisah tentang Uighur melalui manga adalah misi saya," kata artis Jepun itu.

Shimizu pertama kali mendengar tentang Uighur menerusi dokumentari TV, dan manga pertamanya mengenai isu ini telah diterbitkan pada Mei 2019 yang diberi judul, 'No One Will Say The Name Of That Country'.

Manga ini memperincikan tentang penubuhan sebuah negeri berpengawal, kehilangan golongan muda, penahanan dan perpisahan keluarga apabila kem pengasingan ditubuhkan, penangkapan seorang wanita yang memanggil tanahnya "Turkestan Timur", istilah digunakan oleh pemisah Uighur yang merujuk kepada Xinjiang.

Baca kisah Mihrigul Tursun yang ditulis oleh Shimizu di bawah:

















Setelah diterbitkan, manga ini mendapat perhatian masyarakat Uighur di Jepun, di mana Shimizu mendengar cerita tentang Tursun di sebuah acara yang dianjurkan oleh Amnesty International dan Meiji University.

Mesut Ozil

Kata-kata Mesut Ozil yang mendapat bantahan dari Komunis China.

"Luka berdarah di dalam umat Islam. Komuniti pejuang yang menolak penganiyaan. Orang-orang mula berjuang keseorangan melawan mereka yang memaksa mereka pergi daripada Islam. Quran dibakar, masjid ditutup, madrasah dilarang dan guru-guru agama dibunuh seorang demi seorang.

"Saudara lelaki dipaksa pergi ke kem, tempat mereka digantikan dengan lelaki cina. Saudara perempuan pula dipaksa kahwin dengan lelaki cina.

"Dengan semua ini berlaku, umat Nabi Muhammad SAW terus membisu. Tidak membantah mahupun berkata apa-apa. Muslim tidak disokong. Tidak kah mereka tahu bahawa membenarkan sesuatu penganiyaan itu turut tergolong dalam orang-orang itu?

"Seperti yang dikatakan oleh hadrat Ali: 'Jika kamu tidak boleh menghentikan penganiyaan, maka buatlah ia diketahui'.

"Semasa media antarabangsa menghebahkan perkara ini dalam agenda mereka, di manakah negara Islam dan media mereka? Tidak kah mereka tahu dengan bersikap neutral mengenai perkara ini adalah hina?

"Tidak kah mereka tahu bahawa apa yang saudara Islam kita akan ingat kelak bukanlah penyeksaan yang diterima akan tetapi sikap berdiam diri orang Islam yang lain.

"Ya Allah, bantulah mereka. Sesungguhnya perancangan-Mu adalah yang sebaik-baiknya,"

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says

Oman: 85 Fakta Menarik Tentang Negara Ini

Oman: 85 Fakta Menarik Tentang Negara Ini

Oman adalah sebuah negara yang terletak di Timur Tengah, bersempadan dengan Arab Saudi di sebelah Barat, Yaman disebelah barat daya dan UAE di sebelah barat laut, manakala disebelah tenggara adalah Laut Arab dan disebelah timur lautnya adalah Teluk Oman.

Fakta Negara Oman

Pada akhir abad ke-17, Oman merupakan sebuah kesultanan kuat yang bersaing dengan Portugal dan Inggeris untuk menguasai Teluk Parsi dan lautan Hindi.

Pada zaman kemuncaknya iaitu abad ke-19, Kesultanan Oman memiliki pengaruh yang luas dan kawalan terhadap selat Hormuz sehingga ke Iran dan Pakistan, malah hingga ke kepulauan Zanzibar (Kepulauan di sebelah timur pesisir Afrika).

Namun, kekuatan Kesultanan Oman menurun pada abad ke-20, menjadikannya salah satu kesultanan yang dikuasai oleh Britain.

Walau bagaimanapun, Kesultan Oman tidak pernah menjadi negara jajahan atau koloni Great Britain.

FAKTA MENARIK NEGARA OMAN

1. Oman adalah salah satu tempat tertua di bumi yang didiami oleh manusia, yang dianggarkan sudah dihuni selama 106,000 tahun yang lalu.

2. Oman adalah negara merdeka terawal di tanah Arab.

3. Hari kemerdekaan Oman jatuh pada 18 November, yang merayakan kemerdekaan Oman dari Portugis pada tahun 1650.

4. Kijang Oryx Arab adalah binatang kebangsaan Oman.

5. Manakala burung kebangsaan negara Oman adalah helang.

6. Salah seorang sejarawan awal Rom bernama Yalainous yang hidup dari tahun 23-79 M, adalah sejarawan yang menyebut Oman dalam bukunya dengan sebutan Omana.

7. Bangsa Babilon dan Assyiria pernah menguasai Oman kerana mahu mengawal laluan perdagangan yang menghubungkan Asia ke laut Mediteranian.

8. Ada lebih dari 100 makam yang seluruhnya berbentuk sarang lebah berada di puncak dataran tinggi di Oman utara. Makam ini dipercayai peninggalan dari tahun 3000 – 2000 SM. Makam ini dimasukkan ke dalam senarai World Heritage Site pada tahun 1988.

9. Berdasarkan "Undang-undang Dasar Negara" tahun 1996, Oman adalah negara Monarki (kesultanan).

10. Ibu kota Oman adalah Muscat.

11. Kota Muscat dikuasai Portugis selama 140 tahun (1508-1648), sebelum digantikan oleh Ottoman dan pernah dikuasai oleh Parsi. Pada waktu itu, negara ini dikenali dengan nama Muscat dan Oman.

12. Pada tahun 1749, dinasti Al Bu Said berkuasa di Oman, dan sejak itu Oman diperintah oleh seorang Sultan.

13. Pada tahun 1970, Qaboos bin Said memecat ayahnya dari takhta dan dia menjadi Sultan.

14. Sultan Qaboos, pemimpin paling lama di dunia Arab moden yang meninggal dunia pada usia 79 tahun, tidak berkahwin dan tiada anak, sekali gus tidak meninggalkan pewaris untuk takhtanya.

15. Sultan Qaboos lahir pada 18 November 1940, adalah individu penting di belakang modernisasi Oman. Dia mulai berkuasa pada 23 Julai 1970.

16. Simbol kebangsaan Oman adalah sepasang Khanjar yang bersilang. Simbol ini juga terdapat di bendera Oman. Khanjar adalah simbol kejantanan dan keberanian.

17. Istana Sultan dibangunkan di bekas kedutaan besar Inggeris.

18. Jebel Shams dengan ketinggian 3,000 meter adalah puncak tertinggi di Oman.

19. Sebelum Islam masuk ke Oman, pendudul Oman menganut Ibadhisme, iaitu amalan yang mengamalkan praktek toleransi.

20. Di Oman ada kota bernama Bahla yang terkenal sebagai pusat barang-barang tembikar.

21. Di Oman kita boleh melihat kehadiran burung dari tiga benua, Asia, Eropah dan Afrika.

22. Oman juga digelar "the best-kept secret in the world of birdwatching" (tempat terindah di dunia untuk melihat burung).

23. Menara Jam Muscat adalah monumen tertua Negara Oman moden.

24. Di Oman, hampir seluruh papan tanda tersedia dalam dua bahasa, iaitu bahasa Arab dan Inggeris.

25. Percaya atau tidak, Oman adalah negara yang tidak pernah terjadi jenayah.

26. Mountain Dew adalah minuman paling laris di Oman. Di sana tidak ada Coca-Cola.

27. Orang Oman adalah peternak kuda Arab yang handal dan terjual dengan harga yang tinggi di seluruh dunia.

28. Zaad Al Rakeb, adalah kuda pertama di Arab dan kuda Oman adalah keturunannya.

29. Sehingga tahun 1970, di Oman tidak ada hotel, namun sekarang ini, pelancongan adalah industri utama di Oman.

30. Minyak dan gas adalah eksport utama Oman, disamping tembaga namun dalam jumlah yang sedikit.

31. Universiti pertama di Oman adalah Sultan Qaboos University, yang dibuka pada tahun 1986.

32. Tradisi di Oman dalam menghormati tetamu adalah dengan menghulurkan semangkuk kurma, qahwa (kopi dengan kardamom) dan buah.

33. Di Oman, Ramadhan (bulan puasa) dan festival Islam lainnya adalah sangat penting.

34. Di Oman, kaum wanita memakai hijab dan abaya.

35. Kebanyakan wanita tidak membuka tudung di pejabat.

36. Wanita Oman juga memakai pakaian dengan warna yang cerah pada festival keagamaan seperti hari raya.

37. Lelaki Oman biasanya memakai Dishdasha, iaitu jubah sehingga ke pergelangan kaki. Kepalanya memakai serban.

38. Lelaki Oman biasanya menyarung dan membawa pisau bengkok yang dikenali dengan nama Khanja.

39. Wanita di Oman jarang dilihat di tempat umum. Kebanyakannya tinggal di rumah mengurus rumah tangga.

40. Rokok tradisional di Oman adalah Shisha, yang juga dikenali dengan nama pipa Hookah atau hubbly bubbly. Namun, nama yang tepat adalah Nargile.

41. Di Oman, terdapat salah satu pasar tertua di dunia, iaitu Souq Mutrah.

42. Di Oman, ada Souq khusus untuk wanita sahaja yang dibuka Pada setiap hari Rabu di kota Ibra.

43. Masjid paling besar di Oman adalah Masjid Agung Sultan Qaboos di kota Muscat, yang dibangunkan dengan 300,000 tan pasir. Pembinaannya memakan waktu selama 6 tahun 4 bulan.

44. Daging babi dilarang di Oman kerana haram dalam agama Islam.

45. Di Ras Al Jinz, Oman, setiap tahun kita boleh menyaksikan migrasi ribuan kura-kura ke pantai. Bermacam-macam spesies, seperti kura-kura hijau, kura-kura Loggerhead dan kura-kura Leatherback.

46. Perfume paling mahal di dunia, Amouage, diproduksi dan dijual di Oman. Bahannya berasal dari pohon yang dikenali dengan nama pokok Frankincense.

47. Di dataran tinggi Oman, terdapat sistem irigasi pengairan yang mengalirkan air dari gunung. Irigasi ini telah dimasukkan ke dalam senarai UNESCO World Heritage Site.

48. Di Oman setiap dua tahun, akan diadakan pemilihan oleh UNESCO kepada orang yang paling berjasa terhadap masyarakatnya. Setelah terpilih, individu tersebut juga akan mendapat hadiah lumayan dari Sultan Oman.

49. Ibu kota Oman, Muscat, memadukan suasana khad Arab dengan keramahan metropolis. Kombinasi antara warna biru Teluk Oman dengan pergunungan Al Hajr Al Sharyi, menampilkan harmoni antara budaya tradisional, makanan, seni dan arkitektur, dengan energi kehidupan moden.

50. Bahla adalah salah satu benteng bersejarah di kaki gunung Djebel Akhdar, yang dibangunkan pada abad ke-13 dan 14, ketika oasis Bahla mengalami kemakmuran di bawah kekuasaan suku Bani Nebhan. Benteng ini tersenarai di dalam UNESCO World Heritage Site pada tahun 1987.

51. Benteng Nakhal adalah benteng besar di wilayah Al Batinah, Oman, yang diambil sempena nama wilayah Nakhal. Di dalamnya terdapat muzium yang dikelola oleh kementerian sejarah. Muzium ini menayangkan senjata dan senapang bersejarah.

52. Bait Al Zubair adalah muzium yang menyimpan barangan warisan budaya Oman, seperti peralatan tradisional, perabot, wang lama dan lain-lain.

53. Di Oman, terdapat istana Jabrin yang dibina pada tahun 1675 oleh Imam Bil-Arab bin Sultan. Istana ini berfungsi sebagai pusat penting pengajaran astrologi, kedoktoran, dan hukum Islam.

54. Istana Taqah di pintu masuk Mirbat dibangunkan pada abad ke-19 sebagi tempat tinggal Sheikh Ali bin Al Ma’shani Timman. Istana ini mempunyai muzium etnografik menarik, yang memaparkan beragam aspek kehidupan dan budaya dari wilayah tersebut.

55. Di Oman, ada Wadi Bani Khalid dan Gurun pasir Wahiba. Di sana kita boleh menikmati hamparan pasir sambil menyusuri gundukan pasir dengan menggunakan kenderaan sehingga ke oasis Wadi Bani Khalef untuk menikmati sumber air segar dan pohon palma.

56. Pada abad ke-7, kota Nizwa menjadi ibu kota Oman. Sekarang, kota ini terkenal dengan bentengnya yang dibangunkan pada abad ke-17 atas perintah Sultan bin Saif Al Ya’ribi.

57. Semenanjung Musandam terletak di Oman utara dan sangat terpencil, yang terpisah dari semua wilayah Oman oleh UAE. Tempat ini dihuni oleh penduduk yang tinggal di desa-desa bergunung-ganang dan tepi pantai. Pemandangan teluknya sangat menawan.

58. Di bahagian selatan Oman, terdapat Salala yang dikenali sebagai kota kedua selepas Muscat. Salalah menjadi penting kerana menjadi tempat kelahiran Sultan Qaboos dan menjadi tempat pemerintahan sejak tahun 1970. Di sana terdapat istana Sultan dan kota tua Haffa dengan rekabentuk yang menarik.

59. Pulau Masirah adalah tempat paling sesuai untuk berjemur di tepi pantai dan menyaksikan hidupan liar dan sejarah Oman. Pulau ini menjadi pangkalan tentera udara Oman.

60. Kota kecil Misfat al Abryeen, adalah kota yang bersuasana tradisional. Kota pergunungan ini terdiri dari bangunan batu dengan dominasi warna oren dan coklat.

61. Di Oman, terdapat makam Job, tokoh dalam Bibel dari Kitab Job dari Perjajian Lama. Di luar makam terdapat kotak berisi telapak kaki. Seluruh kawasan ini menjadi tempat ziarah umat Islam. Dalam agama Islam, Job adalah seorang nabi dalam bahasa Arab bernama Ayub. Tempat ini berada di pergunungan di wilayah Salalah.

62. Sumhuram adalah peninggalan abad ke-3 SM sehingga abad ke-5 M. Inilah salah satu tempat penting sebelum datangnya Islam. Tempat ini adalah salah satu pusat pengeluaran Frankincense di Arab Selatan.

63. Al-Baleed adalah pusat arkeologi yang berada di pantai, berhampiran kota Salalah. Ibnu Batutah mengunjungi tempat ini pada tahun 1329 dan kagum akan keindahannya. Sebahagian besar bentengnya dibangunkan dengan gaya arkitektur khas wilayah Dhofar, iaitu menggunakan campuran kayu dan batu.

64. Istana Samail adalah istana yang sangat indah di Oman, dikelilingi pergunungan dan banyak pohon kurma. Ada oasis di tengah gurun.

65. Pulau Telegraf adalah secuil daratan di tengah-tengah air yang mengelilingi semenanjung Musandam. Pada abad ke-19, ia digunakan sebagai pusat perhubungan telegraf Inggeris sepanjang jalur kabel Teluk Persi, sebahagian dari kabel telegraf London-Karachi. Sekarang hanya beberapa bangunan yang tinggal, tetapi sangat menarik untuk snorkeling.

66. Haat adalah perkampungan di pegunungan Jebel Akhdar. Di sana terdapat beberapa rumah batu yang dikelilingi pohon kurma. Ada sungai kecil, sistem irigasi Falaj, dan tangki air yang selalu dijaga oleh penduduk setempat. Di sana juga ada kolam renang kecil yang berpunca dari air alam yang mengalir dari sumbernya di gunung.

67. Al Hazm adalah misteri sejarah yang hilang, seperti benteng besar dan runtuhnya perkampungan kuno dan makam kuno di puncak bukit. Pemandangannya indah, dengan kombinasi gurun pasir dengan pohon kurma yang menghijau.

68. Perjalanan menuju ke pantai Sadah, pemandangannya sangat mengagum dan menakjubkan. Perkampungan Sadah dikelilingi laut dan pergunungan batu hitam.

69. Bukit pasir Ramlat As Sahmah adalah penghujung dari gurun besar Rub Al Khali dari Arab Saudi.

70. Fuhud adalah pusat utama ladang minyak Oman yang terletak di gurun pasir.

71. Ras-Hilf adalah ibu kota pulau Masirah dan meskipun kurang menarik, tetapi pantainya terdapat pemandangan banyak kapal yang sudah lama ditinggalkan.

72. Pemandangan pantai Ras Madrakah sangat indah. Di sana terdapat ribuan kepiting yang hidup liar.

73. Jika ingin membeli alkohol di Oman, anda perlu mendapat kebenaran. Orang Oman dibenarkan membelinya tetapi tidak lebih dari 10% dari pendapatan bulanannya untuk membeli minuman beralkohol.

74. Orang Oman sangat pakar membuat perahu. Mereka menggunakan Coir, iaitu sabut yang dibuat dari serat kulit kelapa, untuk mengikatkan papan perahu.

75. Grand Hyatt Muscat adalah hotel paling besar dan mewah di Oman. Hotel ini terletak di bahagian pantai yang indah di ibu kota.

76. Oman adalah salah satu negara Arab yang bebas dari ancaman terorisme.

77. Oman adalah salah satu negara di dunia yang tidak mempunyai hutan.

78. Oman adalah salah satu negara di dunia yang tidak mempunyai rel kereta api.

79. Makanan tradisional Oman adalah Madrouba dan nasi Biryani.

80. Oman, kerajaan kesultanan Islam dengan populasi lebih 3.6 juta penduduk, adalah destinasi pelancongan pilihan ramai sekitar negara Teluk dan Eropah.

81. Lebih dikenali sebagai "Switzerland Negara Teluk", Oman cukup terkenal disebabkan keadaan cuaca sederhana ketika musim panas serta landskapnya yang subur.

82. Oman, antara negara yang dikategorikan selamat dikunjungi, aman damai dan bersih sehinggakan Duta Besar Amerika Syarikat ke Oman boleh bersiar-siar bebas di Muscat tanpa seorang pun pengawal pengiring.

83. Di Oman, sukar untuk melihat sampah sarap bertaburan walaupun di pasar basah, remaja melepak dan berpakaian menjolok mata.

84. Kebanyakan rakyat Oman berpakaian tradisi menutup aurat, baik lelaki mahupun perempuan sama ada untuk bersiar-siar atau bekerja.

85. Keistimewaan negara Oman bukanlah kerana kaya dengan sumber minyak dan gas, sebaliknya kejayaannya mengimbangi nilai tradisi budaya Arab dan ajaran Islam dalam kemajuan negara yang mengamalkan dasar pemodenan dan keterbukaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Biodiesel Kelapa Sawit: Lebih Jimat, Selamat Dan Mesra Alam

Biodiesel Kelapa Sawit: Lebih Jimat, Selamat Dan Mesra Alam

Penggunaan Biodiesel bagi menggantikan penggunaan petrol dan diesel telah terbukti sebagai agen pembersih yang berkesan di dalam enjin, malah mampu meningkatkan jangka hayat enjin dan juga lebih mesra alam.


Biodiesel merupakan bahan bakar yang lebih bersih, kurang bertoksik, mampu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau seperti karbon monoksida sekali gus mengurangkan kesan pemanasan global, dan mempunyai kandungan sulfur minimum. Biodiesel juga dianggap sebagai pengganti diesel petroleum.

Bermula 1 Februari 2019 lalu, semua stesen minyak di seluruh negara telah membekalkan diesel B10 iaitu adunan 10 peratus biodiesel sawit dan 90 peratus diesel petroleum.

Sebelum ini, semua minyak diesel di dalam negara ialah dari jenis diesel B7, iaitu 93 peratus diesel dan tujuh peratus dari minyak sawit.

Tidak kira samada diesel Euro 2M biasa atau diesel Euro 5, kesemuanya menggunakan diesel B7.

Pencemaran Enjin

Dalam enjin pembakaran, sama ada petrol atau diesel, enap cemar enjin adalah penyumbang utama kepada kemerosotan prestasi dan kerosakan.

Dengan perbatuan yang semakin meningkat, enap cemar yang terbentuk di dalam enjin boleh menyebabkan kehilangan kuasa, tekanan minyak rendah, peningkatan dalam penggunaan pelincir, 'overheat', 'blow-by' serta asap yang kotor.

Enap cemar minyak biasanya berwarna hitam dan hadir dalam bentuk pepejal atau gel dalam minyak enjin.

Pemejalan atau 'gelling' selalunya terjadi ketika enjin beroperasi pada suhu kurang dari 100 darjah Celsius.

Apabila kotoran hitam seperti tar tersebut terkumpul, ia akan menghalang laluan minyak pelincir ke arah komponen-komponen utama enjin.

Ini akan menyebabkan penggunaan berlebihan dan lain-lain kerosakan yang boleh mengancam jangka hayat enjin kenderaan anda.

Penggunaan dalam jangka masa panjang juga akan berakhir dengan kerja membaik pulih yang mahal atau enjin atau komponen perlu diganti.

Tidak Perlu Ubahsuai Enjin

Apa yang menarik adalah, kenderaan-kenderaan diesel di Malaysia menggunakan B7 biodiesel, satu campuran terdiri daripada 7% metil ester (biodiesel sawit) dan 93% bahan api fosil.

Penggunaan biodiesel juga tidak memerlukan pengubahsuaian kenderaan atau kelengkapan bahan api khusus, dan penggunaan minyak kelapa sawit yang lebih meluas juga menyumbang kepada ekonomi negara.

Sehingga kini, Indonesia dianggap sebagai peneraju dalam biodiesel, menguatkuasakan penggunaan biodiesel B20 yang mempunyai 20% metil ester dan 80% diesel.

Negara-negara seperti Colombia dan Argentina misalnya, telah mengembangkan agenda biodiesel mereka dengan menggunakan B10 sementara Perancis dan Brazil bakal menggunakan biodiesel B8.

Menyedari faedah biodiesel yang tinggi, Malaysia kini sedang berusaha untuk memperkenalkan B10 biodiesel yang menggunakan campuran 10% metil ester dan 90% diesel.

Tiada pengubahsuaian khas yang perlu dilakukan terhadap kenderaan sedia ada atau baharu untuk menggunakan biodiesel kerana ia hanya penggunaan metil ester sawit yang hanya mengalami kenaikan kecil iaitu sebanyak 3 peratus.

Biodiesel juga mempunyai kandungan cetane lebih tinggi yang menyebabkan ia lebih mudah terbakar.

Ia mampu meningkatkan tahap pelinciran sekali gus mengurangkan kesan 'wear and tear' pada komponen enjin.

Di dalam kenderaan diesel yang lebih berusia, penggunaan diesel biasa boleh menyebabkan asid sulfurik terkumpul dan seterusnya menyebabkan minyak enjin perlu ditukar dengan lebih kerap.

Di dalam kenderaan baharu pula, sistem suntikan bahan api bertekanan tinggi seperti enjin diesel ‘common rail’ sangat sensitif terhadap tahap sulfur yang tinggi.

Pendek kata, tahap sulfur tinggi menyebabkan kenderaan perlu diselenggara dan dibaik pulih dengan lebih kerap.

Dalam kes biodiesel B10, kandungan sulfurnya yang rendah bermakna risiko hakisan di dalam enjin dapat dikurangkan tanpa menghalang prestasi.

Ujian

Walaupun terdapat bantahan terhadap pengenalan biodiesel B10 sebelum dilaksanakan, kebanyakan isu yang timbul adalah berdasarkan tentang keserasian bahan api tersebut dengan enjin diesel baharu dan lama di Malaysia.

Beberapa pengeluar kenderaan telah mengancam untuk membatalkan jaminan mereka sekiranya biodiesel B10 diperkenalkan.

Mereka memetik kebimbangan berkaitan dengan kecekapan aliran komponen seperti penyuntik dan penapis bahan api.

Jika sebelum ini kemasukan B10 mendapat tentangan daripada beberapa pengeluar dan pengedar kereta di Malaysia, lain pula ceritanya di Indonesia di mana Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (Gaikindo) menjadi penyokong utama inisiatif biodiesel B20.

Badan itu juga mengambil inisiatif untuk mengetuai ujian lapangan bahan api tersebut sebelum ia dilancarkan.

Di Malaysia, inisiatif ini diterajui oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan kerjasama daripada badan-badan lain seperti Persatuan Pengeluar Automobil Jepun (JAMA) dan beberapa syarikat OEM.

Ujian biodiesel B10 dan B20 di negara ini bermula seawal tahun 2013, dengan sebuah kenderaan dipandu sejauh 800 km setiap hari.

Sebanyak 76 buah kenderaan pelbagai model, perbatuan dan usia digunakan oleh MPOB untuk tujuan tersebut dan hasilnya adalah konsisten di mana B10 bukan sahaja selamat digunakan, malah mampu mengurangkan enapan dalam enjin. Ini tidak terjadi dengan diesel biasa.

Bukan itu sahaja, kenderaan yang digunakan tidak menunjukkan sebarang penurunan dalam aliran kepada penyuntik bahan api. Penapis minyak juga tidak tersumbat.

Dan bertentangan dengan mitos bahawa penggunaan biodiesel B10 menyebabkan enjin susah untuk dihidupkan dalam keadaan suhu rendah, ujian menunjukkan bahawa tiada pemadatan bahan api dikesan pada suhu serendah 11 darjah Celsius.

Ini bukan suatu masalah di Malaysia, di mana suhu tahunan tempat seperti Cameron Highlands adalah sekitar 18 darjah Celsius, dan boleh turun sehingga 11 darjah Celsius pada waktu malam.

Untuk rekod, suhu paling rendah yang pernah dicatatkan di Cameron Highlands adalah 7.8 darjah Celsius pada tahun 1978.

Sejak 2014, sebanyak 50 buah kenderaan milk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terdiri daripada traktor, jengkaut. trak pikap, trak tunda, van dan lori tangki air dikuasakan oleh biodiesel B10 bagi menjalani tugasan harian.

Ujian tersebut telah mencatat lebih tiga juta kilometer tanpa sebarang kes kerosakan enjin.

Ini belum lagi diambil kira bahawa biodiesel B10 telah pun diiktiraf melalui perjalanan sejauh lebih 45 juta kilometer yang dicatat oleh kenderaan pelbagai jenis dan jenama serta operator pengangkutan yang beroperasi di negara-negara yang mempunyai mandat biodiesel B10 atau lebih tinggi.

Mengurangkan Pencemaran

Penggunaan B10 dijangkakan dapat membantu mengurangkan tahap pelepasan yang bersamaan dengan 100,000 kenderaan di atas jalan setiap tahun.

Biodiesel juga dapat mengurangkan 350,000 kg sulfur di dalam atmosfera setiap tahun sekali gus mengurangkan kesan hujan asid.

UIA HASILKAN BAHAN BAKAR SAWIT LEBIH MURAH DARI BIODIESEL SAWIT B10

Biodiesel Kelapa Sawit

Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) telah berjaya menghasilkan bahan bakar biodiesel dari minyak sawit enapcemar atau Sludge Palm Oil (SPO).

SPO ialah minyak gred rendah yang dihasilkan dari pengilangan minyak sawit.

Biodiesel dari sumber SPO ini adalah alternatif bahan bakar yang lebih murah berbanding dengan biodiesel berasaskan minyak sawit mentah yang digunakan sekarang untuk pasaran tempatan (diesel B10).

Proses penghasilan bahan bakar dari SPO oleh UIAM itu juga dianggap sebagai proses yang mesra alam.

Sebelum ini, bahan bakar berasaskan SPO tidak boleh dilakukan kerana kos penghasilan yang terlalu tinggi dan tidak ekonomik.

Namun, teknologi enzimatik hydro-esterifikasi telah berjaya dicipta untuk mengatasi kos lanjut proses penghasilannya.

Lapisan yang dihasilkan menggunakan kaedah hidrolisis enzimatik diikuti esterifikasi SPO kepada biodiesel.

Kaedah ini telah memiliki potensi tinggi untuk pengeluaran biodiesel daripada bahan makanan free fatty acid (FFA) dan meletakkan SPO pada skala selanjutnya sehingga mampu menghasilkan biodiesel dalam skala besar.

Malah, kos biodiesel SPO ialah RM1.20 seliter, berbanding dengan RM3.20 seliter untuk biodiesel berasaskan sumber petroleum atau CPO.

Selain itu, sifat biodiesel SPO yang dihasilkan UIAM juga mempunyai penerimaan yang lebih tinggi sebagai bahan bakar berbanding dengan piawaian Eropah (EN14214) sendiri.

Bila diuji penggunaannya di dalam enjin, 30 peratus biodiesel SPO yang dicampurkan dengan 70 peratus diesel mempunyai kadar prestasi yang sama dengan enjin yang menggunakan bahan bakar diesel dari 100 peratus sumber petroluem.

Sebanyak 800,000 tan SPO dihasilkan setiap tahun dan 700,000 tan dari jumlah itu mampu diproses untuk menjadi bahan bakar.

Mungkin ini adalah satu lagi alternatif untuk negara mengembangkan teknologi tempatan disamping membantu menambahkan lagi penggunaan sawit di dalam pasaran global.

FAKTA BIODIESEL SAWIT;
  • Biodiesel sawit adalah bio-bahan api mesra alam yang digunakan sebagai pengganti diesel petroleum.
  • Biodiesel dihasilkan daripada minyak sawit selepas proses kimia.
  • Biodiesel adalah sumber boleh diperbaharu dan diesel petroleum pula sumber yang terhad.
  • Jenis diesel sesetengah stesen i.e Euro 2M (nozel hitam) dan Euro 5 (nozel biru). Diesel Euro 2M dan Euro 5 masing-masing diadun dengan biodiesel sawit pada kadar 10% (B10) dan 7% (B7).
  • Syarikat, Indonesia, Minnesota (USA), Colombia, Argentina dan Brazil telah menggunakan adunan biodiesel dengan diesel B10 dan B20 sejak awal tahun 2000.
  • Program B7 bermula pada Disember 2014 di sektor pengangkutan.
  • Program B10 dilaksanakan di sektor pengangkutan seluruh Malaysia bermula pada bulan Disember 2018.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2 | 3

Cara Atasi Masalah Faraj Kering Demi Kebahagiaan Rumahtangga

Cara Atasi Masalah Faraj Kering Demi Kebahagiaan Rumahtangga

Faraj kering adalah masalah umum yang dialami wanita terutama mereka yang sedang menempuh fasa menopaus namun, dalam keadaan tertentu masalah vagina atau faraj kering turut dialami wanita muda walapun pasangan baru berkahwin.

Faraj Kering
Gambar hiasan.

Lazimnya, dinding vagina diselaputi lendir jernih yang bertindak sebagai pelincir.

Masalah Hormon Estrogen

Hormon seks seperti estrogen membantu mengekalkan cecair berkenaan dan memastikan lapisan vagina sentiasa sihat, tebal dan elastik.

Ketika menopaus, penurunan kadar estrogen mengurangkan bilangan lembapan sedia ada dan menjadikan vagina menipis serta kurang elastik.

Namun, penurunan hormon ini juga boleh berlaku disebabkan melahirkan anak, menyusu badan, rawatan radiasi atau kemoterapi, pembedahan membuang ovari dan penggunaan ubatan antiestrogen bagi merawat fibroid dalam rahim atau endometriosis.

Penyakit Autoimun

Punca lain bagi masalah vagina kering juga boleh disebabkan oleh gangguan autoimun yang menyerang sel yang menghasilkan kelembapan dalam badan, alahan, kerap mencuci faraj dengan sabun atau bahan tertentu dan diabetes.

Wanita yang mengalami masalah kekeringan vagina akan mendapat simptom seperti pedih, gatal-gatal, rengsa, sakit ketika hubungan seks (dyspareunia), kerap kencing dan mudah mendapat jangkitan saluran kencing.

Faktor penurunan kadar estrogen mempengaruhi hampir semua masalah vagina kering.

Ini kerana, estrogen adalah hormon wanita yang berfungsi supaya vagina kekal sihat, membekalkan bahan pelincir semula jadi, memberikan keanjalan dan kadar keasidan.

Oleh itu, kadar estrogen yang menurun mengganggu fungsinya dan menyebabkan berlaku ciri-ciri vagina atrofi.

Selain pertambahan usia, kadar estrogen juga boleh menurun akibat mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol serta mengalami tekanan atau kemurungan.

Kurang Rangsangan

Masalah lain adalah kurangnya rangsangan sebelum melakukan seks, emosi wanita kurang stabil, pernah mengalami seks yang menyakitkan pada masa dulu atau trauma lampau seperti gangguan atau serangan seksual.

Kesemua ini boleh menjadi punca faraj kering tanpa mengira usia seorang wanita.

Tidak Gembira

Menerusi kajian yang dijalankan terhadap wanita di Malaysia mendapati, masalah kekeringan vagina mempengaruhi kualiti hidup mereka.

Dua pertiga daripada responden mengalami impak fizikal dan emosi apabila mencatat 73 peratus bagi tekanan emosi, 72 peratus emosi tidak stabil, manakala 62 peratus mengalami keletihan melampau akibat daripada keadaan ini.

Setiap seorang daripada dua responden pula didapati mengalami masalah kualiti ikatan perhubungan dengan pasangan masing-masing iaitu sebanyak 69 peratus, kurang keyakinan (55 peratus) dan masalah kesihatan secara kesuluruhan (55 peratus).

Kajian yang sama juga mendedahkan bahawa, tiga daripada lima responden yang mengalami masalah kekeringan vagina mendapatkan rawatan iaitu sebanyak 58 peratus.

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Durex terhadap 1,200 wanita di UK, 73% daripada jumlah ini mengatakan bahawa seks adalah menyakitkan.

Satu pertiga wanita juga menyatakan kesakitan ini akan menjejaskan libido mereka sementara 1 daripada 10 wanita menegaskan ia akan menjejaskan hubungan mereka bersama pasangan.

Maksudnya, suami anda tidak akan bahagia dan mungkin berisiko curang dengan wanita lain!

Tinjauan itu turut menjelaskan puncanya adalah disebabkan oleh faraj yang kering semasa melakukan hubungan intim.

Untuk pengetahuan anda, kira-kira 20 hingga 40 peratus wanita berusia lingkungan 17 hingga 50 tahun akan mengalami masalah ini.

Statistik ini menunjukkan bahawa bukan wanita lanjut usia sahaja yang akan mengalaminya. Mengejutkan, bukan?

Rawatan Klinikal

Tiga kaedah rawatan yang paling lazim digunakan adalah produk pembersih dalaman wanita (31 peratus), pelincir berubat (20 peratus) dan gel berubat (16 peratus).

Malangnya, penggunaan produk terbabit boleh memudaratkan masalah kekeringan vagina kerana faktor kekurangan pelembab kulit.

Kajian ini juga mendapati hanya 10 peratus responden berpuas hati dengan kaedah rawatan yang mereka guna selama ini.

Ramai wanita tidak sedar mereka mengalami masalah kekeringan vagina dan kurang pengetahuan mengenai impak masalah ini dalam kehidupan mereka tanpa mengambil kira faktor umur.

Kesihatan bahagian intim wanita masih dianggap panting dalam kalangan wanita pelbagai usia di negara ini.

Oleh itu, perbincangan terbuka mengenai perihal masalah kekeringan vagina dan kaedah perawatan yang sesuai dapat membantu mempertingkatkan kualiti hidup wanita Malaysia.

Sementara itu, masalah kekeringan vagina dialami ramai wanita, tetapi hanya sedikit yang mendapatkan rawatan doktor.

Memang masalah kekeringan vagina menjejaskan kebanyakan wanita, walaupun mereka selalunya tidak mengetengahkan isu ini ketika menemui doktor.

Namun, jika masalah ini menjejaskan kualiti hidup terutama dalam hubungan bersama pasangan, pertimbangkan untuk bincangkan dengan doktor.

Salah Beli Gel Pelincir

Bagi kebanyakan wanita, rumusan berasaskan gel yang sering digunakan untuk merawat vagina kering didapati tidak sesuai kerana faktor kekurangan kesan lipid yang memberi kelembapan dan kelegaan pada kulit.

Terdapat juga segelintir wanita yang mengambil jalan mudah mengatasi masalah vagina kering apabila kerap mencuci bahagian keintiman dengan produk pencuci bersabun.

Mereka menggunakan pencuci dengan haruman, buih mandian atau deodoran yang menghilangkan bau.

Sebenarnya, ia tidak digalakkan kerana lebih cenderung mengundang bakteria vagina berikutan amalan terbabit menghilangkan bakteria pelindung semula jadi.

Dan lagi, kebanyakan produk mencuci alat sulit tidak dirumus untuk digunakan di bahagian dalaman sekali gus merawat masalah vagina kering.

Penggunaan produk pencuci alat sulit ini disyorkan sekali sehari kerana memadai menggunakan air biasa untuk cucian kerap.

Malah, ada juga segelintir wanita yang menggunakan krim pelembap kulit biasa bagi merawat kekeringan vagina dan ia adalah salah.

Tidak kurang juga yang menggunakan minyak pati, tetapi ia masih tidak merawat masalah utama kerana minyak ini lebih sesuai dipakai pada kawasan luaran vagina malah, segelintir minyak pati juga mempunyai elemen alahan.

Kebanyakan wanita dengan masalah vagina kering biasanya datang ke farmasi bagi mendapatkan ubat untuk merawat gatal-gatal atau pedih tanpa menyedari ia adalah tanda-tanda kekeringan vagina dan menyebabkan mereka menggunakan ubatan atau produk yang tidak sesuai.

Kami Ada Penyelesaian Masalah Faraj Kering Yang Telah Terbukti Berkesan!

Krim pelembap Love Kiss Cream adalah produk yang telah terbukti dan sangat luarbiasa untuk merawat masalah kekeringan faraj kerana ia boleh digunakan tanpa sebarang kesan sampingan terhadap produk kesihatan yang lain.

Ia juga tidak membawa sebarang gangguan hormon dan sesuai digunakan di dalam dan bahagian luar vagina.

Masalah vagina kering dengan penggunaan krim ini terbukti berkesan dan sangat unggul mengatasi krim lain! Anda tidak perlu percaya, tetapi anda sepatutnya mencuba dengan segera.

Baca sini; Love Kiss Cream: Gel Pelincir Tahan Lama Suami Isteri

Ikhtiarlah sebelum terlambat!

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, January 17, 2020

Donald Trump Pengganas No 1 Di Dunia

Donald Trump Pengganas No 1 Di Dunia

Kegilaan apakah yang dialami oleh seorang manusia bernama Donald Trump? Mencintai peperangan, menipu dalam percakapan dan fakta serta bertindak tanpa batas undang-undang dan peraturan. Seperti kata peribahasa, 'ikut hati mati, ikut nafsu lesu', lalu inilah kerosakan yang sedang dialami oleh Amerika Syarikat (AS) dan tempiasnya kepada dunia seluruhnya.

Donald Trump terorist

Donald Trump, dihina dan dikeji bukan sahaja lawan malah kawannya sendiri dari Parti Republikan, kerana bukannya berusaha membawa Amerika hebat semula sebagaimana tema kempen pilihan raya yang dibawanya pada 2017, tetapi kini seperti membawa Amerika kepada kemusnahan.

Sayang seribu kali sayang, lebih 380 juta rakyat Amerika sedang ditipu dan diperdaya oleh Donald Trump, pengganas nombor satu dunia.

Mengapa Donald Trump dianggap pengganas?

Pertama kerana tindakan membunuh Mejar Jeneral Qassim Soleimani, panglima perang dan strategik Iran.

Pembunuhan yang dilancarkan dalam keadaan tergesa-gesa, tanpa memikirkan akibatnya kepada Iran, dunia, kemanusiaan mahupun rakyat AS sendiri.

Membunuh panglima tentera sebuah negara bermakna ‘perang’. Hanya yang gila sahaja akan membunuh utusan negara atau individu penting bagi sesebuah negara.

Fikirkanlah, jika yang dibunuh itu adalah setiausaha negara Amerika, Mike Pompeo atau jeneral tentera Mark A. Miley, pastinya Iran atau mana-mana negara yang melakukan pembunuhan tersebut akan lunyai dibom AS dan sekutunya.

Apa yang lebih kelakar ialah apabila Trump dalam ciapannya kepada dunia mengatakan bahawa pembunuhan itu adalah untuk melahirkan kestabilan di rantau Asia Barat.

Cubalah buka mata semua, mana ada satu pun negara yang diserang AS berada dalam keadaan aman dan maju jaya.

Afghanistan jadi seperti padang jarak padang terkukur. Iraq dan Syria terus bergolak dan huru-hara.

Hanya vietnam yang sedikit baik itupun setelah puluhan tahun maka, jika alasan Donald Trump ialah untuk membawa kestabilan di Asia Barat, ia hanya kata-kata teroris yang cuba menutup kerosakan yang dilakukannya.

Perlu diingat, sesuatu perbuatan dianggap tindakan keganasan apabila mempunyai motif politik, menggunakan keganasan dan serangan ke atas sasaran awam.

Jelas dalam insiden serangan ke atas Qassim Soleimani, ia dilakukan dengan motif politik Donald Trump untuk mengancam Iran dan mengalihkan tumpuan rakyat AS dan masyarakat umum daripada kes pemecatannya yang sedang dibawa ke perhimpunan dewan Senat AS.

Kedua, Trump mengarahkan satu tindakan pembunuhan dengan menggunakan dron melalui justifikasi oleh beliau sendiri.

Ketiga, walaupun Trump mengarahkan pembunuhan seorang komander tentera, ia dilakukan ketika Qassim Soleimani berpakaian biasa dan di lapangan terbang.

Ia satu keadaan yang boleh dianggap menyerang masyarakat awam dan di tempat terbuka. Ia jelas menyalahi Protokol 1 Konvensyen Geneva (Artikel 52) yang melarang serangan ke atas nyawa dan aset awam.

Ini berlawanan dengan tindakan Iran yang dilihat lebih mematuhi konvensyen Geneva berkaitan peperangan. Justifikasi yang diberi Iran ialah itu tindakan mempertahankan diri.

Iran menyerang kem tentera di Irbil dan Al-Asad, kedua-dua kem ini adalah dimiliki dan dihuni secara total oleh tentera AS. Mengikut justifikasi ini, tindakan Iran dilihat lebih beretika.

Malah, Iran juga melalui kementerian luarnya menghantar surat makluman kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan mempertahankan negaranya daripada ancaman AS.

Berbeza dengan Donald Trump yang bukan sahaja tidak memaklumkan kepada PBB, malah kongres AS juga tidak diberitahu terlebih dahulu.

Melihat sejarah, Hitler, Genghis Khan mahupun Daesh mempunyai kecenderungan yang sama, iaitu memusuhi kebudayaan dan memusnahkan kebudayaan negara atau kawasan yang dicerobohinya.

Tempat kebudayaan termasuk dalam 52 sasaran ke atas Iran yang diumumkan Donald Trump.

Kalau semua sasaran adalah aset tentera masih boleh diterima, tetapi ini adalah pusat kebudayaan. Undang-undang mana yang membenarkan serangan sedemikian rupa?

Tetapi apa yang pasti, ia adalah perbuatan terroris sepertimana yang dilakukan Daesh terhadap patung Bamiyan, Hitler memusnahkan rumah-rumah ibadat dan Gengkhis khan yang membakar buku-buku.

Teroris besar bernama Donald Trump ini pastinya akan melahirkan lebih banyak teroris sepertinya.

Dasar-dasar luar yang gila dan terang-terangan menyebelahi Israel akan menyuburkan kebencian di kalangan umat Islam terhadap AS.

Serangan pembunuhan Qassim akan melahirkan lebih ramai ‘pejuang jihad’ yang sedia melakukan ‘syahid’ untuk membalas dendam.

Malah di Iraq, sentimen benci terhadap keberadaan tentera AS sedang meluap-luap dan telah dipersilakan keluar dari Iraq sendiri. Ini merupakan malu besar kepada sebuah negara kuasa besar ‘Uncle Sam’ ini.

Sekatan yang maha hebat akan dikenakan AS ke atas Iran. Ini adalah satu kekejaman dan bakal melahirkan penderitaan.

Akan lahirlah lebih ramai kumpulan yang bencikan AS dan berusaha mencapai motif politik dan mengembangkan ideologi ganas ini.

Ia bukan sahaja berlaku di Iran dan Iraq, malah mungkin berlaku di AS sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Apa Itu Coronavirus (SARS), Punca, Simptom Dan Rawatannya

Apa Itu Coronavirus (SARS), Punca, Simptom Dan Rawatannya

Coronavirus adalah sebahagian daripada keluarga virus yang boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia daripada selesema biasa (pneumonia) sehinggalah kepada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Coronavirus SARS

Sebahagian daripada virus berkenaan menyebabkan jangkitan tidak serius manakala ada juga yang boleh menyebabkan jangkitan teruk seperti Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

Oleh itu, jika anda berada di tempat yang disyaki ada penularan gejala pneumonia, atau ada amaran perjalanan di sesuatu lokasi, langkah-langkah pencegahan termasuklah mengelak bersentuhan dengan haiwan, mengunjungi pasar haiwan atau memakan produk haiwan.

SARS

Severe acute respiratory syndrome (SARS atau kadang-kala severe Asian respiratory syndrome) adalah sejenis pneumonia. Ia pertama kali dikesan di Wilayah Guangdong, Republik Rakyat China pada November 2002.

SARS diketahui disebabkan oleh SARS Coronavirus (SARS-CoV), sejenis Coronavirus yang jarang ditemui.

Sementara itu, Jepun mengesahkan kes pertama akibat jangkitan daripada wabak Coronavirus, pada Januari 2020. Seorang lelaki berusia 30 tahun dari Kanagawa, disahkan positif terhadap virus itu.

Mangsa dikatakan pernah melawat Wuhan, China, tempat penularan gejala pneumonia yang dipercayai disebabkan Coronavirus baharu yang belum pernah ditemui sebelum ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengumumkan bahawa virus baharu itu boleh merebak dan mengingatkan hospital di seluruh dunia untuk berjaga-jaga.

Sebahagian daripada virus Coronavirus menyebabkan jangkitan tidak serius manakala ada juga yang boleh menyebabkan jangkitan teruk seperti Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

SARS dipercayai disebabkan oleh virus dari keluarga korona berdasarkan pengecaman DNA virus dari contoh bahan pesakit SARS.

Adakah SARS Berbahaya?

Dalam kebanyakan kes, jangkitan Coronavirus adalah ringan namun, dalam keadaan tertentu seperti di kalangan warga tua dan pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit kronik serta kurang daya tahan (immuno compromised), komplikasi boleh berlaku umpamanya pada sistem pernafasan dan buah pinggang.

Rencana yang diterbitkan dalam The Lancet mengenal pasti Coronavirus sebagai kemungkinannya agen punca SARS.

Apakah itu "Severe Acute Respiratory Syndrome" (SARS)?

SARS adalah sejenis penyakit pernafasan akut teruk yang boleh mengakibatkan penyakit radang paru-paru (atypical pneumonia).

Apakah tanda dan gejala SARS?

Tanda dan gejala SARS adalah demam panas secara mendadak (lebih 38 °C atau lebih 100.4 °F) dalam tempoh 10 hari setelah mengunjungi kawasan atau negara yang mempunyai jangkitan SARS dan satu atau lebih masalah pernafasan seperti batuk, sesak atau sukar bernafas.

Tanda dan gejala SARS yang lain adalah sakit tekak, sakit otot dan sakit kepala.

Apakah punca SARS?

Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui, namun ahli sains telah mengesan sejenis "coronavirus" baru yang tidak dikenali dalam tubuh pesakit SARS.

Walaupun "coronavirus" disyaki menjadi punca utama penyakit SARS, kajian ke atas virus-virus lain yang mungkin menjadi penyebab SARS masih terus dijalankan.

Bolehkah ia berjangkit dan bagaimana ia merebak?

Ya, SARS adalah sejenis penyakit berjangkit yang berbahaya, merebak melalui titisan cecair dari hidung dan mulut.

Pesakit SARS yang bersin atau batuk akan mengeluarkan titisan cecair di udara dan individu yang berdekatan akan menyedutnya.

Penyakit ini berkemungkinan boleh merebak melalui udara atau apabila titisan cecair dari pesakit SARS mencemari benda-benda di sekelilingnya (seperti telefon dan tombol pintu).

Berapa lamakah seseorang itu akan jatuh sakit setelah dijangkiti SARS?

Tempoh pengeraman/inkubasi (incubation period) adalah di antara 2-7 hari, namun ada juga laporan yang menyatakan tempoh pengeraman selama 10 hari.

Siapakah yang berisiko dijangkiti SARS?

Individu-individu yang berisiko adalah mereka yang baru kembali dari kawasan atau negara yang mempunyai jangkitan SARS.

Kes SARS yang dilaporkan di kebanyakan negara adalah terutamanya di kalangan anggota kesihatan yang tidak mengamalkan langkah-langkah kawalan jangkitan dan mereka yang berhubung rapat secara langsung dengan pesakit SARS (seperti tinggal serumah dengan pesakit SARS).

Negara-negara manakah yang mempunyai jangkitan SARS?

Sejak Februari 2003, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan berlakunya sejenis wabak radang paru-paru yang teruk dan mengkategorikan negara China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Kanada, Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom (London) sebagai "kawasan yang mempunyai jangkitan".

("Kawasan yang mempunyai jangkitan" bermaksud kawasan atau negara yang mempunyai rangkaian jangkitan di kalangan penduduk tempatan sebagaimana dilaporkan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Awam Kebangsaan).

Adakah Malaysia mempunyai kes SARS?

Ya. Kes pertama SARS di Malaysia melibatkan kematian yang dilaporkan pada 5 April 2003. Kes ini dilaporkan mendapat jangkitan dari negara China.

Bagaimana SARS didiagnosa?

Buat masa sekarang, tiada sebarang ujian yang khusus untuk mendiagnosa jangkitan SARS.

SARS didiagnosa melalui tanda dan gejala yang wujud, rekod kunjungan ke tempat-tempat yang berisiko tinggi atau berhubung rapat dengan pesakit SARS.

Bolehkah SARS dirawat?

Setakat ini masih belum ada rawatan yang khusus tetapi dengan rawatan sokongan dari hospital, ramai pesakit boleh sembuh.

Adakah vaksin untuk mencegah SARS?

Tiada vaksin untuk mencegah SARS.

Apa yang perlu saya lakukan untuk melindungi diri dan orang lain?

Patuhi langkah-langkah pencegahan berikut:
  • Jangan mengunjungi negara atau kawasan yang mempunyai jangkitan SARS.
  • Elakkan diri dari berhubung rapat dengan pesakit SARS. Sekiranya anda perlu berhubung dengan pesakit, anda dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri yang baik dan menggunakan penutup hidung dan mulut (protective mask) yang sesuai.
  • Jauhi kawasan yang sesak.
  • Elakkan berada di kawasan berdebu.
  • Jarakkan diri daripada orang yang mengalami demam, batuk atau bersin.
  • Amalkan kebersihan diri yang sempurna sepanjang masa iaitu: Tutup mulut anda dengan tisu apabila anda batuk atau bersin dan basuh tangan dengan air dan sabun terutama sekali apabila anda menyentuh mata, mulut dan hidung.
  • Kerap membasuh tangan dengan air bersih mengikut cara yang betul, iaitu mengikut 7 langkah membasuh tangan atau menggunakan bahan pembersih (hand sanitizer).

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda mensyaki diri anda dijangkiti SARS?

Individu-individu yang mempunyai tanda dan gejala SARS (seperti demam melebihi 38 °C atau melebihi 100.4 °F dan mengalami satu atau lebih masalah pernafasan seperti batuk-batuk dan kesukaran bernafas) dalam tempoh 10 hari selepas mengunjungi negara atau kawasan jangkitan SARS, perlu segera ke hospital atau klinik kerajaan berdekatan untuk rawatan yang selanjutnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Doa Qunut Nazilah Untuk Muslim Uyghur

Doa Qunut Nazilah Untuk Muslim Uyghur

Kerajaan Komunis China telah menahan berjuta umat Islam Uyghur dan dunia sememangnya mengetahui kekejaman kerajaan China terhadap etnik Uighur dan penduduk Islam lain di rantau Xinjing.

Doa Qunut Nazilah Untuk Uyghur

Komunis China juga menyuntik ubat pencegahan kehamilan ke atas para wanita Islam Uighur semata-mata untuk menghapuskan identiti dan keturunan umat Islam Uyghur, tindakan yang sangat bertentangan dengan asas hak manusia.

Marilah semua umat Islam mengadakan Solat Hajat dan Qunut Nazilah khas buat umat Islam etnik Uyghur agar diberikan kekuatan dan bantuan pertolongan dari Allah SWT.

Marilah bersama-sama kita membaca Qunut Nazilah dalam setiap solat fardu memohon agar saudara kita di sana diberikan kekuatan dalam menghadapi kezaliman.

Semoga Allah memberikan kemenangan kepada umat Islam dan membalas kekejaman pihak musuh.

BACA: Doa Qunut Nazilah Untuk Umat Islam Yang Ditindas

Komunis Terus Tindas Uighur

Bayangkan, perisik kerajaan China dikerahkan untuk tidur dan tinggal bersama dengan keluarga etnik minoriti Islam Uighur yang menghuni Wilayah Xinjiang terletak barat laut China.

Tekanan dan penindasan rejim komunis China terhadap etnik Islam Uighur benar-benar meruncing dan menyeksakan.

Anggota perisik China ini dihantar untuk menghuni setiap rumah etnik Uighur di Xinjiang malah tidur bersama seluruh ahli keluarga, demikian gambaran dasar tekanan asimilasi sistematik yang dilaksanakan oleh China terhadap etnik Uighur.

Kisah perit ini dikongsikan oleh imam etnik Uighur yang kini bermastautin di Australia, Abdul Salam Alim yang menceritakan penderitaan dan tekanan yang dihadapi kaum keluarga dan populasi jutaan lain bangsanya di Xinjiang.

Hal demikian, Islam seluruh dunia harus buka mata dan bangkit melawan kekejaman China yang bertindak sewenang-wenangnya menindas dan memberi layanan buruk terhadap etnik minoriti Islam Uighur yang menghuni Wilayah Xinjiang.

Bukan sahaja hak mereka sebagai rakyat negara China dinafikan, lebih kejam hak asasi sebagai manusia dan Muslim juga dipinggirkan, China seolah- olah cuba melenyapkan kehidupan dan kewujudan etnik Uighur dari tanah air yang dikuasai rejim Komunis itu.

Mengimbas sejarah, Xinjiang sebelum ini dikenali sebagai Turkistan Timur ia dibuka ketika zaman Bani Umayyah sejak tahun 96 Hijrah, asalnya wilayah ini milik Islam sebelum dijajah Komunis China.

Menurut Abdul Salam, wilayah Xinjiang yang bersempadan dengan Pakistan dan Afganistan itu sudah 70 tahun dicengkam dan disiat oleh kekejaman kerajaan China dengan menggunakan pelbagai tipu helah agar dunia dan negara Islam luar tidak sedar ‘bangkai’ yang cuba disembunyikan itu daripada pengetahuan umum.

“Ajaran Islam, cara hidup Islam termasuk makanan dan minuman yang bertanda halal juga dilarang.

"Kami etnik Uighur tidak lagi dibenarkan mengucapkan Assalamualaikum, malah setiap kali solat, selepas tahiyat akhir ketika memberi salam, ia digantikan dengan ayat; semoga Presiden China, Xi Jinping panjang umur.

"Tidak boleh menyebut ALLAH, tidak boleh mengamalkan agama Islam. Semuanya didoktrin bertuhankan kerajaan China.

"Kami juga dipaksa minum arak dikhalayak ramai pada bulan puasa.

"Masjid dikunci, kami tidak dibenarkan berpuasa. Ketika bulan Ramadan jika buka lampu pada waktu sahur, seluruh keluarga akan ditangkap. Malah ketika siang, mesti mengaku tidak berpuasa agar tidak ditangkap.

Ketika sambutan Tahun Baharu Cina, etnik Islam Uighur akan ‘dihadiahkan’ daging babi untuk tujuan perayaan, jika menolak akan dituduh sebagai pelampau (ekstremis), kongsi Abdul Salam.

Tambah beliau, Islam Uighur dilarang sama sekali menyimpan al-Quran, sejadah, ayat-ayat suci atau gambar Kaabah di rumah atau mana-mana premis kerana jika diketahui, ia akan dibakar.

Lebih dahsyat lagi, bukan penguasa China yang membakar sebaliknya mereka mengarahkan Islam Uighur sendiri membakarnya.

"Kami juga tidak dibenarkan untuk mempunyai atau menyimpan sebarang senjata tajam mahupun pisau. Jika mengusahakan jualan daging atau makanan lain yang perlu menggunakan pisau, ia diikat di meja atau ditempat berniaga, tidak boleh di bawa pulang, katanya.

Bercerita mengenai tipu helah kerajaan China, beliau berkata, China ‘membenarkan’ lawatan delegasi luar untuk berkunjung ke Wilayah Xinjiang namun, lawatan itu disusun dan diatur agar yang terlihat hanya sisi murni kerajaan komunis itu.

Sehari sebelum kunjungan delegasi luar ke Wilayah Xinjiang, kerajaan republik Komunis China akan membuka masjid-masjid yang dikunci selama ini.

Kemudian, ditugaskan seorang imam upahan yang akan menceritakan ideologi-ideologi kerajaan China dan dasar kerajaan yang baik-baik sahaja kepada pelawat, misalnya etnik Uighur bebas mengamalkan agama Islam.

Namun, selepas pelawat pulang, kami akan ditekan seperti biasa.

Kunjungan delegasi luar juga hanya dibenarkan melawat di kawasan dan tempat tertentu sahaja bukan boleh melancong sesuka hati, hanya tempat yang dibawa sahaja. Inilah tipu daya China, untuk mengelabui mata dunia, jelasnya.

Ditanya mengenai kebebasan etnik Islam Uighur untuk pergi ke wilayah-wilayah lain di China, Abdul Salam berkata, meskipun Uighur memiliki kad pengenalan China dan mata wang negara itu namun, mereka tetap dilayan dengan teruk.

"Sekiranya kami (Uighur) berkunjung ke Shanghai atau Beijing misalnya, meskipun kami ada kad pengenalan yang mengesahkan kami rakyat China dan membawa wang, kami tidak sesekali dibenarkan untuk menaiki kenderaan awam malah tidak boleh melanggan hotel.

"China cuba sedaya upaya untuk menindas kami. Mereka mahu kami jadi Cina seperti mereka.

"Namun, ia gagal kerana Uighur ini beragama Islam, bahasa dan budaya kami nyata berbeza dengan mereka," katanya.

Selain itu, Abdul Salam berkata, antara tekanan dan desakan lain yang dilakukan kerajaan China ialah memaksa perempuan etnik Uighur untuk menikahi lelaki bukan Islam daripada etnik Han dengan tujuan anak yang lahir daripada perkahwinan itu tidak lagi Islam.

Perempuan Islam di Xinjiang ditegah sama sekali memakai hijab ataupun memakai baju labuh.

Jika ditemui pihak berkuasa China, baju mereka akan dipotong sehingga paras pinggang supaya kelihatan seperti wanita China lain.

Bukan itu saja, kanak-kanak Islam Uighur dipisahkan daripada ibu bapa dan dipaksa bersekolah dalam aliran China.

Bahkan diajar ideologi, bahasa dan pakaian seperti China, ini ialah cara kerajaan untuk melenyapkan kewujudan Uighur, katanya.

Selamatkan Uighur

Semoga Allah sentiasa memberi kesejahteraan kepada mereka dan menetapkan akidah mereka sentiasa dalam akidah Islam.

Yakinlah bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat memohon hajat. Amiin.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, January 16, 2020

Apa Itu Pas Sementara Sabah (PSS)?

Apa Itu Pas Sementara Sabah (PSS)?

PSS atau Pas Sementara Sabah adalah dokumen terbaru Jabatan Imigresen yang akan dikeluarkan kepada pendatang asing, bagi menggantikan dokumen sedia ada iaitu IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci.

Pas Sementara Sabah

Pemberian PSS diputuskan susulan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing pada 6 September, 2019 dan diumumkan kemudian oleh Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin pada hari yang sama.

Pemegang IMM13 ialah pelarian Filipina yang melarikan diri ke Sabah pada 1970-an. Ia terjadi ketika meningkatnya keganasan puak pemisah di rantau Mindanao yang menyaksikan ramai pelarian daripada rejim Marcos.

Pendatang ekonomi, sebaliknya diberikan Kad Burung-Burung pada tahun 1980-an dan kad Sijil Banci diberikan oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan pada 1990-an.

IMM13 dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen, manakala kad Burung-Burung oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM) dan sijil banci oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pada masa ini, terdapat 51,645 pemegang IMM13; 47,518 pemegang Sijil Banci dan 39,892 pemegang kad Burung-Burung.

Di bawah PSS, kerajaan akan membatalkan dokumen-dokumen ini sebaik sahaja PSS dikeluarkan bagi menyusun proses birokrasi bertindih dan membolehkan dokumentasi pendatang yang lebih baik di Sabah.

PSS adalah inisiatif kerajaan untuk menangani masalah pemalsuan dokumen di Sabah.

PSS dikeluarkan dalam bentuk kad dengan ciri keselamatan biometrik, termasuk cap jari dan gambar pemegangnya, ciri-ciri yang tidak ada pada ketiga-tiga dokumen IMM13, Sijil Banci dan kad Burung-Burung.

PSS boleh diperbaharui setiap tiga tahun sekali dengan bayaran sebanyak RM120.

Adakah PSS akan melayakkan seseorang menjadi warga negara?

Tidak, ia tidak akan membolehkan pendatang atau rakyat asing memperolehi taraf kerakyatan. Ini jelas ditegaskan pada kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

"Kerajaan ingin menegaskan bahawa PSS bukan untuk memberikan kewarganegaraan.

"Kerajaan juga menegaskan bahawa status pemegang PSS adalah kekal sebagai warga asing dan bukan satu jaminan untuk diberikan Permit Masuk, Taraf Pemastautin Sementara, Pemastautin Tetap atau Kewarganegaraan," kata kenyataan itu.

Mengapa PSS menjadi perhatian di Sabah?

PSS dianggap oleh sebahagian rakyat Sabah, sebagai cara untuk membolehkan pendatang mendapat kerakyatan.

Kerisauan ahli politik tempatan adalah, ketakutan berulangnya Projek IC yang terkenal pada tahun 1990-an yang telah menimbulkan rasa marah rakyat Sabah, terutama masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut (KDM).

Di bawah 'projek IC' banyak pendatang tanpa izin beragama Islam dikatakan diberi kewarganegaraan untuk mengubah keseimbangan penduduk di Sabah bagi memihak kepada masyarakat bumiputera Islam.

Walaupun penduduk Sabah yang berjumlah 648,693 pada tahun 1970 dan meningkat secara beransur-ansur kepada 1.01 juta pada tahun 1980, demografi negeri itu meningkat secara mendadak kepada 2.6 juta pada menjelang tahun 2000.

Bagaimanapun, penduduk Sabah berubah dengan kumpulan terbesar, KDM merosot daripada 37 peratus pada tahun 1960-an menjadi 23 peratus pada tahun 2006.

Seorang aktivis dan bekas ahli politik Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Chong Eng Leong mendakwa pada 2012, terdapat 700,000 warga negara daripada projek IC dan 200,000 daripada mereka adalah pengundi.

Tun Mahathir dan timbalannya Anwar Ibrahim ketika itu dituduh sebagai dalang di sebalik projek IC ini.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang asing di Sabah dalam laporannya menegaskan bahawa tiada pihak kerajaan atau parti politik terlibat dalam pengeluaran kerakyatan kepada migran yang tidak layak di negeri itu.

Ia menangkis dakwaan yang tersebar luas bahawa agensi persekutuan dan pemimpin Umno mengeluarkan kerakyatan demi mendapatkan undi bagi menewaskan lawan mereka dalam rancangan yang digelar 'Projek IC'.

Sebaliknya, laporan RCI itu mengenalpasti sindiket melibatkan bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang didakwa mengeluarkan kerakyatan secara haram untuk bayaran jutaan ringgit.

Bagaimana maklum balas ahli politik tempatan terhadap PSS?

Parti pembangkang yang berdasarkan KadazanDusun Murut di Sabah, seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Progresif Sabah (SAPP), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah (Anak Negeri) membantah pelaksanaan PSS.

Mereka mendakwa PSS tidak selaras dengan kehendak Akta Imigresen bahawa orang asing mesti mengemukakan pasport apabila memasuki Malaysia.

NGO tempatan, Pertubuhan Penambahbaikan Pendidikan Orang Awam Sabah (Pipa) dan Solidariti Rakyat Sabah (Sorak) pula berkata, pihaknya akan mengadakan bantahan terhadap PSS di bandar Membakut di Kimanis sebelum pengundian pada PRK Kimanis.

Shafie Apdal turut menolak tuduhan mengatakan PSS adalah idea baik yang berasal daripada Joseph Pairin Kitingan sendiri.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman berkata, PSS yang dikeluarkan tidak akan melebihi bilangan pemegang berdaftar IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci berjumlah 136,055 orang di negeri ini.

Naib Presiden Warisan Peter Anthony yang juga Presiden KDM Malaysia berkata, masyarakat Kadazandusun Murut memahami kewajaran disebalik pengeluaran PSS dan tidak semudahnya dimanipulasi.

Bantahan Rakyat Sabah

Isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang kerajaan Pakatan Harapan jadikan sebagai dasar kononnya untuk membantu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pastinya menjadi duri dalam daging dan mampu meruntuhkan kerajaan Warisan di Sabah.

Untuk makluman pembaca, sama seperti Projek IC sebelum ini yang sememangnya diakui wujud dan benar-benar berlaku, PSS juga dianggap satu lagi projek rahsia kerajaan untuk memberikan kerakyatan secara tidak sah kepada pendatang asing.

Rakyat Sabah menolak sepenuhnya perlaksanaan PSS pada Jun 2020 ini kerana bimbang ianya akan menyebabkan kebanjiran warga asing terutamanya dari Filipina ke Sabah.

Di samping itu, rakyat Sabah juga bimbang, warga asing akan menjadikan PSS sebagai dokumen sokongan untuk mendapatkan taraf Permastautin Tetap (PR) ataupun taraf sebagai warganegara Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Wednesday, January 15, 2020

Legenda Cleopatra: Firaun Wanita Paling Berkuasa Dalam Sejarah Mesir Purba

Legenda Cleopatra: Firaun Wanita Paling Berkuasa Dalam Sejarah Mesir Purba

Cleopatra, Cleopatra Ptolemy VII, Cleopatra VII Thea Neotera atau Cleopatra Philopator, lahir pada Januari 69 SM – 12 Ogos 30 SM, dikenali sebagai wanita paling berbahaya dalam sejarah, penggoda yang telah berjaya memikat lelaki paling berkuasa di dunia ketika itu.

Legenda Cleopatra
Cleopatra VII.

Cleopatra adalah firaun terakhir yang memerintah Mesir di fasa Dinasti Ptolemaic, yang mempunyai darah keturunan dari Ptolemy I Soter, jeneral tentera berdarah Yunani Macedonia yang sentiasa menjadi peneman Alexander the Great ketika perluasan empayar, kemudian mengasaskan Dinasti Ptolemaic sebagai pemula kepada Zaman Hellenistik selepas kemangkatan Alexander.

40 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa, Cleopatra telah menggugat kekuasaan Empayar Rom yang sedang berkuasa, berbanding kuasa lain di dunia ketika itu.

KEHIDUPAN AWAL KE PERLANTIKAN MENJADI FIRAUN

Cleopatra VII adalah puteri kedua dari enam adik beradik hasil perkahwinan ayahandanya, Firaun Ptolemy XII dan ibunya yang masih kabur identitinya.

Berkemungkinan besar ibu Cleopatra adalah Cleopatra VI Tryphaena, juga dikenali sebagai Cleopatra V Tryphaena.

Semasa remaja, Cleopatra mempelajari seni dan falsafah Yunani di institusi Musaeum dan Perpustakaan Alexandria.

Firaun berketurunan Ptolemy diberi takhta oleh organisasi paderi bernama High Priest of Ptah yang mana tradisi kenaikan takhta mempunyai campuran budaya antara Mesir dan Yunani Macedonia.

Dinasti Ptolemy menubuhkan sistem beraja Hellenistik dan menggunakan bahasa Yunani dalam urusan kerajaan.

Walaupun para firaun Ptolemy memerintah Mesir, mereka tidak ingin mempelajari bahasa Mesir Purba yang sekian lama menjadi simbolik ketamadunan orang Piramid ini.

Berlainan dengan Cleopatra di zaman remaja, dia mempelajari bahasa Mesir Purba, menjadikannya sebagai firaun Ptolemy pertama mempelajari lebih satu bahasa.

Cleopatra juga mahir berbahasa Ethiopia, Hebrew, Arab, dialek Syriac, Media, Parthia dan Latin.

Pada tahun 58 SM, Cleopatra pernah menemani ayahandanya ketika pengusiran ke Rom setelah berlaku pemberontakan yang membenarkan Berenice VI, kakak sulung Cleopatra menaiki tahkta.

Pada 55 SM, firaun Ptolemy XII dapat mengembalikan takhtanya dengan bantuan tentera dari Rom yang diketuai oleh jeneral Aulus Gabinius dengan menggulingkan pemerintahan anak sulungnya.

Pada 51 SM, Cleopatra dilantik menjadi firaun selepas kemangkatan ayahandanya.

Di fasa awal pemerintahannya, Cleopatra mengalami banyak dugaan yang menimpa seperti kebuluran akibat kemarau berpanjangan dan hasil pertanian yang tidak berhasil akibat ketidak-kawalan terhadap paras air Sungai Nil.

Cleopatra juga terpaksa menghadapi kerenah askar Gabiniani, iaitu sebilangan askar Rom yang diperintah oleh jeneral Gabinius, bertugas menjaga ayahanda Cleopatra atas sebab perlindungan setelah firaun Ptolemy XII mendapat takhtanya dari tangan pengkhianat.

Dan lagi, Cleopatra harus melangsaikan hutang ayahnya kepada Rom sebanyak 17.5 juta drachmas.

PERANG SIVIL

Pada 29 Ogos 51 SM, Cleopatra menjadi pemerintah tunggal mengikut rekod penulisan bersama bukti bahawa dia tidak mengiktiraf adik lelakinya, Ptolemy XIII sebagai pemangku serta menolak perkahwinan sesama mereka.

Perkahwinan sesama adik-beradik adalah tradisi yang diamalkan sejak pemerintahan Firaun Ptolemy II, di mana baginda berkahwin dengan kakaknya, Arsinoe II.

Ptolemy yang tidak berpuas hati dengan tindakan Cleopatra itu membina pengaruhnya dengan mengajak Potheinos, seorang sida, penasihat dan pengurus harta; komander perang iaitu Achillas, dan gurunya Theodotus of Chios bersatu menentang Cleopatra.

Pada 49 SM, Ptolemy XIII memulakan perlantikan dirinya sebagai pemerintah dan berperang dengan Cleopatra di kota Alexandria.

Di akhir peperangan, Cleopatra terpaksa berundur ke Thebes atas kekalahannya menentang adik sendiri.

Pada musim luruh 48 SM, Cleopatra pergi ke Syria, salah satu jajahan Rom bersama adik perempuannya, Arsinoe IV bagi mengumpul kekuatan tentera untuk menumbangkan Ptolemy XIII sekali lagi.

Namun, kempen peperangan ke Alexandria terhenti kerana terpaksa berhadapan dengan askar Gabiniani dan askar adiknya, memaksa Cleopatra membina kubu di timur delta Sungai Nil.

Di Greece, empayar Rom juga mengalami perang sivil terbesar iaitu Perang Sivil Caesar dan Perang Pharsalus, melibatkan tentera kedua-dua jeneral perang berpengaruh, Julius Caesar dan Pompey pada 9 Ogos 48 SM.

Tentera Pompey mengalami kekalahan teruk dan terpaksa berundur ke kota Tyre yang terletak di Lubnan.

Kemudian, Pompey memilih Mesir untuk memulihkan kekuatan tenteranya. Sebab? Dia mempunyai hubungan erat dengan kerabat diraja Ptolemy.

Penasihat Ptolemy XIII yang mengetahui misi Pompey itu, menyatakan rasa tidak selesa dengan kehadiran Pompey dan bala tenteranya.

Maka, misi membunuh Pompey dilaksanakan dengan rancangan jeneral Theodotus.

Pada mulanya, surat jemputan dihantar kepada Pompey untuk berlabuh di perlabuhan berdekatan kota Pelousion, seterusnya menyerang gerombolan Pompey dan memancung kepalanya.

Dengan kepala Pompey yang dipancung, Ptolemy XIII dapat menunjukkan kuasanya dengan menyerahkan kepala tersebut kepada Caesar.

Tindakan Ptolemy XIII mengundang kemarahan Caesar dan memaksa Ptolemy dan Cleopatra untuk berdamai di hadapan Caesar di istana kerajaan dinasti Ptolemy.

CLEOPATRA BERSAMA JULIUS CAESAR

Cleopatra cuba menghantar utusan sebagai wakilnya dalam pertemuan damai itu namun apabila mendengar khabar bahawa Caesar lebih selesa berurusan dengan kerabat diraja wanita, Cleopatra datang bersemuka dengannya sendirian.

Menurut sejarahwan Rom bernama Cassius Dio melalui penulisan rekodnya, Cleopatra tidak memaklumkan kehadiran dalam pertemuan itu, sebaliknya menyeludup masuk ke istana dengan memasuki gulungan tilam, bertemu Caesar berdua-duaan dengan memakai pakaian menjolok mata dan menggoda dengan kebijaksanaannya.

Ptolemy XIII menyedari tindakan kotor Cleopatra dan mula menghasut penduduk Alexandira untuk memberontak.

Caesar mengesan tindakan gila Ptolemy itu dan telah menangkapnya, sebelum menenangkan orang ramai dengan kepetahan pidatonya.

Pada akhir pertemuan ini, Cleopatra menang dengan kelayakannya sebagai pemerintah Mesir melalui wasiat ayahandanya.

Ptolemy XIII tidak berpuas hati dan meminta pertolongan adiknya yang memerintah kerajaan Cyprus, Arsinoe IV membawa pasukan tentera seramai 20,000 orang untuk menawan Alexandria.

Caesar dan Cleopatra yang tidak dapat melawan Ptolemy XIII terperangkap dalam istana seperti banduan sehinggalah 47 SM.

Antara bulan Januari dan Mac 47 SM, bantuan ketenteraan Rom tiba ke Alexandria kemudian memaksa Ptolemy XIII dan Arsinoe IV berundur ke Sungai Nile.

Ptolemy XIII lemas dalam percubaan melarikan diri menggunakan bot manakala Arsinoe IV ditangkap kemudian dibawa ke ibu kota Rom, kemudian mendapat hukuman buangan ke kuil Artemis yang bertempat di Ephesus.

Walaupun Caesar berjaya menghapuskan kebangkitan pemberontakan Ptolemy XIII, namun status Caesar sebagai ahli konsul telah tamat pada akhir 47 SM.

Pegawainya iaitu Antony berjaya membantu Caesar mendapat lantikan sebagai Dictator, nama bagi ahli majistret republik Rom dan mendapat kuasa bagi menyelesaikan konflik di Mesir.

Bagi memastikan Cleopatra tidak keterlaluan dalam memerintah seperti apa yang kakaknya lakukan, Caesar melantik adik lelaki Cleopatra iaitu Ptolemy XIV sebagai pemerintah kedua melalui perkahwinan sesama adik-beradik.

Perkahwinan ini hanya sebagai langkah politik dan tiada hubungan cinta antara Cleopatra dan adiknya.

Yang benar ialah, Caesar dan Cleopatra menjalin hubungan cinta secara sulit.

Pernah Caesar mengikuti rombongan Cleopatra berlayar di Sungai Nil bagi melihat monumen-monumen Mesir Purba kerana Caesar ingin mengetahui lebih lanjut tentang sungai ini.

Tetapi sejarahwan sepakat bahawa, rombongan ini hanyalah pertemuan romantik Caesar dan Cleopatra, tidak lebih dari itu.

Hasil dari hubungan sulit mereka berdua, lahirlah anak lelaki bernama Caesarion atau ‘Firaun Caesar’ pada 23 Jun 47 SM.

Caesar tidak ingin anak hasil dari ratu Mesir diketahui sesiapa terutamanya isteri ketiganya iaitu Calpurnia namun berlainan dengan Cleopatra, berkali-kali mengumumkan kelahiran Ceasarion di khalayak ramai.

Lebih memeranjatkan, Cleopatra bersama Ptolemy XIV, membawa Caesarion pergi melawat di Rom bagi bertemu dengan Caesar.

Selepas lawatan itu, Caesar dibunuh pada 15 Mac 44 SM dalam satu konspirasi yang dirancang ahli senat yang khuatir kekuasaan Caesar bakal melahirkan pemerintahan diktator.

Beberapa bulan kemudian, Ptolemy XIV mati diracun oleh Cleopatra dan mengangkat Caesarion yang berumur 3 tahun menggantikan tempat adiknya.

CLEOPATRA DAN PERANG SAUDARA LIBERATORS

Akibat dari pembunuhan Caesar, perang saudara berlaku pada 42 SM bagi membela kemangkatan Caesar oleh persekutuan Second Triumvirate menentang para pembunuh Caesar.

Kedua-dua pihak iaitu Gaius Cassius Longinus, salah seorang pembunuh Caesar dan Publius Cornelius Dollabella, wakil konsul di Syria dan pegawai setia Caesar, menulis surat memohon bantuan tentera daripada Cleopatra.

Sudah semestinya Cleopatra berpihak kepada pembela Caesar, maka Cleopatra secara sopan menolak permintaan Cassius dengan alasan kerajaan sendiri juga mengalami konflik dalaman padahal dia secara senyap menghantar 4 gerombolan tentera legion yang Caesar tinggalkan kepada Cornelius.

Di akhir peperangan, pada 42 SM, pembela Caesar memenangi peperangan dalam Perang Kota Philippi dan membawa kepada pembunuhan Cassius dan seorang lagi pembunuh Caesar, Marcus Junius Brutus.

Pada musim panas 41 SM, setelah Second Triumvirate menguasai seluruh empayar Rom, salah seorang ahli persekutuan iaitu Marcus Antonius atau Antony, menubuhkan ibu pejabat Tarsos di Anatolia dan mengajak Cleopatra untuk bertemu dengannya melalui surat.

Pada mulanya Cleopatra menolak ajakan Antony namun setelah dipujuk oleh utusan Antony iaitu Quintus Dellius, baginda pergi ke Tarsos dengan kapal mewahnya.

Pertemuan ini memberi peluang kepada Cleopatra untuk menerangkan salah sangka bahawa baginda memihak kepada para pembunuh Caesar, setelah berkali-kali bantuannya lambat tiba berjuang bersama tentera pembela.

Namun yang sebenarnya, Antony telah lama berkenan dengan Cleopatra dan ingin memulakan hubungan cinta mereka walaupun dia sendiri mempunyai isteri ketiga bernama Fulvia yang turut berjuang dalam politik Rom.

CLEOPATRA BERSAMA ANTONY

Pada November 41 SM, Antony tiba di Alexandria atas jemputan Cleopatra. Dia menaiki kapal mewah Cleopatra dan mendapat sambutan baik dari penduduk Mesir kerana kehadirannya sama seperti Caesar, tidak membawa rombongan tentera Rom.

Cleopatra menerima cinta Antony bukan kerana cinta semata. Antony seperti Caesar, ahli politik yang berpengaruh.

Dia adalah calon terbaik bagi Cleopatra untuk melahirkan pewaris yang kuat seperti mana hubungan sulitnya dengan Caesar.

Sepanjang bersama Antony, dia dapat merampas mana-mana tanah bekas jajahan dinasti Plotemy seperti Cilicia dan Cyprus (masa itu milik Rom) dan mengembalikannya kepada Cleopatra menggunakan kuasanya sebagai ahli sekutu Triumvirate.

Pada musim bunga 40 SM, Antony harus meninggalkan Mesir bagi berhadapan dengan konflik dalaman di jajahan Syria.

Cleopatra membantu Antony dengan memberikan 200 buah kapal bagi memudahkan ekspedisi ke Syria.

3 tahun mereka berdua berpisah namun Cleopatra tidak terputus hubungan dengan kekasihnya itu.

Pada akhir 40 SM, Cleopatra melahirkan pasangan kembar berlainan jantina, bernama Alexander Helios dan Cleopatra Selene II.

Cleopatra menamakan anaknya Helios (bermaksud matahari) dan Selene (bermaksud bulan) dari nama dewa-dewi Yunani kerana mengharapkan, inilah petunjuk bahawa pada masa akan datang, Antony berupaya menakluk empayar Parthia seperti Alexander The Great lakukan dulu.

Setelah Fulvia meninggal dunia, Antony dipaksa membuktikan kesetiaannya kepada Octavian dengan mengahwini adik perempuan Octavian.

Pada 37 SM, Antony bertemu Cleopatra dan memohon untuk menampung perbelanjaan kempen peperangan Antony menentang Kerajaan Parthia.

Sebagai balasan, dia bersetuju menyerahkan kawasan timur Mesir termasuklah Cyprus, Crete, Cyrenaica (Libya), Jericho dan sebahagian besar Syria dan Lubnan.

Cleopatra bersetuju dan mereka tinggal bersama lagi sebagai kekasih, sehinggalah Cleopatra melahirkan anak lelaki kedua bernama Ptolemy Philadelphos pada 36 SM.

Walaupun memperoleh bantuan Cleopatra bagi melancarkan perang, Antony kalah teruk di tangan Parthia.

Antony memutuskan penceraian dengan adik perempuan Octavian dan kembali ke Mesir untuk bertemu Cleopatra.

Pada tahun 34 SM, ketika Rom mengadakan sambutan "Donations of Alexandria", Antony mengumumkan bahawa Caesarion adalah anak Caesar dan layak memerintah Rom berbanding Octavian yang cuma berstatus anak angkat.

Perkara ini mengundang kepada perang propaganda antara Antony dan Octavian, di mana bagi pihak Octavian, Antony telah dipengaruhi oleh Cleopatra demi menjadikan Mesir sebagai ibu kota Rom.

Pada akhir tahun 32 SM, Senat melucutkan semua jawatan Antony dan Octavian mengisytiharkan peperangan kepada Cleopatra.

DI AKHIR KEHIDUPAN CLEOPATRA

Pada 2 September 31 SM, bala tentera Octavian telah mengalahkan gabungan tentera pimpinan Antony dan Cleopatra dalam Perang Actium.

Kapal perang Cleopatra meninggalkan perang tersebut dan kembali ke Mesir bersama Antony dengan beberapa buah kapal lain.

Ketika Alexandira diserang oleh tentera Octavian pada 30 SM, Cleopatra terpaksa memalsukan kematiannya dan membawa berita ini kepada Antony.

Setelah mendengar khabar tersebut, Antony membunuh diri dalam kekalahan dan tewas dalam mengekalkan kekuasaan Cleopatra.

Octavian memberi peluang kepada Cleopatra untuk tunduk kepada Rom namun dia berkeras dan mengurung dirinya di bilik tidur bersama dua orang pembantunya.

Dalam pengurungan, Cleopatra mendengar berita bahawa dia dan keluarganya akan dibawa ke Rom, lalu mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Dikatakan, melalui Plutarch, Cleopatra membenarkan dirinya digigit oleh sejenis ular berbisa Asp yang berkait dengan simbol keabadian.

Mungkin atas dasar mengekalkan keabadian diri selamanya, dia berbuat sedemikian.

Octavian begitu marah namun dia harus menunaikan permintaan terakhir Cleopatra iaitu kuburnya ditanam bersebelahan dengan Antony.

Caesarion pula berhijrah ke Utara Mesir dan memerintah selama 18 hari, kemudian terpaksa menerima hukuman mati pada 29 Ogos 30 SM di Alexandira kerana berhadapan dengan tuduhan palsu tentang pelantikan dirinya sebagai raja yang dipersetujui oleh Octavian.

Dengan ketiadaan pewaris keturunan Ptolemy, Octavian mengistiharkan Mesir berada dalam jajahan Rom.

Maka, Octavian menjadi Maharaja Rom pertama dengan gelaran Augustus. Cleopatra cuma berumur 39 tahun ketika kemangkatannya dan telah memerintah Mesir selama 22 tahun.

Cleopatra boleh dikatakan sebagai wanita besi walaupun bersikap Machiavellianism kerana baginda mampu mempertahankan kemerdekaan Mesir selagi mana dia bergelar Firaun dan mempunyai tanggungjawab kepada rakyatnya, walaupun terpaksa menggoda dua tokoh politik terkenal.

Baginda juga mampu mempertahankan sebuah tradisi Mesir Purba bernama ma’at – keseimbangan dan keharmonian – selagi mana tradisi tersebut masih dipraktikan.

Walaupun Cleopatra bukan berdarah Mesir, namun dia adalah simbolik kewanitaan yang mempunyai sumbangan terbesar dalam sejarah tamadun Mesir Purba.

Kini, legasi Cleopatra diabadikan dalam dunia dokumentasi sejarah Mesir Purba seperti National Geographic dan Ancient History.

Tidak ketinggalan dunia perfileman juga menyiarkan kehidupan Cleopatra dalam politik 'godaan' dalam filem Cleopatra (1963) arahan Joseph L. Mankiewicz.

Di Jepun, syarikat Design Works yang mencipta mobile game Fate/Grand Order – video permainan mengenai Perang Holy Grail, peperangan antara ahli sihir bersama penemannya berupa roh tokoh sejarah bernama Servant – menerapkan watak Cleopatra sebagai Servant dengan kelasnya sebagai Assassin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

G25: Kumpulan Liberal Pencetus Fitnah

G25: Kumpulan Liberal Pencetus Fitnah

Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25, yang terus menerus menyerang institusi agama dan mengelirukan masyarakat berkenaan kefahaman Islam dengan pandangan yang sesat amatlah berbahaya pada konteks akidah umat Islam.

G25 Liberal

Dalam wacana yang dilakukan, G25 terus mempertikaikan mengenai hukuman berkaitan murtad dengan alasan ia merupakan urusan peribadi seseorang dengan Tuhannya.

G25 turut menafikan hukuman duniawi ke atas kesalahan tersebut dengan berhujahkan bahawa hukuman ke atas murtad tidak terdapat ketetapan di dalam al-Quran.

Pemikiran songsang malah sesat ini amat bahaya kepada akidah umat Islam kerana kedangkalan dalam memahami syariat Islam malah wujud pengaruh 'anti hadis' kerana G25 tidak merujuk sumber hadis dalam hukuman ke atas kesalahan murtad.

G25 JAHIL

Kenyataan G25 bahawa urusan murtad adalah urusan seorang individu dengan Tuhannya sahaja menunjukkan kelompangan ilmu G25 mengenai hukum Islam.

Kenyataan G25 melalui Pengerusi Jawatankuasanya, Asiah bt Abu Samah, berkenaan murtad, mengatakan tidak ada hukuman duniawi yang diperuntukkan dalam al-Quran, jelas menunjukkan kefahaman yang jauh menyimpang dari fakta sebenar.

Kenyataan dangkal ini bukanlah baru memandangkan sebelum ini mereka telah mengeluarkan siri kenyataan jahil seperti mengatakan bahawa al-Quran tidak relevan dan kitab suci berkenaan sebenarnya turun di Mesopotamia dalam program anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) dan kumpulan G25 pada tahun 2017. ( https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/08/257696/irf-g25-mahu-sebar-dakyah-liberal-sesat )

Kumpulan G25 juga pernah mengeluarkan kenyataan Paedophiles akan melanda Kelantan jika hudud dijalankan di negeri berkenaan menerusi kenyataan dari jurucakap kumpulan itu, Datuk Noor Farida Ariffin pada tahun 2015. ( http://english.astroawani.com/malaysia-news/paedophiles-will-flock-kelantan-if-hudud-enforced-20793 )

Dalam pada itu, mereka juga mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang tidak mahu bertoleransi dalam isu Syiah di Malaysia.

( https://www.g25malaysia.org/single-post/2019/10/28/Academic-Persecution-of-Syiahs-shows-Msia-becoming-an-intolerant-Muslim-nation )

Selain itu, kumpulan G25 mempertikaikan penubuhan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) dan JAKIM tidak mengikut Perlembagaan. ( https://www.malaysiakini.com/news/506732 )

Penubuhan MKI pada tahun 1968,yang mana ketika itu YAB PM diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi, manakala unit JPM sebagai urus setianya.

Pertanggungjawaban ini adalah selaras dengan kuasa-kuasa eksekutif Persekutuan yang dijelaskan dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.

Pada tahun 1984, BAHEIS (Bahagian Hal Ehwal Agama Islam) telah diwujudkan di bawah JPM yang kemudian distruktur dan dinaiktaraf menjadi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 1997.

Kesimpulannya, penubuhan adalah selaras dengan Perkara 3, Perkara 12(2), Perkara 121(1A) dan Sumpah Yang Dipertuan Agong di bawah Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan yang memanifestasikan bahawa pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk menguruskan institusi berkaitan hal ehwal Islam.

Murtad adalah pengkhianatan terhadap agama, dengan itu Islam meletakkan hukumannya yang tersendiri sama seperti negara-negara berdaulat yang menetapkan hukuman yang keras kepada pengkhianat negara.

"Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya fitnah, seperti potongan malam yang gelap; seseorang menjadi Mukmin pada pagi hari tetapi kafir pada petang harinya, ia menjadi Mukmin pada petang harinya tetapi kafir pada pagi harinya; ia menjual agamanya demi meraih dunia." (Riwayat Muslim)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: harakahdaily